Hana menggaru belakang
telapak tangan. Time time ni la nak gatal. Orang kampung aku kata, kalau tangan
gatal ni maknanya nak dapat duit. Si ungka ni nak bagi aku duit? Kalau macam
tu, tiap-tiap hari pun aku nak tumpahkan hot choc kat baju dia.
Hailoo, untung mak!
Kakinya melangkah
mengikut laluan Daim. Sekejap belok ke kiri, sekejap lagi belok ke kanan pulak.
Sekejap lagi lepas tu, dia boleh pulak buat reverse. Babuncit betul main-main
undur tak bagi salam. Lagi best bila tiba-tiba dia buat u-turn, terus jalan
straight keluar dari department R&D, dan sekarang, Hana dah
tercungap-cungap depan lif. Serius rasa nak sekeh kepala si ungka ni.
Daim mengerlingnya
sekilas. “Penat?”
Wah, wah kau. Suara
tak nak sinis lagi mamat ni. Siap angkat-angkat kening lagi. Sekali aku sikukan
mulut tu, senget seminggu baru tahu. “Mana ada penat. Saja nak lebihkan oksigen
dalam badan.” Balas Hana. Rasanya dah cukup bijaksana jawapan aku.
Lelaki tu tergelak
sinis. “Oxygen my foot.”
Hana menyengetkan
bibir, dah berkira-kira nak sembur mamat ungka ni dengan berkajang-kajang
sumpah seranah.Tapi bila fikirkan balik pesan Encik Takahashi yang suruh aku
jaga spesis monyet ni dengan Shuichi, terpaksalah aku straight kan balik bibir
ni.
Daim mencuri pandang
Hana. Kali ni lebih lama. Selendang berwarna biru navy, blouse berwarna light
pink dan seluar jeans berwarna biru gelap. Dah macam traffic light dah aku
tengok. Erk...boleh migrain tengok lama-lama.
“Apa usha-usha?” Gadis
itu membulatkan matanya.
Hampir tersembul
keluar bijik mata Daim dengan herdikan perempuan petite ni.Sudahlah pagi-pagi
lagi dia dah mandikan aku dengan hot choc dia tu. Lepas tu confident je
marah-marah aku kan. Daim merenungnya lebih lama, dan tajam. Tangan yang
tadinya di sisi dibawa ke dada, memeluk tubuh.
Hana memandang Daim
dengan penuh rasa menyampah. “Lagi aku marah, lagi seronok dia tengok aku.
Korek bijik mata tu kang.”
Lelaki tu membuka
mulutnya untuk beberapa saat sebelum kembali menutupnya. Tak jadi nak membalas.
Wajah serius ditampal selama mungkin.
Hana menarik kerut. Serius, menyampah tahap gaban kat si ungka ni. Bajet
diri tu awesome dan cool je. Aku lagi awesome dan cool kot.
Sejurus pintu lif
terbuka, Daim memberi isyarat kepada Hana, menyuruhnya masuk ke dalam lif.
“Eleh. Berlagak gentleman. Lif je kot.” Ujar Hana sambil mencebik.
Daim menjulingkan
mata. Malas nak balas. Nanti sampai ke lusa pun belum tentu habis sesi
bidas-membidas minah ni. Pandangan mata Hana singgah pada wajah lelaki itu.
Aik, pelik ni. Daripada
tadi si ungka ni berlagak mithali. Apa hal? Misteri la pulak tiba-tiba dia diam
je. Marah lagi ke pasal corak batik kat baju dia tu?Ala hot choc je kot. Susah-susah
sangat, nanti aku ganti la. Berapa ringgit la sangat t-shirt dia tu. Hana cuba
bayangkan bahagian Parkson yang jual pakaian lelaki. Selalu diskaun gila
kentang kat Parkson. Bolehlah kejap lagi singgah, alang-alang tu boleh beli
hadiah untuk si Jenab sekali.
Sejurus pintu lif
terkuak, Daim dengan langkah lebarnya menuju laju ke department HR. Hana masih
setia mengikut dari belakang. Apa saja plan si ungka ni. Beberapa mata mencuri
pandang mereka. Hana melempar senyuman penuh lemak berkrim sambil melambai-lambai.
Sejak-sejak kemunculan si ungka ni kat Samurai Group, tergendala jugak jadual
aku mencari publisiti kat sini. Jadi, inilah masanya nak memuncakkan kembali
populariti yang kian menjunam tu. Bila lagi nak berlagak Miss World kan?
