Kak Mida tergelak
kecil mendengar celoteh Hana tentang pertemuannya dengan Khasyi. Tersilap orang
tu memang kelakar habis. “Hana ni sengal la.” Kak Mida menatap wajah ceria
gadis itu.
“Akak rasa Hana
sengal? Khasyi tu 20 kali ganda kuasa lapan lagi sengal tau kak. Ada ke patut
dia buat lawak sarkas pasal panda kat zoo tu. Dia ingat kelakar agaknya.” Balas
Hana teringatkan lawak jenaka Khasyi. Luar alam punya jenaka. Kak Mida
tersenyum simpul sambil pinggan berisi kuih bakar didekatkan ke arah Hana
supaya senang gadis itu nak capai.
“So Hana suka la kat
Khasyi tu?” Duga kak Mida masih lagi menayang senyuman manisnya. “Dengan lawak
bangang dia tu, siapa la yang sampai hati nak benci dia. Plus, mata dia macam
mata Josh Harnett kak. Kuyu, puppy eyes gitu.” Hana rancak membalas. Wajah
Khasyi terbayang di kepalanya. Josh Harnett versi dah kena tan.
Kak Mida mengangguk
setuju. “Kan Hana kan. Mata dia tu yang paling mengancam. Akak masa kali
pertama bertentang mata dengan Khasyi tu, rasa nervous dia mengalahkan masa
abang Fizi kau datang merisik tau!” Ujar wanita itu sambil menepuk peha Hana.
Gadis itu memandang kak Mida lama.
Kerutan tertampal di dahinya untuk beberapa detik.
“Hana tengok kan, akak
ni sejak-sejak dah beranak, boleh tahan gatalnya. Memang normal ke apa orang
lepas bersalin perangai tak semegah macam ni?” Hana selamba memerli kak Mida.
Terus pecah tawa wanita itu.
Kak Mida memandang ke
kiri dan kanan, mahu memastikan line clear. Okey cantik, abang Fizi masih kat
dalam bilik, tengah mendodoikan Lulu Jinan.
“Itulah. Akak pun rasa akak makin miang. Pantang
nampak lelaki muka jambu sikit, naik meleleh air liur akak tengok. Hana rasa
sebab apa akak dok layan drama Korea setiap hari? Tengoklah hero diaorang.
Comel belaka!” Cerita kak Mida separuh berbisik separuh teruja. Tapi nada
suaranya lebih menjurus pada teruja.
Hana mengerutkan muka.
Hero drama Korea comel belaka? Beto Kusyairy aku lagi comel kacak bergaya kot.
Ish ke laut betul la citarasa akak aku sorang ni. “Kesian abang Fizi dapat bini
macam akak ni.” Hana menggeleng kepala. Sengaja dia menampal muka kecewa dengan
perangai wanita yang amat dia hormati itu. Kak Mida dah jadi serba-salah.
“Eh Na, bukan akak
sengaja nak menggatal. Hormon imbalance. Itu yang jadi macam ni. Lagi pun
bukannya akak curang ke apa.” Wanita itu cuba mempertahankan diri dan nak
menyedapkan hati. Hana menjungkit kedua bahu.
“Hana tak cakap pun
akak curang ke apa. Akak yang terasa sendiri.” Katanya selamba sambil menjamah
kuih bakar di atas meja. Wajah kak Mida dipandang sekilas.
“Kau ni Na saja kan
nak buat akak rasa bersalah. Ish! Yelah yelah. Lepas ni akak stop sehari dari
tengok drama Korea.” Akhirnya kak Mida mengalah. Tak tahan tengok muka gadis
itu yang seolah menuduhnya berlaku curang.
Ceh setakat sehari.
Takpalah, sekurang-kurangnya ada usaha. Sehari bagi kak Mida ni mahu macam
setahun setengah. Hana ketawa mengekeh. “Haa macam ni laa baru mama mithali.
Baru Lulu Jinan sayang!” Pipi kak Mida dicubit lembut. Wanita itu hanya mampu
menjeling geram.
“Macam mana si Khasyi
tu boleh jatuh cinta kat kau pun akak tak faham!”
Terus mati tawa gadis
itu. Wajah kak Mida dipandang lama. “A-Apa akak cakap tadi?” Tanya Hana sedikit
gugup. Sebahagian dirinya mahu mendengar semula apa yang diucapkan kak Mida
tadi, namun sebahagian lagi enggan.
“Apa dia? Mana ada
akak cakap apa-apa.” Kak Mida mengerutkan dahi sambil bangun menuju ke dapur.
Hana ikut dari belakang. Diasak wanita itu dengan soalan yang sama.
“Apa akak cakap tadi
kak?” Lengan kak Mida digoyang-goyang, memaksa.
Wanita itu mengeluh
sambil memandang Hana. “Akak cakap akak tak faham kenapa akak hidangkan Hana
kuih tapi tak hidang air. Pergi duduk depan, akak buatkan Hana air.” Bahu gadis
itu dipegang dan kemudian dipusingkan menghadap ruang tamu.
Hana memusingkan
kembali tubuhnya menghadap kak Mida. “Akak, baik akak cakap apa akak cakap
tadi, kalau tak Hana report kat abang Fizi pasal perangai akak tu.”
Terus jari telunjuk
kak Mida naik ke batang hidung Hana.
“Report apa?” Suara
abang Fizi menegur. Panjang umur!
Serentak Hana dan kak
Mida menoleh. “Abang! Bila sampai? Tak dengar bunyi tapak kaki pun.” Kak Mida
menolak Hana ke tepi sebelum berjalan ke arah suaminya, menyambut mesra.
Abang Fizi menjulingkan
mata dengar kata-kata isterinya itu. “Ni sampai sentuh bunyi tapak kaki ni,
mesti ada udang di sebalik mee. Ha beritahu abang cepat. Apa yang sayang dah
buat?” Abang Fizi baru nak naik angin namun bila kak Mida dengan penuh manja
memeluk lengannya, terus lenyap rasa nak marah tu.
Abang Fizi tak mampu nak
menahan perasaan terus mengucup lembut dahi isterinya. Kak Mida yang baru nak
hela nafas lega tergamam bila suaminya mengalihkan pandangan ke arah Hana.
“Hana nak report apa kat abang?” Persoalan
yang sama diulang suami kak Mida. Hana terkebil-kebil sambil matanya melirik
pada kak Mida yang dah kalut semacam.
“Takda, kak Mida ni,
dia dok push Hana keluar date dengan lelaki lain pulak. Ada ke patut? Dahlah
date tu haram. Abang nasihatkan la sikit mama Lulu Jinan ni.” Hana memulakan
bakat lakonan yang sudah berkurun dipendamnya. Rahang kak Mida jatuh bergolek.
Kepala hotak budak ni..
Abang Fizi memandang
pelik isterinya. “Sayang, apa perangai busuk macam tu?” Tegur lelaki itu lembut
tapi tegas. Kak Mida hilang kata. Kentot punya budak si Hana ni.
“Mana ada ayang push
dia. Ayang tanya je.” Nak tak nak terpaksalah kak Mida ikutkan layar perak si
Hana ni. Gadis itu yang di belakangi abang Fizi dah bantai gelak sakan.
Dahi abang Fizi
berlipat-lipat. “Laa sayang tanya kenapa pulak? Kan Khasyi dah pun cakap yang
dia dah jatuh cin—” Belum pun sempat suaminya menghabiskan ayat, kak Mida
pantas menutup mulut suaminya itu.
Hana terkesima.
“Jatuh cinta?”
Tanyanya perlahan.
Abang Fizi dan kak
Mida menoleh, memandang gadis itu. “Dia main-main je Hana. Khasyi tu kan suka
bergurau. Yelah, sebab Hana kan kelakar bengong macam dia jugak. So dia pun
cakap dia macam dah jatuh cinta pandang pertama kat Hana. Lepas tu dia gelak.
Hana jangan take serious la.” Jelas kak Mida, cuba mahu menerangkan maksud
suaminya tadi.
“Apa yang sayang
merepek ni? Khasyi tak gu—” Sekali lagi mulut abang Fizi dikatupnya. “Abang,
Lulu Jinan menangis tu. Abang pergi check. Please.” Pinta kak Mida separuh
merayu. Abang Fizi menambahkan kerutan di dahi.
“Pleasee!” Rayu kak
Mida.
Suaminya akhirnya
mengalah dan pergi menuju ke bilik. Kak Mida terus menarik Hana duduk di kerusi
plastik yang terletak di dapur, satu set dengan meja plastik.
“Hana jangan ambil
serius apa Khasyi cakap tu. Dia suka bergurau. Hana jangan rasa terbeban ke apa
sampai tak nak jumpa dia lagi.” Nasihat kak Mida bersungguh-sungguh sambil
mengusap tangan gadis itu.
Wajah kak Mida Hana
pandang pelik. “Akak, bila pulak Hana cakap Hana tak nak jumpa dia lagi. In fact
kitaorang dah set perjumpaan yang kedua dah pun tau!” Ujar Hana bersama
senyuman bahagia terpatri di bibir.
Wanita itu kelihatan
terkejut. “Maksud Hana, second date?”
Hana menggeleng. “No
no no. Perjumpaan. Nombor 2.” Dua jarinya ditayang. Kak Mida hilang kata untuk
beberapa saat sebelum bertanya pelik. “Bukan date?” “Bukan, sebab kitaorang
bukan berdua. Khasyi kata nak bawa orang.” Hana tersengih.
“Habis yang hari tu
Hana jumpa dia tu bukan berdua ke? Date la tu.” Kak Mida membesarkan matanya.
“Nope. It was a lunch meeting. Bukan date. Dalam kedai makan tu ramai manusia.”
Balas Hana tak nak kalah. Kak Mida menjulingkan mata. Sakit hati bertekak dengan
budak ni.
“Ghasak kau la Na. Janji kau bahagia.” Wanita
itu dah tak larat nak berdebat dengan bekas pendebat sekolah ni dulu. Dia je
nak menang.
Hana ketawa mengekeh. “Akak ni, relaks la.
Jangan risau. Hana bukan jenis cepat melatah. Lagipun Hana enjoy lepak dengan
dia. Dan betul la abang Fizi cakap, Khasyi tu memang jaga batas. Jalan 30 cm
jauh dari Hana tu.” Tambah gadis itu sambil menayang tiga jari.
“Hebat kau Na sempat
ukur?” Usik kak Mida.
Hana menarik muka.
“Apa yang tak sempatnya? Hana siap ukur dengan pita pengukur lagi tau. Siap
suruh Khasyi pegangkan hujung pita pengukur tu.” Terburai terus tawa kak Mida
sejurus mendengar ayat yang keluar dari mulut Hana.
“Hei boleh terkeluar
isi perut akak melayan kau ni Na.” Kak Mida menggeleng-geleng kepala sambil
menampar lembut lengan gadis itu. “Ni kak, si Khasyi tu kerja apa?” Tanya Hana
tiba-tiba. Muka bengong dia tu berubah serius.
Kak Mida memandang
Hana pelik. “Dia tak cakap ke dia kerja apa?”
Gadis itu
menggelengkan kepala. “Tak, tapi Hana ada hunch yang dia tu cikgu.” Kak Mida
mengerutkan muka. “Hunch?” “Instinct. Hana dapat rasakan dia tu cikgu. Cikgu
sekolah rendah. Mungkin dia ajar Maths. Cikgu Maths selalunya gila-gila sikit.”
Balas Hana seraya teringatkan cikgu Matematiknya dulu, Cikgu Ramli.
