“Dua kali Alex! Dua
kali!” Hana menayang dua jarinya betul di muka Alex. Lelaki berbangsa Cina itu
mengangkat kedua tangannya sambil berkata, “Ok, ok I get it. Dua kali dia
proposed kau.”
Hana mengangguk. “You
heard me. Two freaking times. Twice kau tahu! Twice!” Tambah Hana. Masih lagi
dengan nada ‘terkejut-kot!’. Alex menghulurkan Larva Niche special kepada Hana.
“Eat it. You’ll feel
better.”
Gadis itu tergelak
besar. “Alex, mana aci. Kau curik dialog Professor Lupin!” Professor
Lupin-watak dalam cerita Harry Potter. Saja je Alex ni guna dialog Prof Lupin
tu masa dia bagi coklat kat Harry Potter.
Alex ketawa. “Tapi
betul apa. You will feel better. Trust me.”Mata dikenyit sebelah. Hana angguk
setuju. Sugar rush mula menguasai diri. “Lex, kalau kau jadi aku, what would
you do?” Hana menyuap satu sudu penuh ais krim ke dalam mulut.
“Ok, first of all,
does anyone else know about this?” Alex memegang meja kaunter, memandang
straight ke anak mata sahabatnya itu. Hana menggeleng. “Kau je Alex yang tahu.
One and only. Kau kan shrink aku.” Sudu disua ke arah Alex.
Lelaki itu menjungkit
bahu. “Aku tak sure sama ada aku patut rasa happy atau sedih dengan kenyataan
kau tu.” Hana mencebik. Konghajo. Aku ikhlas tau bagi mandat sebagai shrink aku
kat kau. “Alex, cepatlah jawab. kalau kau jadi aku, apa kau nak buat?” Hana
menyuap lagi satu sudu penuh.
“Kalau aku jadi kau,
aku akan pejam mata.” Alex tersenyum bila Hana memejamkan mata, mengikut
katanya. “Lepas tu, aku letak tangan kat dada.” Alex menyambung. Hana
meletakkan tangan kanannya ke dada. “Lepas tu aku tepuk dada aku sambil cakap, ‘Weh,
jangan jual mahal. Kau ingat kau hot sangat?’”
Terus terbuka mata
Hana. Mangkuk Larva Niche dah diangkat dan mahu dibaling ke arah Alex yang dah
gelak bagai nak rak. Nasib baiklah aku sayang gila kat Larva Niche. Kalau tak,
memang dah lama aku sebat kepala Alex dengan ais krim ni.
“Betul-betul la Lex!
Sepak kau kang!” Marah Hana geram. Suka main-main tau mamat Lee Hom ni.
“Yelah, yelah. Aku
gurau je. Janganlah serius sangat. Ok, pejam mata. Letak tangan kat dada.Reset
reset.” Arah Alex mulai serius. “Jangan kenakan aku lagi he. kalau tak, aku
sabotaj Larva Niche kau.” Ugut Hana.
“Iya! Ok. Ready?”
Tanya Alex. Hana angguk laju.
“Ok. Then, I’ll ask
myself, ‘Do I love this guy?’. If my heart says no, so aku akan cakap ‘No’. Tapi
kalau hati aku cakap yes, you’ll know what to do.”Alex berkata lembut.
Dilihatnya Hana seolah sedang bertanya hatinya.
Selepas beberapa saat,
Hana membuka mata. Alex menjungkit kening. “What does your heart say?”
“Hati aku cakap....”
-
Sudah hampir 2 jam
Daim duduk di dalam Bentley, memerhatikan seorang wanita yang sedang berniaga
di bawah khemah. Tangan kanannya dibawa ke pelipis, menongkat kepala. Daim
menarik nafas dalam-dalam. Hatinya terasa sakit. Kenapa dia bersusah-payah
sedangkan aku hidup senang-lenang?
Kenapa dia
berpeluh-peluh bawah matahari, sedangkan aku..aku mewah dalam Bentley ni. Daim
menyandarkan kepalanya ke stereng kereta. Sungguh, dia tak punya keberanian
untuk bertemu dengan wanita itu. Bukan hari ni.
