Daim sedang
menyingsing lengan bajunya apabila Yuki melangkah masuk ke dalam bilik. Gadis
itu melabuhkan punggung di atas katil sambil matanya tak henti merenung lelaki
itu. Setelah menyingsing kedua belah lengannya, Daim mencekak pinggang.
Pandangan matanya ditala ke arah luar tingkap. Memandang kosong permandangan
malam metropolitan Kuala Lumpur yang ditaburi lampu-lampu berkelip indah.
“Chotto ii?” Lembut
suara Yuki bertanya, memecah kesunyian antara mereka. Daim angguk sekali. Dia
masih membelakangi gadis berbangsa Jepun itu. “Genki datta?” Yuki bertanya
khabar. “Okay.” Daim mengangguk lagi. (*Chotto
ii=Can i have a moment?; Genki datta=Sihat?)
Gadis jelita itu
terangguk-angguk. “Yokatta ne.”
“Kenapa tiba-tiba awak
datang sini?” Tanya Daim setelah agak lama dia membisu. Yuki memandang lelaki
itu. Daim masih tidak berganjak dari tempatnya. “Saya nak jumpa awak.” Balas
Yuki lembut.(*Yokatta ne=Baguslah)
Daim menarik senyum
sekerat. “Buat apa?” Nada suaranya sedingin air batu.
Gadis Jepun itu
bangkit dan mengatur langkah ke arah Daim. Perlahan-lahan tangannya melingkari
pinggang lelaki itu, memeluk dia dari belakang. Dagunya direhatkan atas bahu
Daim, sambil memejamkan mata, Yuki mencium tubuh lelaki itu.
“I miss you.” Bisiknya
penuh gemersik.
Untuk beberapa saat
Daim tidak berkata apa-apa. Dibiarkan gadis itu mengeratkan lagi pelukannya
untuk beberapa detik lagi. “Daim-kun?” Kening Yuki bertaut apabila tangan Daim
menarik tangannya yang melingkari pinggang lelaki itu, memaksanya meleraikan
pelukan.
“Shitsukoku suruna yo,
Yuki.” Ujar Daim mendatar.
Yuki menarik lengan
lelaki itu, memaksa tubuh Daim berpaling, memandangnya. “Apa awak cakap ni?”
Kedua tangannya menekup wajah Daim sebelum jari runcingnya mengusap lembut jambang nipis yang tumbuh pada rahang lelaki itu. Sepasang mata emerald Yuki mencerun
ke dasar mata Daim, merenungnya dengan penuh mengharap. (*Shitsukoku suruna yo=Don’t be persistent)
“Mo owari da.” Ujarnya
perlahan, seakan berbisik, namun cukup jelas di telinga gadis Jepun di
hadapannya. Tangan Yuki di wajahnya dibawa turun ke sisi gadis itu. Yuki tak
terkata. Matanya merenung wajah tenang lelaki itu. Sungguh hatinya terasa
seperti direntap kasar. (*Mo
owari da=It’s over)
“Nani itten da yo!?”
Dada Daim ditolak
sekuat hatinya hingga lelaki itu terundur beberapa langkah. “Gomen.” Satu
perkataan itu saja yang mampu diucapkan. Sungguh kata-kata tu lahir dari hati
yang jujur.
“Jodan janai wa yo! Ne
Daim-kun?” Kali ni suara gemersiknya berubah serak. Air mata mula kelihatan di
tubir matanya. Daim mengetip gigi. Sungguh hatinya terusik saat air mata gadis
itu mengalir, membasahi pipi gebu gadis itu. (Nani itten da yo= apa awak cakap ni?; Jodan janai wa
yo= janganlah main-main; Ne=Hm?; Gomen=Maafkan saya)
“Gomen.” Daim tunduk.
Andai dia boleh
putarkan masa, andai dia mampu mengubah hati ni, sungguh, akan dia buat semua
tu. Tak sanggup melihat gadis itu terluka, menangis kerana menagih cinta yang
tak pernah ada untuk dirinya. Yuki
memalingkan wajah. Jari-jari dirapatkan ke bibir merah yang sudah
bergetar hebat itu, menangis hiba.
-
Shuichi tersandar pada
dinding di luar bilik Daim. Simpatinya tumpah pada Yuki, tapi sebenarnya yang
patut meraih simpati ialah sepupunya sendiri. Ya, Daim yang patut dikasihankan.
