Bentley perak di depan mata.
Hana tak mampu bergerak. Matanya
terpaku pada kereta mewah tu. Mulutnya terbuka luas untuk beberapa saat sebelum
Daim datang dan menepuk dagunya dengan kertas yang digulung, memaksanya menutup
mulut.
“Tutup mulut tu. Bukan wangi sangat
mulut kau.” Tegur Daim selamba.
Gadis tu menggigit bibir. Ada je ayat
bombastik si ungka ni guna untuk mengoyak-rabakkan hati aku. Sabar Hana sabar.
Allah sayang hamba-Nya yang banyak bersabar.
Dalam diam Hana menghembus nafasnya ke
tapak tangan. Dihidu-hidu tapak tangannya. Wangi je bau mulut aku. Takda pun
bau petai ke belacan ke. Saja je buat aku suspen.
Hana berdeham kecil. “So mana kereta
awak?”
Daim menjungkit sebelah kening. Tak
sangka soalan tu keluar dari mulut Hana. Kat kawasan lapang ni, ada satu je
kereta. And this idiot has the guts to ask, mana kereta awak? Daim menggeleng
kepala.
“Kau ni, kalau aku kata bebal kang,
kecik hati.” Daim memeluk tubuh. Diberi isyarat kepada Hana, menyuruhnya
membuka pintu kereta. Hana menjulingkan mata. Serius, si ungka ni super duper
menjengkelkan. Tahap gaban punya annoying. Tapi bila teringatkan mahkamah,
ngaa, tamau... layankan jela kejengkelan si ungka ni.
Langkah diatur, pintu dikuak. Hana
mempersilakan Daim masuk ke dalam kereta. Lelaki tu menarik senyum puas.
Melonjak-lonjak hatinya dapat sakat gadis yang penuh dengan expresi muka ni.
“Thank you.”
Sebaik saja Daim masuk ke dalam kereta,
Hana tak lepaskan peluang menghempas pintu kereta tanpa belas ihsan. Tolonglah
tercabut wahai pintu Bentley. Kalau tak nak tercabut pun, at least skru tu kasi
tanggal ke. Biar berasap telinga mamat ungka tu! Hana mencuri pandang wajah
Daim.
Seperti yang dijangka, berlipat-lipat
dahi lelaki tu. Mukanya merah menyala oh jantungku, bak kata Yusri KRU.
Renungan maut yang dipancar Daim dibiarkan saja. Hana pura-pura tak tahu
apa-apa. Riak wajah bingung ditampal.
Daim memerhatikan gerak-geri Hana yang
kekal selamba. Gaya macam tak bersalah je minah ni. Dia ingat kereta aku ni
harga dia dua hengget je ke? Hana memakai tali pinggang keledar. Dipandang Daim
sekilas sebelum dia kembali menala pandangan ke hadapan.
“Kalau kena saman sebab awak tak pakai
seat belt, awak bayar tau.” Ujar Hana senada. Daim menjawab, “Ohh.. Tapi aku
ada satu problem. Aku tak reti pakai seat belt sendiri. Bak kata kau, aku ni
kan ungka. Mana tahu seat belt ni semua.”
Kata-kata Daim tu berjaya menarik
perhatian gadis tu. “Apa maksud awak? Memanglah muka awak dan perangai awak
macam ungka, tapi takkan IQ pun setaraf dengan ungka?” Tanya Hana penuh drama.
Nak kenakan aku, meh sini aku kenakan kau balik.
Wajah lelaki tu semakin memerah. Hana
menahan gelak. Muahhahaha. Aih senangnya dalam hati, dapat kenakan ungka,
seperti dunia, ana yang punya. Lalalala. Hana bernyanyi dalam hati. Bahagia.
Daim menarik nafas dalam-dalam sebelum
melepaskannya perlahan-lahan. Wajah gembira Hana dipandang lama. “Miss Idiot
color blind, just drive the freaking car.”
Miss idiot color blind? Terasa urat kat
leher ni dah tegang macam tiang elektrik dah. Sambil mengurut leher banyak
kali, Hana menarik dan menghembus nafas, macam doktor bidan ajar kat orang nak
beranak tu.
“Baik Encik Ungka.”
