Semalam dan hari ni
sehari suntuk Hana cuba mengelakkan diri daripada bertembung dengan Daim.
Setiap kali telinganya menangkap bunyi derap kaki, bagai musang menanti mangsa,
alert, Hana akan memanjangkan batang lehernya, memerhati sekeliling. Hidungnya
akan dikembangkan seluas yang termampu, cuba menghidu wangian yang dipakai
lelaki tu.
Agak-agak kiranya ada
bau Tommy Hilfiger tu, Hana akan terus angkat kaki. Kalau nak pergi pantry pun,
dia akan pergi bukan pada masa yang selalu dia pergi. Setakat ni, strategi dia
berjaya. Batang hidung Daim langsung tak kelihatan, apatah lagi bertembung,
bertentang mata. Lega, lega.
Sepanjang dua hari ni,
Hana tak berani tak pakai baju-baju color block dia. Jadi, baju Maya yakni
jenis top-to-toe warna sepesen dipakainya. Kalau baju warna merah, tudung pun
mesti warna merah, seluar, kasut, semua warna merah. Lagi haru si Maya ni. Tapi
Hana hanya pakai baju Maya yang berwarna nude. Tak mahu tarik perhatian.
Kalaulah ada baju yang boleh sedondong dengan dinding dan keadaan sekeliling
macam Sherlock Holmes pakai tu, dah lama aku beli.
Hana memandang
pantulan dirinya pada cermin tandas. Dua hari ni jugaklah dia tak berjumpa
Budin dan kak Mida. Tak mahu koordinat kedudukan dirinya terkantoi. Dan, dua
hari ni jugak dia tak nampak Shuichi. Kalau jumpa mamat Jepun tu, gerenti akan
terjumpa si ungka malaun tu, tak mahu...
Berlipat leher Hana
menoleh bila bunyi flush kedengaran. Laa.. Ada orang ke? Saat pintu tandas
terbuka, Hana rasa macam darahnya semua dah berkumpul di kaki. Anytime je dia
akan pecut. Entah kenapa dadanya berdegup kencang. Takkanlah si ungka tu nak
masuk kat tandas perempuan. Merepek je aku ni. Hana cuba mententeramkan diri
tapi matanya masih menanti pintu tandas tu untuk terbuka habis.
Seorang lelaki tinggi
lampai, berpakaian sut hitam keluar dari tandas sambil mengelap tangannya
dengan tisu. Mata mereka bertembung. Hana ternganga, begitu jugak lelaki tu. Setelah
agak lama mereka bertentang mata, terlopong tanpa berkata walau sepatah pun,
Hana akhirnya tersedar. Okey, benda pertama kena buat ialah...pintu. Pecut ke
pintu sekarang!
Baru saja kaki
kanannya diatur ke depan, lelaki tinggi lampai itu melangkah melepasi Hana, menghalangnya.
“Long time no see.” Segaris senyuman terpatri di bibirnya.
I’m so dead.
Fikiran Hana blank.
Tak boleh berfikir langsung. Lelaki itu berjalan merapati Hana sambil matanya
masih menjilat segenap wajah gadis itu. Bibir Hana terketar-ketar. Perlahan,
kakinya terundur ke belakang. Pandangannya ditala ke arah lain. Tak sanggup
bertentangan mata dengan lelaki tu.
“You look different.”
Ujar lelaki tu, masih lagi merenungnya tanpa kelip. Hana tersentak apabila
belakangnya terlanggar sinki. Lelaki tinggi lampai itu hanya sekaki darinya.
“Hana?”
Lelaki tinggi lampai
itu menoleh, begitu juga dengan Hana. Wajah berkerut Daim terpacul di depan
pintu tandas. Hana menolak lelaki tinggi lampai itu sebelum bergegas keluar
dari situ. Tak mahu memanjangkan situasi yang sememangnya tak berpihak padanya.
Sekali pandang, nampak macam aku ni perempuan takda akhlak je. Hana memicit
kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Soalan yang sama bertubi-tubi di
benaknya,
“Kenapa dia ada kat
sini?”
-
Daim memandang lelaki
yang mempunyai ketinggian hampir sama dengannya. Muka boleh tahan. Gaya
sophisticated habis. Lelaki itu melangkah menghampiri Daim. Sambil melayang
segaris senyuman, tangan kanannya dihulur.
“Akid.”
“Daim.” Balas Daim,
menyambut huluran tangan lelaki bernama Akid itu.Senyuman berganti, genggaman bertemu. Dua lelaki itu diam tidak
bersuara. Masing-masing membaca fikiran masing-masing.
-
Hana meneguk sebotol
air mineral tanpa berhenti. Kepalanya cukup serabut. Pertemuan dengan Akid tadi
betul tarik 10 tahun nyawa dia. Ya Allah.. Apa dia buat kat sini? Mana dia tahu
aku ada kat sini? Kenapa dia yang keluar dari toilet tu? Kenapa bukan ungka ke
Budin ke?
“Siapa Akid?”
