Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena
ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan
terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana
bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di
Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana
mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah
fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa
gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh.
“Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk
Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim
menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam
ni ya?)
“Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa
terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni,
apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau
kau pergi, takkan selesaikan apa-apa. Banyak lagi cara nak selesaikan masalah
ni.” Shuichi melembutkan suaranya, cuba meniup akal logik ke dalam fikiran
sepupunya itu.
Daim menala pandangannya ke siling. Sebaik saja dia
meninggalkan Hana tadi, dia terus memecut ke rumah. Sungguh dadanya sakit,
sakit menahan rasa pilu melihat air mata yang mengalir di pipi gadis
kesayangannya itu. Hatinya remuk mendengar esakan kecil Hana, merintih dan
merayu. Dan, bertambah remuk hatinya apabila melihat bibir gadis itu bergetar
hebat tika dia cuba menafikan hakikat hubungan mereka berdua.
“Sebab aku kesiankan dia la aku kena buat benda ni.
Aku tak sanggup lagi jadi penyebab dia menderita. Kau nampak dia macam mana
tadi kan? I can’t see her like that anymore. I can’t take it.” Daim
menggeleng-geleng kepala. Sungguh, apabila Hana derita, jiwanya juga menderita.
Telefon Daim yang berada di atas meja berdering lagi.
Shuichi memandang telefon sepupunya itu sebelum menala pandangan ke wajah kusut
Daim. “Jawablah. She needs you now.” Pujuk Shuichi. Dia tahu siapa si pemanggil
dan begitu juga Daim. Ini sudah kali ke berapa gadis itu menelefon telefon
lelaki itu.
“No, she doesn’t. What she needs is time. Time will
heal her pain.” Ujar Daim keras, seolah mahu menyakinkan dirinya sendiri.
Shuichi melepaskan satu keluhan berat. “Daim, please, fikir elok-elok. Jawab
phone kau, jumpa dia, dan bincang baik-baik. Jangan buat keputusan terburu-buru
macam ni.” Nasihat lelaki Jepun itu lagi. Dalam keadaan macam ni, sesiapa pun tak
mampu nak berfikir secara waras.
Daim tidak berkata apa-apa. Deringan telefonnya
dibiarkan sehingga berhenti sendiri. Perlahan dia menghela nafas panjang.
Beberapa saat kemudian, telefonnya berbunyi lagi. Shuichi memandang sepupunya
itu sekilas sebelum bangun dan mengambil telefon Daim.
“Sekejap ya Hana.” Telefon pintar itu dihulur kepada
lelaki itu.
Mata Daim mencerun tajam ke wajah Shuichi. “Talk to
her.” Arah sepupunya itu. Daim mengetip bibir sebelum mengambil telefonnya dan
terus mematikan talian. Dia kemudian menanggalkan bateri telefonnya dan
mencampakkan bateri itu jauh hingga ke dapur.
Shuichi tergamam. Sampai begitu sekali tindakan Daim.
Dia hanya mampu menggeleng kepala. Tak dapat dibayangkan betapa risaunya Hana
sekarang ni. Mesti gadis itu sedang dilanda kebuntuan dan perasaannya
berkecamuk.
Hana.
-
Jarinya tidak henti-henti mendail nombor Daim biarpun
lelaki itu tidak menjawab. Hatinya sedikit lega apabila mendengar suara Shuichi tadi namun apabila
lelaki Jepun itu menyerahkan panggilannya kepada Daim, talian terus mati. Hana
merenung telefonnya sebelum mendail sekali lagi nombor lelaki itu. Namun hampa.
“Hana.” Panggil
Budin yang dari tadi setia menemani Hana yang duduk memeluk betis di depan
pejabat Daim. Setengah jam berlalu, setelah Daim meninggalkannya, gadis itu
masih lagi termanggu-manggu tanpa berkata apa-apa. Pandangannya kosong menala
ke lantai.
“Hana.” Panggil Budin lagi. Gadis itu tidak memberi
sebarang respon. Nombor Daim didail lagi. “Hana, jangan macam ni. Beri Daim
masa.” Budin melembutkan suaranya. Ditatap dalam-dalam wajah pucat gadis itu.
“Aku tak percaya.” Ujar Hana tiba-tiba. Telefonnya
dibiarkan terjatuh mencium lantai. Budin mendengar setia, menanti sahabatnya
itu menyambung. “Aku tak percaya.” Ulang Hana lagi sambil menggelengkan kepala.
Budin menarik nafas panjang.
“Budin pun tak percaya Hana. Tapi buat masa sekarang
ni, Budin rasa Hana dengan Daim, dua-dua perlukan masa. Bila Hana dah tenang,
dah boleh fikir elok-elok, dah boleh
buat keputusan, then baru Hana pergi jumpa Daim. Okey?” Nasihat Budin
lembut.
“Sekeping gambar tak bermakna apa-apa Budin. Sekeping
gambar tak membuktikan apa-apa. Tak mungkin aku dengan Daim.. Aku ni.. Adik..”
Hana tak mampu untuk menyambung kata-katanya. Terlalu pedih untuk diperkatakan.
Suaranya bergetar dan matanya mula hangat dipenuhi air mata.
Budin tidak mampu bersuara. Walau apa pun yang dia
cakap, takkan mampu ubati luka di hati gadis itu. “Aku sayang dia Budin.. Aku
sayang dia. Aku cintakan dia. Daim dia.. Tak mungkin aku dengan dia adik.. Tak
mungkin... Aku sayang dia Budin.. Aku sayang..” Rintih Hana sambil
menepuk-nepuk dadanya. Air mata mengalir deras di pipi gadis itu.
“Hana...” Budin memandang Hana sayu. Dia buntu. Apa
yang berlaku hari ni terlalu pantas. Terlalu rumit. Daim anak kepada CEO
syarikat ni. Hana dan Daim adik-beradik. Ya Allah, sungguh berat dugaan Mu ini
Oh Tuhan.
Gadis itu membenamkan wajahnya ke lengan. Bahunya
terjungkit-jungkit menahan tangis yang semakin galak. Esakan Hana mula
kedengaran. Budin menggigit bibir bawahnya, menahan rasa pilu yang kian menusuk
dada melihat Hana sebegitu. Sungguh gadis ni sedang menderita.
Ya Allah, berilah kesabaran kepada sahabatku ini...
-
Pandangannya kabur. Hana tak pasti sama ada air mata
atau pun air hujan yang mengaburi penglihatannya. Hujan lebat dan dentuman
guruh sedikit pun tidak memaksanya untuk berganjak. Kakinya terasa kebas. Malah
seluruh tubuhnya terasa kebas. Dia tak tahu dah berapa lama dia berdiri kaku di
depan pagar rumah makcik Mia. Yang dia tahu, dia perlu jumpa wanita itu. Wanita
yang baru diketahui identitinya.
“Hana? Lailahaillallah. Basah kuyup anak aku.”
Hana menoleh saat seseorang muncul di sisinya sambil
memayungkannya. Wajah keibuan makcik Mia menyapa. Wanita itu mengesat air hujan
yang membasahi wajah Hana dengan sapu tangannya. Gadis itu termanggu-manggu.
“A-Anak?” Suara Hana sayup-sayup kedengaran.
Makcik Mia memegang pipi gadis itu. “Hana buat apa
tunggu kat sini? Kenapa tak masuk dalam nak?” Tanya makcik Mia penuh kerisauan
sambil menarik lengan gadis itu, memaksanya masuk ke dalam rumah.
Hana tergamam. Kata-kata makcik Mia tadi berlegar
dalam kepalanya. Basah kuyup anak aku.
Gadis itu tersedar apabila makcik Mia menariknya duduk di sofa sebelum mengelap
wajahnya dengan tuala.
“Ya Allah hujan lebat tu Na. Kenapa datang tak cakap?
Makcik keluar dengan Daim tadi. Kejap ya Hana, makcik buatkan air panas. Hana
cabut dulu tudung tu. Nanti demam.” Wanita itu baru saja nak bangun namun dah
dihalang Hana.
Wajah gadis itu dipandang pelik. Perlahan makcik Mia
kembali duduk di sebelah Hana. Riak gusar yang terpamer di wajah anak muda itu
ditatap lama. “Hana, kenapa ni?” Tanya makcik Mia lembut.
Tidak semena air mata gadis itu mengalir setitis demi
setitis. Makcik Mia tak terkata. Terus Hana ditarik ke dalam dakapannya.
