Skip to main content

Projek 3 : H + A = Bahagian 3

Akira
“Umi, Aki tak nak jumpa lelaki ni semua. Kenapa umi paksa Aki? Dah sampai jodoh nanti Aki kahwinlah. Dalam Islam pun haram tahu tak paksa anak kahwin!” Suara aku meninggi. Umi menggeleng kepala. “Umi tak paksa Aki kahwin dengan lelaki ni semua. Umi just minta Aki pergi jumpa diaorang. Then if you’re interested, boleh proceed next steps, kalau tak berminat, tak payah. Itu je. Susah sangat ke permintaan umi ni?” Soal umi kedengaran jauh hati.
Aku berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Naufal masih diam membeku di atas sofa sambil menonton TV, walaupun suara TV dibisukan. Umi yang duduk di sebelah Naufal memandang aku lama. Aku membaca sekali imbas check list yang diberikan umi pagi-pagi sebelum Subuh tadi. Kriteria yang wajib ada;
1)   Bekerja
2)  Bujang
3)  Taller than you Akira
“Are these necessary?” Tanya aku kedengaran letih. Umi mengangguk. “Umi tak nak anak umi yang kena tanggung suami dia. Dan kalau boleh umi tak nak Aki kahwin dengan lelaki duda. Especially yang ada anak. Aki bukan suka budak pun kan? Haru rumah tangga nanti. The third criteria is essential Aki. You’re short. You need someone who’s taller. Baru sepadan!” Jelas umi panjang lebar.
Aku melepaskan satu keluhan teringat kata-kata umi. Check list itu aku lipat dan simpan ke dalam hand bag bila seorang lelaki masuk ke dalam kafe dan melambai tangan ke arah aku sambil tanya, “Cik Akira?”
Calon 5:
“Saya engineer. Saya buka company consultant sendiri. Ayah saya Datuk, pun ada company sendiri. Sebab saya nak hidup berdikari, saya nekad tak nak kerja dengan ayah saya you know. Nak berdiri atas kaki sendiri.”
Aku pandang lelaki berambut pendek, tersikat rapi, berpakaian kemas—tie, kemeja dan kot. Ya Allah, aku macam nak mati kepanasan, lelaki ni boleh berblazer bagai. “Oh baguslah. So macam mana awak set up company sendiri dengan usia semuda ni?” Aku menyandar pada kerusi sambil mengerling ke arah Fyn yang duduk di sebelah kanan aku. Fyn sedang memerhatikan lelaki itu seperti helang. Helang betina.
“Oh ayah saya ada labur sikit duit.”
Aku mendongak memandang kipas siling, mengira putaran bilah dan mulut Fyn hasilkan bunyi “Pfft!”
Helang betina terbang pergi.
Calon 12:
“I love arts.” Lelaki berambut panjang terangguk-angguk memandang aku. “Me too. What kind of arts do you like? You suka painting? Favorite pelukis?” Aku menghujani lelaki itu dengan pertanyaan bertalu. Mula rasa berminat untuk berbual dengannya. “Sure, I like painting. My favorite pelukis sudah tentulah A. Samad Said! Siapa lagi?” Balasnya yakin.
Aku hilang kata-kata. Fyn pula menyembur lelaki itu dengan lebih daripada kata-kata.
Calon 22:
“I kerja customer service officer. I orang sini. I suka membaca dan travel.” Senyuman yang menggetarkan dada. Aku duduk tegak sambil memandang lelaki bertubuh tegap, berkaca mata duduk di hadapan aku. Boleh tahan rupanya, especially bila dia senyum. Jarang lelaki suka membaca. Dan jarang orang yang suka membaca orang tak guna. “I suka baca dan travel juga.” Balas aku separuh teruja.
“Travel dedahkan kita ke dunia baru. Kan?” Lelaki itu tersenyum lagi. Aku hampir tergolek dari kerusi melihat kemanisan senyuman dia. Manis betul. Boleh diabetik tengok lama-lama. “Betul. So far you dah travel ke mana?” Tanya aku mulai berminat.
“Kanye West.”
Dan dahi aku hentak ke meja. Fyn bangun dan hentak dahi ke dinding.
Calon ke 40-ish:
Mungkin lelaki ni pemalu. Tapi mata dia tak pernah atas leher aku, tak pernah bawah rusuk aku. Akhirnya, bila lelehan air liur mengalir di tepi bibir dia, aku simbah air ke muka dia sambil mencarut tanpa henti. Begitu juga Fyn.
“Perverted psyco!” Tengking kami silih-berganti.
Sebelum bertemu dengan calon terakhir, Fyn dapat panggilan daripada bosnya. Kes urgent. Dia terpaksa meninggalkan aku menghadapi moment kritikal ni dengan wajah yang terlukis kegirangan tak terhingga.
Celaka Fyn. Biarkan aku mereput seorang diri di sini.
Calon terakhir:
Luaran—muka boleh tahan, rambut kemas dan nampak lembut. Mata dia tajam, boleh cair kalau ditenung lama-lama. Hobi—membaca sama genre dengan aku: fantasi. Kerja—mekanik. Bela tarantula (hm, aku suka lelaki penyayang). So far so good.
“Boleh saya tanya satu soalan?” Lelaki itu memandang aku.
“Apa dia?” Aku bertanya balik. “Apa pandangan awak tentang open marriage?”
Aku terus bangun dan keluar dari kafe itu.
-
 Aku merendam tangan ke dalam kolam fountain tidak jauh dari kafe sambil duduk di tepi kolam. Kerana tak mahu betah, tak mahu dilabel anak durhaka, tak mahu kena tulah, aku ikutkan juga kehendak umi dan pergi bertemu calon-calon yang ditapis umi. Tapi semuanya.... Aku tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan.
“Rendam kaki dalam air dapat kurangkan tegang kat leher.” Tegur seseorang.
Aku menoleh. Seorang lelaki memakai t-shirt putih, seluar jeans, sneakers navy blue, dan memakai beanie hitam duduk di sebelah. Casing gitar terikat di belikat lelaki itu. Mungkin cara aku pandang dia terlalu menusuk dan tajam, dia berdehem dan mengulangi kata-katanya tadi. “Rendam?” Tanya aku bodoh. Dua kali dia ulang. Tapi disebabkan aku tak fokus kerana terkedu dengan keselambaan lelaki itu menegur aku, apa dia cakap, satu pun tak masuk dalam kepala.
“Ya, rendam kaki awak dalam air tu. Boleh legakan urat tegang kat leher.” Angguk dia sambil jari telunjuknya ditala ke lehernya sendiri. Aku mengerutkan dahi. “Siapa cakap saya stress?” Aku memandangnya atas bawah. Lelaki itu mencabut kasut sneakersnya, melipat seluar jeans hingga ke betis dan merendam kakinya ke dalam air sambil duduk di sebelah aku. Aku memandangnya untuk beberapa saat sebelum Flip flop aku tanggalkan dan perlahan-lahan aku masukkan kaki aku ke dalam air. Masya Allah.... nikmatnya.
“Pop veins all gone.” Beritahu lelaki itu sambil menunjuk ke arah dahi aku. Aku memegang dahi sebelum akhirnya tanpa aku sangka, aku tersenyum. Ya, aku tersenyum, betul-betul senyum buat pertama kalinya hari ini. “There you go.” Ujar lelaki itu ceria.
Aku memandangnya sekilas. “Awak nampak saya—”
“Interview 50 orang lelaki. No, not really. Tapi saya nampak urat sebesar ibu jari saya kat dahi awak as soon as you walked out of the cafe.” Balas lelaki itu selamba. Aku tergelak besar. “That bad huh?” Aku dapat bayangkan betapa jengkel muka aku masa itu. “I’ve seen worse.” Ujarnya sambil melayang senyuman nipis. Terus mata aku tertarik pada lesung pipit yang terbentuk dalam pada kedua pipinya. Macam parentesis. Dalam dan panjang.
“Awak mesti fikir saya ni perempuan jalang bajet hot perasan cantik mainkan lelaki bagaikan?” Aku tunduk sambil melepaskan satu keluhan yang terlalu berat. “Taklah. Saya fikir awak majikan yang tengah interview orang.” Balas lelaki itu sambil menggeleng kepala. “You don’t think I’m a.... excuse my language, a slutty bitch?” Aku menoleh, mahu lihat reaksi wajah lelaki itu. Tanpa aku sangka, lelaki berlesung pipit itu ketawa besar. Sangat besar sehingga terkebelakang tubuhnya, nyaris tergolek keluar dari kolam kalau bukan kerana tangannya yang kejap memegang tepi kolam.
“Saya ada date dengan 50 orang lelaki, dalam masa satu hari! That should qualify me to be one.” Tambah aku cuba merasionalkan pertanyaan aku tadi. Lelaki itu menggeleng kepala sambil mengekalkan parentesis di kedua belah pipinya. “A slutty bitch won’t bring a third person as a witness or guardian when going for a date. Plus, it was not a date. Not nearly a date.” Balas lelaki itu dengan alasan munasabah. Aku memandangnya lagi. “Kalau bukan date, apa dia?”
“Interview.” Balasnya pendek dan selamba. Aku ketawa kecil. Interview pun boleh. “So, siapa awak nak ‘recruit’ di antara 50 tu?” Tanya lelaki berlesung pipit itu sambil kakinya mengecak air. Aku berhenti ketawa. Rasa terhimpit dada memikirkan soal nak mencari jodoh ni. “Takda siapa. Semua tak bagi saya spark.” Balas aku lemah.
“Spark? Maksudnya?” Lelaki itu menjungkit sebelah kening. Sebelah kakinya mengecak air ke arah aku dan secara refleks aku cuba mengelak dari terkena percikan air yang dikecak kakinya. Aku mengecilkan mata, memberi amaran padanya. Spark? Hmm. Macam mana nak jelaskan ya?