“Lagi sekali kau panggil aku ungka, 2
saman tunggu kau.” Tanpa hati dan perasaan Daim bersuara. Hana menelan air
liur. Dasar lelaki emotional. Annoying. Menjengkelkan.
“Maaf ye Encik Banyak Songeh. Kita
gerak sekarang ya. Encik Banyak Songeh nak ke mana?” Hana melunakkan suaranya
selembut mungkin.
Daim memandangnya untuk beberapa tika.
Bunyi dup dap dup dap tu kembali lagi. Dia cuba buat-buat tak endah dengan
dadanya yang dah macam kat litar sepang F1. Wajah lembut Hana direnung lebih
lama. Hei minah ni. Nasib baik suara tu buat aku tak tidur malam. Kalau tak..
Memang dah lama aku cubit-cubitkan mulut tu.
“Sekarang kan lunch hour. Kita makan
dulu la.” Balas Daim.
Hana angguk. “Okey, let’s go.” Pedal
minyak ditekan sekuat hati dan sepanjang perjalanan, mulut Daim tak boleh tutup.
Tak payah pasang radio. Daim ni dah macam rapper dah. Blah blah blah mulut
dia membebel. Mungkin bebelan dia boleh dikategorikan sebagai makian. Hana
tergelak sakan. Apa la yang dibebel si ungka tu. Masuk telinga kanan aku,
reverse balik, keluar lubang yang sama.
Lantak kaulah la labu.
Senyuman terpatri di bibir Hana.
Gerenti mamat ni tak nak makan punya kat tempat macam ni. Walaupun dia ni
sekadar PA je, tapi berdasarkan perangai dia yang baget diva tu, mesti dia tak
suka makan kat warung. Muahahahaha. Boleh aku ambil peluang ni resign jadi
driver tak bertauliah dia. Punyalah aku belajar ke menara gading, dia selamba
kodok je suruh aku jadi driver dia. Cis.
“Kau apahal gelak sorang-sorang? Gila?”
Gigi diketip kuat. Kutuklah aku, kutuk
kutuk. Lepas ni, drive la Bentley kau yang smart tu kau sorang-sorang! Hana
menggeleng. “Takda apa-apa. Ha Encik Banyak Songeh, kita dah sampai. Turun la.”
Hana meleraikan tali pinggang keledar.
Daim memakai cermin mata hitam
aviatornya. Terik betul matahari kat Malaysia ni. Tapi tak boleh lawan Jepun
bila musim panas. Berlecak air ketiak. Memang air-cond berfungsi 24/7 tanpa
henti. Melambung-lambung bil elektrik.
Hana mencebik. Poyo gila nak pakai spek
hitam bagai. “Shades off please. Kita dah sampai depan kedai dah pun. Tak perlu
nak berspek mata.” Suaranya sarkastik. Biar bernanah telinga dia.
Cermin mata hitam ditarik hingga ke
batang hidungnya yang mancung. Matanya mendarat pada warung mamak seberang
jalan. “Eh. Aku tahu kedai ni.” Ujar Daim dengan nada yang gembira. Bukan
dibuat-buat.
“Ha? Awak tahu?” Muka Hana berubah
bingung.
Daim angguk. “Aku selalu datang sini
dulu. Mamak Nuar kari kan?” Langkah diatur laju. Daim tak sabar nak berjumpa
dengan mamak kesayangannya ni. Kari dia, memang sedap tak terkira. Bak kata
pakcik Colonel KFC tu, sedap sehingga menjilat jari.
“Assalamualaikum!” Sapa Daim. Tangan
kanan dijulang ke langit.
“Wa’alaikumussalam. Macha! Masya Allah.
Lama tak jumpa! Mana pergi?” Mamak Nuar bersalaman dengan Daim sebelum
menariknya ke dalam pelukan erat. Daim membalas. Bahu Mamak Nuar ditepuk
beberapa kali.
Rahang Hana jatuh. Matanya
terkelip-kelip. Tak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ni. Best friends
la pulak. Adoi....
“Kerja la. Sihat bos?” Tanya Daim
ramah.
“Alhamdulillah, sihat, sihat. Wah,
makin hensem. Badan.. Sasa. Bina badan ka?” Mamak Nuar memegang biceps Daim.