Beg pakaian di seat
sebelah dipandang lama. Daim memejamkan mata.
Tiba-tiba cermin
keretanya diketuk. Serta-merta tubuh Daim tegak. Jantungnya bagai berhenti
berdenyut. Terkejut. Perlahan, kepalanya menoleh ke kanan. Ya Allah. Berderau
darah aku. Ingatkan apa la tadi.
“Oi turun turun.” Arah
Hana sambil menggoyang jari telunjuknya ke bawah, menyuruh Daim menurunkan
cermin tingkap kereta.
“Kau buat apa kat sini
ha?” Tanya Daim dingin. Hana mencebik. Ni mesti cikgu kat sekolah si ungka ni
tak ajar dia beri salam. “Assalamualaikum.” Sapa Hana. Lelaki itu menala
pandangan ke hadapan. Perlahan bibirnya menjawab salam.
Hana tersenyum. Kan
sweet macam tu. “Daim, awak buat apa kat sini? Merendek he?” Hana mengecilkan
matanya. Terus berkerut dahi lelaki tu. Merendek? Kau ingat aku ni murah sangat
ke? Dipandang Hana atas bawah dengan penuh rasa berapi.
Tiba-tiba bibirnya
mengoyak sengih. “Kau...Jogging? Pfft!”
Gadis itu mencekak
pinggang. Hei diskriminasi jantina betul! Salah ke aku pakai sports wear petang
petang ni? Salah ke aku nak beli donut mak cik Mia selepas berpenat-lelah main
kejar-kejar dengan Jannah dan Maya?
“Daripada awak,
merendek je kerja. Lagi pfft!” Balas Hana geram.
Daim berdesis. “Aku
tak merendek la perempuan gila!” Marah Daim. Panasnya hati melayan perempuan
gila ni. “Kalau tak merendek, awak buat
apa kat sini?” Hana menjungkit kening.
“Jangan nosy la. Kau
ni lagi annoying dari Powerpuff Girls tu. At least they’re all pretty.” Suara
Daim berubah sinis. Hana menepuk-nepuk dada. Sabar Na, sabar. Kau yang kacau
dia dulu. So kau tak boleh nak marah. Hilang cool kau nanti. Hana memusingkan
tubuhnya, membelakangi kereta Daim.
Setelah berulang kali
melakukan pernafasan yoga yang dilihatnya dalam tv, Hana kembali menghadap
lelaki itu. “Fine. Saya pergi dulu. Assalamu—” Belum habis salam diucap, Daim
membuka pintu kereta, menghalang Hana dari pergi.
“Awak nak apa?” Hana
memeluk tubuh. Muka bosan ditampal.
“Kedai tu, kedai yang
kau tolong jual donut dengan cekodok dulu tu kan?” Daim menjuihkan bibir ke
arah satu gerai di tepi jalan. Hana mengikut arah yang ditunjuk bibir lelaki
itu.
Cekodok? Kedai mak cik
Mia? “Bukan cekodok la. Cempedak goreng.” Hana kembali memandang lelaki itu. “Tak
kisahlah. Betul tak itu kedai yang sama?” Tanya Daim serius. Hana mengangguk. “A’ah.
Kedai tu la. Kenapa? Nak makan cempedak goreng dengan donut lagi he? Sedapkan
mak cik Mia buat? Saya tengah belajar secret recipe dia. Awak nak join belajar?”
Mulut Daim sedikit
terbuka. Mia.. “Mak cik Mia?” Daim memandang wanita yang sedang tersenyum ramah
melayan pelanggan yang datang ke gerainya tu. “Nama owner kedai donut tu mak
cik Mia. Dia jiran saya. Cantikkan dia? Dahlah cantik, baik, pandai buat donut
pulak tu.” Melambung-lambung pujian untuk mak cik Mia.
Hana memandang Daim.
