Alex menghembus nafas. Nyaris tercabut gegendang telinga bila kena
sembur dengan Hana. Tanpa henti pulak tu dia membebel entah apa yang dia sebut,
satu pun Alex tak dapat tangkap. Satu perkataan je dia faham. Ungka. Dan
beberapa perkataan lain seperti ‘cicak kobeng’, ‘mangkuk jamban’ dan ‘babun
terencat’. Hm, ni mesti kes kena bahan
dengan Daim ni.
“Hana, Hana, chill.
Cuba bawak bertenang dulu. Relax. Slowly jangan gopoh. Dan kurangkan makian
dalam percakapan.” Alex menggoyang kedua tangannya ke arah gadis itu,
memintanya supaya bertenang. Sumpah sikit lagi boleh cair taik telinga ni.
“Daim tak berkenan aku
pakai ladylike make up gitu. Dia kata tu bukan aku.” Hana menghempas kepalanya
ke meja kaunter. Alex menggaru kepala yang tak gatal. “Dia cakap macam mana?”
Tanya Alex, mahukan cerita yang lebih terperinci. Setakat bagi on the surface,
nenek aku pun mampu.
“Dia suruh aku jadi
diri sendiri. Dia kata tak payah nak pakai cecantik macam tu pun aku dah memang
cantik. Aku tanya dia suka tak perempuan hot, cun, seksi bagai ni. Dia kata suka tapi bila dia berdua-duaan
je dengan perempuan tu. Dan perempuan tu isteri dia. For his own entertainment.
Cekadak dia.” Suara Hana kedengaran bergema di sebalik wajahnya yang menghadap
kaunter, beralaskan lengan.
Perlahan bibir Alex
menarik senyum meleret. “Weh der, kau janganlah lembik macam ni. Tak cool la!”
Betis Hana disepaknya. Gadis itu memalingkan wajah ke arah Alex sambil
melancarkan pandangan, ‘kau dah lama hidup eh?’.
Alex angguk selamba.
“Kau nak sedih apasal? Modus operandi kita yang pertama ni berjalan dengan
lancar kau tau tak. Sama macam aku plan!” Jelas lelaki Cina itu
bersungguh-sungguh. “Kejadahnya berjalan lancar? Terang tang tang dia reject
aku la mangkuk!” Herdik Hana sepenuh hati. Geram tahap Dragon ball dah ni. Tak
reti bahasa. Berapa kali aku nak kena ulang yang aku ni dah officially jadi
bahan reject Daim? Segan tau tak.
“Relax la. Bukan
selalu kau jadi bahan reject. Jadikan ni pengalaman berharga okay?” Alex dah
berkira-kira nak pecut lari bila ada ura-ura asap keluar dari lubang hidung
gadis itu. Satu je cara nak kasi dia cool down sikit.
Larva Niche.
Hana melirik Alex yang
dah kalut menyediakan Larva Niche untuknya. “Special punya untuk barang
rejected.” Mangkuk XL berisi Larva Niche dihulur kepada gadis itu.
“Lagi sekali aku
dengar perkataan reject Lex, aku sunatkan kau sekarang jugak!” Sudu ditala ke
arah lelaki berbangsa Cina itu. Pandangan mata dia jujur mengatakan betapa
seriusnya Hana dengan ugutannya.
Ganas gila minah ni.
“Fine. I won’t. Makan. You’ll feel better.” Alex melempar senyuman semanis
Larva Niche trademark kedai dia. Hana menarik senyum sekerat. Sebaik saja ais
krim Larva Niche masuk ke dalam mulut, semua perasaan tak best yang bermukim di
jiwanya seolah larut bersama dengan kemanisan dalam ais krim ni.
Terbaik!
“Better?” Teka Alex
walaupun ikhlas cakap, berdasarkan reaksi melampau Hana (kening terjungkit 5 cm
ke dahi, hidung kembang kempis tak ingat dunia), terang lagi bersuluh minah ni
memang dah feeling a lot better.
Gadis itu mengangguk
laju. Senyuman sinis dah diganti dengan senyuman lemak manis selembut sutera.
Hati Alex lega. Ni baru Hana kegemaran ramai. Hana the moody one sangat garang
dan kejam. Hana versi ni superb. Lembut,
cool dan baik.
“Thanks Alex, kau
memang sahabat sejati kasut sneakers aku.” Ucap Hana ikhlas. Lelaki itu
terangguk-angguk bangga. Bukan senang nak dapat title macam tu. Bagi Hana,
sneakers adalah antara barang paling berharga dalam hidup dia selain stokin
Angry Bird dia.
“So apa modus operandi
yang kedua Lex?” Tanya Hana lembut sebelum sesudu besar ais krim disumbat ke
dalam mulut. Alex menayang barisan gigi cap Colgate dia.
-
Jadi stalker berjaya.
Stalker? Stalk mamat
ungka tu? Hmmm... Nak upah PI (Private investigator), macam melampau je. Plus,
tak kuasa aku habiskan duit kat benda-benda tak berfaedah macam tu. Habis tu,
macam mana nak stalk mamat tu?
Hana menggerakkan
mouse. Berkurun dia tak buka Facebook, Tumblr, Instagram, Twitter bagai ni. Mau
dah berkarat websites tu semua. “Jannah, apa password Facebook aku he?” Jerit
Hana dari dalam bilik setelah agak lama dia menekan macam-macam huruf dan
nombor pada papan kekunci komputer.
“Tangkai jering.
Rapatkan saf.” Balas Jannah, tak nak kalah oktaf suaranya. Hana terdiam
sekejap. Tangkai jering? “Serius ke?” Tanya Hana ragu-ragu. Suaranya semakin kuat.
Motif tu password aku? Takda tangkai tumbuhan lain ke aku nak jadikan password?
“Iya. Tu password
universal kau. Semua media social ko guna password tu.” Wajah Jannah terpacul
di balik pintu bilik. Hana memalingkan tubuhnya memandang kawan baiknya itu.
“Kenapa?”
Jannah berkerut.
“Kenapa apa?”
“Kenapa tangkai
jering?” Hana tak faham. Apa kena dengan aku ni?
Jannah memeluk tubuh
sambil menyandar pada jenang pintu. “Sebab kau tak tahu maksud tangkai jering.
So untuk kasi makna dia lekat dalam kepala kau, kau jadikan simpulan bahasa tu
password kau. Aik, lupa ke?” Jannah melangkah masuk ke dalam bilik kawannya itu
dan melabuhkan punggung di atas katil.
Hana menggaru kepala.
Wajahnya bingung. “Jangan cakap kau still tak tahu apa makna tangkai jering?”
Duga Jannah dah faham benar dengan reaksi muka kawannya itu. Hana mengangguk
pasrah. “Tak ingatlah. Apa maksud dia?”
“BM kau dulu gagalkan
sebenarnya?” Direct Jannah kasi setepek.
Hana tarik muka geram.
“Hei Mak Sam luluskan aku tau 2 markah atas par gagal tau!” “Itupun lepas kau
pergi rumah dia tak nak balik selagi dia tak luluskan kau kan?” Jannah
menjegilkan mata. Hana menjeling sakit hati. Nak marah, tapi masalahnya, betul
la apa minah ni cakap. Aduhai.
“Kau apasal tetiba nak
buka Facebook balik? Bukan dah deactivated ke?” Jannah bangun dan matanya
melirik ke skrin laptop kawannya itu. “Aku nak stalk Daim.” Balas Hana selamba.
Berlipat leher Jannah
memandang teman sehidup sesetan semati seinsafnya itu. “Kau nak stalk dia buat
apa?” Tanya Jannah pelik. “Nak dapatkan dia baliklah. Takkan aku sesaja nak
stalk dia? Takda kerja aku.”
“Stalk dengan
Facebook? Really?” Jannah mencekak pinggang.
“Habis guna apa?
Facebook la alat paling canggih zaman ciber ni. Kan?” Hana memandang kawan
baiknya itu yang dah pasang muka tertelan selipar Jepun. “Weh Na, Facebook tak
sahih. Dan aku tak rasa Daim ada Facebook. He’s not that kind of guy.” Kepala
Jannah bergoyang ke kiri dan kanan. Yakin benar Daim takda laman sosial. Yelah,
mamat muka garang Sarjan Hasan macam Daim tu mustahil ada kehidupan di alam
maya.
“Dah tu?”
Hana menutup
laptopnya. Mula dah rasa nak give up. Bab-bab cintan cintut ni memanglah aku ni
lemah, tuli, lembik dan segala macam hinaan kejian la. “Na, kat ofis kau tu
bukan ke ada geng juruhebah terbaik dalam dunia? Gunalah kehebatan diaorang.”
Jannah bijak beri cadangan. Serta-merta wajah nakal 3 wanita terbayang dalam
kepala.
Geng bas sekolah. Eh
silap.
Geng Powerpuff Girls!
Ha bahana dah lama tiga anak dara tu tak disebut, terus lupa nama geng depa.
Hana tersenyum lebar. Laptop kembali dibuka dan email bertajuk MAYDAY dihantar
kepada Pinat, Joy dan Rin. Jaguh arena gosip kompani Samurai Group. Gerenti
esok dia kena serbu dengan budak 3 ekor tu.
“Thanks Jannah!” Leher
kawannya itu ditarik kasar dan pipinya dicium siap dengan bunyi. “Yucks! Kau
dah gosok gigi belum?” Marah Jannah sambil mengesat pipinya yang basah kena air
liur Hana. Kawannya itu menggeleng laju.
“Ahhh naiklaa jerawat batu
kat muka aku!” Macam tu je dia hina aku. Konghajo Jannah! Mentang-mentang muka
kau flawless macam kulit epal. Cit. “Dah get out, aku nak tido. Kena kumpul
energy esok nak kena melayan sekawan Melodi. Haru oii..” Tak dapat dibayangkan
betapa dahsyatnya adrenalin geng Powerpuff Girls esok.
“Nighty night Hana
Banananana~” Jannah melambai. Hana memberi isyarat menyuruh kawannya itu
menutup lampu. “Esok nak aku kejut Subuh tak?” Tanya Jannah sambil separuh kaki
dah menapak kat luar, separuh lagi masih kat dalam bilik Hana.
