Skip to main content

Aku bukan Hana Tajima! 24

Semalam dan hari ni sehari suntuk Hana cuba mengelakkan diri daripada bertembung dengan Daim. Setiap kali telinganya menangkap bunyi derap kaki, bagai musang menanti mangsa, alert, Hana akan memanjangkan batang lehernya, memerhati sekeliling. Hidungnya akan dikembangkan seluas yang termampu, cuba menghidu wangian yang dipakai lelaki tu.

Agak-agak kiranya ada bau Tommy Hilfiger tu, Hana akan terus angkat kaki. Kalau nak pergi pantry pun, dia akan pergi bukan pada masa yang selalu dia pergi. Setakat ni, strategi dia berjaya. Batang hidung Daim langsung tak kelihatan, apatah lagi bertembung, bertentang mata. Lega, lega.

Sepanjang dua hari ni, Hana tak berani tak pakai baju-baju color block dia. Jadi, baju Maya yakni jenis top-to-toe warna sepesen dipakainya. Kalau baju warna merah, tudung pun mesti warna merah, seluar, kasut, semua warna merah. Lagi haru si Maya ni. Tapi Hana hanya pakai baju Maya yang berwarna nude. Tak mahu tarik perhatian. Kalaulah ada baju yang boleh sedondong dengan dinding dan keadaan sekeliling macam Sherlock Holmes pakai tu, dah lama aku beli.

Hana memandang pantulan dirinya pada cermin tandas. Dua hari ni jugaklah dia tak berjumpa Budin dan kak Mida. Tak mahu koordinat kedudukan dirinya terkantoi. Dan, dua hari ni jugak dia tak nampak Shuichi. Kalau jumpa mamat Jepun tu, gerenti akan terjumpa si ungka malaun tu, tak mahu...

Berlipat leher Hana menoleh bila bunyi flush kedengaran. Laa.. Ada orang ke? Saat pintu tandas terbuka, Hana rasa macam darahnya semua dah berkumpul di kaki. Anytime je dia akan pecut. Entah kenapa dadanya berdegup kencang. Takkanlah si ungka tu nak masuk kat tandas perempuan. Merepek je aku ni. Hana cuba mententeramkan diri tapi matanya masih menanti pintu tandas tu untuk terbuka habis.

Seorang lelaki tinggi lampai, berpakaian sut hitam keluar dari tandas sambil mengelap tangannya dengan tisu. Mata mereka bertembung. Hana ternganga, begitu jugak lelaki tu. Setelah agak lama mereka bertentang mata, terlopong tanpa berkata walau sepatah pun, Hana akhirnya tersedar. Okey, benda pertama kena buat ialah...pintu. Pecut ke pintu sekarang!

Baru saja kaki kanannya diatur ke depan, lelaki tinggi lampai itu melangkah melepasi Hana, menghalangnya. “Long time no see.” Segaris senyuman terpatri di bibirnya.

I’m so dead.

Fikiran Hana blank. Tak boleh berfikir langsung. Lelaki itu berjalan merapati Hana sambil matanya masih menjilat segenap wajah gadis itu. Bibir Hana terketar-ketar. Perlahan, kakinya terundur ke belakang. Pandangannya ditala ke arah lain. Tak sanggup bertentangan mata dengan lelaki tu.

“You look different.” Ujar lelaki tu, masih lagi merenungnya tanpa kelip. Hana tersentak apabila belakangnya terlanggar sinki. Lelaki tinggi lampai itu hanya sekaki darinya.

“Hana?”

Lelaki tinggi lampai itu menoleh, begitu juga dengan Hana. Wajah berkerut Daim terpacul di depan pintu tandas. Hana menolak lelaki tinggi lampai itu sebelum bergegas keluar dari situ. Tak mahu memanjangkan situasi yang sememangnya tak berpihak padanya. Sekali pandang, nampak macam aku ni perempuan takda akhlak je. Hana memicit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Soalan yang sama bertubi-tubi di benaknya,

“Kenapa dia ada kat sini?”

-

Daim memandang lelaki yang mempunyai ketinggian hampir sama dengannya. Muka boleh tahan. Gaya sophisticated habis. Lelaki itu melangkah menghampiri Daim. Sambil melayang segaris senyuman, tangan kanannya dihulur.