Kak Mida dari jauh dah
ready dengan pose Miss Universe dia sambil membalas lambai Hana. Tak padan
dengan bunting, boleh lagi nak gedik sama tu. Ni kalau Budin ada, mesti dia
lagi gedik pose over the top. Hana ketawa. Cuba membayangkan Budin melentikkan
tubuhnya.
Yuk. Jijik betul.
Hana baru saja nak
layang flying kiss, tiba-tiba hidungnya bagai dihenyak sesuatu yang keras. “Adoi!!”
Hana terkebelakang. Tangannya menggosok hidung yang dah rasa macam rata kat
muka. Ahh..penyek hidung aku.
“Mata kau letak kat
mana? Lutut?” Tengking Daim dengan muka bengis.
Ha padan muka kau
Hana. Perasan Miss World lagi. Dah tahu perangai gedik tu puaka, kau lagi nak
praktikkan. Kan dah kena sembur depan department HR. Argh jatuh saham aku. My
water face....Benci si ungka ni!
Hana tunduk memandang
kaki sambil bibir bawahnya dicebikkan. Muka monyok habis.Kedua jari telunjuknya
dirapatkan pada hujung jari berulang-kali. Untuk beberapa saat Daim memandangnya tanpa
marah, tanpa kata, sebelum lelaki tu kembali meneruskan langkah. Tak jadi nak
meneruskan sesi maki-hamun. Hana menarik senyum lega. Ada gunanya jugak aku
layan drama Korea. Terima kasih perempuan-perempuan Korea yang dah ajar aku
kegunaan muka perasan cute ni.
Kamsahabnida.
Sebaik saja mereka
tiba di pantry, Daim menoleh. Hana mendongak, membalas renungan ngeri lelaki
tu. “Awak nak saya buatkan awak hot choc ke?” Tanya Hana dengan nada tak
bersalah.
“Aku nak kau basuh
baju aku ni.”
Belum pun sempat Hana
jerit, ‘Nanti!’, Daim sudah pun menanggalkan t-shirtnya. Hana tak berani angkat
muka. Pervert punya ungka!Dasar tak pergi sekolah!
“Hoi, basuh ni.” Daim
menghulurkan t-shirt yang terkena hot choc tu.
“Sekarang?” Hana
bertanya, masih setia memandang
kasutnya.
Daim menggeleng. “Tak,
dua tahun lagi.”
Hana terus mendongak. “Okey,
see you in two years!” Hana terus melangkah keluar dari pantry. Tapi langkahnya
terhenti bila suara Daim menyapa telinganya. “Kalau kau nak satu department HR
tengok aku dan kau macam ni, kau try la keluar pantry ni.”
Perlahan-lahan, Hana
menoleh. Daim sedang menampal senyuman bongkak dia tu sambil memeluk tubuh
dengan hanya...berpagoda. Okey, mamat ni..saja nak test keimanan aku yang
senipis kulit kentang je ni.
“Awak selalu pergi gym
ke?”
Hana rasa macam nak
lempang je mulut sendiri bila melihat perubahan pada wajah Daim. Bodoh Hana,
mulut kau memang takda pak guard! Alamak, macam mana ni? Macam mana ni? Macam
mana? Mesti dia fikir aku ni perempuan otak kuning gilakan lelaki pakai pagoda.
Waa...
Daim menarik senyum
separuh. “Aku akan anggap macam kau tak pernah tanya aku soalan tu.” Lagi
membara hati Hana mendengarnya. Ciskek betul la si ungka ni. Paling sakit hati
dengan senyuman dia tu. Ingat kita tengah shooting iklan colgate ke ha! Eee
menjengkelkan sungguh!
“Eh ungka! Mana ada
saya pervert! Awak tu yang pervert!” Jerit Hana beriya.
Lelaki tu menjungkit
bahu. “Ada aku cakap kau pervert?” Kening dijungkit-jungkit. Hana menjeling.
Serius rasa nak siku je mamat ni. “Whatever. Bak sini baju tu. Biar saya cuci.”
Hana mengambil t-shirt dari tangan Daim dan terus menyuruh lelaki itu ke tepi.
Pintu almari di bawah
sinki dibuka dan pelbagai jenis detergent ada di dalamnya. Sebotol sabun basuh
baju diambil. “Basuh bersih-bersih.” Arah Daim. Suaranya berbunga riang. Barbiturate
betul la si ungka ni. Sabar jela.
