Jannah memusingkan
kepalanya, memandang Hana yang terbaring di sebelah, tangannya bersilang di
belakang kepala sambil matanya merenung dada langit yang dibanjiri
bintang-bintang berkelip indah. Teringat pulak lagu si Rihanna, Shine bright
like a diamond. Bukan selalu dapat baring beralaskan lengan bertilamkan rumput.
Hailaa..Lamanya tak keluar malam-malam macam ni. Kali terakhir enjoy sampai
malam-malam buta masa zaman universiti la. Sejak-sejak dah jadi kakitangan
Samurai Group memang takda masa nak enjoy sakan.
“Aku tahulah di bawah
sinaran rembulan ni, muka aku lagi jelita dari Erra Fazura. Tapi agak-agaklah
beb tenung aku. Tegak bulu hidung aku tau.” Hana menguap besar sambil tangan
kanannya menutup mulut. “Erra Fazira la gila!” Jannah menunjal pelipis kawan
baiknya itu.
Hana ketawa mengekeh
sambil membetulkan posisinya baring. “Eh yeke? Kau ni biar betul. Macam sedap
je Erra Fazura. Erra Fazira macam tak kena je.” Beriya nak tegangkan benang
yang basah. “Sesedap oreo je kau nak tukar nama anak orang. Kau ingat Erra
Fazira tu member-member kau?” Herdik kawannya itu. Hana angguk laju. Tak boleh
pakai punya perempuan. Jannah juling mata. “Ha yang kau dok tenung aku dengan
penuh kasih sayang yang abadi tu kenapa?” Hana menolak kaki Jannah dengan
kakinya sendiri.
“Kau kan soulmate aku.
Mestilah aku kena tenung kau dengan penuh rasa chenta yang meluap-luap.
Mmmmmuah~” Jannah menarik pipi Hana dan ditala muncungnya ke arah pipi gebu kawannya
itu. Macam nak tercabut tangan Hana meronta. Ditolak wajah Jannah jauh-jauh.
“Hish jijik ah!”
Tengking Hana geram-geram manja. Ala bukan tak biasa kena cium dengan si Jannah
ni. Datang buang tebiat dia tu, tahu tahu je pipi dah kena cium. Aku ni cool je
bila kena attack macam tu. Tapi kalau dapat kat Maya, memang si Jannah ni kena
pelangkung free of charge la ceritanya.
Kawannya itu ketawa
besar. “Yelah, ada orang tu nak simpan pipi dia untuk sang bakal suami kan.”
Jannah memimikkan muka, mengejek. “Tau pun. Dah tu kau nak potong line abe aku
kenapa ha?” Hana ketawa bila Jannah dah muntah hijau kelabu kat sebelah.
“Over kan kau.”
Pinggang Jannah dicucuk-cucuk.
Tapi macam biasa,
kulit si Jannah yang kebal tu sedikit pun tak beri sebarang respon. Dasar kulit
cap reptilia. Takda receptor. Buatlah apa pun, dia steady je. Tak geli
langsung. Kalau kita cucuk dengan lidi satey buat mengaji tu pun agaknya dia
maintain cool, muka pinggan tak basuh tu je dia tampal.
“Weh,
kalau abe kau tu datang meminang, kau terima tak?” Tanya Jannah tiba-tiba.
Berlipat leher Hana memandang teman majal sehidup semati bersatu hati ni. Pelik sebenarnya. Yelah tiba-tiba petik topik meminang ni. Mentang-mentanglah kita
di bawah sinaran bulan, konon-konon ala-ala Twilight gitu.
Aku
Bella, Jannah sang Jacob. Sang Edward pulak si....
“Oi
kau dengar tak?” Jannah menyiku pinggang gadis itu.
“Ha ya
dengar. Abe? Siapa Abe?” Hana memandang kawannya itu. Jannah mengetip gigi
sambil berdesis. “Si ungka tu la. Kau ada abe lain ke?” Suaranya dikeraskan. Geram
pulak bila si Hana ni buat-buat blur.
Hana menjeling. “Ada.
Si Budin.” Balas Hana laju.
Kawannya itu ketawa
berdekah-dekah. “Budin? Abe la sangat. Weh aku serius ni la. Kalau dia pinang
kau, kau terima he?” Hana berkerut mendengar nada suara kawannya itu. Ni soalan
ke pujuk rayu? Confuse confuse.
“Kau kenapa tiba-tiba
tanya macam tu weh? Seram pulak aku.” Hana bangun dan duduk bersila menghadap
Jannah. Kawannya itu turut bangun dan duduk bersila. Wajah Hana dipandang lama
sambil digenggam lembut tangan kawan baiknya itu.
“Hana, kau memang dah takda feeling dengan Akid
lagi kan?” Tanya Jannah.
Baru saja Hana nak
buka mulut jawab soalan Jannah tu, terasa macam bahu mereka dipegang seseorang.
Alamak siapa pulak ni tiba-tiba pegang bahu tak bagi salam. Bulu tengkuk dah
mula meremang. Suasana sunyi menambahkan lagi unsur seram. Ni yang tak best ni
keluar malam-malam buta. Perlahan-lahan, Jannah dan Hana menoleh. Wajah hodoh
hitam berdarah, rambut panjang mengurai, bertaring panjang terpampang depan mata.
“Huarghh!!!”
Serentak Jannah dan Hana berpelukan.
Terkumat-kamit masing-masing membaca Ayatul Kursi walaupun berterabur. Tajwid
entah ke mana, harkat lintang-pukang naik turun.
Tiba-tiba wajah hitam
hodoh berdarah tu bertukar menjadi wajah putih cantik si Maya. Hana dan Jannah
berhenti berzikir. Masing-masing bingung. Apa yang dah jadi? Pandangan mata
mereka melekat pada topeng hantu di tangan Maya. Gadis itu ketawa sakan. “Sumpah
buruk muka korang takut.”
