Hana mengucup pipi gebu
bayi perempuan yang diberi nama Lulu Jinan. “Comelnya dia kak. Memang sebiji ikut
muka Hana. Comel menawan memukau jiwa.” Usik gadis itu. Matanya masih setia
menjamah setiap inci wajah comel anak kak Mida, mengagumi keindahan ciptaan
agung Tuhan Yang Maha Mulia.
“Itulah.. Kesian anak
aku... Apa laa nasib dia..” Rintih kak Mida sambil mengusap ubun-ubun anaknya
itu. Hana menarik muka. “Eh kak, muka macam Hana ni muka bawa tuah tau tak?”
Dijeling kak Mida habis-habisan.
“Kau ni datang seorang
je ke?” Kak Mida mengalihkan pandangannya pada wajah lembut Hana pula. Gadis
itu mengerutkan dahi. “Laa kan datang bertiga ni.” Jawab Hana nakal. Kak Mida
menepuk lengannya.
“Tak pernah nak jawab
elok-elok kalau akak tanya kan!” Bebel kak Mida.
Hana tergelak besar.
“Kak, kenapa Lulu Jinan? Akak ambil dari Cartoon Network ke? Kenapa tak bubuh
Hana Jelita ke Hana Indah ke. Baru la glamorous.” Pipi Lulu Jinan dikucup lagi.
Subhanallah, bahagianya hati ni dapat tatap wajah suci bayi comel kak Mida ni.
“Banyaklah kau! Kau
ingat akak ni sengal macam kau ke? Lulu tu dalam bahasa Arab maknanya mutiara.
Jinan maknanya syurga-syurga. Lulu Jinan, mutiara syurga. Mutiara hati mama dengan
papa ya.” Ujar kak Mida tersenyum bahagia sambil mengusap pipi anaknya itu.
Hana terangguk-angguk.
“Sedapnya makna nama awak. Lulu Jinan.” Sekali lagi pipi Lulu Jinan menjadi
mangsa kucupan gadis itu. “Kau okey Na?” Kak Mida bertanya setelah agak lama
dia menatap wajah Hana, seolah menanti masa yang sesuai untuk bertanya sesuatu.
“La ni siapa yang
dalam pantang ni? Akak ke Hana?” Tanya Hana pelik dengan pertanyaan kak Mida.
Wanita itu mengoyak senyum nipis. “Hana, Hana. Akak doakan kau jumpa lelaki
yang terbaik untuk kau, yang sayang kau, hormat kau, hargai kau dan akan jaga
kau sampai ke jannah nanti, insya Allah, aamiin.” Kak Mida menarik kepala Hana
dan dikucup lembut dahi gadis itu.
Hana tergamam.
Terkebil-kebil matanya merenung wajah keibuan kak Mida. “Kau baik Na, sebab tu
Allah uji kau. Insya Allah lepas ni Allah hantarlah lelaki mulia untuk jaga
kau.” Kepala gadis itu diusap lembut.
“Budin cerita kat akak
he?” Hana mengukir senyum tawar.
Kak Mida mengangguk.
“Budin dan Geng Powerpuff Girls.” Balasnya. Hana menjulingkan mata sambil
kepalanya digeleng-geleng. “Dah agak dah. Ni mesti diaorang exaggerated gila
ni. Kak, takdalah sadis sangat kisah cinta Hana.”
“Tak sadis apanya dah
kalau kau pengsan bagai. Kenapalah Daim buat macam tu kat kau? Tak faham akak. Akak
tak percayalah dia nak mainkan kau, cakap tak sayangkan kau lagi. Akak nampak
macam mana dia pandang kau, Na. Dia sayang kau. Ni mesti ada something terible happened
ni sampai dia terpaksa buat macam tu kat kau.” Kak Mida memegang dagu, cuba
mengerah otak, mencari jawapan kenapa Daim berubah.
Hana menarik sengih.
“Akak pantang ni mesti layan cerekarama banyak sangat ni. Tulis novel la kak.
Dah siap nanti bagi Hana baca.” Sakat gadis itu sambil bermain dengan
keningnya.
“Akak cakap
betul-betul kau main-main. Ee geram aku.” Kak Mida mencubit pehanya sehingga
terjerit gadis itu. Lulu Jinan yang selesa dalam dakapan Hana terperanjat dan
mula menangis.
Hana menarik muka.
“Akaklah ni!” Dengan berhati-hati, dia merapatkan Lulu Jinan ke dadanya sebelum
menepuk lembut punggung bayi itu sambil berzikir memuji Allah.
Kak Mida sekadar
memerhatikan perilaku gadis itu sambil memasang senyuman keibuannya. Setelah
beberapa minit dia mendodoi Lulu Jinan, akhirnya bayi comel itu pun tertidur.
“Dah boleh kahwin dah
kau Na. Pandai kau dodoikan anak akak.” Lulu Jinan diletakkan perlahan-lahan ke
dalam baby cot. Hana melayang senyuman penuh bangga. “Kan? Akak takda lelaki
hensem ke nak recommend Hana kat dia? Rugi tu tak dapat Hana. Dahlah cantik,
masak sedap, pandai tidurkan budak. Haa, perfect score!”
Kak Mida ketawa besar.
“Hmm.. Ha! Na, akak ada kenal seorang lelaki ni. Akak jamin, kau mesti suka kat
dia. Nak kenal tak?” Tanya kak Mida beriya. Hana berkerut memandang wanita itu.
“Akak buat lawak
kacang bendi ke apa ni?”
“Akak seriuslah. Nak
kenal tak? Nama dia Khasyi. Dia tua empat tahun dari kau. Orangnya, Ya Allah
hensemnya Hana. Waktu first time akak jumpa Khasyi ni, akak punyalah terpegun
sampai lupa yang aku ni dah kahwin. Dahlah perut memboyot masa tu. Ha, punya
dahsyat hensem dia.” Cerita kak Mida penuh semangat. Bersinar-sinar matanya
saat bercerita tentang lelaki tampan bergelar Khasyi itu.
“Kalau setakat hensem
je, takpalah kak. Pergi kilang buat boxer pun dah boleh jumpa lelaki hensem.”
Balas Hana, menolak sopan. Kak Mida berdengus. “Hei, akak tak habis cerita
lagi! Khasyi ni baik orangnya Na. Cakap lembut, soft spoken, takda nak meninggi
suara. Hormat kat orang. Muka asyik tersenyum je. Sejuk perut akak tengok.”
Tambah kak Mida. Tangannya mengusap perut sendiri, mengimbau kembali
perasaannya sewaktu kali pertama bertemu dengan Khasyi.
Hana tampal muka penuh
keraguan. “Dia macam Budin ke? Atau lagi parah?” Duga gadis itu. Kak Mida
menjulingkan mata. “Kau ni Na. Soft spoken, bukannya lembik! Dia straight,
jangan risau. Gagah Na. Abang Sado tau.” Ujar kak Mida, mempromosikan lelaki
itu habis-habisan.
Pecah terus tawa Hana
bila dengar kak Mida menyebut ‘Abang Sado’. “Whuoo dah maju. Mana akak belajar
sebut ‘Abang Sado’ ni? Laki akak dah jadi Abang Sado ke?” Hana
menjungkit-jungkit kening. Setahunya, suami kak Mida, abang Fizi tu orangnya
slim. Tak kurus sangat tapi tinggi.
“Laki akak bukan abang
sasa do. Dia abang boroi do. Abang Bodo.” Selambak kodok je kak Mida mengutuk
suami dia. Hana segera menutup mulutnya, menahan tawa yang hampir meletus bila
pintu bilik kak Mida terkuak dan seorang lelaki masuk ke dalam.
“Amboi amboi, Abang
Bodo ya?” Perli suami kak Mida sebaik saja dia masuk ke dalam bilik. Tangannya
mencekak pinggang sambil muka serius dipasang. Kak Mida menoleh. Terus pucat
membiru wajahnya.
“Err... Eh abang tak
tahu ke? Abang Bodo dalam bahasa Sanskrit maksudnya Abang kacak bergaya. Haa,
ayang puji abang tau. Suka tak?” Kak Mida menayang muka comel. Suaminya menarik
senyum geram.
“Nasib baik Hana ada.
Kalau tak, dah lama abang siat-siat mulut ayang tau!” Terus pipi kak Mida
dicubit manja. Wanita itu terjerit kecil. Serentak Hana dan abang Fizi meng-‘shh’-kannya,
menyuruh wanita itu diam.
Kak Mida menarik
suaminya itu duduk di sampingnya.
“Abang, Khasyi itu solo lagi kan bang?” Peha suaminya ditepuk-tepuk, mahu
menarik perhatian. Abang Fizi mengangguk.
“Kenapa? Ayang nak usha dia?” Duga suami kak
Mida sambil mencuit lembut dagu isterinya. Ada nada cemburu di situ.
“Hei apa ke situ pula?
Buat apa ayang nak usha lelaki lain dah kalau depan mata ni dah cukup tampan
kacak menawan dah? Ni bang, kita kenalkan Hana dengan Khasyi tu okey tak?” Kak
Mida betul terlupa dengan kewujudan Hana. Dipeluk mesra lengan suaminya sambil
kepala dilentuk manja ke bahu lelaki itu.
Hana berdeham beberapa
kali. “Err kak, Hana ada lagi ni.”
Kak Mida memandang
gadis itu beberapa saat sebelum warna di wajahnya berubah merah. “Ya Allah Na,
akak terlupa kau ada.” Kak Mida menepuk dahi. Memang betul terlupa dia ni.
Hana menarik muka.
“Sampai hati.”
“Itulah ayang. Kesian
kat Hana. Ni Hana, kalau betul nak, abang boleh aturkan pertemuan Hana dengan
Khasyi tu. Baik orangnya. Solat jaga, selalu puasa sunat. Ha paling penting,
dia jaga batasan dia dengan perempuan. Apa kata Hana?” Abang Fizi memandang
gadis itu.
Hana hilang kata.
Menarik ciri-ciri lelaki bernama Khasyi ni. Boleh jadi suami mithali. “Entahlah
bang. Hana tak biasa benda-benda macam ni. Nak nak jumpa lelaki yang Hana tak
kenal.” Dia berasa ragu-ragu.
“Kitaorang kenal dia.
