Skip to main content

Projek 3 : H + A = Bahagian 9

Sekarang...
Hadi
Segala pujian untuk Tuhan langit dan bumi.
Sekali lafaz. Sekali lafaz dan aku terasa belikat aku terletak satu tanggungjawab yang selamanya akan aku kendong. Aku menoleh ke kanan, ke arah Akira yang berbaju putih susu, berhijab ivori dan berveil menutupi kepalanya hingga ke punggung, sedang tunduk sambil mengesat tisu ke matanya. Dia menangis. Titisan air mata membasahkan pipi kemerahan dia. Aku menahan diri dari meluru bangun dan pergi ke dia untuk mengesat air mata yang pertama kali mengalir kerana aku. Walaupun air mata gembira, aku tak mahu lihat pipi bersih dia basah dengan air mata.
Seolah dapat mendengar bicara hati aku, Akira mendongak, dan mata kami bertemu. Aku menarik nafas dalam-dalam dan aku lihat dia buat aksi yang sama. Bagus. Dia rasa apa yang aku rasa. Aku bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah dia. “Ada wudu’?” Tanya aku sambil duduk melutut di hadapan dia. Akira aku lihat mengangguk sekali. “Kita solat sunat sama? Sujud syukur sekali.” Ajak aku lembut. Aku tengok dia berpakaian menutup aurat sepenuhnya. Stokin juga tak jarang. Jadi tak perlu dia pakai telekung.
Akira seperti memahami isi hati aku mengangguk sekali dan berdiri. “Awak lead la.” Pinta dia malu-malu. Aku tersenyum senang. Suaranya sedikit serak barangkali sebab menangis. “Mestilah sayang. Kalau tak awaklah jadi suami saya.” Aku memandangnya dengan ekor mata nakal. Dia menjulingkan mata. Julingan pertama dia sebagai isteri aku. Tak sampai dua minit sah jadi milik aku dia dah tunjuk rasa menyampah. Cis. Aku sekadar tersenyum nipis sambil berjalan ke saf paling hadapan. Setelah bersedia, aku menoleh ke belakang, ke kanan, ke wajah isteri aku.  
“Okay?” Aku mengangguk.
“Okay.” Dia mengangguk.

Akira
Aku terasa seperti sedang bermimpi. Betul ke aku dah pun selamat jadi isteri orang? Isteri kepada Hadi bin Ibrahim. Dengan sekali lafaz saja, aku sudah sah menjadi isteri lelaki itu. Isteri? Berbelit lidah aku nak menyebutnya.
Usai akad menjadikan aku hak mutlak dia, Hadi mengajak aku menunaikan solat sunat dan sujud syukur di dalam masjid— tempat dua jiwa disatukan, jiwa aku dan jiwa Hadi. Air mata aku mulai bergenang. Tak tahu kenapa, tapi apabila Hadi melaung takbir, air mata terus tumpah. Dan bila aku mengikut dia sujud menghadap Ilahi, hati aku seperti disirami satu perasaan yang mententeramkan jiwa, dan tak semena-mena, air mata aku mengalir deras. Hadi seolah memahami keadaan diri aku yang tenggelam dengan emosi memanjangkan tempoh sujud. Bila kami bangkit dari sujud, hati aku terasa damai, dada aku terasa ringan.
Selesai memberi salam, Hadi membaca doa dalam bahasa Arab. Aku tercelik mendengar doa yang dibaca dia. Aku tahu doa tu. Ayah selalu baca doa tu setiap kali selesai solat. Doa dari surah Al-Furqan ayat 74 yang membawa maksud,
‘Ya Allah, kurniakan kami pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk mata kami dan jadikan kami pemimpin bagi hamba-hamba-Mu yang bertaqwa.’
Satu doa yang terlalu dekat di hati aku. Sekali lagi hati aku bagai disirami embun dingin yang mendamaikan. Aku mengaminkan doanya berkali-kali. Aku yakin doanya dibawa malaikat ke langit, ke Empunya langit dan bumi. Aku yakin, sangat yakin.

Hadi
Bila aku dengar suara halusnya menyebut ‘ameen’ berkali-kali di belakang, hati aku diusik sesuatu yang menenangkan. Satu ketenangan meresapi ke dalam sanubari aku, sesuatu yang belum pernah aku rasa selama ini—sesuatu yang indah. Aku melontar pandangan aku ke kubah masjid, ke ukiran ayat-ayat Qur’an, ke langit.
‘Ya Allah, jadikan dia peneman hidup aku di dunia dan penyeri hidup aku di syurga Mu nanti.’
Aku tersenyum senang.