Lelaki tu hanya tergelak besar. Bukan kali pertama orang puji badan dia.
“Dah tua. Kena jaga badan. Bos, kurus
macam dulu. Tak makan ke?” Daim memandang Mamak Nuar atas bawah. “Hari-hari
tengok kari, mana ada selera lagi.” Pecah lagi tawa Daim. Berpantun pulak mamak
ni. Hebat.
“Mahu apa macha? Ikan ada, ayam ada,
sotong ada.” Mamak Nuar dah siap bubuh nasi dalam pinggan. Hana di sebelah
dipandang. “Nak ikan ke ayam ke sotong?” Tanya Daim.
“Ayam.” Balas Hana sepatah. Masih lagi
terkejut.
“Ayam dua. Sotong nak jugak bos. Kuah
kasi banjir. Dia punya pun kasi banjir jugak.” Ujar Daim sambil menunjuk ke
arah Hana. Mamak Nuar angguk sambil menjerit sotong dalam bahasa tamil. “Air?”
Salah seorang pekerja Mamak Nuar bertanya.
Hana jawab, “Sirap.”
“Dua.” Daim melayang dua jari. “Siap!”
“Isteri ka? Cantik. Mana ambil?” Tanya
Mamak Nuar perlahan berserta senyuman Colgate. Matanya dikerling ke arah Hana
yang sedang mengisi pinggannya dengan ayam dan taugeh.
Daim mengikut mata Mamak Nuar. “Tak
ambil pun. Dia datang sendiri.” Tawa Mamak Nuar pecah. “Lagi bagus! Baby sudah
ada?”
“On the way.” Mata dikenyit.
Mamak Nuar menadah tangan ke langit
sambil mengaminkan doa. “Aamiin!” Daim dan Mamak Nuar amin serentak. Hana
memandang Daim dan Mamak Nuar silih berganti. Apa kena lelaki dua orang ni?
Tiba-tiba je. Azan ke tadi? Tapi tak dengar pun. Masjid sebelah je kot.
Biarlah.
“Mana awak kenal Mamak Nuar tu?” Tanya
Hana sebelum menyuap daging ayam ke dalam mulutnya. Daim mengunyah habis
makanan dalam mulutnya sebelum balas, “Aku selalu makan sini.”
“Awak bukan duduk Jepun ke dulu?” Hana
memandang lelaki tu. Mamak Nuar ni ada buka cawangan kat Jepun ke? Gempak tu.
“Aku lahir kat Malaysia. Umur aku 9, 10
tahun baru pindah Jepun. Lepas tu datang Malaysia balik.” Ujar Daim bercerita
tentang kisah hidupnya secara ringkas.
Hana terangguk-angguk.
“Awak bukan Melayu tulen kan? Mixed?”
Tanya Hana setelah agak lama masing-masing mendiamkan diri. Daim angguk.
“Jepun-Melayu.” Hana merenung wajah Daim.
Dalam hati dia mengaku, Daim ni hensem
orangnya. Sangat hensem. Masa pertama kali jumpa Daim di KLiA, sebenarnya hati
Hana dah berdebar-debar dah tengok wajah kacak lelaki tu. Mulutnya hampir sumbing
dek dok tahan senyuman yang asyik terukir. Tapi disebabkan awal-awal lagi
perangai menjengkelkan mamat tu dah dia tayang, hilang terus perasaan nak
terjatuh cinta tergedik bagai.
Hana mengecilkan matanya. Oh baru dia
perasan. Daim ada banyak tahi lalat kat muka dia. Ada tahi lalat di pipi,
pelipis, dagu, hujung kening, dahi. Banyaknya. Mesti dia busuk masa kecil-kecil
dulu. Itu pasal lalat suka buang air besar kat muka dia.
Kekeke.
Pandangan Hana beralih pada sepasang
mata hitam lelaki itu. Mata dia tidak sepet seperti Shuichi tapi matanya agak
redup. Kalaulah mamat tu tak selalu pancarkan pandangan tajam membunuh cold
stare dia tu, bila-bila masa je dia boleh buat beratus perempuan terkulai di
depan dia. Pandangan dia bila diredupkan, dilembutkan, sangat menggoda. Boleh
goyah iman kalau tenung lama-lama.
