“Ah kalah kalah!”
Jerit Hana dan Maya
serentak apabila sebiji penutup botol melanggar penutup-penutup botol yang lain
sebelum terlantun ke bawah sofa. Jannah di sebelah sudah terguling-guling
memegang kepala sambil menjerit sakan.
“Wargh! Apasal la kau
pergi langgar yang lain tu? Benda yang kau patut langgar, kau tak nak langgar!”
Hana menendang
punggung Jannah, memaksanya ke tepi. “Blah, blah. Langgar tak langgar. Masa
untuk champion beraksi pulak.” Sambil menampal kening Ziana Zain, Hana menepuk
dada. Dapat dirasakan adrenaline dipam-pam ke seluruh badannya. Satu genjatan elektrik
mengenai tangannya, memberi kuasa luar biasa.
Jannah masih lagi
dengan drama penyesalannya. Muka diraup banyak kali. “Chill la beb. Kau newbie
kot. Noob. Semua orang tahu game ni susah nak handle especially untuk newbie
macam kau. Ni tengok aku main. Belajar dari champion.” Pujuk Hana sambil
membangga diri.
“Kau tak payah kerek
sangatlah Na. Tak pergi jauh punya.” Maya dah bersedia di hadapan Hana, tunggu
masa nak tolong tangkapkan penutup botol yang bakal terpelanting. Confirm minah
ni kalah. Dia dengan Jannah, one-two punch. Sama je losers.
Hana tarik senyum
sinis. Tak pergi jauh? Huh. Kita tengok. Ini Hana la beb. Siapa tak kenal? Jaguh
kampung permainan ceper tu. Pandangan matanya berubah serius.
“Weh Hana, aku rasa,
kau kalau dalam lab pun tak pernah seserius ni Na.” Tegur Jannah. Rasa kagum
tengok semangat kesukanan Hana. Tak pernah-pernah tengok mata dia bersinar
bling bling sampai macam tu sekali. Kawan baiknya itu tergelak besar. Kek batik
betul. Suka tau menghina aku. Hana menjeling manja.
“Aku bet dua ringgit
dia tak lepas.” Ujar Jannah, cuba nak pudarkan semangat kesukanan di mata kawan
baiknya tu. “Aku tiga setengah.” Sampuk Maya, nak jugak gamble nasib Hana. Hana
mencebik. Oh pandang rendah aku eh. Sabar Hana, sabar. Orang hebat memang
selalu dipandang hina mula-mula.
“Kalau aku dapat
tembak semua ni, lima hengget setengah aku punya he.” Ujar Hana dengan
keyakinan yang melimpah-ruah. Aku akan pastikan korang melutut minta jadi anak
didik aku.
Jannah dan Maya angguk
serentak. Sure kalah.
Mentera dibaca
beberapa ayat, sengaja nak menambah suspen. Orang kampung aku kata kalau gementar,
rasa macam ada rama-rama terbang-terbang dalam perut. Haa, kasi panjang masa
suspen ni, biar rama-rama dalam perut diaorang saling berbunuhan.
Muahahahaha.
Setelah diharuk bagai
nak gila oleh Maya dan Jannah, barulah Hana mula menyusun lima biji penutup
botol yang tersusun bertingkat tu. Sepantas bullet train, jari kelingking kiri
dan kanannya menarik penutup botol di bahagian bawah sehingga bertebaran
penutup botol yang lain.
Jannah dan Maya
menelan air liur. Peh. Ada style. Macam pro. Makin berdebar hati ni. Mereka
saling berpandangan. “Korang nak aku tembak mana?” Tanya Hana riang sambil
menarik satu penutup botol keluar, meninggalkan baki empat lain.
Gaya macam dah menang
je kan. Jannah meneliti susunan penutup botol ataupun ceper di atas lantai. Hm,
menarik susunan dia. Kasi dia yang susah-susahlah. Biar tak kena. “Ni tembak
ni.” Arah Jannah sambil menggerakkan jarinya dari kiri ke kanan, menunjuk ke
arah dua biji ceper yang jaraknya agak jauh.
Maya membuat tanda
bagus pada Jannah.