Akira
Aku berdebar-debar apabila Hadi memusingkan tubuhnya usai doa diaminkan. Aku cuba kikis rasa malu yang menebal di dada dengan menatap dalam-dalam wajah dia. Mata perang redup dia, hidung mancung dia, misai dan jambang yang tumbuh subur di serata rahangnya. Boleh tahan juga muka mamat ni sebenarnya. Aku terlalu asyik meneliti segenap inci wajah dia sehingga aku tak sedar tangannya dah memegang pipi aku, mengesat bekas air mata di situ.
 “Akira...”
Panggil Hadi separuh berbisik. Nama aku entah kenapa kedengaran berlagu di telinga bila dia sebut. Aku seolah dipukau. Ya, aku terpukau. Aku tak boleh berhenti pandang dia, bahkan aku tak nak berhenti pandang dia. Dada aku berdebar hebat. Macam kompang ditalu laju. Dan untuk pertama kalinya, aku rasa satu perasaan asing menyerap masuk ke dalam jiwa. Bila mata aku bertemu dengan mata dia, aku rasa...
Perlahan-lahan, sebelah tangannya memegang tangan aku. Bagai nak luruh jantung aku bila tangan kami bertemu. Kali pertama aku dan dia bersentuhan, tanpa alas, tanpa jarak yang membatas, tanpa hukum yang melarang. Hadi tersenyum nipis. Jari-jemariku diusapnya lembut. Aku menelan air liur. Hadi tersenyum lagi sebelum mengangguk, memberitahu aku melalui renungan mata dia—semua akan okay, insya Allah. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum mengangguk juga.
Aku membalas hangat genggaman tangan Hadi sebelum tunduk dan mengucup lembut tangan dia. Lama aku lekatkan bibir aku ke tangan dia. Air mata aku jatuh lagi bila aku terasa tangan kirinya memegang kepala aku. “Akira.” Panggil Hadi lembut. Aku kembali tegak. Mata kami bertemu lagi dan jantung aku berdegup laju. Perlahan-lahan Hadi merapatkan wajahnya ke wajah aku. Jantung aku semakin laju mengepam. Pipi aku terasa hangat. Peluh terasa terbentuk di setiap liang roma di tubuh aku. Ya aku gemuruh, terlalu gemuruh. Aku memejamkan mata bila bibirnya menyentuh dahi aku, mengucup lembut.
Ya Allah.
Aku tak nak buka mata. Jadi aku terus pejamkan mata, menikmati kemanisan saat ni. Sungguh aku rasa bahagia. Sangat bahagia seolah seperti seluruh kasih sayang dalam dunia ni berada di tangan aku, memeluk aku, menyelubung aku. Satu perasaan yang betul melemahkan benteng air mata aku. Setitis demi setitis, butiran air mata jatuh ke pipi. Hadi tersenyum lagi. Jarinya mengesat lembut air mata di pipi aku.
“Sedih sangat ke kena kahwin dengan saya?” Seloroh dia perlahan. Aku tergelak kecil sebelum menjelingnya. “Mana ada. Awak ni, tak baik tau cakap macam tu.” Hadi turut sama tergelak. “Yelah dari tadi tak berhenti nangis. Habis make up tu.” Usik dia lagi sambil meluruskan jari telunjuknya ke hidung aku, mencuit. Aku menepis lembut jarinya. “Comot sangat ke?” Aku memegang hidung, pipi dan serata wajah aku. Tak mahu aku kena marah dengan Fyn sebab dah rosakkan karya dia.
“Comot sangat sampai saya rasa macam nak cubit-cubit pipi awak.” Hadi menarik tangan aku dari terus memegang wajah aku dan jarinya pula menggantikan jari aku. Aku ketawa lagi sambil menjarakkan wajah aku dari jarinya. “Hadi, family awak sampai bila?” Aku menoleh ke belakang. Majoriti ahli keluarga aku dan teman-teman rapat. Ahli keluarga dia masih belum nampak batang hidung. “Diaorang sampai malam nanti insya Allah. So kita akan dinner dengan diaorang, okay?” Hadi masih membiarkan mata dia melekat pada wajah aku. “Okay.” Aku angguk sekali.
