“Oi!” Shuichi
mencampak bantal peluk ke muka sepupunya itu. Daim berdengus kuat. “Kau apahal?”
Tengking Daim bengang. Bantal itu dicampak semula ke arah Shuichi. “Aku tak
pernah tengok bakal pengantin muka sekonyot
macam ni. Menyesal ke nak tamatkan zaman bujang kau?” Senyuman mengejek
tertampal di wajah lelaki berbangsa Jepun tu.
Daim melepaskan satu
keluhan berat. Terus pecah tawa Shuichi. “Aku dah kata. Fikir masak-masak.
Jangan terburu-buru. Kahwin ni bukan untuk sebulan dua je bro. Untuk seumur
hidup. Lepas ni, takda dah usha awek lagi. Sanggup?” Sebelah keningnya
dijungkit.
“Kau ingat aku macam
kau? Perempuan keliling pinggang? Aku bukan pening pasal nak kahwin la, aku
pening pasal benda lain.” Daim bangun dan membetulkan posisi dia duduk.
Tubuhnya dihadapkan ke arah Shuichi.
Sepupunya itu memeluk
tubuh. “Pasal apa?”
“Aku ada berapa orang adik beradik?” Tanya Daim
tiba-tiba. “Kau sorang jela. Anak tunggal.” Balas Shuichi. “Aku takda adik?”
Tanya Daim lagi. Sepupunya itu menggeleng kepala. “Takda. Setahu aku, tak.
Kenapa kau tanya?”
Daim mengurut dahi.
Kalau sepupu sendiri cakap aku takda adik maknanya memang aku takda adik la
kan. Tapi masalahnya, mak sendiri pulak cakap aku ada adik. Serabut serabut.
“Umi cakap aku ada adik.” Ujar Daim mendatar.
Terbuntang mata
Shuichi memandang sepupunya itu. “Ha? Apa dia?”
“Adik. Umi cakap aku
ada adik. Perempuan.” Balas Daim.
Shuichi dah jatuh
rahang. “Good God! So umi kau tak cakap mana dia sekarang?” Matanya fokus pada
Daim. Sepupunya itu menjungkit bahu. “Tak. Aku pun tak tanya banyak. Bila umi
cerita tu kepala aku dah jam dah. Aku tak tahu dia kat mana, buat apa, hidup ke
tak. I have no idea.” Balas Daim. Wajahnya nampak kusut habis.
“Nama dia pun kau tak
tahu?” Shuichi bertanya lagi.
“Maisa. Umi cakap nama
dia Maisa.”
Shuichi
terangguk-angguk. “Maisa.. Hei, aku rasa kau tak payah pening-pening pasal ni.
Kalau betul kau ada adik, so ada la. Kita boleh carik dia. Kalau takda, takda.
Tak payah pening-pening. Ni dengar sini, daripada kau dok kusutkan kepala kau
pasal benda tak tahu kesahihannya, baik kau peningkan kepala kau fikir pasal
wedding kau ni. Catering, mak andam, guests list semua. Kau dah ada wedding
planner tak?”
Daim menyandar pada
sofa. Lagi nak menambah kekusutan kat kepala aku! “Senanglah kau cakap. Kalau betul aku ada adik
perempuan, bila jumpa nanti, tak ke awkward? Apa kata dia nanti? Selama ni aku,
umi, otousan, semua abaikan dia. Kalau dia hidup senang mungkin takda hal
sangat. Kalau dia hidup susah, mampus.”
“Kalau dia ikut
perangai kau, memang mampuslah.” Shuichi cepat-cepat lari masuk bilik bila Daim
dah bangun nak belasah dia. “By the way, Jannah whatsapp aku. Dia kata weekend
ni dia, Hana dengan Maya nak pergi carik bridal dress untuk Hana. Kau tak
ikut?” Tanya Shuichi dari dalam biliknya. Kepala dijengah sedikit.
Daim menoleh sambil
mencekak pingang. “Weekend ni? Lusa? Hm, Hana tak beritahu aku pun. Jannah ajak
kau sekali ke?” Tanya Daim. Shuichi geleng kepala. “Tak. Aku tanya dia buat apa
weekend ni. Ingat nak ajak dia pergi Langkawi.” Cerita lelaki Jepun tu.
“Langkawi? Buat apa?”
Daim berkerut. “Saja jalan-jalan.” Balas Shuichi selamba. Daim ketawa mengejek.
“Tak dapatlah jon. Takda maknanya perempuan tu nak pergi berdua je dengan kau.”
Shuichi menarik
senyum. “Aku suruhlah dia ajak Hana sekali. Apa susah?” Balasnya sambil
menjungkit bahu. Senyuman di wajah Daim bagai dikesat sampai hilang. “Takda
takda. Hana tak boleh.” Kepala digeleng banyak kali.
“Eh apasal pulak? Kau
bukan bapak dia.” Shuichi memeluk tubuh.
“Aku bakal suami dia. So
aku tak izinkan dia ikut.” Tegas Daim.
Shuichi menarik muka
geli. “Weh bakal suami dengan suami, dua benda yang berbeza kau tahu. Dia bukan
hak kau. Belum lagi.” Daim merenung Shuichi yang sedang menyandar pada pintu
biliknya. “Whatever. I don’t care. I still don’t like the idea of her going out
with you.” Daim kembali duduk pada sofa. Remote control di atas meja diambil
dan ditekan-tekan.
“Bukannya aku dengan
dia berdua je. Jannah ada sekali. Look, you being like this, means you don’t
trust her.” Shuichi meluruskan jari ke arah sepupunya itu.
“Oh I trust her enough.
It’s you that I don’t trust.” Balas Daim selamba.
Shuichi menggigit
bibir. “Weh masalahnya sekarang, diaorang takkan ikut aku pergi Langkawi pun.
Diaorang dah ada plan cari bridal dress untuk Hana tu. So tukar plan. Apa kata
kau ikut aku pergi Langkawi? Ha, okey tak? Make it as your bachelor party.”
Laju kepala Daim
menggeleng. “No thanks. Aku pun ada plan weekend ni.”
Shuichi ternganga.
Macam tu je kau reject pelawaan aku? “Weh agak-agaklah nak reject pun. Pernah
ke selama ni aku reject pelawaan kau? Ha pernah ke?” Lelaki Jepun itu menggoyang-goyang
tangan kanannya mengikut nada suaranya.
Daim angguk selamba.
“Pernah.”
“Cicak kobeng punya
mangkuk ayun. So sekarang ni kau nak ikut aku pergi Langkawi ke tak? Last call
ni. Aku tinggalkan kau betul-betul. No bachelor party for you. Kau fikir
elok-elok. Nanti menyesal. Aku serius ni bro.” Tangan kanan dirapat ke dada,
tanda serius habis.
Daim melempar
pandangan bosan ke arah sepupunya itu. “I don’t give a shit.”
“Tak nak pergi
sudahlah! Aku tak nak belikan kau coklat!” Tengking Shuichi sebelum kakinya
menghentak lantai menuju ke bilik. Pintu biliknya dihempas kuat. Daim mencampak
bantal ke pintu bilik Shuichi.
“Merajuk mengalahkan betina!”
Dengus Daim.
Sakit hati betul
dengan mamat Jepun ni. Datang dia punya perangai mengada tu, betul rasa macam
nak bagi penyepak. Lantak kau la Shuichi. Malas aku nak layan kau. TV
dipadamkan sebelum Daim bangun dan melangkah ke biliknya. Solat Isya’ dulu
lepas tu tidur. Gonna need enough rest. Esok kena bangun pagi. Bila memikirkan hari
esok, Daim tersenyum.
Good night~
-
Secawan hot choc
Coffee Bean tertayang di depan mata. Hana melayang senyuman ubat gigi Darlie
kepada Budin. “Maseh Budin. Kaulah intan payung berkaki dua kesayangan kak
Mida.”
Budin menjulingkan
mata. “Hana ni. Terbatuk-batuk akak bunting tu nanti tau.” Balas Budin
tersengih. Kak Mida cuti hari ni. Pergi jumpa gynaecologist dia. Risau agaknya,
dah dekat due, tapi baby dalam perut tu macam takda ura-ura nak keluar
pun.