“Ya.” Balas Hana
sambil mengetip gigi. Cecair sabun disapu pada bahagian yang terkena hot choc
dan digosok sehingga kesan hot choc tu hilang. “Bagus, gosok lagi. Bersih
bersih!” Daim memberi semangat.
Hana memejamkan mata. Wargh
tensionnya aku dengan si ungka ni. Ya Allah, tolonglah, bagi aku terajang mamat
ni. Sekali je, please..aamiin.
“Ha, cuci elok-elok.
Make sure kesan batik tu hilang.” Tambah Daim, sengaja nak membakar hati gadis
tu. Hana menggigit bibir. Istighfar Hana, istighfar. “Dah. Awak nak saya keringkan
macam mana?” Hana bertanya setelah memerah t-shirt Daim yang dah bersih tu.Takkan
sepanjang hari si ungka ni nak pakai pagoda ke hulu ke hilir. Itu dah mencabuli
hak asasi wanita tu namanya!
Daim menuncungkan
bibirnya ke arah mesin pengering tangan yang tergantung di dinding. Hana
angguk. Fuh, lega. Kiranya mamat ungka ni masih menghormati hak-hak wanita. T-shirt
Daim dikeringkan tanpa banyak bunyi. Legalah katakan.
“Dah kering?” Tanya
Daim, dah penat agaknya menunggu.
“Lagi sikit.” Balas
Hana.
“Ke kau saja buat-buat
tak kering? Mana tahu kau nak tengok aku macam ni lama-lama.” Terus berkerut
dahi Hana. Ee tolonglah mamat ni. Ingat aku ni desprate sangat ke nak tengok
badan kau yang memang gagah tu?
“Kirim salam eh!”
Herdik Hana.
“Kat siapa?” Balas
Daim laju. Hana menjeling dengan penuh perasaan.
“Kat nenek jiran awak!”
Daim tergelak besar.
Konon-konon benci, tapi muka tetap merah menyala. Hana, Hana.. Macam mana la
aku nak berhenti sakat kau dah kalau macam ni punya best reaksi kau? Sampai
bila-bila pun aku sanggup sakat kau.
Setelah lebih 10 minit
Hana tercongok depan mesin pengering tangan, akhirnya kering jugak t-shirt
kepunyaan lelaki tu.“Dah kering dah.” Hana menghulurkan t-shirt kepada Daim.
Lelaki tu memegang t-shirtnya. “Hm, kering. Hot choc tu pun dah takda. Nice
job.”
Entah kenapa hati Hana
rasa macam melonjak gembira. Ni kali pertama tu si ungka ni puji aku. Wah,
julung-julung kali. Boleh masuk Malaysia’s book of record ni. Hana tersipu. Malu
la pulak.
“Iya? Bolehlah saya
bukak kedai dobi eh.” Ujar Hana dengan nada gembira.
“Gerenti takda siapa
nak hantar baju kat kedai kau.” Balas Daim ala tukang tilik. Hana menjeling. “Pakailah
cepat baju tu.” Sakit mata aku tengok kau separuh bogel ni tahu.
Daim menjungkit
sebelah kening. “Kau nak aku pakai baju komot-komot ni? Aku tak selekeh macam
kau. Pergi gosok.” T-shirt itu dibaling ke wajah Hana. Terus terlopong mulut
gadis itu.
“K-Kau ni....wargh!!”
Hana mengepal penumbuk. Meluap-luap rasa nak bunuh lelaki ni. “Aku apa? Apa?”
Daim merapatkan jurang antara mereka. Hana menjengket kaki, mata bertentang
mata, hidung bertentang hidung.
“Kau...Daim.” Suara
Hana mengendur. Daim menarik sengih sinis sambil kembali memberi jarak. “Kejap,
saya pergi carik seterika.” T-shirt di atas lantai diambil dan Hana terus
keluar dari pantry dengan langkah tak bermaya.
Sebaik saja Hana
menapak keluar dari pantry, dia terus diserbu oleh Kak Mida dan wartawan
Samurai Group, geng Powerpuff girls. “Sesungguhnya, adalah syubha apabila
lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam pantry.” Ujar Rin.
“Di antara laki-laki
dan perempuan yang duduk berdua-duaan, akan ada orang yang ketiga yakni
laknatullah, syaitan nirrajiim.”Tambah Pinat sambil menjulang tangan kanannya.
