Akira
Dia ketawa. Dan aku tak mampu alihkan
mata dari terus menikmati kedalaman lesung pipit parentesis yang terbenam di
kedua belah pipinya. Ya Allah Aki, dia pensyarah kau kot. He’s the bloody Sir McGrumpy! Takkan ada spark kat mamat grumpy ni
kot? Aku menarik getah rambut dan membiarkan rambut aku mengurai melepasi bahu.
Dalam kelas tadi, seperti dijangka, dari Hadi the busker, dia berubah jadi Sir
McGrumpy. Dan aku berdengus meluat. Satu kelas kena soal, kena maki dan
kena jentik kepala. Dan kali ni dia bagi soalan mencabar keimanan.
Can
fish have a fever?
Kepala bana dia tanya soalan KBAT macam
ni. Apa kena mengena ikan demam dengan biomolekular? Dan markahnya 30 markah!
Wargh betul rasa nak nangis. Lagi seronok, dia suruh hantar esok pagi pukul 7
tepat di pigeon hole dia. Kepala
berjambul betul la. Haru dapat pensyarah zalim macam ni. Sejurus selepas dia
bagi assignment gila ni, sempat dia
menghantar pandangan ‘kata-aku-SirMcGrumpy-lagikan-sekarang-rasakan!’ ke arah
aku.
Sabar, sabar.
Tapi ada satu benda luar alam berlaku
dalam kelas tadi. Hadi langsung tak soal Ben. Semua orang ditargetnya kecuali
Ben. Musykil. Dan lagi memusykilkan adalah bila Ben diam dalam kelas. Langsung
tak berbunyi. Kalau tak, ada saja bunyi dia hasilkan. Kentotlah, kaki kerusi
menghentak lantai (sebab dia suka jungkit kerusi), pen tergolek atas meja dan paling
selalu, bunyi dengkuran. Tapi kelas kali ni, Ben pelik. Satu ayat saja lahir
dari bibir dia, itu pun di awal kelas bila dia tanya, “Hadi nak apa dengan
kau?” Itu saja. Lepas tu dia terus menyepi.
Aku mendongak apabila pintu bilik aku
terkuak dan umi berjalan masuk ke dalam. Memori dalam kelas semakin kabur dan
akhirnya kembali tersimpan jauh dalam peti memori. Penuh santun umi melabuhkan
punggung di atas katil, menghadap aku yang sedang bersila di atas kerusi di
meja belajar. Bedak sejuk yang tertepek di serata wajah umi aku pandang
sekilas. Rahsia umi kekal jelita, bedak sejuk. Kata umi, bedak sejuk ni yang
ikat ayah. Jadahnya. Bedak sejuk je pun. Bukan susuk ke nasi kangkang ke apa.
“Banyak homework ke?” Umi memulakan
perbualan. Aku angguk sekali. Aku tahu apa butir bicara umi. Apa lagi kalau
bukan projek mencari jodoh dia tu. “Aki.” Panggil umi lembut. “Hm.” Sahut aku
pula. “Mana yang berkenan di hati?” Tak bertapis, direct terus umi tanya. Aku sebenarnya awal-awal lagi dah sedia nak
hadap pertanyaan umi ni tapi aku tak jangka umi akan selancang ni. Betul-betul
tak sabar nak bermenantu.
“Umi, Aki sayang umi. I really do but
your choices stink.” Ujar aku jujur, tanpa tapis tanpa ihsan. Tangan kanan umi
terlekap ke dada. “Seorang pun tak berkenan?” Mata sepet umi terbuntang luas.
Aku menggeleng. “Umi tanya Fyn. She was there. They were all.... Entahlah umi.
Semua tak boleh pakai.” Dalam diam aku bersyukur umi pakai bedak sejuk setebal
alam. Sekurang-kurangnya aku tak nampak riak kecewa yang sering umi tampal
untuk mencairkan hati anak-anak dia.
“Takpa. Umi tapis lagi ya.”
Okay, itu aku tak jangka. “Umi, please.” Aku hampir melutut atas lantai.
Wajah umi aku tatap lama. Assignment 30
markah di atas meja dah dilupakan. “Aki, umi risau. Aki tak pernah bercinta,
kawan lelaki bersepah tapi semua kawan. Cakap dengan diaorang pun bro sana bro
sini. Aki, biar umi tolong Aki ya nak?” Pujuk umi beriya. Aku melepaskan satu
keluhan berat. “Umi...” Sumpah rasa nak melalak sekarang.