“Kau gila? Haruslaa!
Nak mandi wajb!”
-
Baru lima saat punggungnya
melabuh nak memanaskan kerusi, pintu biliknya dah terkuak dan tiga orang wanita
yang paling digeruni dalam Samurai Group sudah tercegat di depannya bersama
segaris senyuman sama fesyen.
“Hai... Korang!” Hana
tak terkata. Terkebil-kebil matanya memandang wajah geng Powerpuff Girls satu
persatu. Pinat, Rin dan Joy saling berpandangan sebelum mengangguk sekali. Tangan
masing-masing didepakan ala-ala kartun kat bungkusan Super Ring.
“Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatu!” Serentak tiga makhluk memberi salam. Hana
terkebelakang. Terkejut dengan serangan beri salam berlagu mengejut daripada mereka.
The fish...?
Dipandang mereka atas
bawah. “Korang praktis berapa lama bagi salam macam tu?” Hana kembali menarik
kerusinya rapat ke meja. “Hei, masa kat Mekah hari tu, ustazah pesan kat kami
supaya bagi salam selalu tau.” Ujar Pinat serius.
Tegak leher Hana
mendongak mencerun ke arah Pinat. “Mekah?”
Mereka bertiga mengangguk.
“We just got back from performing umrah la Hana. Nah, untuk kau.” Sebungkus beg
kertas dihulur kepada Hana. Gadis itu menerimanya dengan senang hati. Sambil
segaris senyuman masih setia tertampal di wajahnya, Hana mengeluarkan satu beg
telekung, sehelai jubah dan selendang, kurma, air zam-zam, buah tin, noughat
dan jubah lelaki sepasang dengan jubah wanita tadi.
“Korang, jazakallah bi
khair!” Hana bangun dan terus menarik tiga gadis itu ke dalam pelukan erat. “Err...
walaupun we ols tak faham apa you cakap, tapi we ols percaya you tak mencarut.
So, sama-sama.” Rin dan kesengalan yang tak pernah pudar.
Hana ketawa buat-buat,
nak menjaga hati. “Weh korang, kenapa pergi umrah tak bagi tahu aku? Boleh aku
ikut!” Dipandang wajah mereka dalam-dalam. Pinat memandang Rin, meminta
kawannya itu tolong jawabkan bagi pihak geng Powerpuff Girls.
“Sebenarnya Na,
kitaorang kena pergi Dubai sebab nak excort engineer depa sana. Alang-alang tu,
kitaorang singgah Jeddah. Bila dah sampai Jeddah, pergilah Madinah dengan
Mekah. Terus buat umrah. Unplanned Na. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki. Kitaorang
tak nak kecoh. Nak beribadah dengan tenang. Sori ya Hana tak beritahu kau. Insya
Allah, tak lama lagi giliran kau pula jadi tetamu Allah.” Lembut Rin berkata.
Hana mengamin kuat.
“Betul tu. Lagi satu, kitaorang tak lupakan kau pun Hana. Muka kau dengan Daim
terbayang-bayang dalam kepala kitaorang tau especially masa kat Jabal rahmah.
Moga Allah perkenankan doa kami. Aamiin!” Joy menadah tangan sebelum menyapu ke
serata wajahnya.
“Syukran syukran. Weh duduklah. Takkan nak
diri selamanya?” Hana menarik senyum terharu sambil mempersilakan mereka duduk.
“Ingatkan tak nak pelawa we ols duduk tadi.” Joy mengenyitkan mata. Hana pasang
senyuman payau. Cis, sempat kenakan aku tu.
“Hana, we ols here for
you. So apa cerita?” Rin mengetuk meja. Nak mendapatkan perhatian gadis itu.
Hana menggaru kepala. Ni apa kes dok we ols we ols you you bagai ni? Orang
pergi umrah semua dok cakap we ols you ni ke?
“Okey sebelum aku explain lebih detail kat
korang, boleh tak korang berhenti dengan we ols we ols you tu? Serabut kepala
aku!”
Geng Powerpuff Girls
saling berpandangan sebelum ketawa terbahak-bahak. Terbuntang mata Hana
memandang mereka. Tadi bukan main ala ustazah. Sekejapan dah kembali ke diri
asal.
“Err korang ni baru balik dari buat umrah tau.
Tak elok gelak macam setan ni.” Perli Hana sopan.
“Sebenarnya yang
kitaorang dok we ols ni sebabkan si Herlina tu laa.” Pinat beri mukadimah. Hana
menjungkit sebelah kening. Herlina? Oh ni lagi satu nama yang hampir pupus
dalam kamus hidup aku. Especially sejak aku dan Daim tengah dalam proses
breaking up daripada sesi good-term kami ni. Ha, kalau minah tu tahu aku dengan
Daim berpisah, gerenti dia nak masuk line punya. Rasa risau mula membuak-buak
dalam dada.
Rin mengetuk meja
lagi. Hana ni dilihatnya asyik melayang je fikiran. Apa yang dia dok serabutkan
kepala dia? “Sorry. Ha kenapa dengan perempuan tu?” Hana bertanya sambil
berdehem. Fokusnya pada tiga sekawan di depan mata.
“Dia sumpah annoying.”
Balas Joy selamba. “Tu jiran sebelah aku pun tahu. Apa dia buat? Aku serius,
dah tak ambil kisah pasal dia.” Jujur Hana berkata. Minah tu tak penting pun
dalam hidup aku ni. So tak perlu kot nak ingat pasal dia.
“Kan kitaorang baru
balik dari buat umrah. Si Herlina tu, masa kitaorang distribute buah-buah
tangan ni tiba-tiba dia buat kecoh.” Pinat berhenti untuk tarik dan hembus
nafas sebelum menyambung.
“Dia kitaorang bagi
selendang, kurma ni semua. Kau tahu apa respon dia?”
Hana menjungkit
kedua-dua keningnya. “Apa?”
“Dia menjerit macam
orang sakai, tengking-tengking lepas tu campak selendang tu kat muka...” Pinat
mengerling ke arah Rin. Hana mengikut arah mata Pinat dan sejurus lepas tu
terus ternganga mulut Hana.
“Herlina campak
selendang kat muka Rin?” Jari telunjuk ditala ke arah Rin. Gadis itu mengangguk
sekali. Muka Rin yang dah berubah ketat dan berasap kelabu dah cukup beritahu
Hana betapa masih berbekas marahnya Rin kat Herlina.
Hana menutup mulutnya. Ohhh silap besarlah kau
Herlina campak barang kat muka Rin. Rin kot! Semua orang tahu Rin ni singa
betina. Bangang dan kaki gosip dia tu tetap ada, cuma garang dia terlebih sikit
compare dengan budak dua orang ni.
“Okey... So apa korang
buat lepas tu?” Hana bertanya tak sabar nak tahu apa jadi lepas tu. “Rin campak
baliklah selendang tu kat muka dia. Except Rin campak selendang tu sekali
dengan.. urm.. selipar.”
Lagi sekali rahang
Hana jatuh. “Serius ke?”
Mereka bertiga angguk
serentak. “Nasib baik time tu Rin pakai selipar Jepun. Buatnya time tu Rin dah
tukar pakai but dia, tak ke niaya? Lepas kena setepek dengan Rin, minah tu buat
drama sinetron. Dok ‘You ols ni semua Hitler tau! Zalim, kejam, tak berhati
perut, mean girls, sangat jahat kat we ols!’ sambil mencarut tanpa ending. Itu
yang kitaorang menganjing we ols we ols tu.” Cerita Pinat siap dengan gaya
Herlina.
“Bersama linangan air
mata he minah tu berdrama. Sikit je lagi aku nak campak selipar aku pulak.”
Tambah Joy. Hana dah bantai gelak menggila. Adeh boleh terburai perut aku
melayan geng Powerpuff Girls ni.
“Dia ambil tak
selendang tu?” Hana memandang mereka.
“Muka tak malu macam
dia, kau rasa dia ambil tak?”
Hana mengangguk. Geng
Powerpuff Girls tersenyum. “Tahu pun. Dahlah loya tekak kitaorang cakap pasal
dia. Ni kau ni Na, apa cerita weh? Apa yang boleh kami bantu?”
“Sebelum aku mula,
jubah lelaki ni untuk siapa?” Hana mengangkat tinggi jubah lelaki yang
dihadiahkan mereka. “Untuk siapa lagi? Untuk buah hati pengarang jantung kau
la. Walaupun kau tak pernah officially declare hubungan korang tapi percayalah
cakap aku, kau dengan Daim memang ada jodohlah.” Rin memegang tangan Hana.
Gadis itu menarik
senyum nipis. “Thanks korang. Hmm.. Cakap pasal Daim, actually aku MAYDAY
korang sebab dia la. Korang boleh tolong aku?” Hana mengambil pen dan
memutarkannya.
“Tolong apa?” Tanya
mereka serentak.
“Tolong aku rebut hati
dia!”
-
Sejak akhir-akhir ni,
entah kenapa Daim dapat rasakan seolah-olah macam diekori seseorang. Kat ofis,
kat kedai makan, kat shopping mall. Kat masjid pun rasa macam kena tenung bagai
nak rak. Nak solat pun tak tenang jiwa. Yang peliknya, dalam tandas takda pulak
rasa macam tu.
Ke perasaan aku je?
Mustahil la pulak aku
syok sendiri. Ni gerenti ada stalker punya. Tapi siapa? Takkan peminat kot?
Daim teringat peminat tegarnya semasa di zaman universiti kat Edinburgh dulu.
Oi dahsyat oh. Luv kawan baik Daim yang rock rock sempoi tu pun naik menyampah
dengan stalker Daim itu.
Stalker tu namanya Lee
Yoen Hee. Dia pelajar dari Korea. Budak perempuan rambut hitam pekat, mata bundar,
tak sesepet macam tipikal orang Korea dan bercermin mata besar. Dia punya hardcore
minat kat Daim sampai sanggup pacak khemah depan blok rumah sewa lelaki itu.
