Akira
Masa berhenti. Aku berani bersumpah, masa berhenti. Angin berhenti bertiup. Burung berhenti berkicau. Ikan berhenti mengocak air dengan ekornya. Air berhenti mengalir. Manusia berhenti makan. Dan aku, aku berhenti bernafas. Aku berhenti berfikir. Aku berhenti menafikan perasaan aku pada lelaki yang sedang duduk setentang dengan aku. Dada aku terasa hampir meletup. Aku yakin dia boleh dengar kerakusan jantung aku menghempas tulang rusuk. Mustahil dia tak dengar. Mustahil dia tak tahu aku...
“Dah hilang dah.” Ujar Hadi tiba-tiba. Serta-merta mengembalikan detik kepada masa. Aku terkelip-kelip memandang dia. “Apa dia?” Aku menyoal hairan. “The great big vein on your forehead.” Dia menala jari telunjuknya ke arah dahi aku. Refleks tangan aku terus memegang dahi. Hadi ketawa kecil melihat tindakan aku tu. “Dah tenang dah?” Tanya dia lembut. Suara dalam dia dilembutkan. Ya Allah...
Jantung aku semakin rakus menghempas rusuk. Aku menarik nafas dalam-dalam. Tanpa aku sedar tangan kanan aku melekap ke dada, cuba menenangkan segumpal otot itu. “It’s the spark isn’t it?” Hadi aku lihat sedang memandang tangan yang melekap di dada aku. Aku menelan air liur. Kenapa dia ni cerdik sangat? Boleh baca aku macam baca buku. “Saya tahu awak rasa spark dengan saya. Macam mana awak rasa spark masa awak nampak skirt kelabu awak tu, macam tu awak rasa dengan saya. Kan?” Anak mata dia bergerak ke atas, ke arah mata aku.
Skirt kelabu? Dia ingat...
“Jumpa ayah dengan umi saya dulu.” Aku tak mahu mengiyakan apa yang dia kata. Jadi aku cakap apa yang aku rasa boleh beritahu dia jawapan aku secara tak langsung. Hadi aku lihat mengoyak senyum lebar. “Kenapa senyum-senyum ni?” Aku mengecilkan mata, memandang dia penuh sangsi. “Dah jumpa pun.” Kata dia selamba.
Apa dia? Apa dia cakap?
“Apa awak cakap?” Aku tak berkelip tengok dia. “Saya dah jumpa ayah dan umi awak.” Dia mengulang tanpa rasa bersalah. Aku mengesat manik peluh yang mula mengalir di pelipis dengan hujung lengan baju. “A-Awak.. Awak dah jumpa a-ayah dan u-umi saya?” Tergagap-gagap lidah aku membentuk perkataan. Hadi mengangguk. “They’ve given their blessings. Sebab tu saya berani bangkitkan isu ni kat awak.” Ujarnya tenang, tenang macam anak sungai. Aku pula dah bergelora macam tsunami. Aku terkebil-kebil tengok dia dengan mulut ternganga luas.
“Ha? Umi.. Umi dengan ayah bagi blessing? Ya Allah.. Ya Allah...” Aku serius tak boleh hadam apa-apa dah. Belum sempat dia balas apa-apa, aku dah menggoyang kedua tangan sambil menggeleng kepala. “No, no, no diam, awak diam... Saya kena... Saya nak....” Dan aku terus bangun meninggalkan dia dan waffle di kafe.
Hadi
Aku menghantar Akira pergi dengan ekor mata. Beberapa minit aku duduk di meja di hujung kafe di tepi kolam sambil memandang waffle yang suku berusik. Aku melepaskan hela nafas panjang sambil meraup rambut ke belakang. Perlahan-lahan fikiran aku melayang ke memori beberapa minggu yang lalu.
Aku baru menapak keluar dari mall selepas busking bersama pelajar Muzik bila seorang wanita berusia lebih kurang 50-an sedang menjinjit beg plastik penuh berisi dengan barang-barang lalu di hadapan aku. Langkahnya laju tapi bukan yang dipaksa. Langkah laju yang dah terbiasa. Aku baru saja belok ke kiri, ke tempat kereta aku terparkir bila beg plastik wanita itu terkoyak di bahagian bawah dan segala isi dalamnya tergolek ke atas jalan tar. Tanpa membuang masa, aku terus ke arah wanita tu dan bantunya kutip barang-barang yang dibelinya. Aku menarik troli yang berada tak jauh dari situ dan masukkan semua barang ke dalam.