“Konghajo punya
budak!”
Apalagi, tak tunggu
lama, Jannah terus lepuk kepala Maya sekuat hati.
Alex hanya tengok dari
jauh. “Aku dah pesan, jangan carik pasal dengan budak dua ekor ni.” Kepala
digeleng. Kesian pulak tengok Maya kena belasah tanpa belas kasihan. Tapi padan
muka. Itulah, siapa suruh pergi dajalkan budak-budak tu. Tak pasal-pasal dapat
tengok demonstrasi karate.
“Taubat aku takkan
kacau korang lagi.” Maya dah terbaring lesu atas rumput.
Jannah dan Hana
termengah-mengah. Dada masing-masing masih berapi. Punyalah kitaorang baru nak mulakan
sesi meluahkan hati dan perasaan, tiba-tiba kau datang buat lawak bodoh tu
tengah-tengah malam ni kan. Memang mintak penamparlah gamaknya. “Cipanlah
korang ni. Pukul aku betul-betul pulak tu.” Jerit Maya tak puas hati. Hana
mencubit betis kawannya itu dengan ibu jari kaki.
“Sakitlah!”
“Padanlah muka kau!”
“Weh korang sebenarnya
tengah story apa? Aku macam ada dengar nama ungka je.” Sempat tu nak bergosip.
Maya dah tegak duduk bersila antara mereka. Hana dan Jannah saling berpandangan.
Serius si Maya ni. Tak padan dengan lawyer.
“Kau ni muka kau lagi tebal dari tembok besar
China tau.” Pipi gadis itu ditunjal-tunjal. Maya menepis geram. “Eleh cakap
orang. Daripada kau, suka tapi pura-pura tak suka. Ha siapa lagi tebal? Ha?
Ha?” Maya menjungkit-jungkit kening. Rasa kagum pun ada. Bukan senang nak
tengok Maya jadi kurang matang, mentel macam ni. Selalunya muka bajet matang tu
jugak dia pasang.
Jannah geleng kepala. Kadang-kadang rasa macam
duduk serumah dengan budak sekolah je. “Ni Maya, kau dengan Alex pergi beli ais
krim ke buat ais krim?” Topik dah bertukar. Thanks Jannah!
Alex ambik tempat di
sebelah Hana. Bucket bercorak ais krim diletakkan di tengah-tengah antara
mereka berempat. Mata Hana terbeliak, rahangnya jatuh. “Korang pergi Ice Cream
Bucket ke?” Hana bertanya teruja. Air liurnya dah berkumpul di hujung bibir.
Lelaki itu menarik
senyum manis. “Nah, Larva Niche kau.” Bekas ais krim berwarna pink dikeluarkan
dari bucket itu dan dihulurkan pada Hana. “Ya Allah! Larva Niche!” Terasa macam
jongkong emas yang keluar dari bucket tu. Serius rasa bahagia.
Jannah dan Maya
masing-masing dah ambil Larva Niche masing-masing. Hana mencerunkan
pandangannya pada wajah lelaki berbangsa Cina itu. “Lex, kau memanglah sahabat
sejati of the year.” Sudu ditala ke arah Alex.
“Thank you.” Alex
angguk sambil melekapkan tangan kanannya ke dada.
“Lex, kau tak nak
masuk Islam Lex?” Tanya Hana direct, tiba-tiba. Jannah dan Maya tak jadi nak
suap ais krim ke dalam mulut. Nak tahu jugak jawapan apa yang akan keluar dari
mulut Alex. Suspen la pulak. Lelaki itu terdiam untuk beberapa saat sebelum
mengoyak senyuman semanis Larva Niche dia.
“Kalau aku masuk
Islam, korang kena carikkan aku perempuan muslimah tau.” Alex membulatkan
matanya. “Tak payah carik Lex, ni si Peah ni dah ada depan mata.” Bahu Maya
ditepuk-tepuk.
“Kepala kau!” Maya
menolak tangan Hana.
Jannah menyengetkan
bibir. “Eleh malu la tu konon tu.”
Alex tergelak kecil.
Wajah merah Maya dipandang. “Boleh Maya?” Tanya Alex selamba. Apalagi,
bersahut-sahut Jannah dan Hana menjerit, mengharuk. Maya dah urut pelipis.
Stokin busuk betul la budak-budak ni.
“Alex, kau masuk Islam
dulu baru aku kasi jawapan.” Jawapan yang tak disangka keluar dari mulut Maya.
Hana dan Jannah dah saling bertukar pandang. Amboi, macam serius je bunyi. Alex
terangguk-angguk.
“Okey.”
“Okey? Okey apa? Kau
setuju nak masuk Islam?” Hana bertanya tak sabar. Terlebih excited la pulak aku
ni. Lelaki kacak itu memandang Hana. Perlahan bibirnya mengukir senyum.
“Korang doakanlah.”
-
Pagi-pagi lagi Daim dah
terpacak depan pejabat ayahnya. Belum sempat orang tua itu nak meneguk kopi di
tangan, Daim dah menyapa laju. “Assalamualaikum, otousan!” Encik Takahashi
memandang terunanya itu atas bawah. Lain macam je aura anak aku hari ni. Macam
ada kelopak-kelopak bunga terpancar keluar dari badan dia.
“What?” Daim menjungkit bahu. Matanya mendarat
pada tubuhnya sendiri sebelum kembali mencerun ke wajah ayah tersayang.
Encik Takahashi
menggeleng kepala. Dia kemudian memberi isyarat kepada anaknya itu supaya masuk
ke dalam pejabat. Daim membuka pintu dan mempersilakan ayahnya masuk ke dalam.