Insya Allah, dia baik. Ha kalau Hana risau pasal kewangan, don’t worry. Sampai
keturunan ke 7 pun, insya Allah dia masih mampu menampung hidup Hana. So what
say you? Abang aturkan ya?” Tambah Abang Fizi lagi.
Mak datuk. Keturunan
ke 7? Anak raja ke apa tu? Hana menggaru-garu kepalanya. Mulalah dia pancarkan
pandangan meminta simpati kepada kak Mida tapi wanita itu pura-pura tak nampak.
Dia terangguk-angguk mendesak Hana supaya bersetuju dengan usul suaminya itu.
“Jumpa je. Bukannya
suruh Hana kahwin dengan Khasyi tu. No harm meeting him.” Celah kak Mida. Hana
berbelah-bahagi. Patut tak aku setuju? Aduhai, peningnya kepala.
“Nantilah Hana
fikirkan dulu.” Hana memandang kak Mida.
“Jangan fikir, setuju
je. Nanti dikebas orang, menyesal tau. Jumpa je. Kalau tak berkenan, tak payah
jumpa lagi. Kalau berkenan, haa... Itu nanti kita bincang. Okey? Abang,
pergilah call Khasyi. Cakap next week pertemuan dia dengan Hana. Abang up up
sikit budak ni.” Jari telunjuk kak Mida ditala ke wajah Hana. Abang Fizi mengangguk
dan terus bangun dan keluar dari bilik untuk membuat panggilan.
Terus gadis itu
menarik lengan kak Mida. “Akak! Apa ni?”
“Apa ni apa? Jumpa
jelah! Ish budak ni. Sampai bila Hana nak terus tunggu si ungka tu? Tak payah
tunggu dia. Cari je lelaki lain. Banyak lagi lelaki budiman dalam dunia ni.”
Riak wajah kak Mida serius.
Hana tunduk. “Bapak
Budin, pak cik Budiman tu ada seorang je kak dalam dunia ni.”
Kak Mida menggigit
bibir. Terus bahu gadis itu ditamparnya. “Kau ni. Main-main je kerja! Akak tak
kisah, by hook or by crook, next week pergi jumpa Khasyi ni. Takkan akak nak
kenalkan kau dengan lelaki tak guna?” Marah kak Mida.
Hana mencebik. “Yelah
yelah! Hana jumpa dia la! Kalau lubang hidung dia kembang sebelah, Hana terus
blah tau.” Dia memberi amaran.
“Fine. Janji kau jumpa
dia. Thanks dear.” Tangan gadis itu diraihnya.
Hana menarik senyum
nipis. Aku datang niat nak menziarah, end up, aku dapat blind date. Terbaiklah.
Hikmah menziarah orang.
-
Sebaik saja Nani
selesai membentangkan perkembangan terkini projek mega A, Hana terus bangkit keluar
dari makmal menuju ke pantry. Sejak-sejak balik dari Melaka, sejak keluar dari
hospital, sejak balik dari menziarah kak Mida, tekaknya cepat sangat haus.
Kering semedang. Bahana tertelan air sungai Melaka yang indah tu kot.
Hana mengerling Akid
yang tiba-tiba muncul di sebelahnya. Makin berusia, makin macho pulak aku
tengok mamat ni. “Nak air?” Tanya Hana sambil mengambil jag air di dalam peti
sejuk. Lelaki itu angguk. Cawan plastik dihulur kepada Hana.
“Nice ring.” Puji Akid
sambil menjuih ke arah jari manis gadis itu.
“Oh thanks. Lawakan?”
Hana mengoyak senyum manis. Cawan yang sudah dituang air dihulur kepada Akid.
Cincin yang tersarung di jari manisnya kemudian ditayang sambil matanya tak
leka mengagumi nilai seni pada corak cincin jed itu.
Akid menarik kerusi
dan duduk menyilang kaki. Gadis itu dipandang lama. “It’s that your wedding
ring? Too exotic to be a wedding ring though.” Akid sempat menyelitkan gurauan
di sebalik soalannya. Hana tersenyum lagi.
“Saya takdalah
sebengong tu Akid sampai cincin kahwin pun nak stail macam ni. No, it’s not a
wedding ring.” Balas Hana sambil memandang cincin yang tersarung di jari
manisnya itu. Kenangan di Melaka kembali mengimbau. Sebab cincin ni la tak
pasal-pasal aku dapat ‘first kiss’ aku. Masa tak sedarkan diri pula tu. Nasib
baik keadaan darurat. Kalau tak, memang dapat kaki si ungka tu.
Berderau darah Hana masa
doktor cakap sambil mengerling bangga ke arah Daim yang dah pasang muka takda
perasaan dia tu, ‘Nasib baik suami you
pandai buat CPR. Kalau tak, susah nak selamatkan you tau.’ Dua benda buat
Hana terkejut beruk. Pertama, suami. Kedua, CPR. Kaedah menyelamat dari mulut
ke mulut. Waaa... Terasa pipinya merah menyala.
“So, how’s you and
Daim?” Tanya Akid bersahaja. Hana tersedar dari lamunan. Dia menyandar pada
kaunter. “Kitaorang okey je. Dia dengan life dia, saya dengan life saya. Kenapa
tanya?”
“Saya nakkan
kepastian. I’ve been hearing stuff.”
“What stuff?” Hana
menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan lelaki itu. “People talk Hana.
Lambat-laun orang akan tahu juga. I’m sorry to hear what happened to you and
Daim. I really am.” Akid merenung anak mata gadis itu.
“Yeah, me too. Dahlah
Akid, saya penatlah cakap pasal benda tu. So how about you? How’s your life? Ha
dah lama saya nak tanya awak benda ni. How come you never introduced me to your
wife?” Hana meneguk air sejuk. Nikmatnya bila air sejuk membasahi rongkongnya
yang kering, Allah saja yang tahu.
Betullah doa Nabi
s.a.w, ‘Ya Allah jadikanlah cinta kami kepada-Mu melebihi cinta kami kepada
harta, keluarga dan air yang dingin.’ Tiga benda yang paling berharga buat
manusia. Harta benda atau kekayaan, keluarga tersayang dan air yang dingin.
Tepat sekali, terutama bila tengah musim kemarau ni. Masya Allah. Air sejuk ni lagi
berharga daripada intan berlian.
“I did. Once. You broke glasses. Remember?”
Akid menjungkit sebelah kening. “Ingat. Tapi tu dulu Akid. Sekarang? Awak takut
saya rasa tak selesa ke? How sweet. Jangan risaulah Akid. Benda dah lama dah. I’m
a big girl now. I can deal with it.” Ujar Hana bersama senyuman meleret.
Akid meneguk airnya.
Lama lelaki itu tidak bersuara. “Akid?”
“You sure you want to
hear this?” Akid memandangnya lama.
Gadis itu mengangguk.
“Yes, totally. Please.”
“Sebenarnya Hana, saya
terpaksa kahwin dengan Hitomi.” Ujar Akid perlahan. Terbeliak mata gadis itu
memandangnya. “Terpaksa? Maksud awak?” Hana tak jadi meneguk air dalam
gelasnya. Matanya bulat merenung lelaki itu.
“Hitomi sebenarnya
girlfriend room mate saya, Drake, masa belajar kat Jepun dulu. Tapi keluarga
Hitomi oppose hubungan dia dengan Drake sebab Drake bukan orang Jepun. He was a
British. Nak dijadikan cerita, Hitomi mengandung anak Drake. Bila keluarga dia
tahu dia mengandung, keluarga Hitomi halau dia dari rumah, buang dia dari
keluarga. They never called her let alone visiting her. Drake janji akan kahwin
dengan Hitomi. Nak mulakan hidup bersama. Tapi...”
Akid berhenti
berbicara. Bibirnya sedikit bergetar. Hana menanti lama. Wajah muram lelaki itu
dia tatap dalam-dalam. “Tapi apa?”
“Tapi Drake accident.
Dia pergi buat selamanya tinggalkan Hitomi dengan anak dalam kandungan. She had
no where to go, nobody to help her. She had nothing but the unborn child.”
Hana menarik nafas
panjang. Tangannya dibawa rapat ke dada. Hatinya mula terasa pilu mengenangkan
apa yang dah berlaku pada Akid. “Sebab tu awak kahwin dengan Hitomi. Awak nak
tolong dia.” Ujar Hana dah dapat mengagak apa tindakan Akid selanjutnya. Lelaki
itu mengangguk.
“I’m sorry..” Ucap
Hana ikhlas. Rasa simpati terhadap Akid membuak-buak.
“Saya cuba banyak kali
nak beritahu awak Hana, tapi saya tak mampu. Awak betul-betul kecewa dengan
saya dan saya tak nak tambahkan lagi luka awak.” Akid menjamah wajah lembut
gadis itu.
“Benda dah berlalu
Akid. It’s alright. Akid, mesti dah besarkan anak Hitomi? Bila awak nak bawa
diaorang jumpa saya?” Hana bertanya ceria. Dipandang lama wajah muram lelaki
itu.
“I can’t. Hitomi
meninggal masa lahirkan anak dia. Baby tu pula lahir tak matang. She was gone
few weeks after her mom.” Balas Akid lemah.
Hana tergamam.
“Innalillahiwainnailahirojiun.. Ya Allah.”
Besar betul dugaan
yang menimpa lelaki bernama Akid ni. Matanya mula terasa hangat, digenangi air
mata. Hana merapatkan tangannya ke bibir. Ya Allah, kau berilah Akid kekuatan
dan kesabaran Ya Allah.
“Akid, saya minta maaf. I didn’t know. Kalau
saya tahu—”
“Kalau awak tahu
sekali pun awak tak boleh nak ubah takdir. I made my choice Hana. I chose her.
So I had to face everything. Don’t worry. Saya okey. Awak tahu tak, saya tak
pernah terfikir pun akan jumpa awak lagi. Apatah lagi berkerja dengan awak
Hana. I broke your heart. Tapi.. Masa kali pertama jumpa awak dalam tandas tu,
ikutkan hati, dah lama saya peluk awak erat-erat. I’d missed you so much.”
Hana menarik senyum
pahit. Air mata yang menitis di pipi diseka lembut. Wajah tampan Akid dipandang
lama. “I’d missed you too Akid. You were my best friend.”
Akid mengangguk. Bibirnya
turut mengukir senyum. “Saya ingat lagi zaman sekolah kita. Ya Allah, nakalnya
awak dulu Hana. Kaki tidur, kaki fly, kaki bising, kaki memekak, kaki bangku.
