Hana ketawa sakan
melihat paper cup Coffee Bean beisikan hot choco, sejambak bunga Lily of the
valley, nasi lemak sebungkus, gula-gula dan sebuah bakul Lovely lace yang
dipenuhi dengan berpuluh-puluh keping fancy kad tersedia indah di atas meja.
Penuh dengan kasih sayang kawan-kawan office aku ni.
Jambangan bunga Lily
of the valley dibawa ke hidung. Sambil matanya dipejam rapat, perlahan bibir
Hana mengukir senyum bahagia. Akan aku tunaikan impian si pengirim bunga
kegemaran aku ni, ikrar Hana dalam hati. Lily of the valley. Susah tu nak carik
bunga ni kat Malaysia. Plus, mana orang ni tahu aku suka bunga ni? Hana berasa
takjub.
“Hari ni birthday aku
ke? Rasanya tahun lepas dah birthday aku.”
Pelik, pelik. Cuti
sehari pun dah diraikan sebegini hebat. Agak-agak kalau aku cuti bersalin, mahu
berlori hadiah untuk aku. Hana tergelak kecil. Terasa diri ini begitu berharga.
Matanya mendarat pada bakul yang bertemakan Lovely lace di hadapannya.
Beberapa kad yang
tersusun cantik di dalam bakul tu diambil secara rambang. Kad yang bersampul
surat merah jambu siap bersetem diambil dan dibaca terlebih dahulu. Hm, tulisan
jambu macam perempuan.
Sayang,
Sesaat berlalu tanpa sayang, terasa seperti
beribu tahun
lamanya. Oh cinta hatiku, pulanglah ke
pangkuan abang.
Abang MT hanya milik sayang.
Hana menampal muka
kegelian. Serius, jijik. Ni mesti Mat Tampoi bagi ni. Mat Tampoi. Watak
sampingan dalam hidup aku. Tak penting pun mamat tu, saja nak menambahkan ahli
kenalan aku kat Facebook. Matlamat hidup mamat senget tu satu je, yakni nak jadikan aku suri hati dia.
Suri hati mung!
Menyemakkan hati aku
ada la! Kad Mat Tampoi dicampak jauh. Dalam dia menghilang sebulan dua ni,
sempat jugak dia pos kad kat aku. Mana dia tahu aku cuti ni? Ish! Dah, dah. Next
card please. Hana membuka kad seterusnya.
Laling, we miss you. Banyak gosip hangat kitaorang dah kumpul tau.
Kitaorang nak kau orang 1st to know! You’re gonna love em!
Kau mesti jerit punyalaaa~
Btw, ada orang mintak no h/p kau. Someone has admirer :P
The MIGHTY Powerpuff girls
Tawa Hana pecah. Aku ni ada rupa Melodi bergerak ke? Asal
bergosip je carik aku, asal carik aku je, gosip. Ingat aku ni stor penyimpan
gosip ke apa? Eh.. ada orang mintak nombor fon aku? Siapa? Admirer? Orang sasau
mana nak admire kat aku ni selain Mat Tampoi tu? Sah, dia tak cukup skru dalam
kepala. Hana menggeleng. Biarkan jela Encik Admirer tu.
Mata Hana tertarik
pada sekeping kad yang berwarna pastel.
Cute. Dibuka kad tu dengan hati yang senang. Sangat cute kad ni. Bila kad tu
dibuka, ada lagu kanak-kanak kedengaran dari speaker kecil di hujung kad. Wah,
siap ada speaker. Macam kena je nursery rhyme ni. Hana tergelak kecil. Lagu
Barney, si dinasour ungu yang gemuk tu.
“I love you, you love me, we’re best friends like
friends should be, with a great big hug and a kiss from me to you, won’t you
say you love me too~”
Hana bernyanyi
mengikut rhyme lagu Barney tu sambil membaca dua perenggan ringkas di muka
surat sebelah kad.