Jadahnya dia tu
gila-gila. Garang nak mampus ada laa! Soalan pun dia belum tanya, kitaorang dah
kena jawab. Muka kitaorang semua dah tampal tanda soal banyak-banyak macam ni,
????, bila dia tanya apa jawapannya. Lepas tu, bila kitaorang tak dapat jawab
(sebab soalan pun tak bagi), tak pasal-pasal punggung jadi mangsa penampar
rotan. Argh. Memang patut pun satu sekolah menganjing dia Ramli burgerdil.
Aduhai, banyak dosa aku kat cikgu tu.
“Dia ada cakap dia nak
bawa siapa nanti bila perjumpaan kedua korang tu?” Sengaja kak Mida menekan
perkataan ‘perjumpaan’, memerli. Hana menarik senyum sakit hati.
“Tak. Surprise
katanya.”
Kak Mida
terangguk-angguk. “Na, andaikata Hana dengan Daim betul takda jodoh, akak rasa
Khasyi tu boleh jadi lelaki terbaik untuk kau Na. Kahwin je la dengan dia.”
Bahu gadis itu dipegang erat. Hana membulatkan matanya yang sedia bulat tu.
“Akak jangan merepek
boleh tak? Baru jumpa sekali takkan terus nak ajak kahwin. Kerja gila betul.
Kak, dahlah, nak balik. Dah janji dengan Jannah nak jadi spiderman malam ni.”
Ujar Hana sambil melirik pada jam di tangannya.
“Spiderman? Tengok
wayang ke?” Kak Mida memberi isyarat pada Hana melarang gadis itu daripada
mengemas pinggan dan gelas. “Wall climbing. Extreme park.” Balas Hana ringkas.
Kak Mida terangguk-angguk.
“Kalaulah akak bukan
dalam pantang, dah lama akak join korang berdua.” Kak Mida memandang Hana yang
dah berdiri sambil membetulkan tunicnya yang sedikit terangkat.
“Eleh poyo. Kata
gayat.” Ejek Hana.
Kak Mida ketawa besar.
“Akak join tengok je la korang panjat.” Hana menjulingkan mata. Setakat tengok,
apa barang? Tak thrill langsung. Ceh. “Gerak dulu kak. Lulu Jinan tidur kan?
Nak cium dia kejap. Jom teman.” Tangan kak Mida ditariknya, memaksa wanita itu
mengikutnya ke bilik Lulu Jinan.
“Cium je? Hulurlah
sikit.” Sakat kak Mida.
“Amboi, mama Lulu
Jinan pulak yang over.” Hana menjegilkan mata sebelum tergelak besar. Kak Mida
pun turut sama ketawa. “Ayat akak tak habiskan? Sebenarnya akak nak cakap,
‘Hulurlah sikit kat mama Lulu Jinan’. Betul tak?”
Kak Mida ketawa lagi.
“Betul. Sheikh Haikal bagi 5 bintang!”
-
Hana duduk bersila di
atas kerusi taman sambil membaca The Bible, The Qur’an and Science, hasil
tulisan Dr. Maurice Bucaille yang sudah disimpan di dalam telefon pintarnya sementara
menungu kedatangan Khasyi. Menariknya tentang doktor dan saintis yang berasal
dari Perancis ni, beliau belajar Bahasa Arab sebab nak mengkaji Al-Qur’an.
Semuanya bermula
apabila beliau dijemput ke Mesir untuk mengkaji mumia seorang firaun yang
ditemui dan hasil dapatan kajiannya menunjukkan yang mumia itu mati lemas
justeru mengesahkan bahawa dia merupakan firaun pada zaman Nabi Musa (a.s).
Beliau berasa pelik kerana para saintis Islam di Mesir tahu bahawa mumia itu
ialah firauan yang memerintah pada zaman Nabi Musa (a.s) kerana ianya telah
diceritakan Allah Taala dalam Al-Qur’an.
Sebab itulah Dr.
Maurice nekad untuk mengkaji Al-Qur’an. Maka terhasillah buku The Bible, The
Qur’an and Science, yang membuktikan bahawa tiada percanggahan dalam Al-Qur’an
dan kenyataan ini disokong oleh hasil kajian saintifik. Buku ni juga
membuktikan bahawa tiada Tuhan selain Tuhan yang satu yakni Allah Taala.
Subhanallah. Bukan itu saja, Dr. Maurice ada tulis satu lagi buku, The Origin
of Man, yang menyangkal teori Darwin yang menyatakan manusia berasal dari
spesis beruk.
Hana tekun membaca
sehingga dia tak sedar ada seseorang yang turut sama menumpang baca. “Genesis provides extremely precise genealogical data in Chapters 4, 5,
11, 21 and 25. Whuooo. Berat ni.”
Berlipat lehernya menoleh memandang
sumber suara itu. “Khasyi!” Hana terasa nafasnya tersekat di kerongkong. Lelaki
ni perangai sama macam Daim. Dua-dua suka muncul tak reti nak beri salam!
“Awak baca apa tu? Macam berat nak stomach
je.” Ujar Khasyi sambil merapatkan wajahnya ke telefon gadis itu. Hana
memandang Khasyi dengan penuh rasa kagum. Macam mana lelaki ni boleh gabungkan
dua bahasa dalam satu ayat dan jadikan ayat tu kedengaran sangat pelik?
“Awak lambat.” Hana menutup fail yang
menyimpan buku tulisan Dr. Maurice itu sambil matanya dikecilkan, memandang
lelaki itu tajam. Telefonnya disimpan ke dalam beg. Khasyi melirik jam di
tangannya.
Sesekali keningnya bergerak-gerak seperti
sedang mengira. Hana menahan tawa. Sah dia ni cikgu Matematik. “Okey saya
lambat tegur awak 10 minit 38 saat.” Khasyi berkata sambil menayang jamnya ke
muka Hana.
Gadis itu menjungkit sebelah kening. Lambat
tegur? “Awak sampai dulu dari saya?” Khasyi mengangguk sambil menampal wajah
tak bersalah.
“Well, I saw you mistakenly thought a big-belly
guy as me. Same mistake again, which is totally fine by the way. Lepas tu, saya
nampak awak hampir-hampir nak tergolek masa awak cuba nak ikat tali kasut awak
sambil berdiri atas satu kaki, which was incredible anyway. First time saya tengok
ada orang mampu ikat tali kasut sambil cuba nak imbangkan badan macam awak buat
tadi. Cool habis. Awak ada ambil kelas akrobatik ke yoga or something?”
Rahang Hana jatuh.
Terkebil-kebil dia memandang lelaki itu. “You’re joking.” Kata Hana tak percaya. Khasyi menggeleng jujur.
“I even saw you picking your nose once while you were reading your
hard-to-stomach book tu.” Tambah lelaki itu sambil cuba mengelak bila Hana dah
melancarkan satu sepakan ke kaki kanannya.
“Okey itu memang
mintak kaki he!” Herdik Hana geram.
Kerja gila aku nak
korek hidung tengah-tengah perkarangan zoo ni. Dahlah sini tempat keluarga
datang. Ada nanti tak pasal-pasal aku dituduh mencabul hak asasi di tempat awam
kerana mengorek hidung tanpa menghiraukan orang lain yang lalu-lalang.
Khasyi ketawa
mengekeh. “Mesti sekarang ni dalam kepala awak cuba rewind balik, ada tak awak
korek hidung masa baca buku tu tadi kan? Betul tak?” Khasyi bermain dengan
keningnya, mengusik.
Hana menjeling geram. Betul
kepala hang! “Kalaulah saya tak fikirkan budak-budak yang datang zoo ni nanti
kena mental abuse bila saya korek hidung, memang dah lama saya korek hidung
lepas tu kesat kat muka awak!”
Pecah lagi tawa lelaki
itu. “Awak tak fikir kalau saya korek hidung pulak? I’m known to have giant boogers
tau.” Balas Khasyi sengaja menyebut benda menjijikkan. Hana mengalah. Kedua
tangannya diangkat ke langit.
“Bab jijik ni awak
menang. Tahniah.” Ucap Hana ikhlas.
Khasyi mengoyak senyum
terharu. “Terima kasih Hana. Tak sangka awak baik sampai macam ni sekali.” Pujinya sambil menayang wajah terharu campur kagum. Hana menjulingkan mata
sebelum akhirnya ketawa kecil.
“Kepala awak kero
kan?” Hana memandang lelaki itu bersama segaris senyuman manis terpatri di bibir. “Hmm
tengoklah. Bila jumpa orang yang kepala dia sama kero, saya punya kepala pun
jadi kero la.” Khasyi ketawa lagi bila Hana mencebik. Seronok betul
mengenakan gadis ni. Reaksi muka dia, tak boleh dijual-beli.
“Tak habis-habis nak
mengenakan saya. Ni, awak kata awak nak bawa someone. Mana dia?” Hana menukar
topik perbualan. Tak larat dah asyik jadi bahan lelaki ni je. Sebelah tangan
Khasyi diletakkan di belakang tubuhnya, menjadi penahan berat badannya,
manakala sebelah tangan lagi mengusap dagu.
“Actually some ones.”
Ujar lelaki itu sambil menggaru pelipis. Hana menjungkit kening. Khasyi segera
menjuihkan bibirnya ke arah maskot panda yang sedang ramah melayan dua orang
kanak-kanak berusia lebih kurang 3 ke 5 tahun.
Hana hilang kata.
Matanya masih melekat pada kanak-kanak itu. “Okey, sekarang ni saya confuse,
awak ni tengah tenung panda tu ke atau budak dua orang tu?” Tanya Khasyi risau.
Pandangannya silih berganti memandang ke arah maskot panda dan Hana.
“Budak-budak tu la.
Khasyi, diaorang tu anak-anak awak ke?” Hana bertanya, cuba mahu kedengaran
sekasual mungkin. Tak nak kedengaran kekok. Ada nanti dia label aku penyibuk,
jatuh saham.
“Kalau ya, macam
mana?” Duga lelaki itu sambil memerhatikan reaksi Hana.
“Kalau ya, eloklah. Maknanya
awak ni ayah yang baik. Luangkan masa dengan anak-anak. Susah tu nak jumpa ayah
yang bawa anak-anak berjalan zaman sekarang ni. Cool gila.” Balas Hana ikhlas.
Matanya kembali pada budak-budak itu.
“Plus, ni cara yang
efektif nak pikat hati perempuan. Sweet and loving daddy. Mana ada perempuan
yang tak cair? Betul tak? Awak tengah cair ni kan?” Khasyi menongkat dagu
sambil memandang lama wajah Hana.
Gadis itu membalas
pandangan Khasyi sebelum menggeleng kepala. “You wish.”
“I do. Well too bad
they ain’t mine.” Ujar Khasyi sambil bangun dan berjalan menuju ke arah
budak-budak itu. Hana mengikut dari belakang. “Hey panda-panda kecil. Dan... Panda
besar.” Khasyi melirik maskot panda yang dua kali ganda saiznya.
Panda itu mengangkat
tangan kanan, membalas sapaan Khasyi. “Terima kasih tolong tengokkan
budak-budak ni kejap.” Kepala panda itu ditepuk-tepuknya. “Nak rumput? Buluh
ke? Saya boleh tolong suapkan?” Gurau Khasyi lebih kepada menyakitkan hati daripada menggembirakan. Panda itu dah menayang
penumbuknya.
“Okey jawapannya tak
nak. Got it.” Lelaki itu terangguk-angguk.
Hana ketawa kecil.
Padan muka. Dengan panda ni pun dia nak troll. Aduhai. “Okei anak-anak panda,
kenalkan, makcik jelita ni nama dia Hana.” Khasyi menolak lembut kanak-kanak
itu ke arah gadis itu.
“Panda 1, Panda 2.”
