Lebih kurang dua, tiga,
empat belas bulan lalu...
Akira
Hampir
terjojol biji mata aku tengok puluhan gambar lelaki pelbagai rupa, warna kulit
dan gaya di atas meja. Aku memandang umi yang sudah tersenyum simpul bahagia.
Bibirnya mengalun lagu yang aku yakin umi gubah sendiri.
“Siapa diaorang
ni umi? Skandal umi ke?” Aku melabuhkan punggung di sebelah umi. Kaki aku
silang, bersila di atas sofa. Ais krim rainbow
dalam cawan aku suap rakus ke dalam mulut sambil sekeping gambar lelaki aku
ambil dan belek sekilas. Biasa saja muka. Tak gah mana pun. Hidung macam
penyangkut baju. Mata besar macam lampu suluh. Bibir tebal seinci. Unik betul
citarasa mak aku ni. Nasib baik muka ayah not
bad.
Umi
menepuk peha aku tanda marah dengan kelancangan lidah aku mengenakan dia. Aku
mengambil gambar lelaki lain pula. Okay
la. Ada la iras-iras abangla jaga
sekolah aku dulu. “Siapa ni umi?” Tanya aku dengan mulut penuh dengan ais krim.
“Ada
yang Aki berkenan tak?” Umi bermain kening sambil matanya menjamah segenap
wajah aku. “Dengan abangla ni? Kirim salam la. Umi, siapa lelaki-lelaki ni
semua? Kalau bukan skandal, apa dia? Umi jangan umi. Aki report kat ayah nanti
baru tau!” Aku menayang gambar seorang lelaki ke arah umi. Mak aku ni bukan
boleh percaya sangat. Ada juga skru tak berapa nak ketat dalam kepala dia
kadang-kadang. Umi menampar peha aku lagi.
“Mulut
tu umi cilikan nanti baru tahu! Ni bukan skandal umi la!” Marah umi beriya.
“Dah tu apa dia?” Aku menyuap lagi sesudu ais krim ke dalam mulut. “Ni semua
calon-calon bakal suami Aki!”
Pfftt!
Dan ais
krim rainbow telah tertepek ke wajah
jelita umi.
“B-Bakal suami?” Aku tersedak.
Umi memejamkan mata sambil mengesat
wajahnya yang disaluti campuran ais krim dan air liur aku dengan tisu. “Ada
sebab kenapa umi tak bagi anak-anak umi makan ais krim kat ruang tamu tau!” Dan
bertubi-tubi cubitan hinggap di serata tubuh aku.
Aku bingkas bangun dan berdiri agak jauh
dari umi dan sofa. “Apa maksud umi dengan bakal suami?” Aku memandang umi
tajam. Setelah bersih wajahnya dikesat, umi berdehem kecil sebelum membalas
pandangan tajam aku. “Aki kan dah 24 tahun. Boyfriend pun Aki takda. Umi risau
tau Aki. Sebab tu umi carikan Aki calon-calon untuk jadi suami Aki. Ni ada 50
orang semuanya. Jangan risau, umi dah tapis elok-elok kat Facebook. Yang
tinggal ni semua yang berkaliber.” Jelas umi penuh semangat. Aku mengurut dahi
yang berdenyut-denyut. Umur Aki 25 tahun umi, bukan 24.
Dan... Facebook?
“Kejap kejap. Kasi Aki digest dulu apa
umi cuba sampaikan. Apa maksud umi dah tapis elok-elok kat Facebook? Please,
jangan cakap umi buat iklan cari jodoh untuk Aki kat Facebook...” Aku melutut
di hadapan umi. Cawan berisi ais krim aku letak atas meja. Umi kelihatan
teragak-agak, separuh mengangguk, separuh menggeleng. “Takkan la umi nak buat
iklan cari jodoh untuk anak umi. Umi just buat group cari calon suami untuk
Aki. Itu je.”
What....!
“Umi!!!!!!” Aku dah hilang kawalan oktaf
suara.
-
Rasa nak terjun tingkap membuak-buak
bila melihat page Facebook yang
dikelolai umi. ‘Husband Hunting for my daughter’ nama group itu. Dan yang paling best
sekali bila biodata penuh aku ada dalam page
tu. Penuh. Lengkap. Dari A sampai Z. Aku menggerakkan cursor ke bawah. Gambar aku—oh
my God! Gambar hingusan selebet zaman sekolah umi guna. Zaman tudung
kelepet habis, zaman anak rambut berlumba tekeluar dari serkup. Ya Rabb! Aku
skrol ke bawah lagi.
Keputusan UPSR, PMR, SPM, CGPA, hobi,
warna kegemaran, makanan kegemaran, binatang peliharaan, ciri-ciri lelaki
idaman, semua umi bubuh dalam laman sosial. Aku berkerut. Tinggi. Berat. Ukur
lilit badan! Melampau umi ni. Aku skrol ke bawah. Kebaikan–pandai masak nasi. Kelemahan?
Pelupa. Liat bangun pagi. Malas lipat baju. Suka kentot dalam selimut! Aku
terus menutup skrip lap top. Tak
sanggup lagi nak tengok Facebook page
yang umi buat.
