Keningnya bertaut saat
sekotak coklat Pepero dilempar ke atas mejanya. Kepala didongak. “Ohayou!” Sapa
Shuichi sambil menyandar pada pintu pejabat sepupunya itu. Sebelah tangan
diangkat, melambai. Daim menyandar pada kerusi.
“Punyalah lama kau
berfoya kat Langkawi tu, coklat je kau bawak untuk aku?” Kotak coklat Pepero
diangkat sebelum dilempar kembali ke meja. Shuichi melangkah menghampiri Daim.
“Siapa cakap coklat tu untuk kau? Tu untuk PA aku.” Balas Shuichi sambil
menjeling. Daim menjulingkan mata. Sebatang coklat Pepero digigit.
Shuichi mencampak
sebungkus beg pastik ke atas meja Daim. Lelaki itu berhenti gigit coklat Pepero
sambil menala coklat yang dah tinggal separuh tu ke arah beg plastik yang
dicampak Shuichi tadi.
“What the hell is this?”
“Tee, track suit and
sport shoes. Tukar baju. Hari ni hari berlecak kita.” Arah Shuichi. Serta-merta
dahi Daim berkerut. Baru dia sedar sesuatu. Sepupunya itu dah lengkap
berpakaian sukan. Gaya dah macam cikgu Rozi, cikgu PJ aku dulu.
“Kau jangan nak buat
gilalah. Aku banyak kerja ni.” Beg plastik itu ditolak tepi. Shuichi berdesis.
“Kau ni dah berapa lama tak tengok cermin? Kumis bersepah. Jambang tak terurus.
Badan kau ni pun macam dah naik few kilos je. Dah berapa lama kau tak singgah
pergi gym? Mesti 6 pack ko dah jadi satu pack je kan? Itulah sibuk sangat
bercinta sampai penjagaan diri pun ke laut.” Diperhatikan sepupunya itu atas
bawah dengan terperinci.
Daim terdiam lama.
“Ya aku salin baju sekarang!”
Beg plastik terus diangkat dan Daim dah berkawad menuju ke tandas. Shuichi menarik
sengih. Senang je nak psiko mamat ni. Kutuk muka, kutuk badan dia, insya Allah
lepas tu suruhlah dia buat apa pun, mesti dia buat.
-
Dekat satu jam, Daim
dan Shuichi masing-masing tak nak mengalah. Trademill dah berasap, tapi
kelajuan larian mereka sedikit pun tidak berkurangan. “*Omae. No. Speedo. Nani?”
Tanya Shuichi dalam mengah. Ayatnya pun lintang-pukang. Daim menoleh sekilas. Hekeleh,
baru lari sejam dah pancit. Pandangannya ditala ke luar tingkap semula. (*Omae no speedo nani=Kelajuan kau, berapa?)
“Kyū” Balas Daim
tenang.
Kepala Shuichi
berpusing memandang sepupunya itu. “Sem. Bilan?” Matanya memandang skrin pada
trademill Daim. Nombor 9 sebesar alam terpampang pada skrin tu. Shuichi memandang
skrin pada trademillnya. 4. Dia menelan air liur.
“Bro. Apa. Kata. Ki.
Ta. Stop.” Cadang lelaki Jepun itu.
Daim menarik senyum
separuh. Butang merah ditekan. “Nak buat apa pulak? Dumb bell?” Tanya dia
sambil melompat turun dari trademill. Shuichi memegang erat handle. Kepalanya
pening. “Chot-to mat-te. Kau. Masih. Kuat. Macam. Dulu.” Ujar lelaki Jepun itu
sambil tangannya mengurut dahi. (*Chotto
matte= Sekejap)
“Bukan aku yang kuat,
kau tu yang makin lemah. Lembik. Kau pergi duduk dululah. Aku pergi angkat
berat jap.” Daim mencampak tuala good morning ke bahu sepupunya itu sebelum menuju
ke bahagian belakang gym.
Shuichi tersandar pada
kerusi. Penatnya, rasa macam diri ni pelari pecut dunia pula. Wah dahsyat
angan-angan. Botol air diambil dan diteguk puas-puas. Nikmatnya, Tuhan saja
yang tahu.
-
Lima minit selepas
rehat, Shuichi dah angkat bendera putih. Kata dia, lagi seminit dia duduk dalam
gym ni, boleh sasau kepala otak dia. Pressure. Stres. Tekanan tengok badan
gym-mates lain yang gagah perkasa. Rasa tercabar.
“Pandang kiri, aku
nampak Malik Nor, toleh kanan, Malik Nor lagi. Weh stres weh stres.” Ujar
Shuichi sambil geleng kepala. Daim yang sedang mengacau teh-o panasnya sekadar
menjulingkan mata.
“Ajak aku bersukan,
alih-alih kau yang ke laut. Poyo.” Sindir Daim straight direct kena jantung si
Shuichi. Lelaki Jepun itu dah pasang muka kelat. “Manalah aku tahu kau tu still
fit lagi. Sekali pandang macam dah setahun kau tak tengok dunia luar. Tu yang
aku ajak kau pergi sesi melecakkan badan ni.” Alasan. Daim menggeleng kepala.
“Sudahlah kau. Propa
je lebih.”
Shuichi ketawa kecil.
“So, how’s my baby?” Tanya Shuichi sambil memandang sepupunya itu. “Siapa baby
kau?” Tanya Daim balik sambil membakukan sebutan ‘baby’ itu.
Lelaki Jepun itu
menarik kerut. “Haa dosa dosa!” Jari telunjuk dah ditala ke muka Daim.