“Kak Mida dah berapa
bulan he? Macam dah lebih 15 bulan je. Kau tak rasa ke?” Hana ketawa bila muka
Budin berubah riak. “Hana ingat anak dalam perut kak Mida tu anak gajah? Sampai
nak berbelas-belas bulan?”
Hana memeluk tubuh,
kepalanya digeleng sambil jari telunjuk digoyang ke kiri dan kanan. “Tsk tsk
tsk. Itulah.. Kau ni Budin masa belajar Sains dulu asyik nak main pondok-pondok
je kerja. Kan dah tak tahu.” Budin mencebik.
“Tak tahu apa?”
Pintu lif terbuka,
Hana menapak masuk ke dalam lif. “Gajah bunting 2 tahun. Bukan berbelas-belas
bulan. Ngok ngek.” Ujar Hana sambil menghalang Budin daripada masuk ke dalam.
“Eh Hana. Kenapa tak bagi Budin masuk?” Tanya Budin sedikit cemas.
“Sebab... Aku nak
masuk. Kau naik lif lain.” Balas satu suara garau. Bahu Budin dilanggarnya
sengaja. Terus Budin menoleh. Daim dilihat sedang menghadiahkannya satu
sengihan. Eleh. Setakat naik lif dengan Hana pun nak kerek ke?
Eh kejap. Dia naik lif
dengan Hana. Berdua. Dan.. Hana biarkan. Haaa...! Budin menutup mulutnya yang
dah ternganga luas. Hana dalam lif sempat melambai ke arah Budin sebelum
akhirnya pintu lif tertutup. Ini bukan kali pertama Hana biarkan benda macam ni
berlaku. Tempoh hari dia halau Budin keluar dari bilik dia. Lima saat lepas tu
Daim masuk dan rapatkan pintu. Muka masing-masing selamba je tak bersalah. Bila
tanya, Hana kata diaorang discuss projek super confidential. Kena ada privacy.
Privacy my foot.
Budin mengurut dagu. Hati
ni kuat mengatakan yang makhluk dua orang tu dah rasmikan hubungan diaorang.
Budin menarik senyum. Baguslah kalau betul diaorang dah official.
Sejujurnya, kalau nak compare Daim dan Akid,
mana satu yang ideal untuk Hana, dua-dua tak ideal! Akid, suatu ketika dahulu,
mungkin dia calon yang boleh tahan, tapi bila dia buat perangai, dia mungkir
janji, lukakan hati Hana, lepas tu berani tunjuk batang hidung depan Hana
selepas apa yang dia dah buat. Huh, dia memang tak layak untuk gadis itu.
Daim pulak.. Budin
mengeluh. Daim, muka je hensem. Tapi ego tinggi macam KLCC. Ya Rabbi. Berlagak nak mampos,
baget, poyo, semualah kasi kat dia. Tapi yang buat dia elok sikit dari Akid
ialah.. Dia sayang Hana. Terlalu sayang dan Budin nampak keikhlasan tu di mata
Daim, dari segi perilaku dia bila dia bersama Hana. Mungkin orang nampak Daim
tu macam kasar, takda hati perut bila dengan Hana, dan memang betul pun lelaki tu
kasar, tapi tanpa kita sedar, Daim kadang-kadang tertunjuk kasih sayang dia kat
Hana, which is very sweet.
Budin menarik nafas
dalam-dalam. Wajah ceria Hana dan Daim terbayang di kepala. Ya Allah, kalau
benar Kau ciptakan Daim untuk Hana, dan Hana untuk Daim, Kau satukanlah mereka
dengan rahmat-Mu. Aamiin..
-
Daim menyandar pada
dinding lif sambil memandang Hana yang sedang ketawa kecil. Gembira barangkali tengok
muka bingung Budin bila dihalang masuk lif tadi. Agak buruk la jugak. Daim
mengoyak senyum. Tak lama je lagi, aku akan dengar ketawa tu setiap hari.
“Dah breakfast?” Tanya
Daim. Gadis itu menayang hot choc di tangan. Lelaki itu menarik senyum. Tak
habis-habis dengan hot choc dia. “Siapa hantar tadi? Don’t tell me you rode
your stupid bike. Hujan lebat kan?” Daim memandang wajah lembut Hana. Suaranya
cuba dikawal supaya tak kedengaran kasar. Tak mahu senyuman di bibir gadis itu
hilang.
“Don’t worrylah. Cik
Neo kan ada. Jannah tolong hantar. Siap paksa belikan dia nasi lemak dua
bungkus lagi. Konghajo betol.” Hana menggigit bibir. Tak pasal-pasal melayang
sepuluh hinggit aku. Daim tergelak besar. Sama nakal je kawan-kawan minah ni.
“Baguslah. Aku tak
percaya motor buruk kau tu.” Ujar Daim lega. Berkali-kali dia suruh Hana tunggu
kat rumah. So setiap pagi dia akan datang ambil Hana dan pergi kerja sama-sama.
Satu hala. Apa susahnya? Tapi seperti yang dijangka, gadis itu berkeras kata
tak nak. Seboleh-boleh. Tak best la, tak cool la, tak rock la, tak sopan la,
bukan mahram la, dosa la, bahaya la. Macam-macam. Banyak sangat rules. Tapi
sebab rules itulah yang buat Hana seorang gadis muslimah yang baik. Full
respects untuk dia.
Hana menjeling sambil
memeluk tubuh. Dengan motor motor aku jadi mangsa mulut takda insuran mamat ni.
“By the way, Shuichi cakap kau dengan budak-budak tu ada hal weekend ni.” Ujar
Daim menukar topik sebaik saja melihat senyuman di wajah Hana hilang. Pantang
orang kutuk motor cabuk dia tu.
“A’ah. Kitaorang nak
browse baju nikah. Diaorang yang excited. Kita cool je.” Gadis itu menjungkit
bahu, bajet cool. Daim menjulingkan mata. Poyo punya perempuan. “So aku tak
dijemputlah walaupun aku ni si pengantin lelaki?” Giliran Daim memeluk tubuh.
Hana mengigit lidah. Alamak, lupalah pulak aku bakal nikah dengan dia. Huhu.
“Laaa awak ke pengantin
lelaki? Awat tak habaq mai awal-awal!”
Daim terkebil-kebil
memandang Hana. Apa kena dengan perempuan mentel ni? Tiba-tiba je speaking
utara. Dah tu, siap lupa tu aku ni bakal suami dia. Peh. Daim mengurut tengkuk.
Terasa melambung-lambung naik suhu badannya. “Kau lupa kau bakal kahwin dengan
aku? Seriously?” Kedua tangannya dah mencekak pinggang.
Hana pasang muka
selamba. “A’ah. Ingatkan pengantin lelaki Josh Harnett tadi. Rupanya awak. Hm..Sayangnya
bukan puppy eyes tu...” Hana menggeleng kepala. Rahang Daim jatuh. Matanya
terkelip-kelip pandang gadis itu.
“Jangan main-main
boleh tak?” Herdik Daim.
“Mana ada saya
main-main. Saya serius la.” Hana dan muka stone dia. Argh geramnya aku! Daim
menjulingkan mata dan terus menghadap depan. Sakit hati betul. Sekali lagi dia
rasa macam nak tumbuk je diri sendiri bila matanya menangkap butang-butang lif
di hadapannya. Padanlah tak gerak-gerak lif ni. Satu butang nombor pun tak
bernyala.
Hana kat sebelah dah
ketawa besar. “We’re idiots.” Daim angguk. “Agree.” Butang tingkat 10 ditekan.
Wajah Hana kat sebelah dipandang. “Aku ikut he weekend ni?” Tanya Daim lembut.
Gadis itu menarik senyum separuh.
“What’s the theme?”
“Tema? Tema apa? Our
wedding?” Daim bertanya lagi. “Taklah. Tema hari raya.” Balas Hana selamba.