“Saya ada beg recycle lebih dalam kereta. Mak cik tunggu sini kejap ya. Saya pergi ambil.” Aku memandang wajah wanita tu sekilas dan sebelum dia berkata apa-apa aku terus berlari ke kereta. Beg kitar semula di dalam but kereta aku keluarkan dan kepit di celah lengan. Aku kembali ke wanita separuh abad tu tadi dan menyimpan semua barang-barang dapur di dalam troli ke dalam beg kitar semula tu. Dah selesai semua aku bertanya di mana kereta dia dan wanita tu dengan senang hati bawa aku ke keretanya.
Aku tahu mata wanita tu sejak mula-mula aku bantu dia tadi tak berganjak dari wajah aku. Atas bawah dia memerhatikan dan meneliti seolah aku ni tikus makmal yang perlu disahkan dulu sebelum diluluskan untuk diuji. “Tak ada barang cicir lagi kan mak cik?” Aku tanya setelah meletakkan beg kitar semula yang sarat berisi barang-barang ke dalam but kereta wanita tu. “Anak ni namanya apa?” Tanya wanita tu lembut. Matanya tidak lagi memerhati aku rakus.
“Hadi, mak cik.” Balas aku sambil menarik kolar baju aku yang terasa mencekik leher. Bahang matahari terasa membakar hingga ke lapisan ketiga kulit. Jarang aku perform pakai baju berkolar. Tapi sebab dipaksa budak-budak Muzik tu, kena ikut tema katanya, aku ikutkan saja kerenah mereka. “Hadi, marilah ikut mak cik. Kita minum.” Pelawa wanita tu, sudah mengunci keretanya dan berjalan ke sebuah restoran berdekatan. Langsung tak bagi aku peluang untuk kata tidak. Aku memandang jam di tangan. Belum Asar lagi. Bolehlah. Orang dah pelawa. Rezeki jangan ditolak.
Wanita tu memesan air sirap ais dan aku pula ais kosong. “Mak cik ada beg recyle sebenarnya. Tapi anak mak cik angkut bawa masuk dalam kereta dia. Itu yang mak cik terpaksa guna beg plastik.” Wanita tu memulakan perbualan. Aku mengangguk dengar. “Mak cik ambil je beg tu. Saya ada banyak kat rumah.” Ujar aku sebelum menyedut air sejuk. Terasa damai tekak saat air dingin membasahkan rongkong yang kering dibakar bahang suria. “Terima kasih Hadi, tolong mak cik.” Wanita tu menghadiahkan segaris senyuman manis. Wanita tu mengingatkan aku dengan mama. Senyuman manis keibuan. Sama.
“Tak ada apalah mak cik. Tak susah pun.” Aku membalas senyuman wanita tu sambil meletakkan gelas ke atas meja. “Hadi duduk dekat area sini ke?” Tanya wanita tu. Mata dia tak jemu menatap wajah aku. “Dalam 30 minit dari sini.” Balas aku cuba mencongak dalam kepala jarak dari sini ke rumah aku. Lebih kurang 30 ke 40 minit bergantung pada keadaan trafik. Wanita tu aku lihat terangguk-angguk. “Dah berpunya?”
Tersentak aku dibuatnya. Nasib baik aku tak minum air. Buat aku sedang bahagia menyedut air, tak ke percuma aku sembur muka mak cik ni dengan air? “Kenapa mak cik tanya?” Aku cuba mengelak dari jawab pertanyaan wanita tu. “Cincin tak ada. Tapi berbudi bahasa dan beradab. Jarang orang baik hati macam kamu tak berpunya lagi.” Teka wanita tu. Aku melepaskan tawa kecil. Terasa macam ditemuramah pula. “Jadi, Hadi ni dah berpunya ke?” Aku memandang wanita tu lama. Aku tahu aku takkan dapat lari dari soalan dia. Pusinglah dua tiga empat kali, dia takkan berganjak.