Setiap pagi Yeon Hee akan tunggu Daim depan peti surat merah 5 meter dari
rumahnya sambil pegang home made bento. Bila Daim lalu depan dia, gadis itu
akan tunduk sampai dagunya mencecah dada sambil hulur bento tu kepada Daim.
“Komawo Yeon Hee ya.”’
Ucap Daim macam biasa, sengaja menambah perisa ala-ala cakap macam budak kecik,
comel comel gitu. Pelajar itu akan menggeleng laju, muka merah padam sambil
terkial-kial cakap tak habis, separuh jalan, “S-Sarangh—” sebelum lari pecut
pergi. Malu barangkali. Diam tersenyum teringatkan budak dari Korea tu. Sampai
ke hari ni dia masih tak mampu confess perasaan dia kat aku. Entah mana la dia
sekarang. Hidup lagi ke tak. Wallahualam. (*Komawo=terima kasih)
Daim masuk ke dalam
tandas. Kat dalam ni barulah bulu-bulu tengkoknya tak meremang. Daim memegang
dagu. Dalam tandas lelaki, dia tak rasa macam diekori, maknanya, orang yang
stalk dia... perempuan. Sekali memang betul si Yeon Hee tu tak yang stalk aku? Daim
menarik sengih.
“Apasal kau sengih?”
Shuichi yang baru selesai buang hajat menegur sambil menuju ke sinki, mencuci
tangan. “Aku rasa ada perempuan stalk aku.” Ujar Daim, memeluk tubuh sambil
menyandar pada sinki.
“Kau rasa? Ke kau perasan
ada orang follow kau? Mana kau tahu perempuan? Mungkin lelaki? Or pondan?” Shuichi
dan kepedasan cili padi mulutnya yang berbisa. Mata lelaki Jepun itu mencerun
pada pantulan wajahnya di cermin. Rambutnya yang baru diwarna auburn tempoh
hari disikat dengan jari. Daim menjulingkan mata. Setiap lima bulan mesti mamat
Jepun ni tukar warna rambut dia. Motif?
“Aku tak sesadis kau der. No seriously, I
actually saw someone stalking me. Meremang bulu tengkuk aku.” Daim mengurut
lehernya.
Shuichi memalingkan tubuhnya
menghadap sepupunya itu. “Yeke? Perempuan? Yakin?” Tanya Shuichi. Daim angguk.
“Entah entah budak Korea yang gilakan kau dulu tu tak?” Tekaan lelaki Jepun itu
sama dengan tekaan dia. Daim menarik senyum misteri. “Maybe.”
“So apa plan kau?”
Tanya sepupunya itu.
Daim memandang Shuichi
sebelum mereka bertukar pandangan.
“Stalk la dia balik!”
-
Pinat menekan butang
hitam pada walkie talkie. “Pendekar 1, anda copy?” Bisiknya sambil memerhatikan
keadaan sekeliling. “Pendekar 2 ke pendekar 1, aku copy roger. Posisi anda
pendekar 3?” Suara Rin kedengaran di corong walkie talkie. “Pendekar 3 ke
pendekar 2. Aku rasa camouflage aku macam dah kantoi je.” Suara Joy pula
kedengaran, panik campur resah.
“Macam atau memang?”
Rin dah keluarkan taring. “Err...memang.”
“Hai Powerpuff Girls.
What’s up?” Suara garau Daim tiba-tiba menyapa dari walkie talkie. Senyap.
“Hel-looo anybody homee?” Daim menegur lagi.
“Err...Daim. Macam
mana—”
“Macam mana aku boleh
tahu korang tiga ekor yang mengintip aku? Salahkan fesyen Miss Sherlock Holmes
ni.” Celah Daim. Tanpa berlengah lagi Rin segera memecut ke tempat
persembunyian Pinat.
“Apa kita nak buat ni
Rin?” Tanya Pinat risau sebaik saja Rin tiba kat kawasannya. “Joy pakai baju
apa tadi?” Rin bertanya balik. Matanya tajam merenung kawannya itu sambil
tangannya memegang bahu Pinat kuat.
Pinat diam sejenak.
Baju apa? Hmm.. “Kot panjang warna oren. Seluar jeans warna kuning. Spek hitam.
Dia pakai topeng jerebu tu. Ha, dengan cap NY warna pink.” Balas Pinat yakin.
Rin dah tepuk dahi sambil menggeleng kepala.
“Bebal tak habis-habis
la perempuan tu. Aduhai. Apa nak buat
ha? Takpa, okey sekarang ni, kita retreat. Pandai-pandailah si Joy tu jaga diri
dia.”
“Aku harap dia tak
beritahu Daim pasal plan kita.”
-
Joy tak senang duduk.
Kakinya digoyang laju sambil bibirnya bernyanyi kecil. Matanya sekejap
memandang ke kiri sekejap lagi ke kanan. Daim memeluk tubuh sambil menyandar
pada meja. Matanya tajam mencerun wajah Joy. Shuichi pulak gigih mengunyah buah
epal dari tadi tak habis-habis.
“Siapa suruh you intip
I Joy?” Daim bertanya elok.
Gadis itu berhenti
menggoyangkan kaki. Matanya memandang Daim. “Takda siapa suruh kitaorang intip
you Daim. Kitaorang just curious dengan jadual harian you. Itu je.” Joy
menjungkit bahu.
“Curious pasal schedule
I?” Keningnya dijungkit pelik.
Joy tersedar lantas
dia menutup mulut dengan kedua tangan. Daim berjalan ke arah gadis itu. Dipandang
Joy atas bawah. “Lawa baju. Siapa tukang suggest?” Tanya Daim sambil kembali
menyilang tangan ke dada.
“Siapa lagi? Hana la!
Semua ni hak milik dia. Kot oren, seluar jeans kuning ni. Topi ni pun dia punya.
Cuma heels ni je I punya. Cantikkan?” Joy bangun dan memusingkan tubuhnya,
menayang.
Daim terangguk-angguk.
“Cantik cantik. Hana bagi you pinjam? Oh, atas urusan apa?” Tanya Daim lagi.
Joy berhenti berpusing. Alamak, nak kelentong apa he?
“Oh habis kerja ni
Hana ada event dengan Persatuan Color Block SeMalaya. Dia ajak I ikut sekali.
Itu yang I pun pakai traffic light ni ha. By the way, I tak buta warna tau. Bak
kata Hana, trend je.” Muka over confident ditampal sebaik mungkin.
Lelaki itu menggaru
kening sebelum menjungkit bahu. Sempat Daim memberi signal ke arah Shuichi yang
masih berdiam diri mengunyah buah epal. Sepupunya itu sekadar mengangguk tanda
setuju.
“I free lepas kerja
ni. Bolehlah I join you dengan Hana, kan? Yelah, I ni jahil bab-bab fesyen nak
nak color block jadahnya ni. Nanti beritahu Hana habis kerja I tunggu dia kat
tempat parking kereta. Okey, see you later Joy.” Daim mengenyitkan sebelah mata
sebelum membuka pintu ofisnya, indirectly, menghalau gadis itu.
Joy tak terkata. Oh
crap.
-
“Kau gila?”
Wajah berapi Hana
betul menggerunkan jiwa raga hati hempedunya. “Aku tak ajak dia pun Na. Dia
yang offer diri. Lepas tu dia terus blah macam tu je. Tak sempat aku reject.
Nak buat macam mana?” Joy dah ralat habis. Scary kot wajah menyinga Hana ni.
“Tapi salah kau jugak
Na. Yang kau cerdik sangat bagi dia pakai baju terang benderang macam ni siapa
suruh?” Rin berkerut memandang Hana yang tercengang dengan soalan dia.
“Sekejap. Joy, bila
aku kasi kau pinjam kot oren, topi pink dengan seluar kuning tu?” Hana
memusingkan badannya menghadap Joy. Gadis itu mengira jarinya sebelum lima jari
ditayang bangga.
“Lima bulan lalu. Tema birthday party anak
buah aku Pelangi.”
Rin dan Pinat dah rasa
macam nak carik spanar lepas tu ketatkan skru kat kepala perempuan bernama Joy
ni. Terlebih joy, itu pasal jadi macam ni. Balik dari umrah, ingatkan berubah
suci ke apa, jadi noob dan naif pulak dia tiba-tiba.
“Kita betul dah lost touch
selaku mamarazzi berjaya!” Rin geleng kepala, kecewa dengan skill gengnya. Tumpuan
gadis itu kembali pada Hana pulak. “Plan kita dah kebabom dah. So apa kau nak
buat lepas balik kerja ni? Kalau dia betul-betul tunggu macam mana Na?”
“Buat bodoh jela. Aku
balik ikut jalan belakang.” Hana memusingkan kerusinya. Tak larat dah nak fikir
banyak-banyak. Semua ni Alex si bijak bestari punya idea. Jadahnya modus
operandi nak usha Daim dah kalau semuanya ke laut. Ceh.
Pinat menahan kerusi
Hana daripada terus berpusing dengan kakinya. “Kejap kejap. Jangan patah
semangat Na. Plan kita takdalah kebabom sangat. At least kita dapat tahu
schedule dia sepanjang beberapa minggu kita stalked dia ni. Nah.” Gadis itu
menghulurkan sebuah buku log yang lengkap dengan jadual harian Daim selama
beberapa minggu.
Hana membelek buku log
itu. Sesekali bibirnya bergerak seolah mahu berkata sesuatu tapi sesaat lepas
tu dia kembali menakup bibir. Sepatah haram tak keluar dari mulut dia. Pinat
melepaskan satu keluhan. Dia tahu apa yang bermain dalam fikiran kawannya itu.
“Sori Na, tapi aku
rasa dia memang ada something dengan minah Jepun tu. Banyak kali jugak Daim keluar makan dengan
dia. Sama ada purely business atau ada selit love story, aku tak berani komen.
Walaupun kalau tengok cara Daim pandang dia lain dengan cara dia pandang kau.
Tapi, selalunya kalau ikut drama Melayu, ada kebarangkalian famili Daim paksa
dia kahwin dengan minah Jepun tu.”
