“Berapa semua ni dik?”
Hana menghulurkan
sebungkus beg plastik penuh dengan donat, goreng pisang dan cekodok. “Lima
ringgit je kak.” Senyuman manis terukir dibibirnya. Beberapa helai not
seringgit bertukar tangan.
“Terima kasih. Saya
jual ya.” Ujar Hana.
“Sama-sama. Saya
beli.”
Makcik Mia menarik
segaris senyum. Senang hati tengok anak gadis sorang ni. Pagi-pagi lagi lepas
Subuh dia dah menapak depan rumah menunggunya keluar dari rumah untuk menyiram
pokok. Katanya hari ni dia tak bekerja, jadi daripada dia duduk melangok kat
rumah tengok cerita Korea, baik datang sini. Makcik Mia tersenyum teringat
kekalutan Hana membantunya buat acuan donat dan cekodok. Bukan main comot lagi.
Selekeh betul. Nasib baik dia ni jenis tak cepat putus asa. Semua kerja dibuat.
Sikit pun dia tak mengeluh.
“Ha berangan!” Sergah
Hana sambil memegang kedua bahu makcik Mia. Orang tua tu terkejut. Tangannya
memegang dada. Nasib baik tak terbalik kuali ni. Matanya singgah pada Hana yang
sudah gelak mengekeh. “Oh gelakkan makcik he!” Pinggang anak gadis itu
dicucuk-cucuk.
Hana ketawa sakan.
Dicuba sedaya-upaya menepis tangan makcik Mia, tapi makcik sorang ni cekal hati
betul. Tangan macam ketam. Dush dush. Adoi. Sakit pinggang aku. “Okei makcik,
sori sori. Hana janji Hana buat lagi!” Akhirnya Hana berlari ke balik tiang,
dengan harapan makcik Mia boleh tak nampak dia.
Orang tua tu tergelak
kecil. “Hana ingat badan Hana tu slim sangat ke?” Setepek aku kena. Ceh. Hana
mencebik. “Alaa makcik jeles Hana straight cut.” Lagi besar tawa makcik Mia.
Pipi Hana dicubit lembut.
“Aaa sakit..” Rengek
Hana manja.
Makcik Mia tersenyum.
“Mengada-ngada anak makcik sorang ni.” Kepala Hana diusap-usap bagai anak
kecil. Hana memejamkan mata. Menikmati saat-saat dimanjakan macam ni. Bukan
senang dapat bermanja dengan mak orang. Hehe.
“Hana, makcik tanya
satu benda boleh?”
Tanya makcik Mia.
Wajahnya serba-salah. Hana memandang wanita separuh abad itu sambil bibirnya
mengukir senyum. Kepala diangguk sekali. “Tanyalah. Makcik nak tanya apa-apa
pun boleh, tapi jangan tanya pasal kahwin dah. Sensitip tu!” Ngomel Hana, rasa
simpati kat diri sendiri pun ada. Orang lain semua heboh berchenta sana
berchenta sini. Aku pulak, berchenta dengan donat makcik Mia je la yang mampu.
“Makcik nak Hana jawab
betul-betul ya. Janji?” Makcik Mia merenung anak mata gadis itu. Hana menelan
air liur. Alamak, serius mode la pulak makcik ni.
“Eh makcik ni, kalah
Inspektor. Buat Hana suspen je. Kenapa ni makcik? Makcik sakit ke?” Tanya Hana.
Risau jugak kalau-kalau dia nak tanya aku ni ada lesen doktor ke tidak, mana
tahu dia nak aku rawat penyakit rahsia dia. Ha mulalah aku ni nak mengarut.
Banyak sangat tengok drama Korea. Ni la padahnya! Fokus, Hana, fokus.
“Janji kat makcik, Hana?”
Beriya makcik tu bertanya. Hana akhirnya mengangguk.
“Okey, Hana janji. Apa
dia makcik?”
Tangan Hana dipegang
dan diusap lembut. “Hana ada mak ayah?”
Senyuman Hana terus
mati sejurus mendengar soalan yang keluar dari bibir wanita itu. Mak ayah? Hana
menarik nafas dalam-dalam. Dibiarkan soalan wanita tua itu tidak berjawab.
Makcik Mia mengeratkan pegangan tangannya, setia menunggu jawapan dari mulut
anak gadis itu.