Eh kenapa dengan dia ni? Pucatnya muka. “Daim, awak ok?” Hana menyengetkan
kepalanya, mahu dapat lebih ekses untuk melihat wajah lelaki itu.
“Ok. Aku ok.” Balas
Daim, menghela nafas. Hana angguk sambil tersenyum. “Alang-alang awak ada kat
sini, jomlah makan donut. Saya belanja jom!” Hana mengambil kunci kereta Daim
dan terus berlari anak ke gerai mak cik Mia. Daim tak terkata. Macam pelesit,
laju je dia ambil kunci kereta aku. Menyirap je.Nak tak nak, Daim memaksa kakinya
melangkah ke situ.
Daim membalas senyuman
dua orang gadis yang sedang duduk semeja dengan Hana di bawah khemah gerai mak
cik Mia itu. “Daim, yang ni Peah, yang ni pulak Joyah.” Hana memegang bahu
Jannah dan Maya serentak. Serta-merta pinggangnya disiku dari kedua arah. Adoi.
“Kau ni, jatuh saham
aku!” Marah gadis di sebelah kanan Hana. Daim menarik kerusi dan duduk semeja
dengan mereka. “Hai, dia ni gila sikit. Don’t listen to her. By the way, I’m
Jannah.” Jannah melambai tangan kanannya. Hana membuat aksi nak termuntah. Geli
tengok Jannah tiba-tiba jadi ayu ladylike gitu. Eww..
“Daim.” Balas Daim
sambil mengangguk, setuju dengan kata-kata gadis bernama Jannah tu. Memang si
Hana ni gila. “Ni pulak Maya. Kitaorang housemates Hana.” Jannah memperkenalkan
Maya yang duduk di sebelah Hana. Gadis itu melempar satu senyuman manis kepada
Daim.
Lelaki itu membalas
senang. Cantik-cantik kawan perempuan gila ni. Boleh tahan. Macam Charlies
Angels dah aku tengok. Three beauties. “So Daim, awak nak makan apa?” Tanya
Hana, masih berdiri.
“Donut dan cekodok.”
Balas Daim. Rasa enak donut dan cekodok yang dimakannya dulu masih terasa
hingga ke hari ni. “Bukan cekodok, cempedak goreng. Hei mamat ni. Tak reti
bahasa agaknya.” Gumam Hana sambil melangkah mendekati mak cik Mia yang sedang
menggoreng sambil melayan pelanggan. Superwoman betul. Mata Daim mengikut gadis
itu.
Jannah mengetuk meja,
mahu mendapatkan perhatian lelaki itu. Daim menoleh, memandang Jannah
sambil menjungkit kening. “Tumpang
tanya, you ni ke Daim PA kepada anak bos a.k.a si ungka tu?” Selamba Jannah
bertanya. Daim menarik sengih separuh. Kurang asam betul perempuan gila ni. Sampai
ke housemates pun dia bercerita pasal aku.Silap hari bulan satu taman ni tahu si
ungka tu aku.
“Yep unfortunately, that’s me.”
Angguk Daim, redha.
Jannah dan Maya,
masing-masing ternganga sambil tubuh mereka sedikit terkebelakang. “Daim, we’re
totally on your side. We all percaya you tak sekejam yang diceritakan Hana.”
Maya memberi kepercayaan seratus peratus kepada lelaki itu. Daim ketawa tak
ikhlas. Tak sekejam yang diceritakan Hana? Apa yang si perempuan gila tu dah
canang pasal aku? Fuh,sabar, sabar..
Daim terus menala
pandangan bengis ke arah Hana yang sedang ceria menyakat mak cik Mia sehingga
tertawa-tawa wanita separuh abad itu. Rasa geram yang meluap-luap seakan lenyap
saat mak cik Mia mengusap lembut pipi Hana dengan penuh kasih sayang. Ketika
itu, Daim terasa bagaikan masa berlalu begitu perlahan. Seperti saat yang dapat
dilihat dalam filem. Saat seorang ibu mencurah kasih terhadap anaknya.