Pecah terus tawa lelaki itu. “Amboi tak sabar nak berhari dengan aku nampak?”
Sakat Daim. Hana menjeling. Perah santan. Siapa nak beraya dengan ungka super
annoying macam kau?
“Kau suka warna apa?”
Daim memandang Hana, cuba membayangkan warna apa yang sesuai dengan dia. Hm...
Semua sesuai. “Biru, Pink, Hijau, Merah, Oren, Kuning, Putih, Kelabu, Beige,
Peach—” Hana berhenti mengira dengan jari apabila Daim membuat bunyi ‘Shh!’.
“Tak boleh ke kau
cakap kau suka warna-warni?” Kepala digeleng-geleng. “Dah awak tanya saya suka
warna apa, saya cakaplah warna apa saya suka. Eleh, dia tanya kita, kita pulak
salah.” Hana mencebik.
“So kau nak warna tema
kahwin kita biru, hijau, pink kelabu tahi anjing tu semua? Macam tu?” Perli
Daim baik punya. Hana memandang Daim dengan mata yang bersinar-sinar.
“Macam best je Daim.
Jom buat.”
“Oh God.” Pintu lif
terbuka dan Daim tak tunggu lama. Terus dia menapak keluar. Sakit hati melayan
si Hana ni. “Daim awak suka warna apa?” Tanya Hana, mengikut Daim dari
belakang.
Daim menoleh sekilas.
“Hitam.” Terus Hana berhenti berjalan. “Hitam?” Dalam kepala, Hana dah bayang
baju nikahnya warna hitam, tok kadi pakai jubah hitam, Daim pakai baju melayu
hitam, tetamu pun pakai tema hitam. Dah macam hari berkabung dah. Ahhh
tamau.....
“Apasal pucat muka tu?
Tak suka tema kita warna hitam?” Daim cuba menyembunyikan senyuman yang mula
mengukir di pinggir bibir. “Kita nak nikah Daim, bukan nak berkabung!” Hana
meninggikan suaranya. Terbeliak biji mata Daim. Hampir saja tangannya menekup
mulut gadis itu.
Hana menggigit bibir.
Alamak, terbuat announcement la pulak! Bodohnya aku ni.... Rasa macam nak suruh
Daim lempang je kepala ni. “I cannot believe I’m marrying a thick-head like
you.” Ujar Daim perlahan sebelum pergi meninggalkan Hana yang masih dalam
keadaan mengutuk diri sendiri.
“Daim.” Panggil Hana.
Suaranya separuh merintih. Lelaki itu menoleh sedikit. “Hm.” Balasnya pendek.
Konon-konon marah masih berbaki. “Sorry tersengaja..” Ujar Hana, tunduk. Daim
menjulingkan mata. Tengok tu, main-main lagi.
“I’ll see you at lunch.” Habis je satu ayat
tu, Daim terus mengorak langkah.
Hana menarik senyum
lega. Marah la sangat mamat ni. Hana memandang sekeliling. Nasib baik takda
orang. Kalau tak, masaklah kitaorang. Nak nak kalau berita ni sampai kat tangan
Geng Powerpuff Girls. Haru!
-
“So macam mana?” Hana
bertanya kepada Akid yang sedang menganalisa data yang didapati dari eksperimen
projek mega A. Dadanya berombak laju. Nervous kot. Berbulan-bulan ambil masa
nak dapatkan data selengkap ni. Memanglah projek ni baby aku. Lelaki itu
memusingkan kerusi, menghadap Hana.
“Congratulations.
You’re a proud mama!” Akid menepuk tangan.
Hana menghela rasa
lega. Alhamdulillah. So far semua ekstrak tumbuhan yang digunakan beri kesan
positif. Dan, Akid selaku orang pakar kimia mengiyakannya. Hana tersenyum
gembira. Nani dan beberapa orang saintis kat kiri dan kanan Hana dah mengucapkan
syukur.
“So apalagi, jomlah
celebrate. Hana belanja lunch!” Ramai-ramai bersorak. Kepala diaorang. Hana
cekak pinggang. Baru saja mulut dia nak cakap, satu suara dah memotong.
“Sorry guys, we have a
lunch date today. Minggu depan jelah dia belanja okay? Hana, let’s go.”
Semua orang memandang
ke arah pintu makmal yang terbuka. Daim sedang menahan pintu automatik itu
sambil melayang senyuman separuh kepada mereka. Sempat diberi isyarat kepada
Hana supaya cepat sikit. Hana memaksa tawa halus kepada stafnya. “Esok esok he
esok.” Ujar Hana sambil menanggalkan kotnya.
“Esok cuti boss.”
Balas mereka sayup-sayup.
Hana ketawa kecil.
“Next week next week.” Janji gadis itu.
Daim menangkap kelibat
Akid di antara kumpulan manusia tu. Lelaki itu menarik senyum. Daim mengangguk
sambil tangan kanannya di angkat, menegur. Hana menuju ke arah Daim. “Aik,
hilang dah marah?” Selamba je dia tanya. Daim mengigit bibir. Saja je uji aku
depan staf dia. Sekeh kepala tu kang baru tau.
“Kau keluar cepat
sebelum aku cubit mulut kau depan diaorang ni.” Ugut Daim di sebalik gigi yang
diketip. Hana menjeling sebelum melambai ke arah kawan-kawannya yang masih setia
memerhati itu.
“Cepatlah lembab!
Terhegeh-hegeh.” Marah Daim sebaik saja pintu makmal ditutup. Hana berdengus.
“Depan diaorang bukan main lembut lagi cakap. Bila berdua, kasar nak mampus!”
Sengaja dia tinggikan oktaf suara, biar berdesing telinga mamat ni.
Daim menarik kerut.
“Kau tu yang buat aku cakap kasar dengan kau. Hei, apa si Akid tu buat kat
lab?” Hana berhenti melangkah. Ini ke sebab dia panggil aku lembab?
“He’s the CEO of
Chemtech. What do you think he’s doing in the lab?” Hana memeluk tubuh. “Flirting
with you.” Balas Daim pendek. Hana menjulingkan
mata. Tak habis-habis dengan dendam kesumat dia tu. “Awak nak lunch ke
awak nak bergaduh dengan saya?” Gadis itu merenungnya tajam.
“Lunch please.”
Serta-merta suara Daim berubah lembut. Hana angguk sebelum tersenyum manis.
“Kita makan tom yam kat kedai mak cik Junaidah please.” Hana merapatkan kedua
tangan di bawah dagu.
Daim tergelak kecil.
“Kau belanja.”
“Boleh. Tapi awak
bayar.”
“Cipan.”
“Ungka.”
Daim mengigit bibir.
Hana ketawa besar. “Okay okay. Tukar tukar. Babun.”
“Hana!”
“Iya!”
“Jalan cepat. Lapar
ni.” Daim menolak gadis itu dengan kunci keretanya. Hana ketawa. “Itulah
merajuk lagi. Kan dah tak breakfast.” Daim menarik kerut. “Kau breakfast tak?”
Tanya Daim. “Perut saya gagah. Makan tak makan, insya Allah boleh survive.”
Hana memegang perutnya. “Poyo. Macam aku tak tahu kau dengan si Nani tu suka
simpan stok makanan menimbun kat dalam lab tu kan?” Kening sebelah dijungkit.
“Ee stalker!” Hana
menekan butang lif. Daim tergelak. “Betul la tu. Aku main tembak je. Kena.
Alahai perempuan ni. Nafsu dia..fuh.” Daim menggeleng-geleng kepala. “Eleh,
macamlah nafsu dia kecik sangat.” Hana mencebik.
“Kau tak tahu ke nafsu
lelaki ada satu je? Besar pulak tu. Betul tak tahu?” Daim dah tersenyum-senyum.
“Takpa, tak nak tahu pun. Dah dah, tukar cerita. So awak nak baju nikah kita
warna apa?” Hana memandang raut wajah lelaki itu. Even dari sudut lateral pun,
mamat ni tetap nampak hensem. Ha nafsu nafsu. Astaghfirullah.
“Warna hitam tak nak?”