“Umi bukan paksa Aki kahwin. Umi just
nak Aki jumpa lelaki dan berteman tapi mesra. Itu je.” Ujar umi lembut. Aku
menelan air liur. Ada ke mak lain di luar sana yang mahu anak dara mereka
berteman tapi mesra? Aku rasa umi seorang saja. Masak, masak. “Yelah umi.
Whatever la. Nanti dah ada calon, beritahu Aki.” Aku dah penat nak bertikam
lidah dengan umi. Skrip sama saja aku guna. Tak lut pun kat telinga umi.
Dengarkan kata-kata aku tu, terus
melebar senyuman umi. “Tapi dengan satu syarat.” Tambah aku laju, mematahkan
niat umi yang baru nak bersuara. “Apa dia?” Tanya umi tak sabar. Mata umi
bersinar-sinar memandang aku. Aku
membiarkan beberapa saat berlalu (saja mahu menyeksa umi) sebelum berkata
dengan nada tegas, “Use my criteria.” Umi mengangguk. “Not a problem.”
-
Fyn dan Erika membaca tekun senarai kriteria
lelaki yang aku mahu ada dalam calon suami aku. Aku mengutil kulit mati di
keliling kuku jari telunjuk kanan sebelum gigit putuskan kulit mati itu.
Berdebar pula menanti respons dua budak bertuah ni. “So? Okay kan?” Aku
akhirnya tak dapat tahan diri lagi. Dekat lima belas minit Fyn dan Erika tak
bersuara. Lain macam. Fyn bertukar pandang dengan Erika. “Kau main-main kan?”
Tanya Fyn sambil menggoyangkan kertas senarai kriteria tu. Aku menggeleng
kepala. “Aku serius.”
Fyn dan Erika serentak menjungkit
kening. “Kau serius?” Tanya mereka, menekan perkataan ‘serius’. Aku mengangguk
lagi. “Kenapa?” Aku mula rasa gelisah. Ada tak kena ke dengan kriteria yang aku
dah senaraikan? Fyn menarik nafas dan melepaskan perlahan. Dia meletakkan
kertas senarai itu di atas permukaan meja, di tengah-tengah. Jari telunjuknya
ditala ke arah setiap kriteria yang aku senaraikan. Dia membaca satu-satu
senarai yang aku sediakan.
Fizikal:
·
Tinggi
·
Berlesung
pipit
·
Wavy
hair
·
Facial
hair
Personaliti:
·
Penyabar
·
baik
·
Cool
·
Non-pervert
Skill:
·
Pandai
main gitar
·
Deep
voice
Aku terangguk-angguk dengar. Okay. Aku tak nampak apa-apa masalah
pun. “What’s wrong with the list?” Aku menyoal bingung. Sungguh aku rasa
senarai aku itu sempurna. Fyn merenung aku lama. “Kau dah ada someone dalam
kepala kau kan sebenarnya?” Tuduhan Fyn sepatutnya buat darah aku mendidih.
Tapi entah kenapa aku rasa seperti terbelit leher. Aku mencantumkan kening. “Eh
mana ada.” Aku berdalih laju. Terlebih laju sebenarnya. Dan aku yakin wajah aku
ketika tu seolah tertampal ‘GUILTY’ sebesar billboard
pada dahi. Fyn dan Erika memeluk tubuh. Riak wajah mereka mempamer
kata-kata terselindung, ‘Yeah right. Like we bought it.’
“Sumpah.
Takda siapa-siapa.” Aku mengangkat tinggi tangan kanan. Fyn dan Erika masih
melancarkan pandangan penuh sangsi ke arah aku. “Umi kau cakap apa lepas dapat
list ni?” Soal Erika pula. “Biasalah. Happy. Dua tiga minggu lagi ke next month
ke dia bagi aku list orang yang dia dah tapis.” Beritahu aku bersama keluhan
halus. “Okay, nanti beritahu date, venue, time. Aku teman.” Fyn berkata. Dia
tahu, mati hidup balik pun takkan aku keluar jumpa lelaki-lelaki seorang diri.