Bukannya Yuki. Bukannya orang lain. Shuichi memejamkan mata, mengimbau kembali
kisah silam sepupunya itu.
Seisi keluarga
Takahashi gempar apabila berita kemalangan Daim dan beberapa orang lagi sampai
ke telinga mereka dan yang paling terkesan ialah obaachan. Nenek Daim itu nekad
nak mengambil alih tanggungjawab menjaga cucunya itu.
Jadi selepas Daim
beransur pulih, hidup dia terus berubah sama sekali. Obaachan mengatur semua urusan
harian Daim. Dari pagi hingga ke petang, setiap hari, setiap saat, rutinnya dah
diatur, dijadualkan. Kata obaachan, Daim akan jadi pewaris empire Samurai yang
terulung. Jadi obaachan nak Daim around-the-where, multi-talented. Semua benda
dia mesti hebat, semua benda dia mesti tahu.
Akademik, sukan, seni
lukis, muzik, pertukangan, seni mempertahankan diri, budaya, cakap je, semua
Daim dah master. Kalau dia nak bermain dengan kawan-kawan di taman, beberapa
orang pengawal keselamatan Daim yang diupah obaachan akan berkawal di
sekeliling Daim, menghalang sebarang body contact dari berlaku. Kata obaachan,
dia tak nak pewarisnya nanti terkena penyakit-penyakit orang-orang biasa, orang
kebanyakan. Lama-kelamaan, kawan-kawan Daim semua menjarakkan diri. Semua dah
tak mahu berkawan dengan dia, tak tahan dengan penghinaan yang dilempar
obaachan. Perbezaaan harta, pangkat, semua jadi ukuran bagi orang tua tu.
Walaupun hidup Daim
dah diatur dari A sampai ke Z, hingga dia kehilangan kawan-kawan, tapi, tak
pernah sekali pun dia merungut. Dia buat semua yang disuruh obaachan tanpa
banyak mulut, langsung tak betah. Cuma satu je. Daim tak pernah senyum.
Sampailah pada satu masa, ayah Shuichi, Kato Tajima, yakni suami kepada ibu
saudara Daim datang membawanya ke Malaysia bersama-sama dengan Shuichi.
Obaachan tak boleh buat apa-apa sebab keluarga Tajima bukan calang-calang nama
di Jepun. Dan, ketika itu, Samurai sedang memperluaskan empire ke rantau Asia.
Jadi hubungan baik dengan keluarga Tajima perlu dijaga sebaik mungkin.
Di Malaysia, Daim
belajar cara hidup budak-budak di kampung. Masuk bendang, tangkap belacak, mandi sungai,
kena sengat tebuan, naik kerbau, tangkap ikan, panjat pokok kelapa, kena kejar lembu, main gasing, jerat ayam hutan, semualah.
Masa itulah, kali
pertama Shuichi tengok Daim tersenyum. Masa itu, baru Shuichi faham siapa Daim
yang sebenarnya. Kalau orang tak kenal dia, mesti orang akan stereotype, anggap
dia berlagak nak mampus, baget, sombong, bongkak, takabur dan semua sifat-sifat
negatif anak orang kaya. Tapi orang tak tahu, apa yang terpaksa dilalui lelaki
ni.
Beberapa tahun di
Malaysia dah berjaya mengubah hidup Daim sedikit demi sedikit. Dia semakin
ceria, semakin banyak bicaranya, dan makin selalu tersenyum. Di Malaysia juga
dia banyak berkawan, belajar banyak benda dari bertukang, buat rumah, buat
reban, tanam padi, bajak sawah sampailah memasak. Daim mula faham, hidup kita
ni tak sepatutnya diatur macam robot. Setiap hari buat benda yang sama, ikut
arahan orang lain, sentiasa di takuk yang sama, tak pernah berganjak, tak
pernah maju.
Kembalinya dia ke
Jepun ketika dia berusia 20 tahun, obaachan langsung tak boleh terima dengan
perubahan cucunya itu. Berminggu-minggu Daim di brain-washed. Macam-macam kaedah
obaachan guna untuk ubah Daim, dari perintah berkurung, sampailah gunakan
rawatan psikologi, tapi semua cara obaachan tak berjaya. Daim betul-betul dah
berubah. Dia dah berani tegakkan pendirian dia, dah berani beri pendapat dan
paling best, dia dah berani melawan kata-kata obaachan sampai kadang-kadang tu,
nyaris kena heart attack orang tua tu dibuatnya.
