Skip to main content

Posts

Aku Bukan Hana Tajima 5* (Additional scene: Elevator)

Hana baru saja nak berlenggang-kangkung apabila pintu lif sedang tertutup. Terus kakinya memecut laju dan lagi beberapa inci pintu lif hampir terkatup, Hana sempat menyelitkan tubuhnya masuk ke dalam lif. Fuh, nasib baik sempat. Nafasnya berderu laju. Dah lama tak rasa adrenaline rush macam ni. “Kau bajet Cat Woman ke apa buat stunt macam tu?” Tegur satu suara garau. Terus menyeringai wajahnya. Kenapalah kuat sangat jodoh aku dengan si ungka ni? Asyik bertembung je. Adoiyai! Perlahan-lahan dia memalingkan tubuh dan wajah tiada hati dan perasaan Daim menghiasi pandangan matanya. Lelaki itu sedang menyandar pada dinding lif sambil kedua tangannya memegang palang lif. Gaya macam model pakaian Calvin Klein dalam majalah. Hana menarik muka menyampah. “Kalau kau tak nak kena cakar dengan Cat Woman, baik kau diam.” Balas dia sambil mencerun tajam wajah lelaki itu. Daim memandangnya untuk beberapa saat sebelum ketawa berdekah-dekah. Sempat tangannya meraup ke belakang rambut i...

Temporarily only. :)

Assalamualaikum semua! Mungkin ramai yang perasaan, saya privatekan blog ni for few weeks. So ramai tak boleh buka blog  ni. Sorry bebanyak. Cerita ABHT masih dlm pembikinan. Saya sedang edit even bab-bab awal. So banyak amendment jadi especially part Hana & Daim sedang berseteru. Tapi saya tak upload yg dah amend sbb impian saya nak bukukan cerita tak seberapa ni (insya Allah ada rezeki, doakan ya). so to attract you guys baca buku tu nanti, saya takkan upload edited version punya. (devilish smile) hehe. okay maybe saya upload certain scenes baru. we'll see. :P Anyway, jangan risau, saya takkan sesekali abandon ABHT. it's my baby. Mungkin saya akan upload new chapter mungkin tak. sbb dah nak ke penghujungnya pun. Publishers slalu tak nak ambil cerita yg dah ada ending di alam maya. Minta semua faham ya jika tiada update.  I'm working on this humble story now. Insya Allah. Hopefully ada publisher yg sudi menerima dan publishkan. Anyone know any publisher ...

Aku bukan Hana Tajima! 54

Tok tok. “Akak, sorry kacau.” Wajah Adibah muncul di sebalik muka pintu. Hana mendongak. Jarinya berhenti menekan papan kekunci laptop. “Ada apa Dibah?” Matanya menjamah wajah sentiasa ceria pekerjanya itu. “Akak busy ke? Dibah masuk boleh?” Tanya Adibah sambil memberi isyarat mahu masuk ke dalam pejabat Hana yang terletak di antara ruang depan kedai dan dapur. Nada suaranya seperti nursery rhymes , naik turun oktafnya, berirama. “Ya busy. Kenapa Dibah?” Mata Hana mencerun memerhatikan langkah selamba remaja itu yang terus masuk dan duduk di sofa sambil menepuk-nepuk ruang di sisinya, menyuruh Hana duduk sekali. “Duduklah sini kak. Hal penting ni nak cakap.” Pinta remaja itu. Hana menjungkit sebelah kening. Perasaan ragu-ragu membuak-buak dalam hatinya. Yelah, Adibah ni bukan boleh percaya sangat. Datang mental dia, jenuh nak melayan. “Nak minta cuti ke?” Duga Hana sambil melangkah ke arah remaja itu. Adibah menggeleng kepala. “Hish ke situ pula akak ni...