Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Projek 2: HILANG Bab 1

Orang kata cinta itu buta.    Cinta itu buta kerana dua jiwa yang saling mencintai takkan nampak cacat cela walau di depan mata. Cinta itu buta kerana seluruh hidup kita, kita hamparkan pada tapak tangan dia. Hidup dan mati kita untuk dia. Setiap hembusan nafas kita untuk dia. Setiap denyut nadi kita untuk dia. Dia, orang yang kita cinta, yang buat kita buta. Elena memandang bahagian kiri katil, bahagian dia , orang yang memiliki cintanya, tempat dia selalu tidur. Perlahan tapak tangannya diratakan pada bahagian itu, mencari kehangatan yang mungkin berbekas. Bahagian katil ini bahagian dia. Tempat dia. Dekat dengan tingkap, senang untuk dia bangun dan selak langsir bila sinar matahari memancar, mudah untuk dia buka tingkap dan menikmati embun pagi menyapa lembut wajahnya. “Bangun pagi-pagi Elena, buka pintu, buka tingkap, biar angin menghembus, biar cahaya pertama matahari menyinar, jangan biar rezeki menunggu dingin di luar.” Begitu puitis, begitu mengasyikkan. S...

Aku Bukan Hana Tajima! Additional Scene Parte 2

This is one of my favorite scenes. Hope korang enjoy baca as much as I enjoy writing it. >< Budin sudah tercegat di depan lif bersama hot choc digenggam kemas. Matanya mengikut langkah Hana yang baru saja masuk ke dalam bangunan Samurai Industries. Tidak seperti biasa, senyuman InnerShine yang lazimnya terpatri di bibir gadis itu tidak terukir hari ni. Budin berkerut. Lain macam je Hana. “Morninn—” Sapaan Budin terbantut apabila melihat wajah Hana dengan lebih jelas. Baru dia perasan sesuatu. Kening Hana.... “Don’t. Say. A. Word. Ni semua kerja bahlul dua ekor tu.” Hana memegang keningnya yang dilukis tebal seperti kening Shin Chan. Buding ternganga luas. Dia tak pasti sama ada dia patut gelak atau berasa simpati dengan Hana. “Marker ke ni Na?” Tanya dia masih lagi dalam keadaan terkejut. Gadis itu mengangguk pasrah. “Aku bangun tidur je kening aku dah jadi macam ni.” Rasa nak melalak je sejurus matanya menangkap pantulan wajahnya di cermin tandas. Jannah d...