Khasyi memperkenalkan kanak-kanak itu satu persatu. Sesaat kemudian, dua-dua
budak itu memukul kakinya dengan muka masam. Terus meraung Khasyi. Hana ketawa lagi. “Uncle ni
apa la. Kita bukan panda la. Kita Jeja. Yang ni kawan kita, Lela.” Kanak-kanak
yang paling kecil itu membetulkan kesalahan Khasyi.
“Oh yeke? Okey okey
sorry sorry uncle tak sengaja.” Lelaki itu pura-pura innocent.
Lela dan Jeja melempar
satu jelingan sebelum menyalami Hana. “Umur Jeja berapa?” Tanya Hana dengan
suara manja. “Jeja 3 tahun.” Balas Jeja sambil berusaha meluruskan ibu jari dan
jari telunjuknya.
“She’s terrible at
Maths.” Bisik Khasyi. Hana menyiku lelaki itu.
“Lela? Lela umur
berapa sayang?” Hana memandang wajah comel Lela pula. “Lela 4.” Empat jari
ditayangnya. “Lela kakak, Jeja adik. Tadi Lela dengan Jeja bobob bontot panda
besar tu!” Tambah Lela mesra. Hana ketawa besar.
“Oh yeke? Kesian kat panda besar tu.” Hana dah mula biasa dengan nada suara keanak-anakkan. “Siapa suruh dia kentotkan Jeja.”
Jeja pula berkata-kata, membidas. Gadis itu tak mampu menyembunyikan
senyumannya.
“Dia kentotkan Jeja?
Meh sini biar aunty pulak bobobkan bontot dia!” Hana pura-pura marah. “Takpa
aunty. Oh berani panda tu kentotkan Jeja uncle he. Biar uncle kentotkan dia balik!”
Tawa budak-budak tu
pecah. Bahu Khasyi ditepuk mereka. “Apa la uncle ni.”
Hana tergelak kecil.
Alahai. Budak-budak ni comel gila!
-
“Mana awak dapat
budak-budak ni? Comel tahap melampau.” Tanya Hana sambil memegang bahu Lela
yang leka meniup buih sabun. Manakala Khasyi pula mendukung Jeja yang dah
kepenatan berjalan. “Kat Mydin. Ada jualan murah hari tu. Buy one free one.”
Balas lelaki itu selamba. Hana menjulingkan mata. Merepek nombor satu dia ni.
“Seriuslah Khasyi.
Mana dapat?” Hana mengulangi pertanyaannnya.
“Dari tempat kerja
saya.” Jawab Khasyi pendek.
Hana memandangnya kaku.
“Black market atau sekolah?”
Khasyi tergelak besar.
“Neither. Awak ingat saya ni gangster kampung ke apa?” Buruk sangat ke akhlak
aku sampai nak memperdagangkan budak? “Oh awak bukan cikgu ke?” Hana bertanya
pelik.
“Cikgu?” Giliran
Khasyi pula bertanya pelik.
Hana mengangguk. “Saya
ingat awak cikgu Maths.” “Hana I hate Maths. Masa kelas Maths kat sekolah dulu
saya selalu jerit, ‘Buat apa belajar Aljebra ni semua? Asyik suruh kita carikan
x dia. Manalah kita kenal x dia!’. Lepas tu cikgu Maths saya baling duster kat
saya.” Cerita Khasyi mengimbau zaman kenakalannya di sekolah dulu.
Gadis itu ketawa sakan.
Kecil-kecil dah loyar buruk. Boleh dia samakan x unknown tu dengan 'ex-'. “Budak nakal betul. Kalau saya jadi cikgu awak,
jangankan duster, penyapu pun saya baling tau. Dengan tong sampah sekali saya
baling kat muka awak.” Kepala digeleng-geleng.
“Rasa nak sujud syukur
je awak bukan cikgu saya.” Balas Khasyi sambil meraup tangan ke serata
wajahnya, konon-konon bersyukur habis la tu. “So, kalau bukan cikgu, awak ni kerja apa?” Hana meneruskan
soalannya.
“Kerja saya check
budak sakit apa, kasi ubat, kalau kena bedah, saya bedah la. Lepas tu kena
monitor budak-budak ni selalu.” Jelas Khasyi tenang. Wajah gembira Lela
dipandangnya. “Kan Lela?” Kanak-kanak itu mengangguk setuju.
Hana ternganga
sedikit. “Awak... doktor?”
“Pediatrician. Pakar
kanak-kanak.” Angguk lelaki itu.
Hana memandangnya
kagum. “Wow. Awak tak nampak macam doktor pun. You’re too funny to be one.”
Ujar gadis itu jujur. “Okey itu terlampau jujur tapi takpa. Saya anggap itu
satu pujian. Terima kasih.” Balas Khasyi sambil mengusap belakang Jeja yang dah
lama lena di bahunya.
“Umur awak berapa
Khasyi?” Hana mahukan kepastian. Menurut kak Mida, Khasyi tua 4 tahun darinya.
Tapi macam melampau pulak umur 29 dah jadi pakar. Ke normal je sebenarnya?
Entah.
“Awak 25 kan? Tolak 5
tambah 7 tambah 3 tolak 5 bahagi 5 darab 5 tambah 7.” Arah Khasyi. “Awak jangan
sampai saya telefon cikgu Maths awak datang sini selesaikan soalan Matematik
awak tu!” Hana menjegilkan matanya. Pecah terus tawa lelaki itu.
“Jangan Hana. Nanti dia datang bawa duster,
masak saya.” Khasyi dah bayangkan cikgu Matematiknya datang bawa duster dengan
wajah yang bengis. Argh. Kenangan pahit.
Hana ketawa mengekeh.
“Sekali dia datang bawa sempoa, siap ajar kita cara guna sempoa kan?” Khasyi tersenyum
sebelum balas, “Ha lepas tu kalau kita still tak faham, dia pun baling sempoa
tu kat muka kita.” Pecah lagi tawa mereka.
“Serius Khasyi, umur
awak berapa?” Hana mengulangi pertanyaannya. “32.” Ujar Khasyi senang sambil
tersenyum manis. Wajah gadis itu ditatap sekejap.
“Wow, tua jugak awak
ni. Should I call you grandpa?” Ejek Hana.
“Very funny. Hey, you
don’t look you age too grandma.” Balas Khasyi tak nak kalah. Hana menggigit
bibir. “Awak cemburu saya belia remaja dan awak.. tak.” Hana menjelirkan lidah.
Khasyi tergelak lagi.
“Saya lagi cemburukan budak dua orang ni ha. Peringkat umur macam ni
budak-budak tak fikir benda lain selain nak bermain. Having fun all the time.
We call it The Fantasy Phase.” Ujar lelaki itu.
Hana mengangguk
setuju. “Betul. No worries, no commitment. Enjoy sakan je la kerja kan? Eh,
macam kenal je perempuan tu.” Hana berkerut sambil memandang ke seorang gadis
berbaju hijau berselendang putih yang sedang mengambil gambar tidak jauh dari
mereka.
“Baju hijau tu?” Tanya
Khasyi, turut sama memandang ke arah gadis berbaju hijau itu. Hana angguk.
“Lela, aunty nak pergi
sana kejap. Lela tunggu sini dengan uncle he?” Hana berkata lembut pada
kanak-kanak itu. “Okey.” Lela angguk sambil tersenyum. Buih sabun masih
ditiupnya.
“Err assalamualaikum,
Luviana kan?” Sapa Hana sejurus merapati gadis berbaju hijau itu. Luv menoleh.
“Hana?” Tanpa menunggu lama Luv terus memeluk gadis itu. “Ya Allah, Hana! You
sihat?” Wajah Hana dipandangnya lama. Gadis itu mengangguk sambil tersenyum.
“You Luv?’
“Alhamdulillah, I
sihat je. Hana, I’m sorry about the..” Luv berkata perlahan. Hana menarik
senyum nipis. “Takpa. Dah lama dah pun. Sorang je ke?” Tanya Hana. “I datang
dengan my nieces and nephew. Diaorang tengah bergambar dengan burung kakak tua
kat situ.” Luv menunjuk ke arah satu kawasan yang dipenuhi orang ramai.
Hana terangguk-angguk.
Tiba-tiba ada suara berdeham. Dua orang gadis itu menoleh. “Oh lupa pulak. Luv,
ni Khasyi. Khasyi, ni Luv.” Hana mengerling ke arah Khasyi yang dah berdiri di
sebelahnya, memperkenalkan mereka berdua. Mereka saling berbalas senyuman. Hana
dan Luv berbual untuk beberapa minit sebelum akhirnya Luv meminta izin untuk
beredar.
“Okey la Hana, I gerak dulu. Takut budak-budak
tu pergi entah mana-mana nanti. Ada masa kita set time lunch sama ya?” Luv
memeluk Hana erat.
“Insya Allah. Take
care Luv.” Balas Hana sambil membalas pelukan gadis itu.
“Bye.” Luv melambai
dari jauh.
“Kawan awak?” Tanya Khasyi
sambil membantu Lela menyimpan bekas buih sabun. Dah penat meniup agaknya. “Hm.
Cantikkan dia?” Hana tersenyum mengagumi kejelitaan wajah Luviana.
“Awak lagi cantik.”
Ujar Khasyi selamba. “Lela pun rasa aunty Hana lagi cantik.” Lela tiba-tiba
menyampuk. Khasyi mendepakan tangannya. “See? Kids never lie you know.”
Hana tergelak kecil. “Terima
kasih sayang.” Pipi Lela dicubit lembut. “Sama-sama kasih.” Bisik Khasyi mesra.
“Bukan awak la perasan.” Hana mengerutkan muka sambil melancarkan pandangan
menggelikan ke arah lelaki itu. Khasyi menepuk-nepuk lembut belakang badan Jeja
apabila kanak-kanak itu bergerak sedikit.
“My middle name is
Sayang. So literally you were thanking me.” Balas lelaki itu yakin boleh. Hana
menggeleng kepala tak percaya. “Khasyi, you really expect me to believe that?”
Keningnya dijungkit sebelah. Lelaki itu ketawa kecil. “Just trying my luck.”
Balas Khasyi senang.
“Kalau semua doktor
perangai tak semegah macam awak ni, habis lingkup hospital tau tak?” Khasyi
sekadar menjungkit bahu. “It’s my charm. Can’t do nothing ‘bout it.”
“Yeah. Malangnya. So,
apa lagi haiwan kita belum tengok? Pandatang dah, harimau dah, Kwangsoo dah.”
Tanya Hana sambil mengira binatang yang sudah mereka tengok. Khasyi menjungkit
sebelah kening. (*Pandatang=Panda)
“Kwangsoo? Nama apek mana tu?” Tanya dia
dengan muka pelik. Hana tergelak kecil. Punyalah popular si Lee Kwangsoo tu,
apek jugak Khasyi gelar dia. “Running man tahu?” Hana memandang Khasyi.
“Movie?” Tanya lelaki itu semula.
Hana menggeleng.
“Korean variety show. Kwangsoo tu berlakon dalam rancangan ni. Nick name dia
zirafah sebab dia tinggi gila.” Jelas gadis itu ringkas. Khasyi dilihatnya antara
dengar tak dengar.
“Awak ni dengar ke
tak?” Hana berdengus.
Lelaki itu menarik
senyum nipis. “Dengar. Kwangsoo. Oh padanlah masa kita bagi zirafah makan tadi,
orang yang lalu-lalang semua sebut nama apek ni. Saya ingatkan memang nama
zirafah tu Kwangsoo. Saya ingat zirafah tu dilahirkan kat China.” Ujar Khasyi
jujur.
“Kwangsoo bukan apeklah!
Dia orang Korea!” Desis Hana geram.
“Sama je. Dua-dua mata
sepet.” Balas lelaki itu selamba. Hana mencebik. Mentang-mentanglah mata dia
macam ala-ala Josh Harnett, macam tu je dia kutuk mata si Kwangsoo tu.