Sebelum kahwin, Hadi pernah beritahu serba-sedikit tentang keluarga dia. Dia anak sulung dari tiga orang adik-beradik kembar, can you imagine? Triplets—dua lelaki dan seorang perempuan; Hadi, Hidayah dan Hamzah. Mereka semua bermustautin di England. Hidayah seorang doktor pakar bedah jantung, Hamzah pula seorang graphic designer. Cerdik pandai betul adik-beradik dia. Katanya flight tiket mereka terpaksa ditunda. Sebab tu mereka lambat sampai ke Malaysia hari ni.
“Menung apa pulak tu?” Bisik Hadi betul di telinga aku. Aku mengurut dada sambil mengucap panjang. “Terkejut? Haa ingat kat siapa tu? Kalau ingat kat saya tak apa. Jangan ingat orang lain pula. Tahulah nanti apa saya buat.” Suara dia ditekan sedikit, memberi amaran. Aku menjulingkan mata. Baru lima saat kahwin dah nak tunjuk taiko. Ceh. “Awak tak paya—” Aku baru nak betah cakap Hadi bila suara ayah menegur dari belakang.
“Sambung malam nantilah gaduh tu. Ni masa nak sarung cincin. Umi dah bising dah tu.” Ayah menepuk bahu aku dan Hadi serentak. Terasa berasap telinga aku dengar. Sambung malam nanti? Ngaa.. “Okay ayah. Jom Aki.” Hadi tanpa segan silu menyulam jari aku dengan jarinya dan menarik aku berjalan seiringan dengannya menuju ke kumpulan ahli keluarga yang dah lama menanti sesi batal air sembahyang, kononnya. Aku menyorotkan pandangan ke tangan kami yang bercantum. Dah lama batal dah pun.
Kawan Hadi, Ridhwan, menghulurkan cincin kepada dia. Aku menoleh ke arah Fyn dan Erika di sebelah. Mereka mengangguk dua kali sambil menayang tanda ‘OK’ memberi semangat kepada aku. Aku terangguk-angguk. Yang penting dah selesai. Sekarang kena hadap adat. Jadi tak perlu gemuruh lagi. Tenang, tenang. Aku terasa jari dan telapak tangan aku basah dengan peluh. Walhal dalam masjid ni bukan main sejuk lagi ditiup angin penghawa dingin. Aku menoleh ke arah Fyn bila aku terasa telapak tangan aku yang basah dikesat dengan tisu. Memang kawan sejati. Tak perlu aku cakap, dia dah tahu.
“Thank you babe.” Aku menggerakkan bibir. Fyn mengangguk faham. Dia menolak pipi aku menghadap Hadi. “Fokus.” Bisiknya. Aku menarik nafas dalam-dalam. Hadi menarik senyum nakal saat mata kami bertentangan. Cahaya di matanya berkelip-kelip, macam bintang di dada langit malam. Dia tahu betapa berdebarnya aku nak sarung cincin sambil disaksikan berpuluh umat. Ikutkan hati, nak saja aku cubit mulut dia, biar hilang senyuman sinis tu.
Perlahan-lahan, Hadi menyentuh tangan aku, mengusap jari manis aku beberapa kali sebelum menyarungkan sebentuk cincin emas bertakhtakan seketul berlian ke jari manis aku. Dia tak terus lepaskan tangan aku sebaliknya jari dia mengusap malas, membentuk bulatan pada kulit aku yang lembab dek peluh gemuruh. Dia tak kisah ke tangan aku berpeluh-peluh? Tak geli?
Hadi memandang aku hairan. “What?” Dia menggerakkan bibir bertanya. Aku membalas pandangannya sebelum menggeleng kepala. Berdebarnya ya Allah. Tak pernah seumur hidup aku dipegang lelaki bukan mahram macam ni. Kemudian Hadi buat sesuatu yang tak terlintas dalam kepala aku. Dia menarik jari-jemari aku ke bibirnya, mengucup lembut. Dan Naufal, pemegang mandat jurugambar tak lepaskan peluang mengabadikan perilaku romantis Hadi tu. Aku tahu pipi aku dah macam tergantung dua biji tomato.
Malunya, Ya Allah...

