Skip to main content

Projek 3 : H + A = Bahagian 4

Hadi
“Akira..” Aku memegang rahang yang terasa lenguh, lenguh kerana tak berhenti sengih sejak tadi. Macam budak sekolah baru akhir baligh, aku tak boleh berhenti senyum. Siapa aku nak bohong?
I like her. A lot.
Pagi tadi aku terus buka page Facebook dan baca satu postpost terkini. Pukul 7.30 pagi di The Mad’s Lab Kafe: Pertemuan dengan 50 orang calon terpilih. Siapa gadis itu, wajah dia, biodata dia, aku tak mahu baca. Aku tak mahu spoiler. Entah kenapa, aku ada odd instinct tentang gadis ni. A good kind of odd instinct. Aku dapat rasakan aku boleh ngam dengan dia. Perkara pertama yang menarik minat aku ialah, mak dia buat group untuk carikan dia jodoh. Itu dah wow-factor bagi aku. Kedua, macam mana gadis itu boleh setuju dengan modus operandi gila mak dia ni?
Oh I gotta meet this girl.
Pukul 7 aku tiba. Hannah, pemilik kafe The Mad’s Lab menegur aku ramah. Di sebelahnya, Daim—seorang lelaki tinggi lampai memandang aku sebelum mengangguk sekali. Aku kira itu caranya menegur aku cara baik sambil menyelitkan amaran, ‘Jangan kacau isteri aku.’
Warning’s taken mate.
Aku sekadar tersenyum kekok. Tak sampai lima minit kemudian, Hannah menghampiri aku dan memberi secawan koko panas. “Thanks Hannah.” Ucap aku terharu. Hannah, satu-satunya owner kedai yang bagi aku peluang busking di kedainya tanpa banyak songeh, tanpa minta dibayar, tanpa kerenah. Very simple lady dan very not available. Aku teringat pandangan membunuh lelaki tinggi lampai tadi. Meremang bulu tengkuk.
“Anything for my favorite busker.” Angguknya sebelum kembali ke dapur kafe. Pukul 7.20 tepat, seorang gadis berjalan ke arah kafe. Sebaik saja dia tiba di depan pintu kafe, gadis itu membelek wajahnya di dinding kafe yang diperbuat daripada one-way mirror – cermin yang membenarkan orang dalam boleh nampak orang di luar, tapi orang di luar clueless tentang kondisi di dalam kedai.
Aku memerhatikan gadis itu merapikan rambutnya yang diikat lose ponytail, mengemaskan skirt kelabu gelap labuh dan meratakan blaus putih yang tersarung di tubuhnya. Setelah berpuas hati, gadis itu masuk ke dalam kedai dan duduk di bahagian tepi dinding kaca. Aku tengok dia lama-lama.  
Aku tahu dia gemuruh. Sangat gemuruh. Kakinya tak boleh berhenti bergoyang, tumit Flip flop dipakainya menghentak lantai kayu kafe, menghasilkan bunyi halus. Jarinya mengutil kulit mati di sekeliling jari-jarinya yang lain. Setiap sepuluh saat, dia akan mengetap bibir, mengigit bibir bawahnya sampai berubah warna, warna merah. Dan setiap lima belas saat dia akan mengesat manik-manik peluh di pelipis dan philtrum bibirnya dengan tisu walaupun dalam kafe ni boleh sejuk beku dihembus angin hawa dingin. Lima minit kemudian, masuk seorang perempuan tinggi lampai dan serta-merta riak cemas yang sejak tadinya mewarnai wajah gadis itu berganti dengan riak lega. Sangat lega.
Gadis itu bangun dan menarik perempuan tinggi lampai itu duduk di sebelah kanannya. Tidak lama kemudian, seorang demi seorang lelaki masuk dan ditemuramah. Masuk calon ke 12, aku bangun dan keluar dari kafe. Dari jauh aku bermain gitar, busking sambil mata aku tertancap pada satu gadis yang sedang menemu ramah lelaki di sebalik dinding kaca.
  
