Skip to main content

Aku Bukan Hana Tajima 5* (Additional scene: Elevator)

Hana baru saja nak berlenggang-kangkung apabila pintu lif sedang tertutup. Terus kakinya memecut laju dan lagi beberapa inci pintu lif hampir terkatup, Hana sempat menyelitkan tubuhnya masuk ke dalam lif. Fuh, nasib baik sempat. Nafasnya berderu laju. Dah lama tak rasa adrenaline rush macam ni.

“Kau bajet Cat Woman ke apa buat stunt macam tu?” Tegur satu suara garau.

Terus menyeringai wajahnya. Kenapalah kuat sangat jodoh aku dengan si ungka ni? Asyik bertembung je. Adoiyai! Perlahan-lahan dia memalingkan tubuh dan wajah tiada hati dan perasaan Daim menghiasi pandangan matanya. Lelaki itu sedang menyandar pada dinding lif sambil kedua tangannya memegang palang lif. Gaya macam model pakaian Calvin Klein dalam majalah. Hana menarik muka menyampah.

“Kalau kau tak nak kena cakar dengan Cat Woman, baik kau diam.” Balas dia sambil mencerun tajam wajah lelaki itu. Daim memandangnya untuk beberapa saat sebelum ketawa berdekah-dekah. Sempat tangannya meraup ke belakang rambut ikal yang terjuntai di dahi. Hana menjeling penuh rasa benci. Rambut nak ikat macam Samurai. Bajet betul.

“Oh please, you’re not even a quarter of Halle Berry.” Komen Daim sinis sambil matanya meratah gadis itu atas bawah. Terus Hana merapatkan kedua tangannya ke dada sambil mencemuh kelakuan lelaki itu.

Daim menjulingkan mata. Dia ingat aku ni jantan apa? “Hei perempuan gila, takda apa pun kat badan kau untuk aku tengoklah!” Herdiknya bersama kerutan di dahi. Hana ternganga mendengarnya. Konghajo punya jantan!

“Hei kau ni kan memang jan—”

Pintu lif terbuka dan tiba-tiba berpusu-pusu manusia masuk ke dalam lif lalu menolak Hana ke belakang betul di sebelah Daim. Oh my God. Hana kaget. Lif penuh sesak. Dia tak mampu bergerak ke kiri dan ke kanan. Dikerling masa yang tertulis pada skrin pada dinding lif. Padanlah. Masa orang balik. Perlahan-lahan matanya mendarat pada lelaki di sebelah kanannya pula.

Daim kelihatan tenang merenung atap lif. Dia tengok apa tu? Hana turut sama mendongak memandang atas dan dia terlihat pantulan dirinya sendiri. Oh ada cermin. Ceh lelaki ni usha diri sendiri rupanya. “Hai sayang.” Bisik seseorang. Berlipat lehernya berpaling memandang ke sebelah kirinya. Wajah Mat Tampoi menyapa gembira. Hana terasa seperti nak jerit sekuat hati, merempuh semua orang dan keluar dari lif sepantas mungkin.

“Sayang nak balik dah ke? Abang hantarkan sayang nak? Abang ada motor.” Mat Tampoi memaniskan suaranya sambil matanya sedikit pun tak berganjak dari wajah gadis itu. “Tak payah. Aku pun ada motor.” Balasnya keras di sebalik gigi yang diketap. Dia tak mahu menarik perhatian orang.

“Jangan macam tu Hana. Abang ikhlas ni. Hana tahukan hati abang hanya untukmu sayang.” Mat Tampoi memegang dadanya dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi mahu menyentuh wajah gadis itu. Tanpa berfikir, Hana terus mengesot ke kanan, menjauhi Mat Tampoi yang semakin dekat dengannya.

Daim yang sedang berdiri di sebelah Hana terus mengerutkan dahi apabila bahunya bersentuhan dengan bahu gadis itu. Baru saja bibirnya nak membantah, matanya mencerun ke seorang lelaki yang tersenyum miang sambil wajahnya hanya beberapa inci dari wajah Hana. Lain macam je mamat ni.