Dipeluk Hana erat-erat. Biar segala duka yang dipikul gadis itu lebur dengan
kehangatan kasih seorang ibu. Makcik Mia mengusap lembut belakang Hana. Lama
mereka berdakapan hingga akhirnya Hana meleraikan pelukan. Makcik Mia tersenyum
memandangnya.
“Okey dah?” Makcik Mia mengesat air mata yang masih
berbekas di pipi gadis itu. Hana mengoyak senyum nipis sebelum mengangguk. “Nak
hot choc?” Pertanyaan makcik Mia mengejutkan Hana.
Wanita itu tergelak kecil. “Terkejut? Macam mana
makcik boleh tahu air favorite Hana?” Makcik Mia menjungkit sebelah kening.
Hana mengangguk sekali. Matanya bulat merenung wanita itu.
“Daim. Setiap kali keluar dengan makcik, mesti dia
order hot choc. Tadi pun dia order hot choc juga. Bila makcik tanya dia suka ke
minum hot choc sampai setiap kali keluar makan, tak kira la breakfast ke, lunch
ke dinner ke, mesti nak hot choc. Dia cakap dia benci hot choc.” Cerita makcik
Mia, membayangkan wajah anak lelakinya yang baru saja dijumpanya tadi.
Hana mengetip bibir. Nafas ditarik dalam. Dia benci
hot choc.
“Tapi Daim cakap, hot choc buat dia rasa.. macam kat
rumah. Bila makcik tengok dia senyum macam ni, makcik tahu dia maksudkan Hana.”
Tambah makcik Mia sambil kedua jari telunjuknya menunjuk ke arah hujung mata,
mahu menayangkan senyuman anak lelakinya. Bila Daim mengukir senyuman yang satu
ni, hujung matanya akan terlipat, menunjukkan betapa bahagianya dia. Senyuman
yang hanya terukir bila nama Hana disebut, senyuman bila fikirannya dibayangi
Hana, senyuman tentang Hana.
Gadis itu memandang makcik Mia tanpa berkelip. “Daim
sayang kat Hana.” Ujar makcik Mia lembut sambil mengangguk, mengakui perasaan
anaknya terhadap gadis itu. Hana memaksa secalit senyuman biarpun pahit.
“Makcik, boleh Hana tanya something?” Hana memandang
wanita itu. Makcik Mia mengangguk. Senyuman masih kekal terukir di wajahnya.
Hana mengumpul kekuatan untuk bertanya lagi.
“Makcik pernah cerita yang makcik ada dua orang anak.
Daim, anak lelaki makcik. Jadi.. Siapa lagi seorang?” Hana merenung anak mata
wanita yang kian dimamah usia itu.
Makcik Mia menghela nafas panjang sambil mengambil
tangan Hana. Diusap lembut tangan gadis itu sambil tersenyum lemah. “Adik
perempuan Daim. Nama dia Maisa.” Ujar makcik Mia perlahan namun cukup jelas di
telinga Hana.
“M-Maisa?” Hana menahan perasaan yang kian berkecamuk.
Makcik Mia terangguk-angguk. “Nur Maisa.” “Macam
mana.. makcik boleh terpisah dengan dia? Dengan Daim dan.. Maisa?” Hana
bertanya lagi. Suaranya sedikit bergetar.
Wanita itu membetulkan duduknya sebelum mengalihkan
pandangan ke wajah gadis itu. “Sori makcik. Hana.. Hana tak maksudkan nak buat
makcik teringkat balik kenangan pahit makcik. Kalau makcik tak nak cerita
takpa, Hana tak kisah.. Betul.” Hana seolah dapat memahami makna pandangan
makcik Mia. Wanita itu kelihatan berat hati untuk bercerita.
“Takpa Hana. Makcik pun lama dah simpan ni
sorang-sorang. Masa tu, Daim dengan Maisa kecil lagi. Tapi diaorang rapat
sangat. Daim sayang sangat kat adik dia. Maisa pun sama. Dua-dua asyik nak
berkepit je. Setiap hujung minggu, makcik akan bawa diaorang pergi pasar tani,
beli buah-buahan, dah jadi rutin. Daim dan Maisa suka sangat buah, terutama
buah epal.
Satu hari ni..
-
“Maisa,
sini sayang.” Makcik Mia menggengam erat tangan comel anak kecil itu. Maisa
angguk ceria. Genggaman tangan uminya dibalas dengan pautan yang sama erat.
“Abang mana?” Umi memandang sekeliling, mencari kelibat anak lelakinya. “Situ.”
Tunjuk Maisa ke arah seorang budak lelaki yang sedang membelek epal di kedai
buah yang berada tidak jauh dari situ dengan pelat budaknya.
Makcik
Mia tersenyum manis. “Maisa, pergi panggil abang. Ajak abang datang sini. Ya?
Umi tunggu sini.” Umi mencubit pipi tembam anak kecilnya itu. Maisa angguk
patuh.
“Okey
umi.” Kanak-kanak itu berlari terkedek-kedek ke arah abangnya sambil memeluk
anak patung teddy bear erat ke dada. Makcik Mia memastikan anaknya itu selamat
sampai ke sisi Daim. Tiba-tiba hujung bajunya ditarik-tarik. Seorang anak kecil
berpakaian lusuh sedang merenungnya sambil menghulurkan tangan, meminta wang.
Ya Allah, tak sampai hati pula tengok anak kecil ni. Makcik Mia mengeluarkan
beberapa keping wang dan diberikan kepada kanak-kanak itu.
“Adik
lapar?” Tanya makcik Mia sambil mencangkung. Kanak-kanak itu mengangguk. Tanpa
berfikir panjang, makcik Mia terus memimpinnya ke sebuah kedai yang menjual
lauk-pauk. “Pilih je nak makan apa ya.” Pesan makcik Mia. Anak kecil itu
mengangguk sambil tersenyum gembira. “Terima kasih makcik.”
“Abang!”
Teriak Maisa gembira.
Daim
menoleh. Serta-merta bibirnya mengukir senyum sejurus matanya melihat kelibat
Maisa yang sedang berlari ke arahnya sambil memeluk anak patung beruang. “Nak
epal tak?” Tanya Daim apabila Maisa selamat tiba di sebelahnya. “Nak. Abang kan
suka epal?” Maisa menyengetkan kepala, merenung abangnya itu dengan sepasang
mata coklatnya.
“Suka!”
Daim angguk laju. Matanya kembali pada sebiji epal di tangan.
Maisa
memeluk lengan Daim. “Abang, kita minta umi beli nak? Umi cari abang. Jom.”
Gesa Maisa sambil menggoyang-goyangkan lengan abangnya itu. Daim ketawa.
“Yelah, yelah. Jom!” Jerit abang riang sambil menggoyangkan tangan adiknya
tinggi ke langit.
“Yeay~”
Maisa menjerit gembira.
“Umi
mana dik?” Daim memandang ke kiri dan kanan. Maisa turut menoleh, mencari
uminya. “Tak tahu. Umi kata umi tunggu sini.” Balas Maisa sambil memintal
telinga anak patung beruangnya.
“Jom
cari umi.” Daim menarik tangan kecil adiknya. “Jom.”
Mereka
berjalan mencari makcik Mia tapi masih tak ditemui. “Mana umi ni abang? Adik
penatlah. Adik nak umi!” Rengek Maisa lemah. Kakinya terasa sakit. Malah
seluruh tubuhnya terasa sakit. Daim menggaru kepala. Macam mana nak pujuk adik
dia ni?
“Adik,
tengok ni. Abang jumpa gambar ni dalam buku otōsan.” Daim mengeluarkan sekeping
gambar dari poket seluarnya dan ditunjukkan pada adiknya itu. Mulut Maisa
ternganga luas. Terus adiknya itu berhenti merengek. Matanya bulat memandang
sekeping gambar itu.
“Gambar
kita la!” Jerit anak kecil itu ceria. Daim mengangguk laju. “Gambar kita masa
kecil-kecil dulu. Tengok, otōsan dukung adik, umi peluk abang. Adik ingat?”
Tanya Daim sambil melirik adiknya yang dah mula tenang. Maisa menggeleng sambil
memimikkan wajahnya. “Adik kan kecil lagi. Mana ingat. Apa la abang ni.”
Dipukul lengan abangnya penuh manja. Daim ketawa besar.
“A’ahlah.