“Belum mak cik. Mak cik nak recommend kan saya kat kawan mak cik ke?” Seloroh aku tanpa berfikir panjang. “Bukan untuk kawan mak cik. Untuk mak cik.” Wanita tu menepuk dadanya. Aku dah jatuh rahang. What the— “Anak perempuan mak cik belum ada sesiapa lagi. Kalau Hadi sudi, mak cik nak kenalkan Hadi dengan dia. Nak kenal?” Potong wanita tu sebelum sempat hati aku menyumpah seranah.
Aku jadi serba-salah. Aku niat memang nak membantu, bukan sebab nak mengurat dia atau anak dia. Aduhai. Pucuk dicita ulam mendatang pula. Aku meraup rambut yang terjuntai di dahi ke belakang. “Anak mak cik tak kisah ke mak cik—” Sekali lagi kata-kata aku dipotongnya. “Anak mak cik ada bagi mak cik senarai untuk cari calon bakal suami dia. Mak cik rasa Hadi menepati banyak ciri-ciri yang dia nak. Cuba tengok ni.” Wanita tu mengeluarkan sekeping kertas yang dilipat empat dan membukanya.
Fizikal:
· Tinggi
· Berlesung pipit
· Wavy hair
· Facial hair
Personaliti:
· Penyabar
· Cool
· Non-pervert
Skill:
· Pandai main gitar
· Deep voice
Aku tergamam membaca senarai ciri-ciri calon suami yang dingini anak perempuan wanita tu. It’s literally... “Hadi musician kan? Mak cik nampak Hadi main gitar tadi dengan budak-budak band tu.” Wanita tu melempar pandangan ke gig bag yang terikat melintang di belikat aku. “Takdalah level musician, mak cik. Tahu main gitar sikit-sikit je.” Aku cuba mengingati wajah-wajah manusia yang menyaksikan persembahan kami tadi. Aku tak perasan pula kehadiran wanita tu tadi.
“This list is you.” Wanita tu memandang aku dari atas ke bawah ke atas semula. “Tinggi, ada dimple, wavy hair, ada jambang dan misai, suka tolong orang, and.. You’re a musician.” Aku tak tahu nak kata apa. Apa yang bermain dalam fikiran aku dah disebut wanita tu. “Silap-silap.... Hadi kenal anak mak cik tak?” Wanita tu memebsarkan matanya sebelum mengeluarkan telefon dan mula mencari sesuatu. Aku menelan air liur. Ah sudah. Jangan-jangan aku kenal. Classmate aku dulu ke? Aduh, ni yang aku semak ni.
“Ha ni anak perempuan mak cik.” Skrin telefonnya ditunjuk kepada aku.
“Allahuakbar.” Hanya itu saja yang terlahir dari mulut aku. Pujian untuk Tuhan.
Akira
Aku menyilang kaki kanan ke atas kaki kiri. Lima minit kemudian, aku tukar kaki kiri ke atas kaki kanan pula. Mata aku meliar ke jam yang tergantung di dinding. Lamanya umi dengan ayah ni. Kata pergi makan-makan dengan kawan-kawan sekolah dulu. Ni gaya macam pergi bercuti je. Bukan main lama lagi. Sedang aku sibuk membebel, pintu rumah terbuka luas. Terus aku melompat ke atas kaki. “Umi lambatnyaa—Ceh, kau rupanya! Ingatkan umi tadi.” Cemuh aku sambil menjeling geram pada Naufal yang baru menapak masuk ke dalam rumah. Adik aku mengerutkan dahi.
“Kau apahal kaki? Cemas semacam.” Naufal menyusun kasut ke dalam rak kasut dan berjalan ke sofa sebelum duduk di sebelah aku. Wallet dan telefon dicampaknya ke atas meja. “Umi cakap dia balik pukul berapa?” Aku bertanya sambil duduk bersila di atas sofa. Mata aku pahatkan ke wajah kepenatan Naufal. Dia menjungkit bahu. “Mana Nao tahu. Nao tak ada kat rumah dari pagi kan? Kau kenapa?” Naufal menyandarkan kepala ke sofa sambil memejamkan mata. Betul-betul penat adik aku ni.
