Jannah memusingkan kepalanya, memandang Hana yang terbaring di sebelah, tangannya bersilang di belakang kepala sambil matanya merenung dada langit yang dibanjiri bintang-bintang berkelip indah. Teringat pulak lagu si Rihanna, Shine bright like a diamond. Bukan selalu dapat baring beralaskan lengan bertilamkan rumput. Hailaa..Lamanya tak keluar malam-malam macam ni. Kali terakhir enjoy sampai malam-malam buta masa zaman universiti la. Sejak-sejak dah jadi kakitangan Samurai Group memang takda masa nak enjoy sakan. “Aku tahulah di bawah sinaran rembulan ni, muka aku lagi jelita dari Erra Fazura. Tapi agak-agaklah beb tenung aku. Tegak bulu hidung aku tau.” Hana menguap besar sambil tangan kanannya menutup mulut. “Erra Fazira la gila!” Jannah menunjal pelipis kawan baiknya itu. Hana ketawa mengekeh sambil membetulkan posisinya baring. “Eh yeke? Kau ni biar betul. Macam sedap je Erra Fazura. Erra Fazira macam tak kena je.” Beriya nak tegangkan benang yang basah. “Sesedap oreo j...
A site to worlds of unimaginable---where I post stories that I wrote, chapter by chapter for you guys to enjoy and condemn. Also, I might post something personal about my career & probably life. So.. Have fun reading them. **This blog is used to known as 'Aku Bukan Hana Tajima'. These are some of the stories genuinely made up by me: 1. Aku Bukan Hana Tajima 2. Hilang 3. H + A