Tangannya terus menarik lengan Hana dan sekelip mata gadis itu bertukar tempat dengannya. Hana tergamam. Terkebil-kebil dia memandang Daim yang kekal menampal wajah selamba. “Ah baru rasa air cond kat sini.” Ujar lelaki itu sambil menghela nafas lega. Hana memandang dia lagi untuk beberapa detik sebelum akhirnya menyandar pada dinding lif sambil memejamkan mata. Perlahan-lahan bibirnya menggulum senyum nipis.

Setibanya di tingkat bawah, orang ramai mulai keluar dari lif. “Jomlah Hana, abang hantar balik.” Desak Mat Tampoi, masih tak mahu mengundur. Daim menjungkit sebelah kening memandang lelaki itu.

“Hana, bukan kita ada meeting dengan Encik Shuichi ke sekarang?” Tanya Daim sambil memandang ke arahnya dengan renungan tajam seolah memberi isyarat. Hana tergamam untuk beberapa saat sebelum dia dapat menangkap maksud lelaki itu. Matanya ditala ke arah Mat Tampoi yang setia menanti. “Oh aha, mesti Encik Shuichi dah lama tunggu. Mat, aku ada meeting. Kau pergi balik. Bye.” Hana mengangkat tangan kanannya, menyuruh lelaki itu beredar sebelum lif tertutup.

Sebelum Mat Tampoi keluar, sempat lelaki itu mengerling Hana dan mengenyitkan mata, menggodanya. Gadis itu memalingkan wajah ke tempat lain. Tak kuasa nak melayan lelaki itu.

“Boyfriend?” Tanya Daim sejurus pintu lif tertutup.

Hana menggeleng kepala laju. Geli dengar satu perkataan itu. “Mat Tampoi tu gila sikit. Dari hari first saya kerja sini sampai sekarang, tak habis-habis ajak saya kahwin. Tiap-tiap hari call, mesej, bagi kuihlah, nasilah, air—” Ceritanya terhenti apabila Daim menyampuk sambil mengangkat tangan kanannya.

“Hey hey missy, just because I saved your arse doesn’t make me your chatty girlfriend okay? I don’t give a shit about your lovestory with that git.” Lelaki itu berdesis sambil merenungnya tajam.

Hana menggigit bibir bawah. Dia ni... Betul mencabar keimanan.

“Habis tu apasal awak tolong saya?” Bentak dia geram.

“Kau nak ke jantan tu hantar kau balik?” Tanya Daim pula. Laju kepalanya menggeleng. “Tahu pun.” Lelaki itu berdengus kasar. Hana mencebik sambil memeluk tubuh. Sesekali matanya mengerling Daim yang tampak bersahaja tanpa sebarang perasaan.

“Kita nak tunggu dalam lif ni sampai bila?” Hana bertanya memecah kesunyian.

“Sampai jantan tu blah.” Balas Daim senada.

Kening Hana bercantum. “Mat Tampoi tak blah lagi?” Terus jarinya menekan butang buka dan pintu lif pun terbuka. Hana menjengahkan kepalanya keluar, cuba meninjau kelibat Mat Tampoi. Jatuh rahangnya saat dia ternampak lelaki itu sedang duduk menyilang kaki di sofa sambil matanya terpahat pada pintu masuk bangunan, menunggu Hana keluar pada bila-bila masa.

“M..Macam mana awak tahu?” Tanya Hana masih lagi dalam keadaan terkejut.

“Lelaki macam dia sangat persistant. Kau jangan bagi harapan kat dia.” Pesan Daim dingin. Hana terangguk-angguk menerima nasihat lelaki itu. “Tak bagi pun. Tapi dia tu tak reti mengalah.” “Tutup lif tu. Kau duduk dulu dalam lab. Ada orang kan kat lab? Lagi setengah jam baru kau turun.” Daim mengisyaratkannya masuk. Gadis itu mengangguk lagi.