Tiba-tiba telefon aku berbunyi sakan di
atas katil. Aku mencapainya laju. “Ramai gila orang like page Husband hunting
tu!” Suara Erika menjerit di hujung talian. Aku merebahkan badan di atas katil.
Betul rasa nak melalak sekarang ni. “Aku tahu. Macam mana ni Eri?” Rengek aku persis
budak kecil. Macam mana aku nak hadap dunia lepas ni? Beribu orang like page tu.
“Aku suka part kelemahan kau. Kentot
dalam selimut tu memang puaka habis!” Tawa Erika galak di hujung talian. “Eri!
Tak kelakar la gila!” Marah aku geram. Punyalah aku serabut, dia boleh gelak
sakan pula. “Sori, sori. Aku bukan sengaja nak gelakkan kau. Tapi serius, umi
kau terbaik weh. Nasib baiklah mak aku buta IT.” Balas Erika masih lagi ketawa
terbahak-bahak.
“Eri, kau kan budak IT. Tolong hack
akaun umi aku weh. Please please please. Musnahkan akaun umi forever!” Aku
merayu dari dasar hati. “Eh mana boleh delete Aki. Kuranglah hiburan dalam
dunia ni nanti.” Tawa syaitan Erika semakin galak. Sumpah aku rasa macam nak
putus kawan sekarang ni. Celaka punya member.
“Jangan main-mainlah gila! Aku serius ni. Serabut tahu tak?” Tengking aku
menyinga. Tawa Erika terus surut bila mendengar intonasi suara aku yang keras
itu. “Fine. Sorry. Ni aku musykil, apa plan umi kau dengan buat page ni?” Tanya
Erika kembali waras.
Aku mengeluh. “Dia nak cari jodoh untuk
aku la. Kau ni fokus boleh tak? Penat aku bercerita macam orang bodoh.” Sekali
lagi suara aku meninggi. “Okey. So apa susah, pilih je la di antara calon-calon
yang banyak tu. Bak kata umi kau, dia dah tapiskan? Ha senang cerita.” Ujar Erika
yakin dengan jawapan dia.
Dahi aku bertambah kerut. “Kau faham tak
aku belum sedia nak kahwin lagi. Lagipun kau percaya la sangat umi punya
tapisan. Dia tapis kat Facebook kau faham tak? Jangan bodoh bebal sangat boleh
tak ha Erika?” Aku dah tak kuasa nak bercakap secara normal dengan kawan baik
aku ni. Menyakitkan hati cakap baik-baik dengan dia.
Erika tergelak kecil. “Ala Aki, kau
layan je umi kau. Takkan la dia saja-saja nak carikan jodoh entah apa-apa untuk
anak dia. Mestilah dia cari yang terbaik untuk kau. Nasihat aku, kau dengar je
cakap umi kau. Jangan betah. Kau lupa apa jadi masa kita final year dulu? Kau
degil tak nak dengar cakap umi kau larang kau keluar, lepas tu kau accident.
Lupa?” Panjang lebar dia memberi pandangannya.
Serta-merta peristiwa tragis itu bermain
di fikiran aku. Argh. Ngeri, sungguh ngeri. Kereta sewa hancur, jahanam. Tapi
syukur pada Allah, aku hanya calar-balar saja. Tiada kecederaan serius. Bak kata
umi, Tuhan hantar malaikat jaga aku. Tambah umi, aku kena tulah sebab betah
cakap dia. Walaupun aku kurang percaya bab tulah ni, tapi aku percaya pada
hukum tuhan. Jadi aku hanya mampu mengangguk menyesali kesilapan aku.
Aku mengangguk lemah. “Ingat.”
“Ha so dengar cakap umi kau. Instinct
aku kuat mengatakan jodoh kau nanti baik. Insya Allah.” Ujar Erika lagi. Aku
menggaru telinga. “Kau sure?” Tanya aku dahagakan kepastian. “Iya, sure.
Dahlah, aku nak berak. Jumpa esok.” Erika terus matikan talian. Aku memandang
telefon lama. Kurang asam. Lebih pentingkan najis dari kawan sendiri sampai sanggup
matikan talian.
Nafas aku tarik dalam-dalam sebelum
menghela panjang. Umi, umi..
Hadi
Aku tersenyum apabila tepukan gemuruh
bergema dalam satu dewan hotel. Gitar aku angkat dan aku silangkan ke belakang
sambil berdiri menghadap tetamu-tetamu yang hadir di majlis resepsi perkahwinan
Jude dan isterinya.
“Thank you.” Ucap aku seraya
membongkokkan tubuh sebagai tanda terima kasih. Aku turut sama bertepuk tangan
sambil memalingkan sedikit tubuh aku menghadap belakang, menghargai band yang mengiringi alunan akustik
gitar aku tadi.
“Terima kasih semua!” Ucap aku sekali
lagi sebelum berlari anak turun dari pentas. Jude, si pengantin menyambut aku
mesra. “Thanks mate. You’re the best!” Bahu aku diraihnya sambil bibirnya tidak
henti-henti mengucapkan terima kasih. Aku sekadar tersenyum apabila isterinya
turut menzahirkan rasa gembiranya kerana aku sudi mainkan muzik di hari bahagia
mereka walaupun last minute call.