“Akid.”

“Daim.” Balas Daim, menyambut huluran tangan lelaki bernama Akid itu.Senyuman berganti, genggaman bertemu. Dua lelaki itu diam tidak bersuara. Masing-masing membaca fikiran masing-masing.

-

Hana meneguk sebotol air mineral tanpa berhenti. Kepalanya cukup serabut. Pertemuan dengan Akid tadi betul tarik 10 tahun nyawa dia. Ya Allah.. Apa dia buat kat sini? Mana dia tahu aku ada kat sini? Kenapa dia yang keluar dari toilet tu? Kenapa bukan ungka ke Budin ke?

“Siapa Akid?”

Air mineral dalam mulut tersembur keluar. Hana terbatuk-batuk sambil menepuk dada.  Tangan Daim tergerak sedikit, mahu membantu, tapi bila teringatkan kata-kata Hana dulu, ‘Takda air sembahyang boleh peganglah?’, terus Daim jatuhkan balik tangannya.

“Bagi salam dulu tak boleh ke?” Marah Hana bila batuknya dah reda. Kalau aku ada sakit jantung, tak ke tak pasal-pasal kau kena hantar aku pergi hospital?

Lelaki itu sekadar menjungkit bahu. “Assamualaikum.”

Hana menjawab salamnya.

“Akid tu siapa?”

“Entah.”

“Aku tanya baik-baik ni, Akid tu siapa?”

“Tak tahu!”

“Kau buat apa kat tandas lelaki tu?”

“Ha? Tandas lelaki?” Kening Hana terjungkit. Bukan tandas perempuan ke tu? Daim menjulingkan mata. “Kau tak sedar kau masuk tandas lelaki? Haii... Kau ni otak cap ayam ke apa ha.”

Hana melepaskan satu keluhan berat. Cap ayam ke cap kasut ke, otak aku. Bukan otak hang. Hana menjeling Daim. “Ada soalan lagi? Kalau ada, pergi tanya kaunter pertanyaan eh.” Ujar Hana, sedikit kasar.

“Akid. Aku nak tahu, siapa dia? Apa hubungan kau dengan dia?”

Mamat ni.. selagi aku tak jawab, selagi tu dia takkan lepaskan aku. Masalah betul la. “Takda siapa. Tak faham bahasa ke? Nak saya ejakan ke?” Balas Hana dingin. Sungguh, dia tak nak cakap pasal lelaki tinggi lampai tu. Benda yang dah lepas, biarlah berlalu. Tak sanggup nak gali carik balik.

“Kalau takda siapa, kenapa muka kau macam nampak hantu bila tengok dia?” Tanya Daim lagi. Kali ni suaranya semakin keras. Hana menggigit bibir. “Awak, saya betul tengah serabut ni. Awak please jangan tanya siapa dia ke kenapa dia ada kat sini ke apa hubungan dia dengan saya ke apa benda. Saya tak tahu okey. Saya betul-betul tak tahu!” Hana meninggikan suara. Botol mineral hampir kemek digenggamnya.

Daim memandangnya lama sebelum mengeluh berat. “Look Hana, I’m sorry I lied to you..about my leg. Aku... Aku saja buat macam tu sebab...Sebab aku nak masa kau. Aku nak jumpa kau setiap hari, aku nak tengok kau setiap hari. Aku.. I just want to be with you. Sebab tu aku paksa kau jadi driver aku.” Perlahan, tapi cukup jelas di telinga Hana.

Gadis itu membalas pandangan mata Daim. Ya Allah.. Dia serius. Dia betul-betul serius. Hana menelan air liur.

“Hana, aku.. Aku s-sa—”

“Hana! Encik— Oh, Encik Daim. Sorry kacau. Ni Hana, Encik Takahashi nak jumpa. Sekarang.” Nani yang lengkap berkot makmal tiba-tiba muncul di muka pintu bilik Hana. Daim berdeham kecil.

“I’ll talk to you later.” Ujar Daim sebelum keluar dari bilik Hana. Nani memandang Daim sekilas sebelum memandang Hana semula. “What was that?” Nani berjalan ke arah Hana. Curious tengok suasana serius dalam bilik ni. Selalu bilik ni la bilik paling haru sekali.