Akira
Senyuman parentesis. Aku tersengih panjang.
“Hoi! Berangan!” Erika menyiku pinggang aku. Hand bag diletakkan atas meja. “Mana ada. Aku tengah serabut fikir pasal proposal aku ni.” Balas aku cuba berlagak seperti seorang pelajar sarjana yang sedang serabut dengan hal-hal projek dan tesis. “Proposal jadahnya. Kau baru masuk belajar. Kau tak payah nak kelentong aku Aki. Cepat cerita pasal calon-calon suami kau.” Erika menumbuk bahu aku. “Ya Allah. Satu pun tak boleh pakai. Ke laut semua. Aku rasa umi tapis diaorang based on muka la. Majoriti muka not bad. Tapi personaliti jahanam. Adoi umi ni..” Keluhan aku bersalut kekecewaan.
“Cakaplah dengan umi macam tu.” Erika menguap besar. Laju tangan aku menutup mulutnya. Umi selalu pesan, menguap tu datang dari syaitan. Kena tutup mulut tak mahu bagi syaitan masuk. “Kau gila? Makan double penyepak aku nanti.” Aku betul-betul runsing. Kenapalah umi beriya nak carikan jodoh untuk aku? Punyalah aman damai hidup aku selama ni. “Ala tenang sudah. Insya Allah, ada tu jodoh kau. Instinct aku kuat cakap jodoh kau baik. Tak payah pening. Dah pergi masuk kelas. Nanti masuk lambat kena maki dengan pensyarah, salahkan aku pula. Perangai macam harem.” Erika bangun dan menunjal bahu aku.
“Ah kau, tak habis-habis dengan instinct cabuk kau tu.” Aku menjeling geram. Jadahnya jodoh baik. 50 orang lelaki, tak ada seorang pun yang okay. Jangankan okay, suam-suam kuku pun tak ada! Erika ketawa besar. “Kau tahukan betapa keramatnya instinct aku. Dah pergi belajar do-re-mi. Aku nak kejar jumpa client ni. Taa.” Pipi aku dilaga dengan pipinya. Aku mencebik.
“Singgah dua saat je, lepas tu blah. Baik tak payah datang.” Bebel aku geram. Datang fakulti aku sekejap, lepas tu nak gerak pergi dah. “Aku kerja ngok. Kau tu ada kelas. Weekend kita jumpa lagi kan? Dah bye.”Marah  Erika sebelum berjalan pergi. Aku menghentak dahi ke meja. Umi mahukan update malam esok. Apa aku nak goreng ni?
“Masih tak jumpa spark lagi?” Satu suara menenangkan tegur dari tepi.