Daim ketawa bila muka Hana berubah warna. “Betul betul la. Awak suka warna
apa?” Hana menapak keluar dari lif sebaik saja pintu lif terbuka. Mereka
berjalan menuju ke kereta yang diparkir di tingkat B1.
“Putih.”
Hana menoleh. Dipandang lama wajah Daim. “Kau
suka warna putih kan?” Daim bertanya lembut. “Tapi awak suka tak?” Hana cuba
membaca raut wajah lelaki itu tapi macam biasa, mamat ni, pandai kawal mimik
muka dia. “Aku suka apa kau suka.”
Sweet.
“Kalau saya cakap saya
suka kentot, awak pun suka kentot la?”
Daim angguk sambil
mendepakan tangannya. “Siapa dalam dunia ni tak suka kentot?” Hana menjulingkan
mata. “Oh My God!” Terus dipacu langkah menuju ke kereta... Eh mana Bentley
perak dia?
“Hari ni aku pakai
Harrier. Tu.” Ujar Daim sambil menjuihkan bibir ke arah Harrier yang berada 2 meter dari mereka. “Seriously,
berapa banyak kereta awak ada?” Hana kagum. PA kepada anak bos je kot. Besar
sangat ke gaji? Kalau macam tu, aku pun nak jadi PA kepada anak bos. Macam masyuk
je tengok gaya.
Daim mengira dengan
jari. “Adalah dalam 5 bijik.” Lima jari ditayang di depan muka gadis itu. Hana
menelan air liur. “Okeh, nanti kita dah kahwin, sebijik kasi saya he. Bentley
bentley.” Tangan dibawa ke dada. Lelaki itu menjungkit sebelah kening. “Kau nak
kahwin dengan aku sebab Bentley ke sebab kau memang nak kahwin dengan aku?”
Daim mengurut dagunya sambil merenung wajah Hana, cuba nak cari keikhlasan di
mata gadis itu.
“Mestilah sebab
Bentley!” Balas Hana laju. Daim berdesis. Wajahnya yang cerah berubah merah.
“Ha pergi kahwin dengan Bentley. Tanya Bentley warna apa dia nak untuk tema.
Tak payah tanya aku!” Tengking Daim sambil berjalan menuju ke Harrier putihnya.
Hana menahan gelak. Sejak bila mamat ni pandai merajuk bagai ni? Ee
geli-geleman aku. Hana mengurut kedua lengannya. Seram tengok mamat gagah macam
Daim merajuk.
“Masalahnya Bentley
takda kat sini. Kalau tak dah lama saya tanya dia!” Saja je Hana menyakat lagi.
Pintu kereta ditarik dan dia terus melompat masuk ke dalam. Daim yang dah
menunggu di tempat duduk pemandu pasang muka tiga kupang dia tu.
“Gold digger ke apa
kau ni ha?”
Gadis itu menoleh,
memandang Daim dengan mulut sedikit ternganga. Selamba je kau panggil aku macam
tu. “Aku gurau je la. Aku tahu, kau nak kahwin dengan aku bukan sebab Bentley.”
Ujar Daim memujuk. Hana tak jadi nak marah. Suara lembut lelaki itu betul
cairkan hati dia.
“Tapi sebab Harrier ni
kan?” Daim mengenyit sebelah mata. Hana menjulingkan mata. Sama je maksud dia,
nak mengata aku gold digger. Konghajo betul.
“Kalau saya cakap
memang sebab Bentley macam mana?” Duga gadis itu. Setakat Harrier, nenek aku
pun mampu. Kalau aku ada nenek la. Daim menarik senyum.
“Be it. You’re my
driver anyway. Remember?” Hana terdiam sekejap. Driver? Ahh.... Kenangan
beberapa bulan dulu. Zaman dia dan Daim saling membenci. Sumpah benci gila kat
dia masa tu. Mana tak benci, suka sangat carik pasal dengan aku.
“Ingat. Awak paksa
saya jadi driver awak.” Gumam Hana. “Kau ingat kau sepak aku? Tiga kali. Sakit
tau.” Daim mengerling ke arah gadis itu. Mana boleh lupa sepakan maut minah ni.
Sakit kot. Tak pernah dalam hidup aku jadi mangsa kekerasan seorang wanita.
Hana ketawa. “Awaklah
suka carik pasal. Serius, saya benci gila kat awak. Kalaulah awak ni punching
bag, memang dah lunyai saya kerjakan.” Ujar Hana sambil mengepal penumbuk.
Giliran Daim pulak pecah perut ketawa. “You’re a woman, lady. Not a MMA fighter
or something.” Balas lelaki itu. Kepala dah digeleng-geleng.
“Woman tak woman.
Kalau dah bengang, bagi je sebijik.”
Daim memandang gadis
itu. “So, sekarang kau dah tak benci aku kan?” Hana memandangnya sekilas
sebelum melempar pandangan ke luar tingkap. “Mana ada orang nak kahwin dengan
orang dia benci.” Balas Hana perlahan. Daim tak mampu menahan senyum.
“Thanks Hana.” Ucap
lelaki itu. Hana menoleh. Wajah Daim dipandang lama. “For what?” Tanya gadis
itu. Daim hanya tersenyum tanpa memberi apa-apa jawapan. Hana membalas
senyumannya.
-
Dari satu kedai ke
satu kedai, macam-macam jenis dress Hana dah cuba. Dari lacy ke satin, semua
dah tersarung pada tubuh genitnya. Tapi satu pun tak mampu nak penuhi citarasa
Daim. Semua dia tolak mentah-mentah. Sampai merah telinga tukang design dress,
tapi mamat Daim ni selamba je kutuk dress orang tu.
‘Ni dress ke kain
buruk ni?’
‘Oh baju pengantin ke?
Ingatkan kain batik tadi. Apasal hodoh sangat?’
‘Tak nak. Jahitan dia
bersepah.’
‘Aku tak suka kedai
ni. Baju dia bau ketiak.’
Hana, Jannah dan Maya
dah sakit kepala. Inilah faktor utama kenapa si pengantin lelaki dilarang ikut
sama browsing baju pengantin. Inilah sebabnya. Banyak songeh! Gaya si ungka ni
dah macam anak bangsawan yang tiba-tiba terjatuh hati kat anak penjual ikan,
lepas tu masa nak kahwin, dia show off la kebangsawanan dia tu kat kedai baju.
Macam dalam drama Korea. Ha macam tu la. Sebijik. Super annoying!
“Daim. Tolong boleh?”
Hana memanggil Daim yang dah jalan beberapa meter di hadapan. Lelaki itu
menoleh. “Tolong apa?” Tanya Daim sambil tangannya bermain dengan botol mineral
di tangan.
“Tolong lepak kedai
mamak ke dalam kereta ke, mana-manalah. Asalkan bukan dengan kitaorang.” Tiada
lain melainkan kejujuran di matanya. Daim menarik nafas dalam-dalam sambil
mendepakan tanganya.
“What?”
“Daim as much as we
adore you, you suck at shopping. Honestly!” Maya dan Jannah serentak mengangguk
laju. “Tolonglah jangan ikut kitaorang. Dekat dua belas kedai kita pergi, satu
pun you tak berkenan. Kalau tak berkenan takpa lagi. You siap kutuk design
diaorang. Kitaorang yang malu tau.” Jannah menambah, suaranya separuh merayu.
“Aku cakap benda
betul. Memang design diaorang buruk. Takkan aku nak tipu pulak?” Tegas Daim.
“Kalau semua design kitaorang pilih you kata buruk, you bawak la kitaorang
pergi kedai yang ada design cantik yang you idamkan tu. Kita tengok cantik
sangat ke design kedai tu.” Maya memberi cadangan. Hana memandang Maya.
Kepalanya digeleng perlahan.
‘Bad idea..’ Dia
memberi Maya isyarat, tapi kawannya itu tak endahkan dia. Sebaliknya mata Maya
masih melekat pada Daim, menanti jawapan lelaki itu. “So?”Jannah memeluk tubuh.
“Agree. Masuk dalam
kereta.” Daim angguk yakin.