“Aki ada hal penting nak cakap dengan umi. Kau dari mana ni? Macam separuh mati Aki tengok.” Sebelah tangan aku rehatkan di belakang kepala Naufal. Perlahan-lahan aku urut kepalanya. Naufal melepaskan keluhan berat. “Atas sikit kaki. Ha situ. Ahh...” Naufal mengeluh lega bila jari aku menekan bahagian yang menusuk otaknya. “Kau nak cakap dengan umi pasal mamat musician yang umi dah setuju nak kahwinkan dengan kau tu ke kaki?” Pertanyaan Naufal membantutkan pergerakan jari aku di kulit kepalanya.
Lama aku memandang adik aku tanpa berkelip. Musician? Hadi? Naufal buka mata bila dia sedar aku dah tak lagi urut kepalanya. “Weh apasal berhenti? Urutlah. Sedap siot.” Naufal menepuk-nepuk kaki aku, menyuruh aku kembali mengurut kepala dia. “Umi... dah setuju ke?” Aku bertanya perlahan. Naufal mengangguk sekali.
“Umi dah jatuh cinta dengan mamat tu. Nao rasa kalau ayah takda, dah lama umi yang offer diri nak kahwin dengan dia.” Ujar Naufal selamba. Laju tangan aku menepuk kepala dia. “Sakitlah gila!” Teriak Naufal sambil menepis kasar tangan aku. “Mulut kau tu Aki cilikan kang.” Aku berdesis geram. “Orang cakap betul la. Kau kena tengok macam mana umi layan dia. Head over heels habis.” Naufal mencapai remote control dan menekan saluran 431. Muka Henry Cavill berjambang menghiasi skrin. “Oo Man of steel. Baik ni.”
Aku menjeling Naufal yang dah salurkan sepenuh tumpuan pada skrin TV. Kakak kau macam nak gila risau pasal jodoh, kau selamba layan wayang. “Nao, ceritalah. Apa jadi? Mana umi jumpa mamat musician tu?” Aku menolak pehanya dengan ibu jari kaki. Naufal menepis selamba sambil balas, “Kat mall.” Aku terdiam. Padanlah umi panggil dia musician. Mesti terserempak masa dia tengah busking. Eh tapi mana Hadi tahu umi tu mak aku?
“Weh apa nama mamat tu?” Aku nak pastikan. Kalau salah orang lagi haru hidup aku. Naufal diam tak membalas. Aku menggigit bibir bawah. “Nao! Apa nama musician tu?” Aku mencuba lagi. Naufal masih kekal merenung Henry Cavill topless di skrin. “Kau gay ke apa ha? Aki tanya ni kan!” Aku mencubit isi peha Naufal dengan menggunakan ibu jari kaki. Konfem meraung. “Bodoh sakit!!” Jerit Naufal seperti yang aku jangka.
“Nama dia apa?” Aku menaikkan suara. “Mana orang tahu! Adi something ke apa.” Bentak Naufal kasar. Aku berkerut. “Adi ke Hadi? Hadi Ibrahim?” Aku bertanya lagi. “Sama la tu.” Dia berdengus sebelum beberapa saat kemudian memusingkan kepala memandang aku dengan satu pandangan. Aku membalas pandangannya untuk satu saat sebelum aku segera bangun dan berjalan pergi. Aku dapat dengar Naufal bangun dari sofa dan mengikut aku dari belakang. Henry Cavill tidak lagi menarik perhatiannya. Sepantas kilat aku menambah kelajuan pada derapan langkah dan aku memecut ke bilik.
“Kaki! Mana kau tahu nama bapak dia Ibrahim?” Naufal mengejar laju dari belakang. Sebaik saja aku masuk ke dalam bilik, aku terus menghempas pintu. Namun Naufal dan tenaga sekawan lembunya dapat menahan pintu bilik aku dan sekarang aku terpaksa hadap dia yang sedang memandang aku penuh syakwasangka. Stupid Naufal and his stupid long legs! “Mana kau tahu nama bapak mamat tu Ibrahim?” Naufal mengulangi pertanyaannya. Aku menjungkit bahu. “Aki tembak. Nama Ibrahim kan nama universal.” Balas aku cuba tampak bersahaja.
