Sepasang mata coklat
gelap tu merenungnya kembali. Hanya deru nafas saja yang menemani mereka saat
tu. Daim memejamkan mata. Tangan kanannya dirapatkan ke dada.
Dup dap. Dup dap.
Apa kena dengan aku
ni? Lajunya. Slow down sikit weh. Nak kejar ke mana laju macam ni. Daim
mengurut dada. Jantungnya berdegup mengalahkan Watson Nyambek. Tak boleh jadi
ni. Dia terus bangkit menuju ke treadmill yang terletak di hujung ruang tamu.
Kelajuan 14 km/jam.
Daim berlari bagai nak gila. Cuba nak lupakan renungan mata dia. Wangian yang
dia pakai. Hmm wangi.. Bau bunga. Lavender? Rose? Bunga matahari? Bunga kertas?
Bunga kertas ada bau ke? Entah. Tapi wangi. Sangat wangi. Sampai boleh bau
dalam mimpi.
Damn.
Kau boleh stop fikir
pasal dia tak wahai otak? Daim menekan butang stop pada treadmill. Dadanya
turun naik. Berombak laju. Kan bagus kalau boleh tekan butang stop kat otak ni.
Ha, lepas tu kojol. Tamau.. Daim tergelak kecil. Tuala goodmorning yang
tersangkut di handle treadmill diambil. Peluh yang berjurai di dahi dan leher
dikesat.
“Kau ni...sihat ke
tak?” Satu suara menyapa. Daim menoleh.
Shuichi mencampak beg
galasnya ke atas meja sebelum menghenyak tubuhnya ke sofa. “Sihat. Apasal kau
tanya?” Tuala disangkut ke bahu kanan. Matanya mendarat pada sepupunya yang
kelihatan penat. Shuichi melonggarkan tali leher.
“Kau kejap muka risau,
kejap lagi gelak sorang-sorang. Sebab tu aku tanya, sihat ke tak? Ada apa-apa
jadi ke?” Stokin ditanggalkan dan dicampak ke atas meja. Daim hanya memerhati
tanpa bersuara. Mamat Jepun saja nak test keimanan aku ke apa ni? Dilabuhkan
punggung di sebelah Shuichi yang kekal menampal muka penuh tanda tanya.
Daim menggeleng. “Kau
dari mana ni? Lembik semacam. Itulah, aku suruh ambil vitamin tak nak. Sombong.”
Dipandang Shuichi dengan pandangan riak campur takabur.
Shuichi tak terkata
sebentar. Cuba nak digest apa yang baru didengar dari mulut Daim. Sombong?
Terasa melambung naik suhu badannya.
“Oh aku sombong? Tak
nak ambil vitamin? Kau, kalau aku bagi penumbuk sebijik. Aku dari events yang
sepatutnya kau, sebagai anak kepada owner Samurai Group, pergi. Tapi
sebaliknya, aku yang pergi! Dan kau, kat rumah, layan treadmill, gelak
sorang-sorangkan. Don’t you dare telling me to take vitamin!” Penumbuk kanan
dihala ke muka Daim.
Lelaki tu tergelak
besar. “Jangan nak poyo la bro. You were enjoying yourself. Berapa banyak date
kau dah book?” Daim mendepakan tangan, memaut sofa. Bukannya semalam dia kenal
si Shuichi ni. Dari kecik. Sejak lahir. Bau peluh, bau kentot, bau sendawa
masing-masing dah kenal, dah masak sangat dah. Tak payahlah nak kelentong.
Shuichi menjeling
sebelum akhirnya tergelak juga. “Cukup la jugak untuk cover dua bulan hidup aku
yang kesunyian ni.” Balas lelaki berbangsa Jepun tu tanpa segan silu. Daim
menggeleng. Dah agak dah. Dua bulan dates? Mahu cecah berpuluh perempuan dia
sapu.
“Kau nak book sikit
tak?” Tanya Shuichi.
Mata Daim menerkam
wajah selamba Shuichi. “Hai, hai, *jodan da yo. Joke, joke.” Bahu Daim
ditepuk-tepuk, cuba memujuk. Walaupun Shuichi ni pemenang pingat emas Judo,
tapi tu dalam gelangang. Kalau street fight, memang si baran ni menang. Tak
berani nak challenge. Tempah bala tu namanya.(*Jodan da yo= gurau je)
Tahu takut. Daim
menarik sengih. Haruman bunga tu datang lagi. Oh tidak... Renungan matanya
memanah ke dasar hati. Allah. Dah bermadah berahi pulak dah aku ni. Daim
menggaru kepala. Argh..serabutnya!Kenapa perempuan buta warna tu semedang menyusahkan
hidup aku!
“Kau ni kenapa?”
Shuichi dah berkerut. Tak pasal-pasal dengan aku aku sekali rasa serabut.
Masalah betul la mamat ni. Daim tergaru-garu lagi. Kali ni lehernya pulak jadi
mangsa.
“Kau ada gatal-gatal
ke? Alergik?” Shuichi menarik tangan Daim yang masih tergaru-garu, nak melihat
sebarang bintik-bintik merah di leher sepupu tercinta ni. Daim menepis. Rimas
dengan sifat kebapaan Shuichi. Layan aku macam perempuan.
Kepala digeleng. Daim
membiarkan Shuichi memandangnya lama. Marah la tu. “So, what the hell is your
problem man?” Nada suara Shuichi berubah serius. Dahlah urat-urat aku rasa
macam nak tercabut dah ni, kau pulak banyak songehnya.
