Hadi
Trick aku berjaya. Sepanjang perjalanan aku tak boleh berhenti tersenyum.
Memori indah tu berputar macam filem dalam kepala aku, tanpa henti berlayar di
mata. Ah indahnya hidup sudah beristeri. Paling aku suka bila lihat wajah Akira
berubah merah. Walau dalam gelap, aku masih boleh nampak dengan jelas betapa merahnya wajah
dia. Macam kena simbah sos cili.
“Weh long, tak kebas ke pipi kau dari
tadi senyum macam orang gila? Tahulah baru kahwin. Tapi agak-agaklah long. Take
it easy will ya?” Hamzah, adik bongsu aku bertanya hairan. Aku dan dia berada
di but kereta, mengeluarkan segala macam khazanah pusaka negara yang dibawa
mama. Akira, mama dan Hidayah sudah berada di dalam, berpelukan dan
beramah-mesra dengan umi. “Aik, senyum pun salah?” Balas aku sambil mengangkat
sebuah kotak sebesar naga. “God, what’s in this thing? A troll?” Wajah Hamzah
aku pandang bersama kerutan di dahi.
“Tanyalah mak kau.” Balas dia selamba.
“Mak kau oh mak kau. Apa ada dalam kotak ni ha?” Jerit aku ke dalam rumah.
Hamzah ketawa besar sambil menepuk belikat aku. “Kalau mama sepak kau, aku lari
dulu long.” Dua saat kemudian, wajah kerut mama terpacul di pintu. Kedua
tangannya mencekak pinggang.
“What is it? Apa jerit-jerit tu long?”
Soal mama dengan nada tinggi. “Nate apa ada dalam ni ma? Anjing laut ke?” Tanya
aku ikhlas. Kotak seberat alam tu aku bubuh atas lantai. Boleh retak pinggang
aku angkat lama-lama. Mama melibas tangan kanannya sambil kata, “They’re your
wedding gifts from my friends. Angkat elok-elok. They’re fragile.” Pesan mama sebelum kembali masuk ke dalam. Aku
menjungkit sebelah kening. Fragile? Chandelier ke apa dalam kotak ni?
Hamzah di sebelah sekadar ketawa meleret.
“What’s up with all these stuff anyway? Is she staying here forever?” Bebel aku
sambil tunduk dan angkat kotak tu sebelum bawa masuk ke dalam rumah. “Kau tahu
la mak kau tu macam mana long.” Hamzah menjungkit bahu dan mengikut aku masuk.
Akira
Hampir sebulan mama dan dua adik Hadi
duduk bersama kami. Tiga hari selepas kami bernikah, aku dan Hadi berpindah ke
rumah sendiri. Mulanya memang aku berat hati nak duduk jauh dengan umi, ayah
dan Naufal. Tapi bila difikirkan balik, aku bukan budak lagi nak duduk bawah
ketiak diaorang. Dah jadi isteri orang. Silap hari bulan, jadi mak orang. Nak
tak nak aku ikhlaskan hati juga untuk ikut saja rancangan suami aku.
Baru sebulan duduk bersama keluarga
Hadi, tapi aku rasa seolah seumur hidup aku dah kenal mereka. Aku dilayan macam
keluarga. Well, literally memang aku keluarga pun tapi mereka layan aku macam aku
ni darah daging mereka. Seolah aku bukan asing, bukan outsider. Seolah macam dah lama mereka kenal aku. Oh aku ingat lagi
masa kali pertama jumpa mama di airport,
aku hilang kata. Rahang aku jatuh tergolek-golek bila mama, sejurus lihat aku,
terus tarik aku ke dalam pelukan erat. Kaget sekejap aku sebelum lambat-lambat
aku balas pelukan mama.
Berdasarkan cerita Hadi tentang mama
selama ni, aku membayangkan mama jenis mak-mak, macam dalam drama. Tapi
sangkaan aku jauh meleset. Mama Hadi rock
star – rugged, sempoi, super friendly
dan dia... Mat saleh! Hadi anak mat saleh rupanya! Nama mama Helen Knight,
lahir dan dibesarkan di England tapi
mak ayah dia Scottish.
Masa tengok mama, perkara pertama aku
lihat ialah mata biru-kelabu dia. Cantik sangat. Rambut mama merah dan kulit dia
berhabuk dengan freckles. Hidayah
atau angah mirip mama, carbon copy.
Hamzah atau acik pula berwajah campuran Melayu dan mat saleh. Rambut perang
gelap tapi mata dia warna biru-kelabu seperti mama. Hadi seorang saja berbeza–rambut
hitam pekat, kulit cerah dan berhabuk tapi tidak semerah mama, mata coklat
terang dan muka anak Melayu habis.
Pernah aku gurau tanya Hadi, ‘Awak sure
awak bukan anak angkat?’ Sekali dia buka wallet
tunjuk gambar ayah dia, terus terdiam aku. Serupa, sebiji seketul. Macam kembar
seiras. Dengan misai dan jambang, Hadi dan ayahnya saling tak tumpah. Susuk
tubuh mereka pun sama. Bila aku tanya tentang ayah dia, dia pandang aku lama,
senyum tawar sebelum menukar topik. Sejak hari tu, aku tak bangkitkan nama ayah
dia lagi.
Lamunan aku lenyap bila satu tangan
melingkari bahu aku. “Ayong!” Hidayah sergah dari belakang. Aku memejam mata sambil
mengurut dada dengan sebelah tangan. “Angah! Terkejut ayong la!” Tegur aku
sambil menjelingnya dengan ekor mata. Dia dengan abang dia sama je. Suka
terperanjatkan orang. Sebulan bernikah dengan Hadi, lebih 30 kali aku
disergahnya. Kira satu hari sekali la. Nasib baik jantung aku sihat. Kalau tak... Niaya je.