Naufal menampal riak ‘kau-ingat-aku-darjah-satu-kau-nak-kelentong-macam-tu’ di wajahnya. Aku duduk di atas katil dan mengambil novel bertajuk Hilang yang aku separuh jalan baca. “Kau kenal dia kan kaki? Sebab tu list kau literally describing mamat tu.” Tuduh Naufal datar. Dia tahu dia cakap benda betul. Cis. Aku meneruskan pembacaan, seratus peratus tak mengendahkan adik aku yang sedang menyandar pada meja belajar sambil memeluk tubuh, merenung aku lama.
“Is he really a good guy?” Naufal bertanya perlahan. Aku berhenti membaca ayat yang sama. Terus mata aku mendarat ke wajah tanpa riak Naufal. “Maybe. I.. I don’t know.” Aku melepaskan satu keluhan berat. Buku Hilang aku katupkan ke atas bantal. Naufal bangun dari menyandar pada meja dan memanjat katil. Dia kemudian menyandar pada dinding di sebelah aku. “Nao ada masa umi dan ayah jumpa mamat tu.” Ujar Naufal. Aku diam, memberi dia masa untuk menyambung cerita.
“He wasn’t phony—that I had to give it to him. Not too cold to be considered as rude but not too friendly to be taken as a crazy-ass clown.” Naufal melunjurkan kedua kakinya sehingga melepasi tilam beberapa inci. Kaki aku pula tak sampai hujung tilam. Kadang-kadang aku tertanya betul ke aku dan dia berkongsi gene yang sama? Dia dan kakak mewarisi baka yang cantik. Baka yang suam-suam kuku semua turun kat aku. “I guess he was fine.” Tambah dia setelah 30 saat berdiam diri.
Aku menoleh memandang adik aku. Oh crap, he was serious. Jarang Naufal serius. Aku melepaskan satu keluhan lagi. “Tapi kalau kau tak berkenan, beritahu umi elok-elok. The final decision is still in your hands. Kau tahu umi dengan ayah takkan paksa kau kan?” Naufal membalas pandangan aku. Aku mengangguk. “Tahu.” “Tapi...?” Naufal menjungkit sebelah kening. Aku menggaru kepala.
“Aki tak tahu Aki suka dia ke tak. Suka as in you know...” Aku tak habiskan ayat aku, dengan harapan adik aku dapat menangkap maksud yang aku cuba sampaikan. “Mestilah kau tak in love dengan mamat tu. Kenal pun tak kan? Ke kau kenal dia kaki?” Naufal memusingkan tubuhnya menghadap aku. Kakinya bersilang di bawah peha. Aku menggaru kepala. Patut ke aku beritahu dia perkara sebenar?
“Dia sebenarnya lecturer Aki.”
“Apa?” Hampir terbeliak biji mata Naufal. “Diam he Nao. Kau jangan beritahu umi dengan ayah!” Aku memaut kedua lututnya erat-erat. Naufal memandang aku tak berkedip. “Dia bukan musician?” Tanya Naufal masih lagi tak berkelip. “He is, but he’s a lecturer too.” Balas aku ringkas. Susah aku nak jelaskan pada Naufal tentang Hadi. “Which one is he? Musician ke lecturer?” Soal Naufal mula kedengaran berang.
“Dua-dua! Music tu hobi dia, lecturing tu passion dia.” Kepala aku mula memasang imej-imej Hadi ketika mengajar. Walaupun dia kejam dan zalim sebagai seorang pensyarah, tapi orang buta pun boleh nampak kesungguhan dia ketika mengajar. Dia mengajar bukan kerana itu tanggungjawab dia. Dia mengajar kerana itu passion dia. “Dia ajar muzik?” Naufal sudah mengelipkan mata. Suara dia pun dah tak seberang tadi.
Aku menggeleng kepala. “Biomolekul.” Balas aku pendek. Dan reaksi Naufal sama seperti reaksi aku ketika aku pertama kali tahu hakikat ni. “He has a bloody PhD. He’s a frigging professor.” Tambah aku lagi. Rahang Naufal jatuh 5 inci. “Tapi gaya macam homeless kan?” Aku ketawa teringatkan Hadi. Dia tak selekeh. Tapi dia tak juga berpakaian sophisticated, professor-like bagai. Dia pakai macam..... macam dia. Baru terdetik di hati aku kenapa Naufal cakap dia tak phony. Hadi jadi diri sendiri. Setiap masa. Dengan semua orang.