“Okay. Macam bila kita nak beli barang, kita akan beli barang yang bagi kita spark. Contoh masa saya nak beli skirt ni. Berpuluh skirt dalam kedai, tapi mata saya nampak skirt ni je. Bila saya pandang skirt ni, terus hati saya dah terpaut. Once saya pegang kain dia, saya rasa elektrik satu badan. Bila saya pakai, saya tahu, ha this is the one.” Jelas aku panjang lebar. Skirt kelabu gelap labuh yang tersarung di tubuh aku pegang.
“So basically finding a spouse is like shopping to you? God, woman.” Seloroh lelaki itu sambil menjulingkan mata ke langit. Aku tahu dia bergurau walaupun dia cuba mengekalkan riak serius di wajahnya. Aku ketawa kecil. “It’s a metaphore, silly.”
Lelaki itu terangguk-angguk sambil meluruskan kedua kakinya di atas permukaan air. Aku membiarkan mata aku meliar ke bulu-bulu roma panjang dan tebal yang melekat pada kulit kakinya. Sama macam Naufal, banyak bulu kaki, sama macam aku juga, lebat. Ngaaa... Silap-silap bulu kaki aku lagi banyak dari dia. Kalah hutan tropika. Ammaa... Dalam diam aku cuba mengingat, aku dah wax kaki ke belum? Rasa insecure mula menguasai dada.
“So according to your brilliant metaphore, did any of those 50 guys give you a spark?” Soalnya cuba menyembunyikan nada gurau yang menari dalam setiap perkataan yang dituturnya. Aku menghalau cubaan mengingat bulu roma di kaki aku sebelum menggeleng kepala. “None. Zero. Awak rasa kenapa?” Aku memandang rambut halus yang curi-curi keluar dari beanie hitam yang tersarung di kepalanya pula. Entah kenapa aku rasa mahu tarik beanie tu, cabut, dan lihat rambut dia jatuh di atas dahi.
“Sebab mata diaorang mati.” Balas lelaki itu pendek.
Aku berkerut. Tumpuan aku tidak lagi pada beanie dia. “Meaning?”
“Meaning diaorang tak passionate untuk kenal awak. They’re not good enough for you.” Ujar lelaki itu tenang. Gayanya seperti Fadhilah Kamsah. Aku tersenyum meleret. Siapa tak bahagia bila dipuji melambung macam tu? Tak passionate untuk kenal aku. Waduhhh.
“All of them? Semua not good enough for me?” Aku bertanya.
“Nope.” Dia menggeleng yakin.
“Kalau semua tak good enough for me sampai mati pun saya tak kahwin. Peningnya. Ada la sorang dua yang boleh tahanlah. Tapi still... You know. Adoi. Nak pilih yang mana pun saya tak tahu. Ya Allah siapa yang patut aku pilih ni?” Aku dapat membayangkan wajah bengis umi kalau dia dapat tahu calon-calon dia pilih, semuanya aku tolak mentah-mentah.
“Saya.” Lelaki berparentesis itu menegakkan tubuhnya tiba-tiba. Tangan kanannya terlekap ke dada. Aku berkerut. “Apa?” Aku menyorot mata ke wajahnya sambil melontar pandangan pelik, hairan dan bingung. “Saya. Pilih saya.” Kata lelaki itu tanpa secuit nada gurau. Dengan selambanya. Yakin. Tenang. Seperti sedang memberi salam. 
Aku tak terkata. “Err.. Kita.. Tapi...” Aku menelan air liur.
“Tapi... Err.. Saya tak kenal awak.” Balas aku kalut.
“Awak tak kenal 50 orang tu juga.”
Okay, aku dah terjerat. Shoot, kenapa lelaki ni bijak sangat!?
“Awak serius ke? Sebab saya rasa dengan muka saya berminyak, puaka macam ni. Imagine dari pagi sampai pukul berapa—” Jam di tangan aku belek. “—shoot, 3.40!” Panik. Serangan panik. Aku mula tak keruan. Serta-merta aku bangun dan keluar dari kolam. “Tak solat lagi?” Tanya lelaki itu bersahaja, masih lagi menayang lesung pipit dia sambil memerhatikan aku penuh.... kagum (?). Tak, tak mungkin kagum. Pandangan penuh hairan. Ya hairan. Seolah macam aku ni spesies badut warna-warni yang dia pertama kali jumpa.
“Lupa gila! Ya Allah apa nak jadi dengan aku ni Ya Allah dah nyanyuk agaknya. Sorry awak, saya kena—thank you by the way for.. for...” Otak aku tak mampu berfikir. Flip flop aku sarung pantas dan sebelum gerak pergi aku melambai sambil menayang muka ‘rasa-bersalah-tinggalkan-awak-tapi-damn-saya-tak-solat-lagi’.
Lelaki itu mengangguk. “Saya Hadi.”
Aku berhenti kalut. Untuk beberapa saat aku pandang muka lelaki itu.
“Akira. Saya Akira.”