Hadi
Pipi dia merona merah saat aku merapatkan jari-jemarinya ke bibir aku. Bukan setakat pipi, satu muka dia berubah merah. Tangan dia semakin basah dan aku dapat dengar degupan jantung dia yang semakin gila. Mana aku tahu? Sebab jantung aku pun berdegup segila tu. Akira memandang aku malu-malu. Mata hitam galaknya cuba merenung panahan mata aku kembali. Tapi kerana malu, sesekali dia memandang ke dahi, ke hidung aku sebelum kembali ke mata aku.
“Alhamdulillah. Tabarakallah! Tahniah Hadi!” Ridhwan menepuk belakang aku dan sesaat kemudian aku berada dalam pelukan erat dia. Tangan Akira terlerai dari pegangan aku. “Thanks bro for everything. I couldn’t pull this off without you man.” Bisik aku sambil mengeratkan pelukan. Ridhwan, sahabat aku dunia dan akhirat, insya Allah. “Don’t mention it mate.” Belakang aku ditepuk-tepuknya. Beberapa orang kerabat Akira bersalaman dengan aku dan tak kurang juga ada yang memeluk aku macam aku darah daging mereka sendiri.
“Jaga anak ayah elok-elok Hadi.” Bisik ayah Akira di telinga aku. Aku mengangguk. Itu janji aku sejak hati aku mula nekad mahu menjadikan dia suri jiwa aku. “Insya Allah ayah.” Sumpah aku perlahan. Ayah tersenyum dan mengucup pelipis aku lembut. Terkesima aku dibuatnya. “Akira dia keras sikit, Hadi kena banyak bersabar dengan dia.” Pesan ayah lagi. Aku mengangguk perlahan. Aku tahu Akira bukan senang dijaga. Dia bukan diperbuat daripada sinar matahari dan pelangi, dia diperbuat daripada ribut dan petir. No, she won’t be easy. Tapi aku tak takut hujan dan aku sama sekali tak gentar dengan ribut dan petir.
Ayah melepaskan pautannya di bahu aku bila umi pula menghampiri dan menarik aku ke dalam pelukan erat. “Menantu umi!” Aku takut-takut membalas pelukan umi namun bila umi mengusap kepala aku, aku tahu kasih sayang dia jujur. Aku melingkarkan tangan aku di belakang umi dan membalas pelukannya.”Terima kasih umi.” Ucap aku sambil meleraikan pelukan.
“Terima kasih Hadi.” Umi mengusap pipi aku yang ditumbuhi jambang lebat. Seolah dapat aku dengar ayat yang tak kedengaran di sebalik kata-kata umi. ‘Jaga Akira, jaga dia macam mana umi jaga dia, sayang dia lebih dari umi sayang dia.’ Aku hanya mengangguk perlahan sebelum melontar pandangan ke arah Akira yang dikerumuni sahabat handai dia dan teman keluarga. Masing-masing dibasahi air mata. Haru.
Aku mengorak langkah ke arah isteri aku dan merehatkan tangan aku di belakangnya. Serta-merta lehernya berpusing mendongak memandang aku dengan mata merah dan pipi basah. “Tahniah korang.” Fyn dan Erika menepuk bahu aku dan Akira serentak. Aku melayang senyuman penuh penghargaan. “Terima kasih Fyn, Eri, tolong mak andamkan cik kak saya ni.” Ucap aku ikhlas. Aku tak tahu nak ucapkan setinggi mana lagi ucapan terima kasih kepada dua orang teman rapat Akira. Mereka berdua sentiasa ada di kiri dan kanan dia, susah senang, tak pernah berganjak.
“Cantikkan dia?” Fyn bertanya nakal. Aku memusingkan sedikit muka aku, mahu mendapatkan akses kepada wajah Akira. “Hmmm..” Aku memegang dagu sambil menelek wajah dia dalam-dalam. “Hmm je?” Akira membesarkan mata sambil berdesis kuat. Aku tergelak besar. “Hmmm.. Cantik. Cantik sangat isteri saya ni.” Bisik aku perlahan, hanya untuk telinga dia. Semakin merona merah wajah Akira. Dan kawan-kawannya langsung tak membantu bila mereka bersorak mengejek dia. Aku di sebelah sudah menggeleng kepala sambil merenung isteri aku lama.
Akira menampar lembut lengan aku. Malulah tu kena game dengan member sendiri. “Buruknya muka kau malu-malu macam ni kaki.” Naufal menyakat kakak dia. “Diamlah. Aki sepak kau kang.” Akira mengacah mahu memukul Naufal yang selamba menekan kamera DLSR dia, berdetik-detik merakam aksi Akira tanpa mengendahkan ugutan kakak dia tu.
“Abang Hadi, tengok kaki ni. Dah jadi bini orang pun nak berlagak gangster lagi.” Naufal cuba mengenakan Akira. Aku pun mengambil kesempatan ini untuk rapatkan muka kami dan aku renung dalam-dalam wajah dia. “Awak buat apa ni?” Akira menolak pipi aku jauh. “Tengah tengok awak la. Naufal suruh saya tengok awakkan?” Gurau aku, kembali merapatkan jarak wajah kami. Naufal tak lepaskan peluang merekod aksi nakal aku tu. Akira sekali lagi menolak muka aku jauh-jauh. “Mental betul.”
Aku ketawa besar sambil menarik tangannya dan menggenggam erat ke dada. Aku separuh jangka Akira akan menarik tangannya tapi bila dia malu-malu membalas genggaman erat tangan aku, aku tak mampu tahan senyuman bahagia yang tergantung di bibir.