Hana mengangguk. Jari
hantu diletak atas jari telunjuk dan sepantas kilat jarinya menjentik ceper
yang pertama dan ceper itu mengenai ceper yang kedua tanpa bersusah-payah.
Kemudian, dia menjentik ceper yang lain. Kena jugak.
Maya dan Jannah tak
terkata. “Lima hengget setengah. Terima kasih.” Tabung Transformer dihulur pada
Maya dan Jannah, menyuruh mereka memasukkan duit ke dalamnya dengan penuh
keikhlasan.
Masing-masing dah
tampal muka sakit hati. Nak tak nak terpaksalah hulur lima ringgit seorang. Ala,
setakat tembak sebiji sebiji, siapa pun boleh lepas.
The real game starts
now.
Hana menyusun lima
biji ceper bertingkat-tingkat sebelum diletak atas belakang tangannya. Matanya
mengerling Maya yang dah pasang riak cemas. Jannah di sebelah pulak dah
menggigit kuku. Tahu cuak. Kemudian, tangannya berpusing 360 darjah dan
menangkap kelima-lima biji penutup botol itu dalam keadaan masih lagi tersusun
elok.
Lagu ‘We are The
Champions’ seolah bergema satu rumah. Hana ketawa macam Santa Clause.
“Ho ho ho! Tadi
mula-mula aku dah kumpul 100 markah. Lepas tu ni lagi seratus, so total markah
dah 200. Korang berapa? 50 ke 5 ya?” Saja je Hana membakar hati, jiwa dan raga
teman serumah kesayangannya tu.
Masing-masing dah
tayang muka cempedak jeruk.
Kali ni dua ceper tersusun
bertingkat. “Ayam!” Jerit Hana gembira. Terus ditarik dua biji ceper itu
keluar. Makin senang stage ni. Terima kasih Allah kerana memudahkan laluan jadi
aku sebagai seorang juara ni. Seperti yang dijangka, semua ceper dijentik
mengena.
Jannah dan Maya makin
resah gelisah. Ribut taufan hujan petir semua bergabung tenaga atas kepala
mereka. Hana ketawa bagai nak rak. Takda masam lagi ke muka diaorang ni? Perit
mata tengok.
Ditimbang lima biji
ceper yang sudah disusun bertingkat dan sekali lagi dia berjaya menangkap
kelima-lima ceper tu dengan mudah. Hana menjerit gembira sambil menari poco-poco.
Jannah dan Maya akhirnya serentak melempar
ceper mereka ke lantai.
“Amek amek! Nak sangat
menang! Amek!”
Hana ketawa menggila.
“Hekeleh, dah kalah nak emosional pulak. Bapak tak cool.” Balas Hana sambil
menolak tabung Transformers ke arah kawan-kawannya. Kening dijungkit-jungkit,
memberi isyarat kepada mereka supaya memasukkan duit ke dalam tabung tersebut.
“This is the last time
we played this stupid game!” Tegas Jannah seraya bangun dan menuju ke biliknya.
Beberapa saat kemudian dia keluar dengan tabung pili bombanya.
“Nah.” Tabung pili
bombanya dicampak ke arah Hana yang sedang merehatkan berat tubuhnya atas kedua
lengan. “Sakitlah penyapu ha! Kau saja kan!” Hana mengambil tabung Jannah dan
digoncang-goncang tabung yang sarat dengan duit syiling itu.
Jannah pasang muka tak
bersalah. “Tak nak sudah!” Dia berkira-kira nak ambil semula tabungnya sebelum
Hana cepat-cepat menjauhkan tabung pili bomba itu dari Jannah.
“Kau nak siku kau
buruk ke ha?” Herdik Hana penuh emosi.
Kawan baiknya itu
berdengus sambil menunjal dahi Hana dengan perasaan geram. “Mengada!” Hana
menjelirkan lidah.
Maya menggeleng
kepala. “Nah. Lepas ni kalau kau nak main ceper, kau main dengan budak-budak
kat sekolah depan tu ya? Pukul 5 diaorang habis kelas mengaji.” Ujarnya sinis
sambil menayang lima jari ke muka Hana. Kawannya itu terangguk-angguk.
“Jangan banyak
mulutlah. Bak sini duit cepat.” Hana membuka tutup tangannya. Maya berdesis.