-
Terasa seolah kaki ni
sedang memijak gula-gula kapas. Terasa seolah di awangan saat melihat dress
yang cantik tergantung di hadapannya. Mulut tiga anak dara itu ternganga luas.
Masing-masing tak mampu nak pejamkan mata. Daim yang sedang menyeluk tangan ke
dalam poket menarik sengih kemenangan. Huh. Ternganga korang!
“Irna la Perle?” Hana
bertanya tak sangka. Jannah dan Maya turut sama menoleh. Kalau tengok design
dresses kat kedai ni, macam lebih kurang sama dengan design Irna la Perle. Macam
la.
Daim berkerut. “Apa?”
Hana memandang
kawan-kawannya. Terang, jelas dan nyata lelaki itu tak tahu apa tu Irna la
Perle. “Takda apa-apa. Ni kedai siapa?” Hana berjalan beberapa langkah ke arah
dress yang tergantung indah.
“Kedai kawan aku.
Cantik-cantikkan design dia?” Muka berlagak, trademark dia dah ditampal. Hana
angguk laju. “Design dia ala-ala design ada designer dari Indonesia. Bridal
gown untuk muslimah.” Ujar Hana kagum. Matanya mengamati setiap satu baju
pengantin yang ada dalam kedai itu.
“Irna la Perle design
dia kontemporari, very asian and exotic. Kedai ni, dress dia modern jugak, tapi
lagi soft and elegan. A bit exotic as well. Ala-ala princess.” Komen Maya.
Jannah kat sebelah angguk setuju. “One good thing about this designer is that,
she listens to me very well.” Daim berjalan menuju ke gantungan dress dan
menyelak satu per satu dress sebelum akhirnya dia memilih satu dress labuh
berwarna putih bercorak bunga halus bertakhta permata.
“She? Siapa tu?”
Kening Hana bercantum.
Daim menarik senyum
tanpa balas apa-apa. Dress labuh di tangannya diacu pada tubuh gadis itu.
“Hmm...” Kerongkongnya membuat bunyi. Hana masih lagi berkerut. “Awak cakap
pasal siapa Daim?” Hana menolak dress yang diacu padanya. Mata bulatnya tajam
memandang lelaki itu. Geram bila Daim cuba mengelak daripada jawab soalannya.
“Pasal saya.”
Satu suara tolong
jawabkan. Semua kepala menoleh ke arah suara itu. Hana tak tertelan air liur
melihat seorang gadis berhijab kuning, tinggi lampai dan bertubuh langsing
sedang menyandar pada dinding sambil memeluk tubuh, memandang ke arah mereka. Sangat
cool. Dan sangatlah cantik. Persis model. Hana menarik nafas sedalam mungkin.
Banyaknya perempuan cantik keliling mamat ni. Dulu Yuki. Ni sekarang perempuan
cool ni pulak. Dipandang Daim yang dah tersenyum simpul. Mak aih bukan main
lebar dia senyum!
“How you doing Luv?”
Tanya Daim dengan nada
suara mesra sambil melangkah menghampiri gadis berhijab kuning itu. Telinga Hana
terasa berdesing. Love? Terus berombak dada dia. Apa ni? Infedility dengan
selambanya. Depan aku pulak tu. Hana memegang dadanya yang jelas kelihatan
turun naik. Relax Hana. Infedility apanya. Kau dengan dia bukan ada ikatan sah
pun.
Gadis berhijab kuning
itu membalas senyuman Daim. “Doing good. I can see you found the dress.” Mata
gadis itu mengerling dress putih yang masih ada di tangan Daim. Lelaki itu
mengangguk. “Good job Luv. Just the way I wanted. Thanks.” Mata sebelah
dikenyit. Gadis berhijab kuning itu memegang tangan Daim sambil mengangguk.
Daim pulak biarkan je. Seolah-olah macam takda apa-apa. Macam dah biasa.
Kepala Hana terasa berasap. Tak boleh jadi ni.
Aku kena keluar dari sini! Baru saja Hana nak pusingkan badan dan keluar dari
kedai, tiba-tiba suara gadis berhijab kuning itu menegur.
“You must be the girl.
Hana kan?”
Hana tak jadi nak
pusingkan badan dia. Dalam hati, macam nak gila dia menjerit, memaksa kakinya
bergerak keluar dari kedai tu. Tapi, macam biasa, badannya akan buat benda
lain. Tak pernah nak dengar kata hati.
“Ya saya. Awak?” Hana
memaksa segaris senyuman. Confirm fake. Lantaklah nampak sumbing pun. Dah kau
pergi pegang tangan bakal laki aku tu kenapa?
“Luv, this is Hana
Banana. Hana, ni Luviana,” Daim tolong perkenalkan mereka sambil memandang dua
gadis di kiri dan kanannya secara bergilir. Apabila matanya mendarat pada Hana,
terus gadis itu memberinya satu jelingan maut. Banana mung! Daim pura-pura tak
nampak. Tawa kecil dilepaskan takut-takut.
“Just call me Luv.” Luv menghulurkan tangan.
Hana menyambut baik. Rasa lega menyerap ke dalam dada. Ingatkan mamat ungka tu
saja panggil minah ni dengan penuh kasih sayang. Rupanya memang nama dia macam
tu. Luviana. Nama pendek, Luv. Huhu... Sori Daim. Tersalah faham pulak. Tapi
aku still marah kat kau sebab kau biarkan minah cun ni pegang tangan kau!
“Panggil saya Hana.”
Dua-dua saling bertukar senyuman. “Ni kawan-kawan saya.” Hana memperkenalkan
Jannah dan Maya pula. Mereka saling bersalaman.
“Okay, shall we start?” Luv memandang mereka
bertiga sebelum menepuk tangan. Sejurus itu, beberapa orang staffnya datang
membawa pelbagai jenis dress yang berlainan corak, warna dan design. Dan,
semuanya cantik-canik belaka.
Daim merapatkan
bibirnya ke sisi wajah Hana. “She’s good, kan?” Bisik lelaki itu. Hana mengetip
bibir. Kau dah pegang tangan si Luv tu, sekarang kau boleh pulak bisik-bisik
kat aku puji perempuan tu. Peh menyirapnyaaa! Apalagi, terus sikunya ditala ke
perut Daim sekuat yang boleh. Bisanya tak terkata. Sampai terbongkok-bongkok
lelaki tu. Hana senyum puas sambil melangkah ke arah Luv.
“Semua baju ni—” Belum
pun habis ayat Hana, Luv dah tolong sambungkan. “Dibuat khas untuk awak.” Ujar
Luv bangga. Hana memandang gadis berhijab kuning itu dengan penuh rasa terharu
campur terkejut. “Awak suka?” Luv menoleh, memandang Hana. Gadis itu menjungkit
bahu. Matanya kembali memandang bridal dresses.
“Semua cantik.”
“He made me do this
actually. Tu lelaki fussy tu.” Tambah Luv, menjuih bibir ke arah Daim yang dah
duduk atas sofa sambil tangannya mengusap perut.
“Daim?” Hana bertanya
terkejut.
Luv mengangguk. “Iya.
Macam susah nak percayakan? He came to me and told me about you. Saya ingat
lagi apa ayat dia. Dia cakap dengan gaya control macho dia tu,
‘There’s this girl,
she’s, she’s not normal you know. She’s a pain in the butt, really. She has
this crazy sense of fashion, she rides this stupid ugly bike of hers and she’s
quite the temper. So.. Is it possible for you to make a dress for this girl?’
I guess dari situ saya
tahu it’s you. So that was how I get inspired to design all of these.” Cerita
Luv panjang lebar. Hana mencuri pandang Daim. Lelaki ni...
“Borak apa lagi tu?
Try la cepat. Hish mak nenek betul perempuan-perempuan zaman sekarang.” Suara
garau Daim menegur sinis. Suara tak nak kuat lagi. Hana menjeling.
Aku baru nak terharu
dengan dia, tak sampai sesaat dia dah hancurkan perasaan nak terharu tu. Isshhh
annoying betul. Tapi.. lama jugak aku dok tenung muka dia. Nasib baik dia tak
perasan. Kalau tak, gerenti dia mula la kipas diri sendiri.