Rosebud says:
My absolute favorite part was when both of them put their feet in the water sambil kecah kecahkan air. what's yours?





Comments

Popular posts from this blog

Aku bukan Hana Tajima! 52

Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh. “Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam ni ya?) “Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni, apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau kau pergi, takkan s...

Projek 3 : H + A = Bahagian 7

Akira Dia ketawa. Dan aku tak mampu alihkan mata dari terus menikmati kedalaman lesung pipit parentesis yang terbenam di kedua belah pipinya. Ya Allah Aki, dia pensyarah kau kot. He’s the bloody Sir McGrumpy! Takkan ada spark kat mamat grumpy ni kot? Aku menarik getah rambut dan membiarkan rambut aku mengurai melepasi bahu. Dalam kelas tadi, seperti dijangka, dari Hadi the busker , dia berubah jadi Sir McGrumpy . Dan aku berdengus meluat. Satu kelas kena soal, kena maki dan kena jentik kepala. Dan kali ni dia bagi soalan mencabar keimanan. Can fish have a fever? Kepala bana dia tanya soalan KBAT macam ni. Apa kena mengena ikan demam dengan biomolekular? Dan markahnya 30 markah! Wargh betul rasa nak nangis. Lagi seronok, dia suruh hantar esok pagi pukul 7 tepat di pigeon hole dia. Kepala berjambul betul la. Haru dapat pensyarah zalim macam ni. Sejurus selepas dia bagi assignment gila ni, sempat dia menghantar pandangan ‘kata-aku-SirMcGrumpy-lagikan-sekarang-rasakan!’ ke arah...

Aku bukan Hana Tajima! 54

Tok tok. “Akak, sorry kacau.” Wajah Adibah muncul di sebalik muka pintu. Hana mendongak. Jarinya berhenti menekan papan kekunci laptop. “Ada apa Dibah?” Matanya menjamah wajah sentiasa ceria pekerjanya itu. “Akak busy ke? Dibah masuk boleh?” Tanya Adibah sambil memberi isyarat mahu masuk ke dalam pejabat Hana yang terletak di antara ruang depan kedai dan dapur. Nada suaranya seperti nursery rhymes , naik turun oktafnya, berirama. “Ya busy. Kenapa Dibah?” Mata Hana mencerun memerhatikan langkah selamba remaja itu yang terus masuk dan duduk di sofa sambil menepuk-nepuk ruang di sisinya, menyuruh Hana duduk sekali. “Duduklah sini kak. Hal penting ni nak cakap.” Pinta remaja itu. Hana menjungkit sebelah kening. Perasaan ragu-ragu membuak-buak dalam hatinya. Yelah, Adibah ni bukan boleh percaya sangat. Datang mental dia, jenuh nak melayan. “Nak minta cuti ke?” Duga Hana sambil melangkah ke arah remaja itu. Adibah menggeleng kepala. “Hish ke situ pula akak ni...