Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Hilang Bab 3

“Saya nak hidup dengan awak, ada anak dengan awak, bersama sampai mati dengan awak.” Elena membuka mata. Dia. Setiap malam dia datang dalam tidur Elena. Dia berkata-kata. Dia bergurau, dia tersenyum nakal, dia merajuk. Dia datang menemani tapi kenapa hanya dalam tidur? Kenapa tidak dikala sedar? Dikala mata celik? Elena menoleh ke jendela. Matahari masih belum merangkak naik lagi. Selalu apabila Elena terjaga di malam hari, dia juga akan terjaga. Dia akan merenung wajah Elena, tanpa bicara, hanya merenung hingga ke dasar mata sebelum akhirnya bibirnya membuahkan segaris senyuman nipis, memberitahu Elena semuanya selamat, semuanya baik saja. Perlahan-lahan, dia akan merangkul Elena rapat ke dadanya, memeluk erat sambil mengusap lembut kepala wanita itu. Dan Elena akan lena hingga ke pagi dalam kehangatan kasih sayang dia. “Apa pun jadi, awak kena balik sini.” “Okay.” “Susah macam mana pun, awak kena balik.” “Okay.” “Jangan sakit. Jangan jatuh. Jangan terluka. ...

Hilang Bab 2

Setiap orang yang datang menghampirinya, memeluk dan membisikkan kata-kata semangat ke telinganya dipandang pelik. ‘Banyakkan bersabar El.’ ‘Apa guna nak ratapi lagi El? Orang dah takda. Kuatkan hati tu.’ ‘Hidup ni harus diteruskan. Move on El.’ ‘Cari pengganti la El.’ ‘Anak jiran mak cik bujang lagi El. Nak kenal? ’ Elena mengerutkan dahi. Jantung berdegup kencang. Rasa benci meluap-luap di dada. Ini yang dikhuatirinya. Benda inilah yang menyebabkan dia tak mahu pulang, menghadap manusia palsu berbibir manis. Mudahnya mulut berbicara. Andai kau berada di tempat aku, kau juga akan mencaci diri kau sendiri kerana bermulut manis berinti racun. Kau takkan faham apa aku rasa. Kau takkan faham perasaan apabila sebahagian daripada diri kau hilang. Kau takkan tahu jiwa remuk aku apabila datang dua orang lelaki bersut hitam menyampaikan berita kehilangan dia, kehilangan separuh nyawa aku. Kau takkan mengerti dunia gelap yang menyelubungi hidup aku. Kau takkan faham kekoso...