Hana baru saja nak berlenggang-kangkung apabila pintu lif sedang tertutup.
Terus kakinya memecut laju dan lagi beberapa inci pintu lif hampir terkatup,
Hana sempat menyelitkan tubuhnya masuk ke dalam lif. Fuh, nasib baik sempat.
Nafasnya berderu laju. Dah lama tak rasa adrenaline rush macam ni.
“Kau bajet Cat Woman ke apa buat stunt macam tu?” Tegur satu suara
garau.
Terus menyeringai wajahnya. Kenapalah kuat sangat jodoh aku dengan
si ungka ni? Asyik bertembung je. Adoiyai! Perlahan-lahan dia memalingkan tubuh
dan wajah tiada hati dan perasaan Daim menghiasi pandangan matanya. Lelaki itu
sedang menyandar pada dinding lif sambil kedua tangannya memegang palang lif.
Gaya macam model pakaian Calvin Klein dalam majalah. Hana menarik muka
menyampah.
“Kalau kau tak nak kena cakar dengan Cat Woman, baik kau diam.”
Balas dia sambil mencerun tajam wajah lelaki itu. Daim memandangnya untuk
beberapa saat sebelum ketawa berdekah-dekah. Sempat tangannya meraup ke
belakang rambut ikal yang terjuntai di dahi. Hana menjeling penuh rasa benci.
Rambut nak ikat macam Samurai. Bajet betul.
“Oh please, you’re not even a quarter of Halle Berry.” Komen Daim
sinis sambil matanya meratah gadis itu atas bawah. Terus Hana merapatkan kedua
tangannya ke dada sambil mencemuh kelakuan lelaki itu.
Daim menjulingkan mata. Dia ingat aku ni jantan apa? “Hei perempuan
gila, takda apa pun kat badan kau untuk aku tengoklah!” Herdiknya bersama
kerutan di dahi. Hana ternganga mendengarnya. Konghajo punya jantan!
“Hei kau ni kan memang jan—”
Pintu lif terbuka dan tiba-tiba berpusu-pusu manusia masuk ke dalam
lif lalu menolak Hana ke belakang betul di sebelah Daim. Oh my God. Hana
kaget. Lif penuh sesak. Dia tak mampu bergerak ke kiri dan ke kanan. Dikerling
masa yang tertulis pada skrin pada dinding lif. Padanlah. Masa orang balik.
Perlahan-lahan matanya mendarat pada lelaki di sebelah kanannya pula.
Daim kelihatan tenang merenung atap lif. Dia tengok apa tu? Hana
turut sama mendongak memandang atas dan dia terlihat pantulan dirinya sendiri.
Oh ada cermin. Ceh lelaki ni usha diri sendiri rupanya. “Hai sayang.”
Bisik seseorang. Berlipat lehernya berpaling memandang ke sebelah kirinya.
Wajah Mat Tampoi menyapa gembira. Hana terasa seperti nak jerit sekuat hati, merempuh
semua orang dan keluar dari lif sepantas mungkin.
“Sayang nak balik dah ke? Abang hantarkan sayang nak? Abang ada
motor.” Mat Tampoi memaniskan suaranya sambil matanya sedikit pun tak berganjak
dari wajah gadis itu. “Tak payah. Aku pun ada motor.” Balasnya keras di sebalik
gigi yang diketap. Dia tak mahu menarik perhatian orang.
“Jangan macam tu Hana. Abang ikhlas ni. Hana tahukan hati abang
hanya untukmu sayang.” Mat Tampoi memegang dadanya dengan sebelah tangan
manakala sebelah lagi mahu menyentuh wajah gadis itu. Tanpa berfikir, Hana
terus mengesot ke kanan, menjauhi Mat Tampoi yang semakin dekat dengannya.
Daim yang sedang berdiri di sebelah Hana terus mengerutkan dahi
apabila bahunya bersentuhan dengan bahu gadis itu. Baru saja bibirnya nak
membantah, matanya mencerun ke seorang lelaki yang tersenyum miang sambil
wajahnya hanya beberapa inci dari wajah Hana. Lain macam je mamat ni.
Tangannya terus menarik lengan Hana dan sekelip mata gadis itu
bertukar tempat dengannya. Hana tergamam. Terkebil-kebil dia memandang Daim
yang kekal menampal wajah selamba. “Ah baru rasa air cond kat sini.” Ujar
lelaki itu sambil menghela nafas lega. Hana memandang dia lagi untuk beberapa
detik sebelum akhirnya menyandar pada dinding lif sambil memejamkan mata.
Perlahan-lahan bibirnya menggulum senyum nipis.