Orang tua itu menarik kerut. Sah, si Daim ni dah buang tebiat. Tak
pernah-pernah tunjuk baik, tapi hari ni bukan main lagi.
“What?” Daim bertanya
lagi. Tangannya didepa sambil menampal muka bingung.
Ayahnya itu menggeleng
kepala, langkah diatur ke meja. “Hm, nak apa?” Tanya Encik Takahashi bersahaja.
Tubuhnya disandar pada kerusi, merenung wajah anaknya itu. Daim menggosok
belakang tengkuk. Ayah dia ni kalau dah speaking Bahasa Malaysia, maksudnya
mood dia tengah baik. Petanda baiklah tu. Cumanya.. Takut pulak kalau-kalau
nanti aku sebut pasal benda ni, tiba-tiba terkeluar terus Bahasa Jepun dia. Ha tu
maknanya tengah marah la tu.
Nak beritahu ke tak?
Daim berkira-kira dalam hati.
“Apa dia?” Suara Encik
Takahashi meninggi.
Daim menggigit bibir. Perangai sama je macam
perangai aku. Baran. Genetik orang tua ni la. Turun-temurun. Dari obaachan, jatuh kat otousan, sekarang
sampai kat aku pulak. Puaka betul. “Kalau takda apa-apa nak cakap, keluar. Ima
isogashii da yo.” Encik Takahashi mengambil fail di dalam laci dan diletakkan
atas meja sebelum menyelak helaian dengan kasar, memberi signal kepada anaknya
supaya beredar. (*Ima isogashii da yo=I’m
busy now)
Alamak, dah keluar dah
bahasa ibunda dia. “Otousan.” Panggil Daim sambil menarik kerusi dan duduk
berhadapan dengan ayahnya. Kaki disilang. Encik Takahashi merenung muka anaknya
semula. “Nani?”
Daim menggaru kepala.
Macam mana nak start ni?
“Pasal Yuki? Itu yang
serabut sangat muka tu.” Bull’s eye! Otousan memang mind reader, satu lagi gene
turun-temurun. “Dia datang jumpa otousan ke?” Daim bertanya. Kalau berdasarkan
riak muka otousan sekarang ni, ada ura-ura macam Yuki dah jumpa dia. (*Nani=Apa dia?)
“I have no say in this
Daim. It’s your life, you ought to do whatever you have to do. Otousan boleh
bagi nasihat je.” Encik Takahashi menyandar pada kerusi. Cermin mata yang
tergantung di hidungnya ditarik dan diletakkan atas meja. “Obaachan ada tanya
apa-apa?” Daim bertanya risau. Iyalah, nenek aku tu manusia jelmaan naga
rasanya. Garang nak mampus. Siapa tak cemas dengan dia? Sekali dia lancarkan
jelingan maut dia tu, mahu terkencing time tu jugak.
Encik Takahashi
menarik senyum sekerat. “Kalau dia ada tanya pun, kau nak ubah fikiran ke? Kau
nak ikut cakap orang tua tu?” Tanya ayah selamba. Ada nada perli di situ. Fine!
“Tak.” Jawab Daim ikhlas sambil menayang
sengih.
“There you go.”
Ayahnya mendepakan tangan. Dah masak benar dengan perangai anak teruna dia yang
sorang ni. Masa kecil-kecil dulu memang Daim ni anak yang tak pernah betah. Apa
saja kita suruh, semua dia buat. Tak pernah complain, tak pernah merungut. Dia
buat je. Tapi sejak balik Malaysia, sejak dah belajar macam-macam kat tanah
Melayu ni, dia mula ada confidence pada diri dia sendiri, jadi dia dah pandai
menegakkan pendirian dia. Kalau dulu, nak suruh bercakap, punyalah payah, macam
ada Ferrari dalam mulut tu.
Daim menurunkan
kakinya yang bersilang. Wajahnya berubah serius. Encik Takahashi menjungkit
sebelah kening. “Nani ka chigau no? Ada problem lain pulak ke?” Ayahnya
bertanya risau. Lain macam je air muka tu.
“Eto.. Sebenarnya.. How
do I say this?” Daim tak senang duduk. Hampir saja jatuh tergolek rahang Encik
Takahashi melihatkan keresahan yang dipamer anaknya itu. Tak pernah-pernah dia
tengok anaknya ni nervous semacam. Ini kali pertama dia dapat saksikan dengan
biji mata kepala sendiri betapa resah dan nervousnya Daim. (*Eto/Ano=kebiasaan bagi orang Jepun apabila sedang berfikir.
Lebih kurang macam ‘Hm...’)
Encik Takahashi
mencondongkan tubuhnya sedikit ke hadapan, cuba membaca perilaku anaknya itu.
“Kanojo wa donata?” Soalan yang lahir dari bibir ayahnya itu terasa macam
senduk menghentak kepala. “Ha?” Keningnya terjungkit. “Kanojo?” Terus mata Daim
membulat. (*Kanojo wa donata=
Siapa perempuan tu?; Kanojo=Perempuan?)
“Suka dia kan? Siapa
dia tu?” Encik Takahashi tersenyum tengok respon Daim. Mungkin bagi orang lain,
Daim ni macam satu lukisan abstrak yang sukar nak ditafsir. Misteri.
Complicated. Tapi bagi Encik Takahashi, anaknya itu dapat dibacanya macam baca
surat khabar. Sekali pandang dah boleh tahu apa saja yang mengganggu fikiran
anak muda itu. Daim diam sejenak. Hatinya masih berbelah-bahagi, sama ada patut
ke tak dia bercerita pada ayahnya.