“Uncle, Aunty, Lela
penatlah nak jalan. Lela lapar. Lela nak makan ais krim.” Ujar Lela sambil
memegang perutnya. Wajah comelnya berubah menjadi muram.
Khasyi hilang kata.
Cerdiknya budak ni. Eloklah lapar makan ais krim. “Lela, orang ada asma tak
boleh makan ais krim tau. Lela kan dah janji dengan uncle tak nak makan ais
krim?” Khasyi mengusap kepala kanak-kanak itu.
Lela mengangguk. “Tapi
Lela lapar. Panas. Penat. Lela nak ais krim uncle.” Rengeknya. Hana memandang
Khasyi sebelum dia mencangkung depan kanak-kanak itu. “Lela apa kata Lela
panjat belakang aunty? Lepas tu aunty bawa Lela pergi makan jagung, okey?”
Pujuk Hana sambil menepuk bahunya, menyuruh kanak-kanak itu memeluknya dari
belakang.
Piggyback.
Sekejapan wajah muram
Lela berubah ceria. “Okey!” Terus dia lompat ke belakang badan Hana dan memeluk
leher gadis itu sampai nyaris tercekik Hana dibuatnya.
“Lela jangan cekik
aunty kuat sangat. Lela peluk macam ni.” Khasyi memegang tangan Lela dan
mengajarnya cara yang betul untuk memeluk Hana dari belakang.
“Sorry aunty.” Ucap
kanak-kanak itu sebelum mengucup lembut pipi Hana.
Gadis itu tersenyum
terharu. “Lela tak sakitkan aunty pun. Tengok, Aunty tak apa-apa. Kuatkan aunty
dukung Lela?” Kanak-kanak itu mengangguk laju. “Kuat! Macam uncle. Uncle pun
selalu dukung Lela macam ni. Kan uncle?” Lela memandang Khasyi yang leka
merenung wajah Hana.
“Ha? Ya ya. Tapi bila
Lela dah makin tembam, uncle dah tak larat dah.” Sakat lelaki itu. Lela
menjeling geram. Pecah lagi tawa Khasyi. Kecil kecil dah pandai jeling orang. Belajar
dari Hana la ni.
“Okey jom makan
jagung!” Hana berlari-lari anak. Lela di belakangnya sudah menjerit sakan.
“Jommm!”
-
“Nah.”
Ais krim pop
dirapatkan ke pipi gadis itu. Hana mengerang kecil. “Thanks.” Ucap Hana sambil
mengambil ais krim yang dihulur Khasyi. “Finally, tidur pun budak-budak tu.”
Ujar lelaki itu sambil menggigit ais krim popnya.
“Lela dengan Jeja tu
pesakit awak ke? Diaorang sakit apa?” Hana mengerling ke dalam kereta melihat
Lela dan Jeja yang sedang nyenyak tidur sebelum kembali menala pandangannya ke
wajah tampan Khasyi. “Lela ada asma. Jeja ada jantung berlubang.” Balas Khasyi
tenang. Mulut gadis itu sedikit ternganga sejurus mendengar jawapannya.
“Ya Allah..” Hana
merapatkan tangan ke dada.
Khasyi menarik senyum
nipis. “Jangan risau. They’re alright. Lubang kat jantung Jeja insya Allah akan
hilang as she grow. Still kena monitor la. Lela, dia susah sikit. Dia suka
curi-curi makan ais krim, minum air sejuk, lari tak ingat dunia. Kena monitor
selalu budak baik tu.” Terang Khasyi sambil menyandar pada pintu keretanya.
Hana mengoyak senyum nipis. “Budak-budak,
biasalah. Khasyi, kenapa awak jadi doktor?” Lama Khasyi ambil masa untuk jawab
pertanyaan gadis itu. “Masa saya darjah tiga, kawan baik saya Teo kena langgar
kereta depan saya. Masa tu saya tak boleh gerak. Saya kaku bila tengok darah
mengalir kat kepala dengan badan dia. Tiba-tiba datang seorang hamba Allah ni,
dia membetulkan posisi Teo dan periksa nadi dia. Saya ingat pakcik tu tekan
dada Teo lepas tu hembus nafas kat mulut dia.”
“CPR.” Ujar Hana tekun
mendengar cerita lelaki itu.
Khasyi mengangguk. “Alhamdulillah
pakcik tu berjaya selamatkan nyawa kawan baik saya. So since then saya nekad
nak selamatkan orang, macam pakcik tu.” Sambung lelaki itu sambil mengeluarkan
telefonnya.
“Pakcik tu doktor ke?”
Tanya Hana.
Khasyi menarik senyum
sambil mengangguk. “Dia resident saya masa internship. Sekarang ni dia dah
resite kat kampung dia. Buka klinik kesihatan kat situ. Nak tolong orang
kampung yang duduk jauh dan tak mampu nak biayai perubatan.” Jelas lelaki itu
sambil menunjukkan beberapa gambar dia bersama seorang lelaki berambut
kelabu-putih.
“Ni ke pakcik tu?”
Hana mengamati gambar pakcik itu.
“Dr. Syukor. Very
humble man, very soft spoken, sangat baik orangnya.” Angguk Khasyi. Dia
membiarkan Hana membelek gambar-gambar dalam telefonnya. “Ni Teo?” Tanya gadis
itu sambil menunjukkan gambar seorang lelaki Cina yang sedang memeluk Khasyi.
“A’ah, itulah Teo. Teo
Ahmad. He reverted to Islam masa umur 18 tahun.” Ujar lelaki itu.
“Alhamdulillah.” Hana mengukir senyum. Cantiknya kisah hidup lelaki ni.
“Mesti Dr. Syukor
banyak influence awakkan?”
“He’s like my father.”
Khasyi mengangguk lagi. “Saya rasa awak memang idolize Dr. Syukor ni. Awak pun
humble, soft spoken, baik.” Ujar Hana, memuji lelaki itu. “Hensem, bergaya,
smart.” Tambah Khasyi bersahaja. Hana tergelak besar. Nasib baik betul. Kalau
muka si Khasyi ni elok sikit dari batang paip, memang dah lama aku bambu dia
suruh sedar diri sikit.
“Hana, can I ask you
something? Why are you still single?” Tanya Khasyi tiba-tiba. “Why are you?”
Hana menjawab dengan pertanyaan. Khasyi merenung anak mata gadis itu lama
sebelum membalas,
“Saya tunggu awak.”
-
Daim menguis nasi di
pinggan. Matanya memandang kosong kerusi kayu di sebelah. Fikirannya menerawang
teringatkan perbualannya dengan Hana di rumah anak yatim. Wajah pilu gadis itu
ketika dia menitiskan air mata meluahkan perasaan betul menyayat hatinya.
Menurut Hana, dia tak mampu meneruskan hidup tanpa Daim.
Andaikata si malaun
Akid tu tak kacau daun, pasti Hana dah tahu dah isi hatinya. Pasti sekarang ni
gadis itu tahu betapa sayangnya Daim terhadapnya. Cinta yang tak berbelah
bahagi. Tapi... Andaikata Akid tak kacau daun, sekarang ni, mungkin Hana tidak mahu
bercakap dengannya lagi. Hana mungkin akan menjauhkan diri kerana kecewa. Dia
mungkin akan pergi.
Daim menarik nafas
panjang. What was I thinking? Telling her the truth?
Kepala digeleng banyak
kali. Biarlah Hana tak tahu apa-apa. Biarlah status mereka sebagai adik-beradik
hilang dalam kabus. Sekurang-kurangnya dia masih boleh terus berjumpa gadis itu
walaupun hanya mampu mencintainya dari jauh.
“Daim, hai!” Sapa
seseorang.
Daim menoleh. Seorang gadis berselendang
jingga sedang melangkah ke arahnya sambil melambai mesra. “Luv! Buat apa kat
sini?” Daim terus bangun, menyambut kedatangan teman seperjuangannya semasa
belajar di Edinburgh dulu.
Luv pasang muka geram.
“Kau ingat shopping mall ni kau seorang je ke boleh datang?” Kerusi di sebelah
lelaki itu ditarik dan tanpa segan silu dia duduk. Daim sekadar mengeluarkan
tawa kecil.
“Kau seorang je ke?”
Tanya Luv sambil menjamah raut wajah tampan lelaki itu. Daim menggeleng.
“Shuichi pergi toilet. Kau shopping seorang je ke? Impressive. Kalau tak dulu,
aku je jadi mangsa kau kan.” Daim ketawa teringatkan zaman belajar mereka. Luv
kalau takda geng nak shopping, Daim ditariknya ke hulur ke hilir, jadi tukang
angkat beg, tukar penunjuk arah, tukang pengalih bahasa. Untung lelaki ni fasih
cakap banyak bahasa.
Luv jungkit bahu. Daim
dulu dan Daim sekarang sangat berbeza. Dulu, lelaki ni ajaklah dia pergi mana
pun, dia on je. Daim zaman belajar seorang yang open, fun, mesra, peramah,
kelakar dan out-going. Daim sekarang?
Grumpy. Misteri. Suka
bersendirian. Cranky. Closed. Pendiam. Baran. Sunyi.
“Oh I missed that moment. You were so nice back
then.” Luv merapatkan tangan ke bawah dagu. “Hei I’m still nice.” Bidas Daim.
Tawa sinis pecah dari mulut gadis itu. Luv memandangnya.
“Okey, jom teman aku
pergi Pavi. Aku nak cari dress untuk adik aku.” Luv saja menduga. “Sekarang?”
Daim tergamam untuk beberapa saat sebelum menguis kembali nasinya. Luv angguk.
“Yelah, takkan tahun depan pulak?” Perli gadis itu.
“Malaslah. Ajak Shuichi.
He loves shopping.” Balas Daim selamba.
Luv menarik senyum
sinis. “Mr Nice la sangat kau ni. Nice my butt.” Kedua keningnya dijungkit.
Daim tergelak sambil menolak pinggannya jauh.
“Okey maybe I’m not as nice as I was. Tapi aku
tetap aku apa.” Ujar lelaki itu, masih lagi menguis nasinya. “Aku tak cakap pun
kau Shuichi ke Pak Man tempe ke.” Gurau Luv. Daim menjeling kawannya itu.
“Okey maybe I’ve
changed. But people change Luv. Kau pun berubah. Dah slim. Kalau tak dulu macam
tong drum.” Tak sampai lima saat kepalanya jadi mangsa sepukan gadis itu. Daim
mengerang sakit. Menyesal sentuh isu sensitif minah ni- ukuran badan.
Luv mengerutkan muka.
“Daim masa kat Edin dulu tak lazer macam ni.” Marah gadis itu beriya. “Kau tahu
tak kau satu-satunya makhluk yang berani sepuk kepala aku dalam dunia ni? Bapak
aku sendiri pun tak berani pegang kepala aku.” Daim menjelingnya tajam.
Gadis itu melayang
senyuman bangga. “You deserve it, you know that.”
“Yeah I know.” Angguk
Daim turut tersenyum. “Luv, nak makan apa? My treat.” Dia memanggil pelayan. “Aku
nak sama dengan kau.” Balas gadis itu. “So how things Luv?” Tanya Daim sambil
merapatkan kerusi ke arah Luv. Wajah gadis itu ditatap lama.
“Pretty good,
alhamdulillah. Business doing great, walaupun ada orang tu suddenly cancel
wedding last minute. Kepala hotak dia. But whatever.” Luv menjungkit bahu.
Macam tu je dia perli aku. Daim menggigit bibir.
“I meant, you life.