Sepupunya itu tergelak kecil. “Siapa?” Tanya Daim lagi setelah tawanya dah reda
sedikit.
“Siapa lagi intan
payung aku? Hanalah. Kanojo wa genki ka?” Dengan muka selamba, Shuichi buat
confession. Daim menolak cawan teh-o ke tepi. “Genki da.” Angguknya.
“Lagi sebulan lagi kan
kau dengan dia akan bersatu? Wah. Still can’t believe it man. Tak sangka lelaki
hati kering macam kau ni akan kahwin jugak akhirnya he. Unbelieveable.” Jujur
dan ikhlas Shuichi berkata.
Daim mengigigt bibir
bawah. “Mulut kau ni memang mintak selipar je kan?”
Shuichi ketawa.
“Betullah. Selama ni, punyalah ramai awek cun meletup-letup nak kat kau, tapi
sekor-sekor kau reject. At least bagi la aku sorang dua ke kan.”
“Aku tak payah bagi
pun kau dah ambil. Kan?” Kening sebelahnya dijungkit, perli. “Bro, kau memang
sahabat sejati aku!” Shuichi menarik bahu sepupunya itu. Muka nak terharu gila.
“Tapi kan bro, aku ingat aku nak tundalah wedding aku ni.”
Serta-merta kening
Shuichi bertaut. “Ha? Kenapa?”
Jari-jemarinya bermain
dengan cuping cawannya. “Kau tahu wedding aku next month kan? Tinggal few weeks
je lagi. This weekend pulak dia pergi outstation. 5 hari. Balik tu terus kena
hadap wedding. Mahu tak crash dia?”
Lelaki Jepun itu
terangguk-angguk dengar sebab-musabab Daim nak perkahwinannya dengan Hana
ditangguhkan. Dipandang wajah sepupunya itu lama-lama. “Kau apahal pandang aku
macam tu? Lempang kau kang.” Daim dah tarik kerusinya menjauhi Shuichi. Seram pulak
aku. Dia ni bukan boleh percaya. Dah berapa kali mulut aku ni jadi mangsa
gangguan seksual dia tu.
“Daim, kau sweet doh.
Aku terharu gila sekarang ni.” Ucap Shuichi penuh kagum. Matanya jelas nampak
terharu. “Kau jangan buat pasal. Aku takkan benarkan kau sentuh aku!” Daim dah
pegang arm rest, bersedia, bila-bila masa je dia akan pecut.
Shuichi berdehem. “Aku
dah tak buat dah kerja bodoh tu.” Kenyataan dari sepupunya itu sedikit sebanyak
mententeramkan hati ni. Tak sanggup nak bayangkan kalau Shuichi masih
mengamalkan kerja gila orang Jepun/Korea. Dok cium sana sini. Ee. Jijik.
“Glad to hear th—”
Satu ciuman hinggap di
pipinya. Daim tak terkata. Kaku sekejap.
Dua saat kemudian,
seliparnya hinggap ke kepala sepupunya itu. Shuichi macam nak gila mintak ampun
tapi dia pura-pura tak dengar. Agak-agak dah bengkak separuh muka lelaki Jepun
tu baru Daim berhenti pukul.
“Nah duit beli ais.”
Sekeping not dua ringgit dicampak ke atas meja sebelum dia berlalu pergi.
Sempat dia ambil tisu dan dilap kesan ciuman di pipinya. “Daim.” Panggil
Shuichi.
“Apa?” Daim menoleh.
Mukanya masih masam.
“That kiss was from
Hana.”
Apalagi, dicabut
seliparnya dan dia kembali memukul kepala sepupunya itu.
-
Americano dikacau ikut
arah lawan jam sambil wajah Hana ditatap lama sehingga gadis itu memukul lengan
Daim dengan beg tangannya. “What?” Daim menghirup minumannya.
“Tak payahlah tenung
sampai macam tu. Haram, haram.” Tegur Hana serius walaupun kat pipi tu macam
tergantung dua biji tomato. Daim menarik senyum nipis. Malu la tu konon. “Just
take care of yourself okey. Pakai tebal-tebal. Musim sejuk kat sana.” Pesannya,
penuh dengan rasa ambil berat.
Gadis itu mengangguk sambil buat tabik hormat.
“Baik bos.”
“So, pasal semalam
yang kita bincang tu, kau okey tak?” Daim bertanya lembut. Hana menarik senyum.
“Kalau saya tak penat, kita tak payah tundalah he? Boleh?” Gadis itu dah pasang
muka ‘pleaseee’. Lemah iman dibuatnya. Adeh.
Daim menggeleng. “Aku
tak nak bini aku time bersanding nanti muka macam zombie, faham?” Hana memeluk
tubuh sambil menjeling kasar. Zombie dia samakan muka aku yang cun ni. Ketam
steamboat betul la!
“Yelah whatever. Tunda
pun tundalah. Janji jangan cancel. Kalau awak cancel, tak nak kawan awak lagi.”
Hana beri warning awal-awal. In case. Mana la tahu kan.
“Gila aku nak cancel?
Hilang sumber keseronokan dalam hidup aku nanti.” Balas Daim sambil meraup
rambutnya yang terjuntai di dahi ke belakang. Hana tersenyum panjang. Rasa
macam tengok filem. Hero filem berkata-kata sambil meraup rambut ke belakang.
Fuh. Mahu tak debar dada. Dia memejamkan mata sambil menarik nafas dalam-dalam
dan menghela panjang. Apabila Hana buka mata, muka pelik Daim menyapa, seolah
bertanya,
‘Apakah...?’
