Skip to main content

Aku bukan Hana Tajima! 15

“Berapa semua ni dik?”

Hana menghulurkan sebungkus beg plastik penuh dengan donat, goreng pisang dan cekodok. “Lima ringgit je kak.” Senyuman manis terukir dibibirnya. Beberapa helai not seringgit bertukar tangan.

“Terima kasih. Saya jual ya.” Ujar Hana. 

“Sama-sama. Saya beli.”

Makcik Mia menarik segaris senyum. Senang hati tengok anak gadis sorang ni. Pagi-pagi lagi lepas Subuh dia dah menapak depan rumah menunggunya keluar dari rumah untuk menyiram pokok. Katanya hari ni dia tak bekerja, jadi daripada dia duduk melangok kat rumah tengok cerita Korea, baik datang sini. Makcik Mia tersenyum teringat kekalutan Hana membantunya buat acuan donat dan cekodok. Bukan main comot lagi. Selekeh betul. Nasib baik dia ni jenis tak cepat putus asa. Semua kerja dibuat. Sikit pun dia tak mengeluh.

“Ha berangan!” Sergah Hana sambil memegang kedua bahu makcik Mia. Orang tua tu terkejut. Tangannya memegang dada. Nasib baik tak terbalik kuali ni. Matanya singgah pada Hana yang sudah gelak mengekeh. “Oh gelakkan makcik he!” Pinggang anak gadis itu dicucuk-cucuk.

Hana ketawa sakan. Dicuba sedaya-upaya menepis tangan makcik Mia, tapi makcik sorang ni cekal hati betul. Tangan macam ketam. Dush dush. Adoi. Sakit pinggang aku. “Okei makcik, sori sori. Hana janji Hana buat lagi!” Akhirnya Hana berlari ke balik tiang, dengan harapan makcik Mia boleh tak nampak dia.

Orang tua tu tergelak kecil. “Hana ingat badan Hana tu slim sangat ke?” Setepek aku kena. Ceh. Hana mencebik. “Alaa makcik jeles Hana straight cut.” Lagi besar tawa makcik Mia. Pipi Hana dicubit lembut.

“Aaa sakit..” Rengek Hana manja.

Makcik Mia tersenyum. “Mengada-ngada anak makcik sorang ni.” Kepala Hana diusap-usap bagai anak kecil. Hana memejamkan mata. Menikmati saat-saat dimanjakan macam ni. Bukan senang dapat bermanja dengan mak orang. Hehe.

“Hana, makcik tanya satu benda boleh?”

Tanya makcik Mia. Wajahnya serba-salah. Hana memandang wanita separuh abad itu sambil bibirnya mengukir senyum. Kepala diangguk sekali. “Tanyalah. Makcik nak tanya apa-apa pun boleh, tapi jangan tanya pasal kahwin dah. Sensitip tu!” Ngomel Hana, rasa simpati kat diri sendiri pun ada. Orang lain semua heboh berchenta sana berchenta sini. Aku pulak, berchenta dengan donat makcik Mia je la yang mampu.

“Makcik nak Hana jawab betul-betul ya. Janji?” Makcik Mia merenung anak mata gadis itu. Hana menelan air liur. Alamak, serius mode la pulak makcik ni.

“Eh makcik ni, kalah Inspektor. Buat Hana suspen je. Kenapa ni makcik? Makcik sakit ke?” Tanya Hana. Risau jugak kalau-kalau dia nak tanya aku ni ada lesen doktor ke tidak, mana tahu dia nak aku rawat penyakit rahsia dia. Ha mulalah aku ni nak mengarut. Banyak sangat tengok drama Korea. Ni la padahnya! Fokus, Hana, fokus.

“Janji kat makcik, Hana?” Beriya makcik tu bertanya. Hana akhirnya mengangguk.

“Okey, Hana janji. Apa dia makcik?”

Tangan Hana dipegang dan diusap lembut. “Hana ada mak ayah?”

Senyuman Hana terus mati sejurus mendengar soalan yang keluar dari bibir wanita itu. Mak ayah? Hana menarik nafas dalam-dalam. Dibiarkan soalan wanita tua itu tidak berjawab. Makcik Mia mengeratkan pegangan tangannya, setia menunggu jawapan dari mulut anak gadis itu.

Dah lama dia simpan soalan ni. Sepanjang mereka berjiran, dia tak pernah nampak Hana berjumpa dengan sesiapa pun kecuali Jannah, Maya, Budin dan Mida. Sebulan sekali, ada juga kadang-kadang tu Jannah dan Maya bawa mak ayah mereka singgah ke rumahnya. Kadang-kadang ke gerainya. Tapi, Hana tak pernah. Pernah ditanya soalan ni kepada Jannah, tapi anak gadis tu hanya tersenyum. Katanya, Hana sorang je tahu jawapan untuk soalan tu.

“Siapa takda mak ayah makcik?” Balas Hana. Bibirnya tersenyum pahit.

“Mana mak ayah Hana?” Tanya makcik Mia lembut.

Hana menjungkit bahu. “Entah makcik, Hana tak ingat. Yang Hana ingat.. makcik sorang je. Apa kata makcik jadi mak Hana. Boleh?” Matanya memandang wajah makcik Mia. Wajahnya yang tadi kelihatan hampir menangis berubah ceria. Makcik Mia tersenyum.

“Boleh nak, apa tak boleh? Makcik dah anggap Hana macam anak makcik sendiri.” Ditarik tubuh Hana dan dipeluk anak gadis itu erat. Hana membalas pelukan wanita itu.

