Skip to main content

Projek 3 : H + A = Bahagian 6

Hadi
Aku mengeliat besar. Bahu aku yang terasa sengal aku urut-urut. Lebih 3 jam aku menghadap komputer, membina slides powerpoint dan membina soalan-soalan peperiksaan untuk pelajar-pelajar undergraduate dan postgraduate. Cakap pasal pelajar postgraduate... Aku menekan butang keyboard dan sign in ke dalam email. Beribu email dalam Inbox. Jenuhnya nak hadap. Majoriti daripada pelajar-pelajar tahun akhir yang sedang menyiapkan tesis, pelajar yang minta slides, nota, latihan, bertanya carry marks, bertanya soalan apa keluar exam, bila pop quiz, bertanya itu dan ini. Ah malas aku nak melayan. Aku skrol ke bawah mencari satu nama. Ke bawah, bawah, bawah.... Ha, jumpa pun!
Nur Akira Huriyyah. Hui sedap nama.
Aku klik dan buka email yang dihantar pelajar aku yang seorang ni. Siang tadi aku hantar email ke semua pelajar post-graduate aku, mengingatkan mereka supaya emailkan assignment bertaip yang aku paksa mereka siapkan. Assignment yang bernilai 25 markah. Aku mahukan soft copy dan juga hard copy. Aku download assignment yang dia hantar dan membukanya. Aku membaca sekali imbas sambil tangan aku mencapai kopi-o di tepi lap top. Perlahan-lahan aku hirup.
Hm boleh tahan. Jawapan Akira bukan jawapan Mr. Google. Lenggok penjelasannya terhasil daripada berjam-jam memerah neuron dalam kepala supaya memancarkan elektrik dengan lebih pantas, menghubungkan lebih banyak sel-sel saraf. Aku menarik senyum bangga. Dia fokus dalam kelas. Walaupun dia tengah berang dengan aku, dia masih beri tumpuan. Aku menutup assignment dia dan sign out dari email. Aku tersandar pada kerusi sebelum menghabiskan kopi-o yang masih berbaki hingga ke titisan yang terakhir. Ya Allah, aku perlu mandi. Aku perlu segarkan urat-urat yang bersimpul di bawah kulit.
Krukk.
Dan makan. Ya, aku perlu makan juga.
Baru saja aku nak tutup lap top, tiba-tiba Web Whatsapp aku berbunyi. Aku kembali duduk menghadap lap top.
Ir_Chanel: Hellooooo doc!
Aku tersenyum. Arij! Lama tak dengar khabar budak bertuah ni.
A.HaD: Helo budak wangi. Assalamualaikum 👋
Aku cuba mengingati perkataan Jepun yang dia pernah ajar aku dulu. Maksudnya, lama tak jumpa. Apa dia? Hisaburi? Hashiburi? Aku menaip apa yang ada dalam kepala. Taram saja la.
A.HaD: Hisashiburi                                     
Ir_Chanel: Wahhh. Anata no nihon-go wa ii desu ne! 👍
Ah sudah. Dia dah mula karang bahasa Jepun dia. Aku menghentak huruf-huruf pada butang papan kekunci.
A.HaD: No idea wtf you just said
Ir_Chanel: Language doc 🚫
Ir_Chanel: I said your Jap is good 👍👍👍
Ir_Chanel: How’s class? Busy sangat ke sampai takda masa nak chat dengan I       
Aku menarik senyum nipis. Arij cukup tak suka bila aku mencarut. Asal aku bagi bom-F, berkajang nasihat dia akan bebelkan. Agak ajaib kali ini dia sekadar menegur satu ayat dan kemudian menukar topik.