Air mineral dalam
mulut tersembur keluar. Hana terbatuk-batuk sambil menepuk dada. Tangan Daim tergerak sedikit, mahu membantu,
tapi bila teringatkan kata-kata Hana dulu, ‘Takda air sembahyang boleh
peganglah?’, terus Daim jatuhkan balik tangannya.
“Bagi salam dulu tak
boleh ke?” Marah Hana bila batuknya dah reda. Kalau aku ada sakit jantung, tak
ke tak pasal-pasal kau kena hantar aku pergi hospital?
Lelaki itu sekadar
menjungkit bahu. “Assamualaikum.”
Hana menjawab
salamnya.
“Akid tu siapa?”
“Entah.”
“Aku tanya baik-baik ni,
Akid tu siapa?”
“Tak tahu!”
“Kau buat apa kat
tandas lelaki tu?”
“Ha? Tandas lelaki?”
Kening Hana terjungkit. Bukan tandas perempuan ke tu? Daim menjulingkan mata.
“Kau tak sedar kau masuk tandas lelaki? Haii... Kau ni otak cap ayam ke apa ha.”
Hana melepaskan satu
keluhan berat. Cap ayam ke cap kasut ke, otak aku. Bukan otak hang. Hana
menjeling Daim. “Ada soalan lagi? Kalau ada, pergi tanya kaunter pertanyaan eh.”
Ujar Hana, sedikit kasar.
“Akid. Aku nak tahu,
siapa dia? Apa hubungan kau dengan dia?”
Mamat ni.. selagi aku
tak jawab, selagi tu dia takkan lepaskan aku. Masalah betul la. “Takda siapa.
Tak faham bahasa ke? Nak saya ejakan ke?” Balas Hana dingin. Sungguh, dia tak
nak cakap pasal lelaki tinggi lampai tu. Benda yang dah lepas, biarlah berlalu.
Tak sanggup nak gali carik balik.
“Kalau takda siapa,
kenapa muka kau macam nampak hantu bila tengok dia?” Tanya Daim lagi. Kali ni
suaranya semakin keras. Hana menggigit bibir. “Awak, saya betul tengah serabut
ni. Awak please jangan tanya siapa dia ke kenapa dia ada kat sini ke apa
hubungan dia dengan saya ke apa benda. Saya tak tahu okey. Saya betul-betul tak
tahu!” Hana meninggikan suara. Botol mineral hampir kemek digenggamnya.
Daim memandangnya lama
sebelum mengeluh berat. “Look Hana, I’m sorry I lied to you..about my leg.
Aku... Aku saja buat macam tu sebab...Sebab aku nak masa kau. Aku nak
jumpa kau setiap hari, aku nak tengok kau setiap hari. Aku.. I just want to be
with you. Sebab tu aku paksa kau jadi driver aku.” Perlahan, tapi cukup jelas
di telinga Hana.
Gadis itu membalas
pandangan mata Daim. Ya Allah.. Dia serius. Dia betul-betul serius. Hana
menelan air liur.
“Hana, aku.. Aku
s-sa—”
“Hana! Encik— Oh,
Encik Daim. Sorry kacau. Ni Hana, Encik Takahashi nak jumpa. Sekarang.” Nani
yang lengkap berkot makmal tiba-tiba muncul di muka pintu bilik Hana. Daim berdeham
kecil.
“I’ll talk to you
later.” Ujar Daim sebelum keluar dari bilik Hana. Nani memandang Daim sekilas
sebelum memandang Hana semula. “What was that?” Nani berjalan ke arah Hana.
Curious tengok suasana serius dalam bilik ni. Selalu bilik ni la bilik paling
haru sekali.
Hana menjungkti kedua
kening. “What was what? Mana ada apa-apa. Ni, bos panggil I apasal?” Hana
menukar topik. Tak sanggup nak beratkan kepala tentang confession Daim dengan
kemunculan Akid. Berat sangat tu. Adoi..
“Tak sure la Hana. Maybe
pasal MoU yang baru sign tu kot.” Balas Nani.
“Oh MoU dengan company
Chemtech tu he. Orait, thanks babe.” Hana melayang senyuman
terima-kasih-daun-keladi kepada saintis Samurai Group tu. “No problem bebeh.”
Balas Nani ceria sambil mengenyitkan matanya.
Chemtech Sdn Bhd.
Hmmm..
---
Rosebud says: Past ghost comes to haunt Hana..ngaaa.. Siapa Akid tu? Kenapa Hana takut sgt dengan Akid? Daim confessed! Tiba-tiba je kan. layankan je. nama pun cerita rekaan. hehe. happy reading. jgn lupa komen/bg nasihat yep.^^
p.s sila baca Mr Coke versus Cik Cupcake kat sini yep sini.. Thanks ><

Wowooooo,mkin mndebarkn,encik penulis sile smbung cpattt
ReplyDeleteWowooooo,mkin mndebarkn,encik penulis sile smbung cpattt
ReplyDeleteSiapa akid tu sbenarnya ek? akak cepat la smbung, xcted gila ne.hehe setiap hari msti tgk blog ne klu2 ada entry bru. bez la novel akak.suke3 :)
ReplyDelete