“Haa mengelamunkan siapa tu sampai tak
dengar angah masuk dapur? Rindu along ke?” Hidayah melompat ke atas meja
kaunter dapur di sebelah aku. Keningnya dimain-mainkan ke atas dan ke bawah,
mengusik. Aku ketawa kecil. “Jadah nak rindu ngah. Setiap hari jumpa dia. Kat
rumah jumpa dia, kat kelas jumpa dia.” Bebel aku sambil menyambung basuh
pinggan dalam sinki. “Yelah tapi ni kan dah dua hari tak jumpa along. Takkan la
tak rindu?” Hidayah merapatkan wajahnya sambil mencucuk bahu aku. Kening masih
dimain-mainkan. Aku menggigit bibir.
Bohonglah tak rindu. Dua hari cik abang
tu pergi International Conference on
Molecular Biology & Biotechnology (ICMBB). Kelas pun terpaksa
ditangguhkan. Katanya balik esok. Nasib baik ada mama, Hidayah dan Hamzah teman.
Tak ada la sunyi sepi aku di rumah ni. Sudahlah aku jenis penakut duduk
seorang. “Kuat beranganlah ayong ni.” Suara Hidayah memecahkan lamunan aku
sekali lagi. Aku sekadar tertawa kecil. Nasiblah kau angah dapat akak ipar kuat
berangan.
“Mama dengan acik buat apa ngah?” Aku
beralih topik. “Acik keluar jumpa member dia. Mama tidur. Penat berjalan dengan
kita satu hari suntuk. Padahal kat UK berjalan dari pagi sampai malam, tak reti
pun penat. Balik Malaysia baru jalan sikit dah low bateri. Alasan dia sebab
panas.” Celoteh Hidayah sambil melompat turun dari kaunter dan buka peti sejuk.
Susu segar dikeluarkan dan dituang ke dalam gelas. “Ayong nak?” Pelawa Hidayah.
Aku menggeleng kepala. “Kenyang la ngah.” Aku memberinya senyuman nipis.
Hidayah memerhatikan aku yang sedang
basuh pinggan, gelas dan periuk belanga dalam sinki. Sesekali mata aku singgah
pada wajah dia. “Kenapa pandang ayong macam tu?” Tanya aku selamba. Lagi satu
persamaan Hadi dan adik-beradik kembarnya ialah suka tengok orang macam nak
buat spesimen. Hamzah pun sama. Cuma pandangan Hamzah tak gatal macam cara Hadi
pandang. “How did you two meet?” Tanya Hidayah tiba-tiba. Aku memandang dia
sekilas. “Along tak cerita?” Tanya aku pelik.
“Nope. He’s always been secretive.”
Hidayah geleng kepala sambil mengocak susu dalam gelas. “You guys are triplets
no? Bukan sepatutnya kembar rapat ke?” Aku menutup air paip dan memusingkan
tubuh menghadap Hidayah. “We are, we’re really close. We talk everyday. We
can’t live without each other. But along is a bit different. Dia suka ambil
berat pasal orang lain tapi diri dia sendiri, especially his love life, he’d never tell a soul.”
Aku terdiam dengar. Tak sangka Hadi
sulit orangnya, penuh dengan rahsia. “Dia ada banyak awek tak dulu ngah?” Aku
cuba mengorek. Hidayah memandang aku sesaat dua sebelum ketawa besar. “Banyak
awek? Ayong, I just told you, along is super secretive. He’s a closed book.
Kalau nak tahu, tanyalah dia sendiri.” Hidayah menghabiskan susu dia dan
meletakkan gelas ke dalam sinki. Muka ‘tolong-cucikan’ ditampalnya.
Aku menjulingkan mata sebelum tergelak
kecil. “Nak tidur dah?” Aku bertanya. Hidayah mengangguk sambil mengeliat
besar. “Angah pun dah ikut mama dah. Balik sini terus jadi mutant. Acik je
maintain jadi owl. Okay la yong. Nighty night.” Hidayah memeluk leher aku untuk
beberapa saat sebelum meleraikan dan beransur ke bilik tidur. “Night angah.”
Balas aku sebelum kembali membasuh pinggan yang masih berbaki dalam sinki.
Fikiran aku kembali melayang pada Hadi.
Kalau dengan kembar sendiri pun dia tak cerita, maknanya, ramai la kot. Muka
macam Hadi takkan tak bersepah girlfriend
keliling pinggang. Tapi kalau dia ada ramai awek,
kenapa dia pilih aku? Ah serabutnya fikir. Baik tak payah tahu. Nanti tahu lagi
sakit hati. Aku mengesat tangan pada kain yang tergantung dan mengambil
telefon. Lagu Castle on The Hill
nyanyian Ed Sheeran mula beralun perlahan di segenap ruang dapur. Ed Sheeran—penyanyi
kesukaan aku dan Hadi—antara perkara rare
yang kami kongsi minat.
Aku mula bernyanyi mengikut rentak
iramanya. Habis lagu tu, lagu kegemaran Hadi pula kedengaran. Lagu bertajuk Perfect. Perlahan-lahan bibir aku
mengukir senyum. Hadi cukup suka lagu ni. Kata dia lirik lagu ni dalam. Aku
iyakan saja. Aku tak pandai memahami kehalusan bait. Hadi pula macam orang
Sastera, berpujangga semedang. Buku puisi menggunung atas rak, semua dia punya.
Sedang aku khayal dalam ingatan terhadap suami aku, aku terasa sesuatu hangat
melingkari badan aku. Aik, tak tidur lagi ke dak angah ni? “Tak boleh tidur ke
ngah? Nak ayong dodoikan?” Seloroh aku sambil susun pinggan yang dah habis
dicuci ke dalam bekas pengering.
“Macam mana nak tidur kalau asyik rindu
ayong?”
Suara garau dan dalam. Aku berhenti
menyusun pinggan ke dalam bekas. Perlahan-lahan aku pusingkan badan dan....
Hampir menitis air mata aku saat melihat Hadi di depan mata. Terus aku menjungkit
kaki dan tarik leher dia, rangkul dia erat-erat. “Hadi...” Bisik aku
tersekat-sekat. Tumpah berderai air mata yang entah datang dari empangan mana.