“Saya tengah hafal bau
awak.” Ujar Hana sambil menggenggam tangan, menahan keinginan untuk menyentuh
janggut nipis yang tumbuh pada rahang lelaki itu. “Bau apa? Bau ketiak?”
Sebelah tangan di angkat tinggi-tinggi. Hana ketawa sambil memandang
sekeliling. Buat malu company je la dia ni.
Bau Daim dihidu lagi.
Bau laut. Bau hutan.
Bau peluh. Bau buku lama. Bau Aftershave dia. Bau Daim. Hana dapat rasakan
dadanya seperti menari dan melompat gembira. Tak sabar. Mata dipejam lagi.
“Hei, masih tak dapat hafal bau aku lagi ke?” Kali ni Daim mengangkat kedua
tangannya, menayang ketiak. Hana ketawa besar. Serius dia ni...
“Dah hafal dah.” Balas
Hana. Lelaki itu terangguk-angguk.
“You have a smell
too.”
Kata-kata Daim mengundang rasa ingin tahu yang
membuak-buak. Hana memandang lelaki itu, menantinya menyambung. Selama ni,
takdalah dia pakai perfume yang pekat-pekat baunya. Biasa-biasa punya perfume
saja la. Pagi sembur, sampai tengah hari, bila dah beranak sungai badan, dah
evaporasi dah perfume bagai semua.
“Bau apa?” Hana
bertanya bila Daim buat-buat tak faham dengan pandangannya. Alamak, bau peluh
aku ke? Bau peluh aku bau apa he? Atau bau kentut aku? Pernahlah jugak terlepas
satu dua depan mamat ni. Alaaa.. Tiba-tiba rasa insecure la pulak.
“Bau belacan.”
Terus disepak kaki
lelaki itu. Daim mengerang sakit. Ish perempuan ni. Agresif betul. Bawah meja
pun dia boleh target kaki aku dengan tepatnya. “Laa orang cakap tak percaya.”
Balas Daim sambil mengurut kaki. “Mana ada bau belacan!” Tengking Hana geram. Agak-agaklah
kot iyapun puaka sangat bau aku.
“Belacan?” Tanya Akid
yang muncul sambil menolak troli menuju ke arah mereka. Sebuah beg hitam
bersaiz kecil terletak di dalam troli.
“Takda apa-apa.” Hana
menggeleng kepala sambil melempar segaris senyuman kepada lelaki itu. Matanya
memandang beg Akid. “Ni je ke beg awak bawak Akid?” Hana bertanya. Lelaki itu
mengangguk. “Yelah tak sampai seminggu je pun.” Balasnya.
Daim memeluk tubuh
sambil jari telunjuknya ditala ke arah dua buah beg yang terletak di sebelah
kerusi Hana. Akid mengikut arah yang ditunjuk Daim. Rahangnya sedikit terbuka.
“Awak ni nak jadi permanent resident kat sana ke apa ni?” Perli Akid. Kagum
dengan kesungguhan gadis itu membawa barang-barang.
“Hello, perempuan
banyak barang kot. Baju, seluar, selendang, inner, stokin, baju sejuk lagi. Ha
tu tak masuk make up.” Hana cuba mempertahankan diri. Mana ada perempuan dalam
dunia ni tak bawak banyak barang?
Kening Daim
terjungkit. “Make up? Sejak bila kau pakai make up ni?”
Hana menarik muka. “Since
I reach my puberty. Awak apa tahu?”
“Suka hati kau la.
Muka kau.” Daim menjulingkan mata sebelum bangun dan mengangkat beg Hana dan
meletakkannya ke atas beg Akid. Digunakan kesempatan itu dengan berbisik ke
telinga Akid,
“Moshi kanojo ni nani ga okottara, omae ga
owaruda.”
Bulat mata lelaki itu
memandangnya. “Ore no inochi yori, kanojo ga taisetsu da.” Balas Akid sambil
memegang dada dengan sebelah tangan. Daim diam sejenak. “Fair enough.” Akhirnya
dia mengangguk. (*Moshi kanojo ni nani
ga okottara, omae ga owaruda=kalau apa-apa jadi kat dia, siap kau. *Ore no
inochi yori, kanojo ga taisetsu da=dia macam nyawa aku.)
“Apa yang korang
bualkan?” Kepala Hana tiba-tiba muncul antara mereka berdua. Sepantas kilat
Daim dan Akid meletak jarak antara mereka. Hana tampal muka tak puas hati. “Apa
ni? Mengumpat he?” Dipandang muka Daim dan Akid silih-berganti.
“Sibuklah.” Kepala
gadis itu ditunjal. Hana menjeling kasar. “Eleh, saya takda lima hari ni, baru
awak tahu macam mana rasanya bila saya takda!” Marah Hana geram. Daim tergelak
kecil sambil memeluk tubuh.
“Gerenti rasa bahagia
sentosa. Takda orang nak jaja fashion traffic light yang huduh tu.” Ejek Daim
selamba. Hana menggigit bibir. “Oh berlagak. Saya tak akan jawab call awak!”
Ugut Hana.
“Siapa cakap aku nak
call kau? Okey, aku gerak dulu.” Lelaki itu dah sedia nak balik. Hana tak
terkata. Macam tu je? Tolong hantar, tolong belanja minum, tolong angkat beg.
Lepas tu balik. Dah? “Daim!” Jerit Hana sekuat hati sehingga beberapa orang di
lapangan terbang itu menoleh kepala memandangnya.
Daim memalingkan
tubuhnya, menghadap gadis itu. “Tak malu ke orang tengok?” Tanya Daim, nada
suaranya sedikit keras. Hana mencengkak pinggang, cuba melawan tentangan mata
lelaki itu, walaupun jarak antara mereka agak jauh. “Kenapa awak tak tunggu
sampai saya pergi?” Marah Hana balik.
