Skip to main content

Posts

Projek 3: H + A = Bahagian 10

Hadi Trick aku berjaya. Sepanjang perjalanan aku tak boleh berhenti tersenyum. Memori indah tu berputar macam filem dalam kepala aku, tanpa henti berlayar di mata. Ah indahnya hidup sudah beristeri. Paling aku suka bila lihat wajah Akira berubah merah. Walau dalam gelap, aku masih boleh  nampak dengan jelas betapa merahnya wajah dia. Macam kena simbah sos cili. “Weh long, tak kebas ke pipi kau dari tadi senyum macam orang gila? Tahulah baru kahwin. Tapi agak-agaklah long. Take it easy will ya?” Hamzah, adik bongsu aku bertanya hairan. Aku dan dia berada di but kereta, mengeluarkan segala macam khazanah pusaka negara yang dibawa mama. Akira, mama dan Hidayah sudah berada di dalam, berpelukan dan beramah-mesra dengan umi. “Aik, senyum pun salah?” Balas aku sambil mengangkat sebuah kotak sebesar naga. “God, what’s in this thing? A troll?” Wajah Hamzah aku pandang bersama kerutan di dahi. “Tanyalah mak kau.” Balas dia selamba. “Mak kau oh mak kau. Apa ada dalam kotak ni ha?” Jerit
Recent posts

Projek 3 : H + A = Bahagian 9

Sekarang... Hadi Segala pujian untuk Tuhan langit dan bumi. Sekali lafaz. Sekali lafaz dan aku terasa belikat aku terletak satu tanggungjawab yang selamanya akan aku kendong. Aku menoleh ke kanan, ke arah Akira yang berbaju putih susu, berhijab ivori dan berveil menutupi kepalanya hingga ke punggung, sedang tunduk sambil mengesat tisu ke matanya. Dia menangis. Titisan air mata membasahkan pipi kemerahan dia. Aku menahan diri dari meluru bangun dan pergi ke dia untuk mengesat air mata yang pertama kali mengalir kerana aku. Walaupun air mata gembira, aku tak mahu lihat pipi bersih dia basah dengan air mata. Seolah dapat mendengar bicara hati aku, Akira mendongak, dan mata kami bertemu. Aku menarik nafas dalam-dalam dan aku lihat dia buat aksi yang sama. Bagus. Dia rasa apa yang aku rasa. Aku bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah dia. “Ada wudu’?” Tanya aku sambil duduk melutut di hadapan dia. Akira aku lihat mengangguk sekali. “Kita solat sunat sama? Sujud syukur sekali.”