Sarat betul rupanya rindu aku pada cik abang seorang ni. Hadi mengeratkan
pelukannya sehingga aku rasa sehelai kertas pun tak muat antara kami. “I miss
you too.” Bisik dia juga, memahami isi hati aku.
Lambat-lambat dia meleraikan pelukan.
Aku menggeleng kepala. Aku belum puas serap hangat tubuh dia yang sangat aku
rindu. Betul terasa kehilangan bila malam tidur dia tak ada di sebelah. Sebulan
aku tidur dalam hangat peluk dia. Bila dua hari dia tak ada, tilam bantal semua
terasa beku, dingin. “I need to see your face, please.” Pujuk dia lembut.
Tangan aku yang melingkari lehernya dileraikan perlahan.
“Kenapa nangis ni sayang? Rindu saya?”
Hadi mengesat air mata di pipi aku. Aku mengangguk sekali. “Sangat.” Gumam aku
perlahan. “Saya pun rindu awak. Sangat.” Akui dia tanpa mengalihkan mata dia
dari menjilat setiap inci wajah aku. “Kenapa awak tak call saya? Saya call pun
awak tak angkat.” Suara aku semakin serak. Air mata kembali bertakung di tubir.
Dua hari dia tak ada, dia langsung tak telefon aku. Sekadar berhubung melalui Whatsapp. Bila aku hantar voicemail, langsung tak dibacanya. Tak
ada blue tick.
Hadi menyelak rambut aku ke belakang
telinga. “Saya tak boleh dengar suara awak. Ada nanti saya tinggalkan
conference tu.” Beritahu dia lembut. Aku menarik muka. Cliché sangat jawapan. “Sebab tu voicemail pun awak tak nak baca?”
Duga aku, membiarkan dia mengesat air mata yang mahu tumpah lagi. Hadi angguk
sekali. Aku menjelingnya. Alasan. “Sorry sayang. Saya dera awak ya?” Pipi aku
diusapnya lembut penuh kasih sebelum dia tunduk dan menghadiahkan satu kucupan
dalam di pipi kanan dan satu lagi di pipi kiri aku.
Aku menunjukkan dahi dan Hadi
menghadiahkan satu kucupan di situ. “Sini.” Hidung pula aku tunjuk. Hadi ketawa
sebelum melekatkan satu kucupan di hidung kemek aku. “Mana lagi awak nak saya
cium?” Tanya dia sambil memegang kedua pipi aku. Aku melayangkan senyuman
‘awak-tahu-mana’ kepada dia. Hadi tergelak kecil sebelum dia merapatkan wajah
dia dan terus mengucup bibir aku. Lama.
“God, I miss you.” Bisik dia dengan
suara lunak. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskan panjang. Aku suka
bila Hadi sweet macam ni dengan aku.
Rasa macam dicurah dengan berbaldi kasih sayang dan segunung cinta. Rasa macam
puteri kayangan. “Awak dah makan?” Aku menyikat rambut dia dengan jari. Dah
panjang, sampai dah cecah cuping telinga. Kena remind dia potong. “Belum. Awak masak?” Hadi melirik pada meja
makan. Aku mengangguk. “Tapi dah sejuk. Awak nak apa? Saya masak lain.” Aku dah
berjalan ke peti sejuk. Apa yang tinggal? Ayam? Sotong?
Hadi menarik aku kembali ke dalam
pelukan dia. “Tak payah masak lain. Panaskan je apa yang ada.” Suruh dia. Aku
memandang dia lama. “Tak apa. Saya boleh masak lain. Don’t worry saya—”
Kata-kata aku terputus bila sekali lagi bibir dia bersatu dengan aku. Antara modus
operandi kesukaan dia untuk mematikan hujah aku—kiss. Betul ikut stail mat saleh. Mungkin sebab dia dilahirkan dan
dibesarkan di sana, jadi tak banyak, sedikit, dia ceduk budaya orang sana. Bukanlah
aku nak merungut, janji stail mat saleh tu dia buat dengan aku je, bukan dengan
orang lain, aku gembira menuruti.
“Akira, I don’t want you to spend
another second dealing with anything but me.” Tegas dia beriya. Aku mengoyak
senyum nipis. Alahai cik abang ni. Memang handal sapu madu pada kata-kata.
“Fine. But Hadi, you have to let me go if you want me to heat up the food.”
Ujar aku sambil melirik pada tangan dia yang membelit kejap pinggang aku. Hadi
menarik muka kelat sebelum melepaskan tangannya. Aku ambil lauk sambal sardin
di bawah tudung saji dan masukkan ke dalam microwave.
Hadi aku lihat sudah bertenggek atas kaunter. Adik-beradik kembar, buat apa
semua serupa.
“Angah dengan acik behave tak?” Tanya
dia. Aku menjungkit sebelah kening. “They’re in their thirties Hadi. What do
you expect?” Jawab aku sinis. “Akira, you don’t know them. They’re half monkeys
and half humans.” Balas Hadi selamba mencela adik-beradik dia. Aku memeluk
tubuh. “Kalau macam tu, awak pun half monkeys and half humans la. You share
their genes.” Ejek aku sambil tayang wajah kerek.
Ha sekali aku selitkan ilmu genetik. Ambil kau.
Hadi mengerutkan dahi sambil berkata, “We
are non-identical triplets from 3 individual eggs, each is fertilized
separately by 3 individual sperms. We do not share the same genes my dear, not
necessarily. Siapa lecturer genetik awak ni?” Sekali dia bersyarahan kat rumah
pula. Aku cepat mengelak bila jarinya mahu jentik dahi aku. “Show off.” Aku
mencemuh sambil mengeluarkan lauk sambal ikan sardin dari microwave. “Bau sedap. Mama tolong masak ke apa ni?” Perli Hadi
sambil mencapai sudu dan cubit sedikit isi ikan. “Okay?” Tanya aku risau.
Sindiran dia aku tak ambil pusing.
Memang aku tak hebat bab kulinari ni.
Goreng ayam pun semeter jauh dari kuali, inikan pula masak benda berkuah bagai.