Memang dia dan ayahnya
rapat, tapi hubungan dia dan ayah dia bukan jenis hubungan father-and-son yang
suka kongsi cerita, gosip sana sini, borak-borak kosong, tak. Hubungan dia dan
ayahnya lebih kepada buat sesuatu bersama-sama, macam racing kat trek,
memancing, camping, bersukan. Benda-benda macam tu, but with less talking.
Kalau bercakap pun, selalunya ayah dia takkan berbual kosong. Ada saja isu yang
akan disentuh, contohnya macam isu politik, ekonomi, dunia, perang, semua isu
takda unsur jenaka punya. Takda isu artis menang anugerah terjatuh pentas ke
apa. Takda.
“Is she— Hana?”
Serta-merta mata Daim
mendarat pada wajah tenang ayahnya. “Shitte iru no?” Daim dapat rasakan dadanya
berombak kencang. Masya Allah. Macam nak meletup dada aku. Betul la otousan ni,
memang bapak aku. (*Shitte iru no=Ayah tahu
ke?)
“Kau nak nikah dengan
dia?”
Kelu lidah Daim saat
soalan cepu mas itu diajukan ayahnya. Matanya tak berkelip memandang lama wajah
otousan yang masih nampak hensem macam dulu walaupun terdapat garis-garis halus
di wajah orang tua tu. Lagi satu phenotype atau characteristic yang diwarisi
daripada otousan, yakni kehenseman tahap melampau.
“Shitai no?” Ayahnya
mengulangi soalan yang sama. Cuma kali ni dinaikkan sedikit oktaf suaranya, nak
menyedarkan Daim yang masih lagi terkedu, tak sangka dengan pertanyaannya tu. (*Shitai no=Nak tak?)
“Nak tak?” Kali
ketiga, suara Encik Takahashi sudah mencecah langit. Terus kepala anaknya itu
tunduk dan naik beberapa kali, mengangguk laju. Orang tua itu mengoyak senyum.
“Bila kau nak langsung?” Tanya ayahnya direct.
Daim terasa seperti
mahu peluk cium kaki orang tua tu. Masya Allah. Senangnya dia setuju. Biar
betik bapak aku ni. “Otousan, sakit ke?” Daim bertanya takut-takut. Wajah
tenang ayahnya tu ditenung lama-lama, macam nak tembus kulit muka orang tu.
Encik Takahashi menjulingkan mata.
“Kau nak langsung ke
tak dengan dia? Aku langsungkan kau dengan si Powerpuff girls tu nanti baru kau
tau. Nak?” Keluar terus lidah orang Melayu bapak aku ni. Eh kejap, siapa?
Powerpuff girls? Erk. “Secepat mungkin.” Balas Daim bersungguh-sungguh. Orang
gila dan pekak je mampu nak hidup semati dengan gadis tiga orang tu.
“Apa yang secepat
mungkin?” Tanya ayahnya garang.
“Nikah la otousan.”
Daim menahan senyum yang dah makin melebar. Buat-buat tak tahu pulak orang tua ni. “Dengan Powerpuff girls?
Serentak?” Tanya Encik Takahashi dengan wajah yang serius. Daim menggigit
bibir.
“Dengan Hana la. I
want Hana!” Suara Daim meninggi. Encik Takahashi memandang anaknya tu untuk
beberapa saat sebelum akhirnya mengukir senyum sekerat. Jarinya menyentuh skrin
ipad dan melihat tarikh yang sesuai pada kalendar.
“Hujung bulan ni. Ii
no?”
Hujung bulan ni? Mekar
terus bibir anaknya dengan dengan segaris senyuman. “Arigatou, otousan. Hontou
ni arigatou!” Daim bangun dan segera tunduk hormat 45 darjah pada ayahnya itu.
Sungguh, dia tak sangka ayahnya akan setuju sesenang ni. Mungkin berkat usaha
aku tanpa henti menyembur jampi sana sini, sampai naik berbuih mulut aku sementara
menunggu ketibaan otousan tadi. (*Ii no=Okay tak?)
“Nikah dulu. Receptionnya nanti. Macam tu?”
Encik Takahashi bangun dan melangkah ke arah anaknya yang dah mengelamun entah
ke mana. Terharu barangkali.
Daim tersedar sebelum
cepat-cepat diturun-naikkan kepalanya, mengangguk. Encik Takahashi menyandar
pada meja sambil memeluk tubuh. “Do you want to ask me anything?” Tanya ayahnya
ala-ala Profesor Dumbledore. Wajah Daim
ditatap lama.
Lelaki tinggi lampai
itu membalas pandangan ayahnya. Alamak sesi Q & A pulak dah. Apa aku nak
bantai tanya ni? “Otousan.” Panggil Daim setelah agak lama memerah otak mencari
soalan. Encik Takahashi menjungkit sebelah kening, bertanya sambil menanti
soalan dari mulut anaknya itu. Daim menarik nafas dalam-dalam.
“Betsuni.” Kepala
digeleng. Ayahnya itu merenungnya untuk sesaat dua sebelum mengangguk. (*Betsuni=Takda apa-apa)
“Okay then. Loads of
work. Out now.” Encik Takahashi mengerling ke arah pintu pejabat. Macam biasa,
signal exit dilayang hanya dengan menggunakan pancaindera yang satu ni. Daim
berdehem sebelum tunduk sedikit sebagai tanda hormat. “Ah, one more thing.” Daim
menoleh. Dipandang ayahnya yang dah kembali duduk di kerusi di sebalik meja.
Wajah orang tua itu serius.
“Jangan buat dia menangis.”