“Apasal aku kena
tunggu pulak?” Daim turut mencekak pinggang, mengajuk gadis itu. “Awak kan
tunang saya!” Herdik Hana. Matanya bulat memandang Daim. Tunang? Daim terdiam
untuk beberapa saat sebelum memasang muka tak bersalah sambil bertanya sinis.
“So?”
Hana menggigit bibir. “Apasal awak tak nak
tunggu?” Tengking Hana lagi, kali ni dengan oktaf suara yang makin meninggi. Akid
di sebelah dah tergaru-garu kepala. Rasa kekok bila berada di antara dua
merpati sejoli yang tak berapa nak mesra.
“Sebab aku tak nak
tengok kau pergi!”
Tangan Hana kembali ke
sisi. Wajah Daim dipandang lama. “Jadi awak sanggup biar saya tengok awak yang
pergi?” Hana bertanya perlahan. Ada nada sebak di sebalik suara halusnya itu.
Daim menarik nafas dalam-dalam. Entah macam mana, suasana berubah suram.
Akid berdehem
tiba-tiba.
“Sorry guys, bukan nak
potong steam ke apa tapi Hana, seriously, kita dah lambat ni.” Celah Akid yang
dari tadi diam menjadi penonton drama mereka. Hana mengangguk sambil berkata,
“Sekejap Akid.” Dipandang wajah Daim semula.
“Awak nak balik, baliklah
dulu. Bawak kereta baik-baik Daim. Jangan pecut!” Sempat Hana berpesan sambil
buat gaya menghalau lelaki itu, memaksanya balik. Daim tak terkata. Tadi marah
sangat aku nak pergi, sekarang paksa aku pergi dulu pulak? Perempuan perempuan.
Sampai bila-bila pun aku tak faham spesis korang ni. Kompleks ya Rabbi!
“Next week kita
jumpa!” Hana melambai.
Lama Daim menjamah
wajahnya sebelum sebelah tangan diangkat tinggi, melambai. “I’ll miss you!”
Sebaik saja bibir dia melafazkan satu ayat tu, Daim terus mempercepatkan
langkah meninggalkan Hana yang sudah tersenyum lebar.
“Ada beg plastik tak?”
Tanya Akid yang dah berdiri di sebelahnya. Hana menoleh. “Kenapa?” Tanya dia.
“Nak muntah. Geli.” Balas Akid selamba. Gadis itu mencebik sebelum menolak
troli masuk ke ruang perlepasan. Senyuman lebar masih terpatri di bibirnya. Akid
mengejar Hana dan akhirnya berjaya juga berjalan seiring dengan gadis itu.
Hana mencuri pandang
ke belakang. Kelibat Daim dah hilang. Dipejam mata rapat-rapat, cuba mengingat
bau Daim. Bibirnya menguntum senyum. Bau Daim. Sampai bila-bila pun bau tu akan
terpahat dalam sanubarinya.
-
Dah tiga hari. Tiga
hari. Dan satu call pun tak diterimanya daripada Hana. Jangankan telefon, mesej
pun tak. Email lagilah. Daim tak senang duduk. Sekejap dia ke pantry, sekejap
lagi dia dah terpacak depan bilik Hana. Setengah jam kemudian, dia dah
tersandar pada dinding makmal. Macam orang sasau pun ada.
Setiap lima minit dia
akan tengok skrin telefonnya, kalau-kalau ada panggilan dari gadis itu. Namun
setiap kali itu juga dia hampa. Busy sangat ke dia kat sana? Outstation je kot.
Lantaklah tak nak call
aku pun. Ada aku kisah! Daim membetulkan kotnya. Nekad ni. lepas ni, kalau dia
call ke mesej ke skype ke, memang aku buat dek je! Tiba-tiba telefonnya
berbunyi. Menggelupur tangannya cuba mengeluarkan handphone dari kocek sehingga
tergolek telefonnya itu ke lantai.
Daim terus menjawab
panggilan. “Hana, apasal baru sekarang kau call aku? Sihat tak? Dah makan
belum?” Bertalu-talu soalan ditanya sampai tak cukup nafas. Tiada jawapan di
talian. “Hana? Hello?” Daim berkerut. Risau di dadanya makin menebal.
“Daim, ni Ayah Wan
ni.” Balas suara di hujung talian. Rasa hampa menguasai diri. “Oh Ayah Wan.
Sorry, ingatkan Hana tadi. Ada apa Ayah Wan telefon ni?” Daim cuba mengawal
nada suaranya agar tak kedengaran kecewa.
Hanya deru nafas Ayah
Wan kedengaran. “Ayah Wan? Kenapa ni?” Tiba-tiba rasa tidak senang mula
bertandang di hatinya. “Ayah Wan, okey tak? Kenapa ni?” Tanya Daim lagi apabila
Ayah Wan masih diam tidak menjawab.
“Bonda Daim.. Bonda..”
Suara Ayah Wan bergetar.
“Kenapa dengan bonda
Ayah Wan?” Tanya Daim risau.
“Bonda dah takda.”
Telefon terlepas dari
tangan.
-
Setelah selesai
kenduri tahlil, Daim membantu Ayah Wan membersihkan rumah dan mengemas apa yang
patut sambil dibantu anak-anak yatim yang dari semalam tadi tak henti-henti
membantu dalam setiap urusan. Daim memandang anak-anak yatim yang sedang
menggulung tikar, menyapu lantai dan menyusun sofa. Tabahnya hati anak-anak ni.