“Weh apa cerita kau dengan lecturer
biomol kau tu? Apa lagi kekejaman dia buat?” Erika menukar topik. Gelas berisi
air coklat ais dibawa rapat ke bibir sambil matanya memerhatikan aku di sebalik
lengkungan gelas. Aku sekadar menjungkit bahu. “Biasalah. Selain malukan aku
dalam kelas, dia dok bagi assignment semedang. Hari tu dia bagi pop test. Out
of the blue. Pop test dia 50 markah kau tahu tak!”
Erika mengoyak senyum geli hati. Kawan-kawan
aku memang bahagia tengok aku sengsara. “Kau dapat jawab tak?” Tanya dia, masih
ketawa lucu. Aku menjulingkan mata. “Mestilah!” Fyn dan Erika saling bertukar
pandangan kagum. “...... tak.” Sambung aku perlahan. Membulat mata Fyn dan
Erika memandang aku. “So? Kau biar kosong?” Fyn dah melopong. Dia tahu aku
bukan jenis biar kosong kertas jawapan. “Taklah. Kau tahu aku macam mana kan?
Aku goreng mee goreng mamak la apa lagi.” Balas aku sambil mengepakkan tangan,
buat gaya menggoreng ala mamak.
“Cakap pasal mee goreng mamak. Laparlah
weh. Pergi order sepinggan.” Erika menepuk peha Fyn, menyuruh dia membuat
pesanan. “Eh Mad’s Lab ada jual mee goreng mamak ke?” Fyn buat muka pelik.
Kedai makan bertemakan ala hipster mixed Hogwarts
ni mana ada gaya jual street food.
“Itulah kau, pandang enteng kedai ni.
Kau cakap je dengan owner kedai ni, tu yang comel-comel tu, Kak Hana, cakap kat
dia, ‘Akak, nak mee goreng mamak telur mata kobau satu.’ Confirm meleleh air
liur kau lepas tu.” Aku menjuihkan bibir ke arah seorang wanita berselendang
merah jambu cair yang sedang berbual mesra
dengan seorang lelaki tinggi lampai.
“Husband dia ke tu?” Tanya Fyn kepoh.
Aku mengangguk. “Handsome kan? First time aku datang kedai ni nampak lelaki
dia, sebulan aku gila bayang. Bila dapat tahu tu suami Kak Hana, aku punya
sedih. Seminggu aku melantak Baskin Robin tau tak. Weh, weh, korang, patut tak
aku bubuh dalam list calon jodoh aku ni kriteria seterusnya, handsome bak suami
Kak Hana.” Aku membayangkan bakal suami aku nanti mirip suami Kak Hana. Erika
menjulingkan mata manakala Fyn terus berdiri (malas nak melayan aku) dan menuju
ke arah Kak Hana sebelum memesan, “Mee goreng mamak telur mata kobau satu kak.”
Hadi
Dekat satu jam aku berdiskusi dengan
pelajar-pelajar tahun akhir yang menjalankan kajian di bawah pengawasan aku. Progress kajian mereka, data collection mereka, semua aku
titikberatkan. Nasib baik pelajar-pelajar bawah aku semua tahu berdiri atas
kaki sendiri. Independent. Tak perlu aku
nak mengeja satu per satu apa patut buat. Semua di celah kuku masing-masing.
Aku hanya perlu pantau dan betulkan mana silap dan tambah mana yang kurang.
“I nak you buat lagi 50 sampel. Tak
cukup ni. Tak significant result you nanti.” Nasihat aku pada Siti Nur, pelajar
tahun akhir Biomedikal. Siti Nur terangguk-angguk sambil mencatat butiran yang
keluar dari bibir aku tanpa banyak bunyi. “So anything else?” Tanya aku. Wajah
Siti Nur, Liam dan Preeti (orang Pakistan. Cantik, secantik namanya) aku
pandang bergilir. Preeti melunjur pen biru yang dipegangnya ke atas. “Yes
Preeti?” Aku menjungkit kening.
“Sir, do you mind if we use your lab on
weekends?” Soal dia lembut, penuh sopan santun. Aku diam untuk 30 saat. Makmal
yang aku tatang bagai minyak yang penuh. Semua orang tahu betapa berharganya
makmal molekular itu bagi aku. Dan pelajar Pakistan ni berani minta izin untuk
guna di luar waktu kelas. Aku menarik nafas dalam-dalam. Masa mereka suntuk.