-
Dah nak habis masa
lunch, Hana masih lagi tekun menyiapkan kerja-kerjanya di makmal. Staffnya
bergilir-gilir keluar makan tapi dia masih tak berganjak dari pagi. So far
projek mega A berjalan dengan lancar, tiada masalah walaupun mula-mula ada team
yang acuh tak acuh buat kerja. Tapi sejak-sejak dah kena brain wash dekat tiga
jam dengan Hana, terus semua orang on
time siapkan kerja masing-masing. Itulah.. Ingat aku ni huha huha, otak tak
centre, sesedap epal je nak pijak kepala aku. Ha padan muka, kan dah kena brain
wash. Tak pasal-pasal free je aku kasi tazkirah. Muahahaha.
Sedang Hana meletakkan
ekstrak akar rhodiola rosea ke dalam tiub, sekelip mata, datang seseorang dan
terus duduk berhadapan dengannya. Sepantas kilat. Nyaris terlepas tiub kecil tu
dari tangan. “Astaghfirullahal’azim.” Ucap Hana berkali-kali sambil memejamkan
mata. Sakitnya hati dengan spesis tak reti bagi salam ni.
“Terkejut?” Tanya
suara garau itu.
Hana membuka mata dan
wajah ceria Daim menyapa. Kepala hotak dia senyum macam tu selepas terkejutkan
orang. “Tak, tak terkejut pun. Teruja
tengok awak. Teruja sangat.” Balas Hana beriya. Sengaja dilonjak-lonjakkan nada
suaranya, menyindir.
Lelaki itu ketawa
besar. “Tahulah aku ni kacak bergaya. Gagah pulak tu. Rileks. Tak payah excited
sangat. Aku ada depan kau ni pun.” Ujar Daim selamba. Dia mencondongkan
tubuhnya ke hadapan. Matanya mencerun pada beratus mini tiub yang tersusun di
depan gadis itu.
“Apa tu?” Tanya Daim
sambil menjuihkan bibir ke arah mini tiub. “Mini tiub la.” Balas Hana pendek.
Micropipette disangkut pada tempat penyangkut. Mukanya selamba. Daim berdesis.
“Eh si traffic light ni. Aku tahulah menatang tu tiub. Aku tanya benda dalam
tube tu apa?” Mata dijegil geram.
Hana mencebik bibir.
Suka hina fashion taste aku tau. Apa guna Tuhan cipta macam-macam warna kalau
kita tak reti nak hargai? This is my unique way of appreciating The Almighty
Allah’s creation okay!
“Cakaplah terang-terang, jelas dan nyata. Ni
dok tanya, apa tu apa tu? Manalah orang tahu apa benda ditanya tu.” Bebel Hana
sambil tangannya laju mengemas peralatan-peralatan makmal di atas meja. Nampak
gayanya sampai di sini sajalah kerja aku hari ni. Tak mampu nak fokus bila si
ungka ni ada depan mata. Jantung ni dah ada tabiat baru. Asal si ungka ni ada
je, dia tukar frekuensi. Dari sweet jazz terus tukar rock kapak. Alahai.
Daim menongkat dagu.
Diperhatikan wajah kemerahan Hana. “Pakai blusher ke? Tak pernah-pernah make
up. Hari ni make up?” Tanya Daim, kepala disenget sedikit, mencari sudut lebih
baik untuk melihat wajah Hana dengan lebih jelas. Gadis itu jadi serba tak
kena.
“Eh mana ada pakai
make up.” Berkerut-kerut mukanya. “Ada. Tu, bukan main pekat lagi blusher kat
pipi tu.” Jari telunjuk ditala ke arah pipi gadis itu. Hana segera melihat
pantulan wajahnya di cermin almari. Blusher? Celah bilanya aku bubuh blusher.
Bedak Johnson baby je aku dok tepek kat muka pagi tadi. Gilo ke apo mamat ni.
Dipusing tubuhnya menghadap Daim.
“Mana ada saya pakai
blusher.”
“Ya Allah. Cuba tengok
betul-betul. Tu bukan main merah lagi pipi tu.”
Gadis itu menjungkit
sebelah kening. Merah? Ohh.. Tiba-tiba terasa bergelen-gelen darah berkumpul
kat muka. Argh! “Mana ada merah!” Tak pasal-pasal kena sound free macam tu je.
Hana terus angkat rak yang menempatkan tiub kecil dan meletakkannya ke dalam
peti sejuk.
Daim mengikut dari
belakang. “Aik gurau sikit pun nak marah?” Hana menjeling. Bukan marah sebab
kau buat lawak sarkas kau tu, aku marah sebab ni ha, jantung aku tak boleh nak
stop racing asal tengok muka kau tu. “Mana ada marah. Ni awak nak apa ni?”
Tanya Hana acuh tak acuh sambil kembali melangkah ke meja tempat dia
menjalankan eksperimen tadi. Sebatang pen yang tersangkut pada poket kot makmal
diambil.
“Nak... Kau?”
Daim memeluk tubuh
sambil menyandar pada meja betul di sebelah Hana. Gadis itu yang baru saja nak
menulis sesuatu pada buku log terus terbantut niatnya. Pen di tangan terlepas. Lately
ni, mamat ni selalu gurau kasar macam tu. Suka buat aku rasa lain. Hana
menggigit bibir. Daim mengambil pen yang terjatuh di atas lantai tadi dan
dihulurkan kepada Hana. “Thanks.” Balas Hana seraya mengambil pen tersebut
daripada tangan Daim.
Lelaki itu angguk. “Daim.”
Hana angkat muka, cuba beranikan diri nak bertentang mata dengan lelaki itu.
Patut tak aku cerita kat dia pasal mimpi aku tu? Mungkin dia boleh tafsirkan.
Melihatkan muka was-was gadis itu, Daim terus melembutkan pandangannya. “Hm?”
Sebelah kening dijungkit.