Hana menekupkan buku
log itu ke dada sambil nafas berat dilepaskan. “Masalahnya hidup aku bukan
drama Melayu, Pinat. Daim tu bukannya anak Datuk Menteri kerabat ke apa nak main
paksa-paksa kahwin bagai ni. Cliché sangat tu. Orang dah tak hadap cerita basi
macam tu Pinat. Daim orang kebanyakan. Aku pun orang kebanyakan. Aku dan dia,
we’re two normal people who fell in love tapi entah sebab apa tiba-tiba putus
dekat tengah jalan. That’s all.” Keluh Hana sambil merintih.
Pinat, Rin dan Joy
saling berpandangan. “Jangan risau Na, kitaorang akan tolong kau. Don’t worry.”
Tangan Hana ditarik dan tubuh kawannya itu terus mereka dakap erat-erat.
-
Shuichi memandang
sepupunya yang sejak 30 minit lalu tak berhenti mundar-mandir. Serabutlah tu. Asal
serabut je kawad kaki. Asal kawad kaki je, serabut. “Daim, so what kalau Hana
yang suruh geng Powerpuff Girls stalk kau? It’s not a big a deal.” Setenang air
di lautan Shuichi berkata-kata.
“It is a big a deal! Kau
faham tak maknanya apa? Maknanya Hana memang determine gila gaban nak dapatkan
aku! I can’t let that happen! Dan setahu aku, interfering with other people’s
life is a very serious offense. I could sue her man!” Bentak Daim bengang.
Shuichi dah urut
kepala. Mamat ni sedar ke tak apa yang keluar dari mulut dia? Perempuan stalk
kau sebab determine nak dapatkan kau, dan kau nak halang benda tu daripada berlaku?
Gila.
Tapi, kalau perempuan
tu adik kau, memang patut halanglah.
“Kau boleh saman dia,
tapi kau takkan. Sebab apa? Sebab benda ni buat kau happy. Kau sebenarnya
gembira gaban tahap nak terjun bangunan. Tapi kau saja berlagak poyo nak
marah-marah ni cuba nak deny perasaan kau sendiri.” Shuichi menyilang kaki.
Muka ‘i’m-totally-right’ tertera bongkak di wajahnya.
Berlapis-lapis kerutan
di dahi Daim sejurus mendengar kata-kata sepupunya itu. Ni bajet Sherlock
Holmes ke apa ni? “Kepala hot kau! Jadahnya aku nak gembira kena stalk atas
arahan perempuan buta warna tu!” Tengking Daim beriya.
“Betul kau tak rasa
lega bila dapat tahu Hana stalk kau? Kau tak rasa macam dunia ni milik kau bila
tahu Hana sangat concern pasal kau sampai kena mintak bantuan reporters
terhebat Samurai Group untuk stalk kau? Weh bro, bersyukur sikit boleh tak?
Adalah menjadi impian setiap lelaki untuk diekori wanita idamannya!” Shuichi
bangun dan menepuk bahu sepupunya itu.
“Dude, she’s my bloody
sister!” Tengking Daim sambil menjegilkan mata.
Shuichi berundur ke
belakang. Tak mahu aku kena sepuk dengan mamat ni. “Aku tahu. Tapi dia tak tahu
benda ni Daim. Dan aku yakin, Hana takkan berhenti takat ni je. Dia ubah gaya
traffic light dia untuk kau, jadi feminin untuk kau, dia stalk kau. Dude, dia
nak kau nampak effort dia. She’s clearly sending you signals, messages.” Ujar
Shuichi penuh semangat.
“Habis, kau nak aku
buat apa? Tell her the truth?” Daim memeluk tubuh.
Sepupunya itu
menjungkit bahu. “If worst comes to worst, man.”
Daim meraup wajahnya
berkali-kali. “Kenapa dia buat macam ni? Kenapa dia mesti berusaha nak
tunjukkan perasaan dia kat aku? Damn. Sumpah aku tak tahu nak buat apa lagi
bro. Dia tak nak dengar. Apa benda aku cakap semua tak masuk dalam kepala dia. Aku
cakap aku benci dia, aku mainkan dia, aku tak suka dia, tapi Hana, perempuan
tu... Ya Allah, macam mana aku nak buat dia benci sampai mati kat aku?” Wajah
sepupunya dipandang lama.
“Kau serius nak dia
benci kau sampai mati?” Tanya Shuichi.
Suasana berubah kelam.
Daim tak mampu nak jawab soalan sepupunya itu. Betul aku nak dia benci aku
sampai bila-bila? Sanggup ke aku?
“You know what, no
matter what you did or would do to make her hate you, she couldn’t hate you.
And she wouldn’t. Kau tarahlah pisau gergaji kat dada dia sekali pun, aku jamin
Hana takkan benci kau. And I’m pretty sure you know the reason. Dia suka kau,
sama macam kau suka dia. Pergi jahanamlah dia adik kau ke tak. Kau dengan dia,
a match from heaven.” Shuichi bangun dan melangkah ke arah Daim. Bahu sepupunya
itu ditepuk banyak kali.
“Terima kasih bro.
Terima kasih sebab banyak membantu untuk serabutkan lagi kepala hotak aku ni.
You’re terribly the best!”
“Hey, that’s what mate
for yeah?”
Daim tak terkata. Kang
aku kata bodoh kang, kecil hati.
“Hey joudan da yo.
Don’t be such a cry baby. So balik ni kau jumpa Hana?” Shuichi berjalan ke
kerusi dan duduk menyilang kaki. Posisi sama. (*Joudan da yo=Gurau je la)
Daim angguk senang.
“Aku akan ubah fikiran dia. Aku akan buat dia benci kat aku!”
-
Kaki kanan diangkat
tinggi dan diletakkan ke lantai perlahan-lahan. Diulang kaedah yang sama untuk
kaki kiri pulak. Tak nak hasilkan sebarang bunyi. Hana ambil masa hampir lima
belas minit menuruni tangga untuk sampai ke lobi. Sumpah dia dapat dengar
lagu tema Pink Panther sekarang ni.
Pintu tangga kecemasan
dibuka sedikit sebelum kepala dijengah keluar. Hana menoleh ke kiri
sebelum ke kanan. Okey, line clear! Gaya Pink Panther digunapakai semula dan
perlahan-lahan Hana berlari keluar, terjungkit-jungkit menuju ke tempat parkir
motor.
“Balik dah?”
Kaki kanan yang
separuh terangkat kekal terangkat. Perlahan Hana memalingkan tubuhnya,
memandang belakang, memandang punca suara yang menegur. Hana menggigit bibir
saat matanya menangkap wajah bongkak-tapi-hensem Daim.
“Hai..” Hana
mengangkat tangan kanan, menyapa kekok.
Daim berjalan ke arah
gadis itu. “Apasal kaki kau tu?” Bibirnya dijuih ke arah kaki Hana yang masih
terangkat. Cepat-cepat Hana menjatuhkan kakinya. “Oh tengah warming up. Satu
dua tiga. He he he.” Kakinya bertukar ganti diangkat dan diturunkan.
“Oh warming up untuk
event Persatuan Color Block SeMalaya?” Teka Daim sambil memeluk tubuh. Hana dah
rasa kepalanya berpinar-pinar. Ciskek punya Joy. Punyalah banyak lagi benda kau
boleh guna nak kelentong, color block jugak jadi pilihan kau kan? Argh.
Hana tergaru-garu kepala
yang dah rasa macam habitat kutu. “Ahh a’ah. Dah lambat ni. Saya gerak dulu ya
Daim. Bai—!” Baru saja helmet nak disarung ke kepala, lelaki itu segera
menahannya. Helmet di tangan Hana diambil dan dikepit di celah lengan.
Gadis itu
terkebil-kebil memandangnya, terkejut barangkali dengan tindakannya itu. “Joy
tak beritahu kau ke? Aku free hari ni. So memandangkan kau dah berikrar yang
kau takkan give up nak dapatkan aku, jadi aku kasi kau peluang hari ni. I’m all
yours.” Segaris senyuman menggoda dilancarkan.
Hana menelan air liur.
Tawaran dah menarik habis dah tu. Very attractive. Tapi.... Jadah mananya aku
nak cari event Persatuan Color Block SeMalaya? Menatang tu pun tak wujud! Lagi
banyak bahagian kepalanya digaru.
Nate de coco betul la.
“Really? Awak nak
join? Semua perempuan tau.” Hana menggaru dahi pula.
Daim menyeluk poket
seluarnya. “Oh tu lagi aku suka.” Sebelah mata dikenyit nakal. Gadis itu tak
terkata. “Tak payahlah Daim. Awak balik je la. Apa kata awak pergi dinner
dengan bos awak. Lagi pun dah lama awak tak lepak dengan Shuichi kan? Pergilah.
Please!” Hana cuba petik nama lelaki Jepun itu.
“Oh Shuichi ada date
malam ni. Takkan aku nak kacau daun kot. Kan? Kau kata tadi dah lambat. Tunggu
apa lagi? Jomlah. Naik kereta aku.” Daim tak tunggu lama terus berjalan tanpa
menoleh ke belakang menuju ke Tucson putihnya.
Nak tak nak, Hana
memaksa kakinya melangkah mengikuti jejak lelaki itu. “Event tu kat mana?”
Tanya Daim sambil memandang Hana yang sejak dari masuk ke dalam kereta tadi tak
henti-henti menghenyak kepalanya ke head rest.
Gadis itu berhenti
menghenyak kepala. Matanya bulat merenung Daim. “Kat mana?” Tanya dia. Daim
mengangguk. “Iya, kat mana?” Enjin kereta sudah bernyawa. Lagi menambahkan
degup jantung di dada gadis itu.
“Err... Kat Mid.”
Balas Hana kalut. Lelaki itu menjungkit sebelah kening. “Mid as if in Mid
Valley?”
Hana angguk sekali.
“Kot.” “Kot?” Daim memusingkan tubuhnya menghadap gadis itu. “Kau ni tahu ke tak
kat mana event tu sebenarnya?” Ditatap wajah Hana lama-lama.
