Skip to main content

Seuntai kata untuk dirasa dr Cik Rosebud. hehe

Assalamualaikum readearsSssss~

Saya selalu imagine, kalau korang jumpa saya eye-to-eye, mesti korang cekik leher ni sambil jerit, "Apehal ko kura-kura sangat ha?  Siput babi pun lagi laju!" kan?? hehe

Sorilaaaaaaaaaaaa (air mata nak leleh tapi tahan, tahan.)

Firstly, alhamdulillah, impian nak sambung master tercapai jugak. I'm officially a master student kat UKM. wuhoooo.. Taking Entomology. Nate apa tu? Haa pi google. aku pun baru tahu nate apa ni. hahahaha. ><

Anyway, impian di hati nak sambung ke oversea. Kita dah apply, kalau ada rezeki blajau sana, akanku ucapkan sayounara kepada UKM dan Hollaaaa UK! huhu. ceh, belum apa-apa angan-angan dah tinggi melangit. Ingat, 

setiap kejayaan itu bermula dengan angan-angan! (Rosebud,2014) :P

So disebabkan saya dah jadi student, memanglaaa masa tu tak terbahagi. Mana nak stadi, mana nak layan drama Korea, mana nak hadap Running man, mana nak kaji serangga. Hailoo. harap korang sabar menanti. Insya Allah ada kelapangan, akan saya update next chap. 

Tentang Hana & Daim, rilekslaaaa. belum ending pun. ada twistnya. maybe korang dah boleh agak, maybe korang tak teragak. apa-apapun outcome, pleaseee keep supporting me yeah. And doakan saya dapat sambung kat UK tau. siap MARA sponsor lagi tau. Aamiin insya Allah!

Loveeeee you ols!!!

Take care. 
#SayaRosebud #SayaStudent #SayaPenulis #SayaFisabilillah.


Comments

  1. Fighting kak rose x)
    Love your writings~~
    Gud luck in your life and hope kak rose selalu berada di lembayung rahmatNya :DD

    Lots of love,
    Your hard die fan (poyo je ayat)

    Ngee~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku bukan Hana Tajima! 50

Hana mengucup pipi gebu bayi perempuan yang diberi nama Lulu Jinan. “Comelnya dia kak. Memang sebiji ikut muka Hana. Comel menawan memukau jiwa.” Usik gadis itu. Matanya masih setia menjamah setiap inci wajah comel anak kak Mida, mengagumi keindahan ciptaan agung Tuhan Yang Maha Mulia. “Itulah.. Kesian anak aku... Apa laa nasib dia..” Rintih kak Mida sambil mengusap ubun-ubun anaknya itu. Hana menarik muka. “Eh kak, muka macam Hana ni muka bawa tuah tau tak?” Dijeling kak Mida habis-habisan. “Kau ni datang seorang je ke?” Kak Mida mengalihkan pandangannya pada wajah lembut Hana pula. Gadis itu mengerutkan dahi. “Laa kan datang bertiga ni.” Jawab Hana nakal. Kak Mida menepuk lengannya. “Tak pernah nak jawab elok-elok kalau akak tanya kan!” Bebel kak Mida. Hana tergelak besar. “Kak, kenapa Lulu Jinan? Akak ambil dari Cartoon Network ke? Kenapa tak bubuh Hana Jelita ke Hana Indah ke. Baru la glamorous.” Pipi Lulu Jinan dikucup lagi. Subhanallah, bahagianya hati ni dapa...

Aku bukan Hana Tajima! 52

Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh. “Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam ni ya?) “Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni, apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau kau pergi, takkan s...

Aku bukan Hana Tajima! 53

Bawang yang telah dipotong dadu bersama lobak merah, cili dan asparagus digaul bersama telur yang sudah dipukul sebelum labu yang telah direbus dan nasi dimasukkan ke dalam campuran sayur-sayuran dan telur tersebut. Sesudu madu kemudian digaul sebati bersama dengan secubit garam sesedap rasa. Akhir sekali, campuran itu diletakkan ke dalam bekas plastik cupcake sebelum dimasukkan ke dalam microwave selama lima minit. Hana mengoyak segaris senyuman. Resipi kek nasi ni dia peroleh daripada salah seorang pelanggan tetap kedainya, Jinhee. Gadis yang sebaya dengannya itu berasal dari Korea. Masa kali pertama Jinhee menjejak kaki ke kedainya, Hana dah mula rasa lain macam. Yelah, sekarangkan tengah gelombang Kpop, Running Man bagai. Haruslah teruja sikit bila jumpa geng kpop ni. Masa tu Hana tatap muka dia habis-habis. Mata dia sepet tapi muka tak macam orang Cina kita. Muka Jepun pun tak. Sah Korea! Terus Hana bergerak ke kaunter dan menolak bahu pekerjanya, Adibah, ke tepi sambi...