“Saya.. Malam tadi—”
Kreeuukk.
Biji mata Hana
terbeliak. Agak lama mereka menyepi sebelum akhirnya tawa besar bergema dalam
makmal itu. Daim ketawa sakan. Tubuhnya terbongkok-bongkok menahan gelak.
Sakit-sakit perut dibuatnya minah ni. Alahai. Hana memegang perutnya. Timing
takda nak awesome lagi perut aku ni. Time time ni jugaklah kau nak berkompang
berdikir barat bagai kan. Dasar perut takda disiplin. Semmat!
“Ya Allah, Hana Hana.
Dari pagi ke kau tak makan? Apa pun tak jamah?” Daim bertanya setelah dekat dua
minit dia gelak macam nak gila. Nasib tak terkeluar anak tekak dia.
Hana menjeling.
Konon-konon caring la tu tanya soalan macam tu. Kau dah gelak sampai nak senget
mulut tu, lepas tu nak berlagak caring pulak. Ceh. Ingat aku ni murah sangat ke
ha nak termakan dengan kebaikan kau yang hanya sekadar lakonan tu!
“Okay okay, jom makan
jom.” Ajak Daim. Tak tunggu lama, terus Hana setuju. Bak kata Mak Sam yakni
cikgu BM aku dulu, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. Ha ye, tadi
bukan main marah si ungka ni berlagak caring. Bila dia sebut je pasal makan
terus hilang marah kau. Aduhai.
Daim memandang Hana
atas bawah. Macam makin slim je minah ni. Ke sebab design tunic dia pakai jalur
ke bawah, tu pasal buat dia nampak makin kurus. Ke tak cukup makan? “Haish
minah ni. Makan pun boleh lupa ke ha? Lain kali makan. Busy mana pun, makan
kena tahu. Aku tak nak perempuan aku kurus kering meleding.” Dalam dia membebel
sempat dia selitkan satu ayat yang mampu buat hati aku bergetar hebat.
Perempuan aku? Hana
menelan air liur. Perempuan dia tu... Aku ke?
“Dah, dah. Tak payah
fikir siapa perempuan aku tu. Jangan nak perasan ke apa. Ish! Tak faham aku
dengan spesis korang ni. A single word could drive you all into the deepest
madness. Kenapa perlu fikir every single thing? Kenapa perlu sesakkan kepala
dengan benda-benda macam tu? I really don’t get you girls. So freaking mental.
And what the heck with uncertainty? Kalau nak, cakap nak. Kalau tak nak, just
say no. Stop beating around the bush. Ada je alasan. Itulah inilah. Lepas tu...”
Panjang lebar Daim
menyuarakan rasa tidak-puas hati dengan cara kaum wanita berfikir sambil
melangkah keluar dari makmal. Sampai suaranya mengomel dah tak kedengaran. Hana
ternganga. Apa salah aku? Aku tak cakap apa-apa pun kot. Tiba-tiba je meletup.
Masalah betul.
“Annoying punya
ungka.” Hana menjelir lidah.
Suka bajet mulia. Menyampah betul. Tahulah
kaum dia tu kaum pemimpin. Tapi kalau takda kaum aku ni kat sisi kaum kau, tak
ke mana kaum kau tau. Ada sebab kenapa Allah ciptakan Hawa untuk Adam tau.
Pasal cara kitaorang berfikir, memang dah itu diprogramkan oleh Tuhan. Otak
lelaki lebih besar kat bahagian frontal lobe. Bahagian depan kepala. That’s why
cara depa menganalisa sesuatu benda tu cepat, penuh logik dan objektif.
Otak perempuan pulak
lebih besarnya kat bahagian temporal lobe. Bahagian tengah-tengah otak di mana
terletaknya limbic system. Bahagian ni yang kawal emosi. Itu pasal perempuan
kaya dengan emosi. Cara berfikir pun jarang guna akal logik. Semedang guna
kaedah yang berdasarkan hati dan perasaan. Subjektif. Ha kan dah masuk ilmu
Sains. Itulah, kutuk kaum aku lagi. Tak pasal-pasal dapat tazkirah Sains
percuma.
Hana mengerling jam di
tangan. Okay dah masuk pukul 5. No wonder la perut aku ni dah bukak sesi
karaoke. Maaf perut, aku tak sengaja. Hana melipat kot makmalnya selaju mungkin
dan dia bergegas keluar dari makmal. Tak sanggup nak tadah telinga dengar mamat
tu membebel pasal masa pulak nanti. Cukup-cukuplah dia dah bebel pasal cara
berfikir.
-
Tom yam campur sedia
terhidang. Perut ni dah penat dah bergendang, air liur pulak sikit saja lagi
nak meleleh di hujung bibir. Hana dah ready dengan sudu dan garfu di tangan.
“Bismillahirrahmanirrahiim.” Tak tunggu panjang, Hana terus ceduk sudunya ke
dalam mangkuk berisi tom yam merah.
Masya Allah,
sedapnyaaaa!
Lagi satu sudu sup tom
yam dihirup. Fulamak. Terbaiklah tom yam restoran Juraidah ni. Servis dia first
class, makanan pun sedap. Memanglah aku isi borang jadi regular customer
dia.
Nasi panas-panas
disuap ke dalam mulut. Allah, nikmatnya. Tiba-tiba teringat saudara-saudara di
negara-negara bergolak Timur tengah yang sedang berjuang berpanjikan nama Tuhan
Yang Maha Esa. Entah macam mana nasib mereka? Sudahlah tanah air dinodai, ahli
keluarga dizalimi, makan minum apatah lagi. Kita kat sini hidup senang. Makan
pun bermacam-macam. Tapi ramai yang tak sedar, tak tahu nak bersyukur.
