Nyaris terlepas mug di
tangan kak Mida bila melihat Hana dan Budin sedang berbalas pukulan sambil
terjerit-jerit. Bola kecil berwarna putih terlantun-lantun atas meja biru.
“Yezza! 20-18.” Jerit Hana gembira. Bat ataupun paddle di tangan dijadikan
kipas, mengipas badannya yang dah mula membakar lemak-lemak tepu. Boleh tahan
berlecak jugak ketiak main ping pong ni. Budin mencampak bola ping pong kepada
Hana.
“Mana korang dapat
meja ping pong ni?” Tanya kak Mida, menarik kerusi dan terus duduk. Sakit
pinggang diri lama-lama bila perut dah memboyot ni. Hana dan Budin memandang ke
arah wanita mengandung itu serentak. “Bila akak sampai?” Budin bertanya pelik.
Tak dengar pun kak Mida masuk.
Kak Mida menghirup teh
tarik dalam mug. “Semalam.”
Hana ketawa mengekeh.
Cayalah kak Mida. Dah pandai berloyar buruk. Budin dah lempar jelingan maut kat
Hana. Nak kata akulah tu sumber loyaran buruk kak Mida. Ceh. Tapi memang pun.
Bagus kak Mida. Anak murid yang baik. “Terpengaruh dengan Hana la ni!” Marah
Budin. Hana mengoyak senyum bangga.
“Ni mana korang dapat
meja ping pong tu?” Muncung kak Mida ditala ke arah meja berwarna biru tu. Soalan
sama diulang lagi. Takkan dia puas hati selagi tak dapat jawapan. “Hana paksa
Mat Tampoi beli lepas tu angkat bawak masuk pantry ni.” Budin tolong jawabkan
dengan senang hati. “Apa kau kasi dia lepas tu?” Wajah selamba Hana dipandang.
Gadis itu meletakkan
sebelah tangan atas meja ping pong manakala sebelah lagi menghayun bat. “Air
masak.” Balasnya dengan nada tak bersalah. Kak Mida yang baru saja meneguk teh
tariknya terus tersembur air tu. Budin berlari mendapatkan kak Mida. Mug di
tangan kak Mida diambil dan diletak atas meja. “Akak okay tak?” Budin
teragak-agak nak tepuk belakang wanita tu. Kak Mida mengangkat tangan kanannya,
memberi isyarat dia okay.
“Tak senonohlah kau ni
Na. Air masak je kau bagi?” Kak Mida menggeleng kepala. Sampai betul hati budak
ni. Punyalah budak tu berpenat-lelah nak ambil hati dia. Sedikit simpati pun
takda.
Hana tarik muka pelik.
“Okay la tu. Daripada Hana kasi dia air paip? Air jamban ke ha. Kira cukup
berjiwa rakyatlah ni tau.” Balasnya beriya. Budin dan Kak Mida dah tergelak
besar. Alahai. Sabar jela minah ni.
“Akak okay he? Budin, cepat.
Tak sabar aku nak titik kau lagi ni.” Hana menayang bat ke arah bertentangan
dengannya, menyuruh Budin segera ke meja ping pong.
Budin menjeling geram.
“Menyampah la dia ni kak. Asyik menang je. Semua game dia nak terer main!
Agak-agaklah beb.” First time tengok Budin menyerlahkan kejantannya. Fuh,
dahsyat. Kalau Geng Powerpuff Girls nampak ni, mahu sensasi si Budin. Jadi hot
stuff terus kat Samurai.
“Budin lagi sekali
Budin.” Hana memandangnya penuh kagum. “Buat apa?” Budin bertanya pelik. “Suara
gagah tu la. Macho kot. Kak Mida pun tergoda dengar weh. Kan kak kan?” Matanya
mencerun pada muka terkejut kak Mida, memaksa wanita tu iyakan saja
kata-katanya.
“Encore! Encore!” Kak
Mida menggoyang tangannya yang digenggam kemas.
Budin menjulingkan
mata. Langkah diatur menuju ke meja ping pong. “Merepek je. Bencilah! Dah cepat
cepat. Dekat pukul 1 dah ni.” Habis je ayatnya, Budin terus smash bola. Hana
yang terleka tak mampu nak balas balik pukulan Budin tu.
“Oh yeah! 19-20.”
Budin buat aksi pemain bola bila berjaya jaringkan gol.
“Cheating bolehlah.”