A.HaD: Ok
Ir_Chanel: Ok je? C’mon doc, give me some sugar  💋 💋💋
Aku ketawa besar. Arij gila-gila orangnya. Kali pertama jumpa dia dulu, aku tak berkedip tengok muka dia. Cantik. Sangat cantik. Muka kacukan, ala macam pelakon Fathia tu. Memang cantik. Dan sebagai seorang lelaki Melayu sejati, aku tak melepaskan peluang menabur ayat manis pada dia, nak menghubungkan silaturrahim la katakan. Sekali bila dah berkenalan, hm, masuk air rupanya.
A.HaD: I can’t. Nanti you diabetik
Ir_Chanel: 😒 😒 😒
 A.HaD: Hahaha. How are you? Still 🏊 in the river of perfume?
Ir_Chanel: Ofkos. Tiap-tiap hari I 🏊 dalam Coco by Chanel kot
A.HaD: Kaya takpa. Funding berjuta kan
Ir_Chanel: Nak ke? Nanti I pos sebotol dua kat you
A.HaD: Eh tak payah. Yang you bagi dulu pun tak habis lagi
Botol hitam-kelabu Burberry Brit di atas meja aku kerling sekilas. Banyak lagi. Tak terluak pun. Ada nak bagi lagi sebotol dua. Nak aku berhenti kerja lepas tu jual minyak wangi ke apa dia ni?
A.HaD: You macam mana kat sana? Ok?
Ir-Chanel: I ok je. Makin sihat 💃
Aku ketawa lagi. Seingat aku, Arij tak gemuk tak kurus. Cantik je potongan badan dia. Curvy. Mungkin sekarang dah semakin berisi. Aku cuba membayangkan Arij berisi. Hm tetap cantik. Dan menggetarkan dada.
A.HaD: Bila nak kahwin? I tak sabar nak makan nasi minyak onigiri 🍙
Ir_Chanel: I tunggu you minang I la 👰
Ir_Chanel: Bila nak masuk meminang ni? 💍 Berjanggut I tunggu
Aku menggeleng kepala baca ayat Arij. Nakal tak sudah. Asal chat dengan aku je tanya benda yang sama, bila aku nak masuk meminang dia? Aku masuk meminang betul-betul nanti baru tau langit tu tinggi ke rendah!
A.HaD: Tak nak I kena kejar dengan cowok mata sepet you kat sana
Ir_Chanel: I mana ada cowok kat sini. I tunggu you ni haa. Cepatlah masuk meminang
Aku menjungkit kening. Dia ingat masuk meminang ni macam pos surat ke? Pergi pejabat pos, tampal setem, hantar surat. Esok lusa dah sampai. Dahlah kau tu kat bahagian paling timur bumi.
A.HaD: Mental la you
Ir_Chanel: Doc, hujung tahun ni I balik Malaysia. Sila countdown
A.HaD: For good?
Ir_Chanel: You rasa?
A.HaD: I rasa dah masanya you rasa azab kejatuhan ringgit kita
A.HaD: Asyik jimba dengan yen je. Meh rasa jimba dengan ringgit pulak
Ir_Chanel: I screenshot ayat you ni lepas tu send kat gov baru you tau
A.HaD: Freedom of speech what
Ir_Chanel: More like freedom of typing-whatever-comes-into-your-booty-head
Aku ketawa lagi. Ada saja perkataan canggih si Arij ni guna. Aku baru nak menekan butang keyboard bila bahu kiri aku terasa seperti terjerut. Serta-merta tangan aku mengurut bahu kiri. Petanda aku kena berhenti hadap lap top. Aku pantas menaip minta undur diri sebelum log out. Cawan kopi-o aku angkat dan bawa ke dapur.
God, I’m dead beat.