Boyfriend yang ke 34 kau tu sihat?” Daim menukar topik perbualan. Tak nak
kalah, dia jugak memasukkan elemen memerli dalam pertanyaannya. Minah ni kalau
bab cinta. Aduhai. Asal jumpa dia, mesti ada teman lelaki dia baru. Dia tukar
lelaki macam tukar baju.
Luv ketawa paksa.
Kurang ajar. Kenakan aku macam tu je. “Sihat. He’s hitting the gym now FYI.
Semua salah kau. Pergi introduced kat dia siapa suruh? Dia dah jadi gym-junky
tahu tak? Pukul 2 pagi hantar whatsapp kat aku, gambar dia tengah dok angkat
berat. My God!” Luv pegang kepala. Pening melayan kerenah kekasihnya yang dah
obses dengan gym.
Daim ketawa besar.
“Kau try pergi gym then you’ll know why he’s so obsessed.”
Luv geleng kepala.
“Tak payahlah. Tengok dia balik berpeluh-peluh lepas tu terus terbungkang.
Argh. Baik aku bawa anak-anak buah aku jalan-jalan. Pergi taman tema ke, zoo
ke. Oh ha! Baru teringat. Hari tu aku pergi zoo Negara dengan anak-anak buah
aku lepas tu.. Cuba teka aku jumpa siapa?” Lengan lelaki itu dipegang.
“Brad Pitt, Angelina
Jolie dan team bola sepak diaorang?” Daim meneka.
Luv menjulingkan mata.
“Bukanlah cerdik. Hana! Aku jumpa Hana kat zoo tu.”
“So? Apa kena mengena
dengan aku? Biarlah dia nak pergi mana pun. Zoo ke bulan ke planet Marikh ke. I
don’t really care, Luv.” Daim mendepakan tangannya.
“Really? You really
don’t care? Because I expected to see her there with you. But apparently you
are not care enough and too bloody stupid to realize that she went there with a
guy! And the guy wasn’t you! Sekejap sekejap.. Sebab tu ke kau cancel wedding
kau? Was she cheating on you?” Luv mendorong tubuhnya ke arah lelaki itu,
berbisik keras.
Lama Daim tidak
berkata apa-apa sebelum akhirnya dia menarik senyum nipis. Wajah menyinga kawan
seuniversitinya itu dipandang penuh rasa terharu. Dari dulu sampai sekarang,
perangai seorang kakak tu tak hilang-hilang. Tahulah anak sulung.
Always looking out for
me. Selalu nak jaga aku.
“I’m not your little
brother Luv. Quit butting your nose into my life.” Daim mengacau jus orennya
dengan straw. Luv mencubit lengan lelaki itu. “I’m serious Daim. Was she
cheating on you or not? You’d better answer me now or I’m gonna look for her
and when I find her I’m gonna kick her freakin’ butt!” Keras suara Luv
meneruskan pertanyaan sehingga merah padam wajah putihnya.
“She wasn’t cheating
on me Luv. And that’s not the reason why I cancelled the wedding okey. She’s
innocent and you’re not gonna kick her butt or whatever. Dahlah Luv, could we
drop this? Off the table? Aku penatlah nak cakap pasal benda ni. Pasal Hana.
Dia ada life dia sendri. Aku ada life aku. Dia nak keluar dengan siapa kat
mana, itu hak dia. Aku takda kena mengena dengan dia.”
Luv memandang lelaki
itu dalam-dalam.
“Daim, like 10 months
ago you came to me and told me about this girl, that she was the one. Oh sampai
bila-bila pun aku takkan lupakan muka kau time tu Daim. I’d never seen that
face before, that smile. Your face just light up when you spoke about her. Mata
kau bersinar-sinar. Kau happy kau tau tak? But what happened now? Apa dah jadi
sekarang?”
“Things happened.
Dahlah Luv. Off the table please?” Daim memandang gadis itu, separuh merayu. Kawannya
itu menarik nafas panjang. “Fine. Untuk pengetahuan kau, aku simpan lagi
wedding dress tu tau. If she had cheated on you, I would had burn that bloody
dress to ashes.” Tegas Luv berapi. Daim mengoyak senyum nipis.
“She’s not that kind
of girl.”
“Dah tu kenapa tak
kahwin dengan dia?” Luv bertanya pelik.
“Off the table
remember?”
“Alright. Kejap, ada satu
benda lagi. Lelaki yang keluar dengan Hana tu, muka dia familiar la Daim. I
wonder where I’d met him. Plus he brought kids with him.” Luv memeluk tubuh.
Ligat kepalanya memikirkan kat mana pernah dia jumpa lelaki yang menemani Hana
di zoo Negara itu.
“Mungkin klien kau ke
pelanggan ke, who knows?” Balas Daim acuh tak acuh. Malas nak ambil peduli.
“Pelanggan aku?
Dating? Cerdik kau ni.” Luv menjegilkan mata. Daim tergelak. Ya tak ya juga.
Pelanggan Luv mestilah pengantin kebanyakannya. Jarang-jarang yang dah
berkahwin, apatah lagi yang dah beranak-pinak.
“Aku yakin bukan
pelanggan nor klien aku. He’s just too familiar. Nak kata artis, puas dah aku
Google. Takda pun muka macam dia. Nama pun dia familiar. Ala aku lupa pula apa
nama dia. Nama dia quite unik. Apa he? Akasha. Ukasha. Kashfi.”
“Kasim Selamat?” Teka
Daim main-main.
Luv menepuk lengannya
sambil ketawa besar. “Bangang tak habis-habis.”
“Luviana? Is that
you?” Suara Shuichi menegur dari belakang. Luv menoleh. “Takuya Kimura
kesayangan aku!” Luv teruja melihat lelaki Jepun itu. “Oh my God, it’s really
you! One of my favorite girls in the world!” Shuichi memandangnya atas bawah.
Luv ketawa senang untuk beberapa saat sebelum berkerut sambil memeluk tubuh.
“One of your favorite
girls? There are others?”
Shuichi dah terkebil-kebil.
Aduh, silap kosa kata la pulak. “Hitori. Hitori.” Jari telunjuk diluruskan ke
langit. Luv menambah kerutan di dahi. “Siapa?” Jerkahnya. (*Hitori=seorang)
“Hana.” Balas lelaki
Jepun itu takut-takut.
Luv ternganga. Cinta
tiga segi ke apa jantan dua orang ni? “What is up with you gentlemen? Dalam
dunia ni ada Hana seorang je ke?” Wajah Daim dan Shuichi dipandang bergilir.
Pelik dengan citarasa dua lelaki ni.
Daim menarik Luv
duduk. “Before your crazy mind gets into any weird twisted idea, no, ni bukan
cinta tiga segi or empat lima enam tujuh lapan segi okey. Shuichi dengan Hana,
diaorang macam Nobita dan Doraemon.” Ujar lelaki itu cuba menerangkan keadaan
sebenar.
Shuichi memandang
sepupunya dengan pandangan separuh takjub. “Kau takda kartun lain ke nak
jadikan metafora? Batman and Robin ke? Bumblebee dengan Sam Witwicky ke? Cool
sikit. Ni si kucing obese tu. Hekeleh.”
Daim menjulingkan mata
sambil menutup mulut Shuichi dengan tisu. Banyak songeh pulak kau. Cukup baik
aku samakan kau dengan Doraemon. Buat aku samakan kau dengan Three Little
Piglets ke ha.
Luv menyandar pada
kerusi. “So kau dengan Hana macam Nobita dan Sizuka? Macam tu?” Daim menjungkit
bahu sebelum menukar topik. “Kau tahu tak Shuichi, minah ni dulu 73 kilo.” Ujar
Daim selamba sambil mengerling ke arah Luv yang sedang tekun mendengar di
sisinya. Serta-merta rahang gadis itu jatuh.
“Kau ni kan!” Lengan
Daim ditamparnya.
Shuichi ternganga. “Hontou?”
Dipandang Luv atas bawah. Macam mustahil je dulu dia berat badan berlebihan. Sekarang
persis model kot. Slim. Hot.
“Pergi slimming World
ke?” Tanya Shuichi mengusik sama.
“Zaman belajar okey.
It’s forgivable and greatly acceptable to be.... plummy!” Luv mencebik.
“Setiap kali mula sem,
dia berikrar nak kurus. Dua bulan dia diet, still tak susut badan. Lepas tu
terus give up. Melantak macam setahun kebulur. Nak qada dua bulan diet. Sem
depan tu pulak dia berikrar lagi. Same thing happened. Aku rasa sekarang dia
dah slim ni, mahu dua tahun diet.” Daim menayang dua jari.
Luv menggerakkan mulutnya,
menyebut, I hate you. Terus pecah tawa lelaki itu. “Kau jangan sampai aku
gemukkan badan aku balik Daim.” Luv memberi amaran.
Daim menggeleng laju.
“Jangan Luv, nanti boyfriend kau heret kau pergi gym jadi ahli bina badan. Tak
nak aku ada member badan ketul-ketul.” Tawa mereka pecah lagi. “Bengong. Ahh
lama weh tak lepak macam ni dengan kau.” Luv menghirup jus oren Daim.
Lelaki itu hanya
tersenyum nipis. Berjaya juga dia menukar topik. Tak tahan asyik dibelunggu
nama Hana setiap masa. “Luv, you takda hal lain kan? Movie jom?” Shuich
mengajak mesra. Luv setuju tanpa perlu berfikir. Gila tak nak luangkan masa
dengan dua lelaki paling best dalam dunia ni?
“Eh makanan kau tak
sampai-sampai lagi. Kejap aku pergi check.” Daim baru sedar makanan yang
dipesan Luv masih belum sampai. “Aku ikut.” Gadis itu bangun dan mengikut Daim
pergi ke kaunter.
Dalam perjalanan
menuju ke kaunter, Luv menyiku kawannya itu. “Apa?” Daim memandangnya sekilas.
“Kau tak nak tanya pasal Hana dengan date dia tu?” Luv menduga. Lelaki itu
tidak berkata apa-apa.
“Actually masa kat zoo
tu, Hana yang tegur aku dulu. Tak sangka dia ingat aku lagi. Pasal lelaki tu, pada
pandangan aku la, diaorang nampak mesra. Macam kawan kawan biasa. Aku tak rasa
diaorang tengah bercinta. Tengok gaya macam tak. So kau jangan risaulah.
Lagipun aku rasa lelaki itu duda. Anak dua. Takkan Hana nak date dengan duda
anak dua kan?” Cerita Luv panjang lebar.
Daim memandang
kawannya itu. Tadi bukan main minah ni marah kata Hana curang bagai. Ni
tiba-tiba kata Hana dengan lelaki itu tak bercinta pulak. Hai...
“Sejak bila kau suka
bergosip ni Luv?” Tanya Daim pelik. Sepanjang dia kenal dengan gadis itu, ni
kali pertama dia dengar Luv bercerita pasal orang lain. Luv bukan seorang yang
suka jaja cerita orang. Tapi kali ni...
“Aku bukan bergosip.
Aku nak tarik minat kau ni ha. Nak tengok respon kau bila aku sebut nama Hana.”
Balas Luv geram. Daim menarik sengih sumbing. “So kau puas hati tak dengan
respon aku?” Tanyanya sambil menjungkit-jungkit kening.
“Macam cakap dengan
dinding tahu tak?” Jerkah gadis itu. Terus pecah tawa Daim. “Sudah sudahlah tu
Luv. Jadi diri kau je. Jangan jadi orang lain. Luv yang aku sayang bukan kaki
gosip.” Ujar Daim sambil menekan loceng memanggil pekerja kedai makan.
“Aww konon-konon sweet
la tu cakap macam tu. Geli kau tau tak!” Ejek Luv.
Daim ketawa mengekeh.
Sebaik saja seorang pekerja kedai muncul, Daim memesan lagi makanan untuk
kawannya itu. Sambil menunggu makanan Luv siap, Daim memandang gadis itu lama.