Hana serve bola ping pong, Budin sambut pantas. Sebaik saja bola kembali pada
Hana, dia terus membalun dengan pukulan spin. Bola ping pong itu berpusing arah
lawan jam melintasi net. Sebaik saja masuk ke kawasan Budin, bola itu melantun
semula ke arah Hana. Serta-merta beberapa garisan kedut menghiasi dahi Budin.
Dia terpinga-pinga. Sungguh dia keliru sekarang. Sekelip mata bola dah lantun
balik. Matanya bulat memandang Hana yang dah pasang sengih sekerat.
“Ops. 21-19.” Hana
menutup mulut, mengejek lelaki itu. Budin menggigit bibir sambil dadanya
ditepuk banyak kali. Sakitnya hati. Tambah sakit hati bila tengok skill minah
ni yang ohsem. Boleh pulak dia bagi bola swing kan. Selamba je. Gua tabik.
Dalam hati.
“Puaka! Celak-A!”
Hana dan kak Mida
saling berpandangan. Tak sangka dua perkataan tu baru keluar dari bibir lelaki
selembut Budin. Sah, dia anak jantan. “Tahniah Budin. Kau dah buktikan hari ni.
Tahniah. Aku selaku member kau yang baik hati lagi jelitawan ni sangat bangga
dengan kau.” Hana dan kak Mida menepuk tangan.
“Buktikan apa?” Tanya
Budin, masih berkerut.
“Buktikan yang kau ni
anak jantan.” Hana tersenyum.
Macam peluru,
macam-macam keluar dari mulut Budin. Hana mengelak sambil tangannya beriya memukul-mukul,
kononnya memukul perkataan-perkataan yang keluar dari bibir lelaki itu. Kak
Mida dah tergelak besar. Budin yang mula-mula tadi macam nak marah terus tak
jadi marah. Dia pun sama ketawa.
“Senget la Hana ni.”
Budin menggeleng.
“Hei korang ni. Macam
budak kecik. Sakit perut akak melayan.” Kak Mida bangun dan menuju ke sinki,
nak basuh mug. Budin macam biasa, dengan sifat semulajadi baik hatinya terus
ambil mug dari tangan kak Mida. “Takpa, Budin basuh.”
Hana berjalan ke sisi
Budin. “Alang-alang tu, basuhkan pinggan dan cawan aku sekali. Terima kasih
Budin.” Dan Hana dah lenyap dari pandangan. Kak Mida menggeleng kepala sambil
tergelak kecil.
“Sabar jela Budin. Dia
memang kepala tak centre sikit.” Kak Mida cuba nak sedapkan hati lelaki itu.
Budin menarik senyum. “Ala Budin tak kisah pun kak. Kalau bukan sebab Hana,
memang sunyi je la ofis ni. Dia tu kan lampu disko.” Balas Budin selamba. Kak
Mida ketawa lagi.
Teringat masa Hana
baru-baru join company ni, kesengalan dia cukup famous sampai satu ofis panggil
dia lampu disko. Kata mereka, bila Hana ada, rasa macam nak enjoy sakan. Itu
pasal depa bagi nama tu. Paling tak tahan bila Hana selamba balas, “Amboi gaya
macam selalu pergi disko je.” Masing-masing muka dah berubah kelat. Terus
ditarik balik nama lampu disko. Lepas kejadian tu, takda siapa berani nak
gelar-gelar Hana sampailah Daim muncul. Dia orang pertama berani carik pasal
dengan gadis itu.
Perempuan gila buta
warna.
Cakap pasal Daim. “Akak perasan tak, lately
ni, Hana dengan Daim lain macam. Kan?” Budin mengelap tangan sesudah mencuci
mug dan pinggan. Tubuhnya dipaling menghadap kak Mida.
“Lain macam mana?”
Tanya kak Mida.
“Lainlah. Akak tak
perasan ke dia dua orang tu nampak happy je?” Budin memeluk tubuh. “Aik orang
happy pun kau susah?” Kak Mida berkerut. Ni hasrat dengki ke apa ni?
Budin melepaskan satu
keluhan. “Akak ni. Mana ada Budin susah hati diaorang happy. Budin rasa pelik
je sebab dua orang tu kan musuh tradisi. Masa tu kata nak be in a good term.
End up gaduh jugak bila jumpa.