Akhirnya obaachan guna
kaedah terakhir dia. Business marriage.
-
Hana mengesat peluh
yang berjurai-jurai di dahi dan lehernya. Nafasnya tak teratur dan dadanya
berombak laju. Mimpi yang sama lagi. Hana beristighfar banyak kali. Masuk ni,
sudah tiga kali dia mimpi budak perempuan yang dipanggil Maisa itu bersama
abangnya. Muka budak perempuan itu samar-samar. Tapi muka abangnya cukup jelas.
Dada Hana bagai nak meletup apabila tiba-tiba kilat menyambar dan guruh
berdentum-dentum. Tak boleh jadi ni. Hana terus melompat turun dari katil dan
membuka pintu bilik Jannah.
Perlahan-lahan Hana
mengesut masuk ke dalam selimut kawan baiknya itu dan baring di sebelahnya.
Jannah memalingkan kepala apabila terasa selimutnya ditarik.
“Hana?” Tanya Jannah
dengan suara serak-serak basah.
Gadis itu angguk.
“Nightmare ke?” Tanya
Jannah. Kali ni dia dah duduk, memandang Hana risau. Kawan baiknya itu
menggeleng kepala. “Guruh. Kilat. Takutlah Jannah. Aku tidur sini he?” Hana
menarik selimut Jannah hingga ke paras hidung. Jannah menarik senyum manis. Alahai
budak ni. Dah tua bangka pun takut kilat lagi ke? Gila tak rock minah ni.
Kawannya itu
mengangguk. “Yelah. Tapi agak-agaklah weh, selimut tu tak payahlah conquer
sorang je. Habis aku ni?” Jannah cuba menarik selimutnya, tapi tenaga batin
Hana jauh lebih hebat. Selimut sikit pun tak bergerak.
“Kau kan kulit
reptilia. Boleh tahan sejuk. Penebat kilat.” Balas Hana selamba. “Kepala hotak
kau. Weh Hana, a’ah ya, memang aku beli selimut ni untuk kau pun. Memang khas
untuk kau.” Perli Jannah sikit punya baik. Aku baru nak kesian kat kau, dah
carik pasal dengan aku.
Hana menarik sengih
nakal. “Yelah yelah. Nah, ambil la.” Jannah terasa telinganya berasap bila Hana
menghulurkan hujung bucu selimut kepadanya. Dia menjulingkan mata. Setakat
besar tu, 4x4 cm, buat cover muka pun belum tentu mampu tau.
“Tak payahlah Na. Kau
guna je la selimut tu sorang-sorang!”
“Beres!” Hana terus
selubung tubuhnya dengan selimut Jannah tanpa menunggu walau sesaat pun. Bontot
kuali betullah minah ni. Sabar jela. Haii... Hana, Hana.
-
Daim baru saja
melangkah masuk ke dalam bangunan Samurai apabila matanya menangkap kelibat
Yuki yang sedang duduk berteleku di sofa yang terletak di ruang lobi. Wajahnya
nampak... kosong. Lelaki itu melepaskan satu keluhan berat. Diatur langkah ke
arah gadis Jepun itu.
“Yuki, buat apa kat
sini?” Tanya Daim, cuba melembutkan intonasi suara garaunya. “Anata ni aitai
desu.” Balas Yuki, tersenyum manis. Daim berkerut memandang gadis itu. “Yuki, I
told you, we’re—”
“Wakatteru yo. Owari.
Wakatteru. Demo ne, anata wa watashi no tomadachi deshou. Dakara... Atashi...
Ah, asa gohan tabetai ne. Issho ni?” Yuki bangun. Dengan sebelah tangan
memegang perut, gadis itu mengajak Daim bersarapan bersama. “Yuki.” Daim
merenung segenap wajahnya. (*Anata ni aitai desu= Saya nak jumpa awak; Wakatteru
yo=Saya tahu; Owari=It’s over; Demo ne, anata wa watashi no tomodachi desu
yo=Tapikan, awak kawan saya. Dakara=Jadi..; Atashi=saya; Ah, asa gohan tabetai
ne=Nak breakfast la; Issho ni=Jom)
“Hai hai. Ja, anata wa
nani o tabetai desu ka? Nasi lemak? Roti canai? Dore desu ka?” Yuki bertanya
ceria sambil tangannya memeluk lengan lelaki itu. Daim berhenti melangkah.