Tapi aku belajar. Dapat pula suami jenis suka makan kat rumah. Haru aku dok
mencari resipi kejayaan Jamie Oliver. Lepas sebulan bolehlah masak lauk canggih
sedikit. Dan hasilnya, suami aku seronok sumbat mulut dia dengan sambal sardin.
“Okay tak?” Aku bertanya sambil menepuk peha dia. Hadi menyuap sambal sardin ke
dalam mulut aku. “Sedapkan?” Tanya dia. Aku angguk sekali.
“Bagus sayang ada improvement. Proud of
you.” Hadi mengusap kepala aku seolah aku anak kucing yang minta dibelai. “Tak
nak nasi ke?” Aku memandang dia gatah lauk. Macam tak makan seminggu gayanya.
“Awak tahu saya tak ambil karbo malam kan?” Hadi menggeleng kepala. Aku
terangguk-angguk sambil menuangkan air masak untuk dia. Lupa pula cik abang ni
spesies jaga kesihatan diri tahap menjengkelkan. Tak minum air manis dan air
berkabonat, tak makan burger, tak
makan junk food dan processed food. The only processed food yang
dia makan sardin dalam tin je. Lain haram.
Dan setiap pagi hujung minggu dia akan heret aku sekali pergi jogging di taman. Dia tak sedar isteri
dia ni dulu pengerusi kelab anti-sukan sedunia.
“Mama semua dah tidur he?” Tanya Hadi
sebelum menyuap lagi sesudu ikan ke dalam mulut. Aku angguk lagi sambil balas,
“Acik keluar, lain semua dah K.O.” Hadi terangguk-angguk dengar. “Assignment
saya bagi dah siap?” Terus tergamam aku dengar soalan yang diaju dia. Alamak.
Aku lupa sungguh ya Allah! Hadi perasan perubahan wajah aku. Dia meletakkan
sudu dalam pinggan dan merenung aku tajam. Ah sudah. Dia dah pasang muka Sir McGrumpy. “I’ll do it tonight.” Aku
mengangkat sumpah. “It’s 11.40 pm.” Ujar dia sambil menayang jam di tangan
betul di muka aku.
“You know how much I love burning the
mid night oil.” Balas aku sambil menayang wajah comel walaupun aku tahu buruk.
Tapi selagi Hadi tak cemuh, selagi tu aku gunakan teknik ni bila nak memujuk Sir McGrumpy. “You do know you’re saved
because of that silly face right?” Beritahu dia sebelum kembali mencapai sudu. Sir McGrumpy kembali beradu di balik wajah
Hadi The Busker. “I know.” Aku
tersenyum kemenangan. Celah kuku je nak menang hati cik abang ni.
“Did Ben bother you while I was gone?”
Dan senyuman aku hilang bagai dikesat
kertas pasir.
Hadi
Senyuman dia lebur saat dengar soalan
aku. Terus hilang selera makan aku. Sudu dan lauk sardin aku tolak jauh. “He
did, didn’t he?” Mata aku tajam memanah wajah Akira. “Hadi dia—” Dia berhenti
berkata bila aku memotong, “Bilik Akira.” Aku turun dari kaunter dan berjalan
pergi. Aku tahu dia ikut aku dari belakang. Aku tak berhenti berjalan
sehinggalah aku masuk ke dalam bilik. Aku duduk di birai katil, membelakangkan
dia. Akira menutup pintu bilik dan berjalan mendekati aku. Perlahan-lahan
tangan kanan aku dicapainya dan diusap lembut jari-jari aku. Hampir-hampir aku
rendahkan ego dan batalkan niat nak merajuk bila kelembutan kulitnya memberi
hangat pada dingin hati aku.
“Ben was just being Ben.” Ujar dia
perlahan. Aku menarik semula tangan aku dari pegangan dia. “Oh and you’re okay
with that? You’re okay when some bloke flaunting you with admiration and
flirtation huh?” Aku tak dapat tahan kesinisan suara aku. Akira menarik nafas
dan menghela panjang. Dia duduk di sebelah aku tanpa berkata apa-apa. Hanya
menunggu aku meluahkan ketidakpuasan hati aku.
Hari pertama aku dan dia ke kelas
sebagai suami isteri, darah aku menggelegak bila Ben menarik kerusi dan duduk selamba
di sebelah Akira, isteri aku. Menyedari perubahan wajah aku, mood aku, Akira terus meminta Sarah
menukar tempat dengan dia. Itu kali pertama kami bertegang urat selepas nikah. Yang
paling menyeksa batin aku bila Ben seperti melekat dengan Akira. Mana saja
Akira pergi, dia turut sama ada. Macam magnet melekat pada besi. Bila aku
bangkitkan isu ni pada Akira, dia bagi alasan, ‘group assignment’. Takkan setiap hari group assignment?
“Nanti saya beritahu Ben saya dah
kahwin.” Suara lembut Akira menghalau memori pahit yang terasa mencengkam. Berlipat
leher aku memandang dia. Wajah dia aku telek dalam-dalam. Is she for real? Or she’s just pulling my leg? Okay, dia serius.
Dia serius nak beritahu teman dia tentang status dia sebagai isteri aku.
“Tapi saya takkan cakap awak suami
saya.” Akira membalas pandangan mata aku. “Why not?” Tanya aku datar. Aku terlalu
penat untuk bertikam lidah, tapi aku perlu dengar alasan dia.
Sekurang-kurangnya Akira cuba lakukan sesuatu untuk elakkan Ben dan modus
operandi licik dia. “Saya tak nak orang kata awak favor saya, awak bias, sebab
saya isteri awak.” Bisik dia sambil mengutil kulit mati di hujung jari telunjuk dia. Aku melepaskan satu
keluhan sebelum menarik dagu Akira, memandang aku.
“Sebab tu awak tak nak hebahkan pasal
kita?” Tanya aku lembut. Akira angguk sekali. Aku mengoyak senyum nipis. “Let
me tell you one thing baby, Sir McGrumpy ain’t bias alright. He is who he is.” Ujar
aku sambil bermain kening, ke atas ke bawah. Akira ketawa kecil. “I know.