Sedikit keluhan pun tak keluar dari bibir mereka. Ya Allah. Daim menyeka air
matanya yang mula bertakung di tubir mata.
“Abang, nak minum?”
Tegur Ijat. Daim menoleh. “Oh Ijat. Takpa. Ijat nak minum, pergilah minum.
Abang nak settle semua ni dulu.” Balas Daim bersama senyuman nipis. Dipandang
wajah muram anak muda itu. Sebaik saja Ijat nak menoleh, Daim memanggil
namanya.
“Ijat.”
Ijat menoleh. “Hm?”
“Kalau Ijat nak
apa-apa, perlukan bantuan abang ke, jangan segan beritahu abang okey?” Pesan
Daim lembut. Ijat memandangnya lama. Tanpa disangka tiba-tiba Ijat memeluknya
erat.
“Ijat..” Daim tak terkata.
“Ijat rindu bonda
bang. Ijat rindu sangat kat bonda.” Ujar Ijat dalam sedu. Daim membalas pelukan
Ijat erat. Sekarang ni, tiada kata yang mampu nak ubat rindu anak muda ni.
Biarlah hari ni dia menangis sepuas hatinya.
Ayah Wan memejamkan
mata sambil menyandar di sebalik pintu biliknya. Sungguh dia faham apa yang
dirasai anak yatim itu. Dia juga merasakan perasaan yang sama. Air matanya
turut mengalir.
“Bonda..”
-
Jam menunjukkan pukul
4.30 pagi. Daim tak boleh tidur. Dia baru saja selesai menunaikan solat
tahajud. Hatinya yang bergelora kembali tenang. Sudah tiga hari dia bermalam di
rumah bonda, menemani Ayah Wan dan anak-anak yatim di sini. Tiga hari juga dia
cuba telefon Hana tapi gagal. Line asyik sibuk. Tak dapat dibayangkan reaksi
gadis itu apabila dia dapat tahu berita ni.
Daim yang sedang
melipat sejadah menoleh apabila pintu biliknya diketuk. Dia membuka pintu.
Wajah tenang Ayah Wan menyapa. “Ayah Wan.” Daim sedikit terkejut melihat Ayah
Wan terpacul di depannya
.
“Ayah Wan kejutkan
Daim ke?” Tanya Ayah Wan lembut. Daim menggeleng. “Tak. Daim memang dah bangun
pun. Masuklah Ayah Wan.” Daim menjemput lelaki yang menginjak usia 40-an itu
masuk ke dalam biliknya.
Sambil melabuhkan
punggung di atas katil, Ayah Wan menghulurkan sebuah kotak berwarna gelap
kepada Daim. “Apa ni?” Tanya Daim. Kotak itu bertukar tangan.
“Dalam kotak ni ada
barang-barang Hana. Barang dia masa kali pertama bonda jumpa dia. Selama ni
bonda yang simpan. Tapi sekarang.. Bila bonda dah takda..” Ayah Wan diam.
Nafasnya tidak teratur. Daim memegang tangan lelaki itu. Ayah Wan menarik
senyum nipis.
“Ayah Wan nak minta
tolong Daim bagikan kat Hana ya.” Pinta Ayah Wan lembut. Daim menarik senyum
sambil mengangguk. “Nanti bila dia dah sampai Malaysia, Daim bagi dia insya
Allah.”
“Terima kasih Daim.
Kau banyak tolong Ayah Wan.” Bahu lelaki itu ditepuk-tepuk. “Takdalah Ayah Wan.
Budak-budak tu yang banyak tolong.” Daim teringat Ijat. Ayah Wan
terangguk-angguk sebelum bangun.
“Subuh nanti kita
solat berjemaah ya. Dengan budak-budak tu sekali.” Pesan Ayah Wan sebelum
keluar dari bilik Daim. “Okey insya Allah.” Angguk lelaki itu.
“Assalamualaikum.”
Daim menjawab salam
Ayah Wan.
-
Kotak berwarna gelap
itu dipandang lama. Patut tak aku buka? Barang-barang apa yang ada kat dalam
kotak ni? Daim menggeleng. Amanah Ayah Wan suruh bagi kat Hana, bukan suruh
buka tengok. Daim menyimpan kotak itu ke dalam beg plastik. Skrin komputernya
dipandang kosong. Email daripada Akid dibaca sekali lagi. Lelaki itu memaklumkan
ketibaan dia dan Hana petang ini. Daim mengurut batang hidungnya.
Kenapa perempuan tu
tak beritahu aku sendiri? Kenapa perlu minta Akid yang email? Apa masalah dia
sebenarnya? Dahlah extend outstation tak beritahu, extend macam tu je. Call,
mesej, email, skype, takda satu pun daripada Hana. Daim melepaskan satu keluhan
berat. Jam di tangan dipandang sekilas. Petang nanti dia akan ke KLiA untuk
menjemput Hana. Hatinya masih buntu. Tak tahu macam mana nak sampaikan berita
tentang bonda kepada gadis itu nanti.
“Daim.” Tegur Shuichi
sambil melangkah masuk ke dalam pejabat sepupunya itu. “Hm kenapa?” Daim
memandang lelaki Jepun itu. “Kau free tak?” Tanya Shuichi. “Kenapa?” Tanya Daim semula. “Bowling jom.”
Ajak sepupunya itu. “Petang ni Hana sampai Malaysia.” Balas Daim menolak baik
pelawaan Shuichi.
“Oh yeke? Aku nak ikut
kau pergi jemput Hana.” Katanya sambil menarik kerusi dan duduk di hadapan
Daim. Sepupunya itu memandangnya untuk beberapa saat sebelum angguk.