Luv dan Jannah
membantu Hana menyarung baju pengantin di bilik persalinan sementara Maya
menemani Daim di luar. “Maya, thanks beritahu pasal Irna la Perle.” Ujar Daim
perlahan. Maya menarik senyum. “No problem la.” Gadis itu mengangguk, tersenyum.
Sepuluh minit kemudian, Hana keluar dari bilik persalinan, lengkap berbaju
pengantin berwarna light peach.
Daim memandangnya atas
bawah sebelum buat gaya menyuruhnya pusingkan badan. Hana ikutkan saja arahan
lelaki itu. “Hm.. Not bad. Next.” Gadis itu menjulingkan mata. Baget bagus.
Dress seterusnya disarung ke tubuh. Daim memandangnya untuk beberapa saat
sebelum menggeleng sambil buat muka menyampah. “Tak elok.” Tegas lelaki itu. Hana
berkerut. Apa yang tak eloknya? Cantik gila kot baju ni. “Define tak elok?”
Gadis itu memeluk tubuh. “Selendang kau tak sesuai dengan dress tu. Color tak
match.” Balas Diam selamba.
Kepala dia. Ya Allah,
berikan aku kesabaran menghadapi malaun sorang ni oh Tuhanku. Hana
mengipas-ngipas badan. Punyalah berhawa dingin kedai ni, tapi sebab mamat sekor
ni, rasa melonjak-lonjak naik suhu badan aku. “Daim, saya tak pakai selendang
ni masa kita nikah nanti.” Hana cuba melembutkan suaranya. Tak nak kelihatan
kurang diajar pulak depan minah cun hijab kuning ni.
“Whatever. Try baju
lain. Cepat-cepat.” Daim membuat gaya menghalau. Sebal je hati ni. Hana kembali
ke bilik persalinan sambil menghentak-hentak kaki. Tanda protes. Daim menarik
senyum. Girang gembira hati ni dapat menyakat Hana.
Sebelas minit
kemudian, Hana keluar dengan dress labuci sarat di hujung lengan dan di hujung
bawah dress. Kening Daim bercantum. Terus pandangannya mendarat pada wajah Luv.
“What the hell is this?” Jari telunjuk ditala ke arah gadis itu. Luv
membeliakkan mata. “Uh...a dress?”
“It’s ugly. Take it
off. Lain-lain.”
Tanpa fikir panjang,
Daim jujur dan ikhlas reject dress labuci tu. Hana dah mengurut tengkuk. Tak
sampai sepuluh saat aku keluar dari fitting room dia dah halau aku masuk dalam
balik. Tekanannya aku dengan si ungka ni. Argh!
Luv kat sebelah pun
dah tarik muka sakit hati. Tak jaga hati dan perasaan orang betul la si Daim
ni. Maya yang setia menemani Daim hanya mampu geleng kepala.
“Tunggu apa lagi tu
Hana? Tukarlah cepat.” Serius rasa nak terajang muka hensem dia. Hana melempar
satu jelingan maut sebelum kembali ke bilik persalinan. Ni dress dah ke berapa dah
ni? Aaaaaaaaahhh gerammnya aku!
Dress seterusnya, Daim
kata KIV. Kepala dia berjanggut KIV. Betul rasa nak menangis. “Daim, kaki saya
dah sakit gila ni. Boleh tak awak pick je mana satu dress awak nak. Saya ikut
je. Betul, tak kisah.” Hana give up. Tak sanggup dah nak bermodeling depan
mamat ni.
Daim mengunci
pandangannya pada Hana untuk beberapa saat sebelum melepaskan satu keluhan
berat. “Alright. Nah.” Dia mencampak dress yang dipilihnya mula-mula tadi ke
muka Hana.
Gadis itu menarik
nafas dan menghembus nafas kuat-kuat melalui mulut. Kan senang kalau dari tadi
dia suruh aku try baju ni? Takdalah menyusahkan hidup aku nak try satu-satu
lepas tu kena reject macam tu je. Tekanannya aku dengan si ungka ni...!
Daim menjungkit sebelah kening. “Oi, cepatlah.”
Saja Daim nak sakitkan hati gadis itu lagi. “Tahulah!” Herdik Hana geram.
Dipaksa langkah menuju ke bilik persalinan sambil mulutnya tak henti mengumam
entah bahasa apa.
Daim tergelak kecil
sebaik saja kelibat Hana hilang. Diambil majalah di atas meja dan dibelek
sehelai demi sehelai. Tiba-tiba hatinya rasa berdebar. Tak sabar nak tengok gadis
itu memakai dress yang memang dari awal tadi dah berjaya menarik perhatiannya.
Sepuluh minit dah
berlalu, Hana masih tak keluar-keluar. Eh larikan diri ke apa minah ni? Daim
mengerling jam yang membelit lengannya. Matanya kembali ditala pada majalah.
“Ahem.”
Daim mendongak. Tak
berkelip matanya melihat Hana yang dah berdiri tegak di depan mata. Majalah di
tangan sudah terjatuh mencium lantai. Pandangan Daim mendarat pada kaki gadis,
naik hingga ke wajahnya. Rahang Daim jatuh.
“Kot iya pun
terpersona, control la sikit Encik Daim oi. Tu mulut tu.” Bisik Maya mengusik.
Seronok tengok mamat macho ni tersipu malu.
Hana
memusing-musingkan dress yang tersarung di tubuhnya. “So, okay tak?” Maya buat
tanda bagus. “Ni paling cantik Na. Paling sesuai dengan kau. Kan Encik Daim
kan?” Bahu mamat itu ditepuk.
Daim terpinga. “Ha?
A’ah.” Matanya dilarikan ke arah lain, memandang apa saja asalkan bukan Hana.
Gadis itu berjalan menghampiri Daim.
“Awak, dekat sejam lebih saya trial and error baju. Takkan ‘A’ah’ je
respon awak?” Hana bertanya lembut.
Lelaki itu mengunci
pandangannya pada wajah Hana. Direnung lama wajah gadis itu sehingga naik
merona pipi Hana dibuatnya. “Luv, we’ll take this dress.” Daim memusingkan
wajahnya, spek hitam disarung dan dia terus melangkah keluar dari kedai itu.
Hana terduduk di
kerusi. Nafasnya tak teratur. Dahsyatnya penangan lelaki ni. Luv memegang bahu
Hana sambil bibirnya mengukir senyum. “Awak tahu tak berapa banyak perempuan
rasa nak bunuh awak sekarang?”
“Ha?” Hana, Jannah dan
Maya serentak memandang Luv.
Gadis itu ketawa
besar. “You all patut tengok muka you all tadi. Oh my God! So funny!” Luv
memegang perut tahan tawa. “Tak kelakar la Luv cakap macam tu. Ish dia ni.”
Jannah memukul lengan Luv. Ada ke patut buat lawak bangang macam tu. Dahlah
minah tu tengah dalam keadaan terkedu kena tenungan maut si Daim tu. Si Luv ni
boleh pulak buat statement ramai perempuan nak bunuh dia. Alahai.
“Tapi betul apa. Tu,
lelaki tu. You tak tahu berapa ramai perempuan syok kat dia.” Luv memeluk tubuh sambil memandang ke arah
Daim yang dah menunggu dalam kereta.
Tiga orang gadis itu
memandang Luv dengan muka penuh perasaan. “Mana you tahu? You ada apa-apa ke dengan
Daim? Dah berapa lama you kenal dia?” Maya dah masuk mode peguam dia. Tiba-tiba
rasa macam dalam mahkamah pulak.
Hana menggaru telinga.
Aku yang bakal nikah dengan Daim, si Maya ni pulak yang lebih. Luv menarik
sengih. “Relax, I tak minat pun dengan bakal suami you Hana. We’re just good
friends. For you records, Cik Peguam, I kenal Daim since kami first year kat
universiti dulu. Sama club. We were really close. Sebab tu I tahu banyak
perempuan rasa macam nak cekik batang leher you, Hana.” Luv mengelus pipi Hana.