Akira
Menyeringai wajah aku bila Sarah menyiku lemak di pinggang. “Sakit tau tak?” Jerkah aku seraya berhenti menaip. Ya aku sedang mengalami angin puting beliung utara. Sebab? Sebab semua pensyarah bergabung tenaga memberi kami assignment. Dah tu markah tak nak kalah. 15, 20. Si Sir McGrumpy tu lagi puaka. 25 terus! Dan semua minta hantar secepat mungkin. Adoi, azabnya sambung belajar. Tapi itulah, nak merungut pun tak boleh. Sendiri yang buat keputusan nak sambung. Sekarang, hadaplah kau.
“Tahu pun sakit. Aku panggil banyak kali tak dengar.” Bebel Sarah dengan kerutan berlipat di dahinya. Aku menanggalkan earphone yang menutupi lubang telinga. Suara Ed Sheeran enak bermelodi dari corong earphone. Terjungkit kening Sarah memandang aku. “Padanlah tak dengar kita dok panggil dia. Kuatnya kau dengar! Ya Allah Akira! Boleh pecah gegendang telinga kau la!” Marah Sarah sambil menurunkan volume suara di Winamp.
Aku sekadar membiarkan dia mengemudi Winamp aku. Mata aku masih melekat pada assignment di skrin. Apa lagi aku nak goreng ni? “Aki, kau dah hantar assignment biomol?” Tanya Sarah setelah puas hati dengan volume suara yang dipilihnya. Aku mengangguk sekali. “Kau?” Soal aku tanpa mengalihkan pandangan dari lap top.
“Dah, dah. Biomol punya assignment aku siapkan dulu. Tak nak aku kena fire dengan carutan dia.” Balas Sarah. Aku mengangguk setuju. Wajah Hadi bermain di layar fikiran aku. Beza betul dengan waktu aku jumpa dia di kolam depan The Mad’s Lab kafe dulu. Dia garang nak mati kot dalam kelas. Tapi kadang-kadang pandai pula berjenaka. Itu pun bila dia melawak muka ais batu tu juga dia suka pasang. Kitaorang nak gelak pun takut-takut. Psiko betul.
“Aki aku dah join ‘Persatuan calon jodoh Akira’. Bila kau nak date dengan aku ni?” Suara nakal Ben menghalau wajah garang Hadi dari fikiran. Aku menoleh ke kiri, memandang Ben yang sedang tersengih-sengih sambil menompang pipinya atas telapak tangan kiri. Matanya menjamah serata wajah aku dalam-dalam. Bila masa dia muncul pun aku tak sedar. “Aku dah bubarkan persatuan tu.” Pendek aku beri noktah pada kegatalan Ben.
Dia menarik muka. “Ala kau ni Aki. Tak baik tau jual mahal. Nanti takda siapa nak pinang kau baru tau. Ni sementara aku ada, baik kau ambil kesempatan. Aki, ohhh Aki. Dengar tak? Akira. Oi Aki.” Ben mengulang nama aku dekat 40 kali. Aku pandang Sarah dan Sarah pandang aku semula. Aku yakin riak muka aku terpantul pada wajah Sarah. Riak muka meluat tahap nak cekik batang leher mamat tu.
“Ben, boleh tak kau diam? Sakit kepala aku la! Orang nak buat assignment pun tak tenang.” Desis aku dengan wajah masam mencuka. Aku tak perlu sembunyikan jengkel aku pada dia. Setakat Ben, tak payah jaga hati dan perasaan sangat. Ben ketawa meleret. “Siapa suruh boh layan aku? Kau tak siap assignment siapa? Hadi?” Soal Ben sambil menjengahkan mukanya ke skrin lap top aku.
Hadi? Aku mengerutkan dahi. Suka hati kau je panggil nama pensyarah macam tu. Ingat dia abang sedara kau ke? Datang idea nakal, aku terus tolak kasar kepala Ben ke arah skrin, biar melekat. Puas hati aku. Sarah dah terbahak-bahak ketawa. “Habis berminyak skrin lap top kau Aki.” Komen Sarah dengan tawa masih berbaki bila Ben menjauhkan wajahnya dari skrin dengan riak sebal terplaster. “Aha la. Weh Ben, boleh gorang cekodok weh.” Aku menambah kejam. Ben berdengus geram. Nak lawan dua perempuan? Sorilah brader, lu kena pancung la ceritanya.