“You buat apa kat area
sini?” Tanya Jannah, mematikan lamunan lelaki itu. Daim kembali memandang
Jannah. “Hana pernah bawak I makan donut kat sini. So I come here to buy some.”
Balas Daim tenang. Bohong sunat.
Jannah dan Maya
terangguk-angguk. “Hana ada cerita yang mak cik jual donut ni jiran dia. Betul
ke?” Daim bertanya sambil membetulkan posisi duduknya. Kedua tangan diletakkan
di atas meja. Jannah mengangguk. “Betul. Kitaorang duduk kat lorong situ je. Ha
you nampak tak rumah warna light cream tu? Itu rumah kitaorang. Selang dua kat
sebelah kanan tu rumah mak cik Mia.” Tanpa dipinta, Jannah ringan mulut
bercerita. Dia siap bangun dan menunjukkan ke arah lorong rumah mereka kepada
Daim.
Lelaki itu mengangguk
faham. Untung member si perempuan gila ni sama kepoh macam dia. “I see.” Balas
Daim dan ketika itu juga Hana tiba dengan satu dulang kuih muih.
“IC? Kenapa nak IC
pulak?” Tanya Hana sebaik saja dulang diletakkan di atas meja. Teringat pulak
masa kali pertama bertemu dengan ungka ni. Aku terus mintak IC. Saat itu
bermulalah episod saling membenci aku dan si ungka tu. Huhuhu. Itulah siapa
suruh muka tu macam pendatang asing dengan izin? Hehe.
Maya dan Jannah dah
geleng kepala. “Bukan IC kad pengenalan tu. I see. I-S-E-E. Aduhai budak ni.
Itulah, tak tahu apa-apa tapi nak menyampuk.” Dipandang Hana dengan penuh rasa
malu. Minah ni suka menjatuhkan saham diri dan orang lain bila lelaki gorgeous
dan hensem ada tau.
Daim melempar senyuman
puas hati. Seronok tengok perempuan ni kena buli dengan kawan-kawannya sendiri.
Hana menayang muka sepuluh sen. Memang tak makan saman betul la perempuan gila ni.
“Oh yeke. Tak
kisahlah. Sama je. Ni ungka, makan, makan.” Hana mempelawanya makan. Daim
menggigit bibir. Ungka. Peh berasap je gegendang telinga aku dengar.
Jannah dan Maya kat
sebelah dah buka mulut luas-luas. Ungka kau panggil lelaki gorgeous, hensem,
bergaya ni? Kurang didikan tamadun sungguh! “Hoi, bersopan sikit boleh tak?
Abang hensem macam ni kau panggil ungka. Kau tu yang ungka!” Marah Maya beriya.
Ditarik kerusi sedikit rapat dengan kerusi Daim. Jannah mengikut jejak langkah
Maya. Daim di depannya dah bagai nak gila tahan gelak.
Giliran Hana pulak
jatuh rahang. Harapkan pagar, pagar makan padi! “Oh cemni la korang. Takpa,
takpa. Siap korang. S-siap!” Jeling Hana hingga ke hujung mata sambil
menggoyang-goyang jari telunjuknya ke arah Maya hingga Jannah. Geram ni.
“Tak takut~” Jannah
dan Maya menjelir lidah. Daim menjulang tangan ke udara, tanda kemenangan
sambil menjerit, “Whooo! Yeah man!” Sementara dua orang gadis di kiri dan
kanannya saling bertukar high-five.
Hana mengurut
tengkuknya sambil menolak lidah ke pipi. Gaya gangster habis. “Keluar dah,
keluar dah.” Jannah menutup mulutnya sambil geleng kepala. Inilah Hana zaman
sekolah dulu. Uih minah ni. Gangster habis dulu. Gangster kampung. Suka pau ais
krim orang, paksa orang siapkan homework dia dengan cara kekerasan, suka pau
duit orang. Trademark dia itulah-tolak lidah ke pipi dia. Classic gangster
style.
Daim mengerutkan dahi.