Semua jenis kaki la. Semua kasi awak.” Akid ketawa besar bila Hana berpura-pura
nak mencampak gelas berisi air ke wajahnya.
She’s back. Hana’s
back.
“Eleh cakap saya. Awak
tu lagi teruk tau. Ingat saya tak tahu siapa culprit yang pecah masuk pejabat
guru besar curi kertas soalan gerak gempur?” Hana menjegilkan mata. Akid
ternganga.
“How did you know?”
Akid bertanya kagum. Minah ni apa benda dia tak tahu?
Gadis itu tampal muka
berlagak. Tangannya disilang ke dada. “Akid, saya pioneer plan pecah masuk ni
kot. Awak ingat tak, ada satu masa tu kecoh satu sekolah pasal komputer sekolah
hilang tiga hari?” Kening dijungkit-jungkit.
“That was you?” Rahang
Akid jatuh lagi.
“Yep that was me! Saya,
Jenab dengan geng badak air. Kitaorang pecah masuk makmal komputer dan pinjam
sebiji.” Hana tersenyum bangga dengan kenakalannya masa zaman sekolah dulu.
Akid geleng kepala.
Sungguh dia tak sangka Hana merupakan dalang di sebalik misteri kehilangan komputer
sekolah selama tiga hari. “Oh was it when you told bonda that you were going to
sleep at Jenab’s? Padanlah 3 hari komputer hilang. Korang guna masa weekend he?
Korang buat apa dengan komputer tu?”
Hana mengangguk sambil
mengoyak senyum misteri. “Ada la. Mana boleh beritahu. We made a pact.
Kitaorang dah angkat sumpah akan bawa rahsia ni sampai mati.” Akid menjulingkan
mata.
“Poyo.”
Tiba-tiba wajah ceria
Hana berubah suram. “Hana, you okey?” Akid bertanya. Gadis itu menarik senyum
nipis. “Tiba-tiba saya teringat kat bonda. I miss her.” Balas Hana perlahan.
Suaranya bergetar, menahan rasa sebak yang kembali bertandang di dada.
“Yeah, I miss her too.
Saya terkilan tak dapat jumpa bonda for the last time. Tak salah, bonda
meninggal masa kita kat Hong Kong kan? Dah ajal dia Na.” Ujar lelaki itu sambil
menghembus nafas panjang. Hana menyandar pada kerusi.
“Saya rindu bonda..”
Air mata mula menitis. Akid memandang wajah kelam gadis itu. Dia mendapat satu
idea nak ceriakan hati Hana semula.
“Weekend ni awak nak
ikut saya pergi jenguk ayah Wan tak?” Tanya Akid tiba-tiba. Dilihat sepasang
mata hazel gadis itu bersinar-sinar. Senyuman mula terukir di bibirnya. Hana
mengangguk laju.
“Really? Nak! Nak!
Tapi sebelum pergi sana kita beli something dulu la untuk budak-budak kat situ,
okey?”
“Okey. Say, Sabtu?”
“Okey.” Angguk Hana.
“I’ll pick you up
morning, say around... 9-ish?”
Hana angguk lagi
sambil tersenyum. “9-ish it is.”
-
Jannah dan Maya saling
berpandangan sambil menampal muka pelik. Maya melancar pandangan
‘Apa-kena-dengan-perempuan-tu?’. Jannah menggoyangkan jari telunjuknya di tepi
pelipis sebagai tanda menjawab pertanyaan Maya. Akhirnya dua-dua bantai gelak
sakan.
“Apa yang kelakar
sangat?” Hana tiba-tiba muncul dari biliknya. Semerbak harum satu ruang tamu.
“Kau mandi bunga ke apa ni Na? Wangi bukan main. Sakit hidung aku.” Maya
mengibas bau minyak wangi yang dipakai kawannya itu.
Hana mengerutkan dahi.
Wangi? Mana ada aku pakai perfume. Terus ketiaknya dibau. “Oh ni bau softener
company Samurai buat la. Wangi kan? Satu penutup penuh aku bubuh semalam masa
basuh baju ni.” Hana memaksa Jannah dan Maya supaya hidu bau blouse yang
tersarung pada tubuhnya.
“Eh a’ah la. Wangi
kot. Aku tak perasan pun rumah ni ada softener. Bukan dah lama tak beli ke?”
Jannah menolak kawan baiknya itu jauh. Agak-agaklah nak suruh orang bau baju
tu. Takkan sampai ketiak kau pun aku nak kena bau. Ish!
Maya mengesot sedikit,
memberi ruang kepada Hana. Gadis itu duduk dengan cermat dan penuh kesopanan.
Graceful. Lagi sekali Maya dan Jannah bertukar pandangan. Tak pernah-pernah
minah ni duduk sopan ayu bagai. Eh pelik pelik.
“Aku sorokkan softener
tu. Tak nak anak beruang ni habiskan.” Balas Hana selamba sambil menjuihkan
bibir ke arah Jannah. Kawannya itu menggigit bibir. “Kedekut punya mak nenek!
Eh aku boleh beli sendiri la!” Herdik Jannah geram. “Eh Maya pun sorokkan
softener tau. Tak nak kasi kau habiskan.” Hana menunjuk ke arah Maya yang dah
ternganga.
Terus lengan Hana
dipukul kuat. “Mulut tempayan betul!”
Gadis itu ketawa
besar. “Apa salah aku do?” Jannah menolak Hana dan Maya serentak. Hatinya mula
terasa bila diperlaku begitu. “Ala sentap. Hati besar kuman betul. Weh kau tu
perabeh softener tau tak? Sekali bubuh, dah separuh botol habis. Botak la
kepala kitaorang.” Hana memandang Jannah yang dah pasang muka tak puas hati.
“Apa salahnya bubuh
banyak? Lembutkan baju. Senang nak lipat, nak gosok. Wangi pulak tu. Macamlah
korang tak bubuh banyak?” Jannah menyandar kasar pada sofa sambil memeluk
tubuh. Mukanya masam.
Maya menggeleng keras.
“Tak! Kau sorang je bubuh bergelen-gelen. Softener bubuh sikit je. Tak payah
banyak. Betul tak Hana?” Maya memandang Jannah sekilas sebelum memandang Hana.
Gadis itu mengangguk.
“Iya. Satu penutup tu
dah cukup dah. Bukan satu botol. Faham? Aku yang buat menatang ni semua, aku
tahulah berapa banyak kena guna.” Hana menepuk dada, riak. Jannah mencebikkan
bibir. “Kerek nak mampus. Tahulah saintis. Yelah, lepas ni aku jimat-cermat la
guna. Tak payah sorokkan lagi. Kecil kot hati aku korang buat aku camni.”
Hana dan Maya ketawa.
“Janji he? Guna sikit je. Kalau tak, jangan kan softener, dengan Cik Neo kau
sekali kitaorang sorok. Okey?”
“Baikkk!” Jannah
angguk laju sambil angkat tangan kanan, berjanji. Gila! Cik Neo kot.
“Eh Hana, kau bajet ayu
ni pergi mana? Blouse jean semua ni. Ada date ke?” Maya menukar topik. Hana
memandang blouse dan seluar jeans yang dipakainya. “A’ah. Jangan jealous you
ols!”
Jannah menyilang kaki.
Wajah kawan baiknya itu dipandang lama. “Dengan Daim?” Tekanya setelah agak
lama berdebat dalam hati sama ada dia patut tanya ataupun tidak.
Hana menjeling tajam
kawan baiknya itu. “Aku dengan Daim takda apa-apa okey. Jangan kaitkan aku
dengan dia lagi. Kami officemates sahaja. The end. Sekarang ni, aku ada date
dengan lelaki lain, which is not him, dan aku nak have fun. Tak nak fikir benda
lain dah. Wish me luck korang!” Dia menepuk peha kedua kawan baiknya itu.
“Siapa lelaki malang
tu weh? Aku nak ucapkan simpati kat dia.” Maya bertanya penuh rasa ingin tahu.
“Alaa korang kenal dia.” Balas Hana menyandar pada sofa. “Budin?” Jannah
meneka. Hana tampal muka geli.
“Kau gila? Dia tu dah
macam adik-beradik aku kot. Salah. Deng!”
“Dah tu. Mat Tampoi?”
Maya menembak pulak. Kegelian semakin jelas di wajah gadis itu. “Okey, mamat tu
mati hidup balik pun aku tak nak date dengan dia okey. Salah! Deng!” Hana
menggeleng laju.
“Akid?”
Maya dan Jannah
memandang Hana lama. Perlahan bibir kawannya itu menguntum senyum. Jannah
melepaskan satu keluhan berat. “Hana..” Belum pun sempat Jannah bersuara lagi,
Hana dah memotong.
“Aku tahu apa kau nak
cakap. Aku gurau je la. Aku bukannya dating dengan Akid. Dia ajak aku pergi
jenguk ayah Wan. Itu je.” Ujar Hana sambil tersenyum. Rasa bahagia bila
kawan-kawannya sangat ambil berat tentang diri ni.
“Sure?” Maya memegang
tangannya. Hana mengangguk. “Korang tahu tak, Akid sebenarnya baik. Dan dia tak
pernah lupakan aku pun.” Hana membayangkan wajah tampan lelaki itu.
Jannah berkerut. “Apa
maksud kau?”
Hana menceritakan
tentang Hitomi dan apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka. Jannah menarik
nafas dalam-dalam. “Kesiannya Akid.” Maya menongkat dagu. Rasa simpati pula
pada lelaki itu.
“Habis sekarang ni,
dia nak kat kau balik ke? Daim macam mana? Kau dah lupakan dia? Kau dah tak
sayang dia lagi?” Jannah bertanya serius. Hana memandang kawan baiknya itu
lama.
“Jannah, aku tak
pernah lupakan Daim walau sesaat pun. Aku sayang dia Jannah. Tapi dia dah
lupakan aku. Dia tak sayang aku. Dia mentah-mentah tolak aku. Apa aku nak buat?
Kau nak aku buat apa Jannah? Menangis sampai ke tua? Tak kahwin-kahwin? No. I’d
never do that. Ya aku sayang dia. Tapi kau sendiri cakap aku kena move on. Life
goes on no matter what. So this is me, moving on.” Panjang lebar Hana meluahkan
perasaan.