That’s why I love him.” Bisik dia sambil merangkul leher aku. “You hate Sir
McGrumpy.” Aku menjarakkan wajah sambil melontar pandangan syakwasangka kepada
dia. Akira ketawa lagi dan masa tu aku rasa bunyi tawa dia lagi sedap dari
semua lagu-lagu Ed Sheeran. Boy, lagi
sedap dari semua lagu-lagu yang pernah aku dengar.
“Hate is a very strong word. I wouldn’t
use that.” Ujarnya sambil menggeleng kepala. Senyuman nakal menghiasi wajah
polos dia. “Then what word would you use?” Aku mendalamkan lagi suara aku, cuba
menggoda. Akira menarik nafas dalam-dalam. Aku tahu benteng palsu yang dia cuba
pasak semakin goyah. Dia paling lemah dengar suara dalam aku. “Strong dislike?”
Dia menjungkit sebelah kening. Terus tawar hati aku nak menggoda dia. Aku menjarakkan
lagi wajah namun tangan dia yang masih berlingkar di leher menahan aku dari
terus menjauh.
“You hadn’t seen me for 48 hours and you
want to back off now? Really Sir?” Dia memberanikan diri melawan panahan
renungan mata aku. “Technically saya tak jumpa awak 71 jam 35 minit 40 saat.”
Aku betulkan pengiraan Matematik dia sambil mengerling jam yang tergantung di
dinding. “You stink at Maths.” Cela aku tanpa belas kasihan. “I know.” Akira
menjungkit bahu selamba mengakui kelemahan diri dia. Nasib baik Matematik.
Kalau subjek aku, memang kena makan budak ni.
“You keep count?” Dia bertanya
malu-malu. Berbunga hati aku bila lihat darah mula menyerbu leher dan kemudian
merangkak ke kedua-dua pipinya. Antara benda paling aku suka tentang Akira
ialah bila dia blushing. Wajah dia
berubah kemerahan, macam anak Jepun dan dia akan tersipu-sipu malu. “Every
seco—” Belum sempat aku habiskan pengakuan aku, Akira sudah menarik aku rapat
dan malam tu dia terlupa sumpah dia untuk siapkan assignment Molecular Biology.
Akira
Sekali saja masa diberhentikan dan
matahari dikakukan—yakni khas untuk Nabi Yusha (as) kerana tika itu, dia sedang
memerangi kaum Jababirah yang mendiami Jerusalem. Peperangan yang tercetus
terlalu genting dan matahari merangkak hampir berbaring ditenggelami bumi. Masa
tu, peperangan tidak dibolehkan selepas matahari terbenam, jadi Nabi Yusha (as)
tala jarinya ke matahari dan berkata, ‘Kau
terima perintah dan aku juga terima perintah dari Allah. Ya Allah, hentikan
matahari.’ Dan matahari berhenti mengorbit dengan izin Allah taala sehingga
Yusha ibn Nun (as) berjaya tewaskan kaum Jababirah.
Itulah sekali matahari berhenti dan masa
ternoktah. Dan sekarang, ketika ni, aku sangat sangat sangat berharap matahari
kembali mengulang sejarah. Hanya untuk satu jam, supaya aku dapat siapkan assignment Sir McGrumpy yang sangat grumpy hari ni. Gara-gara nak pujuk dia,
aku yang binasa. Dia bangun pagi bahagialah muka. Aku bangun pagi dah macam
ribut Katerina rasa. “Kau tak siap lagi
assignment laki kau? Kali ke berapa dah ni?” Tegur Fyn sebaik saja duduk
setentang dengan aku di kafe The Mad’s
Lab.
Aku sekadar berdengus kasar. Dua minggu
lepas pun aku terlupa siapkan assignment
Hadi atas alasan yang sama. Nasib baik lepas Subuh tu aku sempat siapkan. Tapi kerana
pagi tadi perut aku memulas-mulas, lebih 3 kali trip ke tandas, akhirnya ke laut assignment aku. Hadi pula sudah gerak awal-awal pagi kerana ada
mesyuarat dengan dekan fakulti, Prof. Linora. Dalam sakit perut aku gagahkan
diri bonceng motor ke kelas.
Kelas seterusnya waktu petang yakni
kelas Hadi. Jadi aku ambil kesempatan gunakan masa rehat untuk cuba siapkan kerja
yang diberi dia. “Dia memang tak bagi muka langsung kat kau kan?” Perhati Fyn
sambil mengutarakan komen dia. Aku angguk sekali. Memang Hadi sedikit pun tak
bagi muka kat aku. Dalam kelas, dia cikgu dan aku anak murid. Tak ada istilah laki-bini dalam kelas dia. Walaupun aku
geram Hadi suka menyusahkan hidup pelajar dia, tapi satu benda aku kagum ialah
dia tak lebih atau rendahkan seseorang. Semua orang dilayan sama—semua kena
hadap kezaliman dia, semua ketawa dengan lawak sarkas dia.
“Weh mak mertua kau masih ada kat rumah
kau?” Tanya Fyn selepas memesan air jus oren. Aku angguk sekali. Mata aku masih
melekat pada skrin lap top dan jari
aku pantas menghentak huruf-huruf pada keyboard.
“Bila dia nak balik sana?” Fyn meneruskan pertanyaan dia. “Few weeks lagi.”
Balas aku pendek. “Lama juga dia duduk dengan korang. Tak ganggu privacy kau
dengan Hadi ke?” Fyn menjentik lap top
aku beberapa kali. Aku mengeluh berat. “Fyn, kau nampak tak aku tengah serabut
gila ni?” Rungut aku geram. Fyn tampal riak tak bersalah.
“Aku kisah apa. Nak jumpa kau sekarang
dahlah susah. Dengan Hadi la, kelas la study la. Ni bila jumpa member busy nak
mati pula.” Bentak Fyn berapi. Berkerut-kerut kening dia marah pada aku. “Okay
fine. Sorry. Bagi aku siapkan satu ayat, satu ayat je lepas tu aku tutup lap
top. Janji.” Rayu aku lembut. Kedua telapak tangan aku rapatkan sebelum aku
gosok banyak kali. Fyn memandang aku beberapa saat sebelum berkata, “Satu
ayat.” Tegas dia. Aku mengangguk dan terus menaip laju.