Mulutnya sedikit ternganga. Ni kali pertama dia tengok perempuan buat gaya
macam tu. Selalunya lelaki Cina perut buncit pakai rantai emas berbaju bunga
Hawaii yang suka buat macam tu. Tapi di hadapannya sekarang ni bukannya lelaki
Cina perut buncit. Tapi, perempuan
Melayu yang langsung tak buncit. Rasa berpinar sekejap kepala.
“Opocot mak kau
terkentot!” Semeter Hana terlompat sejurus bahunya ditepuk mak cik Mia. Maya
dan Jannah dah sakit-sakit perut ketawa. “Terkejut?” Mak cik Mia menarik bahu
gadis itu rapat kepadanya.
Hana mencebik. “Taklah.
Gembira sangat.” Balas Hana dengan muka-muka sekali. Orang tua tu tergelak
kecil. Pipi Hana dicubit manja. “Mak cik Mia ni sayang Hana terlebih betul. Kitaorang
ni macam mana?” Maya memeluk tubuh tanda protes. “Eleh mengada! Pantang tengok
aku disayangi betul!” Hana menolak bahu kawannya itu.
Mak cik Mia menjungkit
kening melihat seorang lelaki yang tak dikenalinya. “Anak ni siapa?” Tanya mak
cik Mia lembut. Daim yang dari tadi merenung wajah wanita separuh abad itu
tersentak. Jari telunjuk ditala ke wajah sendiri. Mak cik Mia mengangguk sambil
tersenyum mesra.
“Mak cik, inilah ungka
yang Hana cerita tu.” Hana ketawa bila muka Daim mengerekot. “Oh ni la dia.
Hm.. Macam pernah tengoklah muka anak ni. Hana, ni kan lelaki yang dalam kereta
tu? Boyfriend Hana?” Mak cik Mia berubah teruja. Dipandang Hana dan Daim silih
berganti.
“Ya mak cik. Nama saya
Tajima.” Daim menarik senyum manis. Hana di sebelah mak cik dah bersedia nak
baling pinggan donat ke muka lelaki tu. Celah bilanya aku setuju nak declare
dia jadi boyfriend aku ni ha? Over tahap gaban si ungka ni.
Hana membeliakkan
mata. “Tajima?”
Daim tidak
menghiraukan pertanyaan gadis itu. Pandangannya masih setia pada mak cik Mia. “Ha
mak cik dah agak dah. Anak ni mesti boyfriend si Hana ni. Hensemnya. Pandai kau
pilih Na.”Mak cik Mia mengusap kepala Hana.
“Daim, kenapa you tak
nak cakap nama you?” Bisik Jannah. Daim balas, “Nama I la tu.” Jannah
melopongkan mulutnya. Daim Tajima nama dia. Ada darah Jepun agaknya. “You ni
adik-beradik Hana Tajima ke?” Tanya Jannah lagi. Serta-merta tawa Daim meletus.
Untunglah aku adik-beradik Hana Tajima.
“Aku dengar ada orang
panggil nama aku.” Hana menjungkit kening.
Jannah menarik muka.
Perah santan betul. “Kau jangan nak perah hasan eh. Kau tu Hana pancit ma!”
Jerkah Maya. Jannah, Daim dan mak cik Mia dah gelak sakan. Hana pancit ma. Terbaiklah
kau Maya.
“Eleh dengki.”
“Ni anak, apa nama
tadi? Tajima? Orang Jepun ke anak ni?” Mak cik Mia bertanya. Daim mengangguk. “Ayah
orang Jepun.” Balasnya. Mak cik Mia mengangguk. “Oh pasal itu nama Jepun ya. Ni
Tajima, jemput makan ya.Kalau nak lagi, beritahu mak cik tau. Ha ada pelanggan
tu. Makan ya. Mak cik layan pelanggan dulu.” Sambil melempar segaris senyuman
mesra, mak cik Mia segera melayan pelanggannya.
Daim terserentak
apabila Hana menarik pinggan berisi donat dan cempedak goreng jauh darinya. “Janji
awak kena betulkan balik statement awak tadi.” Hana menjegilkan mata.