Maya memaut bahu
sahabatnya itu. “Kitaorang tak larang kau date Hana. Cuma, kitaorang tak nak
kau kecewa. Sedih tau tak tengok kawan baik sendiri merana macam orang gila.
Tekanan perasaan tau.”
Hana tergelak kecil. Ni
kalau diaorang tahu minggu depan aku ada
blind date dengan lelaki bernama Khasyi ni mahu lagi haru dibuatnya.
Baik senyap dulu.
“Korang ni macam tak
kenal aku pulak. Ala don’t worry la. Aku dengan Akid kawan dari kecil kot.
Plus, this is not a date. Hanya sesi menziarah ayah Wan. That’s all. Ni korang
plan nak buat apa ni? Takkan nak berkubang kat rumah je?” Hana memandang Jannah
dan Maya silih berganti.
“Petang karang aku ada
kelas ganti dengan budak-budak ni. Silibus tak habis-habis lagi. Adeh pening
kepala aku.” Jannah menggeliat sambil menguap besar. “Aku pulak ada date dengan
apek jual ais krim tu.” Maya mengerling jam di dinding.
Berlipat leher Jannah
dan Hana menoleh ke arah kawannya itu. “Alex?” Tanya mereka serentak. Maya
pasang senyuman canggung. “Korang ingat dia sorang je apek jual ais krim kat
Malaysia ni? Bersepah lagi tau. Dahlah, aku nak mandi. Have fun Hana!” Maya
bangun. Sempat dia mencubit pipi Hana sebelum kakinya berlari masuk ke dalam
tandas.
Jannah dan Hana saling
berpandangan. “Aku sorang je ke yang single lady sekarang ni?” Jannah bertanya
dengan nada terkilan. Hana memegang dagu sambil berfikir lama.
“Hmmmm.... A’ah.”
Angguk Hana.
Kawan baiknya itu
menghempaskan kepala ke sofa. “Kau jumpa Akid, si usahawan yang kaya dan
hensem, Maya pula jumpa apek jual ais krim, usahawan yang kaya dan hensem
jugak, aku? Aku jumpa 40 orang budak kolej. Dahlah tak hensem, tak kaya, bebal
pulak tu. Dah tu suka tenung aku dari mula kelas sampai habis dengan mulut
ternganga, drooling, lepas tu end up satu benda pun tak masuk dalam kepala
sekor-sekor. Bila jawab exam, semua ke laut! Brilliant. Argh!”
Hana ketawa menggila.
“Hei kau patut bersyukur tau. 40 orang calon tu. Tunjuk je nak yang jenis mana.
Hidung kembang. Muka tak mandi pagi. Gigi rongak. Semua ada.” Bahu kawannya itu
ditepuk-tepuk. Jannah menjelingnya tajam.
“Cekadak mung!”
-
Akid bernyanyi
mengikut lagu Let It Go yang berkumandang di radio. Hana mengerling Akid yang
sedang memandu. Sehabis boleh dia menahan tawa yang hampir pecah. Bukan main
bersemangat mamat ni nyanyi. Berkaraoke sakan. Siap tepuk-tepuk stereng kereta
lagi.
“Senang hati nampak?”
Hana bertanya sinis.
Lelaki itu mengoyak
senyum nipis. Matanya dicerunkan ke arah Hana yang sedaya upaya menahan sengih.
“Takkan saya tak senang hati dapat berdua-duaan dengan awak? Dapat shopping
sama. Agaknya macam ni la perasaan shopping dengan isteri ya?”
Serta-merta senyuman
yang baru nak terbentuk hilang di bibir gadis itu. Hana memandang Akid. “Awak
tak pernah shopping dengan Hitomi?” Hana memberanikan diri untuk bertanya.
Lelaki itu mengecilkan volume radio. Lagu tema filem Frozen itu semakin sayup.
“Mestilah pernah. Tapi
lain. I had no feelings for her. But with you, it feels just right. It’s
something that I’d do for the rest of my life.” Akid berkata lembut. Matanya
menjamah segenap wajah ayu gadis itu.
Hana menarik nafas
dalam-dalam sebelum menghembus panjang. Ini bukan kali pertama dia berhadapan
situasi begini bersama Akid. Hana mengusap lengannya. Terasa seperti
semut-semut merebak ke seluruh tubuh. Memori di bendang padi kembali menyegar
di kepala. Memori ketika Akid meluahkan perasaannya.
Déja vu.
“Akid..” Hana tak
mampu menyambung kata-katanya.
“Dah sampai.” Akid
menghentikan kereta betul di perkarangan rumah anak-anak yatim di lorong Haji
Rahman. Wajah ceria ayah Wan menyambut kedatangan mereka. Hana melambai-lambai
ke arah budak-budak yang sudah berlari keluar sambil menjerit namanya.
“Ohh bawa bertenang
anak-anak. Akak Hana tak lari ke mana.” Akid yang baru turun dari kereta
tergamam tengok anak-anak yatim yang menyerbu Hana. Mak aih kalah artis.
“Abang ni...” Seorang remaja lelaki merapati
Akid.
“Akid. Nama apa?” Akid
menghulurkan tangan. Remaja itu menyambut huluran tangan Akid. “Ali. Nama saya
Ali. Abang Akid dulu..” Belum sempat Ali menghabiskan ayatnya Akid dah
memotong.
“...duduk rumah anak
yatim ni jugak. Sama dengan kak Hana.”
Ali tersenyum lebar.
“Padanlah muka abang nampak familiar. Arwah bonda selalu lap gambar abang
dengan kak Hana. Sebab tu gambar abang dan kak Hana je tak berhabuk.” Ujar
remaja itu. Akid menarik senyum nipis sambil mengusap rambut Ali.
“Ali umur berapa?”
Tanya Akid sambil membuka but kereta. Barang-barang yang dibelinya tadi bersama
Hana diangkat sambil dibantu oleh remaja itu. “17. Tahun ni SPM bang.” Balas
Ali senang.
Akid terangguk-angguk.
“Haa dah ready dah?” Dia bertanya sambil berjalan seiringan dengan Ali menuju
ke dalam rumah. Sempat Akid menyapa ayah Wan yang sedang menyandar pada jenang
pintu menanti mereka. Hana ditinggalkan di luar melayani karenah anak-anak
yatim yang tak puas memeluk dan bergurau dengannya.
Hana dah pasang
muka ‘HELP’ kepada ayah Wan yang dari
tadi memerhatikan gelagatnya melayan budak-budak. Ayah Wan tergelak kecil
sebelum akhirnya jalan menuju ke arah Hana dan meleraikan gadis itu daripada
anak-anak yatim.
“Hei dah la tu. Kesian
akak Hana korang. Bagi dia masuk dalam rumah dulu barulah serbu.”
Ayah Wan menepuk
punggung budak-budak tu, memaksa mereka masuk ke dalam rumah. “Terima kasih
ayah Wan. Huii... Dahsyatnya budak-budak ni. Kalah piranha.” Hana dah
membayangkan blouse dipakainya koyak-rabak macam dalam anime. Nasib baik masih
utuh.
“Hana sihat?” Ayah Wan
memandang wajah lembut gadis itu.
Hana mengangguk.
“Alhamdulillah. Ayah Wan?” Tanya Hana pula. “Alhamdulillah. Macam ni la Hana.”
Ayah Wan mendepakan tangan, tanda kudrat empat kerat masih kuat seperti dulu. Gadis
itu tergelak kecil.
“Hana kerja kat
company Akid ke?” Tanya Ayah Wan sambil mempelawa Hana masuk ke dalam rumah.
“Tak. Tapi company Hana kerja ada kolaborasi dengan company Akid. Tu yang
selalu jumpa. Alang-alang tu, kitaorang singgah jumpa ayah Wan. Saja nak tanya
khabar.” Ujar Hana. Entah kenapa dia rasa macam perlu beri penjelasan tentang
hubungan dia dan lelaki itu.
Ayah Wan
terangguk-angguk dengar. “Ah lupa pula, sebenarnya Hana..”
“Daim.”
Nafas Hana tersekat di
rongkong. Kakinya berhenti melangkah apabila matanya menangkap kelibat Daim
yang sedang berjalan menuruni tangga sambil berbual-bual mesra dengan Ijat.
Ayah Wan menggaru kepala. Terasa canggung dengan situasi macam ni.
“Akak cantik!” Jerit
Ijat sambil meluru ke arah Hana sebelum mencium tangan gadis itu. Hana terpinga-pinga.
Dia memandang Daim sekilas sebelum kembali memandang Ijat. “Sihat Ijat?” Kepala
budak lelaki itu digosok lembut. Ijat angguk laju.
“Sihat je. Akak dah
makan? Pagi tadi Ijat dengan abang Daim masak. Sedap gila!” Ijat menayang tanda
bagus. Hana mengerling Daim yang sedang menuju ke arahnya.
“Hai.” Sapa Hana.
Sejak insiden di
Melaka, rasa malu terhadap lelaki itu semakin menjadi-jadi. Asal bertembung di
ofis, mulalah terbayang teknik menyelamat CPR tu. Lepas tu, tak pasal-pasal
muka ni dah sama warna dengan sos tomato. Kekok terus.
Daim menjungkit
kening, membalas sapaan gadis itu. “Bila sampai?” Tanya dia. Hana membalas
renungan tajam Daim. “Baru je. Awak dah lama sampai ke?” Lelaki itu mengangguk.
“Aku tidur sini semalam. Kau datang sorang je ke?” Daim meninjau-ninjau ke luar
rumah, seperti mencari seseorang.
“Ha? Err.. Saya..dat—”
“Hana, kita lupa beli
gu.. Oh Daim.” Akid yang baru saja muncul dari dapur tergamam melihat lelaki
itu. “Akid.” Sapa Daim. Matanya memandang Akid atas bawah sebelum kembali pada
Hana.
Ayah Wan dah mula rasa
tak selesa. Segera ditarik tangan Ijat, mengajaknya ke dapur dengan alasan nak
panaskan nasi goreng yang dimasak Daim tadi untuk Hana dan Akid.
“Akid dulu pun tinggal
sini juga dulu, sama dengan saya.” Ujar Hana, tersepit antara dua lelaki.
“Tahu. Nampak gambar dia dalam rumah ni.” Balas Daim mendatar. Matanya masih
melekat pada wajah gadis itu.