Kulit
Daim pula, nak kata sumber dari Jepun, tak juga. Jepun putih macam.. macam
orang Jepun. Kulit Daim ni, putih kemerahan, tapi tak seputih orang Jepun. Daim
ni ada sawo matang sikit, cuma tak secoklat orang Melayu. Bibir dia pula.....
Hana menelan air liur.
Kalaulah mamat ni mulut dia manis,
memang dah lama aku tubuhkan fan club untuk dia. Aku sendiri volunteer jadi
presiden, timbalan presiden, AJK, semua aku sapu. Tapi sayangnya, mulut dia... longkang
pun lagi manis.
“Sudah-sudahlah tu tenung muka aku yang
gorgeous ni. Dah naik juling dah mata tu aku tengok.” Teguran Daim menyedarkan
Hana. Terasa darah bergelen-gelen menyerbu ke muka. Adoi, malu weh..
“Kau nak tambah nasi? Ayam ke?” Daim baru
nak menambahkan lauk ke pinggannya, Hana cepat-cepat halang. “Takpa, takpa.
Kenyang dah.” “Betul? Macam lapar lagi je tu aku tengok.” Sakat
Daim. Hana menjeling. Ingat aku ni kebulur sangat ke?
“Bolehlah, ayam nak lagi 6 ketul.”
Daim menjungkit kening. “Bos, ayam—”
Hana terjerit. “Saya gurau, gurau!”
Tahu takut. Daim menarik sengih. Dia
dah sedia nak membayar bil. “Dah? Jom, banyak lagi tempat aku nak pergi ni.
Jangan ingat jadi driver aku goyang kaki je.” Perli Daim betul sengaja nak
bakar suhu gadis itu.
Hana mencebik. “Saya nak gaji!”
“Ni la gaji kau. Makan ni. Aku belanja.
Gaji kau berupa makan minum. Faham?” Dan, Daim terus melangkah ke Mamak Nuar
untuk bayar bil. Hana tercengang. Takda gaji? Ha... Tak bertamadun punya ungka!
“Cepatlah. Lembab.”
Warghh....!
-
“Apa
kena dengan awak ni?”
Daim
menjungkit bahu. “Aku okey je. Tak ada apa-apa yang tak kena dengan aku.
Kenapa?” Dia bertanya sambil menyilang kaki. Surat khabar yang dibelinya di KL
Sentral diselak helaian demi helaian. “Boleh explain tak kenapa kita naik
train?” Hana bertanya geram.
“Apa
masalahnya naik train?” Daim membaca berita terkini tentang perkembangan kelab
bola kegemarannya, Barcelona.
Hana
ternganga. “Daim, awak suruh saya park Bentley awak kat KL Sentral, lepas tu
sekarang ni kita naik train pergi God knows where! Apa significant perbuatan
awak ni?” Wajah Daim ditenung bagai nak terkam.
Lelaki
itu menjelirkan lidah sebelum membasahkan jari telunjuknya dengan air liur dan
menyelak helaian seterusnya. “Kau pernah naik train?” Tanya Daim tanpa
mengalihkan pandangannya dari surat khabar.
Hana
mengangguk. “Pernah.”
Daim
mengangkat muka dan memandang gadis itu untuk beberapa saat sebelum menggulung
surat khabar dan mengepitnya di celah lengan. “Pernah perhatikan orang dalam
train?”
Hana
menggeleng. “Saya selalunya naik train long journey. So memang di alam mimpi
la.” Balas gadis itu sambil membuat gaya tersengguk. Daim menjulingkan mata.
“Look
around you.” Suruh Daim. Hana mengikut saja. “So?”
“Semua
orang main smartphone masing-masing kecuali kita.” Ujar Hana. Daim
terangguk-angguk. “See what happened to our society? Orang dah tak
berkomunikasi sesama sendiri. Orang lebih suka hadap gadget dan teknologi
daripada bertegur-sapa dan berkenalan.”
Hana
mendengar dengan penuh ketekunan. “Aku tak cakap teknologi ni tak elok,
teknologi sangat bagus honestly, in many ways, teknologi memudahkan hidup. Tapi
it comes with a price.” Daim mendepakan tangannya, merujuk pada keadaan
penumpang kereta api yang majoritinya sedang bermain dengan telefon pintar
masing-masing.