Abang lupa la adik kecil lagi.” Daim menepuk dahi, pura-pura lupa. Maisa ketawa
sambil mengambil gambar itu dari tangan abangnya. “Nak tengok lagi.” Pinta
kanak-kanak itu. Mereka berhenti berjalan di tengah jalan. Tumpuan mereka pada
sekeping gambar itu. Tiba-tiba sebuah van mengundur laju ke belakang dan melanggar
mereka.
Suasana
di pasar tani berubah cemas. Orang ramai mula memenuhi tempat kejadian. Makcik
Mia berkerut melihat sebuah ambulans yang tiba-tiba ada di pasar tani. Hatinya
mula rasa tak sedap. Pandangannya melekat pada orang ramai yang berkumpul di
tengah jalan.
“Kenapa
tu kak?” Makcik Mia menarik lengan seorang wanita yang sedang bergegas ke
tempat kejadian. “Kemalangan tu. Dua orang budak kena langgar van.” Balas
wanita itu penuh cemas. Makcik Mia tersentak. Dua orang budak...?
Daim!
Maisa!
-
“Bila makcik sampai kat tempat kemalangan tu, Daim
dalam keadaan berdarah atas stretcher.
Makcik tak nampak mana Maisa. Orang kat pasar tani cakap ada lelaki dah bawa
Maisa pergi hospital sebab keadaan Maisa lagi parah. Tapi bila sampai kat
hospital, Maisa takda kat situ.” Makcik Mia sedaya upaya menahan perasaan
tatkala mengungkap kisah silam hidupnya.
“Lelaki itu bawa Maisa pergi hospital lain.” Ujar Hana
perlahan.
Makcik Mia mengangguk. “Makcik cuba cari dia, tapi...
Sampai hari ni makcik tak jumpa dia. Makcik tak tahu dia masih hidup atau pun
tak.” Balas wanita itu lemah. Wajahnya tampak sedih, seperti menahan beban
rindu yang teramat.
“Kenapa makcik dan Daim berpisah?” Hana meneruskan
pertanyaannya.
“Nenek Daim tak pernah merestui pernikahan makcik dengan
ayah Daim. Yelah, makcik bukan orang senang Na. Keluarga ayah Daim antara
keluarga yang disegani dan digeruni di Jepun. Lagi pula, makcik ni orang
Melayu. Islam pula tu. Nenek Daim tak suka kat makcik dari awal lagi. Keadaan
bertambah keruh bila Daim, cucu kesayangan dia kemalangan bila bersama dengan
makcik. Masa tu, nenek Daim nekad nak buang makcik dari hidup keluarga dia, dan
dia berjaya usir makcik jauh. Dia guna pengaruh dia. Makcik difitnah dan diugut
diambil tindakan undang-undang. Makcik buntu. Makcik takda pilihan lain, makcik
terpaksa tinggalkan suami makcik dan anak makcik.”
Hana memandang makcik Mia lama. Dadanya terasa sakit
mengenangkan penderitaan yang telah dilalui wanita itu. “Maafkan Hana makcik.
Hana tak patut tanya.” Rasa bersalah menggunung di dadanya. Terus tangan wanita
itu dipegang erat.
Makcik Mia menarik senyum hambar. “Tak apa Hana. Benda
dah lama jadi. Sekarang ni makcik bersyukur sangat sebab Allah dah pulangkan
anak makcik, Daim. Kalau ada rezeki makcik jumpa anak perempuan makcik, insya
Allah, jumpalah. Makcik redha.” Ujar makcik Mia tenang.
Hana menggigit bibir bawahnya. Harus tak aku
berterus-terang?
“Hujan pun dah berhenti Na. Kesian Hana kena dengar
cerita sedih makcik ni. Mesti Hana boring. Makcik buatkan Hana hot choc sekejap
ya.” Makcik Mia bangun dan menepuk lembut pipi gadis itu sebelum menuju ke
dapur.
Hana menyandar pada sofa. Salah siapa semua ni
terjadi?
Ya Allah...
-
Malam itu, Hana tak boleh tidur. Kepalanya ligat
memikirkan kisah perpisahan dia dengan Daim yang diceritakan makcik Mia petang
tadi. Mungkin masa kemalangan itu, gambar itu terkoyak dan terbahagi dua.
Separuh dalam simpanan Daim, manakala separuh lagi dalam simpanannya.
Air mata Hana mengalir tanpa dipinta. Selama ni
mimpinya tentang Maisa bukanlah mimpi semata. Sebaliknya, memori pahit yang
tersembunyi jauh. Satu memori yang tidak mahu diingati. Benarlah hakikat
hubungan sebenar dia dan Daim. Benarlah lelaki itu abang kandungnya.
Ya Allah... Macam mana aku boleh jatuh cinta dengan
abang kandung aku sendiri? Macam mana aku boleh hampir menikahi darah daging
aku sendiri? Ya Allah, kenapa Kau biarkan aku mencintai lelaki yang haram bagi
aku untuk mencintai? Kenapa Kau...
Ya Allah. Apa yang aku dah buat ni? Hana tersedar.
Tubuhnya mula menggigil ketakutan. Astaghfirullahal’azim. Terus kepalanya
dibawa ke lantai, dengan penuh rendah hati, dia memohon keampunan Allah Azza
Wajalla.
Siapa aku Ya Allah untuk mempersoalkan ketentuan-Mu?
Siapa aku yang hina, lemah lagi kerdil ini untuk mempersoalkan apa yang telah
Kau tetapkan untuk aku? Kau tahu apa yang terbaik untuk aku Ya Allah.
“...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal
ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi
kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 216).
Terhinjut-hinjut bahunya menahan rasa pilu yang
menebal di dada. Rasa berdosa menyelubungi dirinya. Dengan penuh mengharap,
Hana memohon keampunan Allah Taala dan berdoa kepada Yang Maha Pencipta supaya
memberinya seribu satu kekuatan menghadapi dugaan ini.
Jannah pernah cakap, bila Allah uji kita, tu tandanya
Dia sayang sangat kat kita. Menurut kawannya itu, terdapat dua orang nelayan
yang berkawan baik. Seorang beriman kepada Allah Taala, yang seorang lagi tidak
beriman. Apabila mereka mahu menebar jala, yang tidak beriman, memuji berhala
yang disembahnya sebelum jala ditebar ke laut.
Lelaki yang beriman pada Allah pula memulakan
tangkapan ikannya dengan Basmallah. Apabila jala ditarik, hasil tangkapan
lelaki yang tidak beriman itu sangat banyak. Pelbagai jenis ikan terjerat dalam
jalanya.
Manakala bagi lelaki beriman itu, jalanya hampir saja
tiada ikan. Apabila malaikat melihatkan kejadian itu, malaikat bertanya kepada
Allah Taala, “Ya Allah, apakah yang telah berlaku? Hamba-Mu yang
menyekutukan-Mu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hamba-Mu yang
menyebut nama-Mu, Kau tidak memberikan Dia apa-apa.”
Lalu Allah Taala menjawab, “Yang menyekutukan-Ku,
tempatnya memang sudah pasti neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan
hancur itu jika Ku berikan kepadanya? Tetapi hamba-Ku yang beriman itu, Aku
hendak mengganjarkannya syurga, maka Aku suka mengujinya untuk melihat
kebenaran imannya”
Kisah ini
bertepatan dengan firman Allah Taala dalam surah Al-Ankabut ayat 2 hingga 3,
mafhumnya, ‘Apakah
manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah
beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah
menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang
berdusta.’
Hana tersenyum. Hatinya mula rasa tenteram. Ya, ini
adalah satu petanda yang Allah cintakan aku, Allah sayangkan aku. Aku kena bersyukur
sebab dalam berjuta-juta umat di muka bumi ni, Allah pilih aku untuk diuji. Ya
aku kena kuat. Aku kena kuat demi Allah. Hana memejamkan mata.
Wallahi, berikan aku kekuatan Ya Rabb.
-
Daim mendail nombor seseorang sambil melangkah ke
beranda. Setelah hampir 2 jam Shuichi menunggu Daim berbual dalam telefon
barulah dia boleh bertanya sepupunya semula tentang Hana, mahu memujuk juga.
Baru saja dia menjejak kaki ke dalam bilik Daim, dia terkejut melihat sepupunya
itu sudah memunggah semua pakaiannya di dalam almari sehingga kosong habis.
“Nani yatteru no?” Tanya Shuichi bersama kerutan di
dahi.