Dan aku menyuruh mereka kumpul sebanyak mungkin data. Akhirnya aku melepaskan
hela nafas panjang. “No later than 5 pm. And if one piece of the wall’s paint
is missing, you three are done. Are we clear?” Keras suara aku bergema dalam
segenap bilik.
Mereka bertiga angguk serentak. “Thank
you Sir. We promise we’ll take care of the lab.” Janji Preeti diiringi anggukan
daripada Siti Nur dan Liam di kiri dan kanannya. “Good. Now off you go.” Aku
mengerling ke arah pintu bilik aku. Mereka bangun dan mengucapkan terima kasih
sekali lagi sebelum keluar. Aku mengeliat besar sambil memandang jam yang
membelit pergelangan tangan kiri aku. Pukul 4 petang. Padanlah terasa layu
semacam. Aku terus bangkit, telefon di atas meja aku capai dan selitkan ke
dalam poket seluar sebelum aku menuju ke kafe fakulti. Aku perlukan refreshment. Dan aku perlu jumpa dia untuk
beritahu tentang hal tu. Secepat
mungkin.
Sejurus tiba di kafe, mata aku terus
melekat pada seorang gadis berambut low, lose
twisted bun yang sedang terpacak di depan stall mamat jual waffle. Panjang
umur. Terus kaki aku melangkah ke arahnya. “Chocolate dengan strawberry ya
bang.” Suaranya lembut memesan. “Buat dua bang.” Tambah aku sejurus tiba di
sebelahnya. Berlipat leher dia berpusing mendongak memandang aku. “Had— Sir!”
Dia sempat membetulkan keterlanjuan lidahnya. Aku membiarkan senyuman sinis
terbentuk di bibir. “Baru habis kelas?”
Aku bertanya datar. Mata aku mencuri pandang rambutnya yang terjuntai keluar
dari ikatan jatuh menutupi telinga, pelipis dan sebahagian pipinya.
Dia mengangguk. “Sir tak ada kelas ke?”
Tanya dia kedengaran canggung. Mata dia sesekali memandang cemas brader jual waffle. Muka tak ada nak kalut lagi. Gaya macam boleh masuk lokap
berbual dengan aku. “I baru jumpa student FYP I. Berapa?” Aku mengeluarkan
sekeping not sepuluh ringgit dan menghulurkan pada brader waffle tu. “Sekali dengan dia punya.” Tambah aku lagi sambil
melirik pada Akira di sebelah. Brader
tu mengangguk sebelum balas laju dengan kemahiran Matematik yang luar biasa,
“Lima ringgit Dr.”
Aku nampak rahang dia jatuh cecah kaki.
Tapi aku kekalkan postur badan aku dan keraskan otot muka aku supaya tak menunjuk
sebarang reaksi. Brader tu
memulangkan not lima ringgit kepada aku. “Jom.” Ajak aku setelah ucapkan terima
kasih kepada brader waffle. Wajah
terperanjat beruk Akira aku pandang pelik. Lambat-lambat dia mengangguk sebelum
kaki dia akhirnya bergerak mengikut jejak aku. Sebaik saja kami duduk di meja
yang agak jauh dari manusia, di tepi kolam ikan, dia terus menyerang aku dengan
satu soalan yang aku dah jangka bunyinya.
“Awak ada Ph.D?” dan biji mata dia
nyaris tersembul keluar.
Reaksi yang aku dah lali hadap. Mungkin
sebab aku nampak muda (antara sebab kenapa aku simpan jambang dan misai—supaya
kelihatan berusia) atau mungkin sebab gaya samseng Tanjung Rimau yang aku
terbawa-bawa buat aku kelihatan seperti manusia yang tak mampu jejak kaki ke
universiti, apatah lagi bergelar doktor falsafah.
“Yeah.” Respons yang aku lazim bagi—
pendek dan padat. Sebenarnya di universiti, pensyarah tak boleh mengajar
pelajar yang sama tahap akademiknya. Jadi untuk aku mengajar pelajar postgraduate, aku kena ada Ph.D. Akira
tersandar ke kerusi. “Ya Allah. All this while, saya dok panggil awak ‘Sir’ kot.”
Dia menggigit bibir bawah–satu tabiat dia yang aku perasan dia selalu buat bila
dia gemuruh atau sedang berfikir dalam.