“Awak
bawa saya naik train sebab awak nak saya tengok apa dah jadi dengan masyarakat
kita sekarang?” Hana menongkat dagu sambil memandang lelaki itu. Daim hilang
kata.
“Kau
tahu apa persamaan kau dengan buaya tak?” Tanya Daim.
Hana
menggeleng kepala. “Apa dia?”
“Colour
blind and a pea-sized brain.”
-
KLCC.
Hana
mendongak sehingga belakang kepalanya mencecah tulang leher. Berdiri megah
dengan ketinggian lebih 1000 kaki, menara berkembar Petronas sememangnya satu
kebanggaan rakyat Malaysia.
“Ni
kali pertama ke kau tengok KLCC?” Tanya Daim pelik. Gaya minah ni macam tak
pernah jejak kaki kat sini je. “Dah banyak kali dah. Cuma rasa kagum tu still
ada. Setiap kali.” Angguk Hana, masih mengagumi landmark Kuala Lumpur itu.
Daim
mengeluarkan DLSR yang disimpan dalam beg sandang yang dibawanya sebelum
mengambil beberapa keping gambar menara berkembar Petronas dan pemandangan
sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
“Bila
awak bawa kamera?” Tanya Hana sambil cuba nak masukkan dirinya dalam gambar. Daim
berhenti menekan butang pada kameranya. “Kau besar sangatlah Hana. Tak muat nak
ambil gambar.” Sakat lelaki itu.
“Okey,
itu gurau kasar namanya!”
“Kisah
sangat aku.” Balas Daim selamba. Dalam diam, beberapa gambar gadis itu
ditangkapnya. “Awak suka ambil gambar apa Daim?” Tanya Hana sambil duduk
bersila di atas rumput.
Lelaki
itu berhenti mengambil gambar. “Anything.”
“Saya
nak tengok boleh?” Hana menghulurkan tangan kanannya. Daim menarik nafas
panjang sebelum duduk di sisi gadis itu. “Nah.” Kamera DLSR bertukar tangan.
“Awak ambil gambar saya!” Jerkah Hana. Daim ketawa besar.
“Saya
suka ambil gambar traffic light.” Kata Daim, mengusik. Hana berdesis geram.
Matanya kembali pada kamera. KLCC, bunga, pokok, burung hinggap di tiang lampu,
semut sedang mengangkat beban yang 20 kali ganda lebih dari beratnya sendiri dan
rama-rama.
“Rama-rama
ni tengah..”
Daim
angguk. “Mating. Jantan dan betina tu duduk end-to-end, lepas tu diaorang buat
upacara, uh, penyatuan tu dalam keadaan terbang. They called it mating dance.
Weirdly beautiful scene gotta say. Aku suka.” Akui lelaki itu.
“Cantik.”
Puji Hana jujur.
Antara
gambar yang paling digemari Hana ialah gambar pasangan orang tua berpegangan tangan
sambil melintas jalan. “Sweetnya..”
Daim
merapatkan tubuhnya sedikit untuk melihat gambar itu. “Oh aku ingat couple ni.
Diaorang sangat loving. Selalu kalau orang tua jarang kau nak tengok mesra
macam ni.”
“Kan?
Selalu suami jalan 10 meter kat depan, bini tercicir kat belakang. Saya harap
suami saya nanti loving sweet dengan saya sampai ke tua juga.” Ujar Hana,
berdoa. Daim memandang wajah lembut gadis itu. “Bukan sampai ke tua. Sampai
akhir hayat dia.” Dia membetulkan ayat gadis itu. Hana mengoyak senyum manis.
“Saya
harap suami saya nanti loving sweet dengan saya sampai akhir hayat dia.”
Daim
turut tersenyum. Gambar seterusnya adalah gambar pasangan kekasih yang sedang
terbaring. Si wanita berbaring menghala ke utara manakala si lelaki baring
menghala ke selatan. Wajah mereka bertemu sambil masing-masing menghadiahkan
segaris senyuman pembakar semangat.
“Saya
suka gambar ni.” Hana menekan butang zoom.