Tapi lately ni,
diaorang macam..saling berhemah. Bila terserempak, masing-masing beri salam, tersenyum,
bukan main Bob mesra lagi. Dalam lab, kadang-kadang nampak batang hidung si
ungka tu. Dia masuk lab semata-mata nak tanya Hana dah makan ke belum. Tak ke
pelik tu? Sejak bila dia jadi pakar nutrisi Hana? Bila meeting lagi obvious
kak. Daim tu, kalau Hana gerak sikit, dia pun gerak sama. Diaorang macam..”
Budin kehilangan kosa kata. Tak tahu macam mana nak explain situasi Hana dan
Daim.
“Tengah bercinta?” Kak
Mida menjungkit sebelah kening.
Budin terdiam sekejap.
Boleh jadi diaorang bercinta. Tapi...serius ke? Hana pernah cakap, prinsip
hidup dia no couple before marriage. Haram. Dah tu, ni sekarang ni apa?
“Kau ni sejak bila
jadi stalker diaorang? Tahu semua benda. In detail pulak tu. Ee akak pulak yang
meremang.” Kak Mida mengusap lengannya. Bulu roma terasa tegak.
Budin menjeling geram.
“Bukan nak stalk ke apa. Tapi dah benda jadi depan mata. Nampak obvious kak.
Hana macam gerak kerusi ke belakang sebab nak bersin, si Daim tu pun gerak
sama. Macam kena elektrik.” Cerita Budin penuh semangat tentang kejadian yang
berlaku dalam bilik meeting tempoh hari.
Kak Mida geleng
kepala. “Alaa mungkin Daim pun nak terbersin jugak ke. Kau ni suka buat
kesimpulan sendiri.”
“Kak, mana ada orang
nak bersin bukak mata besar-besar. Time tu Daim tengok Hana kot. Muka dia macam
risau je. Macam.. Entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana.” Budin memeluk
tubuh, cuba nak tafsir riak muka Daim ketika Hana bersin sampai ke belakang.
“Alaa kau ni. Biarlah
diaorang kita doakan je diaorang cepat-cepat kahwin. Hana tu pun lawa orangnya.
Daim tu pun hensem. Eloklah tu sama-sama cantik, sama padan.” Balas Kak Mida
mula mengorak langkah keluar dari pantry. Budin ikut dari belakang.
“Ke diaorang dah
kahwin senyap-senyap kat Siam?” Laju je satu ayat ni meluncur keluar dari mulut
Budin. Tak tunggu lama, terus ditepuknya lengan lelaki itu. Kak Mida menjeling
tajam. “Kau ni. Takkan sampai ke Siam nak kahwin. Tak beragak betul. Ke
diaorang kahwin kat dalam negara je ke kan. Kau mana tahu.” Sesedap je nak buat
andaian si Budin ni.
Budin menarik sengih.
“Nak marah Budin konon. Akak pun sesedap oren je buat andaian kan? Ha?” Kening
dimain-main. Kena lagi sekali penampar kat lengan. Budin mengerang sakit.
Diurut-urut lengannya yang terasa bisa. Walaupun beralas baju, tapi masih
terasa sakitnya.
“Dah dah tak payah
sakitkan kepala akak ni nak fikir apa jadi dengan diaorang berdua. Nanti kita
tanya dia. Dengar sendiri dari mulut tuan punya badan. Okay? Kau dah solat
belum?” Kak Mida memandang Budin atas bawah.
“Belum. Belum masuk
pun lagi kak.” Budin menayang jamnya ke muka wanita itu. Kak Mida angguk.
“Yelah. Jom lunch. Baby dalam perut ni nak kebulur dah.” Kak Mida mengusap
perutnya dengan penuh kasih sayang. “Akak ke baby yang dah nak kebulur?” Sindir
Budin baik punya.
Kak Mida dah sedia nak
bagi lagi satu penampar tapi Budin cepat-cepat jarakkan diri. “Jom jom lunch.
Budin belanja.”
“Nasib baik kau pandai
ambil hati.” Kak Mida tersenyum.
“Kak Mida kot. Siapa
tak nak ambil hati akak hot mama kita ni? Dahlah cantik, gebu, pregnant tapi
tak nampak macam mak buyong pun. Hot je. Ohsem sangat.” Sikit punya baik Budin
angkat kak Mida. Wanita itu ketawa senang. “Comel tak kak Ton?” Kak Mida
menepuk-nepuk pipinya. Budin tergelak besar. Serius kak Mida dah terpengaruh
dengan Hana.
“Akak nak makan
Johnny’s Restaurant. Jom.” Kak Mida lead the way. Terus Budin tampal muka
sedih. Alamak. Kopaklah aku!
