Hana menarik nafas
dalam-dalam sebelum membuka pintu. Kepala dijengah. “Assalamualaikum.”
Salamnya bersahut.
Langkah digagahi sehingga matanya menangkap wajah berbalut Akid. “Hana.” Mata
lelaki itu bersinar-sinar. Hana mengoyak senyum nipis. “Awak sihat?”Tanya Hana
sambil meletakkan sebakul buah-buahan di atas meja.
“Tengok awak, terus
sihat.” Balas Akid, tersenyum. Hana menarik kerusi rapat ke katil. “You look
good.” Matanya scan kepala, dada, kaki, seluruh tubuh Akid. “I think I look
most handsome like this.” Ujar Akid sambil jarinya berputar, menayang wajahnya
yang berbalut.
Hana ketawa kecil.
Akid memandang gadis
itu. “I’m sorry I hurt you.” Ucap Akid perlahan. Suaranya serak. Sayu. Segala
peristiwa lampau berputar dalam kepala. Peritnya dada, Allah saja yang tahu.
Hana memandang Akid
lama. Terasa sebak pulak dada ni. Akhirnya gadis itu melepaskan satu keluhan.
“Saya dah maafkan
awak.”
Lelaki itu membulatkan
mata. “Hana..” Sungguh dia tak percaya. Semudah itu je Hana maafkan aku? Setelah
apa yang aku dah buat kat dia, dia… Dia boleh maafkan aku?
“Laa, awak nangis ni
kenapa?” Hana kalut. Aku yang sebak, dia yang meleleh. Tiba-tiba je kan air
mata si Akid ni berjurai-jurai. Mahu tak kalut? Ni kali pertama aku experience
scene macam ni. Dengan mamat ni pulak tu.
Akid tergelak kecil
sambil mencapai tisu yang dihulur Hana. “Sorry Na, I was just.. I didn’t expect
you to forgive me that easy.” Ujar Akid sambil menyapu air matanya.
“Siapa cakap that
easy? Susah tau saya nak maafkan awak.Rasa macam nak flying kick je awak masa
tu.” Hana menjeling sambil membuat gaya shadow boxing. Akid ketawa. “Your
boyfriend already did it.” Balas Akid sambil sekali lagi menayang wajahnya yang
berbalut.
Hana menggeleng. “Dia
bukan boyfriend saya.”
Kening Akid bertemu. “Bukan?”
“Nope.” Kepala
digeleng sekali lagi. “Tapi dia suka awak.”
Hana mengerutkan muka.
“Tu soalan ke statement?” Tanya Hana. “Statement.” Balas Akid. “Mana awak tahu?”
Hana memeluk tubuh. Ni yang aku tak gemar ni. Sesedap oren je nak buat
statement. Lepas tu nanti mesti keluarkan satu ayat tu.
“I’m a guy Hana, I
know when a guy loves a woman.” Ha! Ayat ni la!
“I’m a woman, tapi
saya tak tahu pun bila perempuan suka lelaki.” Herdik Hana. Geramnya dengan spesis
lelaki ni. Suka tau, bersatu hati bila bertentangan dengan kaum aku.
Akid ketawa. “Because
you girls are complicated creatures.” Rahang Hana jatuh. Selamba je kau kutuk
kaum aku! Kalau aku rakam ni, lepas tu upload kat Youtube, mahu berbalut satu
badan kau kena flying kick beramai-ramai oleh kaum Hawa!
“And you guys, are
incredibly annoying!” Terjah Hana tak nak kalah. Akid ketawa lagi. “Itu saya
tak boleh bangkang.” Akid angguk setuju. Hana menarik senyum separuh. Nasib
baik kau setuju. Kalau tak, memang aku campak bunga ni kat muka mumia kau tu.
Hana tersenyum bila
Akid merapatkan kedua tangannya ke kepala bagai Laksamana sedang mengangkat
tabik hormat di hadapan Sultanah jelita. “Awak dah makan?” Tanya Hana sambil
pandangannya singgah pada dulang makanan di atas meja. Chicken chop masih tak
berusik.
Akid menggeleng
kepala. “Tak lapar.”
