Skip to main content

Aku bukan Hana Tajima! 18

Sepasang mata coklat gelap tu merenungnya kembali. Hanya deru nafas saja yang menemani mereka saat tu. Daim memejamkan mata. Tangan kanannya dirapatkan ke dada.

Dup dap. Dup dap.

Apa kena dengan aku ni? Lajunya. Slow down sikit weh. Nak kejar ke mana laju macam ni. Daim mengurut dada. Jantungnya berdegup mengalahkan Watson Nyambek. Tak boleh jadi ni. Dia terus bangkit menuju ke treadmill yang terletak di hujung ruang tamu.

Kelajuan 14 km/jam. Daim berlari bagai nak gila. Cuba nak lupakan renungan mata dia. Wangian yang dia pakai. Hmm wangi.. Bau bunga. Lavender? Rose? Bunga matahari? Bunga kertas? Bunga kertas ada bau ke? Entah. Tapi wangi. Sangat wangi. Sampai boleh bau dalam mimpi.

Damn.

Kau boleh stop fikir pasal dia tak wahai otak? Daim menekan butang stop pada treadmill. Dadanya turun naik. Berombak laju. Kan bagus kalau boleh tekan butang stop kat otak ni. Ha, lepas tu kojol. Tamau.. Daim tergelak kecil. Tuala goodmorning yang tersangkut di handle treadmill diambil. Peluh yang berjurai di dahi dan leher dikesat.

“Kau ni...sihat ke tak?” Satu suara menyapa. Daim menoleh.

Shuichi mencampak beg galasnya ke atas meja sebelum menghenyak tubuhnya ke sofa. “Sihat. Apasal kau tanya?” Tuala disangkut ke bahu kanan. Matanya mendarat pada sepupunya yang kelihatan penat. Shuichi melonggarkan tali leher.

“Kau kejap muka risau, kejap lagi gelak sorang-sorang. Sebab tu aku tanya, sihat ke tak? Ada apa-apa jadi ke?” Stokin ditanggalkan dan dicampak ke atas meja. Daim hanya memerhati tanpa bersuara. Mamat Jepun saja nak test keimanan aku ke apa ni? Dilabuhkan punggung di sebelah Shuichi yang kekal menampal muka penuh tanda tanya.

Daim menggeleng. “Kau dari mana ni? Lembik semacam. Itulah, aku suruh ambil vitamin tak nak. Sombong.” Dipandang Shuichi dengan pandangan riak campur takabur.

Shuichi tak terkata sebentar. Cuba nak digest apa yang baru didengar dari mulut Daim. Sombong? Terasa melambung naik suhu badannya.

“Oh aku sombong? Tak nak ambil vitamin? Kau, kalau aku bagi penumbuk sebijik. Aku dari events yang sepatutnya kau, sebagai anak kepada owner Samurai Group, pergi. Tapi sebaliknya, aku yang pergi! Dan kau, kat rumah, layan treadmill, gelak sorang-sorangkan. Don’t you dare telling me to take vitamin!” Penumbuk kanan dihala ke muka Daim.

Lelaki tu tergelak besar. “Jangan nak poyo la bro. You were enjoying yourself. Berapa banyak date kau dah book?” Daim mendepakan tangan, memaut sofa. Bukannya semalam dia kenal si Shuichi ni. Dari kecik. Sejak lahir. Bau peluh, bau kentot, bau sendawa masing-masing dah kenal, dah masak sangat dah. Tak payahlah nak kelentong.

Shuichi menjeling sebelum akhirnya tergelak juga. “Cukup la jugak untuk cover dua bulan hidup aku yang kesunyian ni.” Balas lelaki berbangsa Jepun tu tanpa segan silu. Daim menggeleng. Dah agak dah. Dua bulan dates? Mahu cecah berpuluh perempuan dia sapu.
“Kau nak book sikit tak?” Tanya Shuichi.
Mata Daim menerkam wajah selamba Shuichi. “Hai, hai, *jodan da yo. Joke, joke.” Bahu Daim ditepuk-tepuk, cuba memujuk. Walaupun Shuichi ni pemenang pingat emas Judo, tapi tu dalam gelangang. Kalau street fight, memang si baran ni menang. Tak berani nak challenge. Tempah bala tu namanya.(*Jodan da yo= gurau je)

Tahu takut. Daim menarik sengih. Haruman bunga tu datang lagi. Oh tidak... Renungan matanya memanah ke dasar hati. Allah. Dah bermadah berahi pulak dah aku ni. Daim menggaru kepala. Argh..serabutnya!Kenapa perempuan buta warna tu semedang menyusahkan hidup aku!