-
“Irna le perle!” Jerit
Maya sambil jari telunjuknya menekan-nekan skrin lap top. Sebelah tangan lagi
digoyang-goyang, memanggil Hana dan Jannah
yang sedang membelek majalah-majalah pengantin di atas katil supaya ke mari.
“Ha? Irma lapar? Siapa? Irma Hasmi?” Jannah dan Hana memandang Maya serentak.
Kawannya itu menggeleng laju. “Bukan Irma Hasmi la! Ni, Irna le perle! Sinilah
tengok!” Hana meletakkan majalah atas riba Jannah sebelum melompat turun dan
terus merangkul leher Maya. Dagunya diletakkan atas kepala kawannya itu.
“Apa— Ohh cantiknya!” Bulat terus mata Hana.
Gambar-gambar gaun pengantin yang terpampang di skrin ditenung lama. Bibirnya
terbuka luas. Jannah angkat kepala. Apa yang ohsem sangat sampai minah ni jaw
drop?
Jannah turun dari
katil dan mendekati mereka berdua. Keningnya bersatu sambil kepalanya
didekatkan pada skrin. “Wahh..” Kali ni, giliran Jannah pulak jaw drop.
“Lawakan?” Tanya Maya sambil melayang senyuman separuh. Nada nak angkuh.
“Lawa gila!” Serentak,
Jannah dan Hana angguk laju. Masing-masing setia merenung gaun-gaun indah pada
website Irna le perle itu. Memang cantik gaun-gaun dia. “Jakarta? Designer dari
Indonesia la ni.” Jannah terangguk-angguk.
“Aku suka ni. Suka tu
jugak. Alamak, ni pun aku suka. Cantiknya Ya Allah!” Mata Hana dah bling bling.
Semua design dia cantik-cantik belaka. Memang rabun mata tengok. Tak tahu nak
yang mana satu. Semua cantik.
Maya memusingkan
kerusinya menghadap Hana. “Aku tak sure berapa price dia. Kalau termasuk
shipping maybe mahal la kot. Kau nak tak?” Maya memandang wajah kawannya itu.
Hana diam sejenak.
“Survey dulu la harga
dia. Kalau lari baget takpa la weh. Kahwin kena bersederhana. Baru Rasulullah
s.a.w sayang.” Hana berkata perlahan. Maya dan Jannah angguk setuju. “Okay.
Nanti aku survey harga bridal gowns dia ni. Aku try carik designer lain jugak
okay.” Maya kembali menghadap lap top.
Hana merapatkan
pipinya ke pipi Maya. “Thanks bebeh. You’re the best!”
Maya ketawa. “Baru
tahu aku ni best?” “Ceh. Perah santan. Tapi memang betul pun.” Balas Hana
sambil memeluk tubuh. Maya tergelak besar. “Bengong kau ni Na.” Kawannya itu
dah geleng kepala. Jari-jarinya laju menekan-nekan mouse, mencari bridal gowns.
Hana tersenyum melihat usaha minah dua orang
ni. Dipandang Maya lama sebelum matanya singgah pada wajah Jannah pula.
Kawan-kawannya itu bersungguh-sungguh survey baju pengantin, barang-barang
hantaran, pelamin semua, macam-macam, hanya untuk dia. Even keluarga Jannah dan
Maya pun datang tolong. Siap offer nak sponsor wedding, cake, makanan, khemah,
semualah. You name it.
Allahuakbar.
Bila Hana beritahu dua
kawan baiknya tu tentang rancangan dia nak bernikah dengan Daim hujung bulan
ni, terus tubuhnya didakap erat mereka. Paling mengharukan bila mata
masing-masing dah bergenang. Allah. Siapa tak menitiskan air mata bila melihat
kawan baik sendiri menangis? Memanglah mereka sahabat aku dunia dan akhirat
insya Allah. Hana tersenyum lagi. Kali ni senyumannya diiringi linangan air
mata. Bukan sebab sedih, tapi sebab gembira. Gembira dan bersyukur pada Dia
Pemberi segala nikmat. Walaupun tiada keluarga di sisi untuk membantu, tapi
Allah tetap datangkan pertolongan dan rezeki tanpa disangka-sangka selagi kita
meletakkan kebergantungan kita kepada Dia seratus peratus. Betullah janji Allah
dalam surah At-Talaq, ayat 2 hingga 3.
“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya akan
diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya).
