Skip to main content

Aku bukan Hana Tajima! 30

Hana menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka pintu. Kepala dijengah. “Assalamualaikum.”

Salamnya bersahut. Langkah digagahi sehingga matanya menangkap wajah berbalut Akid. “Hana.” Mata lelaki itu bersinar-sinar. Hana mengoyak senyum nipis. “Awak sihat?”Tanya Hana sambil meletakkan sebakul buah-buahan di atas meja.

“Tengok awak, terus sihat.” Balas Akid, tersenyum. Hana menarik kerusi rapat ke katil. “You look good.” Matanya scan kepala, dada, kaki, seluruh tubuh Akid. “I think I look most handsome like this.” Ujar Akid sambil jarinya berputar, menayang wajahnya yang berbalut.

Hana ketawa kecil.

Akid memandang gadis itu. “I’m sorry I hurt you.” Ucap Akid perlahan. Suaranya serak. Sayu. Segala peristiwa lampau berputar dalam kepala. Peritnya dada, Allah saja yang tahu.

Hana memandang Akid lama. Terasa sebak pulak dada ni. Akhirnya gadis itu melepaskan satu keluhan.

“Saya dah maafkan awak.”

Lelaki itu membulatkan mata. “Hana..” Sungguh dia tak percaya. Semudah itu je Hana maafkan aku? Setelah apa yang aku dah buat kat dia, dia… Dia boleh maafkan aku?

“Laa, awak nangis ni kenapa?” Hana kalut. Aku yang sebak, dia yang meleleh. Tiba-tiba je kan air mata si Akid ni berjurai-jurai. Mahu tak kalut? Ni kali pertama aku experience scene macam ni. Dengan mamat ni pulak tu.

Akid tergelak kecil sambil mencapai tisu yang dihulur Hana. “Sorry Na, I was just.. I didn’t expect you to forgive me that easy.” Ujar Akid sambil menyapu air matanya.

“Siapa cakap that easy? Susah tau saya nak maafkan awak.Rasa macam nak flying kick je awak masa tu.” Hana menjeling sambil membuat gaya shadow boxing. Akid ketawa. “Your boyfriend already did it.” Balas Akid sambil sekali lagi menayang wajahnya yang berbalut.

Hana menggeleng. “Dia bukan boyfriend saya.”

Kening Akid bertemu. “Bukan?”

“Nope.” Kepala digeleng sekali lagi. “Tapi dia suka awak.”

Hana mengerutkan muka. “Tu soalan ke statement?” Tanya Hana. “Statement.” Balas Akid. “Mana awak tahu?” Hana memeluk tubuh. Ni yang aku tak gemar ni. Sesedap oren je nak buat statement. Lepas tu nanti mesti keluarkan satu ayat tu.

“I’m a guy Hana, I know when a guy loves a woman.” Ha! Ayat ni la!

“I’m a woman, tapi saya tak tahu pun bila perempuan suka lelaki.” Herdik Hana. Geramnya dengan spesis lelaki ni. Suka tau, bersatu hati bila bertentangan dengan kaum aku.

Akid ketawa. “Because you girls are complicated creatures.” Rahang Hana jatuh. Selamba je kau kutuk kaum aku! Kalau aku rakam ni, lepas tu upload kat Youtube, mahu berbalut satu badan kau kena flying kick beramai-ramai oleh kaum Hawa!

“And you guys, are incredibly annoying!” Terjah Hana tak nak kalah. Akid ketawa lagi. “Itu saya tak boleh bangkang.” Akid angguk setuju. Hana menarik senyum separuh. Nasib baik kau setuju. Kalau tak, memang aku campak bunga ni kat muka mumia kau tu.

Hana tersenyum bila Akid merapatkan kedua tangannya ke kepala bagai Laksamana sedang mengangkat tabik hormat di hadapan Sultanah jelita. “Awak dah makan?” Tanya Hana sambil pandangannya singgah pada dulang makanan di atas meja. Chicken chop masih tak berusik.

Akid menggeleng kepala. “Tak lapar.”

“Awak kena makan. Kalau tak makan, macam mana nak sihat?”

“Awak suapkan saya.” Akid separuh merayu. Hana tersentak. Nafas ditarik dalam-dalam. “Akid, kita bukan macam kita sepuluh tahun dulu.” Ujar Hana perlahan. “I know. I just wish I could turn back time and fix every damage I’ve done.” Balas Akid.

Hana memandang lelaki itu. “Akid, saya kena gerak. Awak jaga diri. Jangan miss makan ubat ok. Jangan lupa makan!” Marah Hana dalam gurau. Akid tergelak kecil. “Yes ma’am!”

“Ok, take care.” Hana melambai.

“Hana,” Panggil Akid. Hana menoleh. “Yeah?”

“Thank you.”

Hana menampal segaris senyuman manis. “Makan!”

“Hana.” Panggil Akid lagi.

“What?” Hana ketawa. Apa saja la mamat ni.