“I don’t know okey!
Aku tak tahu apa masalah aku!”
Shuichi tak terkata.
Ni kali pertama ni tengok Daim berkelakuan begini. Macam mak kucing hilang
laki. Meroyan. “*Kiite! Ochitsuite ne.” Bahu Daim dipegang erat. Daim menarik
nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan.(*Kiite=Dengar sini! Ochitsuite= Relaks! Calm down.)
“Good. Okey, now, tell
me, what happened?” Setelah keserabutan Daim mula surut, Shuichi memulakan sesi
kewartawanannya. Mulut Daim seolah terkunci. Sesungguhnya, hatinya masih lagi
berdebar hebat. Apa dah jadi ni sebenarnya?
Shuichi terdiam. Aik, tak boleh bercakap pulak? Pelik ni. Serius
pelik. Dia salah makan ke? Atau.. “Kau dah jumpa mak kau?” Tegak terus badan
Shuichi.
“Kau ni, kalau aku
kata kau bodoh, kecik hati pulak nanti.” Ujar Daim, mengeraskan suaranya.
Shuichi kembali menyandar. Tak jumpa lagi la tu. Jadi kenapa dengan mamat ni?
Wajah Daim dipandang
sekali lagi. “Kau...”
“Apa?” Tanya Daim
sambil menjungkit kening.
Shuichi diam sekejap
sebelum menggeleng kepala. Macam mustahil je mamat hati kering ni nak
bercintan-cintun. “Takda apa-apa la.”
Daim berdengus. “Kau
nak cakap, cakap. Jangan berhenti tengah jalan. Kasi gua panas je.” Dia terus
bangun dan mengeliat. Nak membetulkan segala ketegangan urat-urat dan dengan
harapan dapat mengurangkan debaran di dada yang tak reti-reti nak surut ni.
“Nak pergi mana? Makan
jom. Aku laparlah.” Shuichi menekan punggung Daim dengan kakinya. Daim menoleh.
“Kari?” Shuichi angguk.
“Kau belanja.”
Shuichi menggeleng.
“Mangkuk ayun!”
Stokin Shuichi di atas
meja dicampak ke muka sepupunya tu. Shuichi gelak besar bila hidungnya
menangkap bau yang mampu membantutkan selera makan sebulan. Cis. Kalau refleks
aku laju sikit dari tangan si ungka ni-bak kata Hana, gerenti aku dapat elak
tadi. Ha, cakap pasal Hana. “Eh Hana cuti he hari ni?” Shuichi bertanya. Seharian
suntuk tak nampak kelibat gadis tu. Selalunya, dari lobi dah dapat rasa
keaktifan Hana tu.
Daim terasa seperti
lehernya dijerut. Hana?
“Mana aku tahu! Aku
tak suka perempuan gila tu!” Jerkah Daim sekuat tenaga batin. Shuichi memandang
sekeliling. Tangannya mencengkam sofa. Ingatkan gempa bumi la tadi. Terus
ditendang kaki sepupunya tu. “Kau ni kenapa? Aku tanya baik-baik kan?” Marah
Shuichi. Geram tiba-tiba kena tengking percuma macam tu je.
“Aku dah kata aku tak
tahu, tak tahulah!” Balas Daim, masih
meninggi suaranya. Shuichi mengerutkan muka. “Kalau tak tahu pasal Hana,
cakap baik-baik tak boleh?” Shuichi bangun. Mahu bertumbuk kejap lagi ni.
Daim berdengus. “Kau
jangan sebutlah nama perempuan gila tu.”
Terus hilang kerutan
pada dahi Shuichi. Mak aih. Bukan main kendur lagi suara mamat ni bila sebut
pasal Hana. Misteri ni. Ada apa-apa jadi ke? Gaduh? “Kau gaduh dengan Hana ke?”
Tanya Shuichi lembut.
Kepala digeleng. “Dah
tu? Kenapa?”
Keluhan berat
dilepaskan. Daim kembali duduk. Matanya mencerun pada karpet. “Wakaranai..”(*Wakaranai=Tak tahulah..)
Uih, berat ni. Tak
pernah-pernah aku tengok mamat ni macam ni. Muka takda cahaya langsung. Awan
petir beratur atas kepala dia. Parah ni. Shuichi membetulkan posisi dia duduk. “Dia
belasah kau? Sepak kau? Tumbuk kau? Blackmail kau?” Bertubi-tubi soalan
menerjah telinganya.
Wajah Daim berubah
riak. Bahu Shuichi dipegang erat.
“Thanks bro! Thank
you! Yes! Yes!” Daim terus bangun dengan wajah yang ceria. Tangan kanannya
digenggam banyak kali sambil bibirnya tak henti menyebut ‘Yes’. Shuichi memandangnya,
tak terkata, tercengang.
“You’re welcome.” Dahi Shuichi bertambah kerut.
Apa yang dah berlaku
sebenarnya ni?
---
Rosebud says: Dalam sibuk2, dapat jugak upload next chap. Uh hooo~ Happy reading (wlpun sedikit pendek. moga enjoy ><)

orang yg baca pun dup dap dup dap jugak..hehe
ReplyDeletewhat Happen. . . ? ? ?
ReplyDeleteTo The Next Chapter. . . hiihiihii. . . :D