Dan diberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa
yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan
baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah
melakukan segala yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa
bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
Masya Allah. Sayangnya Allah kat aku. Even dalam aku lalai
sekalipun, macam-macam nikmat diturunkan kat aku. Dan banyaknya nikmat tu, satu
pun aku tak minta. Allah bagi free macam tu je.
Alhamdulillah.
“By the way Na, bonda
tahu tak kau nak nikah ni?” Tanya Jannah tiba-tiba. Hana cepat-cepat mengesat
air matanya sambil melabuhkan punggung di sebelah kawannya itu. “Dah. Aku call
dia beritahu. Insya Allah nanti weekend ni nak singgah kejaplah. Nak ikut?”
Bantal busuk diambil dan dipeluk kuat-kuat. Wanginya.
“Boleh je. Kau ada
court case ke apa tak Maya?” Jannah memandang Maya yang asyik mengklik segala
macam blog dan website. Gadis itu mengeleng. “Aku free. Weekends aku merely for
Hana! Sweet tak aku?” Maya menoleh sebelum mengenyitkan sebelah mata. Jannah
buat-buat gelak.
“Serius jijik.” Ejek
kawannya itu. Hana dah tergelak besar.
“Jealousy turning
saint into the sea~”
Jannah tarik muka.
“Hel-lo. I tak jeles okay! See the face okay.” Tangan diliuk-lentuk. Ew. Maya
dah tak boleh tahan, terus dia tarik bantal yang dibuat alas punggung dan
dicampak ke muka Jannah. Apalagi, riuh-rendah satu bilik bila Jannah dah
menjerit sakan.
“Busuk kot!”
Maya tayang muka
selamba. “Memanglah. Ata aku ala-ala machine gun kentotkan bantal tu.” Terus
hijau biru muka Jannah. Dibaling bantal tu ke muka Maya semula.
“Nasib tak berbuih
mulut kau Jannah.” Hana dah sakit-sakit perut ketawa. “Dah berbuih dah pun. Aku
telan balik buih tu. Nak jaga hati member. Sweet tak aku?” Sikit punya baik
Jannah kenakan Maya.
Lagi sakan mereka
ketawa. Aduhai.
“Siap kau Jannah.
Weekend ni kan kita round cari bridal dress untuk si Hana ni kan. Haa kau
tunggulah nasib Cik Neo kau tu.” Maya mula pasang muka psiko. Jannah menggigit
bibir. Dalam kepala dah macam nak gila fikir mana port baik nak sorokkan kunci
kereta dalam rumah ni. Tapi bila matanya pandang je muka Hana, berkecai
impian nak jumpa tempat paling selamat nak sorokkan kunci kereta. Takda
maknanya. Si Hana ni, sorok la kunci 10 meter dalam tanah, dia boleh jumpa
jugak. Bab-bab carik barang hilang ni, memang serahkan je kat Hana. Sixth sense
minah ni... Peh, dahsyat oh.
“Apasal kau pandang
aku macam tu?” Hana memeluk tubuh. Matanya dikecilkan. Jannah mengeluh berat.
“Kalau si Maya ni bolehlah aku handle lagi. Tapi kau. Alamak. Habislah Cik Neo
aku.”
Hana ketawa mengekeh.
Baru kau tahu kehebatan aku. Muahaha.
“Weekend ni he. Cik
Neo, come to mama!”
“Mama mung!” Tawa
pecah lagi.
-
Tangan mak cik Mia
yang masih dalam genggamannya dihayun tinggi-tinggi, sengaja menyakat orang tua
tu. Mak cik tergelak kecil. Ditepuk lengan Daim, menyuruh anaknya tu berhenti menyakat. Iyalah, dia tu tinggi menggalah, sekali dia
hayun tangan orang tua tu, terjungkit-jungkit kaki mak cik Mia dibuatnya. Daim
menghayun lagi tangan uminya.
“Daim! Dahlah tu!” Mak
cik Mia memeluk lengan anaknya itu bagi menghalang dia dari terus menghayun.
Daim ketawa sakan. Wajah merah uminya dipandang lama. “Daim confuse la umi.
Macam mana Daim boleh tinggi macam ni tapi umi rendang je. Comel lote. Macam mana
tu umi?” Tak habis-habis sesi menyakatnya.
Mak cik Mia menjeling
manja. “Dah ayah Daim tinggi. Tinggi la Daim.” Balas umi selamba. Daim
terangguk-angguk. Betul la tu. Otousan memang tinggi. Selain baran dan sixth
sense, gene lain yang diturunkan dari baka otousan ialah ketinggian. Oh ya,
tidak lupa juga kehenseman muka aku ni. Itu pun turun-temurun jugak. Daim
ketawa dalam diam. Rasa macam orang bodoh je syok sendiri ni. Alahai.