Daim tidak membalas. Dia terus memunggah semua
barang-barangnya dan disimpan ke dalam kotak manakala pakaiannya dicampak ke
dalam beg. (*Nani yatteru no=Apa kau buat ni?)
“Doko ka iku no? Are you going somewhere mate?”
Shuichi melangkah lemah ke dalam bilik sepupunya itu. Matanya menerewang dari
satu kotak ke satu kotak. Macam nak pindah tak nak balik-balik langsung.
Daim mengangguk sekali. “Kau nak pergi mana? Ni kan
rumah kau.” Balas Shuichi masih lagi berkerut. “Iie. Omae no.” Ujar sepupunya
itu sambil menggeleng kepala. (*Iie. Omae no= Tak, ni rumah kau.)
“What? Daim, please, tenangkan diri kau dulu. Jangan
buat keputusan terburu-buru macam ni. No good will come from this hasty
action.” Shuichi mengeluarkan kembali pakaian Daim dari begnya dan disangkut
kembali ke dalam almari.
Sepupunya itu memandangnya tajam. “Apa kau buat ni?”
Tanyanya keras. “Selamatkan kau dari menyesal tak sudah. Jom, kita keluar, kita
jalan-jalan, tenangkan jiwa kau dulu. Kau dah solat belum? Apa kata kau solat
dulu?” Pinta Shuichi seboleh-boleh mahu menghalang Daim daripada meneruskan
niatnya untuk pergi.
Daim menarik nafas dalam-dalam sebelum menggeleng.
“Aku dah solat. Kau jangan sentuh barang aku Shucihi.” Daim memberi amaran
sambil melirik tajam sepupunya itu.
Shuichi mengeluh berat. Dilabuhkan punggungnya ke atas
katil. Sebu dadanya melihat barang-barang Daim yang tersusun di dalam
kotak-kotak dan pakaian yang sudah diletakkan semula ke dalam beg oleh lelaki
itu.
“Fikir masak-masak Daim.” Pinta Shuichi lemah.
Sepupunya itu mengangkat begnya dan diletakkan di
ruang tamu. Dia kemudian masuk ke dalam dan memandang sekeliling. “Flight aku
pukul 4.00 pagi. Kau tak payah hantar. Aku dah call teksi.” Ujar Daim mendatar.
Tergamam Shuichi mendengarnya.
“Are you serious? Kau nak pergi mana?”
Daim tidak berkata apa-apa. “Kau betul nak pergi dari
sini? Tinggalkan Hana?” Lelaki Jepun itu berdiri tegak sambil meninggikan
suaranya bertanya lagi. Daim menghela nafas panjang. “Kau jaga dia baik-baik
Shuichi. Aku tak mampu jaga dia.” Balas Daim separuh berbisik.
Shuichi menggeleng kepala. “Iie. No. Aku tak boleh
jaga dia. Kau, kau kena jaga dia. Bukan aku.” Daim memandang sepupunya itu.
“Onegai.” Pujuknya. Shuichi mengurut dahi yang sudah berdenyut-denyut.
(*Onegai=Please)
“Umi kau? Umi kau macam mana?” Sepupunya itu
merenungnya tajam.
Daim menarik senyum lemah sebelum berlalu pergi.
Shuichi memandang sepupunya itu melangkah keluar dari rumah sebelum akhirnya
melepaskan satu keluhan berat.
-
Senyuman selebar alam tercalit di wajah Budin sejurus
dia menangkap kelibat Hana yang baru saja parkir motornya. Dari jauh gadis
lincah itu sudah melambai-lambai sambil sebelah tangan menghayun helmet.
Hana memberi salam sambil membalas senyuman Budin.
Lelaki itu menjawab salamnya dan seperti biasa, secawan hot choc dihulur kepada
Hana. Gadis itu menyambut senang. Sungguh dia bersyukur ada kawan baik hati
macam si Budin ni. Ikut je cakap Hana tanpa banyak mulut.
“Berseri-seri muka Hana. Mandi bunga ke pagi tadi?”
Sapa si Budin mesra. Dipandang sahabatnya itu atas bawah. Baru-baru ni fesyen
Hana dah makin normal. Warna pada badan dia makin berkurangan. Selalunya lebih
lima warna. Sekarang, kurang dari empat. Satu fenomena alam yang luar biasa.
Hana menjeling Budin dengan ekor matanya. “Jangan
cakap bunga. Dengan rumput sekali aku mandi tau.” Balasnya nakal. Budin ketawa
senang. Ya, Hana tengah mood gembira sentosa. Sejak-sejak kena tengking hari
tu, Budin taubat tak mahu main terjah Hana. Kena hati-hati. Kena pastikan mood
dia gembira.
“Amna apa khabar?” Tanya Hana tak semena-mena sehingga
terjungkit kening lelaki itu. “Amna? Err.. Sihat alhamdulillah.” Jawab Budin
sedikit kekok. Bukan satu kebiasaan bagi dia berbual tentang gadis impiannya
dengan Hana.
Kawannya itu terangguk-angguk. “Bila nak pinang dia?”
Kali ni dengan kaki Budin sekali terjungkit. Pinang?
“Uih ke situ pulak Hana ni. Budin baru nak enter level
courtship. Sabar dulu. Harus timba pengalaman dulu Hana.” Bersungguh-sungguh
Budin menafikan pertanyaan gadis itu. Hana mencebik. “Nak timba pengalaman,
pinanglah. Lepas dah kahwin, timba pengalaman puas-puas.” Nasihat Hana selamba.
Budin menarik muka. Nasihatkan aku pandai. Dia tu
sendiri bukan main susah nak diajak kahwin. Daim lain ceritalah. Tapi calon
lainkan banyak ada. Akid ada. Walaupun Akid tu macam tak layak untuk Hana, tapi
sekurang-kurangnya lelaki itu memang jujur sayangkan Hana. Lagi satu calon,
yang baru tu. Kawan Daim katanya. Ha dia! Okey apa kan lelaki itu?
“Kau tengah pertimbangkan cadangan aku ke? Jangan
sampai kahwin lari kat Siam Budin. Jauh sangat tu. Tak larat aku nak datang
majlis kau.” Sakat Hana sambil melayang senyuman gatal. Budin ketawa lagi.
“Merepek nombor satu. Takdanya nak kahwin lari. Nombor telefon Amna pun Budin
tak dapat lagi inikan pulak kahwin lari.” Balas Budin kecewa. Pasrah betul dia
ni.
“Weh teruk gila kau ni. Nombor telefon minah tu pun
tak dapat lagi. Meh aku ajar kau cara dapatkan nombor telefon wanita.” Hana menggerakkan
jarinya, menyuruh Budin merapatkan jarak.
Lelaki itu mengikut saja. Telinga dihampirkan ke wajah
Hana. “Mintaklah samdol!” Terjah Hana sambil menolak dahi Budin dengan cawan
hot chocnya. Kasi gegar sikit otak lelaki ni. Lembap bukan main.
Budin mengurut dahinya yang dah rasa macam melecur.
Dijeling Hana macam nak telan. “Budin tahulah! Tapi Budin segan.” Dia cuba
membela diri. “Kalau segan sampai itik beranak kuda bertelur pun la kau takkan
dapat nombor telefon dia.” Balas Hana sambil melangkah masuk ke dalam lif
bersama Budin.
“Mintak. Macam tu je?” Tanya lelaki itu.
Hana mengangguk. “Ya sahabatku sang Budin. Weh pinjam
handphone kau kejap. Aku tertinggal aku punya kat rumah la. Nak call Jannah
jap.” Hana meminta telefon bimbit lelaki itu. Budin terus menyerahkan
telefonnya tanpa banyak bunyi dan memerhatikan tingkah Hana.
“Kata nak call Jannah?” Budin bertanya bila melihat
Hana menaip sesuatu. Beberapa saat kemudian, telefon gadis itu melaungkan lagu
Carlifornication. Hana menayangkan nombor Budin yang tertera di skrin
telefonnya ke muka Budin. Ternganga lelaki itu.
Baru Budin faham. Simple je teknik Hana ni. “Faham?”
“Kejap. Selama ni Hana tak save nombor Budin?” Lelaki
itu mengerutkan dahi. Sampai hati. Macam ni ke member? Hana menyimpan semula
telefonnya tanpa membalas pertanyaan kawannya itu.
“Hana! Sampai hati!” Budin dah jauh hati.