Gadis itu menelan air
liur. Serius ke? Alamak, risau la pulak. Maya menghampiri pereka fashion tu.
“Mana you tahu I peguam?” Tanya dia tak puas hati. Luv tarik muka bosan.
“Sesiapa pun boleh
tahu you ni lawyer. Cara you interrogate orang contohnya.” Balas Luv selamba.
Hana dan Jannah tergelak kecil. “Teeeettt!” Ejek mereka. Maya menjulingkan
mata.
“Apa-apalah. Anyway,
kalau you perlukan khidmat I, boleh contact I anytime. Okey bye.” Mencicit cik
peguam tu keluar dari kedai dan terus masuk ke dalam kereta. Luv tersenyum
manis.
Hana menghulur tangan
kepada Luv. “Thanks banyak Luv.”
Gadis berhijab kuning
itu menggeleng kepala. “No, thank you!” Terus ditarik Hana ke dalam pelukannya.
Mulut Jannah terlopong. Hana tak terkata. “K-Kenapa?” Tanya Hana, lambat-lambat
membalas pelukan pereka fashion itu.
“Sebab buat dia happy.”
Bisik Luv sebelum meleraikan pelukannya. Hana tergamam. “Okey, I doakan wedding
you berjalan dengan lancar. Pasal dress you, don’t worry. I guarantee you’ll be
the most stunning bride ever! Confirm terjojol biji mata si Daim tu.” Gurau
Luv.
Selesai saja menyalin pakaian, Hana dan Jannah
mengucapkan selamat tinggal kepada kawan Daim itu. Alhamdulillah. Selesai satu
benda. Banyak lagi benda tak settle. Masuk je dalam kereta, Daim dengan spek
aviator hitam dia tu dah lama sedia nak tukar gear.
“Lamanya kat dalam tu.
Borak apa?” Tanya Daim bila masing-masing layan perasaan dalam kereta. Langsung
tak berbunyi. Hana memandangnya. “Luv cakap ramai perempuan nak bunuh I.” Balas
Hana selamba.
Terus terhenti kereta.
Semua orang terdorong ke hadapan, akibat daripada tekanan inersia. Daim
mencabut aviator hitamnya. “What?”
Hana, Jannah dan Maya
terdiam. “Dia gurau jela. Apasal awak
ni?” Hana berkerut tengok reaksi lelaki tu. Over bebeno. “A’ahlah Daim. Dia
gurau je. Dia cerita you dengan dia kawan rapat masa zaman universiti dulu.
Lepas tu ramai perempuan syok kat you. Itu je.” Cerita Jannah. Hana mengangguk
setuju.
Daim menggeleng kepala
sambil memakai kembali aviator hitam dia.
Sesekali kedengaran nafas dia berderu berat. Hana mencuri pandang lelaki
itu. Apa la yang sarat sangat dalam kepala dia agaknya. Pasal apa Luv cakap
tadi? Ala macam dia tak kenal Luv, kaki gurau orangnya.
Ke... dia tiba-tiba
rasa menyesal, tak nak kahwin dengan aku? Iyalah. Aku ni dahlah tak berapa nak
cun sangat. Bagi kategori orang bawahan, aku kira okey la. Tapi bila diri
sebelah Daim, dah macam beauty and the beast!
Hana menghentak sisi
kepalanya ke cermin tingkap kereta. Dia baru perasan agaknya aku ni tak lawa,
tak sepadan dengan dia. Tiba-tiba rasa kelam dunia. “Ate kau ni dah kenapa?”
Daim mengerling gadis di sebelah.
“Hana.” Panggil Daim
bila gadis itu masih senyap sambil muka tu cantik sikit je dari selipar jepun
kat rumah. Gadis itu menoleh. “Hm.” Sahut dia. “Kenapa muka macam tu?” Tanya
Daim. Sempat dia mengerling rear mirror. Maya dan Jannah dah selamat di alam
mimpi. Penat sangat la tu. Bagus jugak depa tidur.
Gadis itu menggeleng
lemah. “Penat?” Tanya Daim. Hana menggeleng lagi. “Dah tu, kenapa? Fikir pasal
apa yang Luv cakap tadi? Laa tadi dia yang kata Luv tu bergurau. Ni dia pulak
over thinking.”
Hana melepaskan satu
keluhan berat. “Saya bukan fikir pasal tu.” Daim mencuri pandangnya lagi. “Habis
pasal apa?” Daim bertanya risau. “Pasal awak.” Balas Hana lemah.
“Pasal aku? Kenapa
dengan aku?” Rasa cemas mula bertandang di dada. Jangan tiba-tiba dia cakap tak
nak kahwin dengan aku. Memang menitik air mata jantan aku.
“Kenapa lately ni awak
macam nampak serabut je?” Hana mencabut tali pinggang keledar dan memusingkan
tubuhnya menghadap Daim yang sedang memandu. “Eh kau ni dah gila ke? Pakai
balik seat belt tu.” Herdik Daim. Risau pulak tengok cara minah ni duduk,
dengan tak pakai seat belt. Argh.
“Awak cerita dengan
saya dulu kenapa awak serabut? Ya saya tahu awak ni memang jenis cranky moody
24 jam tapi takdalah muka tu tense semedang. Tapi lately ni, muka awak tense
je. serabut je. Kenapa? Awak menyesal ke nak kahwin dengan saya?”
Daim rasa macam nak
hentak kepala ke stereng. Bilalah dia nak faham hati aku ni.... Daim memberi
lampu signal ke kiri dan dia terus belok dan berhenti di tepi jalan. Tubuhnya
dipusing menghadap gadis itu.
“Hana, what’s the
matter with you? Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?” Suaranya lembut bertanya. Dalam
situasi macam ni, tak boleh tengking-tengking, tinggi-tinggi suara. Nanti lagi
parah.
Keruh di wajah Hana
mengendur. Rasa tenang sikit dengar suara lembut lelaki itu. “Kenapa lately ni
awak macam stressed out?” Hana menumpukan sepenuh perhatian kepada lelaki itu.
Daim diam seketika. “Aku
tak stress. Aku cuma...risau. Confuse.” Balas Daim. Riaknya jelas nampak
keliru, celaru. “Pasal wedding kita? Awak risau pasal kita?” Hana bertanya.
Lelaki itu menggeleng yakin. “No, no. Aku tak risau langsung pasal kita.
Sebenarnya, aku baru tahu aku ada adik perempuan.” Ujar Daim.
Rahang Hana jatuh.
Baru dia sedar. Selama ni dia tak tahu apa-apa pun pasal latar-belakang lelaki
ni. Yang dia tahu, Daim ni PA kepada Shuichi. Ada kacukan Jepun, membesar kat
Jepun. Pasal keluarga dia, satu benda pun Hana tak tahu. Mana mak ayah dia, apa
nama mereka, tinggal kat mana, orang apa. Aku pulak yang celaru.
“Awak baru tahu? So
awak dah jumpa dia?” Hana tanya sambil matanya terkunci pada wajah Daim. Lelaki
itu menggeleng. “Umi beritahu. Dia cakap aku ada adik perempuan. Dia pun pelik
bila aku macam bingung, tak tahu yang aku ada adik. Takkan umi nak bohong
pulakkan?” Daim memandang Hana yang setia memandangnya.
Gadis itu menarik
senyum nipis. “Umi awak tak bawak awak jumpa adik awak?” Tanya Hana lagi. “Umi pun
tak tahu kat mana dia. Entahlah. Aku pun tak sure kenapa aku concern sangat
pasal kewujudan adik aku ni. Pening aku nak fikir. Kalau kau jadi aku, apa kau
buat?” Daim menoleh, menunggu jawapan gadis itu.
“Kalau saya jadi awak,
saya carik adik saya tu. Carik sampai lubang cacing. Adik kot. Time jumpa tu,
mesti macam jejak kasih. Especially time umi awak jumpa adik awak. Sob sob.”
Hana merapatkan tangan ke dada.