Matanya ditala tajam ke arah Yuki. (*Hai
hai=yelah yelah; Anata wa nani o tabetai desu ka=nak makan apa; Dore desu
ka=yang mana satu)
Gadis Jepun itu
memandangnya pelik. “Doushite?”
“What is this?” Dengan
ekor matanya, dia mengerling ke arah lengannya yang dipaut gadis itu. Yuki
mengikut ekor mata Daim. “Nani?” Tanya Yuki tak faham. “Your hand Yuki.” Daim
meleraikan pautan pada lengannya itu. Yuki menarik sengih. “Daijoubu, Daim-kun.”
Balasnya manja sambil tangannya kembali memeluk lengan Daim. (*Nani=Apa?; Daijoubu=Tak apa)
Lelaki itu menghela
nafas berat. “Yuki. Awak dengan saya, tak boleh pegang. Salah. It’s wrong. Dame
da yo. Wakatte no?” Wajah sedih Yuki dipandang lama. Gadis itu menggeleng. “Doushite?”
Tanya Yuki lagi. Daim menggaru kepala. Macam mana aku nak explain ni? (*Doushite=kenapa?)
“Are, Hana-chan!
Ohayou gozaimasu.” Yuki melambai ke satu arah. Daim menoleh. Hana yang baru
saja mengukir senyum terus pudar senyumannya saat matanya mendarat pada tangan
Yuki yang erat memeluk lengan lelaki itu. Daim cepat-cepat melepaskan pautan
Yuki. (*Ohayou gozaimasu=good morning)
“Hana.” Daim baru saja
nak melangkah menghampiri Hana, gadis itu sudah memotong kata-katanya. “Maaf ya
Yuki. Saya ada meeting ni. Nanti kita borak-borak panjang ya. Bye bye.” Hana
mengenyitkan mata sambil melambai sebelum berlalu pergi. Daim di sebelah Yuki
sedikit pun tidak dihiraukannya. Lelaki itu tergamam.
-
Handphone dalam
handbag dibiarkan berdering terpekik terlolong, tak berjawab sejak insiden kat
lobi tadi. Masuk ni, mahu dekat 84 kali telefonnya itu mengeluarkan bunyi. Nasib
baiklah dalam lif ni takda orang. Kalau tak, memang mintak maki je pagi-pagi
ni. Hana mendongak memandang nombor yang tertera pada skrin lif. Lif berhenti
pada tingkat 5 dan pintu lif mula terbuka.
Wajah hensem tapi
bengis Daim terpacul. Serta-merta hijau-biru muka Hana. Mulalah tu aku nak
kalut. Jantung dup dap dup dap. Masalah betul la organ dalaman aku ni. Hana
memaksa otot-otot wajahnya menampal riak wajah tenang. Daim memandangnya untuk
beberapa saat sebelum dia melangkah
masuk ke dalam lif. Sempat Hana menangkap deru nafas lelaki itu yang
sedikit laju. Baru lepas marathon ke dia ni? Tadi bukan main berpeluk-sakan
dengan Yuki kat lobi... Hana tercengang. Tadi kat lobi. Sekarang kat tingkat lima?
Oh my God. Dia
betul-betul marathon!
“Assalamualaikum.”
Lelaki itu memberi salam.
Hana jawab perlahan. Terasa peluh dingin
mengalir di lehernya. Mamat ni bela ke apa sampai aku jadi macam ni setiap kali
aku jumpa dia. Berdebar, kalut, nervous, butterfly. Semua ada. Walaupun hati ni
masih sakit teringat adegan luar batasan Yuki dan Daim semalam dan kat lobi tadi,
tapi rasa nervous, dup dap dup dap tu tak pernah hilang. Makin menjadi-jadi
lagi ada la. Allah...