“Err.. Thanks Daim.” Ucap Hana setelah agak lama dia berfikir dalam-dalam sama ada bijak atau tak tindakannya berterima kasih kepada lelaki itu. Daim memandangnya sekilas sebelum tertawa kecil.

“Tak sangka minah gila buta warna macam kau ni tahu berterima kasih kat orang.”



Babun.

---

Rosebud says:

Sooo macam mana? okay x additional scene ni? When I reread this humble story, I found a lot of mistakes and rasa mcm sekejap je moments Hana & Daim being pain in the as* to each other. So I add several more scenes Hana & Daim bertegang urat b4 both of them completely head over heel for each other. But I merely put this particular scene up. Enjoy! :) Please kindly komen ya. Thanks. Love u ols to da moon.

Comments

  1. additional ni ok...bg hana hangin 1badan......so entry 2bln lps kire yg terakhir atau akn update yg baru?klu dh publish...jgn lupe warwar kan k...xsabo nk bace full story...

    ReplyDelete
  2. Adik...novel adik lum kuar lg ke?puas dh usha2 kt bookstore kot dh de...huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku bukan Hana Tajima! 50

Hana mengucup pipi gebu bayi perempuan yang diberi nama Lulu Jinan. “Comelnya dia kak. Memang sebiji ikut muka Hana. Comel menawan memukau jiwa.” Usik gadis itu. Matanya masih setia menjamah setiap inci wajah comel anak kak Mida, mengagumi keindahan ciptaan agung Tuhan Yang Maha Mulia. “Itulah.. Kesian anak aku... Apa laa nasib dia..” Rintih kak Mida sambil mengusap ubun-ubun anaknya itu. Hana menarik muka. “Eh kak, muka macam Hana ni muka bawa tuah tau tak?” Dijeling kak Mida habis-habisan. “Kau ni datang seorang je ke?” Kak Mida mengalihkan pandangannya pada wajah lembut Hana pula. Gadis itu mengerutkan dahi. “Laa kan datang bertiga ni.” Jawab Hana nakal. Kak Mida menepuk lengannya. “Tak pernah nak jawab elok-elok kalau akak tanya kan!” Bebel kak Mida. Hana tergelak besar. “Kak, kenapa Lulu Jinan? Akak ambil dari Cartoon Network ke? Kenapa tak bubuh Hana Jelita ke Hana Indah ke. Baru la glamorous.” Pipi Lulu Jinan dikucup lagi. Subhanallah, bahagianya hati ni dapa...

Aku bukan Hana Tajima! 52

Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh. “Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam ni ya?) “Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni, apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau kau pergi, takkan s...

Aku bukan Hana Tajima! 53

Bawang yang telah dipotong dadu bersama lobak merah, cili dan asparagus digaul bersama telur yang sudah dipukul sebelum labu yang telah direbus dan nasi dimasukkan ke dalam campuran sayur-sayuran dan telur tersebut. Sesudu madu kemudian digaul sebati bersama dengan secubit garam sesedap rasa. Akhir sekali, campuran itu diletakkan ke dalam bekas plastik cupcake sebelum dimasukkan ke dalam microwave selama lima minit. Hana mengoyak segaris senyuman. Resipi kek nasi ni dia peroleh daripada salah seorang pelanggan tetap kedainya, Jinhee. Gadis yang sebaya dengannya itu berasal dari Korea. Masa kali pertama Jinhee menjejak kaki ke kedainya, Hana dah mula rasa lain macam. Yelah, sekarangkan tengah gelombang Kpop, Running Man bagai. Haruslah teruja sikit bila jumpa geng kpop ni. Masa tu Hana tatap muka dia habis-habis. Mata dia sepet tapi muka tak macam orang Cina kita. Muka Jepun pun tak. Sah Korea! Terus Hana bergerak ke kaunter dan menolak bahu pekerjanya, Adibah, ke tepi sambi...