Dah lama dia simpan
soalan ni. Sepanjang mereka berjiran, dia tak pernah nampak Hana berjumpa
dengan sesiapa pun kecuali Jannah, Maya, Budin dan Mida. Sebulan sekali, ada
juga kadang-kadang tu Jannah dan Maya bawa mak ayah mereka singgah ke rumahnya.
Kadang-kadang ke gerainya. Tapi, Hana tak pernah. Pernah ditanya soalan ni
kepada Jannah, tapi anak gadis tu hanya tersenyum. Katanya, Hana sorang je tahu
jawapan untuk soalan tu.
“Siapa takda mak ayah
makcik?” Balas Hana. Bibirnya tersenyum pahit.
“Mana mak ayah Hana?”
Tanya makcik Mia lembut.
Hana menjungkit bahu.
“Entah makcik, Hana tak ingat. Yang Hana ingat.. makcik sorang je. Apa kata
makcik jadi mak Hana. Boleh?” Matanya memandang wajah makcik Mia. Wajahnya yang
tadi kelihatan hampir menangis berubah ceria. Makcik Mia tersenyum.
“Boleh nak, apa tak
boleh? Makcik dah anggap Hana macam anak makcik sendiri.” Ditarik tubuh Hana
dan dipeluk anak gadis itu erat. Hana membalas pelukan wanita itu.
“Terima kasih makcik.”
Bisik Hana. Makcik Mia mengangguk. “Mak cik, Hana pun nak tanya makcik satu
benda boleh?” Tanya Hana sebaik pelukan mereka terlerai. “Apa dia nak?”
“Makcik ada anak?”
Pandangan Hana masih melekat pada wajah tenang makcik Mia. Wanita berusia 50-an
itu mengangguk. “Makcik ada dua orang anak. Sorang anak lelaki, sorang anak
perempuan.” Jari telunjuk dan jari tengah diluruskan.
Hana terangguk-angguk.
Melepaslah peluang kitaorang nak jadi menantu makcik Mia. Dia ada sorang je
anak lelaki rupanya. Baik aku book awal-awal. “Diaorang kerja jauh he makcik?
Tak pernah nampak diaorang pun.”
Makcik Mia menggeleng
kepala. Pipi Hana dipegang. “20 tahun.” Ujar makcik Mia. Pandangannya jatuh
pada tangan Hana.
“20 tahun?”
Laa umur anak dia 20
tahun ke? Melepaslah aku nak jadi menantu makcik ni. 5 tahun tu beza. Tak boleh
tak boleh. Baby lagi tu Hana. Kau tu dah tua bangka. Hana hampir-hampir
mengeluh. Nasib baik sempat control. Tapi, trend apa sekarang kahwin dengan
lelaki muda. Kan?
“Hm.. 20 tahun makcik
tak jumpa anak-anak makcik.” Suara makcik Mia berubah perlahan dan
tersekat-sekat. Hana terkesima. Alamak. Ingatkan umur anak dia. Itulah, tanya
soalan tak reti nak fikir dulu. Bodohnya kau ni Hana, bodoh, bodoh. Lengan
makcik Mia dipegang erat.
“Kalau makcik tak mahu
cerita, takpa. Hana faham. Takpa makcik. Makcik tak cerita pun takpa. Okey?”
Hana tak nak makcik Mia rasa terbeban ke apa. Isu sensitif ni. Anak kan.
Makcik Mia tersenyum
hambar. “Untung mak Hana ada anak macam Hana ni.”
Hana tersengih. “Kan?
Rugi je dia tinggalkan Hana.”
Makcik Mia tak
terkata. Tinggalkan?
“Dik donut dua ringgit
dik.” Tegur seorang pelanggan.
“Okei, siap.” Hana terus bangun sambil
memegang bahu makcik Mia sebelum menyediakan pesanan pelanggan tu. Makcik Mia
memandang Hana untuk sesaat dua. Nafas dihela panjang sebelum dia turut bangun.
Pisang bersalut tepung dimasukkan ke dalam minyak panas.
Apa kisah hidup Hana
sebenarnya?
---
Rosebud says: the mystery starts now. happy reading ^^

fuhhhh, Siap ada misteri lg. . . :D
ReplyDelete