“No, actually you call me ‘Hadi’.” Ujar
aku selamba membetulkan. Dia menjegilkan matanya dan terus tawa aku pecah. “Tak
kelakarlah Hadi. Awak Dr. kot! Satu kelas panggil awak ‘Sir’. Kenapa awak tak
betulkan? Entah-entah awak ada title ‘Prof’. Oh my God. You’re not really a freaking
professor are you?” Serta-merta tegak tulang belakangnya.
Aku ketawa lagi. “I don’t see why this
is important.” Aku menjungkit bahu. Sungguh, aku tak pernah ambil pusing dengan
‘title’ yang aku terima. Kalau
pelajar nak panggil aku ‘Hadi’ pun aku tak kisah. Dulu masa belajar di Ireland,
supervisor aku suruh aku panggil dia
Eve, singkatan bagi Evelyn. Walhal dia seorang profesor. Senang.
“Mestilah penting. Awak Dr. kot. Awak
ada Ph.D!” Dia masih lagi dengan mode
kalut. Aku mengetuk meja dengan jari, mahu mendapatkan fokusnya. Akira membalas
renungan aku. “So what saya ada Ph.D? Who cares? Yang penting awak kenal saya,
diri saya sendiri.” Aku melekapkan satu tangan ke dada. Akira membiarkan
matanya meliar di serata wajah aku sebelum dia kembali menyandar pada kerusi.
Urat sebesar batang paip di dahinya mulai hilang. “Siapa cakap saya kenal
awak?” Gumam dia tanpa memandang aku.
Sebelah kening aku jungkit. “Awak tahu
saya ‘Hadi the busker’ slash ‘Sir McGrumpy’.” Ujar aku bersahaja. Akira
tergelak kecil sambil menggeleng kepala. “Mental.” Cemuh dia sambil mengambil
beg kertas waffle dari tangan aku.
“So awak dah start buat research?” Soal aku membangkitkan satu topik, any topic, asalkan aku dapat dengar
suara dia. “Tengah baca journal.” Balas Akira pendek. “Buat pasal apa?” Aku
memandang jarinya yang mengutil bungkus kertas waffle. “Cocoa pollinator.” Jawab dia sambil mencubit sedikit isi waffle dan menyuapnya ke dalam mulut.
Dia masih lagi mengamalkan jawapan pendek-pendek nampak gayanya.
Cocoa
pollinator? “Buat pasal agas la ni. Ceratopogonid kan?
So pergi LKM bila?” Aku menjungkit sebelah kening bila jarinya berhenti menyuap
waffle ke dalam mulut. Satu pandangan
penuh sangsi dipanah ke arah aku. “Mana awak tahu pollinator koko
Ceratopogonid?” Dia mengerutkan dahi. Eh tak puas hati pula aku tahu serba
sedikit pasal kajian dia. “Dulu saya pernah bekerjasama dengan Art Borkent.
Kalau awak nak tahu pasal agas Ceratopogonid, cari dia. Dia expert.” Beritahu
aku. Beberapa tahun dulu aku pernah satu team
dengan saintis dari Kanada itu mengkaji tentang spesies agas termasuklah
Ceratopogonidae. Aku kaji bahagian molekular (DNA), dia pula lebih kepada
morfologi dan ekologi agas.
Akira tercengang memandang aku. “Kejap
kejap. Art Borkent? As in Art Borkent; the Canadian yang publish beratus
journal pasal Ceratopogonid tu?” Dia melekapkan kedua telapak tangannya ke
permukaan meja. “Aha.” Aku menjungkit bahu. “Awak kenal dia?” Matanya
bersinar-sinar memandang aku. “We’re pretty acquainted.” Jawab aku jujur. Nak
kata aku dengan mamat Kanada tu best friend tak juga. Sekadar berhubung
bila hari festival atau hari ulangtahun, masing-masing bermanis ayat memberi
ucapan melalui email. Kadang-kala melalui Whatsapp.
“Acquainted? Tadi awak cakap awak pernah
bekerjasama dengan dia. Meaning awak pernah buat research dengan dia kan? Ya
Allah! Hadi saya nak—” Sebelum dia sempat sembur aku dengan perangai fangirling dia baik aku cantas awal-awal.
