Skip to main content

#MintakMaaf

Rosebud says:

Assalamualaikum sayangs~

Bila kena sound kat komen baru laaa aku nak gatal mintak maaf. huhu..

Sorry bebanyak atas kelewatan meng-update cerita tak seberapa ni. Terlalu terlampau-lampau tak hingat punya busy sampai tak mampu nak curi masa untuk menyambung dan upload cerita.

Hidup sebagai seorang mahasiswa ni lagi busy sebenarnya dari PM. err...

(bunyi cengkerik..... cip cip cip)

Poyonya ayat aku ni kan. Saya baru balik sampling kat Perak, sekarang ni tengah prep utk masuk sem terakhir. Tak sabar nak habiskan master ni. arghh! Insya Allah, saya akan cuba sedaya upaya curi masa untuk menaip ya. Don't worry. Cerita ni masih kukuh di hati saya and I would never abandon it. Never. 

Please korang, bersabar and keep on supporting me. Yeah saya ada masa menaip entry mintak maaf tapi takda masa nak taip ABHT. Banyak alasan kan. Maaf....

Hontou ni gomennasai!

Insya Allah will update. soon. maybe. but will update. Promise!

Thanks byk korang and take care. I love you ols to the moon head to stars back to earth. <3<3<3

Comments

  1. life is too busy right....no worry... still waiting 4 u...

    ReplyDelete
  2. Quick updates the story..!! We want hana & daim... This is not a happy ending...!! Previous chapters Is not a good chapter to read... Where is daim?? Dont make the reader crying...

    ReplyDelete
  3. Take ur time. Sy nk bc novel yg ada kualiti. Jd sy x kisah tgg lama asalkn ada update. Bkn senang nk tulis novel yg best mcm ni..... Apa pun i miss u hana n daim

    ReplyDelete
  4. Bilakah agaknye.....?new entry....ooo new entry...huhuhu8

    ReplyDelete
  5. Salam korang. saya tau saya tau, post baru masih tak pos pos lg. pos laju terkendala sekejap. huhu. sorii sayangs. sbnrnya, skg ni saya tgh dlm sem akhir master. research project tgh on going, pegi kelas, masuk lab, hadap serangga dr pagi smpi ptg, assignmts yg bkajang2 smpi saya xmampu nak update ABHT. sorii sgt2. insya Allah, mid sem (bln 10) nanti saya akan update. insya Allah. xjanji. okey? jgn risau, saya takkan abandon cerita ni. this is my baby. I'll finish it. Dan pls jangan plagiarize cerita ni ya sbb saya tgh dlm pembikinan nk hntr kt publisher. mohon doa kalian moga cerita tak seberapa ni dibukukan one day. aamiin. thanks korang. i love u ols to da outer galaxy! <3

    ReplyDelete
  6. Cian adik sibuk sgt....tp...mmg dh windu ngan hana daim nih...huhuhu

    ReplyDelete
  7. Kak rosebud. Bedah suka sgt cerita akak ni. Emm ni kisah cinta akak ke ? Mcm sweet sgt je. Hmm harap harap daim hana bersatu la kak.
    -BedahHikpop-

    ReplyDelete
  8. Akakkkk. Bilerr nak update. :(((( derita woo tunggu sambungan novel nih.

    ReplyDelete
  9. kak ain~ gud luck in yr master n pmbikinan novel tuh.. aamiiin. tak sabar for the next chapter :)) thee hee hee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku bukan Hana Tajima! 52

Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh. “Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam ni ya?) “Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni, apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau kau pergi, takkan s...

Projek 3 : H + A = Bahagian 7

Akira Dia ketawa. Dan aku tak mampu alihkan mata dari terus menikmati kedalaman lesung pipit parentesis yang terbenam di kedua belah pipinya. Ya Allah Aki, dia pensyarah kau kot. He’s the bloody Sir McGrumpy! Takkan ada spark kat mamat grumpy ni kot? Aku menarik getah rambut dan membiarkan rambut aku mengurai melepasi bahu. Dalam kelas tadi, seperti dijangka, dari Hadi the busker , dia berubah jadi Sir McGrumpy . Dan aku berdengus meluat. Satu kelas kena soal, kena maki dan kena jentik kepala. Dan kali ni dia bagi soalan mencabar keimanan. Can fish have a fever? Kepala bana dia tanya soalan KBAT macam ni. Apa kena mengena ikan demam dengan biomolekular? Dan markahnya 30 markah! Wargh betul rasa nak nangis. Lagi seronok, dia suruh hantar esok pagi pukul 7 tepat di pigeon hole dia. Kepala berjambul betul la. Haru dapat pensyarah zalim macam ni. Sejurus selepas dia bagi assignment gila ni, sempat dia menghantar pandangan ‘kata-aku-SirMcGrumpy-lagikan-sekarang-rasakan!’ ke arah...

Aku bukan Hana Tajima! 31

10 tahun lalu... “Jepun perintah Tanah Melayu selama 3½ tahun dari 1942 hingga 1945. Pemerintahan dia bercorak tentera. Zalim. Ganas. Tak berperikemanusiaan. Antara langkah awal Jepun menguasai Tanah Melayu adalah melalui propaganda dan rancangan ‘Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya’. Boleh anak-anak?” Kepala sekejap terlentuk ke kiri, sepuluh saat kemudian, terlentuk ke kanan pulak. Akid di belakang dah nak terguling ketawa tengok kawan baiknya itu. Nasib tak tergeliat leher tu. “Cepatlah!” Jenab memaksa Akid, ditendang-tendang kerusi lelaki tu. “Sabarlah. Kena tunggu timing baik punya.” Jari telunjuk dirapatkan ke bibir. Kawan baiknya itu tersedar apabila Pak Om menekan kapur ke papan hitam lalu menghasilkan bunyi yang sangat ngilu. Terus ditegakkan semula kepala. Mata dibuka seluas alam dengan harapan dapat tengok muka Bollywood Pak Om. Tangan orang tua itu yang terkibas-kibas dilihat seolah sedang menari lagu ‘Hingustan’. Biar betik orang tua ni? Mat...