Hadi
Aku membalas senyuman pelajar-pelajar yang lalu-lalang, tunduk hormat dan memberi salam kepada aku. Sambil memegang perut, aku berjalan ke arah kafeteria fakulti. “Macam biasa Hadi?” Tanya mak cik kafeteria yang sampai hari ni aku tak tahu namanya. “Macam biasa la mak cik.” Angguk aku sambil mengeluarkan sekeping not hijau lima ringgit. “Nasi lemak nak telur kerbau ke rebus?” Tanya mak cik kafe. “Kobau.” Balas aku pendek.
“Morning Hadi.” Sapa Diyana, rakan sekerja aku, muncul di sebelah sambil meletakkan pinggan berisi mee goreng di atas meja kaunter. “Morning D.” Aku memaksa segaris senyuman nipis. Aku mengeluarkan satu lagi keping not lima ringgit. “Kopi-o dengan nasi lemak.” Mak cik kafe menghulurkan minuman dan nasi lemak kepada aku. “You minum apa?” Aku menoleh, mahu memandang Diyana, namun mata aku terpandang satu wajah yang menjadi penyebab tidur aku tak lena malam tadi dan terus terpaku padanya.
“Hadi?” Diyana memegang lengan aku. Aku memandang Diyana, tersedar dari minda separa sedar. “Ha?” Aku menjungkit kening. “You okay tak?” Diyana bertanya bimbang. “Okay. Mak cik, kira dengan D punya sekali.” Pinta aku sambil menghulurkan dua keping not lima ringgit kepada mak cik kafe. “Thanks Hadi. So hari ni you ada kelas sampai petang?” Tanya Diyana, cuba ajak berborak. Mata galaknya membelek wajah aku lama.
Aku mengangguk. “Macam biasa.”
Mak cik kafe memberi aku wang baki. “Terima kasih mak cik. D, I gerak dulu.” Aku memandang Diyana sekilas sebelum terus bergerak menuju ke sebuah meja yang di duduki seorang gadis.
-
“Masih tak jumpa spark lagi?” Soal aku sambil duduk setentang dengannya. Pinggan berisi nasi lemak dan gelas kopi-o aku letak atas meja. Akira memandang aku dengan sepasang mata hitam yang terbuntang luas.
“H-Hadi!” Bibirnya juga terbuka luas, seluas mata hitamnya.
Dia ingat nama aku. Perlahan-lahan aku biarkan senyuman terbentuk di wajah. “Dah breakfast? Nak apa? Nasi lemak ke roti canai?” Aku sudah mengangkat tangan, memberi isyarat kepada mak cik kafe—nasi lemak satu. “A-Apa awak buat kat sini?” Akira masih tak berkelip memandang aku. “Makan.” Balas aku pendek. Riak terkejut masih melekat di wajahnya. Aku memandang buku Molecular Biology di atas meja di sebelah begnya. “Awak student Bio?” Aku memandang wajah masih terkejut Akira. Dia mengangguk sekali. “Awak student sini juga?” Dia bertanya perlahan. Suaranya seperti angin, seperti tersekat di kerongkong.
“Nah minum. Kasi lega sikit tekak.” Aku meletakkan gelas kopi-o dekat dengannya.  Akira memandang aku pelik. Matanya hitamnya masih membulat besar merenung aku. “Stop freaking out. I’m not a stalker. I’m as surprised as you are. Tak sangka kita jumpa kat sini. Kecik dunia.” Aku dapat membaca apa yang bermain di fikiran dia. Akira mengunci pandangannya untuk beberapa detik sebelum perlahan-lahan sorotan pandangannya mulai lembut.
“Awak busking kat sini juga ke? Mana gitar? Saya ingat fakulti tak bagi buskers perform sini.” Akira tersenyum kepada mak cik kafe yang sedang meletakkan pinggan berisi nasi lemak di hadapannya. Aku hanya ketawa kecil. Kadang-kala, budak-budak muzik, budak-budak band akan pelawa aku busking sekali. Nak dapat markah lebih katanya. Busking di tepi jalan, di kafe, di bus stop dan di pondok pengawal.
“Gitar ada dalam kereta. So, any sparks with the males population yet?” Aku menyuap nasi lemak ke dalam mulut. Akira menarik senyum hambar. “Noo...” Balasnya kedengaran penat. “Nanti lama-lama ada la tu.” Balas aku cuba menenangkan perasaannya. Aku tahu dia serabut. Wajahnya saja dah cukup beritahu satu dunia betapa kusutnya fikirannya ketika ini.
“Umi mesti mengamuk punya. Adoi.” Akira mengurut pelipis sambil memejam mata. “Umi awak paksa awak buat semua ni?” Aku bertanya, cuba kedengaran sekasual mungkin. Akira menyelak rambutnya ke belakang telinga. “Nak kata paksa, taklah. Tapi dia yang set up group kat Facebook untuk cari jodoh. For me. Urgh. Nak tak nak saya terpaksalah ikutkan saja kehendak dia. Umi punya mandat, jangan bawa main.” Cerita Akira sambil memeluk lengan.
“And you’re okay with it?” Aku memandangnya, mahu lihat reaksi gadis itu. “Do I look like I’m okay with it?” Soalnya semula dengan wajah jengkel. Aku menjungkit bahu. “You tell me. Awak interviewed 50 orang. Nampak macam okay.” Balas aku sengaja memprovok. “Macam saya cakap tadi, mandat seorang mak.” Akira menghirup kopi-o. Kopi-o aku. Aku tersenyum nipis. Rasa senang terasa memenuhi dada aku.
“Oh shoot!” Akira berubah tak keruan. Telefon, botol air dan buku Molecular Biology diambil dan disumbat ke dalam beg. Bila begnya tak boleh dizip, buku setebal 3 inci itu dikeluarkan dan dikepit ke celah lengan. “Late for kelas?” Aku cuba meneka walaupun sebenarnya aku tahu jawapannya. Akira berhenti kalut dan matanya terpaku lama pada nasi lemak yang tak berusik. “Don’t worry, I’ll take care of it.” Aku mengangguk, sekali lagi dapat membaca riak wajahnya.
Akira mengeluh lega. “Sorry sangat Hadi. Anyway, see you again, dunno when, but I think we will, soon, maybe.. I don’t.. know when.. tapi..” Akira menggaru kepala. Wajahnya semakin panik. “Akira. Pergi masuk kelas cepat sebelum lecturer awak penggal kepala awak.” Aku menggerakkan kepala ke pintu kafe, menyuruhnya pergi cepat dan tak perlu risau tentang cuba menjaga hati dan perasaan aku.
Akira menghadiahkan aku satu senyuman penuh penghargaan sebelum berlari anak keluar dari kafe. Sebelum dia menutup pintu, gadis itu menggerakkan bibir, mengucapkan sesuatu. “You’re welcome.” Aku mengangkat tangan kanan, melambai. Gelas berisi kopi-o aku bawa ke bibir, ke bahagian tercalit bekas lip balm.