“Nak tanya, tanya je
la. Tak payah pandang aku dengan pandangan infamous cold stare kau tu. Aku dah
lama develop immunity against your icy cold stare tu tau.” Ujar Luv, dah masak
benar dah dengan perangai Daim.
“Right. So that guy,
is he...” Daim sengaja tak menyambung ayatnya.
Luv mengangguk sekali.
“Drop dead gorgeous.”
Daim terangguk-angguk.
“Just asking. Didn’t mean anything.”
“Aku tak cakap apa-apa
pun.” Gadis itu menjungkit bahu.
“Yeah whatever.” Daim
bermain dengan loceng di kaunter.
“Cemburu tanda sayang.
Sayang tanda cinta. Cinta tandanya apa Daim?” Luv menepuk-nepuk lengan kawannya
itu.
“Kau diam boleh tak?”
Bulat mata Daim menjeling Luv. “Tak boleh. By the way Daim, don’t worry la. Aku
yakin pandangan membunuh kau tu lagi menawan hati Hana daripada lelaki drop
dead gorgeous tu.”
“Kau ni Luv... You
know what, kau bayar sendiri! I’m not gonna pay even a penny!” Daim terus
pergi. Tak kuasa nak melayan. Luv ketawa besar. “Leh sensitif. Jambu betul.”
-
“Assalamualaikum,”
Hana menyapa ceria sebaik saja melangkah masuk ke kafetaria syarikat. Beberapa
orang kakitangan Samurai menjawab salam sambil tersenyum mesra memandangnya.
“Happy nampak hari ni
Hana?”
Gadis itu sekadar
mengoyak senyum lebar. “Nak makan. Mestilah happy. Korang nampak Budin tak?”
Tanya Hana masih lagi mengekal riak wajah ceria sambil mengambil pinggan,
beratur menunggu giliran menceduk nasi.
“Budin pergi hantar mak dia pergi airport
rasanya.” Balas salah seorang dari mereka. Hana terangguk-angguk sebelum melempar
segaris senyuman manis apabila lelaki di belakangnya menghulurkan senduk nasi.
“Thanks.” Ucap Hana
seraya menceduk nasi. “Lapar sangat ke
sampai tak lalu nak tengok muka aku?” Tegur lelaki di belakangnya. Terus Hana
menoleh. “Daim.” Senduk di tangan terlepas.
Nasib baik senduk itu terjatuh ke dalam bekas nasi, bukan ke atas
lantai.
Daim mengambil senduk
nasi itu dan dicedukkan nasi ke pinggan Hana. “Kau ada buat dosa besar ke kat
aku sampai terkejut beruk tengok muka aku ni?” Kening lelaki itu terjungkit sebelah,
menduga.
Hana terkebil-kebil.
“Dosa?” Terus fikirannya melayang teringatkan Khasyi. Satu kesalahan ke ‘perjumpaan’
aku dengan lelaki itu? Dosa ke? Rasa bersalah bertimpa-timpa di dadanya.
Kerutan di dahi Daim
dah cukup memberitahu Hana betapa sangsinya dia sekarang ni. “Kau ni kenapa?
Pucat tergagap-gagap. Aku tak makan kau la. Tu banyak lagi lauk sedap sedap tu.”
Desis Daim geram. Tak pasal-pasal beberapa mata dah memandang mereka seolah dia
sedang melakukan sesuatu yang tak elok terhadap gadis itu.
“Daim.” Panggil Hana
ketika lelaki itu sedang menuang nasi ke pinggannya sendiri. “Apa?” Dia
bertanya tanpa memandang ke arah gadis itu. “Saya.. Saya..” Hana tak mampu
meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.
“Apa dia?” Sergah
Daim.
“Saya tak nak banyak
nasi! Diet.” Jawab Hana laju.
Daim menambah kerutan
di dahinya. Diet? Hana? Huh, mustahil. “Hana, kau ni.. Kau takut dengan aku ke?” Tanya Daim sedikit keras.
Gadis itu menggelengkan kepala. “Tak.” “Habis kenapa kau terkial-kial cemas
semacam ni? Kau takut aku marah kau? Maki kau? Pukul kau?” Bertalu-talu soalan
keluar dari mulut lelaki itu. Nasib baik tak ramai orang di kafe pagi pagi ni.
Hana memandang lelaki
itu lama. “Saya tak takutkan awak. Saya cuma tak nak lukakan hati awak.”
Ujarnya perlahan. Daim membalas renungan Hana. Sepasang mata hazel gadis itu
seolah berkaca.
“It’s already broken
Hana.” Balas Daim sambil menarik senyuman hambar.
Lelaki itu memusingkan
tubuhnya dan mula mengambil lauk-pauk. Hana tergamam. Wajah tidak beriak Daim
ditenung dalam-dalam. It’s already broken.
Dia teringat saat ketika Daim hampir beritahunya sebab dia memutuskan
pernikahan mereka di rumah anak yatim beberapa minggu lalu.
‘Hana, aku putuskan pernikahan kita bukan sebab aku
tak sayang kau.’
Habis sebab apa?
Daim melepaskan bunyi
seperti mengerang kesakitan di kerongkongnya bila Hana menarik kerusi dan duduk
berhadapan dengannya. “Kau tak nampak ke ada lagi 40 kerusi kosong dalam kafe
ni?” “Saya keluar dengan lelaki lain.” Ujar Hana tiba-tiba. Matanya membalas
renungan tajam lelaki itu.
“Apa?” Daim berkerut.
“First time saya jumpa
dia masa kat kedai sukan. Second time, saya jumpa dia kat zoo Negara. Tapi saya
dengan dia tak buat apa-apa. Kami just borak borak, jalan-jalan, nothing more.”
Hana menambah bila Daim masih lagi merenungnya tanpa berkata apa-apa.
“Awak tak nak cakap
apa-apa pasal ni?” Pinggan di depannya ditolak tepi. Hana mencondongkan sedikit
tubuhnya ke hadapan. Daim menghela nafas panjang. “Kau nak aku cakap apa?
Tahniah? Okey, Hana, tahniah sebab dah moved on. Sekarang kau dah boleh lupakan
aku. Hm?” Lelaki itu mengoyak senyum nipis.
Hana berkerut seribu.
“Daim, saya tak nak awak cakap tahniah kat saya.” Lelaki itu memeluk tubuh.
“Habis kau nak aku cakap apa?” “Saya nak awak.. Saya nak awak marah saya, saya
nak awak paksa saya jangan jumpa lelaki tu lagi. Saya nak awak cakap yang awak
sayangkan saya dan takkan biarkan mana-mana lelaki ambil saya dari awak.”
“Kau cakap kau nak
move on. Ni la masanya untuk kau move on, gunakan peluang ni Hana. Lupakan aku,
lupakan kita.” Tegas Daim dengan nada yang dikawal. “No. Awak cakap awak putuskan
pernikahan kita bukan sebab awak tak sayangkan saya.” Hana cuba menahan sebak
yang mula bertandang di jiwa.
“Betul.” Angguk Daim.
“Habis tu sebab apa?”
Hana memandang wajah lelaki itu.
“Hana, kau nak ke
sehidup semati dengan lelaki yang buat kau menangis selalu? Kau sanggup hidup
macam ni? Menangis, makan hati, terluka, terseksa. Sanggup?” Daim menolak tepi
pinggannya. Dia juga sudah hilang selera makan.
Bibir gadis itu
bergetar hebat. Sedaya-upaya dia menahan air matanya yang hampir mengalir.
“Saya menangis sebab saya tak dapat sehidup semati dengan lelaki yang dah janji
nak sehidup semati dengan saya.” Daim memandang Hana untuk beberapa detik
sebelum dia bangun dan berkira-kira untuk meninggalkan gadis itu.
“Daim.” Panggil Hana
seraya mematikan langkah Daim.
“Kalau awak tak halang
saya sekarang, awak mungkin tak dapat halang saya lagi.” Ujar Hana merayu. Daim
melepaskan satu keluhan berat. “I don’t care.” Balas Daim sebelum melangkah
pergi. Hana menarik nafas dalam-dalam dan air matanya pun gugur membasahi pipi.
-
Dari pagi sampai
tengah hari ni Hana mencari Daim tapi lelaki itu seperti menjauhkan diri
darinya. Telefon tak angkat. Bila pergi pejabatnya, tiada orang. Dia marah ke
aku keluar dengan Khasyi? Dia berkecil hati ke aku cari lelaki lain? Hana
memandang nombor/huruf yang tertera pada skrin di dinding lif. Level G.
Esok jela jumpa Daim,
heart-to-heart dengan dia.
Sebaik saja pintu lif
terbuka, Hana melangkah keluar dan mengorak langkah ke lobi. Noria,
receptionist baru syarikat Samurai Group, menegur Hana. “Ada apa?” Hana
membelok ke arah remaja itu.
“Ada orang tunggu
akak.” Ujar Noria yang baru saja menduduki SPM tahun lepas. “Siapa?” Hana
mengikut arah yang ditunjukkan remaja itu. Ada seorang lelaki bert-shirt kelabu
yang sedang duduk di kerusi sambil menyelak majalah.
Noria menjungkit bahu.
“Dia tak bagi panggil akak. Dia kata dia nak tunggu akak kat situ.” Balasnya. “Okey,
thanks Noria.” Hana terangguk-angguk sambil menghadiahkan Noria segaris
senyuman manis.
Perlahan dia melangkah
ke arah lelaki itu. “Assalamualaikum.” Sapa Hana, mencuri pandang wajah lelaki
yang sedang menunggunya. Lelaki itu menjawab salam sambil berdiri. Sebiji belon
berwarna ungu dihulurkan kepada Hana.
“Surprise.” Lelaki itu
mengoyak senyum lebar.
Bulat mata Hana
memandang belon ungu yang sudah berada di tangannya. “Khasyi.” Hana menala pandangan
ke wajah doktor muda itu. “Kak Mida cakap awak selalu keluar lunch time time macam
ni.” Ujarnya sambil menyeluk tangan ke dalam kocek seluar.
Hana mengangguk
sekali. Sungguh dia terkejut sekarang ni. “Awak tak kerja ke?” Tanya Hana
pelik. Jarang jumpa doktor banyak masa terluang macam dia ni. Betul ke doktor?
“Saya MC hari ni.”
Balas Khasyi pendek.
Pandangan sangsi
dilempar kepada lelaki itu. “Boleh percaya ke ni?” Hana memeluk tubuh. “Fine.
Lela dengan Jeja yang paksa saya datang sini. Diaorang mintak saya bagikan awak
belon tu.” Ujar Khasyi sambil menjentik belon di tangan gadis itu.
“Lela dengan Jeja?”
Hana menjungkit kening.
Khasyi mengangguk
sekali sambil bahunya diangkat tinggi. “What can I say? Diaorang rindu awak.”
Balas lelaki itu dengan riak selamba. Hana tergelak kecil. “Lain kali bawa la
diaorang datang sini. Bukannya bawa badan awak datang.” Tahulah badan sasa.
“Well, saya kenalah
datang. Yelah sebab saya doktor diaorang. Dan, saya pun rindukan awak.” Ayatnya
yang terakhir tidak berapa jelas di telinga gadis itu. Hana memegang
telinganya.
“Apa dia? Apa ayat
last awak Khasyi?” Gesa Hana memaksa lelaki itu mengulangi ayatnya. “Ayat last
apa ni? Eh apa awak melalut ni Hana? Lapar sangat ke sampai merepek ni?” Khasyi
pura-pura tak faham.
Hana mencekak
pinggang. “Baik awak cakap apa awak cakap tadi?”