“Bila sampai Daim?
Kalau tahu kau nak datang, boleh gerak sekali.” Akid merapati Hana. Daim
menarik senyum tawar. “Aku sampai semalam. Nak balik dah pun ni. Kau dua orang
dah makan belum? Ayah Wan tengah panaskan nasi goreng pagi tadi. Pergilah
makan.”
“Okey sure. Hana jom.”
Akid mengajak gadis itu.
Hana angguk. “Awak
makan dulu. Saya nak.. Awak pergilah. Kejap lagi saya datang he.” Segaris
senyuman dilempar kepada Akid. Lelaki itu memandangnya untuk beberapa saat
sebelum mengangguk dan menuju ke dapur.
Sejurus Akid hilang
dari pandangan, Daim terus pergi ke luar rumah. Hana mengikut dari belakang.
“Awak nak balik ke? Nanti dulu Daim. Makan sama.” Ajak Hana. Lelaki itu
memandangnya sekilas.
“Kau nampak sihat.”
Ujar Daim lebih kepada dirinya sendiri. Hana mengerutkan dahi. “Saya memang
sihat pun. Kenapa? Ada orang cakap saya sakit ke?” Hana merapatkan jaraknya
dengan lelaki itu.
“Selalunya orang lemas
ada masalah trauma ke pening-pening ke selsema ke demam ke. Baguslah kau
sihat.”
Hana bermain dengan
cincin jed biru yang tersarung di jari manisnya. Saat dia bersama lelaki itu di
hospital kembali bermain di minda. Sepanjang malam Daim menemaninya tanpa
mengeluh walau sekali pun. Segala kerenahnya dilayan dengan penuh kelembutan.
Dia langsung tak merungut. Hana menarik senyum simpul.
“Terima kasih daun
keladi.” Ucap Hana sambil merapatkan sedikit jarak antara mereka. Senyuman
terlebih gula ditayang lama-lama. Daim menjungkit sebelah kening.
“Okey... Kau ada
terhantuk kepala kat mana-mana ke tadi sebelum datang sini?” Dia menyarung
selipar. Dilayang pandangan pelik kepada gadis itu. “3 pek vitamin C atas meja
saya. Awak punya kerja kan?” Bibir Hana menggulum senyum.
Daim diam sejenak
sebelum mengangguk. “Oh. A’ah. Aku letak kat atas meja ofis kau. Oh please.”
Mata dijuling ke atas. “Apa?” Hana merapatkan lagi jurang antara mereka. Daim
kembali menambah jarak.
“Jangan nak twist kan
kepala kau yang dah sedia twisted tu he.” Daim beri amaran. “Ha? Twist kan
apanya?” Hana mengerutkan dahi sambil mendepakan tangan. Muka sombong ditampal.
“Don’t get any wrong
idea Hana. The vitamin C was nothing more than a colleague-ey gesture. It’s for
your immune system, to boost it up. Jangan fikir lebih-lebih pulak.” Balas Daim
selamba. Hana menggigit bibir.
Serius mamat ni
psikik. Macam tu je dia reject perasaan aku. Hana memeluk tubuh. “M-Mana ada
saya fikir lebih-lebih! Saya saja je cakap terima kasih. Tak boleh?” Herdik
Hana dengan oktaf terlebih-lebih. Nak cover malu.
Daim menarik sengih
sinis. Terima kasih la sangat.
“Awak tak nak makan
ke?” Hana menukar topik.
Masih mengikut langkah
lelaki itu. “Kau tak nak makan ke? Takkan diet kot?” Daim bertanya balik. Hana
menjeling geram. Orang tanya dia, dia tanya kita balik pulak. “Daim, kenapa
awak datang sini tak beritahu saya? Kalau tak, boleh saya ikut awak sekali.”
Hana menguis tanah dengan kaki kanannya.
Lelaki itu berkerut.
“Buat apa? Mamat tu dah ajak kau.”
Hana menggigit bibir
bawah. Tak pasti sama ada dia patut rasa bahagia ataupun kecil hati dengan
statement si Daim ni. “Kalau awak ajak saya dulu, mestilah saya datang dengan
awak.” Ujar Hana lembut, cuba mengawal perasaan yang kian berkecamuk. Pening
dengan reaksi lelaki ni. Sekejap macam dia sayang kat aku. Sekejap lagi macam
dia benci gila kat aku. Haish..
“So kau dengan Akid?”
Daim bertanya mendatar.
Kakinya melangkah ke arah kebun yang terletak
di belakang rumah. Terus terjungkit kening gadis itu. “Kawan baik dari kecil la.
Kenapa tanya macam tu? Jealous?” Hana memandang Daim sambil melabuhkan punggung
di hammock di bawah pokok. Kening dijungkit, menduga.
Daim melempar senyuman
sinis. “Hey, don’t get me wrong. Aku takda masalah kau nak ada hubungan dengan
Akid. Like I said, you and I are over. It was just merely a question.” Topi
yang tersarung di seluar jeansnya diambil dan dipakai di kepala. Panas bahang
matahari mula terasa.
“Awak tak kisah kalau
saya dengan Akid bercinta?” Tanya Hana sambil membuai. Daim menggeleng kepala.
“Don’t give a shit.” Hana menarik nafas dalam. “Kalau saya dengan Akid kahwin,
awak masih lagi don’t give a shit?” Duga gadis itu.
Daim tidak menjawab
soalan Hana. Sebaliknya, dia menuju ke paip air dan mula menyiram tanaman yang
ada di kebun itu. “Nanti remind aku pasang water sprinkler kat kebun ni.” Pesan
Daim sambil memancutkan air lebih jauh.
“Daim.” Panggil Hana
bila Daim mula berjalan beberapa langkah ke depan, menjauhinya. Lelaki itu masih
leka menyiram.
“Daim!” Jerit Hana geram. “Apa?” Lelaki itu
menoleh, dan sesaat kemudian, baju Hana basah lencun disirami air. Getah paip
di tangan sudah dialihkan ke bawah. Daim mengetip bibir rapat. Tawa yang sudah
berada di anak tekak sedaya-upaya ditahan.
“Opssie.” Lelaki itu
membelakangkan Hana dan kembali menyambung kerja menyiram, berlagak seperti
tiada apa-apa yang berlaku. Gadis itu ternganga. Kurang asam! Blousenya yang
sudah basah kuyup dipandang lama.
“Daim!!” Kakinya
dihentak kasar. Setiap langkah diiringi rasa dendam yang membara. Daim
memalingkan tubuhnya dan kali ni, wajah putih bersih Hana pula menjadi mangsa
pancutan air.
Hana tak terkata. Bergelen-gelen
air dipancut ke mukanya. Dia hanya mampu memejamkan mata dan menutup mulut
rapat, menunggu air surut dari wajah. Hana dapat rasakan Daim tengah pasang
muka tak bersalah dia tu sambil tersengih macam kerang busuk.
Setelah yakin lelaki
itu sudah berhenti menyiramnya, perlahan matanya dibuka. Ya, muka lima kupang
Daim terpampang menghiasi pandangan matanya. “Baru nampak macam dah mandi sikit.”
Ujar lelaki itu selamba. Hana ternganga. “Kepala awak berjambul! Saya ni ada
rupa macam pokok pisang ke ha?” Tengking Hana berapi. Berkerut-kerut wajahnya
menahan marah.
“Ada. Pisang tanduk.”
Jawab Daim selamba.
Hana berdengus geram sebelum merampas getah
paip dari tangan lelaki itu dan menyiram air tepat ke wajahnya. Daim tak
terkata dan tak mampu nak buat apa-apa.
“Muka awak pun ada
macam pisang jugak. Pisang bantut!” Herdik Hana sambil mencampak getah paip ke
tanah.
“Ahhh.. Thanks Hana.
Segar sikit badan aku tengah-tengah panas terik ni.” Daim meraup rambut ikalnya
ke belakang sambil kepalanya digoyang-goyang ala model iklan 100 plus.
Hana terpesona
sehingga terbuka sedikit mulutnya melihat aksi kejantanan lelaki itu. “Kau haus
ke apa ni?” Daim mencekak pinggang. Hana tersedar. Segera batuk buatan
terkeluar dari tekaknya.
“Kalau haus, ni ada
air ni.” Daim mengambil getah paip di tanah dan mengacunya ke arah gadis itu.
Terjerit-jerit Hana sambil cuba mengelak air yang dipancutkan ke arahnya. Daim
mengejar Hana. Diacah-acah gadis itu dengan air paip.
“Janganlah! Daim! Stop
it!” Marah Hana tapi lelaki itu pura-pura tak dengar. Tangannya makin galak
mengacah Hana. Sesekali air paip disembur ke wajah mulus gadis itu.
“Eh harimau!” Hana
menunjuk ke arah belakang kebun.
Daim berpaling.
Terkeluar terus stance karate dia. Hana ketawa mengekeh. Getah paip sudah bertukar tangan. “Itu pun awak percaya? Adoi.
Comelnya awak ni Daim!” Tawa gadis itu masih berbaki. Daim mengetip gigi.
Segera dilancar pandangan membunuh kepada gadis itu.
“Tak kelakar Hana
gurau macam tu!” Tegas Daim.
“I don’t care. Getah
paip ada dengan saya sekarang. Kalau tak nak kena siram, baik awak cakap saya
ni cantik, cute, baik hati dan awak janji akan belanja saya ais krim Sundae
setiap hari.” Getah paip ditangan digoyang-goyang. Hana menampal senyuman
bongkak di wajah.
Daim menyeka rambutnya
yang terjurai di dahi. “Jangan kau berani sir—”
Belum pun habis
ayatnya, Hana dah menyiram lelaki itu tanpa belas kasihan. “Lambat.” Hana
ketawa sakan. “Bagi aku getah paip tu Hana.” Arah Daim. Hana menjelirkan lidah.
“Tak nak~” Balas Hana
siap berlagu.
Lelaki itu menggaru
kepala. “Aku serius ni Hana, bagi aku getah paip tu. Now.” Jari telunjuk ditala
ke tanah, tanda ‘Now’. Hana pasang muka selamba. “Whuooo takutnya. Kalau awak
nak sangat getah paip ni, cuba la ambil.”
Perlahan kakinya
mengundur beberapa langkah ke belakang, dah bersedia untuk memecut bila-bila
masa saja. Daim menolak pipinya dengan lidah. Berani nak cabar aku. Siap kau
perempuan.