“Kenapa ketawa?” Mak
cik Mia mendongak, memandang wajah anaknya.
Lelaki itu menggeleng.
Tangan mak cik Mia yang masih memeluk lengannya diusap lembut. Bertahun-tahun
dia dambakan moment macam ni. Moment keluar dating dengan umi, moment
bergurau-senda dengan umi, moment mother-and-son. Indahnya tak terkata. Untung
aku umi aku masih hidup. Alhamdulillah. Macam manalah keadaan orang yang dah
takda mak bapak. Tiba-tiba satu nama muncul dalam kepala.
Hana.
Daim menarik nafas
panjang. Gadis yang mencuri hatinya. Gadis yang selalu hadir dalam mimpinya.
Gadis bernama Hana. Sudahlah mak ayah takda, hidup sebatang kara dari kecil.
Tapi dia survive. Daim mengoyak senyum bangga. Semangat perempuan tu memang
kuat. Tak lama je lagi perempuan gila buta warna tu akan jadi hak aku yang
mutlak. Ya Allah, permudahkan segala urusan.
Mak cik Mia memandang
pelik anaknya yang tiba-tiba meraup wajahnya seolah macam sedang mengaminkan
doa. “Umi nak makan apa umi?” Tanya Daim sebaik saja selesai membaca doa. Mak
cik Mia diam untuk beberapa saat sebelum menjungkit bahu.
“Apa-apalah. Umi ikut
je.” Balas wanita separuh abad itu.
Daim mengangguk. Terus
ditarik tangan uminya menuju ke restoran Itali. “Italian boleh umi?” Tanya Daim
sebaik saja mereka berdiri di depan penyambut tetamu restoran tu. “Macam mahal
je Daim. Kita pergi makan food court jela. Murah. Sedap pun iya. Sini tak tahu
entah sedap ke tak. Halal ke tak.” Mak cik Mia berkerut-kerut memandang seluruh
isi restoran. Dengan penyambut tetamu sekali kena kerut. Daim tergelak kecil.
Tak pasal-pasal je. Huhu.
“Umi, dah lama Daim
pasang niat nak bawak umi makan kat sini tau. Jangan risau umi, makanan kat
sini halal. Dahlah halal, sedap pulak tu. By the way umi, owner kedai ni member
Daim. Dia orang Islam walaupun dia bukan orang Melayu. Kita kena tunjuk support
umi. Okay?” Daim berkata perlahan. Tak nak penyambut tetamu tu dengar.
Mak cik Mia memandang
Daim agak lama. Akhirnya dia mengangguk sambil tersenyum. “Yelah anak umi ni.
Ada je cara dia nak pujuk umi. Italian pun italian la. Janji kenyang ye dak?”
Pipi Daim ditepuk manja. Anaknya itu tersengih sebelum memberi isyarat kepada
si penyambut tetamu untuk excort uminya ke sebuah meja khas.
“Daim nak cerita apa
kat umi? Tadi dalam fon bukan main lagi excited. Apa dia?” Mak cik Mia
memandang wajah tampan anaknya itu. Betul ikut baka ayah dia. Daim menarik
senyum. “Insya Allah, nanti..” Dia diamkan diri. Sengaja nak bagi umi dia
suspen. Mak cik Mia mengetip bibir, menanti penuh sabar. Nanti apa?
“Nanti...” Diam lagi.
Dalam hati macam nak gila Daim tahan gelak tengok muka umi dia yang dah
berkerut-kerut. Mesti umi cemas debar-debar dalam dada tu kan. Ampun umi.
Mak cik Mia tak senang
duduk. Kalau tengok air muka anaknya tu, macam ada khabar tak gembira. “Nanti
apa?” Tanya mak cik Mia tak sabar. “Nanti umi dapat menantu insya Allah!” Laju
satu ayat tu meluncur keluar dari bibir Daim. Uminya itu tergamam. M-Menantu?
Terus kedua tangannya
menekup mulut. “Masya Allah. Betul ke?” Bulat mata mak cik Mia merenung wajah
Daim. Lelaki itu angguk laju. “Alhamdulillah. Sampai dah jodoh anak aku. Dengan
siapa nak?” Mak cik Mia bertanya. Jelas terpancar kegembiraan di wajah orang
tua tu. Bibir Daim melontar segaris senyuman. “Umi kenal dia.” Balas Daim
bersahaja sambil membiarkan pelayan menghidangkan pinggan berisi fettucini
carbonara di hadapannya. Seorang pelayan lagi menghidangkan pinggan berisi
caviar di hadapan uminya.