Daim menjulingkan
mata. “Kau ni banyak sangat tengok sinetron ni.” Daim menukar gear dan kembali
mengerakkan kereta. Hana mencebik. “Daim, awak tahu tak, saya tak tahu apa-apa
pun pasal awak.” Ujar Hana.
Lelaki itu
memandangnya sekilas. “Kau tahu aku cranky.” Balasnya sambil menarik senyum
separuh. Hana mengangguk setuju. “Dan berlagak. Tidak lupa juga bajet hensem. Poyo.
Bajet ho—”
“Oi lebih pulak kau.”
Daim berdesis. Hana ketawa kecil. “Part hensem tu, aku tak bajet. Aku memang
hensem.” Ujar Daim tak tahu malu. Hana ketawa besar sampai tergerak rakan dua
orang kat belakang. Sesaat kemudian, mereka menyambung tidur kembali. “Awak ni
makhluk paling kuat perasan sekali dalam dunia ni!” Kepala digeleng, kagum
dengan keberanian Daim dalam memuji diri sendiri.
“So based on what you
said, you know me.” Daim mengerling ke arahnya. “Saya tahu perangai awak, tapi
saya tak tahu apa-apa pasal awak. Your birthday, your address, your past,
family awak. Parents awak, adik-beradik awak.” Hana mengira semua perkara yang
dia tak tahu tentang Daim dengan jari.
Daim menjungkit
kening. “Kau nak jadi stalker aku ke apa ni?”
“Daim, kita ni bakal
jadi suami isteri. Jadi, kita perlu tahu benda-benda personal pasal pasangan
kita. Saya nak tahu semua pasal awak. Semua.” Bersungguh-sungguh Hana meminta.
Daim menggigit bibir. Dalam kepala dah tersusun semuanya yang Hana nak tahu
pasal diri dia.
Ayah aku, Encik
Takahashi. Umi aku, mak cik Mia. Aku dilahirkan di Jepun, dibesarkan di
Malaysia untuk beberapa tahun. Pernah kemalangan sewaktu kecil, boleh jadi penyebab
aku tak ingat atau tak tahu tentang adik aku. Lagi.. Ha, Shuichi bukanlah bos aku, tapi sepupu aku. Kerjaya? Aku bekerja sebagai seorang d..
“Daim?” Panggil Hana.
Daim berdehem. “Hm, apa kau nak tahu pasal aku?” Dilapangkan dada, sedia
menanti apa saja jenis soalan daripada gadis molek kat sebelah ni.
“Awak kacukan Jepun?”
Hana memulakan sesi soal jawab dia. Daim mengerling gadis itu. “Seriously?”
Daim pasang muka bosan. Memang pantang dia kalau orang tanya benda yang dia dah
tahu.
“Okay okay. Awak mix. So ayah awak Jepun ke, mak awak?”
Hana membetulkan soalannya. “Ayah.” Balas Daim pendek. “Mak awak?” Hana
memandang Daim. “Melayu. Macam kau.” Daim menarik senyum nipis.
Hana terangguk-angguk.
“Mana diaorang?”
“Ada kat sini.”
Balasnya.
“Nak jumpa.”
Bulat mata Daim
memandangnya. “H-Ha? Nak jumpa?”
“Yelah. Takkan tak nak
jumpa bakal bapak mak mertua kot. Hish awak ni.
Biar betul. Kita nak nikah ni, parents awak tahu tak?” Hana berkerut. Macam
ada kebarangkalian je mamat ni tak beritahu mak ayah dia. Entah-entah dia tak
rapat tak dengan famili dia. Alamak. Bahaya tu.
Daim menjilat bibir. Apa
aku nak respon ni?
“Tahu. Aku dah
beritahu diaorang. In fact, they actually knew you. Pretty well.” Beritahu je
la. Alang-alang dah buka topik ni. Daim memandang Hana sekilas. “Diaorang kenal
saya?” Hana terkejut. Kagum pun ada. Macam mana mak ayah mamat ni boleh sangat
kenal aku?
Lelaki itu mengangguk.
“Awak pun kenal diaorang.”
Kali ni Hana dah terlopong.
“Serius? Diaorang artis ke?” Terus excited minah ni. Eh eh dia ni. Daim tarik
muka pelik. “Kau ni kenapa?” Dipandang Hana penuh rasa pelik. “Yelah. Mak ayah
awak artis ke? Pelakon? Penyanyi?” Hana
tak sabar.
“Penyajak.” Balas Daim
selamba. “Ha?” Kekok terus senyuman gadis itu. Diam ketawa besar. “Apa yang
kelakar sangat tu?” Tanya Jannah yang terpisat-pisat menggosok mata. Maya kat
sebelah tengah mengeliat.
“Eh tak sampai lagi
ke?” Maya menebar pandangan ke luar tingkap. Daim menarik sengih. Macam mana
nak sampai? Asyik berhenti tepi jalan je kerja. “Dekat dah. Sedap tidur?” Hana
memandang kedua kawan baiknya dengan segaris senyuman.
“Sedap gila. Aku mimpi
rumah kita penuh dengan ais krim. Macam dalam cerita Cloudy meat balls tu. Best
weh. Balik ni beli ais krim banyak-banyaklah. Weh Hana, kau tidur tak?” Jannah menepuk
bahu kawannya itu. “Dah kalau bakal suami kat sebelah, celah mananya tidur.”
Maya menyampuk. Hana menjeling manja.
“Haii... Makin meriah
suasana dalam kereta ni. You ladies are true machine guns. Non stop pok pek pok
pek. Bangun-bangun terus cakap tak henti.” Komen Daim sambil tangannya buat
gaya burung, buka tutup.
Laju saja tangan
Jannah dan Maya menepuk kedua bahunya. “Adoi.”
“Padan muka awak.”
Hana ketawa mengekeh. Jangan main-main dengan buddies aku. Daim menggeleng
kepala. Bahaya betul bawak tiga orang anak dara. Memang jadi mangsa la.
---
Rosebud says:
Rosebud says:
Assalamualaikum brothers and sisters!
Masya Allah, finally berjaya juga saya post the latest chap kan. Alhamdulillah. Harap korang enjoy baca every bit of it as much as I enjoyed writing it. :) Again, sepuluh jari dihulur mohon maaf for the late update and andai ada benda dalam humble story ni yg terguris mana2 hati, i apologise. as mentioned, it's a fiction, but still, moga ada pengajaran yg dpt dicedok. mana tak elok, jadikan iktibar.
Saya tahu chap ni sgt detail (dan pendek. sorii), semua benda nak cerita, tp saya rasa, moment nak kahwin ni, sebelum kahwin sgt mendebarkan. sgt precious. (although I've never been in that situation before tp bila watching my brothers' weds, wow.. betul rasa nak kahwin! itulaa..calon je takde. :P) hehe
Thanks korang banyak-banyak. salute! your patience is unbelievable! it's sublime! bersabar menunggu, setia meng-support. Serius, terharu. over-whelming. Allah Taala saja yg mampu balas. :)
Anyway, kemelut di Syria dan ngr2 timur tgh masih ada. moga kita titipkan doa utk mereka setiap masa. di Malaysia, keganasan dan kekejaman makin menjadi-jadi. takut pun ada. tp jadi tugas kita utk pertahankan ngr dan terutama skali agama ya. moga Allah lindungi ngr tercinta ini drpd kekacauan, lindungi kita dari kezaliman mereka yang zalim, aamiin insya Allah.
Moga jannah milik kita. aamiin. :)
*don't forget to review/comment/suggest/advice yeah. maseh! ja ne.
Jom amiinkan sama-sama. Courtesy of OwhSoMuslim.com


Alhamdulillah...dpt juga sis baca n3 baru you...best...tak sabar nak tahu siapa maisa...n bila daim nk bgth hana pasal ayah n umi dia...gud job dear..
ReplyDeleteFinally . Seriously i've waiting for this for a long long time . Tak menghampakan . Chapter nie sangat best . Congrates kak (:
ReplyDeleteDr n3 lps2 nmpk cam maisa tu hana.jgn la please
ReplyDeletebest >_<
ReplyDelete