Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Aku bukan Hana Tajima! 49

Alex menghembus nafas. Nyaris tercabut gegendang telinga bila kena sembur dengan Hana. Tanpa henti pulak tu dia membebel entah apa yang dia sebut, satu pun Alex tak dapat tangkap. Satu perkataan je dia faham. Ungka. Dan beberapa perkataan lain seperti ‘cicak kobeng’, ‘mangkuk jamban’ dan ‘babun terencat’. Hm, ni  mesti kes kena bahan dengan Daim ni. “Hana, Hana, chill. Cuba bawak bertenang dulu. Relax. Slowly jangan gopoh. Dan kurangkan makian dalam percakapan.” Alex menggoyang kedua tangannya ke arah gadis itu, memintanya supaya bertenang. Sumpah sikit lagi boleh cair taik telinga ni. “Daim tak berkenan aku pakai ladylike make up gitu. Dia kata tu bukan aku.” Hana menghempas kepalanya ke meja kaunter. Alex menggaru kepala yang tak gatal. “Dia cakap macam mana?” Tanya Alex, mahukan cerita yang lebih terperinci. Setakat bagi on the surface, nenek aku pun mampu. “Dia suruh aku jadi diri sendiri. Dia kata tak payah nak pakai cecantik macam tu pun aku dah memang canti...