“Awak kena makan.
Kalau tak makan, macam mana nak sihat?”
“Awak suapkan saya.”
Akid separuh merayu. Hana tersentak. Nafas ditarik dalam-dalam. “Akid, kita
bukan macam kita sepuluh tahun dulu.” Ujar Hana perlahan. “I know. I just wish
I could turn back time and fix every damage I’ve done.” Balas Akid.
Hana memandang lelaki
itu. “Akid, saya kena gerak. Awak jaga diri. Jangan miss makan ubat ok. Jangan
lupa makan!” Marah Hana dalam gurau. Akid tergelak kecil. “Yes ma’am!”
“Ok, take care.” Hana
melambai.
“Hana,” Panggil Akid.
Hana menoleh. “Yeah?”
“Thank you.”
Hana menampal segaris
senyuman manis. “Makan!”
“Hana.” Panggil Akid
lagi.
“What?” Hana ketawa. Apa
saja la mamat ni.
“Arrivederci.”
“Bye Akid.” Hana
menggeleng.
-
Nyaris terjatuh
conical flask di tangan apabila satu dentuman menghentak dinding fume hood atau
kebuk wasap. Hana menoleh bersama satu kerutan di dahi. “Apa masalah awak?”
Tanya Hana di sebalik topeng muka yang dipakai.
“Kau.” Jari telunjuk
ditala ke muka gadis itu.
Hana meletakkan
conical flask sebelum menarik tangannya keluar dari fume hood.Puting beliung
takda, ribut takda, tiba-tiba je mengamuk.“Okey, apa awak nak dari saya?” Hana
menanggalkan topeng muka dan cermin mata keselamatan. Tubuhnya dipusing
menghadap Daim yang kekal menampal muka bengis, macam biasa.
“Jawapan.” Ujar Daim
dingin.
Gadis itu menjungkit
bahu. “Jawapan apa?”
“History.”
Kening Hana
terjungkit. Sejarah? Alamak, dah lama kot aku tinggalkan subjek puaka ni. Terbayang-bayang
wajah cikgu Sejarah, Pak Om. Sudahlah kelasnya mengundang tsunami satu kelas, baru
lima minit kelas mula, semua dah lentuk kepala atas meja. Lepas tu, habis saja
kelas, dia paksa kitaorang cakap, ‘Terima kasih Pak Om, kami seronok Pak Om.’
Seronok. Itu pasal
sampai tertidur. Huhu. Banyak dosa aku kat orang tua tu.Ampun Pak Om!
“Hoi! Aku cakap dengan
kau ni, sempat pulak kau berangan!” Tengking Daim sakit hati. Hana
menepuk-nepuk kedua pipinya dengan harapan dapat sedarkan diri. “Sorry kenangan
lama tiba-tiba menyerang. So, apa tadi awak tanya?”
“Kenangan dengan Akid?”
Mata Daim mencerun tajam. Hana menelan air liur. Betul rasa macam telan conical
flask ni. “Bukan. Kenangan dengan Pak Om.” Jawab Hana jujur.
Daim berkerut. “Pak
Om?”
Gadis itu mengangguk. “Cikgu
sejarah saya dulu. Hensem. Muka macam Shah Rukh Khan tapi suara macam penyanyi
dong dang sayang. Mendayu je.”Hana ketawa, namun tawanya terhenti sejurus
matanya melihat muka mencuka Daim. Air batu pun lagi sedap pandang.
“Ok, sorry sorry. You
were saying?” Hana menjungkit kening.
Daim merenungnya untuk
beberapa saat sebelum menggeleng kepala dan terus keluar dari makmal tanpa
berkata apa-apa. Hana bingung. Itu je? Hekeleh. Buang masa aku je. Hana kembali
masukkan tangan ke dalam kebuk wasap. Eksperimen bermula semula.
-
“I can’t believe I’m
in love with her.” Daim mengurut dahi.
Jannah menolak mangkuk
berisi ais krim ke arah lelaki itu. Daim menarik senyum. “Ni favourite budak
senget tu.” Ujar Jannah, membalas senyuman Daim. Lelaki itu menyuap ais krim ke
dalam mulut.