“Saya cakap..” Lelaki
itu baru saja nak menyambung, tiba-tiba ada satu suara garau menegur dari
belakang.
“Khasyi.”
Hana dan Khasyi
menoleh serentak. “Khasyi kan?” Daim menghampiri mereka. Khasyi mengangguk
sambil matanya meneliti segenap raut wajah lelaki itu. “Daim? Daim Takahashi?” Jari
telunjuknya diluruskan ke wajah Daim.
Hana berkerut
memandang Daim. Daim Takahashi?
“Yeah, I’m him.” Daim
angguk banyak kali sambil mengukir senyum. Khasyi tak terkata. Terus dia menarik
Daim ke dalam pelukannya. “Ya Allah, Daim! How you doing mate?” Belakang lelaki
itu ditepuk banyak kali.
Daim ketawa sambil
mengangguk. “Alhamdulillah, aku macam nilah. Kau? Ya Allah, Khasyi how long has
it been? 6 years? 7? God, I could still remember us in the back yard playing
football.” Wajah Khasyi dipandang lama.
“6, 7, 8 years I
guess. I know. Wow, I thought something was weird when I walked in here.
Samurai, yeah it’s your dad’s right? God, I can’t believe you’re here! They
said you went to Palenstine and Afghanistan. I thought I’d never see you
anymore.” Khasyi memaut bahu sahabatnya ketika bersama-sama menuntut di
University of Edinburgh itu.
“It was tough, mate.
But I’m home, alhamdulillah safe and sound. Kau, kau buat apa sekarang?” Daim
menarik temannya itu duduk di sofa. Hana dibiarkan terpinga-pinga melihat
keakraban mereka.
Apa ni? Macam mana
mereka boleh kenal antara satu sama lain?
“Aku doktor jugak. Paeds. Kau tahukan aku suka
budak-budak. So kau sekarang taking over the legacy? Kau tak nak practice dah?”
Tanya Khasyi masih meratah segenap wajah sahabat yang amat dirinduinya itu.
Daim tergelak besar. “Kau
tahu aku macam mana kan?”
“Degil kepala batu.
That’s you mate.” Khasyi turut sama tergelak.
“Ahem!” Hana berdehem
kuat sambil mengetuk meja di hadapan dua orang lelaki itu. Daim dan Khasyi
menala pandangan ke arahnya. “Yes?” Daim menjungkit kening.
“Korang dah lama kenal
ke?” Hana bertanya sinis.
Khasyi menarik senyum
nipis. “Sorry Hana. Ni Daim, my best mate masa belajar dulu.” Ujar lelaki itu
bangga sambil bahu Daim dipautnya erat. “Best mate? Macam bestfriend?” Hana berkerut
seribu.
“Wait a sec. You know
her?” Daim mengalihkan pandangannya pada Khasyi. Lelaki itu mengangguk. “Well
yeah. I went out with her couple of times. Well not really a date. We were..
Getting to know each other.” Balas Khasyi sambil mengerling Hana. Bibirnya mengukir
senyum bahagia.
Daim memandang gadis
itu. Renungannya tajam. “You two were dating.”
Hana menggigit bibir. “You
said you don’t care!” Hampir-hampir Hana meninggikan suaranya. “I don’t! But not
with him! He’s my friend!” Balas Daim dengn oktaf yang melonjak.
“Manalah saya tahu dia
kawan awak! Awak cakap awak tak kisahkan? Yang awak bising ni kenapa?” Tengking
Hana, mula berapi. Turun-naik dadanya menahan marah. “Memang aku tak kisah! Aku
tak kisah kau nak keluar dengan siapa tapi dia ni kawan aku! Orang gila je
sanggup tengok kawan dia dengan..” Daim tak jadi menyambung ayatnya.
“Dengan siapa? Dengan
siapa Daim?” Hana melawan pandangan tajam lelaki itu. Daim tidak berkata
apa-apa. Hanya deru nafasnya saja kedengaran. Khasyi memandang Daim dan Hana
silih-berganti.
“Daim, Hana what’s
going on?” Tanya lelaki itu.
“Dengan siapa Daim?”
Hana mengulangi pertanyaannya tanpa menghiraukan Khasyi yang sudah bingung. Daim
memandang Khasyi. “Nothing. We’re just practising a play. Khasyi, it’s really
nice to see you mate. But I gotta go. I’ll call you some time.” Bahu Khasyi
dipegang erat sebelum dia melangkah pergi.
“Daim!” Laung Hana
memanggil Daim yang semakin menghilang.
Khasyi tak terkata.
Dia hanya mampu melihat kawannya itu beredar. “A play?” Tanya dia sebaik saja
Daim hilang dari pandangan. Hana menarik nafas dalam-dalam. “Sketsa untuk
family day company. It’s nothing, really. Khasyi, saya appreciate awak datang
tapi saya pun kena pergi. Saya kena—”
“Cakap dengan Daim?”
Duga lelaki itu. Hana memandangnya untuk beberapa saat sebelum mengangguk. “Saya
mintak maaf Khasyi.”
Lelaki itu menarik
senyum tawar. “It’s okey. Saya call awak nanti.”
“Thank you.” Hana
membalas senyuman Khasyi sebelum bergerak pergi.
-
Hana memejamkan mata
sambil mengulang-tayang perbualan Khasyi dan Daim tengah hari tadi. Daim dan
Khasyi bersahabat baik sewaktu belajar dulu dan lelaki itu memanggilnya, Daim
Takahashi.
Takahashi.
Maknanya.. Encik
Takahashi itu ayah Daim? Maknanya.. Daim ni bukan PA Shuichi sebaliknya.. Daim..
“6, 7, 8 years I guess. I know. Wow, I thought
something was weird when I walked in here. Samurai, yeah it’s your dad’s right?
God, I can’t believe you’re here! They said you went to Palenstine and
Afghanistan. I thought I’d never see you anymore.”
Kata-kata Khasyi
kepada Daim terngiang-ngiang dalam kepalanya. Samurai, it’s your dad’s right? Dan lelaki itu tidak menafikannya. Ya
Allah.. Jadi betullah yang Daim sebenarnya anak kepada big bos kompani ni.
God, I can’t believe you’re here! They said you went
to Palenstine and Afghanistan. I thought I’d never see you anymore.
Apa maksud Khasyi tu?
Daim pergi ke Palestin dan Afghanistan? Misi keamanan ke? Hana terasa kepalanya
sakit seperti dicucuk jarum. Perlahan jari runcingnya memicit pelipis yang sudah berdenyut-denyut. Siapa Daim sebenarnya?
Berapa banyak lagi rahsia
lelaki ni yang akan terungkai..?
-
Budin menongkat dagu.
Lama dia merenung Hana. Setiap tingkah gadis itu diperhati elok-elok, setiap
gerakan setiap kelipan, semuanya diteliti sedalam mungkin. Sesekali matanya
dikecilkan, cuba nak mentafsir riak wajah lembut itu.
“Lagi sepuluh saat kau
tak habis tenung muka aku Budin, aku pergi HR, minta depa pecat kau
berkuat-kuasa serta-merta.” Tegas Hana sambil jarinya gagah menekan huruf-huruf
pada papan kekunci komputer. Matanya kekal melekat pada skrin tanpa berganjak
walau sedikit pun.
Budin mengusap
lengannya yang terasa meremang. Psiko la Hana ni. “Hana.” Panggil lelaki itu.
Hana sekadar menjawab dengan bunyi yang terhasil dari kerongkongnya. Jarinya
masih laju menghentak butang papan kekunci.
“Sampai bila nak
simpan dalam hati tu?” Tanya Budin.
Wajah Hana tidak
berubah riak. “Simpan apa?”
Budin bangun dan
menuju ke sebelah Hana. Sebuah kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggung
di situ. “Kak Mida dah cerita kat Budin dah.” Ujar Budin perlahan. Tidak mahu
menganggu pegawai penyelidikan lain yang sedang menjalankan eksperimen.
Hana tidak berkata
apa-apa. Tumpuannya masih pada skrin komputer. “So macam mana dengan lelaki tu?
Okey dia Na? Kak Mida cakap lelaki itu hensem gila. Lagi hensem dari Daim ke?”
Budin meneruskan pertanyaannya yang bertimbun-timbun di benaknya.
“Hana, ceritalah.”
Pujuk Budin apabila kawannya itu tidak memberikan sebarang respon. Selalunya
kalau Budin berjoyah macam ni, mesti Hana dah herdik habis-habisan suruh lelaki
itu join Geng Powerpuff Girls. Tapi kali ni, kenapa dia senyap je.
“Hana.” Panggil Budin
lagi, tak nak mengalah.
Gadis itu menarik
nafas panjang sebelum memusingkan kerusinya menghadap Budin. “Apa dia Budin?”
Mata Hana mencerun tajam. “Ceritalah.” Budin menayang senyuman pembaca berita
dia itu.
“Apa yang kak Mida
cerita kat kau itulah ceritanya! Nak aku cerita apa lagi? Dah jangan kacau aku
lagi. Aku banyak kerja ni! Blah!” Tengking Hana sambil membelakangkan Budin.
Terpana sekejap lelaki itu. Tak pernah-pernah kena tengking macam ni.
Budin pergi
mendapatkan Nani yang terhenti kerjanya apabila mendengar tengkingan bosnya
itu. Bahkan, semua yang ada dalam makmal turut terhenti berkerja. Mata
masing-masing terpaku pada Hana yang dah pasang muka serius sambil tekun menaip
report.
“Apasal dengan Hana?”
Tanya Budin, terasa hati dengan kawannya itu. Malu tau kena tengking macam tu
depan semua orang. “Salah kau jugak. Orang tu angin tengah tak baik, pergi nak
cucuk cucuk. Memanglah kena setepek.” Nani bersuara perlahan, tak mahu Hana
dengar. Ada nanti dengan dia dia sekali kena tengking.
Budin memeluk tubuh.
“Jarang Hana moody macam ni. Apa dah jadi?”
Nani menjungkit bahu.
“Kata si Razak, pagi tadi kat kafe budak-budak ni nampak Hana dengan Daim macam
ada perbincangan sikit. End up Daim bangun tinggalkan Hana. Lepas tu masa lunch
tadi kat lobi ada orang nampak Hana dan Daim macam bertelagah sikit.” Cerita
gadis itu seakan berbisik.
“Diaorang menengking
ke?” Tanya Budin perlahan.
Sesekali matanya
mengerling ke arah Hana yang kekal menampal wajah seriusnya. “Entahlah. Tapi
Razak cakap diaorang nampak serius gila. Kau tahulah Hana kan? Jarang dia nak
serius.” Balas Nani sambil menggeleng
kepala.
Budin terangguk-angguk
sambil mengucap terima kasih kepada Nani sebelum keluar dari makmal. Sepuluh
minit kemudian, dia muncul dengan secawan hot choc dan coklat muffin.
Diletakkan cawan hot choc dan coklat muffin di atas meja Hana. Gadis itu
mendongak, memandangnya kosong.
“Budin tak kisahlah
kalau Hana nak simbah Budin dengan hot choc ni ke apa, tapi Budin akan tetap
ada kat sini untuk Hana. Bila-bila masa Hana nak bercerita, Budin ada kat
sini.” Tegas Budin sambil menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan kawannya
itu.
Hana memandangnya
lama. “Boleh kau belasah Daim untuk aku?” Pinta Hana tanpa disangka. Budin
mengerutkan dahinya sebelum akhirnya dia bangun dan terus memacu langkah ke
bilik pejabat Daim. Gadis itu terpinga-pinga. Biar betik Budin ni? Jangan nanti
dia yang lunyai kena tibai dengan Daim.
Dipandang Nani macam nak telan. “Budin pergi
mana?” Tanya Hana serius walaupun sebenarnya dia dah mula rasa gelabah. Teman
sekerjanya itu menggigit bibir bawah.