Aku berhenti ketawa bila aku sedar mata Naufal memerhatikan aku sejak tadi. Aku berdehem kecil sambil menyandar pada dinding. “Yeah you like him all right.” Sakat Naufal sinis, sesinis senyuman yang menghiasi wajahnya. “Shut up.” Aku menjeling. “Mesti dalam kelas kau berangan je kan? Ahhh bakal suamiku...” Naufal mengerdipkan matanya beberapa kali sambil merapatkan kedua telapak tangannya ke pipi.
“Hey sorry sikit he. Aki tak gedik macam tu okay!” Aku menendang punggungnya jauh-jauh. “Eleh poyo. Tapi mana aci doh kau student dia. Confirm la dia bias.” Naufal berkerut sambil menolak bahu aku pula. “Kau ingat dia kisah Aki student dia ke tak? He doesn’t give a shit. Dia tu macam firaun kau tahu tak dalam kelas.” Membara pula hati aku teringatkan segala kekejaman Hadi dalam kelas. Paling menyakitkan hati bila dia membebel panjang lebar dalam kelas, sekali bila bagi slides, semua yang dipaparkan pada projektor dan apa yang dia bebelkan tak ada dalam slides. Majoriti slides hanya terdapat beberapa kerat ayat saja. Macam puaka perangai.
Naufal ketawa besar. “Baguslah. Baru kau fokus dalam kelas. Kalau tak berangan je kerja.” Pelipis aku Naufal tunjal habis-habisan. Kurang asam punya adik. “Aki sepak kau kang Nao. Yang kau ni tak nampak batang hidung dari pagi sampai malam apa cerita? Kau pergi mana? Dating? Model mana pulak kau pancung kali ni?” Aku menjungkit kening melihat Naufal menarik muka jengkel.
“I’m done dating.” Keluh dia sambil kembali menyandar pada dinding. “Oh sebab tu kau gay sekarang?” Aku merujuk pada tumpuannya pada Henry Cavill topless di bawah tadi. “Bodoh. Mana ada. Nao ada iman lagilah. Kau ni kaki, mulut macam haram. Macam mana si Hadi tu suka kau pun Nao tak faham.” Naufal menggeleng kepala sambil mempamer riak kecewa di wajahnya. “Diamlah. Apasal kau dah penat dating pulak? Dapat hidayah dari langit?” Aku memeluk betis. Mata aku fokus pada adik aku. “Kau ingat Tifanny?” Tanya Naufal. Aku angguk malas. Siapa tak ingat budak KL, spoil brat, bajet puteri Disney, awek kejap on kejap off Naufal.
“Yeah the one that I sincerely hate and despise.” Balas aku jujur. Naufal menjeling aku dengan ekor mata sebelum menyambung, “This time, it’s for real.” Ujarnya dingin. Aku membuat bunyi ‘pfft’ sambil menjulingkan mata ke atas. “I’m serius. We’re done, I’m done.” Tegasnya bersungguh-sungguh. Aku berhenti tarik muka menyampah. “Apa betina tu dah buat?” Aku memandang adik aku dalam-dalam. “Aki..” Naufal menegur, memberi amaran. Dia pantang kalau aku panggil perempuan tu atau mana-mana perempuan lain ‘betina’.
“Dia curang?” Aku meneruskan pertanyaan, langsung tak ambil pusing amarannya tadi. Naufal diam tak berkata. “Dia curang ke?” Aku ulang pertanyaan aku lagi. “Caught her sleeping with some dude.” Balas Naufal datar, tak ada perasaan. Aku pula dah tercengang besar. Ingatkan curang sekadar dating. Sekali tidur... Aduh, jahanam anak bangsa aku. “Some dude? Siapa?” Aku dapat rasakan Naufal kenal siapa lelaki yang dicurangi Tifanny bersama. “Azroy.” Dan darah aku memuncak naik hingga ke kepala.