“Aku lelaki yang sedang membesar. Kalenjar minyak aku terlebih aktif. Biasalah. Baru jantan.” Balas Ben tanpa segan silu. Aku menjulingkan mata ke langit. Ada je alasan nak menang. Lantak kau la Ben. Janji kau bahagia. “Assignment Hadi ke?” Ben mengulangi soalan yang sama. Aku menggeleng. “Biostat.” Balas aku pendek. Ben terangguk-angguk. “Nak aku tolong?” Dengan baik hati Ben offer diri. Mak datuk, suara kalah Mat Romeo.
Serentak aku dan Sarah bertentang mata. “Ben, stop it. It’s not even funny anymore.” Datar aku menegur. Ben tampal muka tak bersalah. “What did I do? Offer nak tolong buat assignment pun salah?” Tanya dia sambil mendepakan tangan. “Aku tak makan umpan super croc macam kau.” Zas! Setepek aku bagi. Ben memandang aku sesaat dua sebelum tawa kecil terlepas dari bibirnya. “Okay aku mungkin ada sejarah silam. Tapi people change Aki. I’m changed.” Kali ni Ben memusingkan kerusinya menghadap aku. Dia mengurangkan jarak antara kami.
Sekali lagi aku menebar pandangan ke arah Sarah, meminta tolong. Dia menjungkit bahu sambil membiarkan matanya berkata, ‘I’m out of here. You’re on your own, handling this freak.’, sebelum dia bangun dan berjalan pergi. Rahang aku jatuh ke dada. Kepala paip punya member. Blah macam tu je. Aku menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan perlahan. “Benji, aku bukan ta—”
“Akira Huriyyah.”
Terus tegak tulang belakang aku sejurus satu suara dalam dan garau memanggil nama penuh aku betul di telinga kanan. Serentak aku dan Ben memalingkan wajah ke belakang. Hadi! Terasa darah aku membeku. Seorang monyet aku boleh kawal lagi, ni dua orang. Ammaa.... Petala apakah ini?
“Ya Sir?” Aku tak sangka aku jumpa suara aku. Ingatkan dah tersorok dalam anak tekak tadi. “Ikut saya kejap. Sekarang.” Arahnya datar. Suara dinginnya jelas memberitahu tiada ruang untuk betah. No room for arguement. Ikut saja. Aku menelan air liur. Lambat-lambat mata aku mendarat pada wajah Ben di sebelah. Ben aku lihat sedang mencerun tajam Hadi, menelek pensyarah itu atas, bawah, bawah, atas. Kepala dia ni. Tak ada adab langsung.
Aku menyikunya sambil menggerakkan anak mata, berkata dalam isyarat, ‘Kau apa hal pandang dia macam nak bunuh?’ Ben menggeleng kepala, menafikan apa yang bermain di benak aku. “Aku jumpa kau kat kelas.” Beritahu dia datar. Aku mengangguk. Lap top aku tutup dan aku kepit ke dada sebelum berdiri. “Sir?” Aku mendongak memandang Hadi. Dia aku lihat sedang memanah ais batu berapi pada Ben dan dibalas tak kurang hebatnya oleh lelaki itu. Aku mengerutkan dahi. Apa kena dua orang ni?
“Sir Hadi!” Sengaja aku tinggikan suara beberapa oktaf. Hadi menamatkan silent battle antara dia dan Ben sebelum mengalihkan pandangan ke wajah aku. “Dah? Okay, jom.” Hadi memandang lap top di tangan aku untuk beberapa saat sebelum dia berjalan dahulu. Aku terpinga-pinga melihat dia. What the fish just happened? Aku menebar pandangan ke wajah Ben pula. Merah menyala.
“Jumpa kat kelas Benji.” Aku mengulangi ayatnya tadi. Ben sekadar menarik senyum tawar Aku mengangguk dan beredar, mengikut langkah pantas Hadi yang sudah hampir hilang dari pandangan.