Gadis itu mengeluh berat. Lecehlah ada member jantan
tapi hati rapuh macam kaca ni. “Aku ingat nombor kau. Tak save pun takpa
Budin.” Balas Hana selamba. Budin memandangnya penuh keraguan.
“01284793894.”
Budin rasa macam nak tarik Hana dalam pelukannya. “Budin
rasa terharu gila sekarang ni Hana.” Wajah gadis itu ditatap dalam-dalam,
seolah wajah Hana adalah wajah paling jelita pernah dia tengok.
Hana menahan gelak. Nasib baiklah aku sempat menghafal
nombor dia tadi. Fuh. Kalau tak mahu seminggu aku tak dapat pekena hot choc.
Apabila pintu terkuak, Hana terus keluar tanpa menunggu Budin. Lelaki itu
mengikut laju.
“Hana, pergi mana?” Tanya Budin pelik apabila Hana
membelok ke arah bertentangan dengan arah ke biliknya. “Bilik Daim.” Balas Hana
tenang. Budin berhenti melangkah. Dipandang kelibat Hana yang semakin menjauh.
Hatinya kuat mengatakan yang Daim serius dengan
kata-katanya untuk tidak bertemu dengan gadis itu lagi. Ya Rabb.. Budin meraup
wajahnya. Sungguh, dia tak sanggup melihat air mata Hana. Dia tak sanggup
tengok kawannya itu menderita lagi. Perlahan digagahi langkahnya menuju ke
makmal.
-
Hana menarik nafas dalam-dalam, mengumpul semangat dan
segala kudrat yang ada sebelum memulas tombol pintu bilik pejabat Daim. Matanya
menjamah segenap segenap ruang bilik pejabat lelaki itu. Bilik yang luas itu
terasa kosong. Hanya perabot semata. Kot hitam yang selalu tersangkut pada
kerusi dah tiada. Fail-fail yang kadang-kala tersusun kemas, kadang-kala
bersepah juga tiada. Bau laut. Bau hutan. Bau peluh. Bau buku lama. Bau
Aftershave dia. Bau Daim. Bau dia juga tiada.
Nafasnya ditarik perlahan-lahan. Hana memejamkan mata
sambil mengetip bibirnya. Jangan menangis Hana, jangan menangis. Tolong, jangan
menangis. Dia membuka semula matanya. Bilik Daim masih kosong, sepi. Hana
memaksa langkah ke meja lelaki itu.
Seolah-olah dapat dilihatnya Daim sedang meneliti
komputer sambil berkerut-kerut. Sesekali lelaki itu mengeliat, membetulkan
urat-urat yang tegang di lehernya. Hana melabuhkan punggung di kerusi Daim.
Fikirannya mengimbau saat dia masuk ke dalam bilik Daim untuk memberinya botol
spray ALLANO. Ketika itu Daim tidak berbaju dan dia tersipu-sipu malu melihat
keadaan lelaki itu.
Hana tersenyum lemah. Ya, dia akui. Masa itu, hati ni
sudah pun terpaut pada lelaki itu, pada kedinginan dia, pada renungan tajam
dia. Hana perlahan-lahan menarik laci pertama yang terletak pada sisi meja.
Botol spray ALLANO menghiasi pandangan matanya. Hana
berkerut. Sekuntum bunga Lily of the valley dan sekeping surat terlipat dua
turut ada dalam laci itu. Hana mengambil surat itu dan membukanya.
Hana,
Aku tak pernah
menyesal jumpa kau. Meeting you was the best thing that ever happened to me.
I’m sorry...
p/s aku cinta kau.
Hana membaca surat daripada Daim itu berkali-kali.
Hana mengetip bibir, cuba menahan air mata daripada mengalir. Dia dah janji,
dia takkan menangis lagi kerana Daim. Dia kena kuat. Dia kena redha. Perlahan
Hana menarik nafas dalam-dalam sebelum akhirnya dia bangun dan keluar dari
bilik Daim bersama botol spray ALLANO, sekuntum bunga Lily of the Valley dan
sekeping surat itu.
p/s aku cinta
kau.
-
Tiga tahun kemudian...
Orang keluar masuk bilik pengantin tak putus-putus.
Jurugambar, mak andam, background posers, penyemak, penyibuk, semua ada. Hana
terasa sesak nafas dihimpit kumpulan manusia yang berebut mahu selfie bersama
si pengantin.
“Izin laluan, izin laluan!” Jerit Hana sambil
menghunus kedua tangannya ke atas, cuba meloloskan diri dari kawanan manusia
yang penuh sesak dalam bilik. Sebaik saja dia berjaya keluar dari bilik, udara
segar meresap masuk ke dalam hidung terus ke paru-paru dan seluruh badannya.
Haa... Segarnya! Hana memejamkan mata sambil tersandar
kepenatan pada pintu bilik Jannah.Tak sangka anak-anak murid minah ni sanggup
meredah beratus batu dari ibu negara sampai ke utara sini, ke rumah keluarga
Jannah, semata-mata untuk mengimarahkan majlis pernikahan pensyarah kesayangan
mereka. Sebusuk-busuk Jannah, sayang jugak mereka ni kat dia.
“Thank God you survived.” Tegur satu suara.
Terus terbuka kedua biji mata Hana. Wajah tampan
Khasyi menghiasi pandangan. Serta-merta bibirnya mengukir senyum. “You have no
idea. Kat dalam tu dah macam kat Uptown Shah Alam dah.” Hana melirik ke arah
belakangnya. Trauma sekejap.
Khasyi tergelak kecil. “Figured. Saya rasa dua bas
punya manusia ada kat dalam bilik tu.” Kamera yang tergantung di lehernya
diambil dan beberapa keping gambar gadis itu ditangkap. Kening Hana bertaut.
“Awak, boleh tak stop ambil gambar huduh saya?” Hana
menjeling geram sambil menayang lima jari, cuba nak menutup wajahnya ala-ala
artis baru keluar mahkamah. Dah seminggu dia kat sini teman Jannah bersama Maya
dan Khasyi, selama seminggu itu jugalah Khasyi ni tak henti-henti menangkap
gambarnya.
Lelaki itu menggeleng laju.
“Berapa kali saya nak cakap Hana? You look prettiest
when you’re ugly.” Ujarnya sambil menekan lagi butang kamera, mengambil gambar
candid gadis itu. Hana menjulingkan mata sambil mengesat dahinya yang berpeluh
sedikit.
Mana tak berpeluh, oksigen pun takda dalam bilik tu.
“Awak tahu tak apa awak buat ni kejam? Leaving her in that room with all those
kids?” Khasyi menghulurkan sapu tangannya kepada Hana. Gadis itu menyambut
senang. Dahinya yang berpeluh dikesat dengan sapu tangan Khasyi.
“There’s no room anymore in there! Argh, kenapalah dia
pergi jemput mahasiswa-mahasiswa dia tu. Pening kepala. Saya baru nak pasangkan
bulu mata palsu kat mata si Jannah tu, tiba-tiba bergegar satu bilik kena serbu
dengan students dia. Bulu mata palsu ke mana, kepala otak saya pun ke laut.”
Hana menggeleng serabut.
Khasyi sekadar mengukir senyuman manis. Jarinya
didekatkan ke tepi kepala Hana. “Apa awak cuba buat ni Khasyi?” Gadis itu
membesarkan matanya sambil menjarakkan sedikit kepalanya dari Khasyi. Gerun
pula tiba-tiba lelaki ni cuba nak pegang.
“I think I found Jannah’s fake eye lashes.” Bulu mata
palsu Jannah yang terlekat pada selendang Hana diambil dan diletakkan atas
telapak tangan gadis itu. Hana tergelak kecil.
“Bukti betapa chaoticnya kat dalam tu.” Lelaki itu angguk
setuju.
“Awak, JT dah siap?” Tanya Hana melirik pada wajah
tampan Khasyi. Segaknya dia berbaju Melayu, siap bersampin bagai. Macam dia
pula nak berkahwin. “Dah berkurun Hana. Tunggu bestfriend awak tu je la.” Balas
Khasyi sambil membelek gambar-gambar Hana yang ditangkapnya tadi. Semuanya
cantik di matanya.
Hana merapatkan wajahnya ke kamera di tangan Khasyi.