Akira
Setelah selesai semua urusan di masjid, umi dan ayah ada buat majlis kecil-kecilan di rumah dan menjemput keluarga terdekat, sahabat handai dan tetamu yang hadir untuk meraikan majlis akad nikah aku dan Hadi. Untuk majlis ni, aku dan Hadi buat keputusan untuk tidak adakan majlis resepsi dan bersanding. Yang penting akad nikah dan sedikit majlis kesyukuran menjamu orang makan. Simple dan tak pening kepala. Lagipun Nabi Muhammad saw pernah pesan,
‘The most blessed nikah is the one with the least expenses.’ So there we go.
Setelah selesai semua, dah kemas dan dah bersih rumah, ahli-ahli keluarga aku majoritinya sudah terbungkang di ruang tamu. Fyn dan Erika di dapur berborak-borak dengan teman-teman dan saudara-mara aku yang lain. Dan aku? Aku sedang terpacak di depan komputer, mengimbal balik sesuatu—nak Skype kakak ke tak? Tapi umi pesan jangan beritahu kakak dulu. Dia tengah sibuk dengan projek dia.
Aku masih berteka-teki dengan diri sendiri. Perlu beritahu kakak ke tak? Kalau tak beritahu mesti kakak sentap tak ingat dunia punya. Tapi kenapa umi larang aku beritahu kakak tentang perkahwinan aku? Takut kakak marah aku melangkah bendul ke? Impossible. Kakak tak sekolot tu. Kalau setakat projek dia, inikan berita gembira, takkan mengganggu kot?
Dah tu, apa masalahnya?
“Dah macam tugu Negara ni kenapa?” Hadi muncul entah dari mana. Aku menoleh, mata aku menjilat dirinya yang sudah menyalin kepada baju t-shirt tertulis ‘I literally tie a’ dan gambar tali bersimpul di bawah tulisan tu, bersama seluar jeans. Ironik betul. Hadi menyedari mata aku di dadanya menarik bajunya ke depan, menayang bangga. “Cool kan tee ni?” Tanya dia. Aku angguk setuju. “Untuk awak pun ada. Nanti saya bagi.” Beritahu Hadi. Aku menjungkit sebelah kening. “Sepasang ke?” Tanya aku. “Yelah. Kitakan sepasang.” Jawab dia selamba. Aku menarik muka loya. Mulut manis semedang.
“Suka kan buat muka annoyed macam tu?” Hadi berdiri di sebelah aku, betul-betul di sebelah aku. Rapatnya ya Allah... sampai aku boleh bau manis minyak wangi dia. Aku cuba pasang riak selamba. “Kenapa tak salin baju lagi? Tak panas ke?” Soal dia sambil memandang aku atas bawah. Baju nikah masih tersarung di badan aku. “Panas. Tapi ni tengah fikir nak Skype kakak ke tak.” Aku beritahu apa yang menyesakkan benak kepala aku sejak tadi. “Dia nak balik hujung tahun ni kan? Kita surprise kan dia je la.” Cadang Hadi.
Aku menggaru kepala. Lama lagi tu. Mahu kena maki berkajang dengan kakak. “Tapi mesti kakak touching saya tak beritahu dia awal-awal. We made a pact you know, to tell each other everything especially about our love life.” Cerita aku tanpa berfikir dahulu. Dan akibatnya, Hadi memusingkan dagu aku, memaksa aku pandang dia. “Your love life? Who else, may I know, existed in your love life?” Duga dia sinis. “Do you really want to know?” Aku tepis jari dia di dagu aku sebelum memeluk tubuh. Hadi mengecilkan mata bila aku berani melawan renungan redup dia. “Nope.” Dia menggeleng. Tahu pun. Aku menarik senyum menang.
“They were your past. I don’t want your past. I want your present and future.” Bisik dia di telinga aku. They? Aku menelan air liur. Tak tahu ke dia yang aku... “By the way, I like seeing you in hijab. It suits you.” Tambah dia lagi sambil menarik hujung hijab aku sebelum mengenyitkan mata dan berjalan pergi. Aku menarik nafas dalam-dalam. Dia suka aku pakai hijab? Aku memerhatikan dia hilang ke dapur sebelum aku menjengket-jengket ke dalam bilik dan melihat pantulan wajah aku berhijab di cermin.
I like seeing you in hijab. It suits you.
Aku memusingkan muka aku ke kiri dan ke kanan. Boleh tahanlah. Tak ada la hodoh sangat. Tambah dengan kuasa make up lagi, memanglah nampak cantik. Aku menggigit bibir bawah. Kenapa aku tak berhijab? Fyn dan Erika dua-dua pakai tudung. Umi pun menutup kepala. Tapi kenapa aku tak terniat langsung untuk menutup kepala? Aku kembali memandang wajah aku di cermin.
Mungkin dah tiba masanya.
  