“Okey.” Balas Daim
pendek.
“Okey? Serius?” Tanya
Shuichi tak percaya.
“Aku ada muka macam
nak gurau ke sekarang ni?” Daim bertanya dengan muka segarang singa. “Okey okey
kau serius. Thanks bro. Pukul berapa patut aku tunggu kat bawah?”
Daim menayang tiga
jari.
“Got it!” Shuichi
keluar dari bilik Daim sambil bernyanyi kecil.
-
Daim sedang menanti
sambil menyandar pada kereta apabila Hana dan Akid keluar dari lapangan arrival
sambil menolak troli. Macam pasangan yang baru balik dari honeymoon pun ada
juga. Daim melempar pandangan ke tempat lain.
“Assalamualaikum!”
Sapa Hana ceria. Mata bulatnya memandang Shuichi dan Daim silih berganti. “*Okaeri.
Sihat Hana?” Tanya Shuichi gembira melihat gadis itu. “Sihat alhamdulillah.
Awak sihat Shuichi? Lama gila tak jumpa awak kan?” Hana memandang lelaki Jepun
itu atas bawah. (*Okaeri=Welcome home)
“Masih hensem macam
dulu.” Balas Shuichi tak tahu malu. Hana tergelak besar. Shuichi menyapa Akid
di sebelah Hana. Gadis itu berjalan menuju ke arah Daim yang masih setia
merenung entah siapa. Dengan shade aviator dia tu, sumpah macho.
“Ahem. Tak rindu kita
ke?” Hana menegur.
Daim memandangnya
sekilas. “Mana beg kau?” Tanya Daim sambil mencari-cari beg gadis itu. Hana
berkerut. Aik, pandang aku macam pandang selipar Jepun je? Hmm... Hana cuba
menarik perhatian lelaki itu sambil menghalang pandangan mata Daim. Bila lelaki
itu pandang ke kiri, Hana ke kiri. Bila Daim pandang ke kanan, dia pun ke
kanan.
“Apa masalah kau
sebenarnya?” Keras suaranya bertanya.
Hana terkedu. Sah
mamat ni betul-betul tengah takda mood. Tapi kenapa ya? Kenapa dingin semacam
layanan dia ni? Seminggu lebih kot dia tak jumpa aku. Takkan ni kaedah dia
nak menunjukkan rasa rindu kat aku?
Err... Macam bodoh je
kaedah ni.
“Awak, kenapa? Lapar
he? Saya ada coklat. Nak?” Tanya Hana sambil mengeluarkan coklat Kit Kat dari
beg galasnya. Tanpa berkata apa-apa, Daim terus menuju ke arah Akid dan
mengambil beg Hana sebelum memasukkan beg itu ke dalam but kereta.
Hana mengetip bibir.
Tak kelakar kot kalau ni cara dia balas dendam kat aku sebab tak beritahu dia
aku terpaksa extend masa outstation. Hana mengoyakkan plastik bungkusan coklat
Kit Kat dan terus makan coklat itu. Geram punya pasal. Sungguh sekarang ni dia
memerlukan rembesan endorfin ke dalam badan. Ahh panasnya hati dengan mamat
ungka ni.
Daim menutup but dan
melangkah ke arah Akid. “Kau ikut sekali?” Tanyanya.
Akid menggeleng sambil
tersenyum. “Takpa. Budak aku datang jemput.”
“Okey then. Gerak
dulu.” Daim mengangkat sebelah tangan sebelum masuk ke dalam kereta. Hana berdengus
kuat. Dia langsung tak heran pasal aku. Macam aku ni tiang bendera je.
“Jumpa esok Hana.”
Tegur Akid. Hana tersedar sebelum melambai. “Insya Allah. Okey bye Akid. Thanks
for everything.”
“No problem.” Angguk
Akid sambil melayang segaris senyuman manis.
-
Hana mencuri pandang
Daim buat kali entah yang ke berapa. Straight je muka dia. Nak kata marah,
takda kerutan kat dahi dia. Nak kata tak marah, dingin pulak layanan dia. Tak
banyak cakap pun. Hana menoleh ke belakang.
“Psst. Shu-chan.”
Panggil Hana.
Shuichi yang sedang bernyanyi kecil berhenti
menyanyi. Matanya menjamah wajah gadis itu. “*Hai?” Hana mengerling ke arah
Daim, bertanya kepada Shuichi tentang lelaki itu. “Not one of his good days.”
Balas Shuichi perlahan. “Ohh..” Hana terangguk-angguk faham. Ada la tu masalah
kat pejabat agaknya. PA kan. Mesti busy. Dapat pulak bos easy-going macam
Shuichi ni. Lagilah.
“Daim.” Hana kembali
memandang Daim. Suaranya lembut memanggil nama lelaki itu. “Hm.” Balas Daim
masih dingin. “Saya ada hadiah untuk awak.” Ujar Hana ceria. “*Boku ni?”
Shuichi menunjuk dirinya sendiri. “Ya, untuk awak pun ada. Kejap. Ha nah untuk
awak.” Hana menghulurkan plastik kertas berisi sesuatu kepada lelaki Jepun itu.
(*Hai=Ya?; Boku ni=For me?)
“Domou arigatou
gozaimasu!” Dengan hati senang Shuichi menerimanya.
“Ini pulak untuk
awak.” Plastik kertas berwarna peach dihulur kepada Daim. Lelaki itu memandang
plastik itu sekilas sebelum kembali menala pandangan ke jalan.
“Hm thanks.” Balasnya
perlahan.
Hana berkerut. Itu je?