“Jangan menyesal. You
asked for it.”
Hampir luruh jantung
Hana apabila Daim meluru ke arahnya seperti sebuah traler yang sedang memecut
laju. Kakinya tak mampu bergerak. Masa seolah bergerak sangat perlahan.
Hana membuka matanya.
“Told ya. Jangan
menyesal.” Daim memeluk tubuh. Entah kenapa lelaki itu kelihatan sangat tinggi.
Hana meraba-raba sekelilingnya. Tanah. Sayur kobis. Hana mengetip bibir. Mamat
ni tanpa belas ihsan tolak aku macam tu je. Tak pasal-pasal dah terbaring atas
tanah.
“Getah paip?” Hana
mendongak memandang Daim yang sedang berdiri memandangnya kosong.
“Ni.” Dan
bergelen-gelen air dicurahkan ke wajahnya. Hana terjerit sebelum mengelak.
Namun beberapa saat kemudian, dia ketawa besar. “Apa yang kelakar sangat?”
Tanya Daim sambil berhenti mencurahkan air.
“Masa awak lari kat
saya tu, saya rasa macam awak abang Mus.” Hana bangkit dan duduk bersila atas
tanah. Bahunya terjungkit-jungkit ketawa.
“Abang Mus?” Daim
mencangkung di sisi Hana.
“Abang Mus la. Optimus
Prime. Transformers.” Balas Hana beriya. Daim memandangnya lama sebelum dia pun
turut tergelak. “Abang Mus? My goodness. Kau ni gila la Hana kau tahu tak?” Kepala
digeleng-geleng.
Hana menjungkit bahu.
“Hidup kena gila sikit Daim.”
Daim tersenyum. “Yeah.
Hidup ni memang kena gila sikit. Dahlah. Basah lencun berlumpur dah baju tu. Nanti
demam, aku jugak yang susah. Jom, masuk.” Daim bangun, memandangnya untuk
beberapa saat sebelum menuju ke paip. Air ditutup dan getah paip digulung
cermat.
“Daim.” Panggil Hana.
Daim menoleh. “Hm?” “Saya nak move on.” Ujarnya tiba-tiba. “Okey. Move on la.”
Balas Daim selamba. Wajah resah gadis itu dipandang. Nafasnya seperti orang
baru lepas lari pecut. Tercungap-cungap. Ke dia ni menangis?
“Hana, are you okey?”
“Daim.. Saya nak move
on. Saya betul-betul nak move on. Tapi macam mana? Macam mana saya nak move
on?”
Lelaki itu berkerut
memandang Hana. “Hana?”
“Macam mana saya nak
move on bila setiap kali saya pandang awak, dada saya rasa macam nak pecah.
Bila ada orang sebut nama awak, satu badan saya macam kena elektrik. Bila..
Bila awak ada depan saya Daim, saya rasa macam nak hentikan masa. Biar awak ada
depan saya sampai bila-bila. Biar awak ada dengan saya selamanya.”
Daim tak berkelip
memandang gadis itu. “What is wrong with me Daim?” Rintih Hana. Matanya mula
terasa hangat dengan air mata. “Hana..” Daim melangkah ke arah gadis itu. Hana
memandang Daim. Air mata mula gugur di pipinya.
“Hana... Aku.. Aku tak
layak untuk kau Hana. Aku tahu aku tak layak untuk perempuan sebaik kau. Hana, aku minta
maaf. Aku tak nak buat macam ni kat kau, tapi.. I’m sorry. You deserve to know
everything. I’m really sorry.” Wajah Hana ditatap lama.
“Tahu apa?” Hana
menyeka air matanya.
“Hana, aku putuskan
pernikahan kita bukan sebab aku tak sayang kau.” Daim menarik nafas
dalam-dalam. Bulat mata Hana merenung lelaki itu. “Sebab apa?” Tanya Hana
setelah agak lama dia menanti Daim menyambung kata-katanya.
“Sebab.. Kau.. Aku
dengan kau.. Kita..ad—”
“Hana?” Suara Akid
memanggil menghalang Daim dari menyambung ayatnya. Hana memandang Akid yang
sedang melangkah ke arah mereka. “Great timing Akid.” Gumam Hana geram.
“Hei. Hana. Daim.
Korang buat apa sampai basah kuyup tengah hari panas terik ni?” Akid memandang
mereka atas bawah. “Paip ni rosak tadi.” Balas Daim sambil menggaru dahi.
“Rosak teruk. Tapi
sekarang dah okey. Daim dah repair.” Hana terangguk-angguk. Air mata yang masih
bergenang disekanya. Akid menjungkit sebelah kening. “Okey. So agak-agak awak
nak lepak kat luar ni sampai bila?” Tanya Akid jujur.
Hana memandang Daim
sebelum kembali memandang Akid. “Sekarang? Ya sekarang. Daim?” Lelaki itu
angguk. “Sekarang. See ya.” Daim masuk ke dalam rumah sementara Hana yang baru
nak melangkah sama ditahan Akid.
“Apa awak buat dengan
Daim kat luar ni sampai basah kuyup?” Tanya lelaki itu. Hana berkerut. “Kan
saya dah cakap tadi. Paip rosak.” Balas Hana. “Yeah, like I’m gonna buy that.”
Akid menjegilkan mata.
Hana memeluk tubuh.
“Akid, apa masalah awak?”
“Masalah saya? Hana,
you’re still not over him. Wake up! Awak dengan Daim dah berakhir! It’s over!
Jangan seksa diri awak macam ni. Banyak lagi lelaki dalam dunia ni Hana. Ada
lagi lelaki lain yang sayang awak, appreciate awak lebih dari Daim!” Akid
memegang kedua bahunya. Hana menggigit bibir.
Tangan Akid di bahunya
ditepis. “Oh yeah? Siapa?” Hana memeluk tubuh.
“Saya!” Balas Akid.
Suaranya meninggi.
Hana memandang lelaki
itu lama. “Saya sayang awak Hana, dulu, sekarang dan selamanya. Saya akan
hargai awak selagi saya bernafas. Saya takkan sia-siakan awak. Itu janji saya. I
am here, Hana. I’m here. Can’t you see me?” Akid merenung dalam anak mata gadis
itu.
“Saya masuk dulu.”
Hana berlari masuk ke dalam rumah.
“Hana..”
-
Akid memandang Hana
buat kali entah yang ke berapa. Nasib baik tak banyak kereta di jalan raya ni. Sepanjang
mereka berada di rumah anak-anak yatim itu tadi, masing-masing kekok untuk
bertegur sesama sendiri.
Daim seperti memahami
keadaan yang semakin canggung akhirnya meminta izin untuk beredar. Tak mahu
mengeruhkan lagi keadaan. Gadis itu terus berubah riak bila Daim mahu pulang.
Paling menyakitkan hati Akid apabila Hana meminta lelaki itu supaya jangan
balik dulu. Dipujuk Daim supaya tunggu sehingga mereka boleh pulang
bersama-sama.
Mujurlah lelaki itu
ada otak. Dia berkeras mahu balik juga. Kalau tak...
“Hana, saya takkan
minta maaf kat awak. Saya tak buat salah apa pun. Saya hanya minta awak buka
mata dan tengok sekeliling. Hidup awak bukan berpusat pada Daim seorang je.”
Ujar lelaki itu, cuba memujuk. Hana melepaskan satu keluhan berat.
“Akid saya penat dah
cakap pasal benda ni, fikir pasal benda ni. Ya saya tahu saya dan Daim dah
takda apa-apa. I get that alright. I was there when he said that. Ya saya tahu
ramai lagi lelaki yang lagi baik dari Daim kat luar sana. Dan ya saya tahu awak
masih mengharapkan saya.
Tapi tolong beri saya
masa Akid. Saya perlukan masa untuk rehatkan kepala saya dari semua ni. I’m
just too exhausted. I can’t deal with this now.” Rintih Hana perlahan sambil
memejamkan mata.
Sungguh dia penat.
Penat melayan perasaannya, penat menunggu, menanti dan penat menafi.
“Saya tak paksa awak
beri jawapan sekarang Hana. I just want you to know my feelings for you.” Balas
Akid lembut. Hana memandangnya sambil tersenyum nipis. “I know. I appreciate
that. But you have to give me some time.”
“Okey. Take as much
time as you need. And when you’re ready, I’m there.”
Hana menarik nafas
panjang. “Thank you.”
-
Hana membelek wajahnya
di cermin kedai sukan aL-ikhsaN. Tudung elok terletak. Muka elok sebati bedak
tertepek. Bibir basah dicalit lip tint. Dress tunic bercorak chevron bersama
gabungan warna biru UC Davis, turquoise dan beige, dan dipadankan pula dengan
seluar jeans lusuh. Snearker biru sebagai pelengkap gaya. Do I look normal or
what! Ha gerenti si ungka tu tak hina seni fesyen aku ni. Hana
tersengih-sengih.
Dah puas dia membelek
wajah sendiri, Hana menarik nafas dalam-dalam sebelum menolak pintu kedai sukan
itu. Lelaki bernama Khasyi ni better be a normal, waras, lubang hidung sama
saiz, dan baik kind of guy. Kalau tak, aku paksa kak Mida tukar nama Lulu Jinan
jadi Hana Jinan!
Mana pernah orang ajak
ketemu kat kedai sukan? Mamat ni sorang je mampu.
Hana menjengahkan
kepala ke dalam. Ada dalam lima enam orang dalam kedai tu. Mana satu si Khasyi
ni? Kata abang Fizi, Khasyi ni manusia paling sempoi pernah dia jumpa. Sempoi?
Seluar slack hitam,
t-shirt nipis warna hitam dan sandal hitam. Sempoi sangat tu. Hana memberanikan
diri merapati lelaki yang diyakininya sempoi itu. Diambil kasut berwarna jingga
dan dibeleknya tanpa dipandang. Matanya rakus mendarat pada lelaki sempoi yang
berada tidak jauh dari tempat dia berdiri.
“Ahem!” Sengaja
dilonjakkan oktaf dehem dia.
Lelaki sempoi itu
memandangnya sekilas. Hana menayang sebaris gigi putihnya. “Hai.” Sapanya
mesra. Lelaki itu terjungkit kening. “Er hai.” “Lawa baju.” Hana menunjuk ke
arah t-shirt yang dipakai lelaki itu.