“Tahu. Mid Valley.
Jomlah.” Hana menarik tali pinggang keledar dan memakainya. Sedikit pun dia tak
menoleh memandang Daim yang dah macam nak gila tahan gelak.
Lelaki itu berdehem
kecil sebelum menggerakkan kereta menuju ke Mid Valley.
This is going to be so
much fun!
-
“Hai girls!” Hana
berlari ke arah gadis-gadis tinggi lampai berdress kuning paras peha sambil
melambai-lambai. Ditarik seorang gadis bersanggul tinggi ke dalam pelukan.
Gadis itu terkebil-kebil tengok Hana.
“Just pretend that
we’re bestfriends okey.” Bisik Hana sambil mengeratkan pelukan. Gadis
bersanggul itu terangguk-angguk bingung.
“Dah lama ke start
event?” Tanya Hana seraya melepaskan pelukan.
Gadis itu menjungkit
kening sambil tersenyum kekok. Kepalanya diangguk sedikit. “I bawa colleague I
sekali, it’s okey right?” Hana pasang tawa buat-buat sambil mengerling ke arah
Daim yang sedang berjalan, dengan kedua tangan dalam poket seluar, memandang
sekeliling dekorasi ‘event’.
“Sorry, but could you
please smile at whatever I say? Sebab kawan I tu dia—” Hana yang sedang
berbisik ke telinga gadis bersanggul itu tercengang bila gadis itu segera
menolaknya sebaik saja dia menangkap kelibat Daim yang kian menghampiri. Ciskek
betul. Aku tengah cakap dengan kau ni kot.
Gadis itu menghulurkan
flyer kepada lelaki itu. Daim membacanya sekilas sebelum melayang senyuman
killer dia kepada gadis bersanggul itu. Terus gadis itu melirik manja sambil
tersipu malu. Sesekali tangannya menyentuh lengan dan bahu Daim.
Hana menjulingkan mata. Mamat ni pakai perfume
pheromone ke apa? Kakinya terus dipalu ke arah mereka. “Hai, so you’ve met my
colleague. Ni Daim. Daim ni, event mate saya, uh—” Hana mengerling land yard
yang tergantung di leher gadis itu.
“Uh.. Sherry. She’s
Sherry.” Tambah Hana. Daim mengoyak senyum bila Sherry menghulurkan tangan dan
lelaki itu tak menunggu sesaat pun untuk menyambut huluran tangan gadis itu.
Rahang Hana jatuh. How dare...!
“So, girls nice event.
Ada kerjasama dengan Lipton pulak tu. Cool.” Daim menayang flyer di tangannya.
“Oh no. Bukan kerjasama Encik Daim, kami memang dari Lipton pun. Would you like
to try our new peach tea?” Sherry dan senyuman penggoda jiwa.
“You dari Lipton? Eh
tapi my colleague ni cakap event ni anjuran Persatuan Color Blind SeMalaya. Is
it not?”
Hana mengambil flyer
dari tangan lelaki itu. Oh crap. Betul rasa nak menangis sekarang ni. Lipton!
Takda hari lain ke kau nak buat marketing? Kenapa perlu hari ni? Hana mengurut
leher. Stres.
Raut wajah Sherry yang
berubah pelik sudah cukup memberi jawapan sahih kepada soalan Daim itu. “Sorry Encik
Daim, but it’s not. We’re Lipton. Never heard of Persatuan Color Blind tu.
Anyways, nak try peach tea?” Sherry mempelawa ramah.
Hana memejamkan mata. Pecah
sudah tembelangnya. “Yeah Hana, nak try peach tea? Mana tahu boleh kembalikan
kewarasan kau yang dah tersasar jauh tu sampai takda kerja stalk orang!” Herdik
Daim dengan mata yang terbuntang luas. Wajahnya menyinga.
“Heerkkk! Awak tahu!”
Mulut Hana ternganga.
“Mestilah aku tahu!
Kau ingat aku bodoh sangat nak percaya event bodoh kau tu? What the hell Hana?”
Daim menariknya jauh dari kesibukan orang ramai dan dari Sherry yang dah
bingung melihat mereka berdua.
Hana menggaru lengan
pula. Yelah, mamat ni taklah sebodoh tu nak percaya benda merepek yang keluar
dari mulut Joy. Aku ni je bodoh percaya yang mamat tu percaya event Persatuan
Color Block SeMalaya wujud! Argh!
“Sorry.” Ucap Hana
sepatah.
Kepalanya tunduk sambil jarinya bermain dengan
jam tangan yang membaluti pergelangan tangan kirinya. Daim mencekak pinggang.
“Berapa kali aku nak cakap kat kau Hana? Aku tak cintakan kau. Faham tak?”
Suaranya sedaya upaya cuba dikawal supaya tidak menarik perhatian orang ramai.
Tak mahu jadi tayangan sinetron kat Mid Valley ni.
Hana mengetip bibir.
Matanya redup memandang lelaki itu. “Hana, tolonglah. Jangan buat benda macam
ni. Tolong. Bila kau buat benda-benda ni semua, apa kau dapat? Apa kau dapat
ha? Malu. Buang tenaga. Menyusahkan orang. Buat aku lagi annoyed dengan kau.
Kau tak rasa macam kau ni desperate gila ke ha? Kau tak rasa? Kau tak malu ke?”
Kata-kata Daim itu
umpama beratus pedang dihunus ke jantungnya. Hana terkesima. Sepasang mata
hazelnya terus bergenang dengan air mata. Sungguh pedih kata-kata hina yang
dilemparkan lelaki itu.
“For the last time
Hana, I don’t love you. And I will never love you. Tak kisahlah apa kau buat
nak menang hati aku. It won’t change anything. Ever. So tolong jangan jatuhkan
lagi maruah kau sebagai seorang perempuan. At least masa aku mainkan kau dulu,
aku still ada respect kat kau sebab jaga maruah kau. Tapi sekarang.. Not
anymore.”
Daim memandang gadis
itu atas bawah sebelum memalingkan tubuhnya dan melangkah pergi. Hana
ditinggalkan terpempan menerima tamparan hebat darinya. Daim memaksa diri
supaya tidak menoleh. Aku kena kuat. This is the best for her. Ya. Ini yang
terbaik. Daim mempercepatkan langkah menuju ke kereta.
-
Jannah menarik kepala
Hana dan memeluknya erat. Air mata kawan baiknya itu diseka lembut. “Hana, I’m
so sorry.” Alex cuba nak mendekati dua
gadis itu namun apabila Jannah melancarkan jelingan maut kepadanya, langkah
Alex terhenti.
“This is all your
fault! You and your stupid modus operandi!” Tengking Jannah geram. Sebaik saja
Hana tertidur, Jannah terus menyerang lelaki Cina itu. “Sori! Mana aku tahu si
ungka tu sanggup cakap macam tu kat Hana?” Alex menghempas tubuhnya ke sofa.
Jannah memeluk tubuh.
“You did this to her! Kau carik jalan balik macam mana nak pujuk Hana.” Jerkah
gadis itu. Marahnya masih menggunung. Dari mula-mula Hana minta khidmat nasihat
mamat Cina ni lagi Jannah dah rasa tak sedap hati. Tukar dress code Hana, suruh
minah tu stalk Daim. Apa punya modus operandi la tu? Itu bukan nak menang hati
lelaki, itu jauhkan lagi ada la!
“Give him a break.” Maya
yang senyap dari tadi akhirnya bersuara. Dia melangkah ke arah Alex dan
melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu. “Thank you.” Ucap Alex perlahan. “No
no. Don’t thank me yet. Ni semua salah kau. So aku nak kau tebus salah kau.
Pergi belasah Daim.” Ujar Maya serius.
“What?” Alex berkerut.
“Tak naklah! Mamat tu master karate do!”
Maya menjeling kasar.
“Okey, okey, aku tahu salah aku. Tapi sebenarnya, modus operandi kedua ni boleh
tahan berjaya jugak.” Alex cepat-cepat bangun dan berlari ke hujung ruang tamu
bila Maya dan Jannah bersatu-padu baling bantal ke arahnya.
“Betul la. At least
Hana tahu apa jadual harian Daim. Aku rasa la lelaki itu saja cakap macam tu
sebab nak Hana benci dia. Yep that’s it. Aku rasa Daim sebenarnya masih sayang
kat Hana. Cuma, dia tersepit antara keluarga dan cinta. Ha! Am I good or what?”
Alex tersenyum bangga.
Jannah dan Maya saling
berpandangan. “Okey Lex, first of all. This is reality. Second of all, kau ni
dah banyak sangat tengok drama Melayu!” Tengking mereka serentak. Berkerut-kerut
muka Alex menahan tengkingan dua gadis itu.
“Hei, drama Melayu
terbaik okey! Korang takda hak nak hina drama Melayu!” Alex meluruskan jari
telunjuknya ke arah Jannah dan Maya. Dua gadis itu menjulingkan mata.
“Lex, bila Hana
bangun, make sure Larva Niche dah sedia he. Lepas tu kau kena belanja dia dan
kitaorang makan. Faham?” Maya menjegilkan mata. Alex menahan senyum. “Jangan
risau. Aku jadi Jamie Olliver hari ni. Kejap lagi budak aku hantar raw
materials untuk masak. Hana suka Italian kan?” Alex menaip sesuatu pada
telefonnya.
Maya dan Jannah
menarik senyum. Alex masak! Siapa tak suka? Mamat ni tangan dia, fuh, nenek kat
kampung pun beratur nak berguru dengan mamat Cina ni. Bab masak, memang expert.
Bab bagi nasihat, ke lautan Hindi!
“Walaupun kau masak
sedap Lex, don’t think we have forgiven you!” Maya memeluk tubuh. Muka ketat
dipasang. Lelaki itu menjungkit bahu. “Lambat-laun korang akan maafkan jugak.”
Berlagak!
“Encik Berlagak, just
out of curiousity, apa modus operandi kau yang ketiga?” Tanya Jannah sambil
duduk menyilang kaki. Alex mengoyak sengih meleret.