“Statement apa?” Tanya
Daim tenang.
Gadis itu sedikit
tercengang. Statement apa kau tanya? Fuh, sabar Na sabar. “Statement yang awak
kata awak boyfriend saya tu la!” Balas Hana kasar. Daim tergelak kecil. “Bila
aku cakap? Aku tak pernah sebut pun aku ni boyfriend kau. Mak cik Mia yang
cakap.” Daim menunjuk ke arah mak cik Mia yang sedang melayan pelanggan. Mahu
tersedak orang tua tu tiba-tiba kena sebut nama.
Hana terdiam. Cuba
refresh memori dalam kepala. Alamak. Betul la pulak cakap si ungka ni. Mak cik
Mia yang buat statement tu. Si ungka ni cakap ‘Ya’ je. “Ha! Awak cakap ya!”
Jerkah Hana. Daim menampal muka berlagak.
“Hei dia cakap ya
sebab dialah lelaki dalam kereta tu. Bukan sebab dia boyfriend kau. Sori he!”
Maya berdiri sambil mempertahankan lelaki kacak di sebelahnya. “Betul!” Sampuk
Jannah.
Dasar member tak boleh
pakai! Wargh! Pantang nampak hidung mancung, aku yang hidung kemek ni langsung
tak heran. Konghajo betul. “Yelah! Apa-apalah! Kau ingat aku nak sangat ke
boyfriend macam si ungka ni?” Hana menjeling kasar.
Jannah dan Maya angguk
serentak. Hana berdengus geram. Sakitnya hati cakap dengan budak dua ekor ni. Paling
tak tahan, tu tu muka kerek si ungka tu. Warghhh!
“Donut please.” Daim
mengarahkan Hana memulangkan semula pinggan berisi donat dan cempedak goreng. “Bak
sini bak sini!” Jannah menarik lengan Hana, memaksanya memulangkan pinggan tu.
“Kau siap kau Jannah. Memang
niaya Cik Neo kau!” Ugut Hana betul di telinga kawan baiknya itu. “You wouldn’t
dare!” Jannah membuntangkan mata. “Oh
kereta Neo tu kereta you?” Daim memandang Jannah. Gadis itu tersenyum. “A’ah, I
offer bagi Hana pinjam. Kesian kat you. Takkan nak naik motor buruk dia tu kan?”
Offer mung. Aku yang
cilok kot. Uih fitnah fitnah.
Daim mengangguk. “How
sweet of you. Thanks Jannah. It was a very nice car.” Ucap Daim berserta
senyuman berseri tak berbelah bahagi. Rahang Hana jatuh tergolek-golek. Dasar
penipu besar! Punyalah kau mengutuk Cik Neo si Jannah tu. Sekarang ni, ‘It was
a very nice car’. Ceh! Nice car my foot!
“Takda hal la you.”
Jannah tersipu malu sambil menghulurkan pinggan kepada lelaki itu. Hana
mencebik. Menyampahnya tengok perangai diaorang ni. “Dahlah, malas layan
korang. Buat sakit hempedu je. Tolong mak cik Mia lagi baik!” Hana dah tak
boleh tahan. Terus dia angkat kaki ke arah mak cik Mia.
“On the way tu tolong
hantar donat he.” Pesan Daim, saja nak bakar hati dan perasaan gadis itu. Hana
menutup telinga sambil jerit, “Lolol lolol lolol lolol.” Jannah dan Maya dah
gelak bagai nak rak. Macam budak-budak je perangai.
Daim geleng kepala. “Is
she always like that?”
Kedua-dua gadis itu
mengangguk serentak. “Yep. Itulah dia, Cik Hana kita. 24 jam masuk air.” Balas
mereka. Daim mengoyak sengih separuh. “You two pun sama je dengan perempuan
gila tu.” Ujar Daim memandang mereka.
Amboi si ungka ni. Sedap
mengata kitaorang. Jannah menggigit bibir.