“Just google nama dia. Ada email dia kat situ. Awak email dia. Dia akan reply.”
Aku memberi jaminan. Akira menarik muka sambil memeluk tubuh. Matanya menjeling
aku geram. “Kalau dia tak reply macam mana?” Duga dia sambil menjungkit sebelah
kening. “Dia akan reply. Saya janji.” Sekali lagi aku beri jaminan. Dalam diam
aku buat mental note untuk email pada
Art Borkent dan maklumkan tentang Akira.
“Okay nanti saya email dia. Kalau dia
tak reply, saya cari awak.” Ugut Akira sambil menjegilkan matanya. Aku menarik
senyum lebar. Lagi aku suka. “You know, you could have a co-supervisor. Saya
pernah buat research dengan Art Borkent tu. So practically I have my fair share
of knowledge on the species as well. I may come in handy.” Aku cuba tak
kedengaran terlalu memaksa atau desperate
walaupun dalam hati macam nak mati aku berdoa moga dia termakan umpan aku
ni.
Akira memandang aku dengan ekor matanya.
Aku tahu dia dapat mengagak mana topik ni akan berakhir. “Tak payah. Seorang
supervisor dah cukup dah.” Dia menggeleng laju. Serta-merta dahi aku berlipat.
“Siapa supervisor awak?” Hebat sangat ke supervisor
dia sampai tak perlukan lagi seorang? “Dr. Diyana.” Balasnya. Aku mengoyak
senyum. Diyana memang orang Entomologi tapi kepakarannya lebih kepada
Coleoptera (kumbang), bukan Diptera (agas). “D is a brilliant entomologist. But
she’s not an expert on midges. You need me.” Penuh yakin aku berkata.
“Oh so you’re the expert on midges now
ha?” Suara dia setajam pisau yang baru diasah. Sinis mak datuk. “Takda la
expert gila. Tapi saya tahu lebih sikit dari D. Plus saya kawan dengan expert.
Art Borkent, remember?” Aku mengumpan lagi. Akira aku tengok mula mengecilkan
matanya. Aku boleh bayangkan roda dalam kepala dia berputar cuba memikirkan pros dan cons cadangan aku tu. Tapi sangkaan aku jatuh meleset bila sesaat
kemudian dia terus kata tanpa ragu-ragu. “Saya tak nak jadi supervisee awak.”
Hampir terguris hati aku dengan kelajuan
dia buat keputusan. Langsung tak nak pertimbangkan. Cis. “Why not? We’re good
together.” Jari telunjuk aku bergerak dari dada aku ke arahnya. “No we’re not!”
Bentak dia laju. Aku mengetap gigi. Kenapa dia laju sangat buat keputusan
menolak aku. “Yes, we are! Awak dengan saya, we fit like lock and key. We’re
like pieces of jigsaw puzzle, we fit together perfectly.” Aku cuba meniup logik
akal dan contoh ke dalam rasional fikirannya.
“Awak ni kenapa? Kita macam anjing
dengan kucing tau tak? Gaduh je semedang! Dahlah awak tu kejam nak mati dalam
kelas.” Desis dia garang. Urat sebesar batang paip mula kembali menonjolkan
diri di dahinya. “Awak cakap awak ada spark dengan saya kan?” Aku memeluk tubuh
sambil melempar pandangan sombong kepada dia. Akira membesarkan mata hitamnya.
“Dengan Hadi the busker! Bukan dengan awak! And I said, probably!” Oktaf suara
dia hampir mencecah takat bahaya. Aku mengerling sekeliling. Orang ramai masih
fokus makan. Nasib baik aku pilih untuk makan di tepi kolam kat hujung dunia. Kalau
tak, jadi drama tontonan awam la gamaknya.
“Why are you so keen on refusing my
advancement?” Aku merehatkan lengan aku atas meja. Mata aku tajam memanah
wajahnya yang mula berubah riak—riak bersalah. “Because... You are my friggin’
lecturer for Allah’s sake!” Balasnya keras, serta-merta menyapu bersih riak
serba-salah yang sesaat dua mewarnai wajahnya tadi. “Tak ada dalam
undang-undang, pensyarah dilarang berkahwin dengan pelajar. So apa masalahnya?”
Aku mengerutkan dahi. Aku kena tahu kenapa dia bersungguh-sungguh menolak aku.