“Arrivederci.”

“Bye Akid.” Hana menggeleng.

-

Nyaris terjatuh conical flask di tangan apabila satu dentuman menghentak dinding fume hood atau kebuk wasap. Hana menoleh bersama satu kerutan di dahi. “Apa masalah awak?” Tanya Hana di sebalik topeng muka yang dipakai.

“Kau.” Jari telunjuk ditala ke muka gadis itu.

Hana meletakkan conical flask sebelum menarik tangannya keluar dari fume hood.Puting beliung takda, ribut takda, tiba-tiba je mengamuk.“Okey, apa awak nak dari saya?” Hana menanggalkan topeng muka dan cermin mata keselamatan. Tubuhnya dipusing menghadap Daim yang kekal menampal muka bengis, macam biasa.

“Jawapan.” Ujar Daim dingin.

Gadis itu menjungkit bahu. “Jawapan apa?”

“History.”

Kening Hana terjungkit. Sejarah? Alamak, dah lama kot aku tinggalkan subjek puaka ni. Terbayang-bayang wajah cikgu Sejarah, Pak Om. Sudahlah kelasnya mengundang tsunami satu kelas, baru lima minit kelas mula, semua dah lentuk kepala atas meja. Lepas tu, habis saja kelas, dia paksa kitaorang cakap, ‘Terima kasih Pak Om, kami seronok Pak Om.’

Seronok. Itu pasal sampai tertidur. Huhu. Banyak dosa aku kat orang tua tu.Ampun Pak Om!

“Hoi! Aku cakap dengan kau ni, sempat pulak kau berangan!” Tengking Daim sakit hati. Hana menepuk-nepuk kedua pipinya dengan harapan dapat sedarkan diri. “Sorry kenangan lama tiba-tiba menyerang. So, apa tadi awak tanya?”

“Kenangan dengan Akid?” Mata Daim mencerun tajam. Hana menelan air liur. Betul rasa macam telan conical flask ni. “Bukan. Kenangan dengan Pak Om.” Jawab Hana jujur.

Daim berkerut. “Pak Om?”

Gadis itu mengangguk. “Cikgu sejarah saya dulu. Hensem. Muka macam Shah Rukh Khan tapi suara macam penyanyi dong dang sayang. Mendayu je.”Hana ketawa, namun tawanya terhenti sejurus matanya melihat muka mencuka Daim. Air batu pun lagi sedap pandang.

“Ok, sorry sorry. You were saying?” Hana menjungkit kening.

Daim merenungnya untuk beberapa saat sebelum menggeleng kepala dan terus keluar dari makmal tanpa berkata apa-apa. Hana bingung. Itu je? Hekeleh. Buang masa aku je. Hana kembali masukkan tangan ke dalam kebuk wasap. Eksperimen bermula semula.

-

“I can’t believe I’m in love with her.” Daim mengurut dahi.

Jannah menolak mangkuk berisi ais krim ke arah lelaki itu. Daim menarik senyum. “Ni favourite budak senget tu.” Ujar Jannah, membalas senyuman Daim. Lelaki itu menyuap ais krim ke dalam mulut.

Masya Allah.

“Sedapkan? Bak kata Hana, sedap sehingga menjilat sudu.” Jannah tersenyum lebar melihat perubahan wajah lelaki itu. “I bet dia jilat sudu betul-betul.” Daim dapat bayangkan Hana menjilat sudu selepas makan ais krim. Gadis itu ketawa besar.

“A’ah. Dengan mangkuk ni sekali dia jilat tau.” Jannah dengan murah hati bercerita. Daim geleng kepala. “No surprise.”

“So, apa yang awak nak tahu pasal Akid?” Jannah bertanya. Daim memandang Jannah. Mulutnya sedikit terbuka. Mind reader ke apa minah ni? Spooky la pulak.

Jannah menarik senyum. “You jangan buat muka macam tu. I dapat agak dari muka you. Dah kalau muka macam basikal tak cuci seminggu ni mesti pasal mantan lover ni.” Ujar Jannah, seratus peratus menjiwai watak doktor sakit jiwa.

Basikal? Punyalah ramai orang beratur nak muka macam aku ni, kau boleh samakan muka hensem ni dengan basikal? Memang sekutu si perempuan gila buta warna tu!

“You tahu I belasah si Akid tu?” Daim memandang gadis beraut wajah seakan Vanida Imran itu. Jannah mengangguk. “Mestilah I tahu. Hana told me everything.” Daim mengangguk. “I pergi hospital siang tadi. I thought visiting him would make her—

“feel better about you.” Jannah tolong sambungkan ayat terbantut Daim. Lelaki itu angguk. “Tapi?” Jannah menjungkit kening. “Tapi, she was there.”

“Hana?”

Daim angguk lagi.

Jannah tersenyum. Kesian la pulak aku tengok mamat hensem bergaya ni. “Daim, you kena faham, Hana kenal Akid tu lebih lama dari Hana kenal you. And the feelings she has for him,  are much deeper that she may have for you.”