“Kau ni kenapa?” Shuichi dah berkerut. Tak pasal-pasal dengan aku aku sekali rasa serabut. Masalah betul la mamat ni. Daim tergaru-garu lagi. Kali ni lehernya pulak jadi mangsa.
“Kau ada gatal-gatal ke? Alergik?” Shuichi menarik tangan Daim yang masih tergaru-garu, nak melihat sebarang bintik-bintik merah di leher sepupu tercinta ni. Daim menepis. Rimas dengan sifat kebapaan Shuichi. Layan aku macam perempuan.

Kepala digeleng. Daim membiarkan Shuichi memandangnya lama. Marah la tu. “So, what the hell is your problem man?” Nada suara Shuichi berubah serius. Dahlah urat-urat aku rasa macam nak tercabut dah ni, kau pulak banyak songehnya.

“I don’t know okey! Aku tak tahu apa masalah aku!”

Shuichi tak terkata. Ni kali pertama ni tengok Daim berkelakuan begini. Macam mak kucing hilang laki. Meroyan. “*Kiite! Ochitsuite ne.” Bahu Daim dipegang erat. Daim menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan.(*Kiite=Dengar sini! Ochitsuite= Relaks! Calm down.)

“Good. Okey, now, tell me, what happened?” Setelah keserabutan Daim mula surut, Shuichi memulakan sesi kewartawanannya. Mulut Daim seolah terkunci. Sesungguhnya, hatinya masih lagi berdebar hebat. Apa dah jadi ni sebenarnya?

Shuichi terdiam.  Aik, tak boleh bercakap pulak? Pelik ni. Serius pelik. Dia salah makan ke? Atau.. “Kau dah jumpa mak kau?” Tegak terus badan Shuichi.

“Kau ni, kalau aku kata kau bodoh, kecik hati pulak nanti.” Ujar Daim, mengeraskan suaranya. Shuichi kembali menyandar. Tak jumpa lagi la tu. Jadi kenapa dengan mamat ni?

Wajah Daim dipandang sekali lagi. “Kau...”

“Apa?” Tanya Daim sambil menjungkit kening.

Shuichi diam sekejap sebelum menggeleng kepala. Macam mustahil je mamat hati kering ni nak bercintan-cintun. “Takda apa-apa la.”

Daim berdengus. “Kau nak cakap, cakap. Jangan berhenti tengah jalan. Kasi gua panas je.” Dia terus bangun dan mengeliat. Nak membetulkan segala ketegangan urat-urat dan dengan harapan dapat mengurangkan debaran di dada yang tak reti-reti nak surut ni.

“Nak pergi mana? Makan jom. Aku laparlah.” Shuichi menekan punggung Daim dengan kakinya. Daim menoleh. “Kari?” Shuichi angguk.

“Kau belanja.”

Shuichi menggeleng.

“Mangkuk ayun!”

Stokin Shuichi di atas meja dicampak ke muka sepupunya tu. Shuichi gelak besar bila hidungnya menangkap bau yang mampu membantutkan selera makan sebulan. Cis. Kalau refleks aku laju sikit dari tangan si ungka ni-bak kata Hana, gerenti aku dapat elak tadi. Ha, cakap pasal Hana. “Eh Hana cuti he hari ni?” Shuichi bertanya. Seharian suntuk tak nampak kelibat gadis tu. Selalunya, dari lobi dah dapat rasa keaktifan Hana tu.

Daim terasa seperti lehernya dijerut. Hana?

“Mana aku tahu! Aku tak suka perempuan gila tu!” Jerkah Daim sekuat tenaga batin. Shuichi memandang sekeliling. Tangannya mencengkam sofa. Ingatkan gempa bumi la tadi. Terus ditendang kaki sepupunya tu. “Kau ni kenapa? Aku tanya baik-baik kan?” Marah Shuichi. Geram tiba-tiba kena tengking percuma macam tu je.

“Aku dah kata aku tak tahu, tak tahulah!” Balas Daim, masih  meninggi suaranya. Shuichi mengerutkan muka. “Kalau tak tahu pasal Hana, cakap baik-baik tak boleh?” Shuichi bangun. Mahu bertumbuk kejap lagi ni.

Daim berdengus. “Kau jangan sebutlah nama perempuan gila tu.”