Ya Allah, bantu
saudara-saudaraku di sana Ya Allah... Bantu hamba-hamba Mu Ya Allah.. Bantu
kami untuk bantu mereka.. Aamiin.
Daim mengetuk meja.
“Oi, okay tak?” Tanya dia risau melihat sepasang mata coklat itu tiba-tiba
bergenang. “Ha?” Hana mendongak. Ya Allah, terlupa pulak aku tengah makan
dengan mamat ni. “Kenapa ni? Tiba-tiba je. Hm?” Daim bertanya lembut. Tiba-tiba
meleleh air mata tu. Risau pulak aku tengok.
“Pedas. Tom yam ni pedas. Tapi sedap.” Hana
menghirup lagi sesudu tom yam. Air mata yang mula menitis di pipi cepat-cepat
diseka.
“Pedas? Sampai meleleh
air mata tu? Ya Allah. Hana, Hana.” Diam tergelak kecil. Sapu tangan
dikeluarkan dan dihulur kepada gadis itu. “Lap air mata tu. Orang bila makan nak happy. Bukan
sedih-sedih. Tau?”
Hana angguk perlahan.
“Thanks.” Sapu tangan lelaki itu diambil dan dilap pipinya yang dah basah
dilinangi air mata. Daim merenung wajah Hana. Gadis itu menyambung makan.
Sesuap demi sesuap nasi disuap masuk ke dalam mulutnya. “Awak tak makan ke?
Makanlah.” Hana menolak mangkuk berisi tom yam itu ke arah Daim.
“Ya, ya kejap lagi aku
makan. Kau tu makan dulu. Aku at least dah lunch. Kau tu dari pagi tak makan
apa-apa.” Daim menolak kembali mangkuk tom yam itu ke arah Hana. “Nah rasa
rasa. Sedap Daim. Nanti saya nak mintak resipi la.” Sudunya dihulur pada lelaki
itu. Daim menolak baik.
“Kau makan. Nanti aku nak, aku makan ok? Ha
mintaklah resipi. Nanti bila kita dah
nikah, boleh kau masakkan untuk aku nanti. Kan?” Sengaja Daim cakap macam tu,
nak tengok reaksi Hana. Dia berubah merah ke, terkedu ke, marah ke. Gadis itu
menyandar pada kerusi. Wajahnya tak mempamerkan apa-apa emosi. Daim menarik
nafas. Aik, itu je respon kau? Tak terkejut ke? Tak marah ke tak nak sembur tom
yam ke?
“Kenapa awak nak nikah
dengan saya?”
Sebaliknya, Daim yang
tergamam dengan pertanyaan yang diajukan gadis itu. Okay, this is unexpected. “La
dah tu, takkan aku nak nikah dengan mak cik Juraidah tu pulak?” Daim
mengerling tokeh restoran yang sedang sibuk mengira duit. Hana menggigit bibir.
Punyalah aku serius gila ni. Selamba kodok je dia buat lawak sarkas dia tu.
Hana pasang muka
masam. “Daim, awak jangan merepek boleh tak? Seriuslah sikit. Saya tanya
elok-elok ni.” Gadis itu meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan, tanda dah
kenyang. Sempat dibaca doa selepas makan perlahan.
Lelaki itu diam untuk
beberapa saat. “Ok. Kenapa he? Hm, sebab aku nak rasa macam mana hidup dengan
perempuan gila buta warna suka fashion traffic light.” Balas Daim sambil
tergelak kecil. Hana dah ready nak baling gelas ke muka lelaki itu.
“Betul-betul la Daim.
Orang tengah serius ni!” Hana menjeling tajam. Benda macam ni pun nak bawak
gurau ke? Kepala berjambul betul la si ungka ni. “Yelah, yelah. Allah. Itu pun
nak muncung sedepa.” Daim mendepakan tangan, mengajuk Hana. Gadis itu
berdengus. “Suka hati awaklah.” Hana berkira-kira nak bangun, tapi lelaki itu
pantas menahan.
Daim memandangnya
lama. “Kenapa aku nak jadikan kau teman hidup aku?” Hana mengangguk. Skema
tikus la pulak ayat dia ni. Hana menelan air liur yang dah rasa macam tak
tertelan. Instinct kuat mengatakan, lelaki ni akan cakap sesuatu yang boleh
kasi jiwa raga aku ni cair meleleh.
Ready Hana. Brace
yourself.
"Kau macam permata. Bersembunyi jauh ke dasar bumi. Nak jumpa
kau ambil masa, perlukan kerja keras. Susah nak dapat kau. Tapi once dapat
reach kau.. Ya Allah.. You’re the most amazing thing that ever happened to me.
Hana, aku nak jadi lelaki pertama dan terakhir untuk kau. Sebab kau permata aku.”
Andaikata sudah jatuh
lafaz akad nikah ke atas aku ketika ni, dah lama aku dakap lelaki ni
seerat-eratnya dan takkan sesekali aku lepaskan dia. Hana cuba untuk
memberanikan diri bertentang mata dengan Daim, tapi hatinya terlalu rapuh untuk
menahan godaan dan tipu daya syaitan. Dipaksa matanya menjamah pinggan yang dah
licin.
“Saya dah buat
istikharah.” Ujar Hana perlahan.
Patut tak aku cerita
kat dia tentang mimpi tu? Hana menarik nafas dalam-dalam. Dadanya berdegup
kencang. Masya Allah. Terasa sejuk-sejuk satu badan. Tangannya menggigil. Terus
dibawa tangan ke bawah meja. Tak nak dilihat lelaki itu.
Daim menunggu penuh
sabar, menunggu Hana menghabiskan ayatnya. “Alhamdulillah, Allah ada bagi saya
petunjuk.” Dan serentak itu, Hana menala pandangannya ke wajah Daim.