Beg tangannya dicapai dan dicampak ke arah kawannya itu.
“Thank you! Just nak
clarify things. Ini bukan judi tau. Duit ni ialah duit saraan rumah tangga yang
patutnya korang bagi tapi dah masuk dua bulan korang tak bagi.” Ujar Hana.
“Tu nak sedapkan hati
ke apa tu?” Sindir Maya.
“Betul laa. Kita main
ceper bukan main judi. Aku saja mintak korang bayar. Tak nak korang kecil hati
kalau aku direct paksa korang bayar duit saraan rumah tangga kita bertiga. Baik
tak hati aku?” Hana menayang senyuman manis.
“Banyaklah kau punya
baik.” Jannah menjulingkan mata.
“Okey, aku nak pergi
beli ais krim Malaysia. Siapa nak?” Hana bangun dan memakai tudung, dah sedia
nak keluar pergi kedai runcit.
“Aku nak perisa milo.”
Jannah memesan. “Aku nak anggur.” Maya menambah. Hana membuat tanda bagus
sebelum keluar dari rumah dan berlari menuju ke kedai. Lima minit kemudian,
Hana muncul dengan satu beg plastik penuh dengan ais krim dua puluh sen.
Mata Maya terbeliak.
“Stok sebulan ke?” Tanya dia. Hana menggeleng. “Tak, tiga bulan.” Balas Hana
selamba sambil menolak daun pintu dengan kakinya, memberi laluan kepada dua
orang remaja lelaki yang sedang membawa dua beg plastik penuh dengan ais krim.
Rahang Maya jatuh.
“Kau gila Na.”
“Kan! Aku borong habis
kedai bapak budak ni.” Hana menjuihkan bibir ke arah remaja berbaju biru,
berkaca mata. Maya dah tepuk dahi. Rosak perempuan ni. “Habis dahlah duit ceper
tadi?” Hana angguk laju.
“One shot.”
“Duit saraan rumah
tangga konon!” Perli Maya sinis. Hana menarik muka.
Jannah yang baru
keluar dari tandas memandang pelik dua remaja yang sedang menyusun ais krim
dalam peti sejuk. “Siapa budak dua ekor ni?” Tanya Jannah masih bingung dengan
kehadiran dua remaja itu.
“Anak tokeh ais krim
Malaysia.” Jawab Maya mendatar. Tak larat dah nak melayan kegilaan Hana.
“Jangan cakap dengan
aku si Hana ni sapu habis ais krim dua puluh sen tu?” Jannah memeluk tubuh. Hana
berlari ke arah Jannah dan memeluk erat kawan baiknya itu.
“Ya sayang! Aku sapu
habis!”
“Gila kau ni Na! Ni weh,
si Alex call aku tadi. Dia kata kau dah lama tak singgah kedai dia.” Jannah
menarik Hana ke ruang tamu sebelum menolak kawannya itu duduk di sofa.
“Lama jugaklah. Last aku pergi masa si ungka
tu mula-mula masuk ofis. Apasal dia call kau?” Hana duduk bersila. Wajah bersih
Jannah ditatap lama.
“Dah dia call kau tak
dapat, dia call la aku.” Balas Jannah melabuhkan punggung di sebelah Hana. Kawannya
itu berkerut. Eh tak pernah-pernah dalam sejarah hidup aku reject call Alex.
“Eh mana ada. Kalau
Alex call, gerenti aku jawab punya.”
Teman serumahnya itu
memandangnya pelik. “Ke kau silent mode kan henset kau? Manalah tahu. Try check
tengok.” Jannah beri cadangan bernas. Kepala diangguk. Tanpa berlengah, Hana
terus mengambil beg tangannya dan menyelongkar habis seluruh isi beg. Jannah
geleng kepala.
Itulah, handbag takda nak besar lagi. Macam-macam
ada dalam beg tu. Torch light ada, i-pad ada, kamera ada, telekung, charger,
tisu, sikat, perfume, bedak, aih serabutnya aku tengok. Memanglah susah kau nak
cari telefon kau tu Hana oi.
“Jumpa dah! Macam
treasure hunt je weh.” Hana ketawa sambil membuat corak tertentu untuk pasword
telefon pintar yang baru dibelinya tempoh hari.