-
Hana ketawa bagai nak
gila tengok muka sekonyot Jannah dan Maya. Tiba-tiba budak dua orang ni
menyibuk kat sini. Nasib baik mak cik Mia pergi solat kejap.“Muka je hensem! Mulut
puaka betul!” Berapi Jannah dengan penyataan Diam tadi. Buku lima dah
dikepal-kepal.
“Apasal? Apa si ungka
tu dah buat?” Tanya Hana perlahan dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak.Itulah,
aku dah cakap awal-awal, ungka tu gigi dia lagi lembut dari lidah. Gerenti
bernanah hati korang.
“Ada ke patut dia kata
kitaorang sama dengan kau?” Jannah menjerit separuh kuat. “Tak patut tak patut.”
Maya geleng kepala. “Siput sedut betul la korang ni. Apa salah aku ha?” Hana
menolak bahu kawan baiknya itu. Aku pulak jadi mangsa!
“Kau tu sengal. Tak
normal. Kitaorang ni normal. Insan biasa.” Balas Maya. Hana menjulingkan mata.
Suka tau hina aku macam tu. Aku pun ada hati dan sanubari jugak. Ingat korang
je ke ada?
Ahem.
Berlipat leher Hana,
Jannah dan Maya menoleh. Daim! Alamak. “You all tahukan suara you all macam
speaker?” Tanya lelaki itu sambil tangan dalam kocek seluar. Mereka menelan air
liur. Nyaris je tercekik air liur sendiri.
“Siapa suruh you cakap
kitaorang macam perempuan gila ni?” Jannah memeluk tubuh sambil mengerling Hana
yang dah serabut habis mukanya. “I cakap benda betul. You two memang sama
dengan Hana. Sama cantik. Maybe lagi cantik?” Daim menjungkit sebelah kening.
“Daim, you nak air
apa? I buatkan.” Suara Jannah berubah lembut.
“You panas? I
kipaskan?” Maya dah sedia dengan piring plastik, nak mengipas lelaki tinggi
lampai itu. Daim melempar senyuman kemenangan kepada Hana. Serius rasa nak
sumpah mamat ni jadi ungka betul-betul.
“Blahlah blah blah. Pergi
duduk sana. Menyemak je kat sini!” Hana menolak mereka jauh-jauh. “Jeleslah tu.”Ejek
Maya. “Jeles mung!” Marah Hana sambil menggoreng cempedak yang dah disaluti
tepung.
“Donat jangan lupa
Hana!”
Hana dah sedia nak
baling senduk kat tangan tu tepat kat mulut si ungka mulut takda insuran ni! Betul
buat hari aku yang mulanya indah jadi ribut petir taufan bagai. Mak cik Mia,
cepatlaaa...
---
Rosebud says: Alhamdulillah, makin hari makin ramai yg baca my humble story ni. masya Allah. bergulung-gulung ucapan terima kasih daku ucapkan. Entry kali ni slowly masuk bab drama melayu/korea sikit. biasalah drama kan. kisah ibu dan anak. huhu. so stay with me guys. I'm working on it. insya Allah.
Ada some readers yg add saya kat Facebook. I'm really sorry if I didn't approve.I don't usually approve orang yg I tak kenal/ takda mutual friends. so if you guys want to add me, bagi mesej skali yep. thanks anyway. really flattered. ^^
Sila beri KOMEN/NASIHAT/IDEA tau. dan, klik kat sini.
terima kasih readers. Happy reading! ^^
#MongLi (member susah senang bersama) & MongJa di sesi perit-tapi-ohsem karate-do. tetibe rindu. ><


tak ble nak kata apa da. suke sgt. =) wish u luck kak rose.
ReplyDeleteKeep up a good work lah,kalau boleh truskan usaha lagii
ReplyDeletehaha..wehh.. muka aku gelap gilaaa!!! cess!!
ReplyDeletesyafa: maceh yang <3
ReplyDeletemongli: lighting tu.. ><
BEST.
ReplyDeleteAWESOME...!! Full Of Funny Scene. . . Muahahahahah. . .
ReplyDelete