Terus hilang kerutan pada dahi Shuichi. Mak aih. Bukan main kendur lagi suara mamat ni bila sebut pasal Hana. Misteri ni. Ada apa-apa jadi ke? Gaduh? “Kau gaduh dengan Hana ke?” Tanya Shuichi lembut.

Kepala digeleng. “Dah tu? Kenapa?”

Keluhan berat dilepaskan. Daim kembali duduk. Matanya mencerun pada karpet. “Wakaranai..”(*Wakaranai=Tak tahulah..)

Uih, berat ni. Tak pernah-pernah aku tengok mamat ni macam ni. Muka takda cahaya langsung. Awan petir beratur atas kepala dia. Parah ni. Shuichi membetulkan posisi dia duduk. “Dia belasah kau? Sepak kau? Tumbuk kau? Blackmail kau?” Bertubi-tubi soalan menerjah telinganya.

Wajah Daim berubah riak. Bahu Shuichi dipegang erat.

“Thanks bro! Thank you! Yes! Yes!” Daim terus bangun dengan wajah yang ceria. Tangan kanannya digenggam banyak kali sambil bibirnya tak henti menyebut ‘Yes’. Shuichi memandangnya, tak terkata, tercengang.

“You’re welcome.” Dahi Shuichi bertambah kerut. 

Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?


---

Rosebud says: Dalam sibuk2, dapat jugak upload next chap. Uh hooo~ Happy reading (wlpun sedikit pendek. moga enjoy ><)

Comments

  1. orang yg baca pun dup dap dup dap jugak..hehe

    ReplyDelete
  2. what Happen. . . ? ? ?





    To The Next Chapter. . . hiihiihii. . . :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku bukan Hana Tajima! 50

Hana mengucup pipi gebu bayi perempuan yang diberi nama Lulu Jinan. “Comelnya dia kak. Memang sebiji ikut muka Hana. Comel menawan memukau jiwa.” Usik gadis itu. Matanya masih setia menjamah setiap inci wajah comel anak kak Mida, mengagumi keindahan ciptaan agung Tuhan Yang Maha Mulia. “Itulah.. Kesian anak aku... Apa laa nasib dia..” Rintih kak Mida sambil mengusap ubun-ubun anaknya itu. Hana menarik muka. “Eh kak, muka macam Hana ni muka bawa tuah tau tak?” Dijeling kak Mida habis-habisan. “Kau ni datang seorang je ke?” Kak Mida mengalihkan pandangannya pada wajah lembut Hana pula. Gadis itu mengerutkan dahi. “Laa kan datang bertiga ni.” Jawab Hana nakal. Kak Mida menepuk lengannya. “Tak pernah nak jawab elok-elok kalau akak tanya kan!” Bebel kak Mida. Hana tergelak besar. “Kak, kenapa Lulu Jinan? Akak ambil dari Cartoon Network ke? Kenapa tak bubuh Hana Jelita ke Hana Indah ke. Baru la glamorous.” Pipi Lulu Jinan dikucup lagi. Subhanallah, bahagianya hati ni dapa...

Aku bukan Hana Tajima! 52

Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh. “Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam ni ya?) “Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni, apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau kau pergi, takkan s...

Aku bukan Hana Tajima! 53

Bawang yang telah dipotong dadu bersama lobak merah, cili dan asparagus digaul bersama telur yang sudah dipukul sebelum labu yang telah direbus dan nasi dimasukkan ke dalam campuran sayur-sayuran dan telur tersebut. Sesudu madu kemudian digaul sebati bersama dengan secubit garam sesedap rasa. Akhir sekali, campuran itu diletakkan ke dalam bekas plastik cupcake sebelum dimasukkan ke dalam microwave selama lima minit. Hana mengoyak segaris senyuman. Resipi kek nasi ni dia peroleh daripada salah seorang pelanggan tetap kedainya, Jinhee. Gadis yang sebaya dengannya itu berasal dari Korea. Masa kali pertama Jinhee menjejak kaki ke kedainya, Hana dah mula rasa lain macam. Yelah, sekarangkan tengah gelombang Kpop, Running Man bagai. Haruslah teruja sikit bila jumpa geng kpop ni. Masa tu Hana tatap muka dia habis-habis. Mata dia sepet tapi muka tak macam orang Cina kita. Muka Jepun pun tak. Sah Korea! Terus Hana bergerak ke kaunter dan menolak bahu pekerjanya, Adibah, ke tepi sambi...