Mendengarkan saja
pengakuan gadis itu, Daim tahu, Allah mendengar doanya. “Alhamdulillah.” Ucap Daim lembut, mengoyak
senyum manis. Hana tak terkata. Lidahnya kelu. Terasa tegak bulu roma saat
matanya menangkap segaris senyuman nipis yang terukir indah di bibir lelaki
itu.
Terasa macam...déjÃ
vu.
“Hana?” Daim
menggoyang tangan di depan muka Hana.
Gadis itu
terkebil-kebil. “Apa petunjuknya?” Tanya Daim lembut. Hana tak mampu menahan
kepalanya daripada terus berfikir, mengerah kepala mengingati, mencari cebisan
memori. Suara dia. Kelembutan dia. Ketenangan yang sama aku rasa. Apa ni?
Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Tangan yang lembut mengusap ubun-ubun.
Bisikan suara itu melenyapkan segala keperitan dalam dunia ni. Hana memejamkan
mata.
Ya, suara ni.
“Hana, you’re okay?”
Serta-merta mata Hana
terbuka luas. Senyuman tu. Inilah senyuman tu. Senyuman lelaki berketayap,
berjubah putih tu. Hana terasa damai. Hatinya seakan dijirus titisan embun yang
melenyapkan segala duka, menghilangkan segala resah. Sungguh, andai hati ni
mampu merakam senyuman itu, akan dia rakam dan abadikan keindahan senyuman
manis itu selamanya.
“Hana?” Panggil Daim
lembut. Hana menala pandangannya pada sepasang mata hitam gelap itu.
“Subhanallah.” Tangannya menutup mulut. Mata Hana terkelip-kelip. Sungguh dia
terpana. Mimpi malam itu kini cukup jelas dalam ingatan. Suara dia. Senyuman
dia. Pandangan mata dia. Sepasang mata hitam itu. Sebenarnya.. Allah dah pun
bagi aku jawapan untuk soalan aku tadi.
“Ya Allah.”
Daim menjungkit
kening. Kepalanya menoleh ke kiri dan kanan. “Kenapa? Ada apa?” Tanya dia
sedikit cemas. Mana tak cemas? Dah muka minah ni gaya macam nampak beruang
kutub je.
Lidah Hana kelu. Agak
lama juga dia diam tak terkata. “Hana, kau okay tak? Kenapa? Gastrik?” Daim
bertanya risau. Dipandang wajah pucat gadis itu lama-lama. Risaunya, Allah saja
yang tahu. Dia menunggu penuh sabar.
Hana memejamkan mata
sebelum menggeleng. “Daim.” Panggil Hana seraya membuka matanya. Lelaki itu
menjungkit kedua kening. “Kenapa?” Daim memandangnya untuk beberapa detik lagi
sebelum dia bangun dan melangkah ke sebelah gadis itu. Wajah lembut Hana
ditatap lama.
“Hm?”
“Kita nikah.”
Ujar Hana perlahan.
---
Rosebud says:
Soriiiiiiiiii~ (sambil tunduk muka sedih bibir getar2 hehe) I am truly sorry for the late update. Sangat2laa busy. layan customers from 10am - 10pm, memang tak mampu nak curik masa utk upload this humble story. (as usual,lame excuse. gomen)
My sister in law gave me a a nice story line for this humble story, which I'm going to use on later chaps. I hope you guys will enjoy it as much as I enjoy it. Maceh kak sha!
Doakan saya dapat sambung master ye. ingatkan hari ni master in biotech kt UM buka, sekali tak bukak laa pulak. kecewa hati ku...sob sob..huhu. xpe kita cuba lagi ya.doakan tau. :)
To all who have endlessly supported me, keep supporting guys. much appreciated. i think some of you are foreign readers who understand Bahasa Malaysia. if you are, well done. nice~ if you're an Indonesian, terima kasih. hrp2 korang dpt faham bahasa pasar that I often used in this story.
Any comments, suggestions, likes or dislikes, please by all means, drop em all here. I'll read 'em all with an open heart. insya Allah. Review ya :) and if there is anything false or wrong especially if it involves ayat from holy Quran or hadith, tell me immediately. I'll correct it immediately insya Allah.
Lastly, don't forget to pray for our brothers and sisters in Syria, Palestine, Afghanistan, Rohingya and of course, in Malaysia. Remember, every doa is powerful. Insya Allah, contributions, doa and reminder that we offer will be accepted by Allah Taala. Insya Allah, jannah is ours.
"Rasul Allah (salla Allah alaihi wa sallam) said: “The similitude of believers in regard to mutual love, affection, fellow-feeling is that of one body when any limb of it aches, the whole body aches, because of sleeplessness and fever.” (Muslim)
Aamiin Ya Rabb.
Courtesy of OwhSoMuslim.com (OSM)



Aaminnn...^^
ReplyDeleteThanks sis. suke sgt.... "kita nikah" wahhh selambe je kan Hana ne. ngee!
Like(y)
Sy suke...sy suke...sy suke...berani lak si hana wat pengakuan berani mati...klu x slalu memanjang pandang kasut je ek...rindu nye nk bace new chapter....cian sis...sibuk sesgt ek...
ReplyDeletenice one....keep it up...jgn lama2 4 d next n3 yer....tak sabo...huhuhu...
ReplyDeletePergghhh, Terbaikk Ar Kak Rose...
ReplyDeleteKak rosebud..sedap ngat novel kak rosebud..kite mcm da jatuh cinta dgn kak rosebud..hihi
ReplyDeleteTak sabar nk tunggu entry seterusnya ^_^ keep it up your work!!
ReplyDeletewow buat la novel pls
ReplyDelete