Hadi
Aku baru menapak keluar dari makmal molekular bila terlihat Akira di bawah berbumbungkan gazebo bersama kroni dia yang dua orang lagi, Sarah dan Ben. Aku mengerutkan dahi bila Ben semakin rapat dengan Akira. Lain macam je gaya tu. Hampir tercekik air liur aku telan bila Akira bertindak menolak kasar kepala Ben ke skrin lap topnya. Ganas gila perempuan ni. Entah kenapa bibir aku menggulum senyum. Pandai jaga diri. That’s my girl.
Eh? My girl? What the—
Aku baru nak hela nafas lega bila tiba-tiba Ben memusingkan kerusinya menghadap Akira. Dan dia semakin rapat. Hanya beberapa inci saja. Dan wajah Akira aku lihat berkerut-kerut sebelum dia melempar pandangan meminta tolong kepada Sarah. Hampir terbeliak biji  mata aku bila Sarah bangun meninggalkan kawannya dihimpit serigala tu. Tak boleh jadi. Kaki aku tak mengendahkan cadangan otak aku—menyuruh aku bertenang dan berfikir dahulu apa tindakan selanjutnya yang patut dilakukan seorang pensyarah.
Tahu-tahu saja aku sudah berada di belakang Akira dan bibir aku menyebut namanya.
Dan sekarang Akira berada beberapa kaki di belakang aku dan aku tak tahu nak goreng alasan apa aku panggil dia. “Hadi.” Panggil Akira. Suaranya bersalut keraguan. Aku sekadar memalingkan sedikit wajah ke sisi, tidak memandangnya secara terus. “Kenapa awak suruh saya ikut awak? Awak nak cakap pasal assignment ke? Saya dah email dah.” Akira menambah meter kelajuan pada langkahnya, cuba menyaingi langkah panjang aku.
Aku memperlahankan langkah. “Dah makan?” Tanya aku melarikan diri dari menjawab soalannya. Akira tampak terkejut dengan pertanyaan aku tu sebelum dia cepat-cepat menyusun semula riak wajahnya supaya kelihatan normal, tidak beriak. “Dah.” Jawab dia sepatah. “Saya belum. Teman saya makan.” Aku kembali mengatur langkah. “Ha? Eh Hadi, saya student la!” Riak cemas jelas menghiasi wajahnya. “So?”
“So, mana boleh student dengan pensyarah—oi mak kau—” Kepala Akira berlaga dengan lengan kanan aku bila aku berhenti berjalan secara mengejut. Nyaris terlepas lap top dari pegangannya. “Mak saya kat rumah.” Balas aku selamba. Akira mengurut dahinya yang terlanggar lengan aku sambil melontar jelingan maut ke arah aku. “Awak ni. Serius sikit boleh tak? Mana boleh lecturer makan dengan student berdua je.” Desis Akira sambil matanya liar memandang sekeliling. Gaya macam aku dengan dia tengah bincang pasal pelan merompak bank negara je.
“Siapa cakap? Akira, in case you haven’t notice, no bloody one cares.” Aku membongkok sedikit, menatap wajah kemerahan dia. Akira menarik nafas dalam-dalam. “Fine, whatever you say Sir.” Dia menutur hujung ayatnya bagai nak termuntahkan racun tikus. Aku menahan senyuman yang mahu terbentuk di pinggir bibir.
“What’s so funny?” Akira menyedari usaha aku menahan senyuman.
“Are you, by any chance, uh, scared of me?” Soal aku sambil menyeluk tangan ke dalam saku seluar. Akira tak berkedip memandang aku. “Do you really not know how freakingly scary you are?” Dia memeluk tubuh sambil bertanya sinis. “I’m scary?” Aku menala jari telunjuk ke dada sendiri. Akira menggerakkan keningnya ke atas. “Like a menstruated Professor Snape.” Tambahnya keras. Aku melepaskan tawa kecil. Hari tu kata aku constipated, hari ni menstruated pula.
“Whatever. Dah jangan banyak mulut. Jom teman Professor Snape makan. God I’m famished!” Aku kembali mengatur langkah menuju ke kereta tanpa menyedari rahang Akira yang sudah 5 inci terbuka.