“Cari Encik Daim.”
Balas Nani mengangguk, mengiyakan apa yang ada dalam fikiran Hana. Tanpa
menunggu walau sesaat, Hana bingkas bangun dan berlari keluar dari makmal,
mencari Budin.
Hana menarik nafas
lega saat matanya menangkap kelibat Budin sedang berdiri tegak tercegat di
depan pintu bilik Daim yang sedikit terbuka. Dia tak masuk lagi. Fuh, nasib
baik. Hana pergi mendapatkan kawannya itu.
“Bu—”
“Apa patut aku buat
Shuichi? Apa patut aku buat?” Suara Daim kedengaran di sebalik pintu biliknya.
Hana berhenti melangkah. “Kau nak dia bahagiakan? Biarkan dia teruskan life
dia. Biarkan dia keluar dengan sesiapa dia nak.” Nasihat lelaki berbangsa Jepun
itu.
Hana mencuri dengar
apa yang diperkatakan mereka.
“Tapi aku tak sanggup
tengok dia dengan lelaki lain. Bayangkan dia dengan lelaki lain pun aku tak
sanggup apatah lagi biarkan dia dengan kawan baik aku sendiri!” Bantah Daim
keras. Namun suaranya masih dikawal supaya tidak kedengaran terlalu kuat.
Hana mengerutkan dahi.
Dia tu.. aku ke?
“Kau sendiri cakap
dengan aku yang dia bukan milik kau. She’ll never be yours. Kau dengan dia tak ditakdirkan
bersama. Daim, aku rasa kau kena beritahu dia Daim. Sampai bila kau nak biarkan
dia tunggu kau? She has to know the truth.”
Hana menelan air liur.
The truth? Tiba-tiba dadanya berubah rentak. Kenapa rasa tak sedap hati ni? Dia
melangkah beberapa tapak mendekati bilik pejabat Daim.
“Aku tak mampu
Shuichi. Aku tak boleh sakitkan hati dia lagi. Aku tak sanggup tengok dia
menangis sebab aku. Aku takkan biarkan dia tahu yang dia sebenarnya adik aku.”
Adik? Langkah Hana
terhenti. Kakinya kaku tak mampu bergerak. Berderau seluruh tubuhnya mendengar satu
perkataan itu.
“Sampai bila?” Lelaki
Jepun itu hampir meninggikan suaranya.
“Sampai aku mati.
Biarlah dia benci aku. Biarlah dia anggap aku ni manusia paling jahat
sekalipun, aku tak boleh biarkan dia terluka. Kalau dia tahu yang aku dengan
dia tak boleh bersama sebab kami adik-beradik, Ya Allah, aku tak dapat
bayangkan betapa terseksanya dia nanti. She’ll hurt.” Suara Daim kedengaran
terdesak.
Seluruh tubuh Hana
menggeletar hebat. Dadanya berombak laju. Adik-beradik? Adik? Aku dan Daim..
Adik-beradik? Serta-merta kejadian ketika Daim merampas gambarnya sewaktu kecil
terbayang di kepala. Reaksi Daim, reaksi Shuichi. Dan ketika itu jugalah Daim
nekad memutuskan pernikahan mereka. Semuanya kerana... mereka adik-beradik?
Hana memejamkan mata
sambil menggeleng-geleng kepala. Mustahil. Tak, ini semua tipu. Fitnah.
Mustahil aku dan Daim adik-beradik. Aku cintakan dia. Dia cintakan aku. Tak
mungkin aku adik dia. Tak mungkin.
Budin tergamam.
Sungguh dia tak menjangka apa yang baru saja dia dengar. Hana.. Hana tak boleh
tahu benda ni. Dia tak boleh tahu.. Budin memusingkan tubuhnya, mahu beredar
untuk menyakinkan Hana supaya melupakan Daim, lupakan segala kenangan mereka
bersama. Namun, sebaik saja tubuhnya berpaling, matanya menangkap wajah pucat
gadis itu yang sudah dilinangi air mata.
“Hana!” Budin hilang kata. Nafasnya seperti tersekat
di kerongkong.
Ketika itu juga, pintu
bilik Daim terkuak. Daim dan Shuichi memandang Budin dan Hana silih-berganti.
“Apa kau buat kat sini?” Tanya Daim keras. Bibir Hana terketar-ketar. Kakinya
seperti tak bermaya untuk menampung beban dugaan yang baru diterimanya ini.
“Semua ni.. salah
faham.. kan? Daim... Kita.. Kita bukan.. adik-beradik.. kan?” Terjungkit-jungkit
bahu gadis itu dalam sedu. Suaranya bergetar serapuh hatinya. Wajah Daim
dipandang dengan penuh mengharap. Pipinya sudah basah dilinangi air mata yang
tidak surut-surut.
“Hana..” Shuichi cuba
menenangkan Hana namun gadis itu menolak keras. Dia mahukan jawapan dari mulut
Daim, bukan orang lain. Dia mahu dengar penjelasan dari mulut lelaki itu
sendiri. Hanya Daim yang boleh menenangkan hatinya yang lara.
Lelaki itu membalas
pandangan Hana lama sebelum akhirnya dia memalingkan wajah. “Baguslah kau dah
tahu. Tak payah aku susah-susah nak reka cerita lagi.” Ujar Daim dingin.
Shuichi dan Budin terserentak mendengar kata-kata lelaki itu.
“Daim..” Hana cuba
mendekati Daim.
“We’re done Hana.
We’re done.” Tegas lelaki itu sambil menggeleng-geleng kepalanya. “Tak.. Saya
tak percaya. Makcik Mia. Makcik Mia tahu. Dia.. dia boleh..” Bicara Hana mati
apabila Daim mengeluarkan dompetnya dan mencampak keluar sekeping gambar ke
wajah gadis itu.
Terketar-ketar tangan
Hana mengutip gambar itu semula. “Budak lelaki tu aku. Perempuan yang dukung
aku tu umi aku, makcik Mia. Lelaki sebelah umi tu ayah aku, Encik Takahashi.
Dan budak perempuan yang dia dukung tu.. kau.” Jelas Daim dingin, menahan
perasaan.
Budin tercengang
memandang lelaki itu. Encik Takahashi ayah Daim?
“Sekarang kau fahamkan
kenapa aku dengan kau tak boleh bersama? This is the reason why I had to break
our vow.” Sambung Daim kembali menala pandangannya ke wajah pucat gadis itu.
“No. This is just a
photo. Sekeping gambar kita bersama masa kecil tak bermakna kita ni
adik-beradik. No. It’s all lie.” Hana menggeleng kepala banyak kali, cuba
menafi.
“Maisa.” Ujar Daim
perlahan.
Hana terkedu. Bulat
matanya memandang lelaki itu. Maisa? Serta-merta mimpinya tentang dua orang
kanak-kanak berputar dalam fikiran. Buah epal. Abang beli buah epal. Abang
memimpin riang tangan adik.
‘Maisa, sini sayang.’ Suara lembut seorang wanita memanggil.
Kepala Hana terasa
berpinar. Gambar di tangannya ditatap semula. Wajah makcik Mia dalam gambar itu
dipandang lama. Wanita dalam mimpinya ialah... makcik Mia. Matanya kemudian
beralih pada Daim. Lama dia merenung gambar itu.
Ya.. Inilah abang
dalam mimpinya itu. Inilah.. Daim.
“Maisa tu nama sebenar
kau, Hana.” Daim meratah wajah pucat gadis itu. Hana mendongak. Matanya yang
sembab merenung ke dasar mata Daim, mencari walau sekelumit harapan, namun
hampa. Hanya pandangan kosong menghiasi anak mata lelaki itu. Dia dah putus
harapan.
He has given up.
Hana mengetip bibirnya
yang semakin bergetar. Esakan kecil mula kedengaran dari tubuh genit itu. “Daim..”
Panggil Hana dalam tangisannya. “Aku harap lepas ni aku tak jumpa kau lagi. Aku
harap ni pertemuan terakhir kita.” Ujar Daim, memalingkan wajahnya.
“Daim..” Hana terasa
seperti kepalanya dihempap dengan batu. Apa maksud dia tak nak jumpa aku lagi?
Apa maksud dia ni pertemuan terakhir kita? “Aku doakan kau bahagia dengan
Khasyi.” Dan Daim pun melangkah pergi meninggalkan gadis itu yang terpana
dengan kata-katanya.
Sayōnara Hana.
---
Rosebud says:
Assalamualaikum buddies!
Alhamdulillah, dpt juga ketemu 1 Ramadhan 1435H. Alhamdulillah, dpt juga update bab baru. Thanks korang sbb tak putus-putus support budak hingusan nih. Exam da hbs, yeayy :)
Nways, byk udang2 galah di balik mee daa keluar ttg Daim especially. hope korang enjoy membaca ya. Saya nak tahu pendapat korang, komen, nasihat, tak puas hati ke, tak enjoy ke, gumbira ke, anything, saya nak tahu. so tolonglaa menaip, sempena bulan puasa ni kan. Kasi jari tu bersenam sikit. huhu.. Wlupun saya tak mampu nk reply sorang2 punya komen, but I did read every one of them and take into consideration tau.
FYI, sempena bulan penuh barakah ni, Alumni SMK Telok Mas Melaka (my school) merancang utk adakan Program Jalinan Kasih Ramadhan (JKR) insya Allah pada 19julai ni. Program ini melibatkan aktiviti spt menziarahi rumah Fakir Miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU), Anak Yatim, Muallaf dan Ibu Tunggal yang tinggal di sekitar kawasan Telok Mas sambil menghulurkan bantuan kepada mereka. Brg2 yg dicdgkan spt barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, susu, gula dan barangan kekal seperti Al-quran, Kitab Agama, tasbih dan lain-lain.
Jadi bagi sesiapa yg mahu membantu, insya Allah, indirectly bersama-sama kami bantu mereka yg memerlukan bantuan kita, bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun CIMB Cik Siti Aisyah Mustapha spt dlm gmbr di bwh ya. Moga kemurahan hati kalian dpt memberi berat pada imbalan pahala kalian di perkampungan akhirat nanti insya Allah. Jom kumpul points Jannah yok!
Dan, boleh baca doa ni. Moga Allah Taala terima amalan kita ya insya Allah, aamiin..
Jazakallah bi khair korang. May Allah bless. Please doakan saudara2 kita di Palestine, Syria, Afghanistan, Mesir & ofkos Malaysia, moga Allah rahmati kita til jannah insya Allah.



Alhamdulillah, dapat juga baca entry baru...tak sabar nak tahu apa tindakan hana...jumpa makcik mia @ ayah daim...bagaimana dengan khasyi...takkan Daim nak lepaskan hana macam tu aje....cepat2 up entry baru yer...
ReplyDeleteBace entry tbaru ni wat perasaan jd huru hara...bcampur aduk...1st ase hepi ngan gelagat khasyi+hana yg ting tong tu....time daim ngan hana...aduhai...sedey nk menangis de...geram de...daim lelaki yg sgt tggi egonye tp sgt penyayang...dlm hati de taman gitu...xmampu nk lepaskn hana wpun layan hana kerek gile....wpun pe pun daim+hana ttp sweet bsame...serashi...sy akn frust klu daim xbsame hana akhirnye...diorg sgt2 sweet....hehehe....cpt2 update next entry k.xsabo dh nih.by d way...hope exam smue ok k....salam ramadhan dik!
ReplyDeleteCik Writer Daim ke Khasyi???? Dua2 hero perfect huhuhu... sila bg next entry nak tau sape pilihan Hana...
ReplyDeleteDaim lah. Khasyi tu watak sampingan je.........
ReplyDelete