Akira
Aku berlari dan berhenti mengejut di hadapan pintu kayu kelas. Budak Master by taught perlu hadiri kelas, macam budak undergraduate. Cuma, budak Master tak perlu hadiri kuliah. Cukup sekadar kelas. Dan satu kelas tak lebih dari sepuluh orang. Sepuluh orang itu pun dah kira cukup ramai sebenarnya. Dan juga, satu subjek diajar makan masa 3 jam. Jadi tak hairanlah bila tengok jadual, satu kelas satu hari. Tapi satu kelas 3 jam. Memang mereputlah aku dengar pensyarah membebel kat depan. Argh!
Aku pegang dada, cuba tenangkan otot jantung aku yang mengepam laju. Tolonglah Tuhan, pensyarah tak masuk lagi. Molecular Biology—satu-satunya subjek yang aku belum pernah jumpa pensyarahnya dan juga satu-satunya subjek aku tak pernah belajar. It’s totally alien for me. Ni kali pertama masuk kelas Molecular Biology. Itu pasal aku gigih bawa buku setebal 3 inci ni. Sebab tak pernah belajar. Aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan sepanjang mungkin. Perlahan-lahan aku menolak daun pintu dan Sarah serta beberapa orang pelajar lain mendongak memandang aku dengan wajah pucat membiru.
“Damn la Akira. Ingatkan Prof tadi.” Sarah mengeluh lega. Pelajar-pelajar lain turut sama hela nafas lega. Aku ketawa mengekeh. “Tau pucat muka kau. Kau lukis apa?” Aku mencampak beg atas meja dan menarik kertas di atas meja Sarah. Gambar perempuan berambut panjang bertocang berpakaian armor besi sambil melompat tinggi dari bangunan sambil menghunus pedang menjunam ke bawah. Epik.
“Kau patut tukar course la Sarah. Pergi masuk fakulti A&D. Kau masuk fakulti Sains tak ke mana weh. Kau masuk fac A&D, confirm DL setiap sem. Konvo nanti dapat simpang, dapat duit, dapat nama. Silap-silap dapat jodoh. Haaa.” Aku menarik kerusi dan duduk menyilang kaki. Botol air dan telefon aku keluarkan dari beg.
“Weh aku nampak group Husband Hunting kau kat Facebook tu.” Bisik Sarah segera menukar topik. Rahang aku jatuh. Kepala aku toleh ke arahnya. “How in the world did you find out?” Aku memandang sekeliling. Rakan-rakan sekelas lain sedang leka berbual-bual dan bergosip. Syukur diaorang tak dengar.
“Aku pun nampak juga Aki.” Sampuk Ben di belakang. Serentak aku dan Sarah menoleh ke belakang, memandangnya yang sedang memeluk tubuh sambil menjungkit kerusi, mengimbangi atas dua kaki kerusi. Oh aku harap kerusi itu sabotaj dia, patah dua, biar dia tersungkur ke belakang!
“Siapa lagi tahu pasal ni? No, scratch that. Siapa lagi yang TAK tahu pasal ni?” Aku tak kuasa nak menyembunyikan kesinisan suara. Ben ketawa kecil. “Akira, aku nak join calon-calon tu boleh?” Pintanya sambil membongkok ke hadapan, ke arah aku. Terus aku tunjal dahinya jauh. “Kau ingat ni persatuan calon suami aku ke ha?” Gila punya jantan.
“Kau jumpa tak mana-mana yang berkenan di hati?” Sarah tersenyum lebar sambil menyilang kaki. Kedua keningnya digerak ke atas dan ke bawah bergilir-gilir. “Mestilah tak.” Aku menyandar pada kerusi. “Aki, the right man is here.” Ben menjentik bahu aku. “Siapa tu Benjamin al Bongoki?” Soal aku bosan. Aku tahu apa si mangkuk Ben ni nak jawab. Nak kata diri dia sendiri la tu. Muka berlagak dia dah cukup dah beritahu aku. Belum pun sempat Ben membalas, pintu kelas terbuka dan...
“Assalamualaikum. Sorry lambat. I kena habiskan dua pinggan nasi lemak.”