Hadi
Umi menghadiahkan aku segaris senyuman keibuan sejurus dia lihat aku berjalan ke dapur sudah siap berpakaian kemas. “Nak pergi ambil mama kat airport? Diaorang dah sampai ke?” Tanya umi masih tak lekang dengan senyuman. Aku mengangguk sambil merehatkan lengan di atas kepala kerusi di sebelah umi yang sedang menghiris lobak merah. “Dijangka tiba lagi 60 minit umi. Nak pergi awal sikit. Takut jam nanti. Haru.” Balas aku sambil mengerling jam yang membelit pergelangan tangan. Dalam kepala sudah mencongak masa akan aku ambil kalau gerak sekarang.
 Umi terangguk-angguk dengar. “Bawa je mama dan adik-adik Hadi balik rumah. Kita makan sini. Umi masak. Tak payah susah-susah makan luar. Kesian mama tu. Jet lag tak hilang lagi lepas tu nak berjalan cari makan pulak. Makan kat rumah je la ya?” Umi menepuk lembut pipi aku. Aku diam sejenak. Betul juga. Tapi mama tu hantu berjalan. Dia mana kisah jet lag ke tak. Stamina kalah pelari pecut negara. “Yelah umi. Hadi dengan Aki pergi ambil diaorang lepas tu kita makan sama-sama okay?” Aku setuju dengan cadangan bernas umi. Inilah masanya pun nak mengeratkan lagi hubungan dua keluarga.
“Ha kan bagus macam tu. Isteri kamu mana?” Umi bertanya bila menyedari anak dia masih tak muncul-muncul. “Tengah bersiap. Tadi masa Hadi siap dia baru nak mandi.” Aku menarik kerusi di sebelah umi dan duduk sebelum mencapai lobak merah yang baru dihirisnya. “Ha panjang um—” Aku menjungkit kening bila umi terhenti berkata. Dah kenapa tu tiba-tiba break mengejut bila bercakap? Aku menoleh, mengikut arah anak mata umi dan tika itu juga rahang aku jatuh.
Akira sedang terpacak di depan kami, berseluar jeans, bertunik hijau tua dan selendang biru turquoise meliputi kepalanya. “Tengok apa lagi? Jomlah.” Suara nyaring dia menyedarkan aku dan umi. “Siapa ni umi?” Aku meluruskan jari telunjuk ke arah gadis berhijab biru di hadapan kami. Umi menepuk lengan aku sambil tergelak kecil. “Tu puteri kayangan baru turun dari langit.” Sakat umi tak nak kalah. Aku membesarkan mata. “Bukan puteri kayangan dari langit umi. Ni dari tanah haram ni.” Aku pun tak nak kalah. Akira menggetap gigi sambil berdengus geram.
“Jangan sampai Aki buka tudung ni kang!” Ugut dia keras. Terus aku berjalan ke arah dia. Wajah dia berhijab aku tatap lama-lama. “Sejuk perut umi mengandung tengok Akira berhijab macam ni kan umi?” Aku masih tak puas mengusik dia. Umi di meja makan dah pegang perut. “Sejuk. Macam dalam freezer rasa.” Seloroh umi. Aku ketawa mengekeh. Untung dapat mak mertua masuk air sama.
Akira mencubit lengan aku. “Hadi! Awak jangan main-main boleh tak?” Desis dia perlahan. Tak nak umi dengarlah tu. Eleh. Berlakon. “Eh Aki panggil Hadi je? Hadi lagi tua dari Aki tau.” Sekali umi dengarlah pula. Haa. Aku  menoleh, mahu lihat reaksi wajah Akira. Terus berasap telinga dia. Aku mengetap bibir menahan gelak tengok dia digoreng umi. “Dah nama dia Hadi. Nak panggil apa lagi?” Akira menjeling aku dengan ekor mata. “Abang ke, sayang ke.... Anje?” Aku berbisik, kuat.
Terus Akira menarik muka jelik. “Ee najis.” Aku jatuh rahang. Beromantis dengan suami sendiri pun dikatanya najis? Cis. Umi membuntangkan mata sambil menjerit nama dia sekuat alam. Ah sudah. Jangan gaduh pula dua beranak ni sebab aku. “Aki, umi tak ajar Aki biadap macam ni dengan suami ya.” Marah umi dengan dahi berkerut seribu. Aku jadi serba-salah. “Tak biadaplah, umi. Aki gurau je. Hadi pun tak kisah Aki nak panggil Hadi apa. Betul umi.” Aku memaut bahu Akira yang dah tunduk renung lantai.
“Tak baik cakap macam tu dengan Hadi. Kena hormat suami. Aki, dengar tak cakap umi?” Masih berbaki teguran umi. Akira aku lihat mengangguk lambat-lambat. Muncungnya masih sedepa. Ah sudah. Bercintalah aku nak memujuk ni. “Okay la umi. Lambat dah ni. Kitaorang gerak dulu. Ayah mana?” Aku bergerak ke arah umi dan menyalami mak  mertua aku tu. Akira di belakang ikut tanpa bunyi.
“Ayah dah pergi masjid. Lepas Isya’ nanti dia balik. Makan sama nanti dengan kita.” Balas umi lembut. Hilang sudah kerutan di dahinya. Aku terangguk-angguk. Boleh tahan umi ni. Dia dah plan semua cantik-cantik. Dia tahu aku akan setuju bawa keluarga aku makan sini. Sebab tu awal-awal dia dah pesan dengan ayah supaya makan malam sama di rumah, jangan bersembang lama di masjid. Cunning. “Oh okay. Nanti kirim salam ayah. Naufal ikut ayah ya?” Aku bertanya lagi bila menyedari betapa sunyinya rumah ni. Tadi bukan main meriah. Lepas Maghrib, senyap.
“Yelah tu. Tak nampak batang hidung dari tadi. Ni, Fyn dengan Erika pun dah balik. Aki jumpa diaorang tak tadi?” Umi mengalihkan perhatiannya pada Akira di sebelah aku. “Jumpa. Malam nanti diaorang kata diaorang datang. Nak dinner sama. Umi jemput diaorang he?” Akira serkap jarang. Dia tahu perangai umi dia – master mind. Aku tersenyum senang. Adoi mak mertuaku. Umi menampal riak bersahaja. “Dah, dah, gerak cepat. Nanti kesian mama Hadi tunggu lama.” Sambil menghayun pisau, umi menghalau kami pergi.
“Macam tu je dia halau kita. Hati kering betul.” Guman Akira di hadapan aku. “I heard that Akira.” Suara umi dari dapur bergema. Akira menjulingkan mata ke atas. “Awak hati-hati dengan umi. Dia power bab–bab strategizing ni.” Pesan dia sambil mencampak kasut sneaker ke atas lantai sebelum duduk dan mula menyarung kasut. Aku memerhatikan saja tingkahnya. Dia sarung kaki kanan dulu kemudian baru kaki kiri. “....pernah satu hari ni dia plan awal-awal, kitaorang semua....” Dia ikat tali kasut kanan kemudian baru dia ikat tali kasut kiri. Dah selesai dia hentak kaki sebelum berdiri dengan bunyi ‘hngh’.
“....ayah sampai speechle—” Akira berhenti bercerita. Matanya terkebil-kebil tengok aku yang sedari tadi tercongok merenung setiap tingkah dia. “Awak dengar tak apa saya cakap?” Dia bertanya sambil mencengkak pinggang. “Tak. Sorry.” Balas aku jujur sambil tersengih meleret. Akira memandang aku atas bawah sebelum dia berpaling menuju ke kereta dengan langkah canggung. Berdebar agaknya diperhatikan aku–suami yang baru dinikahinya pagi tadi.