Thanks? Takda semangat kesukanan langsung. Hana menggaru kepala. Aku ada buat
salah apa-apa ke sampai dia jadi macam ni? “Daim.” Panggil Hana lagi. “Hm.”
Balas Daim, masih dingin membeku. “Awak kenapa? Saya ada buat salah apa-apa
ke?” Hana bertanya lagi. Rimas bila dilayan sebegini rupa. Kacau jiwa
dibuatnya.
“Handphone kau
tercicir dalam lubang jamban ke?” Tanya Daim tiba-tiba.
“Tak. Kenapa?” Hana
rasa pelik dengan soalan lelaki itu. Nada suara dia macam sinis tapi bila
tengok muka dia, serius gila. Tahulah Hana bahawasanya Daim tengah serius
bertanya.
“Aku call kau banyak
kali. Tak dapat. What happened?” Tanya Daim lagi.
“Saya tak dapat
apa-apa calls pun. Not even one. Saya cuba call awak juga tapi tak dapat.
Roaming problem la kot. Saya pun tak sure.” Hana mengeluarkan telefonnya, cuba
membelek setting.
Daim memandangnya
sekilas. “Tak payah nak check setting tu. Dah sampai Malaysia dah pun.” Ujar
lelaki itu. Nadanya sinis. Hana menggigit bibir. Sabar Na, sabar. Daim mesti
ada alasan kukuh kenapa dia buat perangai macam ni. mungkin dia nak uji kau
kot. Iyelah, mungkin dia nak tahu sejauh mana kau mampu bersabar dengan dia. Kan
dia bakal suami kau. Hana menarik senyum nipis. Gembira sedikit hati ni bila
dimotivasikan oleh diri sendiri.
“Kotak gelap itu untuk
kau.” Daim menjuihkan bibir ke arah sebuah kotak berwarna gelap yang terletak
atas dashboard. Hana memandang lelaki itu sebelum mengambil kotak gelap itu.
“Apa ni? Hadiah untuk
saya? Thanks Daim.” Hana dah tersenyum sipu. Dalam dingin dingin dia tu, ada
udang di sebalik mee. Sweet sangat. Dah agak dah. Semua ni lakonan je.
“Bukan aku yang bagi.
Ayah Wan bagi.” Balas Daim. Suaranya mulai kendur.
“Ayah Wan? Awak pergi
jumpa dia? Gapo tiba-tiba Ayah Wan bagi hadiah. Pelik betul.” Hana membuka
penutup kotak itu. Skirt dan baju-t kanak-kanak menghiasi pandangannya.
“Baju budak-budak?”
Hana memandang Daim. Lelaki itu memandang isi kotak itu. “Ayah Wan cakap dalam
kotak itu ada barang-barang kau.” Ujar Daim.
“Barang saya? Ohh.. Ni mesti baju saya masa kecil dulu kot. Kan?” Hana
mengangkat baju itu.
“Eh.”
Sekeping gambar
terjatuh dari celah lipatan baju itu. Hana mengambilnya. “Gambar?” Hana
meneliti gambar yang dah terkoyak separuh itu. Agak lama jugak gambar ni. Hitam
putih lagi. Seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Macam kenal je
muka budak ni. Hana tersenyum.
“Gambar?” Daim
menoleh. Gadis itu mengangguk. “Gambar masa saya kecil-kecil la kot. Sama tak
Daim muka saya dulu dengan sekarang?” Hana menayang gambar itu kepada lelaki
itu.
Serta-merta brek
ditekan kuat. Tubuh Hana terdorong ke depan.
Gambar yang dah
terkoyak separuh itu terlepas dari tangan Hana dan terjatuh ke atas peha Daim.
Lelaki itu memandang lama gambar itu. “M-Mana kau dapat gambar ni Hana?” Tanya
Daim. Suaranya kedengaran terdesak.
“Ha?” Hana yang masih
dalam keadaan terkejut tak mampu menangkap pertanyaan lelaki itu. “Mana kau
dapat gambar ni!” Tengking Daim kasar. Matanya tajam menjamah wajah gadis itu. Hana
tergamam.
“Dari mana!” Tengking
Daim lagi.
“Dari dalam kotak ni.
Kenapa Daim?” Hana memandang wajah Daim yang mula berubah pucat. “Daim?” Hana
memanggil nama lelaki itu apabila melihat tangan Daim yang sudah menggigil
memegang gambar itu.
“Daim?” Panggil Hana
lagi. Lelaki itu terus meluru keluar dari kereta. Hana tak terkata. Shuichi
menenangkan Hana dan menyuruhnya tunggu di dalam kereta. “I’ll talk to him.”
Beberapa saat kemudian, Shuichi sudah berlari keluar dari kereta, mengejar
Daim.
Hana terkedu. Apa dah
jadi sebenarnya?
-
“Daim! Daim! Matte
yo!” Shuichi menarik bahu sepupunya itu.
“Do you know what this
means? Do you know? Ha?” Tengking Daim sambil menayang gambar yang sudah
terkoyak separuh itu kepada Shuichi. Lelaki Jepun itu mengambil gambar itu dari
tangan Daim. (*Matte yo=Tunggu
dulu)
Mulutnya sedikit
ternganga. “Ayah kau. Budak ni..” Shuichi tak sanggup menghabiskan ayatnya. Daim
meraup wajahnya berkali-kali. Sungguh, dirasakan saat ini seolah-olah batu
besar sedang menghempap bahunya.
“Daim, a-aku..” Shuichi hilang kata-kata.
Daim mengeluarkan
gambar dia dengan umi dari dompetnya dan perlahan-lahan dia menyatukannya
dengan gambar separuh milik Hana itu. “It fits..” Ujar Daim lemah. Dia
memandang Shuichi yang turut sama tergamam melihat gambar yang telah
dicantumkan itu.