-
Mak cik Mia menolak
troli mengikut Hana dari belakang. Gadis itu leka membaca senarai barang-barang
yang nak dibeli. Sesekali dia menoleh ke belakang, nak pastikan mak cik Mia
masih ada ataupun dah merayau ke tempat lain.
“Hana, mak cik tanya
sesuatu boleh?” Tanya orang tua itu tiba-tiba. Hana berhenti membaca. Badannya
dipusing menghadap mak cik Mia. “Tanya apa cik?” Segaris senyuman susu lemak
krim ditayang. “Mak cik dah dengar dari Daim. Hana okey?” Tangan gadis itu
dipegang lembut.
Hana tersenyum lagi.
“Takda hal la mak cik. Orang dah kahwin pun boleh bercerai. Inikan pulak kami
yang takda hubungan apa-apa pun kan? Benda kecil je. Mak cik jangan risau la.
Ni tepung mak cik nak berapa banyak? 10?” Hana kembali meneliti senarai barang
di tangannya.
“Hana.” Mak cik Mia
menarik lengan gadis itu.
Sebelah kening Hana
terjungkit. “Hana, Daim sebenarnya, anak mak cik.”
Terbuntang mata Hana
memandang mak cik Mia. “Mak cik m-mak Daim?”
Wanita tua itu
mengeratkan pegangannya sambil angguk. “Panjang ceritanya Hana. Sekarang ni,
mak cik nak Hana tahu yang mak cik cuba pujuk Daim tapi dia degil. Mak cik dah
tanya Daim banyak kali, kenapa buat macam tu kat Hana, kenapa tiba-tiba
putuskan pernikahan kamu berdua, tapi dia tak nak jawab. Setiap kali mak cik
tanya, dia mesti tukar topik. Mak cik pun tak tahu nak buat macam mana lagi
nak. Maafkan mak cik Hana.”
Hana memegang dada.
Satu persatu kejutan dia terima. Lepas ni apa pula?
Mak cik Mia memegang
bahu gadis itu. “Tapi Hana, mak cik percaya, Daim cintakan Hana. Walaupun dia
cuba nafikan perasaan dia, tapi mak cik yakin, dalam hati dia, dia sangat
sayangkan Hana.”
Hana mengetip kedua
bibirnya sebelum cuba mengukir segaris senyuman. “Takpa mak cik. Hana redha.
Macam ni la hidup. Ada turun naik dia. Mungkin kali ni bukan giliran Hana untuk
rasa bahagia. Mungkin lain kali insya Allah. Hana terima. Hana dah tak nak
sedih-sedih dah. Hidup kena move on. So, sebab tu, hari ni, Hana nak enjoy
shopping dengan mak cik! Apa kata lepas shopping ni, kita pergi jalan-jalan,
nak tak mak cik?” Hana memaut lengan wanita itu.
Mak cik Mia mengusap
pipi Hana sebelum mengangguk. “Hana nak jalan mana?”
“Melaka!”
-
Macam nak pitam mak
cik Mia bila Hana dengan beraninya meletakkan ular sawa kekuningan di atas
bahunya sambil tersenyum lebar. Sesekali tangannya mengusap kepala ular itu.
Hana cuba mendekati mak cik Mia dengan ular sepanjang 2 meter di atas bahunya,
namun wanita tua itu segera menjarakkan diri.
“Hana, mak cik muda
lagi Hana. Jangan buat pasal.” Mak cik Mia beri warning awal-awal. Hana
tergelak besar. “Ular ni sweet la mak cik. Jinak je. Mehlah pegang dia. Tengok
ni.” Hana meletakkan kepala ular itu di atas tapak tangan sebelum
perlahan-lahan mengucup mulut ular itu. Tepukan hangat dari pelancong-pelancong
yang berkumpul menyaksikan aksi berani Hana.
“Sweet kan?” Tanya
Hana selamba.
Mak cik Mia dah tak
sanggup nak tengok. “Dahlah Hana, jom jom. Itu cendol tu. Mak cik hauslah. Jom
Hana, kita rehat sekejap.” Mak cik Mia memujuk gadis itu supaya berhenti main
dengan ular. Lagi lama Hana pegang ular, lagi berdenyut kepalanya.
Hana ketawa sambil
memulangkan kembali ular sawa itu kepada tuannya. “Waa lu banyak bagus sama ini
ulau!” Puji apek, tuan punya ular, dengan loghat Melaka tulen. Hana menjungkit bahu. “Saya suka binatang la
uncle.” Balas Hana sambil mengusap badan ular itu. “Betoi betoi. Ini ulau pun
manyak suka sama lu. Tengok tengok.” Apek itu tersenyum lebar bila ular sawa
itu mula merayap ke tangan Hana, seolah menunjukkan rasa senang bersama dengan
gadis itu.
“Wah dia cantiklah
uncle. Perempuan ke lelaki ni uncle?” Tanya Hana, lupa dah kat mak cik Mia yang
dah berkurun menunggu dia di tepi jalan. “Ini ulau jantan lo. Itu pasal dia
manyak suka sama lu. Mau ambil gambar tak sama dia? Gua kasi free. Sebab lu
cantik.” Apek itu meletakkan ular sawa kuning itu atas bahu Hana semula.
Lima minit kemudian,
baru Hana kembali kepada mak cik Mia yang dah berpeluh-peluh menunggu di tepi
jalan, di bawah pokok. Permandangan indah bangunan merah Stadthuys tak mampu
nak hilangkan kepenatan menunggu di bawah terik matahari.
“Sori
mak cik. Ular tu cantik sangat.” Hana memaut lengan wanita tua itu.
“Ish Hana ni. Lenguh
kaki mak cik tunggu tau.” Merajuk pulak orang tua ni. Hana ketawa. “Okei okei,
jom makan cendol. Hana kenal ane jual cendol tu mak cik. Boleh mintak dia harga
adik-beradik.”
Mak cik Mia tergelak
besar. “Ada je tau budak ni. Jomlah. Haus dah tekak mak cik ni.” Mereka
melintas jalan menuju ke gerai cendol yang terletak bertentangan dengan Red
Square.
“Dua cendol siap.”
Hana meletakkan dua mangkuk cendol di atas meja. “Cantiknya Hana. Subhanallah.”
Puji mak cik Mia. Mata hazelnya bersinar-sinar melihat sungai Melaka yang
menghiasi sepanjang jalan Banda Hilir.
“Oh terima kasih. Mak
cik suka tau puji Hana.” Hana tersipu-sipu sambil menyuap cendol ke dalam
mulut. Mak cik Mia menjulingkan mata. “Bukan Hana! Tu sungai tu. Baguslah
Melaka. Dulu seingat mak cik, sungai ni kotor. Sekarang dah rasa macam kat
Venice dah. Cantiknya!” Mak cik Mia masih mengagumi keindahan bandar bersejarah
ini.
Hana angguk setuju.
“Mak cik, waktu malam, lagi cantik. Penuh dengan lampu. Sumpah cantik gila.
Malang kang kita datang he. Pergi Jonker street, tu Hard Rock Cafe tu. Lepas tu
kita naik river cruise. Bot tu round satu sungai Melaka ni. Hana confirm mak
cik Mia mesti ternganga tengok bangunan-bangunan tepi sungai dengan
jambatan-jambatan sepanjang sungai ni. Cantik gila!”
Mak cik Mia
terangguk-angguk dengar gadis itu bercerita. “Yeke? Mak cik okey je! Boleh mak
cik ambil gambar sekali. Tak sabar!” Hana tersenyum melihat telatah mak cik
Mia. Nampak sangat dah lama wanita ni tak berjalan.
“Mak cik, tak risau ke
kedai mak cik tu?” Hana bertanya.
“Jannah dengan Maya
kan ada. Thanks Hana pujuk diaorang tolong mak cik.” Mak cik Mia memegang
tangan Hana. Gadis itu menarik sengih. Disebabkan Alex dengan idea bangang dia
tu, tak pasal-pasal, Jannah dan Maya pun kena heret sekali. Mereka dan Alex
telah dipaksa mengerah keringat menjaga kedai kuih mak cik Mia sepanjang peninggalan
mak cik Mia dan Hana ke Melaka.
Padan muka.
“Lepas ni kita nak
pergi mana pulak Hana?” Mak cik Mia memandang wajah lembut gadis itu. “A-famosa
dah, muzium bahtera dah, muzium istana dah, Mahkota Parade dah, Dataran
Pahlawan pun dah. Hmm, tinggal aktiviti malam ni je la. So apa kita ni kita
balik hotel, malam kang lepas isya’ kita keluar. Okey?” Hana memberi cadangan.
Mak cik Mia angguk setuju.
“Okey!”
-
Bunyi ding dong deng
kedengaran di segenap bilik hotel. Hana memandang jam di tangan. Baru pukul 8.20.
Isya’ pun baru masuk. Cepatnya mak cik Mia siap. Tuala mandi dicapai dan dibalut
sekeliling kepala.
Perlahan pintu dibuka.
“Mak cik, awal sam—”
Suasana berubah kekok.
“Awak bukan mak cik.” Hana menggosok matanya beberapa kali. Masih bukan mak cik
Mia.
“Umi mana?” Tanya
lelaki itu mendatar. Riak terkejut yang sesaat tadi terpancar di wajahnya sudah
hilang. Hana terkebil-kebil. Ni kali pertama lelaki itu menegurnya setelah
insiden di Mid Valley tempoh hari. Kalau bertembung di ofis, masing-masing buat
tak tahu, seolah-olah masing-masing tak wujud.
“Umi?” Hana masih
tercegat di depan pintu termanggu-manggu.
Daim memandang gadis
itu atas bawah. Tiba-tiba wajahnya merona merah. Hana berkerut. Apa kena mamat
ni? “Umi awak kat bilik dia. Ni bilik saya.” Hana berkerut bila lelaki itu
seperti tak senang duduk, atau diri. Resah gelisah. Kenapa?
“Daim, awak okey?”
Hana menghampiri lelaki itu.
“Don’t come near me.”
Sepatah sepatah Daim memberi amaran. Hana terbeliak. “What? What’s wrong?”