“Gambar JT ada? Nak tengok.” Pintanya sambil melirik lelaki itu sekilas. JT
ataupun nama penuhnya Joshua Tyree merupakan pensyarah di universiti tempat
Jannah mengajar. Lelaki berbangsa Scottish itu sudah lebih sepuluh tahun
menetap di Malaysia. Setelah lebih dua tahun berada di bumi makmur ni,
Alhamdulillah, Allah Taala telah buka pintu hati dia untuk menerima Islam.
Orangnya sangat down-to-earth. Cakap pun sopan. Gaya penuh sopan-santun dia
sebiji macam si Khasyi ni. Well-mannered kind of guy.
JT ni muka je Mat Salleh, jiwa dia Melayu habis. Bila
dia buka mulut, semua jenis loghat dan dialek dia boleh tutur. Kalau dia kecek
Kelate, memang orang akan percaya dia anak jati Kelantan. Tapi kalau orang tu
dengar melalui telefon la. Kalau orang tu tengok mata hijau elmerald dia tu,
memang mustahil nak percaya dia kerabat The Red Warriors. Kita makan sambal
belacan, dia pun sama sibuk makan. Budu, cencaluk, telur masin, semua dia sapu.
Buah kegemaran dia? Durian.
Ya, si JT ni sudah diasimilasikan. Tiga tahun
kemudian, dia berpindah ke universiti Jannah dan mengajar di sana. Dari teman
sekerja, akhirnya membibitkan perasaan saling mengasihi dan tak lama lepas tu,
JT terus masuk meminang. Senang je kisah
hidup Jannah. Kalau tak bersyukur, tak tahu nak cakap apa.
“Hm, tekan sini.” Ajar Khasyi sambil menghulurkan
kamera digital itu kepada Hana. Gadis itu membelek gambar-gambar JT. Sesekali
bibirnya menguntum senyum saat melihat gambar JT yang dah sama taraf dengan
model lelaki dalam iklan minyak wangi BOSS. Untungnya Jannah dapat si lelaki
Scottish ni. Mata hijau, muka to-die-for, rambut kuning habis. Anak-anak kau
mesti macam anak patung, Jannah.
Khasyi berkerut sedikit melihat gadis idamannya itu
tersenyum-senyum saat melihat gambar-gambar suami kawan baiknya sendiri. “You
do know that he is your bestfriend’s husband, right?” Takut juga kalau-kalau si Hana ni tak tahu.
Bukan boleh percaya sangat dia ni.
Hana berdengus keras. Satu jelingan tajam dilancarkan
ke arah lelaki itu. “Langkah berjaga-jaga. That’s all.” Khasyi membela diri
sambil mendepakan tangannya. “Banyaklah langkah berjaga-jaga awak. Sikukan baru
tahu. Anyway, you took really beautiful photos. Good job Encik Doktor.” Kamera
digital Khasyi dipulangkan semula.
“Scratch that. Hari ni saya Encik Fotografer.” Balas
Khasyi sambil tanpa jemu mengambil gambar Hana. Gadis itu memimikkan muka.
“Khasyi, in case you haven’t noticed, I’m not the bride here.” Matanya
dibuntangkan luas. Sebelah tangannya digerakkan dari atas ke bawah dan kembali
ke atas.
Lelaki itu menayang
barisan gigi putihnya, tersenyum. “Of course I’ve noticed, Hana. You’re not the
bride, yes, but sure it is you’re the prettiest girl in the house.” Manisnya
mulut lelaki ni.
Hana tak mampu menahan diri daripada tersenyum lebar.
Asyik dok kena lambung pujian, mahu kembang semangkuk punggung aku ni. “Jannah,
aku bagi masa 5 minit. Lepas tu, budak-budak tu kena blah, okey?” Jerit Hana
sambil membuka sedikit daun pintu.
Sahabatnya tidak kelihatan di sebalik kawanan manusia,
namun apabila suara nyaring Jannah membalas “Okey”, Hana menarik nafas lega.
Pintu kembali ditutup dan Hana mengorak langkah ke ruang tamu.
“Quit following me will you?” Jeling Hana.
Khasyi menggeleng. “I can’t. Awak utara, saya selatan,
awak timur saya barat. We’re attracted to each other. Hukum alam.” Balas lelaki
itu selamba. Hukum alam mung. “Muka saya ni ada rupa magnet ke?” Perli Hana
sambil mengerling lelaki itu tanpa memperlahankan langkahnya menuruni tangga.
“Ada. Magnet peti sejuk.” Jawab Khasyi nakal. Hana dah
rasa macam nak sepak terajang je lelaki itu. Nasib baiklah baju kurung ni jenis
moden, memang mendidik si pemakai untuk beradab sopan.
Maya yang sedang melayan keluarga dari kedua-dua belah
pihak segera meminta diri saat matanya menangkap kelibat Hana dan Khasyi yang sedang
rancak berbual. Ditarik kawannya itu ke satu sudut.
“Jannah mana?” Keras suara Maya bertanya.
Hana memuncungkan bibirnya ke bilik pengantin di
tingkat atas. “Dia kena serbu dengan students dia kejap. 5 minit paling lama.”
Balasnya senang. Maya mengerutkan dahi. “Dia gila ke apa? JT dah naik kematu
kaki menunggu dia tahu tak? Khasyi, saya hantar awak suruh Jannah siap cepat.
Bukan suruh dating!” Herdik Maya panas hati dengan perangai kawan-kawannya.
“Tenang Maya tenang. Jannah dah siap cuma tengah melayan
budak-budak dia kejap.” Hana memegang bahu kawannya itu. “Tenang tengkorak
hang. Famili JT dah mencarut London dengan aku, habuk aku tak faham. Tambah
lagi dengan famili Jannah semua dah tanya mana anak depa, aku nak habaq apa?
Fix this! Both of you! Now!” Maya dah meroyan. Keluar terus loghat utara dia.
Khasyi dan Hana saling berpandangan. “Okey okey
sekarang juga kami halau budak-budak tu.” Mereka berdua memacu langkah memanjat
tangga dan memecut ke bilik Jannah.
“Time out! Time out! Semua keluar! Keluar! Keluarrrr!”
Jerit Hana melalui pembesar suara mini sebelum menekan satu butang pada hailer
mini itu dan bunyi siren memenuhi segenap bilik, memekakkan telinga. Suasana
bilik pengantin yang seperti di pasar malam berubah senyap, sunyi dan sepi.
Semua mata memandang pembesar suara yang terapung di celah daun pintu.
Hana mengoyak senyum puas hati. Senyap pun.
Perlahan-lahan dia menguak pintu dan menjerit pada hailer. “Aku kira sampai
tiga. Sila keluar dari bilik ni sekarang! Satu...! Dua..! Tigaaaa!”
Berpusu-pusu
umat manusia keluar dari bilik pengantin dan tak sampai sepuluh saat, oksigen
kembali menyegarkan bilik Jannah yang dah tadinya dah seperti bekas kuih raya
kedap udara.
Dengan rasa lega Hana melangkah masuk menuju ke arah
si pengantin. Wajah jelita Jannah dipandang penuh kagum. “Cantik sangat ke aku
hari ni Hana?” Tanya Jannah sambil memegang pipinya, malu direnung macam tu.
Hana ketawa besar.
“Cantik tu cantiklah. Tapi takdalah cantik sangat
sampai perlu ke kau nak tersipu dengan aku? Jannah, aku sebenarnya kagum tengok
muka kau. Punyalah berduyun-duyun anak-anak murid kau serbu kau, tapi make up
kau masih utuh. Wow.” Hana menepuk tangan. Jujur, dia kagum.
Jannah menampal senyuman bangga. “Memang diaorang
ramai Hana, tapi awal-awal aku dah set rule, 0.5 meter jauh dari aku.” Jannah
menggerakkan tangannya, menunjukkan jarak antara dia dan pelajar-pelajarnya
tadi.
“Bersyukurlah diaorang ada monopod, GoPro bagai, boleh
tangkap gambar kau 0.5 meter jauh” Hana tergelak kecil sambil mengambil spongue
dan melakukan touch up terakhir pada wajah Jannah yang sedia jelita itu.
“Kau ni cubalah sedih sikit aku dah jadi bini orang.”
Jannah mencebik.
Hana berkerut. “Haa eloklah tu buat duck face. Khasyi,
cepat snap gambar huduh dia ni.” Terus hilang muncung kawannya itu sebelum
sempat Khasyi bertindak. Hana pasang sengih. Tahu takut.