“Terima kasih makcik.” Bisik Hana. Makcik Mia mengangguk. “Mak cik, Hana pun nak tanya makcik satu benda boleh?” Tanya Hana sebaik pelukan mereka terlerai. “Apa dia nak?”

“Makcik ada anak?” Pandangan Hana masih melekat pada wajah tenang makcik Mia. Wanita berusia 50-an itu mengangguk. “Makcik ada dua orang anak. Sorang anak lelaki, sorang anak perempuan.” Jari telunjuk dan jari tengah diluruskan.

Hana terangguk-angguk. Melepaslah peluang kitaorang nak jadi menantu makcik Mia. Dia ada sorang je anak lelaki rupanya. Baik aku book awal-awal. “Diaorang kerja jauh he makcik? Tak pernah nampak diaorang pun.”

Makcik Mia menggeleng kepala. Pipi Hana dipegang. “20 tahun.” Ujar makcik Mia. Pandangannya jatuh pada tangan Hana.

 “20 tahun?”

Laa umur anak dia 20 tahun ke? Melepaslah aku nak jadi menantu makcik ni. 5 tahun tu beza. Tak boleh tak boleh. Baby lagi tu Hana. Kau tu dah tua bangka. Hana hampir-hampir mengeluh. Nasib baik sempat control. Tapi, trend apa sekarang kahwin dengan lelaki muda. Kan?

“Hm.. 20 tahun makcik tak jumpa anak-anak makcik.” Suara makcik Mia berubah perlahan dan tersekat-sekat. Hana terkesima. Alamak. Ingatkan umur anak dia. Itulah, tanya soalan tak reti nak fikir dulu. Bodohnya kau ni Hana, bodoh, bodoh. Lengan makcik Mia dipegang erat.

“Kalau makcik tak mahu cerita, takpa. Hana faham. Takpa makcik. Makcik tak cerita pun takpa. Okey?” Hana tak nak makcik Mia rasa terbeban ke apa. Isu sensitif ni. Anak kan.
Makcik Mia tersenyum hambar. “Untung mak Hana ada anak macam Hana ni.”

Hana tersengih. “Kan? Rugi je dia tinggalkan Hana.”

Makcik Mia tak terkata. Tinggalkan?

“Dik donut dua ringgit dik.” Tegur seorang pelanggan.

 “Okei, siap.” Hana terus bangun sambil memegang bahu makcik Mia sebelum menyediakan pesanan pelanggan tu. Makcik Mia memandang Hana untuk sesaat dua. Nafas dihela panjang sebelum dia turut bangun. Pisang bersalut tepung dimasukkan ke dalam minyak panas.

Apa kisah hidup Hana sebenarnya?


---



Rosebud says: the mystery starts now. happy reading ^^

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku bukan Hana Tajima! 50

Hana mengucup pipi gebu bayi perempuan yang diberi nama Lulu Jinan. “Comelnya dia kak. Memang sebiji ikut muka Hana. Comel menawan memukau jiwa.” Usik gadis itu. Matanya masih setia menjamah setiap inci wajah comel anak kak Mida, mengagumi keindahan ciptaan agung Tuhan Yang Maha Mulia. “Itulah.. Kesian anak aku... Apa laa nasib dia..” Rintih kak Mida sambil mengusap ubun-ubun anaknya itu. Hana menarik muka. “Eh kak, muka macam Hana ni muka bawa tuah tau tak?” Dijeling kak Mida habis-habisan. “Kau ni datang seorang je ke?” Kak Mida mengalihkan pandangannya pada wajah lembut Hana pula. Gadis itu mengerutkan dahi. “Laa kan datang bertiga ni.” Jawab Hana nakal. Kak Mida menepuk lengannya. “Tak pernah nak jawab elok-elok kalau akak tanya kan!” Bebel kak Mida. Hana tergelak besar. “Kak, kenapa Lulu Jinan? Akak ambil dari Cartoon Network ke? Kenapa tak bubuh Hana Jelita ke Hana Indah ke. Baru la glamorous.” Pipi Lulu Jinan dikucup lagi. Subhanallah, bahagianya hati ni dapa...

Aku bukan Hana Tajima! 52

Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh. “Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam ni ya?) “Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni, apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau kau pergi, takkan s...

Aku bukan Hana Tajima! 53

Bawang yang telah dipotong dadu bersama lobak merah, cili dan asparagus digaul bersama telur yang sudah dipukul sebelum labu yang telah direbus dan nasi dimasukkan ke dalam campuran sayur-sayuran dan telur tersebut. Sesudu madu kemudian digaul sebati bersama dengan secubit garam sesedap rasa. Akhir sekali, campuran itu diletakkan ke dalam bekas plastik cupcake sebelum dimasukkan ke dalam microwave selama lima minit. Hana mengoyak segaris senyuman. Resipi kek nasi ni dia peroleh daripada salah seorang pelanggan tetap kedainya, Jinhee. Gadis yang sebaya dengannya itu berasal dari Korea. Masa kali pertama Jinhee menjejak kaki ke kedainya, Hana dah mula rasa lain macam. Yelah, sekarangkan tengah gelombang Kpop, Running Man bagai. Haruslah teruja sikit bila jumpa geng kpop ni. Masa tu Hana tatap muka dia habis-habis. Mata dia sepet tapi muka tak macam orang Cina kita. Muka Jepun pun tak. Sah Korea! Terus Hana bergerak ke kaunter dan menolak bahu pekerjanya, Adibah, ke tepi sambi...