Aku tersenyum bahagia.

Akira
Aku melontar pandangan ke jalan raya. Lampu-lampu kuning jalan aku tengok satu-satu. Suara bingit DJ memekak di radio tak aku endah. Kepala aku sarat dengan lelaki di sebelah aku yang sedang memandu sambil bernyanyi kecil lagu zaman tok kadok. Sesekali bibir dia mengukir sengih meleret. Dari tadi tak hilang sengih tu. Dahlah tengok orang macam nak buat spesimen, lepas tu tersengih-sengih macam kerang busuk pula. Entah apa-apa.  
“Cakap je. Tak payah serabutkan kepala tu.” Teguran Hadi betul hampir buat aku putus nafas. “Cakap apa?” Gumam aku, cuba mengawal ekspresi muka aku supaya tak kelihatan sangat malu. “Cakap apa? Akira, I can literally hear the wheels in your brain turning, forming words directed at me. Am I right?” Dia menoleh, melempar pandangan ‘saya betulkan?’ ke arah aku. Senyuman sinis mewarnai wajah dia. Aku menarik wajah kelat. “Awaklah. Tersengih-sengih dari kat rumah tadi. Nasib baik tak sumbing mulut tu.” Aku tak mahu berselindung lagi.
Hadi ketawa besar. “Akira, I just got married this morning. I’m allowed to sengih sampai sumbing don’t you think?” Balas dia sambil mengenyit sebelah mata. Aku menjulingkan mata ke langit. Kahwin dengan aku je pun. Bukan dengan Fazura ke  Maya Karin ke. “Awak patut senyum lebih sikit Akira. Baru nampak macam awak ikhlas kahwin dengan saya.” Hadi mengerling aku dengan ekor mata dia. Aku memeluk tubuh. Sampai hati cakap aku tak ikhlas. “Saya ikhlas la kahwin dengan awak.” Ujar aku perlahan.
“Kalau ikhlas kenapa asyik nak rolling eyes je? Tak baik tau.” Dia memandang aku sepenuhnya kali ni. Aku menggigit bibir bawah. Aku tahu aku selalu julingkan mata bila dengan dia. Dah tu, siapa suruh semedang buat lawak sarkas? Memanglah aku malas nak layan. “Sorry la Hadi. Dah terbiasa.” Balas aku lambat-lambat. Hadi aku lihat mengoyak senyum simpul. Senyum lagi. Apa yang buat dia bahagia sangat tu pun aku tak tahu. “It’s okay.” Balas dia lembut. Aku baru nak tersenyum bila dia tambah, “Sayang.” Terus senget senyuman aku.
Aku  berdehem sekali, pura-pura tak dengar panggilan manja dia. “Nanti kita macam mana Hadi?” Aku bertanya, tukar topik. Tak nak sentuh bab romantis slot chamsarang. “Macam mana apa?” Dia bertanya pelik. “Life kita sekarang la. Awak tu lecturer saya.” Balas aku sambil menala pandangan ke wajah dia. “Eh bukan saya suami awak ke?” Kedua keningya terjungkit tinggi, mengejek aku. Tengok tu. Macam mana aku tak julingkan mata? Aku serius, dia nak bergurau pula. Sekeh kang.
“Hadi. Betul-betul la.” Aku mencubit lengannya. Hadi sekadar ketawa kecil. Matanya mencuri pandang aku. “Saya nak hebahkan kat universiti awak tak bagi. Kan senang kalau semua orang tahu kita dah kahwin. Nak dating depan orang pun tak ada hal. Nak pegang ke nak peluk ke nak kis—” Belum pun habis ayat dia tangan aku dah memintal isi lengan dia. Miang keladi lagi.
Hadi meraung sakit sambil menggosok lengannya yang pijar dicubit aku. “Ganasnya awak ni.” Desis dia sambil berkerut-kerut. Padan muka. Aku mengerling lengannya yang semakin merah. Alamak. Kang berbekas kulit anak orang, niaya je. Aku mula rasa bersalah. Lambat-lambat aku tepis tangan dia yang menggosok bahagian merah tu sebelum tangan aku pula ambil alih, mengusap lembut. “Sakit lagi?”
Hadi mengoyak senyuman nipis sebelum angguk manja. Bibirnya dicebikkan persis budak kecil. Aku menahan loya. Buruk benar dah tua bangka berjambang buat muka bajet comel macam tu. “Tu laa. Siapa suruh perangai macam orang tua gatal? Kan dah kena setepek.” Bebel aku sambil terus mengusap lengan dia. “Kenapa sejuk sangat tangan tu?” Soal Hadi tiba-tiba. Aku memandang dia sekilas. “Air cond.” Balas aku pendek. “Air cond ke.... Nervous?” Duga dia sambil mengenyitkan mata. Aku menjulingkan mata sebelum menolak jauh lengan dia. “Perasanlah awak sorang-sorang.”
Tawa kecil lahir dari bibir dia. Aku memegang dada yang berombak kencang. Memang aku nervous pun sebenarnya. Berdua-duaan dalam kereta dengan dia. Malam pula tu. Terasa canggung. Hai... Kenapa aku berdebar teruk sangat ni? Berdebar nak jumpa keluarga dia kot? Maybe. Tapi debaran ni sejak pagi tadi tak hilang, sejak dia ajak aku solat berjemaah. “Jangan risau. Mama saya sempoi. You’re gonna love her.” Hadi cuba menenangkan gemuruh jiwa aku. Aku terangguk-angguk. Bukan sebab risau pasal mama dia. Tapi sebab...
“And she’s so gonna love you too.” Bisik dia rapat di sisi aku. Terasa hangat badan dia memancar dari sebelah. Aku menarik nafas dalam-dalam. Main rapat-rapatkan saf pulak dah. Tak berani aku nak toleh ke tepi, pandang dia. “Akira.” Suara dalam ala Richard Marx dia guna pula. Amma... “Hm.” Balas aku masih berdegil hadap jalan. “Zip seluar awak terbuka.” Ha? Zip terbuka? Serta-merta kepala aku tunduk tengok zip seluar. Okay je. Tutup elok. Ishh dia ni.. Gurau kasar pula malam buta ni. Terus aku toleh. “Awak ni kan Hadd—”
Dan bibir kami bersatu.