Gadis itu berkerut seribu. Daim memandang ke arah lain.
“You kind of like
forgot your, well, uh, pants.”
Sepantas kilat Hana
tunduk memandang sepasang betisnya yang terserlah indah menjadi tatapan lelaki
itu. “Ya Allah!” Hana segera memusingkan tubuhnya, mahu kembali masuk ke dalam
bilik tapi..
“And you kind of like
forgot your card.” Tambah Daim, masih tak pandang gadis itu. Hana menghentak
dahinya ke pintu bilik yang elok dah terkatup rapat. Aurat terbuka. Kad bilik
kat dalam. What a great night.
“Okey Daim, awak
jangan sesekali pandang belakang. Faham?” Tegas Hana. Lelaki itu menjungkit
bahu. “Kau ingat aku nak sangat ke pandang kaki kau yang putih melepak
menggiurkan tu?”
Hana memukul bahu
Daim. “Aku gurau je la!” Desis lelaki itu. “Tak kelakar okey.” Marah Hana.
“Macam mana kau boleh lupa nak pakai seluar. Good thing baju kau labuh. Kalau
tak dengan peha-peha kau..” Daim tak mampu nak habiskan ayatnya bila dalam
kepala dah membayang peha gadis itu.
Astaghfirullahal’azim.
“Awak jangan nak
bayang bukan-bukan he!” Hana menolak lelaki itu, memaksanya berjalan laju.
“Kita nak pergi mana ni?” Tanya Daim. “Pergi bilik umi awak la! Takkan nak biar
saya pakai macam ni?” Tengking Hana.
“Kenapa kau tak duduk
sebilik dengan umi?” Tanya Daim tak faham.
“Sebab umi awak kata
dia nak privacy! Jalan tanpa banyak tanya boleh tak? Dan jangan pandang
belakang!” Hana berjalan di belakang Daim, seboleh-boleh tak mahu lelaki itu
memandangnya.
“Geez, relax. Aku tak
nak pun pandang kau. By the way, ni bukan kali pertama aku tengok perempuan
seksi macam ni okey.” Daim menjulingkan mata. Sekali lagi bahunya dipukul gadis
itu.
“Stop it Daim. I mean
it!” Tengking Hana. “Okey okey. So mana satu bilik umi?” Daim bertanya. “Dah
sampai.” Hana menarik nafas lega. Nasib baik bilik mak cik Mia satu aras. Kalau
kena naik lif, aduhai. Makin ramai orang nampak aurat aku ni gamaknya.
Jatuh tergolek rahang
mak cik Mia melihat keadaan Hana itu. Terus disuruh anak lelakinya tunggu di
luar sementara menunggu orang hotel datang dah beri kad pendua.
Lima belas minit kemudian,
mereka bertiga sudah pun berada dalam kereta Daim menuju ke Jonker Street. “Why
are you here anyway?” Hana bertanya kepada Daim bila mak cik Mia leka dengan
gerai-gerai menjual barang-barang antik di sepanjang Jonker Street yang indah.
“To see your pretty
toned calves. Did you go to the gym?”
Tak tunggu lama, Hana
terus menghempuk lelaki itu dengan handbag. Daim mengerang sakit. Padan muka.
Gatal tahap ulat beluncas! “Aku gurau jela. Apa masalah kau?” Daim menjulingkan
mata.
“Gurau pun tak
payahlah nak over sangat!” Marah Hana lagi.
Mak cik Mia
menghampiri mereka berdua. “Ni kenapa ni kecoh-kecoh ni?” Tanya mak cik Mia.
“Dia sepuk Daim dengan beg dia umi. Tiba-tiba je. Sakit otak agaknya.” Daim
macam budak kecil mengadu kat umi dia. Hana mencebik.
“Daim ni. Apa cakap
macam tu? Dah dah. Jangan gaduh. Jom Hana, teman mak cik pergi tengok kedai
tu.” Mak cik Mia menarik gadis itu menuju ke sebuah kedai cenderahati.
Hana membelek puluhan
cincin di atas meja. Semuanya diperbuat daripada jed tiruan. Ada warna biru,
warna pink, warna hijau. Macam-macam warna dan pelbagai corak. Yang paling
menawan hatinya ialah yang warna biru bercorak pokok buluh. Cantik. Exotic.
Hana mencubanya pada
jari manis. “Cantik. Angkatlah.” Puji Daim di sebelahnya. “Kena ke?” Hana mengangkat
tinggi tangan kanannya. Lelaki itu mengangguk. “Berapa ni?” Tanya Daim kepada
lencai jual cincin tu.
“Sepuluh ringgit.
Murah saja. Kasi angkatlah bos untuk isteri lu ni. Untuk lu pun ada. Sama
pattern sama warna. Mau?” Lencai itu menghulurkan cincin yang sama kepada Daim.
Lelaki itu memakainya.
Daim merapatkan
tangannya ke tangan gadis itu. “Tak sesuai.” Ditanggalkan cincin itu dan diberi
semula kepada lencai itu. “Ni bukan isteri I la bos. Kawan satu kerja saja.”
Ujar Daim sambil mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit.
“Kawan lama-lama
isteri la. Okey terima kasih lo!” Lencai itu tersenyum menerima duit. Hana tak
terkata. “Siapa suruh awak bayarkan?” Hana memandang Daim. “Err you’re
welcome.” Perli lelaki itu.
Hana menjulingkan
mata. “Saya tak faham awak ni Daim. Awak beriya cakap awak tak cinta saya, tak
sayang saya, tapi apa awak buat untuk saya bertentangan dengan apa awak cakap.”
Daim berhenti
berjalan. Dia merenung gadis itu dalam-dalam. “Apa aku buat sampai kau rasa aku
ni syok kat kau?” Tanya dia bersama kerutan. “Awak ada kat sini. Cincin ni.
Kalau awak betul-betul tak sayang kat saya, then jangan layan saya macam ni.”
Hana berterus-terang. Sungguh dia rasa terseksa dengan perbuatan lelaki itu.
“Hana, aku datang sini
sebab umi suruh aku datang. Aku tak tahu pun kau ada dengan umi kat Melaka ni.
Dan, kalau kau tak suka aku belikan kau cincin tu, buang je la. Aku kisah apa?”
Daim menyuruh Hana menanggalkan cincinnya. Tapi gadis itu berkeras tak mahu. Tak nak pula.
Mak cik Mia tiba-tiba
muncul bersama satu beg plastik penuh dengan barang-barang cenderahati. “At
least someone’s having fun.” Gumam Daim. “So pergi mana pulak?” Tanya mak cik
Mia.
“Hard rock cafe jom.
Lapar. Lepas tu baru kita naik river cruise. Okey?”
“Okey. Jom makan.”
-
“Ya Allah cantiknya!”
Mak cik Mia tak henti-henti mengambil gambar pemandangan indah bangunan dan
rumah kedai peninggalan era Belanda yang disaluti lampu-lampu neon.
“Tengok tu mak cik,
kat kedai-kedai tu semua diaorang lukis mural. Cantikkan?” Hana menalakan jarinya
ke arah lukisan pada dinding bangunan sepanjang sungai Melaka. Mak cik Mia
menekan lagi butang pada kameranya.
Daim mengoyak senyum
memerhatikan dua wanita paling penting dalam hidupnya. “Umi tu air pancut.”
Daim mencelah. Hana dan mak cik Mia menghalakan pandangan ke arah yang ditunjuk
lelaki itu.
“Ah tu air pancut
muzikal mak cik. Cool gila!” Beritahu Hana. Mak cik Mia terangguk-angguk. Dah
fall head over heels dengan keindahan malam di sungai Melaka.
Hana berdiri di hujung
bot sambil mengambil gambar rumah tradisional Melayu di tepi sungai. “Thanks
bawa umi jalan-jalan. She looks happy.” Bisik Daim sebaik saja dia tiba di
sebelah gadis itu.
“Takda hal la. Saya
pun happy tengok mak cik happy.” Hana tersenyum melihat mak cik Mia yang
seronok bergambar dengan pelancong asing berlatarbelakangkan panorama indah
rumah-rumah tradisional Melayu.
Daim mengangguk. “Kau
tak terkejut bila dapat tahu mak cik Mia sebenarnya umi aku?” Tanya Daim. Hana
terdiam sejenak. “Gila tak terkejut? Terkejut beruk kot. But it’s a good thing
you know. Awak dan mak cik Mia. Kind of cool.” Hana terangguk-angguk sambil
jarinya bermain dengan cincin yang dibelikan Daim tadi.
“Cool he? Kau tahu
siapa ayah aku?” Tanya Daim lagi. Hana menggeleng.
Baru dia teringat.
Daim pernah cakap dulu masa dia berkeras nak jumpa ibu bapa Daim, lelaki itu
yakin boleh cakap parents dia mesti approve punya hubungan dia dan Hana.
Sekarang baru Hana faham. Mak cik Mia umi dia. Padanlah dia kata umi dia
approve punya. Tapi siapa ayah dia? Maksudnya, mesti ayah dia pun kenal aku.
Kan?
“Kau kenal dia.” Ujar
Daim menebar pandangan ke sungai.
“Saya kenal?
Jalaluddin Hassan? Ke Harrison Ford? Atau— cincin!” Jerit Hana tiba-tiba. Daim
berkerut. “Cincin?”
“Stop! Berhentikan
bot. Pak cik, berhentikan bot. Cincin saya—” Hana kusut. Tak fikir panjang, dia
terus panjat pagar bot dan terjun ke dalam sungai. Rahang Daim jatuh. Sesaat
lepas tu dia pun turut sama melompat terjun ke dalam sungai, menyelam mencari
gadis itu.
Suasana berubah
haru-biru. Mak cik Mia yang paling risau sekali. Bot sudah berhenti dan
sekarang menunggu Daim dan Hana muncul di permukaan air. “I think they’ve both drowned. Hey somebody
call 911!” Suara pelancong asing kedengaran.
“I’m going into the
water now!” Jerit salah seorang pelancong.
“No wait. They’re not
drowned. Look!”