“Berapa banyak missed
calls?” Tanya Jannah tak sabar.
Hana memandang Jannah
dengan pandangan serba-salah. “37 missed calls.” Rahang Jannah jatuh. “Semua
Alex punya call?” Hana menggeleng. “Alex call 5 kali je. Yang lain unknown
number.”
Jannah mengambil
smartphone Hana dan terus mendail nombor tak dikenali itu dengan menggunakan
telefonnya. Hana merapatkan telinganya ke telefon yang ditekap ke telinga
Jannah, tak sabar nak tahu siapa gerangan di hujung talian. Maya mengambil
tempat di sebelah kiri Jannah, turut sama nak dengar.
Lagu Knockin’ on
Heaven’s Door kedengaran. Hana, Jannah dan Maya bernyanyi mengikut alunan
caller ringtone tu sehinggalah satu suara menyapa.
“Hello.”
Automatik mereka
bertiga terdiam, masing-masing kelu lidah. Ha tadi bukan main syahdu
berkaraoke. Jannah meletakkan jari telunjuk di bibir, memberi isyarat diam.
Suara lelaki ni.
Jannah berdeham
perlahan.
“Hello Encik, saya
Fazura dari syarikat bekalan air. Saya dapat aduan bahawa kawasan rumah Encik
tidak mendapat bekalan air yang secukupnya. Jadi, boleh saya tahu, di mana
kawasan rumah Encik?”
Oh my God. Jannah, kau
memang ohsem. Suara dia terus berubah nada. Langsung tak serupa dengan suara
sebenar dia. Ni kalau aku jadi mamat dalam telefon tu, memang bulat-bulat aku
percaya si Jannah ni Fazura dari syarikat bekalan air.
“Cik Fazura, saya baru
lepas mandi ni. Alhamdulillah, banyak je air keluar. Mungkin aduan palsu.”
Jawab suara di hujung talian.
“Oh ya? Ada
kebarangkalian aduan yang dibuat itu aduan palsu, tapi pihak kami masih perlu
ambil tindakan. Jadi boleh Encik beritahu saya, di mana kawasan rumah Encik?” Jannah
bertanya lagi.
“Boleh, boleh. Saya
tinggal di taman kejora 3.” Balas Encik misteri itu memberi kerjasama yang
baik.
“Okey taman kejora 3.
Oh ya, nama Encik apa ya? Kami perlukan untuk rekod.” Jannah menyuruh Hana
menyediakan pen dan kertas, untuk menulis segala informasi.
Hana menanti penuh
sabar. Pen di tangan dah diputar-putar macam heli. Berdebar la pulakkan nak
tahu siapa yang dok telefon aku bagai nak rak. “Yeah, yeah sure. Saya Akid
Zakrey.”
Pen di tangan terjatuh
ke lantai. Jannah memandang Hana. Akid?
-
“Hello? Cik Fazura?”
Akid Zakrey di talian bertanya setelah agak lama wakil syarikat bekalan air
tidak memberi respon. “Ya saya. Maaf ada sedikit masalah tadi. Baiklah, Encik
Akid Zakrey bin apa?” Jannah mengurut dadanya, cuba menenangkan diri.
Satu nama yang amat
puaka.
“Akid Zakrey bin Haji
Musa.” Balas Akid. Jannah mengangguk. “Baiklah Encik Akid, berdasarkan rekod
yang ada ni, Encik dah lebih 6 bulan tak bayar bil. Jadi pihak kami telahpun
mengeluarkan surat saman kepada Encik. Encik ada terimanya?” Dengan suara yang
tenang, Jannah mula merencana cerita.
“What? Eh saya baru je
sampai Malaysia. Not even a month. So saya tak guna pun air ke apa. Dan, as far
as I’m concern, semua bil dah dibayar before I flew oversea. Apa ni?” Akid mula
kedengaran sedikit cemas.
“Maaf Encik. Saya tak
tahu apa-apa, saya cuma beritahu Encik berdasarkan rekod yang ada dengan saya
ni.” Jannah menukar suaranya ke suara innocent.
Wow. Hana di sebelah
sudah menekup mulutnya dengan bantal.