Akira
Aku merapatkan lagi lap top ke dada. Gila ke dia ni nak aku naik satu kereta dengan dia pergi makan? Berdua? Kirim salamlah. Hadi baru nak masuk ke dalam kereta terhenti tindakannya bila menyedari aku masih berdiri 4 meter jauh dari kereta dia. “Kenapa? Masuklah cepat. Panas ni.” Soal dia pelik. Sungguhlah dia ni clueless. Aku mengerutkan dahi. Terasa manik-manik peluh aku berlumba turun dari belikat hingga ke lekuk di atas punggung aku. Ya, panas, memang panas. Tapi dalam hati aku lagi panas.
“Kenapa tak makan kat kafe fac je?” Aku mengerling ke arah kafe fakulti.
Hadi memandang aku lama. “Kalau awak tak masuk dalam kereta, saya failkan awak.”
Lagi sekali rahang aku jatuh 5 inci mendengar ugutannya.

Hadi
Aku tahu aku telah menggunakan kuasa veto sebagai seorang pensyarah atas sebab remeh tapi aku tak boleh tahan diri. Her face is priceless! Aku memaksa diri menampal wajah tak beriak sungguhpun wajah kemerahan Akira betul menggeletek reseptor lucu badan aku. Setelah dekat lima minit aku dan dia berperang memanah renungan membunuh kamehameha ala Son Goku, akhirnya sekarang aku dan Akira berada di kafe The Mad’s Lab, bahagia menjamu selera. Sekurang-kurangnya aku bahagia. Akira, aku tak berapa pasti.
“You’re despicable.” Akira bersuara datar. Matanya menusuk wajah aku bagai nak dilumat-lumatkan setiap inci badan aku. “I know.” Angguk. Nasi goreng ayam penyet aku suap ke dalam mulut. Ya Allah, sedapnya. Rasa cukup, pedas cukup. “I miss Hadi the busker.” Ujarnya tiba-tiba. Terus terberhenti niat aku untuk menyuap daging ayam ke dalam mulut. Sebelah kening aku jungkit bertanya.
Akira menyandar sambil memeluk tubuh. “Hadi the busker sweet, baik. Tak kejam, tak zalim. Muka senyum je. Tak beku macam beruang kutub!” Gumam dia kuat. Mata hitam bulatnya masih merenung aku dengan emosi yang sama. “What’s your point?” Aku bertanya datar. “My point is, I think you Sir, are suffering from split personality disorder.” Akira yang duduk setentang dengan aku mencondongkan tubuhnya ke depan. Jari telunjuknya lurus ditala ke muka aku. Aku memandang dia tak berkedip. Is she for real?
“Did you, by any chance, have a spark with Hadi the busker?” Tanya aku serius. Aku membiarkan mata aku meliar di segenap inci kulit wajahnya, menanti sebarang reaksi. Akira tak terkata. Lama dia melawan renungan tajam aku sebelum dia lambat-lambat mengalihkan pandangannya ke gelas berisi air sirap. Peluh-peluh air di luar gelas disekanya. “Did you?” Aku mengulangi pertanyaan aku. Terasa berdebar dada menanti jawapannya.
“Probably.” Balas dia perlahan, seperti hembusan nafas.
Aku terasa nafas aku tersekat di kerongkong. “How about Hadi the Professor?” Aku cuba menduga. Satu risiko yang besar, sangat besar. Tapi hati aku meronta-ronta nak tahu. Sepasang mata hitam Akira kembali bersatu dengan sepasang mata aku. “Sir McGrumpy? Hmph tak apa la, kirim salam. He’s too cold and cruel. I’m not a big fan of a cold/cruel-hearted bloke.” Geleng kepala. Dia geleng kepala. She actually had the guts to shake her head and bluntly rejected me. Aku membesarkan mata tak percaya.
“You do realize Hadi the busker and Sir McGrumpy are the same bloke, do you?” Aku cuba nak memastikan. Akira mengetip bibir sehingga warna merah semulajadi bibirnya berubah keputihan. Akhirnya tawa halus pecah juga dari tekaknya. “Saya tak percaya those two guys are the actually the same person. Serius Hadi, macam mana awak boleh jadi pensyarah he?” Akira menggeleng kepala penuh takjub. Aku membiarkan mata aku melekat pada wajah kemerahan dia untuk beberapa saat sebelum menyambung suap ayam penyet ke dalam mulut.
“Sambung belajar la.” Jawab aku ringkas.
Akira menjulingkan mata ke langit, jelas bosan dengar jawapan cliché aku. “Cepatlah makan. Kelas kita start pukul 2.30 tau tak? Kita tak zohor lagi ni.” Gesa dia sambil membelek jam yang membelit pergelangan tangan kirinya. Aku buat tak endah. “Akira, you are eating with the man who owns the 2.30 pm class. Stop worrying and enjoy your bloody drink.” Aku mendekatkan gelas air sirap kepada dia. Akira menarik muka jelik. “You’re so full of yourself do you know that?”
“Hey, jangan sampai saya jadi Sir McGrumpy. Kita kat luar kelas ni. Belum masanya lagi untuk saya bertukar.” Aku memberi amaran. Akira ketawa meleret mendengar kata-kata aku. Hei ingat aku bergurau ke? “Mental punya cikgu.” Cela dia dalam tawa yang masih berlagu. Dan aku tak dapat tahan diri aku dari turut sama ketawa. Entah kenapa dan sejak bila, tiba-tiba aku dapat merasakan jantung aku menukar kadar denyutan, berdenyut mengikut rentak tawa dia.