Siap. Akhirnya berjaya juga aku siapkan assignment Hadi. Aku menutup lap top dan memandang Fyn di depan.
“Berapa panjang satu ayat kau tu? Empat belas muka surat?” Setajam parang Fyn
memerli. Aku hanya ketawa takut-takut. “Ala Fyn chill la. Aku belanja pasta.
Nak pasta? Kau kan suka pasta?” Aku cuba memujuk kawan baik aku seorang ni. Fyn
menjeling geram. “Meatball speghatti, beef lasagna dengan strawberry smoothie.”
Balas dia sambil memeluk tubuh. Aku menelan air liur. Mak aih. Nafsu naga
betul. Kopak aku hari ni.
-
“Sampah apa ni?”
Hadi campak assignment ke dada aku di depan satu kelas. Mata aku tersorot ke 30
muka surat assignment yang tertangkup
di atas lantai. Assignment yang aku
kumpulkan segala kudrat untuk siapkan dalam tengah sakit perut cirit-birit—sampai
aku tak layan Fyn, sampai aku tak tidur malam cuba cari maklumat, sampai aku
cari merata kedai printing untuk
fotostat dan bind jadikan hard copy. Macam tu je dia campak kat
muka aku. Sampai hati Hadi. Pandangan aku semakin kabur dek air mata yang
bertakung. Aku menarik nafas dalam-dalam. Jangan menangis, Akira, jangan nangis
depan budak-budak kelas.
“Budak master buat cara budak master!
Jangan buat kerja macam budak degree, hantar sampah macam ni lepas tu expect
saya nak puas hati? Kalau macam ni la hasil kerja, baik tak payah sambung
belajar!” Tengking Hadi sambil melempar beberapa lagi assignment yang diserahkan pelajar ke lantai. Seluruh kelas terdiam
dengan ledakan amarah Hadi. Aku tunduk gigit bibir. Air mata semakin memenuhi tubir.
Bila-bila masa menanti untuk tumpah berderai.
“Class dismissed. Pick up those trash
and redo them! I want them in my pigeon hole by 7 o’clock tomorrow, sharp.”
Suara dingin Hadi memecahkan suasana tegang di dalam kelas. Aku masih berdiri
kaku di tepi meja pensyarah bila pelajar-pelajar lain datang dan kutip assignment masing-masing. Aku masih tak
berganjak bila Ben menghampiri aku. Dia tunduk mengutip assignment aku dan kepit ke celah lengan dia.
“Aki.” Panggil dia lembut. Aku
menggeleng perlahan. “Jom Aki, aku hantar kau balik.” Dia cuba memujuk aku.
Sekali lagi aku geleng kepala. Aku terasa mata Hadi tajam memerhatikan aku dan
Ben. Baru saja aku nak buka mulut, nak menolak ajakan Ben dan menyuruh dia
pergi, suara Hadi keras menegur. “Class dismissed Benjamin. Pekak ke tak reti
bahasa?” Aku mendongak. Berderau darah aku lihat renungan berapi yang membara
di sepasang mata Hadi.
Aku tahu Ben panas hati. Tangan dia yang
tergenggam di sisi menggeletar tahan marah dah cukup beritahu aku betapa nipis
kesabaran dia sekarang. Sebelum dia sempat balas, aku pantas berkata. “Tak apa
Ben. Kau baliklah dulu. Aku ada hal sikit nak bincang dengan Sir.” Assignment aku yang dikepitnya aku
ambil. Ben berkerut pandang aku. “Aki.” Dia cuba menegah keputusan aku tu tapi bila
aku tekad menggeleng kepala akhirnya dia melepaskan satu keluhan berat.
“Apa-apa call aku.” Pesan dia sambil
melirik Hadi yang masih membatu memerhati. “Okay. Pergilah balik.” Aku angguk
banyak kali. Ben memandang aku buat kali terakhir sebelum dia keluar dari kelas
dengan langkah berat. Sebaik saja Ben keluar, aku terus tutup pintu dan
kuncinya. Aku kemudian berjalan ke arah Hadi. “Why are you still friend with
him?” Soal dia keras dan dingin.
Aku letak assignment di atas meja sebelum toleh wajah ke arah Hadi dan lontar
satu pandangan penuh benci kepada dia. Serta-merta riak dingin dan berang yang
dipakai dia berubah jadi bimbang. “Akira—” Dia berhenti berkata bila aku angkat
tangan kanan. “Saya jumpa awak kat rumah.” Beritahu aku perlahan. “Akira.” Dia
cuba pegang tangan aku tapi aku cepat-cepat mengelak. “Akira please.” Dia
pegang lengan aku pula.
Aku memandang tangan dia yang erat
memaut lengan aku. “Lepas.” Arah aku datar. Terus dia lepaskan. “Sayang—” Aku
tak nak dengar apa-apa dari mulut dia. Aku terlalu marah nak dengar, nak ambil
tahu. Jadi aku terus keluar dari kelas dan tinggalkan dia terbeban dengan rasa
bersalah yang menggunung.
Hadi
Aku berjalan mundar-mandir. Jarum jam
bergerak semakin menghampiri nombor 7. Akira masih belum pulang. Mana dia
pergi? Merajuk sampai memberontak tak nak balik ke? “Along, daripada kau dok
jalan ke hulu ke hilir, baik kau call dia.” Hidayah yang duduk bersila di atas
sofa sambil mengunyah kacang tanah memberi cadangan. Aku geleng laju. “Dia bawa
motor tu.” Tak sanggup aku bayangkan apa-apa jadi pada isteri aku. Minta jauh. “Aku
offer hantar pagi tadi dia tak nak. Dah biasa bawa motor katanya.” Hamzah pula
menyampuk.