Dan rahang aku tergolek-golek jatuh atas lantai.

Rosebud says:
If you guys want to imagine how Hadi is as a character, you might want to watch Jack Pearson in This Is Us. Yup. Totally Hadi as I had him first time I thought about him in my head years ago. Hadi as a person, a husband and a father. sama wehhh. enjoy :)

On the side note, please watch This Is Us ----the best series ever produced!

Comments

Popular posts from this blog

Aku bukan Hana Tajima! 52

Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh. “Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam ni ya?) “Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni, apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau kau pergi, takkan s...

Projek 3 : H + A = Bahagian 7

Akira Dia ketawa. Dan aku tak mampu alihkan mata dari terus menikmati kedalaman lesung pipit parentesis yang terbenam di kedua belah pipinya. Ya Allah Aki, dia pensyarah kau kot. He’s the bloody Sir McGrumpy! Takkan ada spark kat mamat grumpy ni kot? Aku menarik getah rambut dan membiarkan rambut aku mengurai melepasi bahu. Dalam kelas tadi, seperti dijangka, dari Hadi the busker , dia berubah jadi Sir McGrumpy . Dan aku berdengus meluat. Satu kelas kena soal, kena maki dan kena jentik kepala. Dan kali ni dia bagi soalan mencabar keimanan. Can fish have a fever? Kepala bana dia tanya soalan KBAT macam ni. Apa kena mengena ikan demam dengan biomolekular? Dan markahnya 30 markah! Wargh betul rasa nak nangis. Lagi seronok, dia suruh hantar esok pagi pukul 7 tepat di pigeon hole dia. Kepala berjambul betul la. Haru dapat pensyarah zalim macam ni. Sejurus selepas dia bagi assignment gila ni, sempat dia menghantar pandangan ‘kata-aku-SirMcGrumpy-lagikan-sekarang-rasakan!’ ke arah...

Aku bukan Hana Tajima! 54

Tok tok. “Akak, sorry kacau.” Wajah Adibah muncul di sebalik muka pintu. Hana mendongak. Jarinya berhenti menekan papan kekunci laptop. “Ada apa Dibah?” Matanya menjamah wajah sentiasa ceria pekerjanya itu. “Akak busy ke? Dibah masuk boleh?” Tanya Adibah sambil memberi isyarat mahu masuk ke dalam pejabat Hana yang terletak di antara ruang depan kedai dan dapur. Nada suaranya seperti nursery rhymes , naik turun oktafnya, berirama. “Ya busy. Kenapa Dibah?” Mata Hana mencerun memerhatikan langkah selamba remaja itu yang terus masuk dan duduk di sofa sambil menepuk-nepuk ruang di sisinya, menyuruh Hana duduk sekali. “Duduklah sini kak. Hal penting ni nak cakap.” Pinta remaja itu. Hana menjungkit sebelah kening. Perasaan ragu-ragu membuak-buak dalam hatinya. Yelah, Adibah ni bukan boleh percaya sangat. Datang mental dia, jenuh nak melayan. “Nak minta cuti ke?” Duga Hana sambil melangkah ke arah remaja itu. Adibah menggeleng kepala. “Hish ke situ pula akak ni...