“Grazie mile.” Ucap
Daim kepada pelayan bermata biru tu.
Mak cik Mia masih
ligat berfikir siapa gerangan bakal menantunya. Aku kenal? Mak cik Mia diam
untuk beberapa detik sebelum bibirnya mula mengukir senyuman separuh. “Hana?”
Teka orang tua tu. Daim tergelak kecil sambil terangguk-angguk. Umi memang
bijak. (*Grazie mile=Thank
you very much)
“Insya Allah dia
orangnya umi.”
“Subhanallah! Ya
Allah, moga Hana yang terbaik untuk anak aku, Daim.” Mak cik Mia meraup serata
wajah sambil mengucapkan amin. Daim mengaminkan doa uminya dalam diam. Hatinya
menarik rasa lega melihat respon yang ditunjukkan umi.
Mak cik Mia memegang
tangan anaknya itu. Syukurnya dia pada Tuhan, rahmat dari Yang Maha Pengasih,
diketemukan dia dengan anaknya, dan hari ni, satu lagi khabar gembira dikurnia
untuknya. Dia bakal mendapat menantu. Allah. Kalau tidak difikirkan di mana
mereka berada sekarang ni, dah lama dia sujud kepada-Nya.
“Bila nak langsung?
Tunangnya bila? Baju nikah semua dah sedia?
Mak andam, catering?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut mak cik Mia.
Daim mengusap tangan uminya. Macam ni rupanya perasaan dihujani rasa ambil
berat oleh insan bernama umi. Indahnya, tak terungkap.
“Umi, pasal tu semua umi jangan risau. Daim
boleh uruskan sendiri. Insya Allah langsung hujung bulan ni.” Ujar Daim lembut.
Wanita separuh abad
itu tersenyum lega mendengar jawapan dari mulut Daim. “Kalau semua Daim
uruskan, habis umi buat apa? Takkan nak umi duduk melangok je tengok anak umi
kahwin? Umi takda tugas apa-apa? Runner ke?”
Hampir tersembur tawa
Daim. Kelakarlah umi ni. Runner tak boleh blah. Kang aku suruh jadi runner
betul-betul kang, terangkat kain tu. Huhu. Tapi betullah kata orang. Perempuan,
tak kiralah mak ke, adik ke kakak ke isteri ke, memang ada satu sifat yang dah
sebati dalam diri mereka, yakni manja. Senyumannya melebar. Manja seorang emak
untuk anaknya, priceless.
“Tugas umi satu je. Jadi mak pengantin. Ah
baru Daim teringat. Umi, Daim nak tanya sikit. Boleh?” Daim mencerun ke segenap
wajah uminya. Suaranya dilunak lembut. Uminya itu mengangguk.
“Otousan. Umi. Umi tak
jumpa otousan lagi kan?”
Serta-merta riak wajah
mak cik Mia berubah pahit. “O-Otousan?”
Daim angguk. “Hm.
Otousan. Suami umi.”
Mak cik Mia
memalingkan wajahnya. Ada riak tak senang terpancar di wajah orang tua tu. Daim
terkedu. Apa dah jadi? “Umi..? Kenapa umi?” Tanya Daim risau. Hatinya bertambah
resah apabila air mata mula mengalir di pipi uminya. Daim terus bangkit dan
menuju ke arah mak cik Mia sebelum dia melutut di sisi wanita itu.
Tangan mak cik Mia
digenggam lembut. “Umi, kenapa ni umi?” Daim menyeka air mata di pipi uminya
itu. Mak cik Mia memandang lama wajah anaknya. “Umi, I’m all yours. Hm?” Pujuk
Daim sambil menguatkan genggaman tangannya, nak beri keyakinan kepada orang tua
tu.
Mak cik Mia menarik
nafas dalam-dalam sebelum bertanya, “Daim ingat apa jadi masa Daim accident
dulu?” Lelaki itu berfikir sejenak. “Sikit. Blurry la. Kenapa umi tanya?” Daim
bangun dan menarik kerusi sebelah mendekati uminya sebelum duduk. Tangannya
masih erat menggengam tangan wanita tua itu.