Weh,
aku malas nak mengaku, tapi aku kena paksa. Diaorang suruh aku tulis kad ni
untuk kau.. So kau tak payah nak perasan aku syok kat kau ke apa.
Apa-apapun,
memang sunyi sikitlaa ofis ni kau takda. Yelaa, sapa lagi buta warna dalam ofis
ni? Kau sorang je. Cepatlah masuk kerja. Naik sasau dah dak-dak ofis ni kau
takde.
Ok. Cau.
Amboi, cermatnya
tulisan dia. Cute. Cantik. Tapi gaya bahasa, bernanah je hati aku baca. Siapa
penulisnya? Hana menyandar. Hutang? Aku ada hutang sesiapa ke? Budin? Nahh..
mamat tu mana ada hasrat dengki. Hati suci murni. Semua halal. Kalau kak Mida
pulak, dia tak sekasar ni. Lagipun, takda maknanya kak Mida nak tulis-tulis kad
ni. Mintak dia sainkan dokumen pun bercinta menunggu, inikan pulak kad. Hmph.
Barangkali... si
cantik ayu jelitawan, sang Lisa? Tapi.. macam mustahil. She’s an angel. Plus,
aku bukannya best friends dengan dia pun. Setakat lambai-lambai tangan senyum
sokmo je perhubungan aku dan dia. Hmm..Siapa ye?
Ha! Herlina?
Hana menggigit bibir.
Wajah cantik musuh tradisinya tu terbayang di mata. Lagi luar alam. Takkan la
si pemakan rumput tu sanggup luangkan masa nak tulis kad untuk aku? Lagipun,
tulisan minah blondie tu tak secanggih ni. Dan, mustahil dia kembali ke
pejabat.
Hm.. Genie? Tulisan BFF Herlina tu lagi huduh
dari tulisan Budin. Ni bukan tulisan dia. Ishh, siapa tulis kad ni?
Dahi digaru-garu.
Peninglah pulak nak fikir empunya tulisan ni. Lantaklah. Macam orang bodoh je
fikir. Hana mengemas kad-kad tu dan diletakkan semula ke dalam bakul. Bunga
Lily of the valley dipandang lagi sekali. Ini sweet.
Sungguh, hatinya
tersentuh.
Bakul berisi kad
diletak dalam shelf almari di sudut bilik. “Apa-apa pun, perut kena isi dulu.”
Hana tersenyum lebar. Hot choco. Nasi lemak. Superb. Gemuklah aku kalau setiap
hari macam ni. Untung buat baik dengan orang. Walaupun bukan semua orang.
“Bismillahirrahmanirrahiim!”
-
Shuichi merenung Hana
menjalankan eksperimen. Ini kali pertama dia rasa terpesona tengok perempuan
bertutup habis tanpa mendedahkan walau seinci kulit tubuhnya. Walaupun
berhijab, tertutup, berpakaian longgar, tapi Hana tetap nampak cantik.
Sekurang-kurangnya di mata aku. Shuichi menarik senyum. Rasa bahagia dapat
berdua-duaan macam ni dengan gadis ni.
“Awak nak tengok magik
tak?” Hana tiba-tiba bertanya.
Magik? Ni mesti kes
dah boring buat kerja ni. Jam di tangan dipandang sekilas. Hampir waktu lunch.
Padanlah dia dah boring. Kepala diangguk. Shuichi mencondongkan sedikit
tubuhnya, nak menunjuk minat. Hana tersenyum. Kelalang kon yang berisi cecair
berwarna purple diletakkan di hadapan lelaki berbangsa Jepun tu. Mata Shuichi
mengikut.
“Tengok betul-betul.
Awak akan terkena sumpaham Ratu Hana. Mmmuahahhaha!” Suara Hana diserakkan,
memimik suara nenek kebayan pengamal sihir. Shuichi ketawa. Hana mengecilkan
matanya, menyuruh Shuichi serius.
