Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Aku bukan Hana Tajima! 43

Adik. Aku ada adik. Aku ada adik? Kenapa aku tak tahu aku ada adik? Takkan aku tak ingat aku ada adik? Kalau betul aku ada adik, mesti otousan beritahu aku. Takkan otousan nak rahsiakan benda sepenting ni. Kan? Wajah obaachan tiba-tiba terbayang. Daim menghenyak kepala ke sofa. Ni mesti kerja orang tua tu! Tangannya meraup rambut ikalnya ke belakang. Sepanjang hari dia langsung tak boleh fokus. Dalam kepala asyik terfikir pasal adik. Entah wujud atau tidak. Entah hidup atau tidak. Pelbagai soalan muncul di benaknya tapi takda satu pun punya jawapan. Satu keluhan berat dilepaskan. “Oi!” Shuichi mencampak bantal peluk ke muka sepupunya itu. Daim berdengus kuat. “Kau apahal?” Tengking Daim bengang. Bantal itu dicampak semula ke arah Shuichi. “Aku tak pernah tengok bakal pengantin muka sekonyot   macam ni. Menyesal ke nak tamatkan zaman bujang kau?” Senyuman mengejek tertampal di wajah lelaki berbangsa Jepun tu. Daim melepaskan satu keluhan berat. Terus pecah ta...