Joy mencuri pandang ke
dalam pantry. Mulutnya ternganga. Terus tangannya menutup mulut. Wajah selamba
Hana dipandang macam nak telan. “Hana! Apa kau dah buat ni?” Tanya Joy tanpa
suara.
“Mana ada aku buat
apa-apa.” Balas Hana sempoi. Riak wajahnya tak berubah. Bukan aku buat benda
merepek pun dengan si ungka tu. Basuh baju. Salah ke?
Kak Mida menarik Hana
menjauhi geng Powerpuff girls.“Akak, ada seterika?” Tanya Hana laju. T-shirt
Daim di tangannya disangkut ke bahu. “Ada, tapi kat rumahlah. Kau nak buat apa
dengan seterika? Eh Hana, lelaki tu molest kau ke?”Terus pecah tawa Hana.
“Eh tak kelakarlah
Hana!” Lengan Hana ditampar kuat. Gadis itu mengerang kesakitan. Tangan made of
keluli la kak Mida ni.
“Kak Mida, akak patut
tanya, Hana molest mamat tu ke?” Suara nyaring Herlina menyapa dari belakang.
Tawa Hana mati secara automatiknya. Pantang betul telinga aku dengar suara
terlebih pitch ni.
“Apa maksud you?” Joy,
Rin dan Pinat berjalan merapati mereka.
Tumpuan masing-masing
pada Herlina. “You all buta ke? Tak nampak lelaki tu bogel?”
“Separuh bogel. You
lupa perkataan separuh.” Hana sempat mencelah.
Herlina menjelingnya. “What.
Ever! So kembali to cerita I tadi, tak silap I, zaman nabi dulu, baju siapa
yang koyak dia yang innocent. Dalam kes si Hana ni, lelaki tu yang innocent. So
Hana, you nak I panggil JAIS sekarang?” Herlina memandang Hana atas bawah.
“Akak nak interrupt
sikit. Kau nampak lelaki dalam pantry tu?” Tanya kak Mida.
Herlina mengangguk. “Mestilah
nampak. Kak Mida ingat I ni takda otak macam Hana? Buat maksiat tak kena
tempat.” Balasnya sambil menyelak rambutnya ke belakang.
Hana terangguk-angguk.“Siapa
lelaki tu?”
“Some guy. I lupa nama
dia.” Herlina meniup kukunya.
Rin menghampiri
Herlina. “You ni Her, tak nampak buat cara tak nampak. Jangan buat cerita. Fitnah
tu.” Nasihat Rin lembut. Dengan Herlina, tak boleh kasar-kasar. Kena ladylike
sentiasa.
“I nampaklah! Mari
sini!” Ditarik tangan Rin hingga ke depan pantry. Langkahnya terhenti di situ. Matanya
tak berkelip melihat seorang lelaki bertubuh gagah dan hanya berpagoda sedang menyandar
pada sinki dalam pantry sambil merenung ke arahnya. Herlina terasa macam
hatinya dipanah si arjuna cinta.Muka lelaki ni.. OMG. Hensem you! Tangan Rin terus
dilepaskan dan kakinya terus melangkah ke dalam pantry.
“Hi, I’m Herlina. You?”
Tangan dihulur sambil senyuman menggoda dipamerkan.
Hana dan kak Mida saling
berpandangan. Rin tak terkata. Joy dan Pinat dah geleng kepala mengucap
panjang. Tadi bukan main bersemangat bertazkirah. Siap sebut kisah Nabi
Yusuf dan puteri Zulaikha tu. Sekarang
apa da jadi daa?
Daim memandang tangan
gadis tinggi lampai itu sebelum kembali menala pandangan ke wajah gadis bernama
Herlina itu. Cantik. Tapi gedik.“You nampak Hana? Suruh dia cepat sikit.” Ujar
Daim sebelum menolak Herlina ke tepi dan menuju ke meja makan.
Herlina terasa bahang
matahari betul tepat di atas kepala. Biadap betul lelaki ni. Dalam
banyak-banyak perempuan, si gila tu jugak dia nak! “I tak kenal perempuan gila
tu.” Herlina memusingkan tubuhnya menghadap Daim yang dah duduk menyilang kaki.
“Kalau tak kenal mana
you tahu dia gila?” Daim bertanya bersahaja. Herlina terpinga-pinga. “I macam
pernah tengok you la. You model ke? I kenal banyak model. I pun pernah
modelling jugak.” Topik segera diubah. Herlina menarik kerusi bersebelahan
dengan lelaki tu.