“So you’re saying, she has feelings for him? Apa? Diaorang pernah bercinta ke dulu?”

“I tak rasa I orang yang layak bagi jawapan untuk soalan you tu, tapi they were there for each other. Itu je yang I boleh cakaplah.” Ujar Jannah, berhati-hati. Tak mahu tersalah kata. Boleh cetus macam-macam masalah nanti.

“What’s their story?” Tanya Daim, tak mahu beating around the bush lagi.

“Okey. Sebenarnya, Hana dan Akid, diaorang membesar sama-sama....


---

Rosebud says:

Hola readears ^^ Bak kata orang Jepun, o-hisashiburi!  
I know it has been a while and I'm sori for the late update. I just got back from Cameron, jet lag xhilang (poyonyeee saya), I terus edit this chap, kasi umph!
huhu.semangat wajarkan? keke

Thank you so much, domou arigatou sebab bersabar dgn saya. May Allah bless. saranghae korang <3

Teruskan bersabar ya. huhu..

this chap pendek sikit, saja tak nak upload pjg2 biar ada thrill. hehe.

insya Allah this humble story will keep goin' til d end. anyway, this friday, Kim Jong Kook (abg sparta) punya showcase. (I'm a kipas-susah-mati Running Man) and I won a ticket to his showcase. insya Allah akan ke sana. so whoever yg akan ke sana (HGH convention centre, sentul) moga kita dapat bertemu ya. aamiin.
happy reading dearies ^^
JANGAN LUPA komen/tegur/puji sikit2/hentam tamau tau. and please klik here. 
maceh. ^^
to those yg tatau menatang apa tu RUNNING MAN:


Comments

  1. Saranghae too akak.^^ sumpah best sangat2, daebak. kesian kat daim.“I can’t believe I’m in love with
    her.” ahahaha lawak, suka dgn statement ne. how sweet =) sambung laju2 ek akak.^^

    ReplyDelete
  2. tak puas nye baca. pendek la n3. next n3 pjg2 ckit.. ops xnk ckit. byk2 boleh... love this story...

    ReplyDelete
  3. Keep up a good work

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku bukan Hana Tajima! 52

Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh. “Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam ni ya?) “Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni, apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau kau pergi, takkan s...

Projek 3 : H + A = Bahagian 7

Akira Dia ketawa. Dan aku tak mampu alihkan mata dari terus menikmati kedalaman lesung pipit parentesis yang terbenam di kedua belah pipinya. Ya Allah Aki, dia pensyarah kau kot. He’s the bloody Sir McGrumpy! Takkan ada spark kat mamat grumpy ni kot? Aku menarik getah rambut dan membiarkan rambut aku mengurai melepasi bahu. Dalam kelas tadi, seperti dijangka, dari Hadi the busker , dia berubah jadi Sir McGrumpy . Dan aku berdengus meluat. Satu kelas kena soal, kena maki dan kena jentik kepala. Dan kali ni dia bagi soalan mencabar keimanan. Can fish have a fever? Kepala bana dia tanya soalan KBAT macam ni. Apa kena mengena ikan demam dengan biomolekular? Dan markahnya 30 markah! Wargh betul rasa nak nangis. Lagi seronok, dia suruh hantar esok pagi pukul 7 tepat di pigeon hole dia. Kepala berjambul betul la. Haru dapat pensyarah zalim macam ni. Sejurus selepas dia bagi assignment gila ni, sempat dia menghantar pandangan ‘kata-aku-SirMcGrumpy-lagikan-sekarang-rasakan!’ ke arah...

Aku bukan Hana Tajima! 31

10 tahun lalu... “Jepun perintah Tanah Melayu selama 3½ tahun dari 1942 hingga 1945. Pemerintahan dia bercorak tentera. Zalim. Ganas. Tak berperikemanusiaan. Antara langkah awal Jepun menguasai Tanah Melayu adalah melalui propaganda dan rancangan ‘Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya’. Boleh anak-anak?” Kepala sekejap terlentuk ke kiri, sepuluh saat kemudian, terlentuk ke kanan pulak. Akid di belakang dah nak terguling ketawa tengok kawan baiknya itu. Nasib tak tergeliat leher tu. “Cepatlah!” Jenab memaksa Akid, ditendang-tendang kerusi lelaki tu. “Sabarlah. Kena tunggu timing baik punya.” Jari telunjuk dirapatkan ke bibir. Kawan baiknya itu tersedar apabila Pak Om menekan kapur ke papan hitam lalu menghasilkan bunyi yang sangat ngilu. Terus ditegakkan semula kepala. Mata dibuka seluas alam dengan harapan dapat tengok muka Bollywood Pak Om. Tangan orang tua itu yang terkibas-kibas dilihat seolah sedang menari lagu ‘Hingustan’. Biar betik orang tua ni? Mat...