Aku terus meluru keluar dari bilik dan berlari menuruni tangga. Naufal mengejar laju dari belakang. Belum sempat tangan aku mencapai tombol pintu, lengan aku ditariknya. “Kau nak pergi mana?” Naufal merampas kunci motor yang ada di tangan aku. “Aku nak bunuh si celaka tu.” Jawab aku dingin. “Tak payah.” Naufal menolak daun pintu, menutup rapat. “Azroy kawan baik kau kot!” Desis aku di balik gigi yang diketap rapat.
“Was. Not anymore.” Jawab Naufal datar. “Kau dah belasah dia?” Aku memeluk tubuh memandang Naufal. Dia menggeleng kepala. “He’s not worth it. Nao dah agak lama dah dia dengan Fanny ada apa-apa. Cuma tak ada bukti je. Ni dah ada bukti depan mata...” Naufal berhenti berkata. Biji halkumnya bergerak ke atas dan ke bawah. “Kau dah ada alasan nak move on.” Aku tolong sambungkan ayatnya. Naufal memandang aku lama sebelum dia angguk sekali. Aku melepaskan satu keluhan berat sebelum menarik leher Naufal dan membiarkan dia merehatkan dahinya ke bahu aku.
Aku melingkarkan tangan aku ke belakang Naufal bila tubuhnya mula bergetar dan aku dapat rasakan bahu aku mulai basah. Aku mengeratkan pelukan aku. Aku nak Naufal tahu aku ada. Dia tak sendirian. Aku ada. “Dia tak layak untuk hati kau Nao. You’re too good for her. Plus we’ve always hated her anyway.” Bisik aku lembut. Naufal mengangguk sekali sambil menarik aku rapat. Rambutnya aku usap perlahan.
Luahkan dik, luahkan semua sakit kau.
Hadi
Kelas hari ini aku ambil keputusan untuk tak mengajar. Sebaliknya aku beri pop test, ujian mengejut. Wajah Akira aku curi pandang. Lazimnya bila aku buat pop quiz atau pop test, muka dia paling ketara sekali mempamerkan riak jengkel. Dan dia tak malu untuk sembunyikan perasaannya dari pengetahuan aku. Tapi hari ini dia tak tampal riak jengkel. Bahkan dia tak tampal riak apa-apa pun. Dia nampak lost, kosong.
Tamat 3 jam kelas, pelajar mula bergerak keluar dari kelas. Nama Akira aku panggil dan aku minta dia tunggu. Dia angguk patuh dan memberi isyarat kepada kawan-kawannya untuk gerak dulu. Setelah semua pelajar keluar, Akira bangun dan berjalan ke meja pensyarah, ke arah aku. “Ada apa Dr.?” Tanya dia datar. Aku menjungkit kening dengar dia panggil aku ‘Dr.’. Sah dia ada masalah. “Okay tak?” Aku merenung wajah keruhnya. Jarang dia pasif sebegini. Selalu dalam kelas dia paling hiperaktif. Kadang-kala sampai berbuih mulut aku jerkah nama dia suruh dia senyap, fokus.
“Okay.” Jawab dia sepatah. Okay? Masalah negara ni kalau dia jawab sepatah je. “Ada problem?” Aku bertanya lagi, cuba memancing dia untuk bercerita, meluahkan apa yang membebankan tulang belakang dia. Dia menjungkit bahu. “Semua orang ada problem Dr.” Aku menarik nafas panjang. Fine, I give her that. “And what’s yours?” Soal aku. Dia memandang aku lama. “Dr. nak cakap pasal apa sebenarnya? Kalau tak ada benda penting, saya nak balik.” Akira mengerling pintu kelas. Macam tak sabar nak memecut keluar gayanya. Aku menyusun kertas ujian dan mengepitnya di celah lengan.
“Makan dulu?” Minta aku perlahan. Dia memandang aku lama. “Please.” Pujuk aku sambil melembutkan suara. Akira melepaskan satu keluhan berat. “Kat Mad’s Lab. Okay? Hm?” Aku menjungkit kening, cubaan memujuk buat kali ke tiga. “Okay.” Dia mengeluh sebelum angguk sekali. Aku tersenyum kemenangan.