“Well there must be a
mistake. Cik Fazura, awak check betul-betul.” Akid meninggikan sedikit
suaranya. “Bertenang Encik Akid. Macam nilah. Saya sarankan Encik pergi ke
centre kami di Plumbum street berdekatan dengan kawasan rumah Encik. Di situ
Encik bolehlah melaporkan kesilapan ni. Saya kat sini tak boleh buat apa-apa.” Ujar
Jannah serius.
“Oh di Plumbum street
ya. Ok, baik. Terima kasih ya Cik Fazura.” Suara Akid kedengaran lega. “Sama-sama.
Terima kasih atas kerjasama Encik.” Jannah mematikan talian. Kemudian, sim kad
di dalam telefonnya dikeluarkan dan terus dipatah dua.
Hana memandangnya
dengan penuh rasa takjub dan kagum. “Takpa ke sim kad tu?” Tanya Hana. Jannah
tersenyum. “It’s just a stupid card. Aku nak tanya ni, kenapa tiba-tiba jantan
ni muncul?”
Wajah serius Jannah
dipandang lama. “Aku tak tahu.”
“Kau cari dia? Ke kau
contact dengan dia?” Tanya Jannah lagi. Kali ni lebih serius bunyinya. Hana
menggeleng laju. “Tak. Aku tak pernah terfikir pun nak cari dia. Apa lagi nak
contact dia!” Tegas Hana.
Jannah melepaskan satu
keluhan berat. “I wish I could kill him.” Ucap Jannah dengan penuh rasa benci.
Hana menarik tangan kawan baiknya itu. “So, apa yang ada kat plumbum street tu?”
Tanya Hana, menongkat dagunya di atas lutut. Jannah tersenyum jahat. Maya di
sebelah yang dah gelak sakan dipandang.
“Maya cerita sikit apa ada kat situ.” Kawannya
itu menjungkit bahu sambil menggeleng.
“Entah. Apa yang ada
kat situ Jannah?” Maya memeluk tubuh, pura-pura tak tahu.
“Rumah urut.”
---
Rosebud says: I had super lots of fun writing pasal ceper tu. Hanya mereka yg lahir zaman 90an ke bawah je fhm perasaan saya ni. ceper, batu seremban, polis entry, lubang tikus, rebut tiang, baling slepar etc. mana ade angry bird bagai zmn kita dulu kan. personally, games kita lg best dr angry bird! bias bias :Pwlupun I had lots of fun writing, I'm not sure whether readers boleh fhm ke tak. hrp2 korang mampu guna imaginasi bygkan Hana main ceper ni yep.
kisah disebalik penulisan ceper ni, I had to call my buddy (kupt) yg berada ni Unimap (saya ingat2 lupa game ni). then si kupt ni dan 4 org member dia terpaksa mengerah otak cuba ingat steps ceper ni. huhu. ohsem kan? so tlglaa readers, enjoy every word of it. kesian kat si kupt dan member2 dia.. ^^
p.s harus bubuh gmbr si kupt ni sbb jasa dia.tp terselit gmbr gedik la pulak. sori for the eyesore. ><
thanks korang sebab setia menanti, setia membaca. sila bagi KOMEN/NASIHAT yep. jgn lupa tekan sini la sini orait.happy reading!
to those yg tatau menatang ape ceper tu ni gambonya...


"JAMBAN" : itu tempat orang beyak la wehhh!! HAHAHAHAHA,,
ReplyDeletehoh! bagos ada nama aku,, hihihiii.. yeah!
Memang jamban pun ape nama benda alah tu! hehehe.
ReplyDeletedaa credit nama ko daa :P
Ahahahah kelakar la hana ne, jannah pon poyo je.hhee ketawa tak ingat. :D walaupun ada yg saya kurang fhm tp so far so gud la kak. bes entry kali ne, tak tfkir pon akak akn buat game klasik power gitu.ehehe tp rindu dgn daim la kak, uwaaaa sedih. :( cepat2 sambung ek kak.^^
ReplyDeletebest....
ReplyDeletesyafa: tang mana tak fhm tu? ceper ke? adeh. dah cube explain sebaik mungkin. >< insya Allah, next chptr Daim ade ye. ^^
ReplyDeletebaby mio: thanks baby <3