“Terima kasih. Baju
kedai ni.” Jawab lelaki itu sedikit malu-malu. Hana terangguk-angguk. “Ooo.
Saya pun ada baju tu kat rumah. Banyak.” Balas Hana cuba nak berbual.
Lelaki itu kelihatan
terkejut. “Oh awak staf aL-ikhsaN?” Tanya dia. Hana tercengang. “Staf? Eh mana
ada. Gila saya staf sini. Bersukan pun bercinta, inikan pulak nak kerja kedai
sukan.” Tawa kecil terlepas dari mulutnya.
“So Khasyi, lama ke
tunggu saya? Oh by the way, sayalah Hana. Perempuan misteri yang dicanang abang
Fizi tu.” Hana ketawa lagi. Lelaki sempoi itu menggaru-garu kepalanya.
“Maaf kak, tapi siapa
Khasyi?” Tanya lelaki itu. Hana terdiam. “Eh bergurau pula awak ni. Nama
sendiri pun tak tahu ke?” Dia ketawa sambil matanya cuba menangkap reaksi wajah
lelaki di hadapannya ni.
Lelaki itu pasang muka bingung. “Err.. Awak
bukan Khasyi?” Hana dah rasa dadanya macam kena langgar lori.
“Tak. Saya Reza. Staff
kedai ni.” Reza menayang tanda namanya berserta perkataan ‘trainee’ yang dipin
elok pada t-shirt hitam yang dipakainya. Hana dapat rasakan warna wajahnya
sudah berubah merah darah.
“Ahh...” Hanya itu
saja yang mampu diungkapkan.
“Kalau tak ada
apa-apa, saya pergi layan pelanggan lain dulu ya. Maaf.” Dengan sopan, Reza
meminta diri dan meninggalkan gadis itu yang dah rasa macam di penghujung dunia
dah. Hana betul rasa macam nak menangis. Kasut sukan jingga yang berada di
tangannya terus dipalu ke kepala.
“Fizi did warn me
about your clumsiness.” Tegur satu suara.
Hana berhenti memukul
kepalanya. Perlahan kepalanya menoleh memandang seorang lelaki yang sedang
tersenyum-senyum memandangnya dengan pandangan penuh takjub.
“Khasyi?” Hana
bertanya.
Lelaki itu mengangguk.
“Muhammad Khasyi. Nice to meet you, Hana.” Senyuman lelaki itu semakin mekar.
Hana rasa macam nak pitam. Bapak hensem mamat ni. Lubang hidung sama saiz. Dan
aku, macam biasa, membodohkan diri depan lelaki kacak tanpa gagal.
“Awak nampak ke tadi?”
Tanya Hana, tak berani nak bertentangan mata dengan lelaki itu. “Dari awak
mula-mula sampai, awak belek muka awak kat cermin lima minit, then awak masuk
dan lepas tu awak tegur budak tu dengan yakinnya. Oh I’ve seen it all right.”
Angguk Khasyi masih lagi menayang senyuman manisnya.
Hana memusingkan tubuhnya,
membelakangkan lelaki itu. Kasut sukan jingga itu digigit. Malunya Ya Rabb! “Awak
tahu tak kasut tu harga dia dekat seribu ringgit?” Khasyi menegur. Terus
terlepas kasut jingga itu dari tangannya.
Khasyi ketawa besar
sambil mengutip kasut jingga itu. “Ya Allah, awak percaya? Lawaklah awak ni
Hana.” Kasut jingga itu diletakkan di tempatnya. Hana mengeluh lega. Kurang
asam mamat ni. Macam tu je dia troll aku. Hana mencuri pandang wajah lelaki
itu. Betul cakap kak Mida, runtun hati tengok muka dia. Sedap mata memandang.
“Awak betul ke ada
banyak t-shirt staf yang budak tu pakai?” Tanya Khasyi sambil menjamah raut
wajah gadis itu. Hana terpinga-pinga sebelum menjeling Khasyi. Memerli aku la
tu.
Lelaki itu ketawa
lagi. “You made that up didn’t you?” Duga Khasyi.
Hana tunduk bersalah.
“Saya mati mati ingat budak tu awak. Yelah, abang Fizi cakap awak sempoi. Saya
tengok budak tu la paling sempoi sekali pakaiannya.” Dia cuba menjelaskan
situasi sebenar.
“Really? All black
from top to toe, itu definasi sempoi awak?” Tanya lelaki itu sambil memeluk
tubuh. Hana menjungkit bahu. “My definition.” Khasyi terangguk-angguk.
“So awak ingat budak
sempoi tu saya la?” Tanya dia. Hana angguk sekali.
“Saya tak cukup sempoi
ke ni?” Khasyi mendepakan tangannya. Hana memandang lelaki itu atas bawah.
T-shirt turquoise, seluar slack warna beige, kasut sneaker warna putih. Cermin
mata hitam Ray Ban tersangkut pada butang t-shirt di bahagian tengah dada.
Sempoi sangat sampai
jantung aku rasa macam nak pecah je.
“Bolehlah.” Balas Hana acuh tak acuh. Pecah
lagi tawa lelaki itu. “Wow, ni kali pertama perempuan ignore saya.” Ujar Khasyi
kagum tengok Hana. Gadis itu menjungkit kening.
“Statement seorang
player nampak.” Perli Hana.
“Hana please, jangan
salah anggap. Selama ni perempuan semua puji saya melangit, tapi awak lain,
respon awak, ‘Bolehlah’. That’s why saya macam tergamam sikit.” Khasyi masih
lekang dengan senyuman manis.
“Kecewa ke saya tak
puji awak melangit?” Duga gadis itu.
“Alhamdulillah awak
tak puji saya melangit. Awak tak dapat bayangkan betapa susahnya saya nak tahan
diri dari riak takabur ni semua tau. Good thing you’re all jujur dan ikhlas.
Thanks.” Balas Khasyi senang.
Hana menarik senyum nipis.
“So.. Kita nak lepak sini sampai masuk Subuh esok ke macam mana?”
Khasyi menjeling gadis
itu dengan ekor matanya sebelum tergelak kecil. “Okey kita lunch? Awak nak
makan mana?” Tanya lelaki itu. Hana menjungkit bahu. “Tak kisah. Janji kenyang.
Lapar ni.” Perutnya yang dah bergendang kelaparan diusap.
“Mida kata awak ni
tolak batu kayu je.” Ujar Khasyi, menyakat.
Terus berubah wajah
Hana. Siot kak Mida. Bukan main dia suruh laki dia up up kan aku, sekali dia
yang menjatuhkan saham aku. Cet! Khasyi ketawa lagi. “Saya gurau jela Hana. Oh my
God.” Kepalanya digeleng kagum.
Ini kali pertama dia
jumpa gadis sepelik Hana. Pelik yang menawan hati. “So kenapa awak setuju nak
jumpa saya?” Tanya Khasyi sambil berjalan-jalan dalam shopping mall seiring
dengan Hana.
“Sebab nak tengok
betul ke tak apa yang abang Fizi cakap pasal awak.” Balas Hana bersahaja. “Apa
yang Fizi cakap pasal saya?” Tanya Khasyi. “Mana boleh beritahu. Tak suspen
la.” Balas Hana saja nak mendera perasaan lelaki itu.
“Okey fine. Awak rasa
betul ke tak apa yang Fizi cakap pasal saya?” Khasyi bertanya penuh rasa ingin
tahu. “Encik Khasyi, kita baru kenal 10 minit. Nama kucing awak pun saya tak
tahu.” Gadis itu memandangnya.
“Okey. Nama dia Dora.
Anak dah lima. Cucu sembilan. Apalagi awak nak tahu?” Lelaki itu menyeluk poket
seluarnya. Hana mengerutkan dahi. Apa benda yang mamat ni melalut. Who the hell
is Dora?
“Siapa Dora?”
“Kucing saya.” Jawab
Khasyi selamba. Hana tergelak besar. Gilalah lelaki ni.
“Awak ni memang
mentalkan?” Tanya Hana separuh kagum. “Awak ni memang attractively pelikkan?”
Tanya Khasyi pula. Gadis itu mengoyak senyum tak tertahan. Adoi, boleh cair
organ dalaman aku kalau hadap mamat ni setiap hari.
Okey hormon badan aku
dah serabut. Dari tadi tak boleh berhenti senyum ni apa cerita?
“Awak mulut manis
kan?” Hana memandang lelaki itu. “Bergantung pada siapa, bila dan bagaimana.
Tengok keadaan.” Jawab Khasyi ringkas. “So dengan saya..” Hana tak jadi
menyambung ayatnya bila Khasyi dah tolong sambungkan.
“Dengan awak, ya saya
maniskan mulut. Berkati gula Melaka saya telan sebelum datang sini.” Sebelah mata dikenyit.
Hana tergelak kecil. Dah
lama tak rasa macam ni. Kali terakhir rasa masa tengah angau dengan Daim.
Daim..
“Mesti awak ingat saya
ni kerja sebagai badut ke peserta tersingkir Maharaja lawak ke kan? Sebab awak
tak henti gelak dari tadi. Am I that funny?” Khasyi menggaru belakang
kepalanya. Pelik kenapa gadis itu asyik ketawa dari tadi.
“Oh awak bukan badut
ke? Laa baru ingat nak jemput awak pergi kenduri akikah Lulu Jinan.” Hana
tampal muka kecewa. “Very funny. Ha. Ha. By the way, saya rasa awak patut join
saya sekali. Both of us could be a badut-combo. What say you?” Khasyi
membesarkan matanya yang redup itu.
Hana tergelak lagi. Gila
mamat ni. Mana ada orang jemput badut pergi kenduri akikah? “I say, awak gila?
Mahu sawan budak tu nanti kalau kita berdua jadi badut.” “Saya takut mama papa
Lulu Jinan yang sawan tengok kita nanti.”
Pecah lagi tawa mereka. “Oh awak tengok berita
tak semalam?” Tanya Khasyi, tiba-tiba suaranya berubah serius. Hana menggeleng
kepala. Dia sekali bertukar mood kepada mood serius. “Kenapa? Ada apa?” Hana
memandang lelaki itu. Mata bundarnya merenung Khasyi lama.
“Pasal panda yang baru
sampai Malaysia tu.” Balas Khasyi.
Hana terangguk-angguk.
“Kenapa dengan panda tu?”