“Kau dah pun selamat jadi isteri JT. Takkan aku nak
sedih? Gila, dua kawan aku bersatu. Nak sedih amendanya? Aku gembira lagi ada
tahu. Okey Jannah, muka kau dah flawless dah. Mahu tak tidur kau dengan JT
malam ni.” Usik Hana nakal. Sungguh, Jannah merupakan pengantin paling cantik
Hana pernah tengok.
Jannah berdesis sambil memukul lengan kawan sehidup
sematinya itu. “Eleh marah konon. Tapi
muka berseri-seri, senyum sampai ke dahi.” Usik Hana lagi. “Siap kau Hana.
Seronok he kenakan aku. Ada lori ada bas, ada hari aku langgar kau terus.”
Jannah sempat buat lawak sarkas. Tawa Hana pecah lagi.
“Hana, awak nak kena bambu dengan Maya lagi ke?”
Khasyi menjungkit sebelah kening, mengingatkannya tentang Maya yang masih
meroyan di bawah. “Right. Okey Jannah. Kau dah perfect. It’s time. Ready?” Hana
menjilat ibu jarinya sebelum dirapikan kening kawan baiknya itu dengan ibu
jarinya.
Jannah mengangguk. “Ready. Bismillahirrahmanirrahiim.”
-
Usai sudah majlis resepsi perkahwinan Jannah dan JT.
Ramai orang hadir memeriahkan suasana. Yelah, the more the merrier. Dari
sanak-saudara, hinggalah jiran-tetangga, orang surau, tok imam, pelajar-pelajar
Jannah, rakan sekerja dia, semua hadir. Syukur alhamdulillah. Kak Mida pun
hadir juga dengan bersama suaminya, Abang Fizi dan tentera-tentera kecilnya,
Lulu Jinan yang sudah menginjak umur 3 tahun. Si kecil yang berada dalam pelukan ibunya, Ahmad
Aufa, baru berusia 1 tahun.
Sebaik saja melihat Hana, Lulu Jinan berlari ke
arahnya dan terus memeluk gadis itu. Hana ketawa sambil mendukungnya. “Jinan
dah makin tembamlah. Aunty nak gigit pipi Jinan boleh?” Belum pun sempat Lulu
Jinan memberi respons, Hana terus mencium dan menggigit manja pipi tembam anak
sulung kak Mida itu.
“Uncle nak gigit jugak boleh?” Khasyi muncul di
sebelah Hana dan terus menyerang pipi Lulu Jinan. Anak kecil itu ketawa
mengekeh bila Khasyi menariknya dari pelukan Hana sebelum menggeleteknya di
pinggang.
Hana tersenyum melihat telatah mereka. “Tak teringin
ke nak ada anak sendiri?” Kak Mida memaut pinggang gadis itu. Hana memandang
kak Mida. “Mestilah nak. Tapi belum ada
rezeki lagi. Ala Jinan dan Aufa pun dah macam anak aunty kan sayang?” Kali ni
pipi Aufa pula jadi mangsa ciuman rakus Hana.
“Dah tiga tahun Hana. Dia masih tak mengalah?” Bisik
kak Mida sambil mengerling Khasyi yang leka bergurau dengan Lulu Jinan. Hana
mengangguk sambil tersenyum nipis. Sepanjang 3 tahun perkenalan dia dengan
Khasyi, sudah lebih lima kali lelaki itu melamarnya. Dan jawapan yang diberikan
tetap sama, NO.
“Hati dia kental kak.”
“Berapa kali dah dia propose kau?” Tanya kak Mida
lagi.
Hana ketawa besar. Kepoh betul la akak aku sorang ni.
“Akak sekarang ni wedding Jannah tau, apa kata kita fokus pada Jannah.”
“Budin bangkang!” Suara Budin lantang dari arah
belakang. Semua kepala menoleh. “Budin!”
Hana melambai gembira. Budin datang bersama Amna. “Amboi berseri-seri pengantin
baru kita ni.” Sakat Hana sambil memeluk Amna.
“Mestilah Hana. Amna bunting pelamin.” Ujar Budin
teruja.
Rahang Hana dan kak Mida jatuh. Hebat si Budin ni. Tak
sampai sebulan kahwin dah mengandung. “Tahniah!” Hana terus menarik Amna sekali
lagi ke dalam pelukannya. Amna tersenyum segan. Tak menyabar Budin ni nak buat
pengumuman.
“Tengok gambar aku tiap-tiap hari Amna, baru cantik
anak kau.” Pesan Hana selamba sambil menyiku wanita itu. Budin dah tarik muka
jijik. “Jangan sayang. Nanti kero kepala anak kita. Macam Hana.”
Kuranghajo.
Kalau aku tak ajar kau teknik courtship wanita, takda maknanya kau dapat si
Amna ni tau! Hana memeluk tubuh sambil menjeling Budin tajam. Tawa mereka pecah
tengok perangai Budin dan Hana. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis nak
bergaduh.
“So Hana, bisnes macam mana okey?” Budin menukar topik
perbualan setelah agak lama mereka saling menjeling tajam. Gadis itu
terangguk-angguk sambil menayang senyuman million ringgit. “Tu kek tu akulah
yang buat.” Hana menunjukkan ke arah kek kahwin Jannah dan Alex. Cantik. 3D
lagi.
“Wahh.. Lawa lawa. Macam lagi lawa dari kek Hana buat
untuk Budin je.” Budin pura-pura berkecil hati. Muncung dia nak sedepa. Hana
menjulingkan mata. “Hello brader, tiga hari aku tak tidur buat kek kau tau.
Jangan nak merendahkan martabat kek aku he.” Ugut Hana geram. Budin ketawa
mengekeh. “Yelah, yelah. Terima kasih daun keladi. Hanalah manusia paling
awesome pernah Budin kenal. Tapi serius, Budin memang tak sangka Hana ada bakat
buat kek. Ingatkan buat sabun je mampu.”
Kurang asam Budin. Macam tu je kau hina aku. Hana
ketawa buat-buat sambil menjeling Budin tajam. Sepok kang baru tau. Hm, cakap
pasal sabun. “Samurai macam mana?” Tanya Hana setelah tawanya mulai reda.
Seminggu selepas peninggalan Daim, Hana menghantar
surat perletakan jawatannya. Dia nekad meninggalkan Samurai Group. Budin, Geng
Powerpuff Girls dan rakan sekerja lain tak mampu untuk menghalangnya. Sungguh,
dia tak mampu terus berada di situ diselubungi bayang-bayang Daim. Syukur,
projek mega A sudah lebih 60% siap. Takdalah banyak beban yang perlu dipikul
staf-staf projek ni.
Budin memandang
kak Mida. Wanita itu mengangguk, membenarkan Budin menyentuh isu sensitif itu.
“Macam itulah. Macam biasa. Cuma tak sebest masa time Hana ada dulu. Hana, tak
nak join Samurai balik ke?” Budin memandang kawannya itu. Hana melempar segaris
senyuman pahit.
“Sorry buddy, dunia aku sekarang penuh dengan kek.”
Balas Hana sambil mengenyitkan mata. “Dan saya.” Tambah Khasyi sambil mendukung
Lulu Jinan. Hana menarik muka. Perasan je kerja dia ni.
Budin menarik senyum. Takpa Hana, janji Hana bahagia.
“Oh lupa pulak. Akid dah tunang dah. Dengan anak
taukeh kilang biskut Julia. Tahukan? Insya Allah tahun depan langsung.” Hana
menyebarkan berita baik tentang lelaki yang pernah menghuni hatinya dulu.
Beberapa bulan lepas, Akid ada datang menemuinya dan
meminta pandangannya tentang seorang gadis yang ditemuinya ketika
mengerjakan umrah. Dia tak kenal gadis itu namun menurutnya, ibubapa gadis itu,
yang turut serta mengerjakan umrah, berhasrat untuk menikahkan anak gadisnya
dengan Akid.
Lelaki itu mahukan jawapan daripada Hana. Dia perlu
tahu adakah masih ada ruang di hati gadis itu untuknya, adakah gadis itu
bersedia untuk menerimanya sebagai seorang suami. Andai Hana bersetuju untuk
menjadi suri hatinya buat selama-lamanya, Akid akan menolak hasrat ibubapa
gadis itu dan menikahi Hana. Dia berjanji akan menjadi suami yang terbaik untuk
gadis itu selagi hayat dikandung badan.