“Shh.. Nanti magik ni
tak jadi.” Bisik Hana. Shuichi terangguk-angguk sambil merapatkan kedua
tangannya. Tubuhnya dibongkokkan sedikit, tanda hormat.
“Ampun Ratu, patik
memohon ampun.”
“Tidak mengapa. Beta
cool.” Balas Hana angkuh, betul-betul mendalami watak ratu a.k.a nenek kebayan,
sambil mengambil dropper dan menitikkan beberapa titisan cecair ke dalam
kelalang kon tu. Mata Shuichi melekat pada kelalang kon yang digoyang-goyang
Hana dengan penuh lemah gemalai.
Hana membaca
menteranya. “Asbestos albudus alfonso albukaki!”
Bagaikan magik, cecair purple dalam bekas
kelalang kon tu berubah warna dan lama-kelamaan semakin hilang. Mata Shuichi
terbuntang besar. Mulutnya ternganga.
“Macam mana awak tukar
color dia? Wahh~”
Shuichi bertanya
kagum. Hana ketawa besar, cuba mendalami watak sang nenek kebayan slash ratu
macam dalam cerita Snow white tu. “Itu rahsia. Sesungguhnya, a secret makes a
woman, woman.” Bisik Hana lunak sambil matanya dikenyit sebelah.
Terasa macam dipanah
cupid. Hatinya berdebar-debar. Shuichi rasa macam dah jatuh cinta. Jarinya
digerakkan, menyuruh Hana mencondongkan sedikit tubuhnya. Hana menjungkit
kening.
“Nak tengok sihir saya pulak?” Tanya Shuichi
perlahan.
Belum pun sempat Hana
mengangguk, tangan Shuichi menutup mulut kelalang kon dan selepas beberapa
baris mentera dalam bahasa Jepun, kepulan asap keluar dari mulut kelalang kon
dan sekelip mata, cecair dalam bekas kelalang kon berubah menjadi sekuntuk
bunga ros.
Automatik Hana
menegakkan tubuhnya. Kaku. Rahangnya jatuh. Bibirnya terketar-ketar. “Shu-chan!
Awak psiko! Macam mana awak.. bunga ros tu!” Jerit Hana. Mukanya pucat habis. Shuichi
tergelak besar. Ha, terkejut beruk. Itulah, kerek lagi.
“Rahsia. A secret
makes a man, man.” Bisik Shuichi dengan suara yang terlebih testosteron sambil
meluruskan jari telunjuknya ke bibir.
“Secret kepala kau.
Semua tu tipu belaka. It’s all about technique and speed.” Dan suara garau yang
super menjengkelkan tu menyapa. Hana memejamkan mata. Makhluk manalah yang
authorise mamat ungka ni masuk dalam lab aku ni?
Hana mencebik. “Kalau
awak hebat sangat, tunjuklah magik awak tu.” Cabar Hana. Daim yang menyandar
pada dinding makmal menarik senyum separuh. Terasa macam ada current lalu kat
satu badan. Berdebar.
Hana mengutuk diri
sendiri. Kenapa dengan kau ni Hana? Si ungka tu senyum bodoh macam tu pun kau
dah rasa macam jalan atas pelangi. Kritikal betul. Panadol dalam poket lab
kotnya digenggam erat.
Perlahan-lahan Daim
melangkah ke arah mereka. Kening Hana dan Shuichi bertaut serentak. Daim jalan
teresot-esot. Sakit ke? “Kau kenapa ni? Accident?” Shuichi mendapatkan Daim.
Lelaki tu menggeleng.
“I’m fine. Betis aku ni sakit sikit je. Ada kucing gila sepak kaki aku.” Ujar
Daim, sengaja mengeraskan perkataan ‘sepak’. Wajah Hana berubah riak. Oh tidak.
“Sepak? Kucing gila?
Sepak kau?”
Shuichi menyelak seluar jeans yang dipakai
Daim. Lelaki tu hanya mempamer senyuman sinis. Hana dah rasa macam nak larikan
diri ke Afrika atau Antartika, atau mana-mana yang tak ada orang kenal dia.