Apa silap aku? Apa kurangnya aku?
Akira tergamam. Mata hitamnya membulat
besar, tak berkelip. Bibirnya sedikit terbuka dan deru nafasnya berat dan laju.
“What?” Soal aku, masih lagi mengerutkan dahi. Kenapa dia kelihatan sangat
terkejut? Bukan aku cakap benda tak betul. “Kahwin?” Sepatah keluar dari
bibirnya yang masih terjarak. Aku mengangguk. “Ya kahwin.”
“Kita?” Dia mahukan kepastian. Aku
meneliti setiap inci wajah dia. Dahi dia yang masih terbonjol dengan urat
sebesar batang paip, kening lebat yang cantik terukir, mata bulat dan besar,
hidung yang comel dan bibir yang kemerahan. Mata aku kembali bertentang dengan
mata hitamnya.
“Awak ingat tak masa kat kolam depan The
Mad’s Lab kafe, saya cakap all those 50 losers aren’t good enough for you?” Aku
bertanya, cuba memutarkan memori kali pertama aku bertemu dengan dia di kolam
berdekatan The Mad’s Lab kafe. Dalam
diam aku harap dia ingat. Sebab aku ingat setiap detik tika itu. Skirt kelabu dia pakai, blaus putih yang
tersarung di badan dia. Gemuruh kakinya menghentak lantai kafe. Jari-jari dia
menggigil mengutil kulit mati di sekeliling kuku. Oh aku ingat semua.
Akira mengangguk. “Awak cakap sebab mata
diaorang mati.” Ujarnya perlahan. Aku menahan senyum lebar. Dia ingat. “I did.
Diaorang tak passionate nak kenal awak. Then awak tanya siapa patut awak pilih
dan saya cakap, ‘Saya. Pilih saya.’ Ingat?” Aku bertanya lagi. Aku tahu dia
ingat sebab pipi dia mula berubah kemerahan. Akira lambat-lambat mengangguk. Aku
mendekatkan sedikit wajah aku kepada dia dan berkata perlahan,
“I wasn’t fooling when I said that
Akira. I’m passionate to know you, to learn every single thing about you. I may
not be good enough for you, but... I want to be.”
Rosebud says:
Can fish have a fever? Haaa jawab sekarang!
This question was actually asked by my own physiology lecturer. We were all like...... krik krik. haha. and I did the same to my students too. I forced them to design an assignment by answering this crazy question. I tell you, they loved it! (yeah I'm a bit like Hadi.... lol)
Akira's research is actually my own research during master's degree. I did research on cocoa pollinator which is the midges. So that's why I can show off a bit (hehe) some of the information about those microscopic insects. However, I'm pretty worried if some of you guys can't understand whatever the hell I'm trying to portray. I hope I ace it tho. Anyway, if you guys have any questions about it, write it to me. I'll reply insya Allah.
p.s Art Borkent is a real person. He is an expert on midges and he did reply my email, helping me identified & sorted those midges based on their morphological traits. He stayed in Malaysia for several years which explains his not-so-bad BM. huhu. Ya pak cik Kanada tu sangat awesome. I didn't know it was his journals I have been referring to until one day when I was replying his email I realized his name sounded sooo familiar. rupanya journal dia aku dok guna selama ni. lol. nice guy!
This question was actually asked by my own physiology lecturer. We were all like...... krik krik. haha. and I did the same to my students too. I forced them to design an assignment by answering this crazy question. I tell you, they loved it! (yeah I'm a bit like Hadi.... lol)
Akira's research is actually my own research during master's degree. I did research on cocoa pollinator which is the midges. So that's why I can show off a bit (hehe) some of the information about those microscopic insects. However, I'm pretty worried if some of you guys can't understand whatever the hell I'm trying to portray. I hope I ace it tho. Anyway, if you guys have any questions about it, write it to me. I'll reply insya Allah.
p.s Art Borkent is a real person. He is an expert on midges and he did reply my email, helping me identified & sorted those midges based on their morphological traits. He stayed in Malaysia for several years which explains his not-so-bad BM. huhu. Ya pak cik Kanada tu sangat awesome. I didn't know it was his journals I have been referring to until one day when I was replying his email I realized his name sounded sooo familiar. rupanya journal dia aku dok guna selama ni. lol. nice guy!
Comments
Post a Comment