Suasana yang sepi
antara mereka menambahkan lagi rasa cemas di dada. Hana dapat rasakan renungan
tajam Daim dari belakangnya, memandangnya tanpa berkelip dari tadi. Hana
bermain jari. Jam di pergelangan tangan dipusing-pusing. Lambatnya nak sampai
ke floor aku ni. Kakinya tanpa sedar menghentak-hentak lantai.
“Telefon dalam beg tu
kalau tak reti nak angkat, campak je ke laut.”
Punyalah berdesing,
sampai rasa macam nak tercabut je gegendang telinga aku ni. Hana menarik nafas
dalam-dalam. Mula balik dah perangai busuk ungka dia tu. Tanpa disangka, Diam
menarik butang merah dan sekelip mata lif berhenti bergerak. Hana berkerut
seribu.
“Apa awak buat ni? Awak
jangan nak buat pasal he? Saya ada black pepper spray ni. Anytime je saya boleh
spray kat muka awak tu.” Hana mengambil langkah berjaga-jaga.
“Kau dah salah faham.
Apa yang kau nampak kat bawah tadi tak betul.” Ujar Daim, langsung tak ambil
kisah dengan ugutan gadis itu. Hana menarik sengih sinis. Apa yang tak betulnya
kalau benda jadi depan mata?
Lelaki itu melepaskan
satu keluhan. “She doesn’t know. Dia tak tahu hukum pegang orang bukan mahram
dia. Aku cuba nak explain, tapi tiba-tiba kau pun datang. You were at the wrong
place at the wrong time.” Tambah Daim, seolah dapat baca isi hati gadis itu.
Hana menelan air liur. Ok, serius mamat ni psiko. Ada kuasa psikik agaknya.
“Hana.” Panggil Daim
apabila gadis itu masih menyepi.
“Awak nak apa
sebenarnya ni?” Tanya Hana bosan. Sampai main stop stop lif ni. Melampau. Ingat
kita ni tengah shoot telemovie ke apa? Hana memeluk tubuh. Muka masam
diplaster.
Daim berjalan merapati
Hana hingga dia berdiri betul di hadapannya. Mata lelaki itu merenungnya,
menembusi segala benteng yang dipasak kukuh. Hana mengalihkan pandangan matanya.
Terus pecah,hancur, lebur muka masam pahit bagai ni.
“Kau.” Balas Daim
sepatah.
Hana tergamam. A-Aku?
“Aku dah fikir
masak-masak. Kita nikah. Aku dah tak sanggup hidup macam ni. Siang malam asyik
fikir pasal kau je, satu kerja pun aku tak dapat buat. Aku nak kau ada depan
mata aku selalu. Aku nak bila aku nak tidur, benda terakhir aku tengok, kau. Benda
pertama aku tengok bila aku bangun pun kau.” Ungkap Daim serius. Matanya mencerun
tajam.
Benda dia kata aku?
Tak bertamadun punya ungka!
“Kau dengar tak ni?”
Tangan kanan digoyang-goyang depan mata gadis itu. Hana berundur beberapa
tapak. “Awak cakap apa ni Daim? Yuki awak nak letak mana?” Tanya Hana balik. Nada
suaranya tegang.
Daim menjamah segenap
raut wajah gadis itu. Marah? Sedih? Terluka? Risau? “Kan aku dah cakap, she’s
nobody. Dia takda kena mengena pun dengan kita.” Balas Daim dengan suara
meninggi. Hana menarik senyum tawar.
“Daim, takda perempuan
yang cium peluk lelaki yang dia tak sayang. Listen, saya tak nak jadi orang
ketiga antara awak dengan Yuki okay. Awak uruskan la hal awak berdua. I’m out.”
Hana menggeleng kepala sambil tangannya memegang dada.
Lelaki itu memeluk
tubuh. “Apa kau merepek ni ha? Kau jangan jump into conclusion without knowing
anything Hana. Kerja orang bodoh tu! Ya, aku mengaku dia cium aku semalam, dia
peluk aku tadi. Aku mengaku aku kenal dia. Tapi, aku dengan dia takda apa-apa. Aku
tak cintakan dia. Aku tak.. Hana, dengar sini. Aku nak kau. Aku nak kau seorang
je. Aku nak kau halal untuk aku. Please Hana.”