Beberapa saat
kemudian, kelihatan Daim ke permukaan air sambil tangannya erat memaut Hana
dari belakang. Gadis itu kelihatan seperti tidak sedarkan diri. Orang ramai
membantu Daim naik ke bot. Hana dibaringkan di atas lantai.
“Is she alive?”
“Maybe. Yes, I think
she’s still breathing.”
Mak cik Mia
menghampiri anaknya itu. “D-Daim. Apa dah jadi? H-Hana.” Wanita itu memandang
anaknya dan wajah pucat Hana silih berganti. “Can somebody take her away? I
need to do a CPR!”
Beberapa pelancong
menarik mak cik Mia jauh dari Daim sambil menenangkan wanita itu. Daim memeriksa
nadi Hana. Lemah. Tapi dada gadis itu tidak bergerak. Daim meletakkan tangannya
di dada Hana, memeriksa. “There’s water in her lungs.” Tanpa menunggu lebih
lama, Daim menekan dada gadis itu dengan kedua tangannya yang bertindih,
melakukan CPR (Cardiopulmonary resuscitation).
Setelah 30 kali
tekanan diberikan di dada gadis itu, Daim menarik nafas dalam-dalam dan membuka
mulut Hana dengan tangannya sebelum menghembuskan oksigen ke dalam mulut gadis
itu sebanyak dua kali. Daim mengulangi perbuatannya menekan dada gadis itu
sebanyak 30 kali.
“Come on Hana!
Breathe! Where the hell is the ambulance?” Tanya Daim. Tangannya masih memberi
tekanan pada dada gadis itu, mahu mengeluarkan air yang masih berbaki dalam
paru-parunya. Daim kemudian menarik dagu Hana tinggi sebelum menghembuskan
oksiden ke dalam mulut gadis itu.
Beberapa saat
kemudian, Hana terbatuk-batuk dan air terkeluar dari mulutnya. Daim memegang
leher gadis itu dan membetulkan posisinya supaya lebih banyak air dapat dimuntahkan.
“You’re okey?” Tanya
Daim risau.
Hana memandangnya
dengan sepasang mata redup itu. Bibir gadis itu yang membiru bergetar sedikit. “Okey
kau tak payah jawab soalan bodoh aku tu. Yang penting sekarang kau selamat.”
Daim mengambil sweater yang dihulurkan salah seorang pelancong dan menyelimuti
Hana dengan sweater itu.
“Ambulans dah sampai.”
Daim mendukung Hana
keluar dari bot menuju ke ambulans. Uminya yang semakin tenang ikut sama. Sepanjang
dalam ambulans, mak cik Mia tak mampu menahan air matanya.
“Umi, Hana selamat.
Umi jangan risau. Dahlah tu umi. Jangan menangis depan Hana.” Pujuk Daim sambil
memaut bahu uminya. “Encik ni suami mangsa?” Tanya paramedik yang bertugas.
Daim mengangguk.
“Ya saya. Kenapa?”
Daim memandang paramedik itu.
“Hospital terdekat
sekarang ialah hospital Mahkota. Encik tak ada masalah pergi ke hospital itu?”
Daim menggeleng. “Tak
kisah mana-mana. Asalkan isteri saya dapat rawatan secepat mungkin.”
“Baiklah.”
-
Hana membuka mata.
Cahaya lampu menyukarkan dia untuk melihat dengan lebih jelas. “Hei, how are
you?” Tegur satu suara. “Daim?” Hana membasahkan bibirnya yang terasa kering.
“Hm. Kau okey?” Tanya
lelaki itu lagi.
Hana mengangguk lemah.
“Saya kat mana ni?” Tanya Hana perlahan. Suaranya serak. Tekaknya terasa
seperti ada arang api. “Hospital. Tapi jangan risau. Kau okey. Kau perlukan
rehat. Itu je.” Balas Daim sambil mengusap kepala gadis itu.
Hana berkerut. Kepala?
Terus diraba kepalanya. Rasa lega memenuhi dada. “Umi yang salinkan baju kau.
Dia bawa tudung kau sekali.” Ujar Daim seolah dapat membaca fikiran gadis itu.
Hana mengoyak senyum
nipis. “Mana mak cik?” Suara gadis itu tersekat-sekat.
“Umi dah balik tidur.
Sekarang dah pukul 3 pagi Hana. You too should get some sleep.” Daim bangun dan
membetulkan selimut gadis itu. “Cincin?” Tanya Hana perlahan.
Daim melepaskan satu
keluhan berat sebelum duduk di samping gadis itu. “Kenapa kau sanggup terjun ke
dalam sungai semata-mata untuk cincin tu Hana?” Tanya Daim lembut. Matanya
menjamah segenap wajah pucat gadis itu.
Hana membalas renungan
Daim. “Mana cincin saya Daim?” Tanya Hana bersama kerutan di wajah. Setiap kali
dia berkata-kata, terasa seperti tekaknya dicucuk paku.
Lelaki itu menarik
nafas dalam. Perlahan dia mengeluarkan cincin berwarna biru dari dalam kocek
seluarnya. “Nah.” Diletakkan cincin itu di atas tapak tangan Hana. Bibir gadis
itu mula mengukir senyum.
“You’re that happy
huh?” Daim bangun.
“Terima kasih.” Ucap
Hana lemah.
Daim menggeleng
kepala. “It’s not something you should be thanking of. You could’ve killed
yourself you know. Kau tahukan kau tak tahu berenang. Kalau aku takda, macam
mana?” Daim cuba mengawal rasa geram, marah, kecewa, risau, yang memenuhi
dadanya.
Hana memandang lelaki
itu lama. Matanya mula bergenang dengan air mata. Setitis demi setitis air mata
mengalir membasahi pipi. Daim meraup wajahnya beberapa kali sebelum kembali
duduk di atas katil, di samping Hana.
“I’m sorry. Aku bukan
nak sakitkan hati kau, tapi kalau apa-apa jadi kat kau Hana.. Ya Allah. Nasib
baik kau takda apa-apa. Just promise me you won’t do anything stupid again,
please. Hm?” Daim merenungnya dalam.
Hana mengangguk sambil
mengesat air mata.
-
Daim tak boleh tidur.
Setiap lima minit dia akan melihat Hana, nak pastikan gadis itu masih bernafas.
Allah saja yang tahu betapa takutnya dia bila Hana tiba-tiba terjun ke dalam
sungai. Berderau seluruh tubuhnya ketika itu.
Dan bila gadis itu tak
sedarkan diri ketika Daim melakukan CPR, masa tu tangan Daim sudah menggigil
hebat. Sungguh dia tak sanggup kehilangan Hana. Sungguh, dia tak mampu hidup
tanpa gadis itu.
Ya Allah, jangan kau
ambil dia dari aku oh Tuhanku.
Daim melangkah ke arah
Hana yang sedang nyenyak tidur. Cincin biru di jari manis gadis itu menarik perhatiannya.
Andaikata Hana ditakdirkan bukan adiknya, sekarang ni, pasti cincin
bertakhtakan permata yang tersarung di jari manis gadis itu. Bukannya cincin
sepuluh ringgit dari Jonker Street.
Saban hari Daim
berdoa, meminta pada Tuhan supaya ubah perasaannya kepada Hana. Ubah rasa cinta
ini kepada kasih sayang seorang abang. Ubah rasa hati ni kepada rasa rindu
seorang abang kepada adiknya. Malangnya, doanya seakan tidak kesampaian. Makin hari,
rasa cinta kepada gadis itu semakin menebal. Dan, rasa cinta itu bukanlah rasa
cinta seorang abang untuk adiknya, tapi sebaliknya, cinta seorang kekasih buat
kekasih.
Daim mengusap pipi
gadis itu. Aku cinta kau Hana. Aku sangat cintakan kau. Terlalu cintakan kau.
Dan aku tak sanggup kehilangan kau, walau sesaat sekalipun. Daim memejamkan
mata. Sakitnya dada ni Ya Tuhanku. Satu keluhan berat dilepaskannya.
Apa patut aku buat Ya
Allah? Apa patut aku buat?
---
Rosebud says:
Assalamualaikum korang!
Tak sampai sebulan dah update, yeay! Alhamdulillah. Gigih tau menaip. Dahlah khamis ni ada presentation proposal. Doakan saya dan rkn2 sukses membentang ya. May Allah ease everything insya Allah. :)
Hope u ols (ala-ala geng powerpuff girls) enjoy baca chapter ni sebab saya sangat enjoy tulis bab 49 ni. And saya bubuh lagu baru. Acha Septriasa's songs. Gotta say, Indonesia makes the most beautiful love songs ever! Lagu-lagu cinta diaorang memang untuk cinta yg sgt dalam, deep, dari jiwa raga... kita boleh rasa kedahsyatan cinta mereka. wah! Shakespeare pulak aku kan.
Hope u ols (ala-ala geng powerpuff girls) enjoy baca chapter ni sebab saya sangat enjoy tulis bab 49 ni. And saya bubuh lagu baru. Acha Septriasa's songs. Gotta say, Indonesia makes the most beautiful love songs ever! Lagu-lagu cinta diaorang memang untuk cinta yg sgt dalam, deep, dari jiwa raga... kita boleh rasa kedahsyatan cinta mereka. wah! Shakespeare pulak aku kan.
Macam biasa, any comments/suggestions/advice/teguran, jangan segan, bubuh je dlm komen ok?
Thanks korang for your takda penghujung support! teruskan menyokong saya ya!
Dan jangan lupa doakan saudara2 kita di Syria, Palestine, Mesir dan ofkos, negara terchenta, Malaysia ni. Kami anak Malaysia!
Korang Rockstars. <3
Mudahkan urusan kami O Allah. Aamiin Ya Rabb.
Courtesy of OwhSoMuslim.com


Huwaaa
ReplyDeletestart baca dari 7 Perengan terakhir chapter ni, memang sangat sangat touching...
ReplyDeletei can feel it ...
Keep The Good Work Kak Rose...
Saspen2.... X sabar nk tau kesudahannya... Update plssssssssssssss....
ReplyDelete