“Along biarkan je Akira naik motor pergi
kelas?” Mama berkerut tanya. Drama TV3 di skrin dipadamkan. Aku menggaru
kepala. “Along dah pesan dengan dia mintak acik hantarkan. Tak pun naik Grab.
Along tak expect pula dia naik motor.” Sungguh aku terlupa isteri aku ni degil
binti batu. Mama memeluk tubuh. Dahinya masih berkerut seribu. “I don’t like this
along. It’s very dangerous to ride a—” Teguran mama terbantut bila bunyi
deruman motor kedengaran dari luar rumah.
Aku bergegas buka pintu dan menapak ke
luar. Akira aku lihat sedang menanggalkan topi keledar. Sejurus mata dia
menangkap kelibat aku, bibir dia terus diketap rapat. Marah lagi la tu.
“Assalamualaikum.” Dia beri salam perlahan sambil membetulkan hijab dia yang
senget. Aku jawab salam sambil berjalan mendekati dia. “Awak okay?” Aku belek
dia atas bawah. Okay, tak ada calar
balar ke apa. “Okay.” Balasnya sepatah sambil turun dari motor.
“Ayong, cirit lagi ke?” Suara Hidayah
menegur dari belakang. Aku toleh pandang adik aku sesaat dua sebelum kembali
menala pandangan ke wajah Akira. Great!
Aku pejamkan mata sambil menyumpah perlahan. Aku betul terlupa dia cirit-birit
pagi tadi. Adoi. “Okay dah angah.” Akira melempar senyuman nipis pada Hidayah. “Tak
nak pergi klinik?” Aku bertanya lembut bila Akira ambil tangan aku dan menghadiahkan
satu kucupan halus di situ. Dalam marah dia kat aku, dia masih praktiskan
amalan isteri solehah.
Aku mengambil beg galas dari bahu dia.
Wajah keletihan dia aku tatap dalam-dalam. Akira menggeleng kepala. “Heart
surgeon cakap saya okay, meaning saya okay la.” Ujar dia datar sambil
menanggalkan kasut dari kaki kiri, kemudian kaki kanan. Dia kemudian berjalan
menuju ke arah mama dan Hidayah.
“Heart surgeon, bukannya pakar GI tract.
Kalau dia cakap awak mental, so awak mental la?” Bentak aku tak puas hati
sambil memerhatikan dia mencium pipi mama dan Hidayah. “Hey I am legally
eligable to give her some brilliant medical advices okay. Kau apa tahu long?”
Hidayah mencelah geram bila dihina aku. “Sod off angah.” Aku berdengus sebelum
ikut Akira masuk ke dalam bilik.
“Sure ke ni tak nak pergi klinik sayang?”
Tanya aku sebaik saja masuk ke dalam bilik. Beg galas dia aku letak atas
kerusi. Sungguh aku rasa bersalah kerana terlupa dia cirit-birit. Bertambah
rasa bersalah bila teringatkan air mata dia yang bertakung saat aku malukan dia
di dalam kelas. Akira aku lihat sedang terlentang atas katil sambil matanya
menala ke arah bilah kipas yang laju berpusing. “Dah sihat buat apa nak pergi.”
Balas dia malas. “Akira.” Panggil aku lembut, cuba tarik perhatian dia.
“Apa?” Balas dia tanpa pandang aku. “Marah
lagi ke?” Aku jalan ke arah katil dan duduk di birai. Wajah tanpa riak dia aku
tatap lama-lama. “Kalau saya campak kerja awak kat muka awak, awak marah tak?”
Tanya dia tanpa emosi. Aku menarik nafas dalam-dalam. Akira bangun dan duduk
bersila menghadap aku. Terkejut aku bila lihat air mata yang sekejapan memenuhi
sepasang mata hitam dia. “Akira...”
“Saya prioritize subjek awak lebih dari
subjek lain, lebih dari projek saya sendiri. Sebab saya nak awak bangga dengan
saya. Saya tak nak sebab saya isteri awak, awak bias. So saya all out study
subjek awak, buat assignments awak. Saya tak tidur malam nak make sure apa yang
saya tulis semua logik, semua perfect. Dalam saya tengah cirit-birit ni pun saya
cuba siapkan assignment awak seelok mungkin. Saya redah panas terik cari kedai
nak fotostat, nak bind, nak pastikan assignment saya perfect bukan je isi, tapi
luaran sekali. Tapi apa awak buat?” Air mata yang meleleh-leleh di pipi dia tak
dihiraukan.
Aku memandang dia tak berkelip. “Sampah
awak panggil kerja saya Hadi. Sampah.” Desis dia bersalut dendam. “Akira,
please.” Aku meraih tangan dia tapi dia pantas menepis. “Tak cukup panggil
usaha saya sampah depan satu kelas, awak campak hasil penat lelah saya kat muka
saya. Sampai hati awak kan Hadi?” Dia dah tersendu-sendu berbicara. Jari
telunjuk dia mencucuk kasar dada aku.
Aku lepaskan satu keluhan. Mungkin aku over-reacted dalam kelas tadi. Mungkin
aku tak patut campak assignment dia
ke dada dia. Tapi memang hasil kerja dia tak capai tahap yang aku tetapkan. Takkan
aku nak biarkan hanya kerana dia isteri aku? Mana kredibiliti aku sebagai
seorang pendidik? Sebagai seorang guru? Sebagai seorang suami?
Tapi aku tak dapat sangkal rasa bersalah
yang bersarang dalam hati aku sejak kejadian dalam kelas tadi. Rasa bersalah
semakin menebal bila aku teringat yang dia tak sihat. Sekali lagi aku lepaskan
keluhan berat. “Saya mengaku saya tak patut malukan awak macam tu dalam kelas
tadi.” Wajah sembab dia aku pandang lama. “Saya tak patut campak assignment tu
kat muka awak. Saya tak patut tengking awak. I was cruel to you didn’t I?”
Perlahan-lahan aku menyeka air mata yang masih basah di pipi dia.
Akira mengangguk. “Sangat.” Bisik dia. Air
mata dia tumpah lagi. Aku mengusap pipi dia lama. “I’m sorry.” Bisik aku lembut.