Setibanya di tingkat bawah, orang ramai mulai keluar dari lif.
“Jomlah Hana, abang hantar balik.” Desak Mat Tampoi, masih tak mahu mengundur.
Daim menjungkit sebelah kening memandang lelaki itu.
“Hana, bukan kita ada meeting dengan Encik Shuichi ke sekarang?”
Tanya Daim sambil memandang ke arahnya dengan renungan tajam seolah memberi
isyarat. Hana tergamam untuk beberapa saat sebelum dia dapat menangkap maksud
lelaki itu. Matanya ditala ke arah Mat Tampoi yang setia menanti. “Oh aha,
mesti Encik Shuichi dah lama tunggu. Mat, aku ada meeting. Kau pergi balik.
Bye.” Hana mengangkat tangan kanannya, menyuruh lelaki itu beredar sebelum lif
tertutup.
Sebelum Mat Tampoi keluar, sempat lelaki itu mengerling Hana dan
mengenyitkan mata, menggodanya. Gadis itu memalingkan wajah ke tempat lain. Tak
kuasa nak melayan lelaki itu.
“Boyfriend?” Tanya Daim sejurus pintu lif tertutup.
Hana menggeleng kepala laju. Geli dengar satu perkataan itu. “Mat
Tampoi tu gila sikit. Dari hari first saya kerja sini sampai sekarang, tak
habis-habis ajak saya kahwin. Tiap-tiap hari call, mesej, bagi kuihlah,
nasilah, air—” Ceritanya terhenti apabila Daim menyampuk sambil mengangkat
tangan kanannya.
“Hey hey missy, just because I saved your arse doesn’t make me your
chatty girlfriend okay? I don’t give a shit about your lovestory with that
git.” Lelaki itu berdesis sambil merenungnya tajam.
Hana menggigit bibir bawah. Dia ni... Betul mencabar keimanan.
“Habis tu apasal awak tolong saya?” Bentak dia geram.
“Kau nak ke jantan tu hantar kau balik?” Tanya Daim pula. Laju
kepalanya menggeleng. “Tahu pun.” Lelaki itu berdengus kasar. Hana mencebik
sambil memeluk tubuh. Sesekali matanya mengerling Daim yang tampak bersahaja
tanpa sebarang perasaan.
“Kita nak tunggu dalam lif ni sampai bila?” Hana bertanya memecah kesunyian.
“Sampai jantan tu blah.” Balas Daim senada.
Kening Hana bercantum. “Mat Tampoi tak blah lagi?” Terus jarinya
menekan butang buka dan pintu lif pun terbuka. Hana menjengahkan kepalanya
keluar, cuba meninjau kelibat Mat Tampoi. Jatuh rahangnya saat dia ternampak
lelaki itu sedang duduk menyilang kaki di sofa sambil matanya terpahat pada
pintu masuk bangunan, menunggu Hana keluar pada bila-bila masa.
“M..Macam mana awak tahu?” Tanya Hana masih lagi dalam keadaan
terkejut.
“Lelaki macam dia sangat persistant. Kau jangan bagi harapan kat
dia.” Pesan Daim dingin. Hana terangguk-angguk menerima nasihat lelaki itu.
“Tak bagi pun. Tapi dia tu tak reti mengalah.” “Tutup lif tu. Kau duduk dulu
dalam lab. Ada orang kan kat lab? Lagi setengah jam baru kau turun.” Daim
mengisyaratkannya masuk. Gadis itu mengangguk lagi.
“Err.. Thanks Daim.” Ucap Hana setelah agak lama dia berfikir
dalam-dalam sama ada bijak atau tak tindakannya berterima kasih kepada lelaki
itu. Daim memandangnya sekilas sebelum tertawa kecil.
“Tak sangka minah gila buta warna macam kau ni tahu berterima kasih
kat orang.”
Babun.
---
Rosebud says:
Sooo macam mana? okay x additional scene ni? When I reread this humble story, I found a lot of mistakes and rasa mcm sekejap je moments Hana & Daim being pain in the as* to each other. So I add several more scenes Hana & Daim bertegang urat b4 both of them completely head over heel for each other. But I merely put this particular scene up. Enjoy! :) Please kindly komen ya. Thanks. Love u ols to da moon.

additional ni ok...bg hana hangin 1badan......so entry 2bln lps kire yg terakhir atau akn update yg baru?klu dh publish...jgn lupe warwar kan k...xsabo nk bace full story...
ReplyDeleteAdik...novel adik lum kuar lg ke?puas dh usha2 kt bookstore kot dh de...huhuhu
ReplyDelete