Masya Allah.
“Sedapkan? Bak kata
Hana, sedap sehingga menjilat sudu.” Jannah tersenyum lebar melihat perubahan
wajah lelaki itu. “I bet dia jilat sudu betul-betul.” Daim dapat bayangkan Hana
menjilat sudu selepas makan ais krim. Gadis itu ketawa besar.
“A’ah. Dengan mangkuk
ni sekali dia jilat tau.” Jannah dengan murah hati bercerita. Daim geleng
kepala. “No surprise.”
“So, apa yang awak nak
tahu pasal Akid?” Jannah bertanya. Daim memandang Jannah. Mulutnya sedikit
terbuka. Mind reader ke apa minah ni? Spooky la pulak.
Jannah menarik senyum.
“You jangan buat muka macam tu. I dapat agak dari muka you. Dah kalau muka
macam basikal tak cuci seminggu ni mesti pasal mantan lover ni.” Ujar Jannah,
seratus peratus menjiwai watak doktor sakit jiwa.
Basikal? Punyalah
ramai orang beratur nak muka macam aku ni, kau boleh samakan muka hensem ni
dengan basikal? Memang sekutu si perempuan gila buta warna tu!
“You tahu I belasah si
Akid tu?” Daim memandang gadis beraut wajah seakan Vanida Imran itu. Jannah
mengangguk. “Mestilah I tahu. Hana told me everything.” Daim mengangguk. “I
pergi hospital siang tadi. I thought visiting him would make her—
“feel better about
you.” Jannah tolong sambungkan ayat terbantut Daim. Lelaki itu angguk. “Tapi?”
Jannah menjungkit kening. “Tapi, she was there.”
“Hana?”
Daim angguk lagi.
Jannah tersenyum. Kesian
la pulak aku tengok mamat hensem bergaya ni. “Daim, you kena faham, Hana kenal
Akid tu lebih lama dari Hana kenal you. And the feelings she has for him, are much deeper that she may have for you.”
“So you’re saying, she
has feelings for him? Apa? Diaorang pernah bercinta ke dulu?”
“I tak rasa I orang
yang layak bagi jawapan untuk soalan you tu, tapi they were there for each
other. Itu je yang I boleh cakaplah.” Ujar Jannah, berhati-hati. Tak mahu
tersalah kata. Boleh cetus macam-macam masalah nanti.
“What’s their story?”
Tanya Daim, tak mahu beating around the bush lagi.
“Okey. Sebenarnya, Hana
dan Akid, diaorang membesar sama-sama....
---
Rosebud says:
Hola readears ^^ Bak kata orang Jepun, o-hisashiburi!
I know it has been a while and I'm sori for the late update. I just got back from Cameron, jet lag xhilang (poyonyeee saya), I terus edit this chap, kasi umph!
Thank you so much, domou arigatou sebab bersabar dgn saya. May Allah bless. saranghae korang <3
Teruskan bersabar ya. huhu..
this chap pendek sikit, saja tak nak upload pjg2 biar ada thrill. hehe.
insya Allah this humble story will keep goin' til d end. anyway, this friday, Kim Jong Kook (abg sparta) punya showcase. (I'm a kipas-susah-mati Running Man) and I won a ticket to his showcase. insya Allah akan ke sana. so whoever yg akan ke sana (HGH convention centre, sentul) moga kita dapat bertemu ya. aamiin.
happy reading dearies ^^
JANGAN LUPA komen/tegur/puji sikit2/hentam tamau tau. and please klik here.
maceh. ^^
to those yg tatau menatang apa tu RUNNING MAN:


Saranghae too akak.^^ sumpah best sangat2, daebak. kesian kat daim.“I can’t believe I’m in love with
ReplyDeleteher.” ahahaha lawak, suka dgn statement ne. how sweet =) sambung laju2 ek akak.^^
tak puas nye baca. pendek la n3. next n3 pjg2 ckit.. ops xnk ckit. byk2 boleh... love this story...
ReplyDeleteKeep up a good work
ReplyDelete