Allah... I’m screwed.

Rosebud says:
It came to me to divide the story into Hadi's point of view (POV) & Akira's POV when I read Eleanor & Park. I immediately felt like I want to write a piece as good as it. (It's a wayyyyy long shot but still) So there you go. H + A =. I'm now at page 194. I plan to end this story around page 300+. It won't be as long as ABHT. But who knows. I might change my mind there. Hope you guys enjoy this. xoxo

Comments

Popular posts from this blog

Aku bukan Hana Tajima! 52

Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh. “Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam ni ya?) “Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni, apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau kau pergi, takkan s...

Projek 3 : H + A = Bahagian 7

Akira Dia ketawa. Dan aku tak mampu alihkan mata dari terus menikmati kedalaman lesung pipit parentesis yang terbenam di kedua belah pipinya. Ya Allah Aki, dia pensyarah kau kot. He’s the bloody Sir McGrumpy! Takkan ada spark kat mamat grumpy ni kot? Aku menarik getah rambut dan membiarkan rambut aku mengurai melepasi bahu. Dalam kelas tadi, seperti dijangka, dari Hadi the busker , dia berubah jadi Sir McGrumpy . Dan aku berdengus meluat. Satu kelas kena soal, kena maki dan kena jentik kepala. Dan kali ni dia bagi soalan mencabar keimanan. Can fish have a fever? Kepala bana dia tanya soalan KBAT macam ni. Apa kena mengena ikan demam dengan biomolekular? Dan markahnya 30 markah! Wargh betul rasa nak nangis. Lagi seronok, dia suruh hantar esok pagi pukul 7 tepat di pigeon hole dia. Kepala berjambul betul la. Haru dapat pensyarah zalim macam ni. Sejurus selepas dia bagi assignment gila ni, sempat dia menghantar pandangan ‘kata-aku-SirMcGrumpy-lagikan-sekarang-rasakan!’ ke arah...

Aku bukan Hana Tajima! 54

Tok tok. “Akak, sorry kacau.” Wajah Adibah muncul di sebalik muka pintu. Hana mendongak. Jarinya berhenti menekan papan kekunci laptop. “Ada apa Dibah?” Matanya menjamah wajah sentiasa ceria pekerjanya itu. “Akak busy ke? Dibah masuk boleh?” Tanya Adibah sambil memberi isyarat mahu masuk ke dalam pejabat Hana yang terletak di antara ruang depan kedai dan dapur. Nada suaranya seperti nursery rhymes , naik turun oktafnya, berirama. “Ya busy. Kenapa Dibah?” Mata Hana mencerun memerhatikan langkah selamba remaja itu yang terus masuk dan duduk di sofa sambil menepuk-nepuk ruang di sisinya, menyuruh Hana duduk sekali. “Duduklah sini kak. Hal penting ni nak cakap.” Pinta remaja itu. Hana menjungkit sebelah kening. Perasaan ragu-ragu membuak-buak dalam hatinya. Yelah, Adibah ni bukan boleh percaya sangat. Datang mental dia, jenuh nak melayan. “Nak minta cuti ke?” Duga Hana sambil melangkah ke arah remaja itu. Adibah menggeleng kepala. “Hish ke situ pula akak ni...