Perlahan-lahan helaian rambut dia aku tolak ke belakang cuping telinga dengan
sebelah tangan, manakala sebelah tangan lagi masih melekap pada pipi dia. “I’m
sorry sayang.” Aku mengulangi permohonan maaf aku sebelum aku tarik kepala dia
rapat ke dada. Serta-merta bahu dia terhinjut dan esakan halus lahir dari bibir
dia. Aku melingkarkan tangan di belikat dia, mengeratkan pelukan.
“Tapi awak tahukan, dalam kelas, saya
bukan Hadi The Busker, saya bukan Hadi suami Nur Akira. Dalam kelas saya kena jadi
Sir McGrumpy. And I cannot tolerate imperfections, Akira, especially from you. Your
one error is equivalent to 10 times of your friends’. I can’t be bias. Awak
faham kan apa yang saya cuba sampaikan ni?” Penuh hati-hati aku memilih
perkataan untuk rangka ayat, dengan harapan Akira faham niat aku yang sebenar.
Aku tarik nafas lega bila dia mengangguk sekali.
“But I’ll try not to be too cruel, I
promise. So can you forgive me sayang?” Aku mengusap belakang dia, membentuk
pusaran, dengan harapan dapat menenangkan dia yang masih galak menangis hiba.
Akira mengangguk lagi, menerima rayuan maaf aku. “And try not to give us killer
assignments anymore.” Tambah dia dalam sedu. Terus pecah tawa aku dengar.
“Kalau saya tak bagi assigment, macam
mana nak bagi carry mark?” Aku leraikan pelukan dan seka linangan air mata di
pipi dia. Wajah dia aku renung lama. “It’s okay to give out assignments, tapi
janganlah susah sangat.” Dia curi-curi pandang aku di sebalik mata merah sembab
dia. “Okay tapi dengan syarat.” Ujar aku sambil meraih tangan dia sebelum aku taburkan
kucupan halus pada urat-urat biru-ungu yang kelihatan di bawah kulit
pergelangan tangan dia. Akira angguk sekali. “Apa dia?”
“Syarat pertama—saya nak jadi
co-supervisor awak.” Aku menjungkit sebelah kening, menduga dan menanti reaksi
dia. Akira diam sejenak sebelum mengangguk. “Okay.” Macam tu je dia setuju?
Berbulan aku pujuk dia, dia kekal tak berganjak dengan keputusan tak mahu jumpa
Sir McGrumpy di luar kelas. Tapi
sekarang lain pula cerita. “Wow, you really do hate my assignments do you?”
Tanya aku separuh berharap dia menafikan. Harapan. Akira dengan setulus hati
mengangguk. “We all do.” Aku mengerutkan dahi. “We?” Soal aku. “Yelah, satu
kelas sakit hati buat assignments awak.” Jawab dia jujur.
Aku berdesis geram. “Hey those
assignments were meant to help you.” Akira menjulingkan mata. “Tolong apa kalau
soalan susah tahap puaka. Lepas tu marah macam orang gila dalam kelas. Sengal.”
Gumamnya rendah. Terus aku cubit hidung dia. “Syarat kedua. You don’t ride that
stupid bike of yours.” Tegas aku, langsung tak beri peluang dan ruang untuk
diskusi. Akira menggigit bibir bawah, cuba menahan diri dari betah. Aku dapat
baca apa yang bermain dalam fikiran dia. Jadi aku bagi solusi. “Awak naik kereta
dengan saya setiap hari. Ada meeting ke tak ada ke saya tunggu awak. I’ll drop
you off jauh sikit dari mata orang.”
Akira tersenyum nipis sebelum
mengangguk. “Okay.” Aku berdeham kecil. “Syarat ketiga. Let’s have lots of babies.”
Dan aku terus melekatkan puluhan ciuman ke serata wajahnya sambil menggeletek
pinggangnya. Akira tergelak besar sambil meronta minta dilepaskan. “I stink.
Bagi saya mandi dulu.” Jerit dia dalam usaha nak meloloskan diri. “I don’t
care.” Aku terus menghujani dia dengan ciuman rakus. Akira terjerit sakan bila
aku gosok pipi dia dengan jambang aku. “Gelilah Hadi!” Tangannya berusaha
menolak dagu aku jauh-jauh.
“Say yes dulu baru saya stop.” Ugut aku.
“Saya study lagi laaaaa.” Rungut dia manja. “So? Ramai je students slash
preggers kat uni tu.” Balas aku selamba. Ekspresi wajah Akira berubah
serba-salah. Aku menjarakkan sedikit wajah aku. “Awak tak beritahu dia lagi
kan? Tengoklah dalam kelas tadi, sampai nak hantarkan awak balik. Dia ingat dia
siapa? Besar sangat mandat dia?” Berapi dada aku teringat bagaimana budak
hingusan tu tanpa segan silu ajak isteri aku balik bersama.
Melihatkan Akira tak menafikan tuduhan
aku, aku terus bangun dari dia. “Hadi, saya janji saya—” Akira cuba beri alasan
tapi aku tak bagi dia peluang. “He fancies you.” Aku mencelah dingin. Akira terdiam
untuk beberapa saat sebelum dia memeluk aku dari belakang. Dagunya direhatkan
atas bahu aku. “But I don’t fancy him. Hadi, awak tak percayakan saya ke?”
Tanya dia lembut.
“Of course I do. It’s just.. Dia yang
saya tak percaya.” Balas aku datar. “Okay saya janji saya akan beritahu dia
esok insya Allah.” Bisik dia sebelum menghujani leher aku dengan kucupan halus.
Jari dia lembut mengurut bahu dan belikat aku. “I can’t lose you Akira.” Akui
aku perlahan. Akira berhenti mengucup aku. Lama dia merenung aku sebelum dia
berbisik,
“You won’t.”
Rosebud says:
Please watch This Is Us. It'll blow your mind and heart away. (Hadi ni inspirasi dari watak Jack Pearson dalam This is us. hehe)
Reviews = Love
Comments
Post a Comment