“It fits..” Daim
terduduk di bahu jalan. Matanya dipejam erat. Tanpa disedari air matanya
mengalir. Shuichi memaut bahu sepupunya itu. Lama mereka berdua tidak bersuara.
Hanya air mata saja yang mampu bercerita.
-
“Shuichi, Daim pergi
mana?” Hana tanya sebaik saja Shuichi masuk ke dalam kereta dan duduk di seat
driver. Daim dilihatnya tadi menahan teksi dan terus beredar. “Dia ada hal
urgent but he’ll call you. Saya hantar awak balik ya.” Shuichi melempar segaris
senyuman nipis.
“Awak sure dia okey?
Is something wrong? Apa yang korang cakap kat luar tadi? Daim okey tak?” Hana
dapat rasakan ada sesuatu yang menganggu lelaki itu. Kalau tak, masakan
tiba-tiba dia dan Shuichi duduk kat tepi jalan. Muka masing-masing pucat lesu.
“Takda apa-apalah.
Don’t worry okey. You want to grab some food or something? Before I hantar you
balik.” Shuichi memandang wajah resah gadis itu.
“Can we go see him?
Saya risaulah Shuichi. I know you’re lying. Ada something going on kan? Saya
nak jumpa Daim.” Tegas Hana. Shuichi mengeluh. “Tak boleh Hana. Buat masa sekarang, tolong jangan ganggu dia.
He doesn’t want to see you right now. I’m sorry.” Balas Shuichi perlahan.
“A-Apa maksud awak
Shuichi? Dia tak nak jumpa saya?” Mata Hana sudah bergenang. Shuichi menelan
air liur. Ni yang aku lemah ni. Aduhai. Macam mana nak explain?
“No, no. Hana, please, jangan menangis. You
haven’t done anything wrong. It’s just him. Dia perlukan masa untuk sort things
out. Hana, awak jangan risau ya. Please understand him. He needs time.”
Hana berkerut. Air
matanya dibiarkan membasahi pipi. “Sort things out? Apa maksud awak?” Shuichi
menarik nafas dalam-dalam. “Awak balik, rest, lepas tu awak jumpa Daim, you
guys talk okey. For now, you don’t have to worry.”
Gadis itu mengetip
bibir. Hatinya terasa sebak. Entah kenapa, dia pun tak tahu. Hanya satu nama
disebut-sebut dalam hati.
Daim.
---
Rosebud says:
Assalamualaikum.
2014. Sekejap je kan. Pejam celik pejam celik. Anyway.... Sorryyyyyyyyyy sangat sebab lambat update. (Sepuloh jari mohon maaf)
You guys are rockstars sebab tunggu lama. Tabik hormat!
You guys are rockstars sebab tunggu lama. Tabik hormat!
This story has gotten to its peak. hopefully korang enjoy it (sebab saya edit ni sambil tonton AJL tau! hehe) I've given loads of hints, so korang pun dah dapat agak punya. but still, silalaaa enjoy. penat kita kerah tangan ni menaip tau. ><
And sila komen, tegur or kasi suggestion ya. membantu ohh. bila korang komen, automatik, semangat berkobar dgn tiba-tibanya. terus mencurah-curah idea ke ladang gandum.
maceh korang~
maceh korang~
Dan, don't forget to make doa for ourselves, our family and of course our brothers and sisters in Syria, Palestine, Mesir and most importantly in Malaysia. People are getting sicker and act like animals. May Allah protect us from the evil of which we have committed. aamiin.
happy reading~ <3 <3 <3
Thanks banyak korang. :) Love uolls!
aamiin.
courtesy of OwhSoMuslim.com


Yunkkk.. Betul ke hana adik daim...ohhh plezz....tak sabarnya nk th next n3...gud job yunkkk...
ReplyDeleteLame sgt tggu new n3....dh rindu sgt ngan story ni....wpun dh nmpk hint2 dr dl...jgnla both of them adik beradik.plzzzz....touching ni touching...hikhikhik...jgn lame2 update next n3 yer dik...:)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLaaa hana ngn daim adik beradik ker...? Huhuhuuu hrp2 x la....dorg sweet sgt bila bsama....x sabar nk tggu n3 smbungan ni....gud luck yunk..dh jatuh cinta ngn novel ni n ngn daim...heheheee
ReplyDeleteasalamualaikum kak rose...
ReplyDeleteSaya Fan Of This Novel... Dah lama Tunggu Entry Nie, kalau Ble Sebulan dua Kali lah KaK kasi Update... Rasa Mcm Mw Pergi Masa Hadapan Je Guna Time Machine Untuk baca Next Entry... Huhuh...
Lg 1, Kalau Ble... Hana N Daim Dont Make Brother N Sister Lah... Tak Ngam Ohhh... Bagi Corak Corak Lah Story Nie... Hana Jd Anak Angkat ke time Kecik, Hana Anak Pungut Ke... Hana Anak bestfriend Mak dia Ke... Hana Anak Tiri Ke... Hana Tertukar dgn Watak Heroin Baru Ke... Pikir Pikir Kan Lah Setting Cerita Nie Semula Kak... Sbb, Saya Masih Ingat Lg Yg Mimpi Si Hana Tue Mimpikan Bakal Suami Dia. Takkan Lah Akid Kot Jd jodoh c Hana... Aduhhhh... Tak Ngam Lah Kak... Ok, Tu Je Komen Saya... BTW, keep The Good Work...
Saya Dukung Dr Belakang Novel ABHT... Hihih... Peace :D