“Panda tu nak dihantar
balik ke China.” Ujar Khasyi dengan raut wajah kecewa. “Ha?” Terbeliak biji
mata Hana mendengarnya. Alaa belum sempat jumpa panda dua ekor tu lagi.
“Kenapa?” Hana hampir
merengek kesedihan.
Khasyi mengusik
dagunya yang ditumbuhi janggut nipis. “Diaorang kata panda tu hati tak tenang.
Panda-panda tu merajuk.” Jawab Khasyi berlagak seperti cuba mengingati apa yang
dikatakan pembaca berita.
“Kenapa?” Hana tak
puas hati. Siapa yang jahat sangat buat panda rasa tak tenang. Direnung tajam wajah lelaki itu. “Kenapa? Yelah,
sebab harimau, zirafah, monyet kat zoo Negara tu semua dok ejek diaorang,
‘Pandatang!’, ‘Pandatang!’, ‘Pandatang!’.” Cerita Khasyi selamba.
Hana terkebil-kebil
memandang lelaki itu. “Pandatang!” Jerit Khasyi lalu mengundang tawa gadis itu. Bengong betul. Hana menggigit bibir. “Awak tahu tak saya percaya? Ee geramnya! Punyalah saya dengar dengan tekun. Ya
Allah, sabar jelah!” Serius rasa macam nak cekik batang leher si Khasyi ni. Tak
beragak nak troll aku. Cis.
Lelaki itu dah gelak
sakan. “Awak ni lurus bendul la Hana! Aduhai. Sakit perut kenakan awak.
Seriously, did you really buy that story?” Khasyi memandang Hana dengan penuh
rasa kagum.
Hana mengangguk.
“Yelah! Saya dah rasa sedih gila tau tak! Ingatkan tak sempat jumpa beruang dua
ekor tu. Awak ni kan Khasyi, memanglah!” Hana menjelingnya geram.
Khasyi ketawa lagi.
“Okey okey, how about this? Our next, how do I put this, hm, pertemuan, kita
pergi zoo Negara, nak?” Sebelah kening
dijungkitnya. Terus mata Hana bersinar-sinar.
“Mestilah nak! Yeay
dapat jumpa panda!”
Khasyi tersenyum
melihat gadis itu tertawa gembira. “Hana, I’m really glad you here today.”
Ujarnya ikhlas. Hana menarik senyum manis.
“Saya pun.”
---
Rosebud says:
Alhamdulillah, bab 50. Siapa sangka kan?
Dan siapa sangka budak hingusan ni mampu karang kisah cinta padahal diri ni belum pun jumpa cinta sejati lagi. huhu.. Anyway, 9hb june ni my 1st paper (final exam, tp saya gigih mengarang ABHT tau), doakan saya & kwn2 dpt jwb dgn cemerlang dan diberi ilham oleh Allah Taala.
Dlm bab ni, saya hrp korang x benci Hana. sbb saya daa terjatuh cinta kt mamat Khasyi ni (mainly sbb nama dia Khasyi. cool kot). huhu. mana tau di penghujung cerita, boleh jadi Hana end up dgn dia. kan? i dunno. :P
Okey, apa-apa nak suggest, komen, tak puas hati, haa rajinkan jari anda menaip. saya nak dgr pandangan korang!!!!!!! geram tau xde org komen! ><
Papapun, korang mmg buah hati pengarang jantung saya sbb sudi baca & support karya tak secanggih mana ni. my humble story. Terima kasih.
Please doakan saudara2 kita di Syria, Palestine, Afghanistan, Mesir dan ofkos, Malaysia. Moga Allah pelihara kita, moga Jannah pengakhiran kita, aamiin.
Peace. Love u. (dah jatuh cinta dgn The Beatles. enjoy their legendary songs)
p/s doakan saya dapat tajaan MARA. nak fly gi Edinburgh..... :)
Courtesy of OwhSoMuslim.com
Aamiin Ya Rabbalalamiin.. :)


wahhhh..dah lama tggu entry baru..alaa..nk jgk hanna n daim, huhu..anyway.. good luck 4 ur exam :) afifah
ReplyDeleteakak,
ReplyDeletesy follow cerita ni dari chapter 1 tw!!
cerita akak ni mmg jenis eh-tak-sangka-jalan-ceritanya-cenggini. i like it. sy jd tertanya2. mcm2 dah dlm kepala sy ni hah.. kalau hana dgn daim, jln nya jd mcm mana... kalau hana dgn akid, jlnnya jd mcm mna.. kalau hana dgn budin pon sy ad pikir tw!
hihi...
Hana dh move on ckit..
ReplyDeletekalo hana n kasyi pun ok gak. Mst daim jeles gila2 nye. cmne la daim nk kontrol jeles nnt.
Gud luck on ur exam next week....
wahhh best sgt hana ngan khasyi so cepat ckit erk sambungannya tapi apa-apa pun dahulukan exam tu hehehehe i support you.
ReplyDeleteSedih bila Daim x nak Hana dah....
ReplyDeleteTapi... lubang hidung kembang sebelah erk... ade ke? Wakaka..
Kite pun dah jatuh cinta ngan Khasyi!!
Smoga dipermudahkan utk mjawab soalan periksa dan smoga di beri ilham yang banyak utk citer Hana & Khasyi n!!
ReplyDeleteDaebak!!
:) giler kentang best... berbaloi tunggu lama... syiok... kasi drama sikit... bakor line si akid n daim... hehehehe... akk dah redha si daim tu abang si hana... kuing kuing.. i pray for your success and success for your application to Edinburgh so that you can explore more to enhance your plot.. kwing kwing... (conflict of self interest) xoxo
ReplyDeleteAlaa....dh abih dh..xpuas bc....starting relaks jek....story hana daim xdek...ptengahan story dh stat panas...skang muncul khasyi...story dh makin panas....panas...dan...panas..xsabar nk tggu next chapter...wuuuhhuuu...dik gud luck for ur coming exam k..
ReplyDeleteAlaa....dh abih dh..xpuas bc....starting relaks jek....story hana daim xdek...ptengahan story dh stat panas...skang muncul khasyi...story dh makin panas....panas...dan...panas..xsabar nk tggu next chapter...wuuuhhuuu...dik gud luck for ur coming exam k..
ReplyDeletewoah~ tk sia2 tggu chapter nih ! lawak giler tyme abg Bodo ( boroi do ) tuh . ahahaha xD gud luck in yr life kak Rose . melting ngan Khasyi yg coolio giler tuh >.< thumbs up kak Rose .
ReplyDelete#tk sabar tggu next chapter . hewhew
rasanya kalau khasyi ngan hanna ditakdirkan bersama,haru rumah penuh gelak tawa je dengan kesengalan berdua tu.btw best!
ReplyDeletegud luck for yr exam dear....cerita yg mmg sentiasa ditunggu-tunggu...
ReplyDeleteAssalamualaikum . Takkan lah Daim dengan Hana betul-betul adik beradik? I thought , Daim silap or maybe salah faham ? Btw if Hana berakhir dengan Khasyi , amat menyedihkan . Cause I think Hana and Daim with end up together . Please don't make Khasyi end up with Hana . I love this story so much,every month I will check up if the story was being update already or not.I was waited for scenes Hana and Daim >_< Semoga apa yang Daim ingat yang dia and Hana was adik beradik cuma salah paham atau silap ._. Btw goodlucks for your exam . Wish your lucks <3 Maaf kalau ada terkasar bahasa,atau tersilap type . Lol . Kalau tersinggung hati I'm sorry dari hujung rambut hingga ke hujung kaki , saya cuma nak bagi pendapat saya xD
ReplyDeleteCerita ni bermula dengan Hana and Daim .... tpi tiba2 berakhir dengan org lain ... rasa pelik .
ReplyDeleteThanks semua for the prayers. doakan saya & frens for next2 paper tau. ada 4 paper lg. huhu.
ReplyDeleteSy rs hepi gila bc reviews korang dlm komentar2 ni. Maseh!
ada yg suka dgn Kashi ni smpi nk Hana ngn dia.
ada yg nk Hana kekal ngn Daim.
klu nk tau siapa Hana akn pilih, bykkan bersabar, hbs exam baru sy boleh update. hehe..
sori but i think i hv to keep u guys waiting. :)
Hint: saya #TeamDaim ><
Ur Welcome <3 Amin . Takpe,kitaorang akan keep waiting haha xD
ReplyDeleteHana + Budin = What The?
ReplyDeleteHana + Akid = 50-50
Hana + Kasyi = Good
Hana + Daim = Super Duper Good And Super Duper Marvelous
A'a.. Sy pendapat sy pn pon sama mcm Anonymous kt atas. Hana lebih serasi dgn Daim.... Ada chemistry gitu..
ReplyDeleteKhasyi tuh boleh la.... Tp sy lbh suka Daim... Huhuhu...
X sbr nk tggu smbungan.. Klau ada novel kn best blh trus pegi belii... Huhu..
Baca balik novel ni,miss time daim dgn hana xD Sweet,funny haha #hanadaimforever
ReplyDeleteweh mangkuk,, examm dh abes dh kan? apo laie,, copat2 la sampai kan ending story kau nih... aku saje nk usha2 komen2 pembaca kau,, rase debor plak haa.. tapii.. x kiraa! aku nk baca lepas kau dah buat ending! ingat! jgn buat sape2 mati dlm novel kau nih! hahahaha,, MUAHAHAHAHAHA~
ReplyDeletep/s: aku tahu kau tahu aku siapa~ hahahaha.. lebiuu bebeh!
pssstt,, lagi ssatu apekehal lagu tailor swift dowhh??? pleaseee tukau2! buat la lagu saosin ke, of monster and men ke,, sedap la nk dgr~ hihi
ReplyDeletep/s: aku yang kau tahu aku siapa tuu.hahahaha
Weh anonymous @ kupt, ko pehal do attack aku kat sini! hahaha. itulaaa ko org 1st aku paksa bc novel aku, tapi degil. blagak tamau baca. org2 yg xknal aku jugak yg baek hati bc tau!
ReplyDeletep/s aku tgh fikir nak bunuh watak sape nih. :P
p/s ko jgn brani kutuk taylor swift aku eh. lagu2 dia aku nk buat lagu kawen au! ><
xpham jln cita
ReplyDeletem.silent killer, bacalah dari mula ><
ReplyDelete