Rosebud says:
Honestly, to write something that I have yet to experience is excruciatingly painful. I have no idea the feelings, the seconds ticking, the steps, the actions, the reality, involved in a marriage institution, between a man and a woman who are emotionally and lawfully attached. I watched yes, but it didn't even come close to the real thing. So to write this piece puts me in a very difficult position. So I 'd like to express my apology if some things I wrote are annoyingly untrue or a mere fairy tale or whatever. 
Some might say, then don't write a story about married couples.
I can't. I have to make them official, halal. I don't want to be the subject that some readers might use to justify their actions if I wrote a story about two unmarried people who date & do stuff. I don't want to encourage that kind of behavior. Dating is haram. Falling in love on the other hand isn't. So I want to promote the beautiful way to justify your love, through nikah. I hope at least readers would be inspired in some ways or another. Insya Allah. Have fun reading it :)

Comments

Popular posts from this blog

Aku bukan Hana Tajima! 52

Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh. “Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam ni ya?) “Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni, apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau kau pergi, takkan s...

Projek 3 : H + A = Bahagian 7

Akira Dia ketawa. Dan aku tak mampu alihkan mata dari terus menikmati kedalaman lesung pipit parentesis yang terbenam di kedua belah pipinya. Ya Allah Aki, dia pensyarah kau kot. He’s the bloody Sir McGrumpy! Takkan ada spark kat mamat grumpy ni kot? Aku menarik getah rambut dan membiarkan rambut aku mengurai melepasi bahu. Dalam kelas tadi, seperti dijangka, dari Hadi the busker , dia berubah jadi Sir McGrumpy . Dan aku berdengus meluat. Satu kelas kena soal, kena maki dan kena jentik kepala. Dan kali ni dia bagi soalan mencabar keimanan. Can fish have a fever? Kepala bana dia tanya soalan KBAT macam ni. Apa kena mengena ikan demam dengan biomolekular? Dan markahnya 30 markah! Wargh betul rasa nak nangis. Lagi seronok, dia suruh hantar esok pagi pukul 7 tepat di pigeon hole dia. Kepala berjambul betul la. Haru dapat pensyarah zalim macam ni. Sejurus selepas dia bagi assignment gila ni, sempat dia menghantar pandangan ‘kata-aku-SirMcGrumpy-lagikan-sekarang-rasakan!’ ke arah...

Aku bukan Hana Tajima! 54

Tok tok. “Akak, sorry kacau.” Wajah Adibah muncul di sebalik muka pintu. Hana mendongak. Jarinya berhenti menekan papan kekunci laptop. “Ada apa Dibah?” Matanya menjamah wajah sentiasa ceria pekerjanya itu. “Akak busy ke? Dibah masuk boleh?” Tanya Adibah sambil memberi isyarat mahu masuk ke dalam pejabat Hana yang terletak di antara ruang depan kedai dan dapur. Nada suaranya seperti nursery rhymes , naik turun oktafnya, berirama. “Ya busy. Kenapa Dibah?” Mata Hana mencerun memerhatikan langkah selamba remaja itu yang terus masuk dan duduk di sofa sambil menepuk-nepuk ruang di sisinya, menyuruh Hana duduk sekali. “Duduklah sini kak. Hal penting ni nak cakap.” Pinta remaja itu. Hana menjungkit sebelah kening. Perasaan ragu-ragu membuak-buak dalam hatinya. Yelah, Adibah ni bukan boleh percaya sangat. Datang mental dia, jenuh nak melayan. “Nak minta cuti ke?” Duga Hana sambil melangkah ke arah remaja itu. Adibah menggeleng kepala. “Hish ke situ pula akak ni...