“Yeah
me too. Aku ambil gambar ni masa kat Edinburgh airport. Their flight was
delayed so they stayed like that after hours of waiting. Pretty romantic huh?
Nak-nak masa tu musim luruh. Lagi blooming romance.” Cerita Daim, mengimbau
memori lampau.
Hana
tersenyum lagi. Setiap gambar yang diambil lelaki itu mengundang rasa bahagia
di dadanya. Gambar budak kecil main buaian, gambar seorang wanita berhijab
membantu seorang lelaki buta melintas jalan, gambar uncle Muthu dan pakcik Mail
sedang minum kopi di warung uncle Liew dan banyak lagi. Senyuman memang takkan
pernah pudar di bibir bila tengok gambar-gambar lelaki itu.
“Oh
tu Jack.” Daim menunjuk ke gambar seorang lelaki Caucasian sedang bermain gitar
sambil bibirnya meniup harmonika.
“Kawan
awak?” Tanya Hana.
Daim
mengangguk. “Aku kenal dia sebab hari-hari aku lalu subway dengar dia busking.
Hari Isnin dia main gitar, esoknya dia main violin, lusa main keyboard pula.
Multi-talented guy.”
“Awak
dengar dia busking? Sampai habis?” Hana bertanya kagum.
“Yelah.
Habis tu, kau rasa dia busking saja-saja je ke? Nak isi masa lapang, gitu?”
Tanya Daim balik. “Saya tak pernah berhenti untuk dengar orang busking tepi
jalan ke kat kedai makan ke. Saya lalu, bagi duit lepas tu blah.” Ujar Hana
jujur.
“Sebab
kau tak appreciate orang macam Jack ni.”
Hana
berkerut. “Saya appreciate orang macam Jack okey! Kalau tak appreciate, saya
tak hulur duit.” Bentak Hana. Daim menggeleng kepala. “Giving people money
doesn’t mean you appreciate them. Effort means you appreciate them. Satu hari,
kau cuba duduk, dengar dan hayati muzik yang buskers ni main sampai habis. I
bet it’ll blow you away.”
“Yeke?”
Hana berkerut.
“Iya.
Percayalah.” Lelaki itu mengangguk yakin.
“Harap-harap
esok lusa ada orang busking depan ofis.”
Daim
ketawa. “Aamiin. Jangan terkejut beruk pulak kau kalau betul-betul ada orang
busking depan ofis. Okey sekarang kita solat, lepas tu lunch, lepas tu kita
gerak. Okey?” Daim bangun dan mengeliat besar.
Hana
turut bangun sambil menyangkut DLSR ke lehernya. “Lepas tu nak gerak mana Daim?”
Lelaki
itu mengoyak senyum separuh. “Ada laa.”
-
Hana memandang sekeliling. Sebelah
depan ada couple sedang bermesra alam, sebelah belakang ada beberapa orang
budak sekolah, sebelah kiri pulak ada kedai baju. Sebelah kanan? Ada seekor
ungka. Daim. Lelaki tu senang hati bernyanyi kecil sambil kakinya mengetuk
lantai. Amboi, gembiranya kau. Aku ni pula dah rasa macam dah naik sasau dah.
“Encik Banyak Songeh, kenapa kita ada
kat sini?” Tanya Hana, memeluk tubuh.
Daim menala pandangan ke arah gadis
yang lebih rendah darinya tu. “Tengok wayang.” Balasnya ringkas. Hana mengigit
bibir. “Awak tahu tak waktu lunch dah berkurun habis?” Sengaja ditayang jam tangan
tepat ke mata lelaki tu.
“Tahu.”
“Dah tu? Tak reti nak balik ofis? Bentley
awak masih ada kat KL Sentral tau tak? Saya tak nak tengok wayang. Maksiat,
maksiat. Jom, balik.” Hana berkerut. Sah si ungka ni dah buang tebiat.
Daim terdiam sejenak. “Tengok wayang tu
maksiat? Sila explain.” Tangannya memeluk tubuh. Tak pernah aku dengar, tengok
wayang tu satu kesalahan. Minah color block kononnya ni nak jadi mind block
pulak ke?