Hana menjungkti kedua kening. “What was what? Mana ada apa-apa. Ni, bos panggil I apasal?” Hana menukar topik. Tak sanggup nak beratkan kepala tentang confession Daim dengan kemunculan Akid. Berat sangat tu. Adoi..

“Tak sure la Hana. Maybe pasal MoU yang baru sign tu kot.” Balas Nani.

“Oh MoU dengan company Chemtech tu he. Orait, thanks babe.” Hana melayang senyuman terima-kasih-daun-keladi kepada saintis Samurai Group tu. “No problem bebeh.” Balas Nani ceria sambil mengenyitkan matanya.

Chemtech Sdn Bhd. Hmmm..


---

Rosebud says: Past ghost comes to haunt Hana..ngaaa.. Siapa Akid tu? Kenapa Hana takut sgt dengan Akid? Daim confessed! Tiba-tiba je kan. layankan je. nama pun cerita rekaan. hehe. happy reading. jgn lupa komen/bg nasihat yep.^^
p.s sila baca Mr Coke versus Cik Cupcake kat sini yep sini.. Thanks ><

Comments

  1. Wowooooo,mkin mndebarkn,encik penulis sile smbung cpattt

    ReplyDelete
  2. Wowooooo,mkin mndebarkn,encik penulis sile smbung cpattt

    ReplyDelete
  3. Siapa akid tu sbenarnya ek? akak cepat la smbung, xcted gila ne.hehe setiap hari msti tgk blog ne klu2 ada entry bru. bez la novel akak.suke3 :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku bukan Hana Tajima! 52

Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh. “Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam ni ya?) “Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni, apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau kau pergi, takkan s...

Projek 3 : H + A = Bahagian 7

Akira Dia ketawa. Dan aku tak mampu alihkan mata dari terus menikmati kedalaman lesung pipit parentesis yang terbenam di kedua belah pipinya. Ya Allah Aki, dia pensyarah kau kot. He’s the bloody Sir McGrumpy! Takkan ada spark kat mamat grumpy ni kot? Aku menarik getah rambut dan membiarkan rambut aku mengurai melepasi bahu. Dalam kelas tadi, seperti dijangka, dari Hadi the busker , dia berubah jadi Sir McGrumpy . Dan aku berdengus meluat. Satu kelas kena soal, kena maki dan kena jentik kepala. Dan kali ni dia bagi soalan mencabar keimanan. Can fish have a fever? Kepala bana dia tanya soalan KBAT macam ni. Apa kena mengena ikan demam dengan biomolekular? Dan markahnya 30 markah! Wargh betul rasa nak nangis. Lagi seronok, dia suruh hantar esok pagi pukul 7 tepat di pigeon hole dia. Kepala berjambul betul la. Haru dapat pensyarah zalim macam ni. Sejurus selepas dia bagi assignment gila ni, sempat dia menghantar pandangan ‘kata-aku-SirMcGrumpy-lagikan-sekarang-rasakan!’ ke arah...

Aku bukan Hana Tajima! 54

Tok tok. “Akak, sorry kacau.” Wajah Adibah muncul di sebalik muka pintu. Hana mendongak. Jarinya berhenti menekan papan kekunci laptop. “Ada apa Dibah?” Matanya menjamah wajah sentiasa ceria pekerjanya itu. “Akak busy ke? Dibah masuk boleh?” Tanya Adibah sambil memberi isyarat mahu masuk ke dalam pejabat Hana yang terletak di antara ruang depan kedai dan dapur. Nada suaranya seperti nursery rhymes , naik turun oktafnya, berirama. “Ya busy. Kenapa Dibah?” Mata Hana mencerun memerhatikan langkah selamba remaja itu yang terus masuk dan duduk di sofa sambil menepuk-nepuk ruang di sisinya, menyuruh Hana duduk sekali. “Duduklah sini kak. Hal penting ni nak cakap.” Pinta remaja itu. Hana menjungkit sebelah kening. Perasaan ragu-ragu membuak-buak dalam hatinya. Yelah, Adibah ni bukan boleh percaya sangat. Datang mental dia, jenuh nak melayan. “Nak minta cuti ke?” Duga Hana sambil melangkah ke arah remaja itu. Adibah menggeleng kepala. “Hish ke situ pula akak ni...