“Takda hal la. Untuk member.” Aku
menepuk-nepuk bahu Jude. “Pergi makan bro. For you, the best food I could
offer.” Jude mempersilakan aku makan di meja VIP. Aku terangguk-angguk sambil
berjalan menuju ke meja VIP. Sedang menjamu selera, aku terdengar perbualan dua
orang lelaki dan seorang perempuan yang duduk semeja dengan aku.
“Kalau I jadi the girl, I lari dari
rumah. It’s so embarrassing.” Kata sang perempuan sambil menggeleng kepala. “I
think it’s nice that the parent’s trying to find a husband for the daughter
don’t you think?” Soal yang lelaki pula. “But behind the girl’s back? That’s
not nice. That stinks!” Jawab perempuan itu keras. Berkerut-kerut wajahnya cuba
menegakkan pandangannya.
“Excuse me, sorry to interrupt, but could
you pass me that bottle? The mineral bottle over there. Yeah, thanks.” Aku
menunjuk ke arah sebiji botol air yang terletak di atas meja berdekatan dengan
mereka. Dua orang lelaki dan perempuan itu memandang aku serentak. “Aren’t you
the singer? Oh my gosh, I looooove your voice!” Perempuan itu memegang erat
lengan aku. Bersinar-sinar matanya memandang segenap wajah aku. Perlahan aku
melepaskan tawa kecil. “Thank you. Ahem. The bottle please.” Aku memandang
mereka. “Oh sorry.” Perempuan itu menghulurkan botol mineral kepada aku.
“Thanks.” Aku melempar segaris senyuman
kepadanya. Perempuan itu membalas manis. “Hey, can I ask you something? What
would you do kalau your parents try carikan jodoh untuk you? Behind your back.
Apa you buat?” Soal perempuan itu sambil menyilang kaki. Aku meneguk air dahulu
sebelum membalas dalam nada gurau, “Can I meet the girl now?” Kepala aku toleh ke
kiri dan ke kanan cuba mencari ‘the girl’.
Perempuan itu tergelak kecil. “You
berminat?” Perempuan itu memberi aku satu pandangan menggoda. Aku sekadar
ketawa senang. “Berminat nak tahu, yes.” Balas aku sambil mengangguk. Lelaki
yang paling kanan menayang skrin smartphone
ke arah aku. Page Facebook.
Nama page
itu: Husband Hunting for my daughter.
“Via Facebook?” Telefon lelaki itu aku
capai dan aku skrol ke bawah, membaca
secara ringkas komen-komen dan posts yang
ada dalam page itu. “Yup. Modern
mums. What do ya know?” Lelaki itu ketawa kecil. “Hey you boleh join kalau
berminat lebih dari nak tahu.” Perempuan itu mengenyitkan matanya. Aku menjungkit
kening. “Hahaha. Sure will.”
“So, you’re a full time singer or part
time?” Perempuan itu merenung aku atas bawah sambil merehatkan dagunya atas
telapak tangan. Matanya bercerita tentang niat di hatinya. Aku menampal wajah
dungu, seolah tak faham kehendak dia. “Depends.” Jawab aku pendek. “On what?”
Soal perempuan itu perlahan, menggoda. “On your perception.”
“Well I percieve you as a full timer. I
fancy a full time singer.” Perempuan itu merapatkan kerusinya ke arah aku.
“She’s hunting for a husband too FYI.” Bisik lelaki di sebelah kiri, mengerling
ke arah perempuan itu sambil menggeleng kepala, memberi isyarat ‘no good’
kepada aku. “No, I’m not a full timer. Sorry. But I could sing you a song.” Aku
mengesat mulut dengan napkin. Perempuan itu memeluk tubuh sambil melancarkan
pandangan membunuh ke arah aku. “Did he just reject me?” Soal perempuan itu
kepada teman-temannya.
“Yeah he did.” Angguk dua lelaki di
sebelah perempuan itu.
“Sing me Blurred Lines.” Pinta perempuan
itu selamba. Aku hanya mampu tersenyum meleret.
-
Malam itu aku tak boleh tidur. Kepala
aku masih teringatkan page Facebook seorang mak buat untuk cari jodoh
untuk anak perempuannya. Takkan anak dia tak tahu? Dan kalau anak dia tahu,
takkan anak dia setuju? Aku bangun dan mencapai lap top. ‘Husband hunting’ aku taip namun sesaat kemudian aku tekan
backspace selama 5 saat, memadam nama
page itu. Apa masalah aku? Jantan
lain taip porno, aku taip page cari
jodoh. Penat betul aku ni. Aku tutup lap
top dan terus pejam mata.
Lagu Blurred
lines terngiang-ngiang di kepala sampai aku tertidur akhirnya.
Rosebud says:
A bit of warning. Projek kali ni agak kasar, liar, bold dan dewasa. Jadi kalau not your cup of tea, boleh skip. :) happy reading.
Comments
Post a Comment