Hana tersenyum. “First of all, saya
bukan kata tengok wayang itself is a sin. No. Tengok wayang tu okey. In fact
saya pun layan je tengok wayang ni. Cuma, dalam keadaan kita sekarang ni boleh
jadikan aktiviti tengok wayang tu maksiat. Cuba awak pandang sekeliling awak.”
Arah Hana sambil jari telunjuknya membentuk pusingan. Daim memandang
sekeliling. Kening dijungkit.
“Apa awak nampak?”
“People. Lots of people.” Balas Daim.
Hana mengangguk. “Apa lots of people tu
buat?” Tanya Hana.
“Shopping, jalan-jalan, beratur,
dating..” Daim terhenti. Mulutnya ternganga. “Ahh...”
“Dating. Pegang tangan. Peluk-peluk.
Flirt flirt. Ada yang seksi meksi. Itu dah kira zina mata tu tengok diaorang
seksi seksa tu. Haa.. Secondly, it’s a waste of time. Asar terbabas, silap hari
bulan Maghrib pun terbabas.”
Daim tekun mendengar. “Ketiga?”
“Ketiga, awak dan saya, kita bukan
mahram. So nak jalan berdua-duaan, tengok wayang dalam tempat yang gelap,
selama beberapa jam. Salah tu.” Tambah Hana.
“Tapi kita memang berdua-duaan dari
tadi. Makan berdua, dalam kereta berdua, dalam train... Tak berdua. Tapi kat
KLCC berjalan berdua.” Daim menjungkit kening. Hana mengangguk.
“True. Tapi masa makan, kat KLCC, dalam
train, ramai orang sekeliling kita, dan kita kat tempat awam. Dalam kereta
pulak, memang salah kita. Boleh timbul fitnah. Tapi, tadi awak perasan tak saya
buka tingkap. Sebab saya tak nak orang salah faham. Tingkap kereta awak tu dah
la tinted habis. Plus, saya dah inform kak Mida yang saya keluar dengan awak,
atas urusan kerja. Lagipun saya niat buat kerja. Takda niat apa-apa selain tu.
Awak, wallahualam. Dan, alhamdulillah, kita tak buat apa-apa pun.”
Daim memegang dagu. Hmm.. Advanced
betul pemikiran perempuan ni. “Kau kata mahram tadi. Bukan muhrim ke?”
Hana tersenyum manis. “Muhrim tu
panggilan untuk orang yang buat ihram haji atau umrah. Mahram tu orang yang
haram berkahwin dengan kita. Macam adik beradik, mak ayah, mak bapak mertua dan
sebagainya. Faham?”
Lelaki tu terangguk-angguk. “So kita ni
bukan mahram la kan?”
Hana angguk setuju. “Betul. Cepat pick
up awak ni. Bagus. Takdalah ungka sangat.” Dia mengelak bila Daim mengacah
untuk menjentik kepalanya.
“So.. Kita ni boleh kahwin la kan?”
Hana terkebil-kebil memandang lelaki
itu. K-Kahwin? Bibirnya tak terkata. Telinga digaru-garu. “Betul tak?” Tanya
Daim lagi. Hana mengangguk ragu-ragu.
“Betul tapi—”
“So takda masalahlah kalau macam tu.
Jom kahwin, lepas tu kita boleh tengok wayang sama-sama. Okey? Takda fitnah,
takda maksiat. I’ll only look at you. Only you. Tak buat zina mata. Then
I’ll hold your hands, only yours. Tak haram. Halal. So no problem. Right?”
A-Apa...?
---
Rosebud says: I really really really enjoyed writing ayat last Daim tu. Hope you guys dapat enjoy that one feeling jugak. happy reading ^^

betul3x..memang best ayat tu...buat panduan dlm hidup...
ReplyDeletesweet giler....<3
ReplyDeletemmg rmai org slh faham maksud the words mahram and muhrim.
ReplyDeletesejuk hati saya bila baca novel nih coz writer ada selit2kn tazkirah :]
thanks to this chapter and ofkos to the writer. . . aku dah paham dah maksud muhrim dan mahram nie. . . Bnyk Pikiran trus aq pasal mahram nie. . . Bingung. . . @_@
ReplyDeletetp,,, At The End Of The Chapter. . . I Like It. . . Hahahah. . . Gud Job, Thumbs Up For You. . . ^_^