Daim menarik sengih
separuh. “Is this your way to have a chat with a guy?” Daim memandang gadis
tinggi lampai tu. Herlina diam untuk sesaat. “Well..” Belum pun sempat Herlina
menambah, Daim segera potong.
“Well, it sucks! Go
away.”
Hana, kak Mida, Rin,
Joy dan Pinat menahan gelak melihat Herlina berkawad kaki keluar dari pantry
dengan muka masam mencuka. “Her, dapat nombor fon lelaki bogel tu tak?” Tanya
Joy ikhlas menyakat.
“Shut up Joy!”
Tengking Herlina.
“Itulah, I dah pesan. Jangan
buat fitnah. Dosa. Kan dah terkena.” Rin ketawa mengekeh. Herlina menghentak
kaki tanda protes. “Hey you all, jangan over eh. Mana ada I terkena. I yang
malas nak layan lelaki bogel tu. You all pergi la layan dia, especially you
Hana. You kan pandai layan lelaki.”
Hampir saja melayang
buku lima Hana mengenai mulut gadis tinggi lampai itu, nasib baik kak Mida
gagah memegang tangan tangan Hana, menahannya dari melakukan sesuatu yang tak
bermanfaat.
“Malas aku nak layan
kau, Herbivor.”
Dan Hana terus pergi
dari situ. Dalam kepala ada dua benda je, sama ada patah balik dan terus tumbuk
si Herlina tu, atau pergi carik seterika, gosok baju si ungka ni dan boleh
sambung kerja balik. Option yang kedua tu nampak lebih demokratik, lebih cerah
masa depan.
“H-Herbi..H-Herbivor?
Hei perempuan gila! You jangan kurang ajar he!”
Hana melambai tanpa
menoleh ke belakang. “Sayounara... Herbivor!”
-
Daim tersenyum lebar
bila sehelai t-shirt yang sudah siap digosok berada di depan mata. Diambil
t-shirt itu dengan penuh rasa teruja. “Walaupun aku bengang kau ambil masa lama
nak gosok baju. Tapi disebabkan kau dah bersusah-payah, aku maafkan kau.” Ujar
Daim bernada ala anak raja.
Tolonglah. Hana
menjulingkan mata. Geli campur menyampah dengar.
“Mana jumpa seterika?”
Wajah lesu Hana dipandang.
“Kak Zeton punya.”Balas
Hana ala kadar.
Kak Zeton mana pulak
ni..“Siapa tu?” Tanya Daim pelik sambil memakai t-shirt yang sudah bergosok tu.
“Makcik cleaner.” Balas Hana dua patah. Daim terangguk-angguk. “Lapar? Jom, aku
belanja makan.” Pelawa Daim lembut.
Hana menggeleng. “Saya
tak lapar. So, kita dah kosong-kosong sekarang tau. Takda hutang-piutang dah. Saya
pergi dulu. Salamualaik!” Setelah buat tabik hormat, Hana terus keluar dari
pantry, meninggalkan Daim yang terkesima akibat dirijek selamba.
Lelaki itu akhirnya
tersenyum kecil. “Ada lagi hutang..”
“Ha lagi satu. Kaki
awak dah baik?” Hana tiba-tiba muncul dari pintu. Daim menjungkit kening.Bagilah
salam dulu kot ye pun. Nasib baik aku tak feeling feeling cintan-cintun tadi.
“Kaki? Kaki apa?”
Dan tak semena-mena,
kakinya disepak kuat. Hana berdengus puas. “Kaki mung! Kali ni confirm kaki
awak bengkak seminggu!” Sambil menepuk-nepuk tangan, Hana sempat melempar
jelingan maut kepada lelaki tu. Perangai tak semegah lagi. Rasakan. Ingat aku
dah lupa pasal kaki kau yang kononnya terhinjut-hinjut tu? Dasar pelakon
handalan. Patut menang award si ungka ni.
Panas je hati aku. Huh!
---
Rosebud says: terpaksa selitkan drama melayu sikit. hehe. happy reading & tinggalkan komen/nsht ke, tau ^^
p.s jangan lupa klik pada novel kedua saya di sini sini
p.s jangan lupa klik pada novel kedua saya di sini sini

masuk nie, dah tiga dah kaki si daim kena sepak. . . Ish3x. . .
ReplyDelete