“Iya. Betul. Tak
percaya, cuba tanya Miss Saintis kita ni. Bolehkan kucing gila sepak kita, kan
Cik Hana?” Tanya Daim, mengalih fokus Shucihi pada Hana. Gadis itu terus berubah
kalut.
“K-Kot.”
Jawab Hana sepatah.
Shuichi diam sejenak. Nak cuba nafikan, tapi dua-dua manusia ni cerdik pandai.
Aku ni ahli muzik je. Shuichi menjungkit bahu. Whatever la.
“So, nak tengok magik
aku tak?” Daim berdiri betul di sebelah Hana.
Hana rasa macam berada
dalam peti sejuk. Menggigil hingga ke tulang sum-sum. Aura si ungka ni sejak
peristiwa semalam, semakin menjadi-jadi. Bersinar-sinar macam aurora. Hana
menggenggam kedua tangannya. Cemas. Kalut. Apa kena dengan sistem badan aku ni
oh Tuhan?
Daim mengambil bunga
ros dalam bekas kelalang kon tu dan dilipat batangnya sehingga bunga ros itu
berada dalam genggaman lelaki tu. Shuichi hanya memerhati tanpa berkata
apa-apa. Beberapa saat kemudian, Daim membuka genggamannya dan berterbangan
kelopak bunga ros di udara.
Hana menarik nafas
dalam-dalam. Menyesal aku mulakan sesi David Copperfield ni. Tergendala terus
eksperimen aku. Padan muka. Aduhai. Hana dah separuh menyesal. Tak pasal-pasal
koyak rabak bunga ros aku.
Daim mengira dengan
dengan jarinya. “Satu..Dua.. Tiga.”
Dan sekelip mata,
kelopak bunga ros yang berterbangan tadi berkumpul di telapak tangan Hana. Daim
mengoyak senyum.
“Tutup tangan kau.”
Arah Daim sambil membuat demonstrasi.
Hana menggigit bibir. Daim
dipandang atas bawah. Lelaki tu sedang berdiri tegak jaga sedia. Ala-ala kadet
remaja sekolah dulu. Senang diri. Jaga sedia. Ceh. Perlu ke nak tunjuk aksi
magik kat dalam makmal ni sambil buat gaya askar?
“Tak nak. Nanti lipas
keluar.” Balas Hana malas. Kepala digeleng laju.
Shuichi tergelak
kecil. Lipas? Tak pernah dalam sejarah hidup aku dengar magician guna lipas.
“Taklah. Kau ingat aku
ni bodoh macam kau ke?” Daim hampir meninggikan suaranya. Hana menjeling. Cakap
sikit nak marah. Baran betul. Fikir dia punya perasaan je. Aku punya, tak
fikir?
“Yelah, yelah. Itupun
nak marah. Kalau keluar lipas ke apa, memang tak jumpa hari esok la awak.” Hana
memberi amaran.
Daim menarik sengih.
Berani kau nak apa-apakan aku? Perlahan-lahan, Hana menutup tangannya. “Good.
Sekarang buka tangan kau.” Arah Daim, masih mengamalkan gaya komandornya.
Hana mengikut tanpa
banyak soal. Layankan je si ungka ni. Nanti penat, tahulah dia berhenti. Hana membuka
tangannya perlahan-lahan. Kunci kereta? Semua mata memandang Daim. Confuse.
“Kunci kereta?”
Hana menayang kunci
kereta betul depan muka Daim. Si ungka ni nak bagi aku kereta sebijik ke?
Fushoo! Manyak ong lo ini hali! Hana baru nak mengukir senyuman bahagia
sentosa, tiba-tiba Daim bersuara. Sengihan lelaki tu meleret.
“Mulai hari ni, kau akan jadi driver aku.”
“What?” Serentak, Hana
dan Shuichi terjerit.
---
Rosebud says: one of my ol' time fav song ^^

Comments
Post a Comment