-
“Susah sangat ke pop test tadi?” Aku memerhatikan dia mengacau pasta dia dengan garfu. Akira mengalihkan matanya dari pasta ke muka aku. “Susah.” Jawab dia sepatah. Aku menggetap gigi. “Sebab tu muka monyok macam tenuk ni?” Aku meletakkan sudu dan garfu sebelum memberi sepenuh tumpuan pada dia. Akira mengecilkan mata. Geram agaknya aku panggil dia tenuk. “Awak ni kenapa cari gaduh dengan saya?” Akira menala mata garfu ke wajah aku. “Awak pasif agresif ni kenapa?” Aku balas sama sinis, tak nak kalah.
Dia berdengus kasar sambil mencebik. Mulutnya terkumat-kamit membebel entah apa-apa. Satu butir pun aku tak dapat hadam. “Awak dah diskus dengan parents awak ke pasal kita?” Aku cuba selitkan topik yang dah lama menghantui aku sejak berminggu-minggu lalu. Akira mengerutkan dahi. “There’s no ‘kita’.” Desis dia dingin sambil membengkokkan jari telunjuk dan jari tengah kiri dan kanannya serentak, memimik tanda buka dan tutup kata.
“There is!” Bantah aku pula. “Isn’t!” Dia menambah kerutan di dahi. “Is!” Aku menjegilkan mata. “Isn’t!” Batang paip dah tersembul di dahi dia. Aku mengetap bibir, cuba menahan tawa yang memaksa mahu keluar dari mulut. “Apa yang kelakar sangat?” Akira menghentak meja dengan tapak tangan kanannya. Aku menunjuk ke arah urat batang paip di dahinya. Seperti biasa, jari dia laju memegang urat tu. “Sampai bila awak nak ejek urat kat dahi saya ni?” Dia menjeling aku sambil mengusap dahinya. Harapanlah urat besar tu nak hilang. “Sampai awak kahwin dengan saya.” Janji aku tanpa berlengah.
Akira menjulingkan mata dengar. “Stop sugarcoating your words.” Bebelnya perlahan. “I wasn’t sugarcoating my words Akira. I’m being dead serious now. Saya nak kita ada.” Aku cuba menyalurkan semua emosi dan perasaan aku ke dalam panahan renungan aku terhadap dia. “Kenapa?” Dia bertanya lambat-lambat. “Kenapa saya nak kita ada?” Aku bertanya semula. Dia angguk sekali.
“Sebab saya rasa spark the moment saya nampak awak berhenti kat depan cermin tu sambil betulkan skirt awak, blaus putih awak, tengok reflection muka awak. That moment just stirred something inside me. I knew then there will be kita.” Beritahu aku sambil menunjuk ke arah dinding kaca kafe. Memori Akira menelek refleksi wajahnya di dinding kaca kafe bermain jelas dalam kepala aku. Aku sedar aku sedang beri dia akses kepada hati aku sedikit demi sedikit. Aku tak kisah. She’s worth it.
Akira tak terkata memandang aku. “What made you so sure?” Dia bertanya setelah agak lama mendiamkan diri.
“Because I made sure of it.”
Akira
Aku yakin dia buat PhD dalam bidang poetry. Mustahil dia budak biologi. Budak nerd tak bijak bermulut manis madu macam dia ni, sampai cair meleleh-leleh hati aku yang aku sangka dah cukup beku dah.
“So, awak nak tak ada kita?” Dia tak nak bertangguh. Dia nak jawapan. Sekarang.
Aku menelan air liur. Nak ke aku? Aku dah tak dengar bunyi budak-budak remaja di belakang aku mengilai, aku dah tak dengar suara Rob Segar menggemakan Old Time Rock ‘n’ Roll di corong speaker, aku dah tak dengar bunyi loceng kafe berbunyi setiap kali ada orang masuk dan keluar dari kafe, aku dah tak dengar apa-apa kecuali soalan dia, suara dia.
Nak ke aku ada kita—aku dan dia?
Hadi dan Akira?
H + A.....?
Rosebud says:
This would be the end of flashback of their history. after this chap will be their current situation, remember the 1 st chap? Nuptial.. let's hope they build beautiful life together right. Enjoy. Feel free to ask or drop any comments. I welcome constructive review :)
Comments
Post a Comment