Tapi, jika tiada lagi ruang di hati Hana untuknya,
Akid akan berhenti berharap. Dia akan menerima hasrat ibubapa gadis yang
ditemui di Mekah itu dan belajar untuk mencintainya. Sungguh, dia redha walau
apa jua jawapan yang diberikan gadis itu.
Hana tersenyum hambar. Akid, andai hati ini milik aku,
kau tak perlu minta untuk aku berikan kepada kau. Namun, hati ini tidak lagi
aku miliki. Hati ini telah lama menjadi milik orang lain. Dan, orang itu
bukanlah kau...
Semua terangguk-angguk mendengar khabar baik itu. “Tak
dapat anak taukeh kilang sabun, kilang biskut pun jadilah he.” Selamba badak je
Abang Fizi memerli. Terus kak Mida menyiku suaminya. Hana ketawa besar. Tiga
tahun banyak mengubah hidupnya. Mereka yang rapat dengannya semua sudah sedia
maklum tentang status dirinya. Betul la kata orang, time heals everything.
“Kan? Janji dia bahagia bang. Hana okey je.” Akui
Hana. Sungguh, dia gembira Akid akhirnya temui kebahagiaannya sendiri dengan
wanita yang jauh lebih baik untuknya.
“Yang anak taukeh kilang sabun tu, tak nak ke kat anak
taukeh ladang lembu kambing ni?” Khasyi menanyakan soalan cepu mas. Semua mata
memandang gadis itu, menanti jawapannya.
Hana menarik nafas dalam-dalam. Kentot Khasyi. Timing
takda nak baik lagi. Terbayang sekilas wajah dimamah usia ayahanda Khasyi, Pak
Khalid, seorang penternak lembu, kambing, kuda dan haiwan ternakan lain.
Aduhai.
“A moment, please?” Dipandangnya Budin, Amna, kak Mida
dan abang Fizi dengan harapan mereka memahami maksudnya. “Ohh. Err.. Jom jumpa
pengantin. Kita bergambar ramai-ramai.” Abang Fizi orang pertama yang dapat
menangkap isyarat gadis itu. Lulu Jinan yang berada dalam dakapan Khasyi
diambil dan dibawa pergi sama.
“Okey jom jom.” Akhirnya semua orang dapat menangkap
apa yang abang Fizi cuba sampaikan. Mereka pun pergi meninggalkan Hana dan
Khasyi di situ. “So, apa kata anak taukeh sabun?” Khasyi merenung wajah lembut
Hana. Gadis itu mengambil masa untuk membalas.
“Hmmm... Kalau anak taukeh ladang lembu kambing tu
janji akan jaga, setia dan sayang...”
“I already have!” Bentak Khasyi dengan nada yang masih
terkawal. Matanya bertemu dengan sepasang mata coklat gadis itu. Hilang terus
macho. “Anak taukeh sabun tak habis cakap lagi.” Hana mengeraskan suaranya,
memberi amaran.
“Okey. Fine. But I’ve loved you for 3 years, Hana.
I’ve..” Khasyi tak jadi nak menyambung ayatnya apabila Hana menjungkit sebelah
kening. “Okey, sorry.” Lelaki itu mengisyaratkan Hana untuk menyambung
kata-katanya tadi.
“Awak kena tolong belikan ingredients buat kek. Awak
kena tolong kemas kedai tu setiap hari. Dan, awak kena tunggu saya, teman saya
sampai kedai tutup.”
Khasyi terangguk-angguk sambil ketawa kecil. “Fine
with that.”
“Awak kena biarkan saya layan Running Man tanpa
gangguan.”
Khasyi ketawa lagi. “Okey. Takda hal.”
“So.. Anak taukeh sabun nak tak kat anak taukeh ladang
lembu kambing ni?” Khasyi mengulangi lamarannya sambil sebelah tangan
dirapatkan ke dada. Hana tergelak kecil. Sengaja dia memegang dagu, berfikir
lama. Khasyi menunggu penuh sabar. Sesekali keningnya dijungkit, bertanya tanpa
suara.
Akhirnya setelah agak lama dia mendera perasaan lelaki
itu, Hana mengangguk sekali lantas menerima lamaran lelaki itu.
“Alhamdulillah.” Satu kalimah ini saja yang
lahir dari bibir Khasyi tanpa henti. Andai sudah sah hubungan antara mereka,
sudah lama dikucup puas serata wajah gadis itu dengan penuh kasih.
“Boleh kita bela lembu kambing nanti?” Khasyi menatap
wajah Hana lama.
“Absolutely NO.”
Mereka ketawa lagi. “Thank you, Hana.”
Khasyi merenung anak mata gadis itu. Hana tersenyum
manis sebelum mengangguk. Entah mengapa ketika itu, pada saat itu, wajah Daim
terbayang-bayang di fikirannya. Bau laut, bau hutan, bau peluh, bau buku lama
dan bau Aftershave dia. Bau Daim seolah menggamit segenap memori di hati ini.
---
Rosebud says:
Assalamualaikum my dearest dearest readers.
Ramadhan kian berakhir, moga amalan dan ibadah kita diterima Allah Taala dan diberi ganjaran syurga kelak insya Allah. Recent calamities (MH370, MH17) were tests from Allah Taala. Salam takziah kepada keluarga mangsa, dan kita sbg umat yang beriman, kena kuat, bersatu dan percaya, ini semua ujian dari Allah Taala. He knows best. pasti ada hikmahnya. wallahualam.
Saya yakin ramai mendoakan saudara-saudara kita di Gaza, Palestine. Moga Allah bantu mereka, dan ganjari mereka dengan jannatul firdaus insya Allah. Kita kena ingat, once Palestine menang (pasti akan berlaku one fine day) dan ketika itu, kiamat sudah terlalu hampir. Sekarang ni, kenalah perbanyakkan taubat ya. Hidup di dunia ni sementara saja, di akhirat itu kekal. moga Allah Taala lindungi kita semua dari azab seksa neraka-Nya dan mengganjari kita dengan jannatulfirdaus Nya dengan rahmat Nya. insya Allah aamiin..
Thanks korang sbb setia menunggu dan membaca. Dalam membaca karya ni, jangan lupakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah Taala ya. Mana yang baik boleh diceduk, mana yang tak baik, tegurlah dgn penuh hikmah. insya Allah.
Sila komen/tegur/nasihat ya.
Doakan saudara2 kita di Palestine, Syria, Afghanistan, Sudan dan ofkos, Malaysia tanah air tercinta.
Courtesy of OwhSoMuslim.com
Amalkan :)
P/s cerita ni belum habis tau...huhu
P/s cerita ni belum habis tau...huhu


Like seriously Daim bukan dengan Hana? huwaaaaaaaa......
ReplyDeleteHuhu..kenalah tunggu.. ><
DeleteAla....xnk hana ngan khasyi....huhuhu...
ReplyDeletefiuhh. nasib baik tak habes lagi.. kalo tak menangis tak berlagulah saya kak rose.. haha
ReplyDeleteEntry ni cam de amendment jek...tul x?hehehe...pe pun ttp best!
ReplyDeleteA'ah ada amend sikit. sbb tu kne slalu baca. cewahh. huhu. thanks. keep supporting ye. busy sikit syawal ni. jemputlaa dtg rumah.
ReplyDeleteSelamat hari raye korang :)
Superbbbbb!!!...xsbr nak base nxt chap....hrp2 hana dgn daim lah...huhu.. 😉
ReplyDeletebila nak sambung nih....cepat ckitttttt...:-)
ReplyDeleteBiarlah critanya sampai d sini.. Tak sanggup dah nak baca... Where is my hana & daim story? I miss them...
ReplyDeletePunya lama tunggu,but Hana rapat dengan khasyi pula,kes daim dengan hana tak selesai lagi ,tak perlulah tergesa-gesa. Rela tunggu bertahun pun janji kes daim gan hana selesai ;'(
ReplyDeleteSedih kecewa frust menonggeng baca bab kali ni. Rasa nak buang jer watak khasyi tuh -o-
ReplyDeletePlease Khasyi takde org len ke hang nak? Nora Danish ka? Emma Maembong ka? Awat hang pi cedok si hana tuhhh.
ReplyDeletebukan bace pun,skip2 jer bila nmpak watak khasyi ,,,, dah agak dah apa yg akan berlaku,dan berhrp ianya xberlaku ,,,,tpiii ;{
ReplyDeletexminat dh nak bace .... lul,,,,btw best ann emergency couple huhu
ReplyDelete