“Masa Daim accident
dulu, Daim ada dengan umi. Kita keluar beli groceries kat pasar. Umi ingat
lagi. Daim masa tu suka sangat makan buah epal. Jadi masa kat pasar tu, benda
pertama Daim cari, buah epal.” Cerita umi, mengimbau kenangan pahit.
Daim mendengar tekun.
Dilembutkan air mukanya supaya lebih senang umi nak meluahkan apa yang selama
ni dipendamnya. “Umi biarkan Daim pilih buah epal mana Daim nak, tapi umi tak
sangka hari tu hari terakhir umi jumpa anak umi.” Suara umi berubah serak.
Matanya mula berkaca. Daim mengeratkan genggaman tangannya, dengan harapan
dapat beri sedikit kekuatan kepada uminya itu.
“Bila kemalangan tu
jadi, kita terpisah. Umi cuba carik Daim tapi..” Mak cik Mia tak mampu nak
menyambung ayatnya. “Tapi obaachan tak bagi umi jumpa Daim lagi.” Ujar Daim
mendatar.
Mak cik Mia memandang
anaknya itu. “Maafkan umi nak. Umi tak mampu buat apa-apa masa tu.” Wanita itu
tunduk, bahunya terhenjut-henjut, menangis. Rasa bersalah yang menggunung
terlukis di segenap wajahnya. Daim menarik uminya ke dalam pelukan.
“Umi tak salah umi.
Umi tak salah pun.” Pelipis uminya dikucup lembut.
“Maafkan umi ya nak.
Umi tetap bersalah. Pada Daim. Pada Maisa.” Tutur mak cik Mia dalam sedunya.
Daim meleraikan pelukannya. Maisa? “Siapa Maisa umi?” Daim bertanya lembut. Wajah
terkejut uminya itu ditatap lama.
“Daim tak ingat?” Mak
cik Mia mengerutkan dahi.
Kali ni giliran Daim
pulak berkerut. “Tak ingat? Maksud umi?”
Mak cik Mia menarik
senyum nipis sebelum berkata lembut, “Maisa tu adik Daim.”
---
Rosebud says:
Assalamualaikum deariess~
Gomenasai for the super duper late update. (muka cemik guilty) Tak larat nak bagi excuses dah. sedar diri. huhu.. Anyway I decided to stick to my original plot. Doesn't matter if it's cliche or lame or dah selalu sgt org buat. Doesn't matter sebab i have had that plot in my head since the beginning so takkan sbb dah pernah org buat, saya kena tukar separuh jalan. not a chance. huhu. (baget firm ni.)
I'm a huge fan of harry potter trilogy and enjoy reading fanfiction harry potter. and I found one story which really touched my heart. My whole life, tak pernah baca story yg boleh kasi leleh air mata on its first chapter! ye, bab 1 dia dah buat saya menangis (tersedu-sedu okeh!) sumpah best! anyway, ada kesempatan, insya Allah ingat nanti bila this humble story dah habis, saya nak try buat story yg sedih-medih jugak. huhu. doakan :)
The reason I always ask you ols to review/comments bagai ni semua sebab I want to know where my mistakes lie, how's my performance so far, did you all like it or not and etc. So, please drop some REVIEWS/COMMENTS/SUGGESTIONS/ADVICES, anything. I'm ready. :)
And don't forget to pray for our brothers and sisters in Syria, Palestine, Afghanistan, Rohingya. They need us, we need them. Remember, doa is our ultimate weapon. insya Allah, point jannah is ours.
Thanks korang for your endless supports, blessings and love. much appreciated. keep supporting me yeah. insya Allah.<3
Thanks korang for your endless supports, blessings and love. much appreciated. keep supporting me yeah. insya Allah.<3
happy readings :)
Courtesy of OwhSoMuslim.com (OSM)
say "aamiin"



sis suka baca citer ni...gud one...stick to your original plot is okay...takperlah kalau orang nak kata cliche....kita punya citer suka ati kita lah...keep it up...
ReplyDeleteYeah Hana nak kahwin. suke3 :) tp siapa Maisah ek? alahai curiousnye. mcm2 da yg sya fikir ne. jgn2 Maisah tu....... aishhh jgn la. tak sanggup nak ckp. :(
ReplyDeletebestx3! maisa?? jgn kata yg maisa tu hana! omg, kalau betol, tak taulah nak ckp apa. pengsan dah kot :3
ReplyDeleteplz.. maisa tu hana ke?? adoi...jgn plz
ReplyDelete