Mata Hana tak berkelip
saat bibir Daim menuturkan bait-bait terakhir itu. Hatinya berdebar kencang. Ini
bukan kali pertama lelaki ni melamar aku. Tapi, ini kali pertama lelaki ni
melamar dengan ungkapan seindah itu. Seolah-olah, hati dia dipenuhi dengan nama
aku. Nama aku seorang saja. Hana memegang dadanya. Sungguh hatinya tak keruan.
Perasaannya bercampur.
Gembira. Sedih. Sayu. Cemas. “Hana..?” Daim memanggil. Kali ni suaranya cukup
lembut, cukup membuatkan jiwa gadis itu bergetar hebat.
“Daim, bagi saya
istikharah dulu. Ya?” Hana mendongak, kembali memautkan kembali pandangan mata
mereka. Lelaki itu mengukir segaris senyuman sebelum mengangguk.
“Okay.”
Daim menolak butang merah dan serta-merta lif
kembali bergerak. Lelaki itu menyandar pada dinding lif sambil tersenyum puas. Jawapan
Hana tadi dah cukup buat jiwa bergeloranya ni menjadi tenang. Setenang air di
lautan. Setenang bayu yang meniup harum. Istikharah. Ya, itu yang terbaik.
“Daim.” Panggil Hana. Lelaki itu memandangnya
sambil menjungkit sebelah kening. “Awak pun buatlah istikharah. Kadang-kadang
kita rasa apa yang kita nak tu betul, baik untuk kita, tapi sebenarnya tak pun.
Awak buat ya istikharah.” Pinta Hana lembut.
Tersentuh hati lelaki
dia. Daim sekadar tersenyum tanpa membalas permintaan gadis itu. Sebaik saja
tiba di floor department R & D, Hana menapak keluar dari lif dan diikuti
dengan Daim. Sebaik saja tiba main entrance department, Daim memanggil nama
gadis itu. “Hana.” Gadis itu menoleh. Wajah Daim dipandang lama. “Kenapa Daim?”
“Aku dah buat
istikharah. Alhamdulillah, Allah dah tetapkan hati aku.” Ujar Daim, tersenyum,
sebelum melangkah pergi menuju ke biliknya. Hana tak terkata. Masya Allah.
Terus digagahi kakinya menuju ke surau kecil di hujung lorong menuju ke makmal.
Sekarang jugak aku buat istikharah. Hana nekad.
-
Rosebud says:
Assalamualaikum readerss~ saya tau, saya tau, pendek gile kan chap kali ni. ampunnn....jawapan org kebanyakan: Soo busy maa! skg ni I'm helping my brother jaga kedai cosway dia kt the USJ 19 City mall subang. anyone nk bershopping, mailaa singgah sini. I bg you ols diskaun baik punye! (siap promote kan!)
About tajuk this humble story, I've contacted Miss Hana Tajima through her website, and she has kindly approved me using her name as the title of this novel. Alhamdulillah. She's soooo ohsem. Daisuki Hana-san! <3 But, she said using her images would be problematic (copyright and all) so I said ok, I'll remove them asap. so for this entry, I use my niece's pic. ok laa kan? >< Hana tajima's pic will be removed soon.
And to all who have suggested some great ideas, zillion thanks! arigatou! suggest suggest laa some more. Please drop lots of comments, ideas, suggestions, dissatisfaction, reviews, anything, I'll read em all. ^^
Lastly, thanks for all your supports. doakan this humble story dpt dipublish ok? insya Allah. (aamiin beramai-ramai~)
Recite this doa together~
courtesy of Owh So Muslim (OSM)


Good luck!!!!!...
ReplyDeleteInsya Allah aaamin.^^ wah chap kali ne super duper ohsem daebak sis. suka + teruja sgt2, rasa mcm d awang2ngn je wktu daim propose tu. how sweet..^^ Istikarah memang jln terbaik. Alahai tak sbr baca next chap, cepat2 update ek kak.
ReplyDelete#senyum smpai telinga =)
best2 ! sambung lagi....
ReplyDeleteAduhai...membuai2 jiwa ase...xpuas bace.hrp 1day nnt bpeluang bace novelnye plak.gud luck sis!
ReplyDeleteKak jagung! Pasaipaaaa sweet sgt Daim ni??? ada jugak yg mengigau daim malam ni! haha
ReplyDeletekak rosebud , bile nk sambung citer ABHT ni...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete