Kak Mida tak jadi nak
hirup teh o suamnya melihat Hana yang duduk bersila di atas meja pantry bernyanyi
kecil sambil sesekali tergelak seorang diri. Gilo ke apo budok ni? Tergolak-golak
tersengih tersengih. “Amboi gembiranya orang tu. Ada orang hantar rombongan
meminang ke?” Kak Mida menepuk peha Hana.
Gadis itu yang baru
saja mendekatkan mug ke bibir, niat nak menghirup air panas di dalamnya, tapi
segera dilarikan mug jauh-jauh saat lidahnya terasa bagai disalai. Panasnya!
“Siapa nak kahwin? Siapa?”
Mata Hana membulat besar. Siapa nak kahwin? “Budin
ke? Ada jugak orang nak kat dia he?” Tanya Hana lagi. “Hei ingat Budin ni tak
laku ke? Budin hot stuff tau.” Panjang umur si Budin ni. Ee telinga dia, dengar
aje. Ni mesti korek setiap lima minit ni.
“Kalau bukan Budin
siapa kak Mida?” Hana mengalihkan pandangannya pada kak Mida pulak. “Kau la!”
Bibirnya dijuih ke arah gadis tu. “Hana?” Jarinya ditunjuk ke arah diri
sendiri. Kak Mida dan Budin angguk serentak.
Hana menggigit bibir.
Diaorang tahu ke si ungka tu pernah propose kat aku? Ngaaa....
“Eh mana ada orang
hantar rombongan meminang. Akak ni pandai buat cerita. Ni mesti dah join The
Powerpuff Girls academy kan?” Hana menjegilkan mata. Kan dah laser mulut aku
ni. Siapa suruh trigger?
Kak Mida dan Budin
ketawa besar. “Ee tak baik tau Hana ni.” Budin memukulnya dengan sudu plastik. “Nasib
baik sudu plastik, kalau sudu besi, dah lama lebam mata kau sebelah.” Hana
tergelak bila Budin cepat-cepat undur tiga langkah. Penakut betul. Layan aku
macam aku ni kaki pukul je kan.
“Takda maknanya nak
join akademi bagai. Ni, akak tengok kau ni happy bukan main. Apasal?” Kak Mida
tanya straight to the point.
“Haa cakap direct selling
macam ni kan bagus. Semalam.. Hana, Jannah dengan Maya. Kitaorang makan ais
krim Malaysia.” Balas Hana sambil menampal muka berlagak. Sebenarnya, bukan ais
krim dua puluh sen tu yang buat aku gembira sakan. Tapi sebab kebijaksanaan Cik
Fazura dari syarikat bekalan air tu. Dalam diam, Hana tersenyum lagi.
Plumbum street!
Budin dan kak Mida
memandangnya lama. “Itu je?”
Hana mengangguk. “Itu
je la. Ada lagi ke?” Tanya Hana pura-pura bingung.
Kak Mida menjulingkan
mata. “Buang masa akak je datang sini. Setiap langkah tu berharga tahu tak?”
Hana ketawa besar. Tak
padan dengan perut memboyot. Terus dia lompat turun dari meja dan mengusap
perut kak Mida yang makin hari makin besar. Macam belon yang hampir pecah dah
aku tengok.
“Baby, nanti dah
lahir, jangan jadi sengal macam mama okey? Mama awak ni skru dah tanggal. Jangan
ikut tau.” Bisik Hana rapat ke perut kak Mida dengan suara manja.
Terus kak Mida
menyekeh kepala dia. “Sabar jelah tau Hana ni!”
Gadis tu ketawa lagi. “Alamak,
dah time. Hana cau dulu. Budin, kau jangan stay sini. Kita ada kerja. Jangan
malas!” Hana menggoyangkan jarinya, mengajak Budin pergi.
“Actually Budin datang
sini sebab nak panggil Hana la. Tapi bila sampai je, terus lupa. Dah terjebak
dengan virus Hana.” Balas Budin selamba. Hana berdesis. Dah pandai kutuk aku si
Busot ni. Sekali aku pang karang, terus keras kau Budin. Hehe.
“Dah, dah. Asyik gaduh
je korang ni. Kahwin kan nanti baru tahu.” Kak Mida mengenyitkan mata. Comel
apa Hana dan Budin. Sure Budin kena control. Tengok pun dah tahu dah kan?
Serta-merta Hana dan
Budin buat muka jijik. “Tak nak! Nanti pokai Budin. Dengan cincin diamond
berkarat-karat dia tu. Eee.. tak sanggup!” Kepala digeleng banyak kali.
“Weh! Kau ingat aku nak kahwin dengan kau ke
ha! Nanti semua anak aku alergik dengan sotong tau!”
Pecah terus tawa kak
Mida. “Kau ni Hana!” Marah kak Mida. Budin dah besarkan mata. “Budin bukan
sotonglah!” Jerit Budin, defensive. “Ala sentap. Kau ni Budin. Hati besar
kumanlah. Sensitif sangat. Aku gurau je kot.” Hana memujuk si pemilik hati
sensitif ni.
“Tak kelakar tau.”
Balas Budin manja.
“Ala ala comelnya.
Weh, kau try buat suara macam tu dengan aku lagi sekali, aku hantar kau pergi
sunat second time, nak?”
Laju Budin menggeleng.
Tahu pun tak nak. Dok girly girly gedik gedik manja manja dengan aku apahal?
“Dah jom. Okey kak,
balik lab dulu. Bye bye.” Hana dan Budin melambai.
“Bye.”
-
Meeting bersama
Shuichi, Daim, Nani dan Akid. Hana terasa macam nak melonjak guling-guling
sambil menari tarian Oppa Gangnam style bila melihat Akid yang tak senang duduk
dari tadi. Macam cacing kepanasan.
Good job Jannah, or
should I call you, Cik Fazura. Kekeke.
“So far, these are the
formula that we’ve made for the chemicals in the detergent and softener. And
these are the formula for shampoo and shower cream. We have yet to come out
with formula for our facial products so we’re gonna need an extra hand to do
so.” Terang Hana sambil menunjukkan struktur dan persamaan kimia yang dilukis
pada papan putih dan yang terdapat pada slide.
Nani pulak bangun dan
mengedarkan brochure. “Dan sebab itulah Samurai Group berkerjasama dengan pihak
Chemtech untuk menghasilkan kajian bersama.”Tambah Nani. Daim memandang brochure
yang diedarkan Nani sekilas sebelum kembali merenung Hana.
She looks fine.
Glowing in fact,with her own ‘unique’ multicolor dress code. Pelik ni. Semalam
bukan main bergenang mata tu. Daim menala pandangannya pada Akid pula. The
opposite of Hana. Gelisah bukan main. Aku tengok pun aku rasa serabut. Apahal
ni? Ada apa-apa jadi ke antara mamat ni dan Hana?
Daim meraup rambut
ikalnya ke belakang dan mengikatnya. Shuichi memegang bahu sepupunya itu. “You
okey?” Tanyanya. Daim mengangguk.
“You are soo in love
with her man.” Bisik Shuichi.
“Kau gila he?” Daim
menyikut perut sepupunya itu. Tak ke bahaya kalau-kalau geng Powerpuff Girls tu
terdengar benda ni. Mahu kecoh satu bangunan. Kang tak pasal-pasal obaasan pun
datang sini, sekolahkan aku. Mintak jauhlah.
Hana memandang semua. “Any
questions? No? Alright, thank you semua.”Dan mesyuarat pun berakhir dengan
jayanya. Akid dilihat bagai tak cukup tanah terkejar keluar dari bilik
mesyuarat. Nak pergi Plumbum street la tu. Hana ketawa kuat-kuat. Tapi dalam
hati jelah mampu.
“Otsukare~ Yoku
gambatta ne Hana!* So proud of ya. Walaupun saya tak faham satu benda pun yang
part garis-garis bentuk-bentuk, ABC plus minus arrow tu semua, but you did an
excellent job. Jom makan. Saya belanja.” Shuichi mencondongkan tubuhnya ke arah
Hana sambil memegang meja sebagai penahan. (*Otsukare= good job! *yoku gambatta ne=
chaiyok-chaiyok!)
Hana menjarakkan
tubuhnya. Mamat Jepun ni dua kali lima je dengan si ungka tu. Bos borek, PA
rintik! Wah, dah pandai berperibahasa. Suka hati je aku ni nak ubah peribahasa.
Kalau Dewan Bahasa Pustaka dengar ni, tak ke nanti depa haramkan aku masuk
perpustakaan negeri. Macamlah selama ni masukkan. Ngee..
Bahu Shuichi terasa
sengal bila ditarik kasar dan sekelip mata tubuhnya berpusing dan Hana tiada
lagi di depan mata, sebaliknya wajah sekonyot Daim menggantikan wajah lembut
gadis itu. Potong betul la!
“Nani o suru no?*”
Daim memeluk tubuh. Matanya mencerun tajam.(*nani o suru no= apa kau buat ni?)
“Nani mo shite nai yo~*”
Shuichi melenggokkkan suaranya macam budak kecil. Saja nak menyakat Daim yang
tak pernah reda barannya tu. “Omae—*”
Belum sempat Diam
menyambung ugutannya, satu pesanan ringkas masuk. Daim membaca mesej itu. Daripada
Pak Chiba.
“I gotta go. Shuichi, kono
onna wa ore no onna da! Oboete ne!*”Tegas Daim sebelum berlalu pergi.(*Nani mo shite nai yo=tak buat apa-apa pun.*Omae=
kau... *Kono onna wa ore no onna da=perempuan tu aku punya! *Oboete ne=ingat
tu!)
Hana melangkah menghampiri Shuichi. “Kenapa
dengan Encik Banyak Songeh tu?” Tanya dia. Shuichi ketawa. “Dia ada date. So
Hana, apa kata awak date dengan saya hari ni?” Shuichi menjungkit kening sambil
tangan dalam poket seluar. Gaya player habis.
Gadis itu berfikir
agak lama, cuba menimbang baik buruk padahnya, sebelum akhirnya tersenyum dan
mengangguk. “Jom date.”
“Yahoo!”
-
Sekeping envelope
bertukar tangan. Daim membuka envelope tu dan menarik keluar isinya. Beberapa
keping gambar wanita separuh abad menarik perhatiannya.
“Kono hito no?*” Tanya
Daim perlahan.(*kono hito no= ni ke
dia?)
Matanya menjamah
segenap wajah wanita itu. Lelaki bert-shirt kelabu di hadapannya mengangguk
yakin. Daim mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang sudah hampir 30 tahun
berkhidmat dengan keluarganya itu.
“Namae wa..?*”
“Damia. Nur Damia-san.”
Balas Pak Chiba. “Nur Damia.” Daim mengulangi nama itu beberapa kali. (*Namae wa=Nama dia?)
“Nan
sai kono onna wa?” Tanya Daim lagi. “Go jyu nana-sai desu.”Jawab Pak
Chiba tanpa teragak-agak. (*Nan
sai kono onna wa=umur dia berapa?, *Go jyu nana-sai desu=57 tahun.)
Daim menarik nafas
dalam-dalam sebelum bertanya, “Donna shigoto shiteru no? Kono onna wa?*” Lelaki
itu merenung kembali kepingan gambar tersebut. Wanita itu seperti sedang
berniaga.(*Donna shigoto
shiteru no? Kono onna wa?= dia kerja apa? Wanita ni?)
“Okashi
no mise ni shigoto wo shite iru.*”
Kuih? Daim
terangguk-angguk. “Ada alamat dia kan Pak Chiba? Daim nak.” Daim kembali memandang
Pak Chiba. “Sono fukuro no naka ni
arimasu.*” Balas Pak Chiba
sambil menunjuk ke arah envelope itu.(*Okashi
no mise ni shigoto wo shite iru=
berniaga jual kuih. *Sono fukuro no naka ni
arimasu= ada dalam envelope tu.)
Daim tersenyum puas.
Semua informasi tentang wanita bernama Damia itu ada dalam beberapa keping
kertas yang dah diklip bersama. “Pak Chiba, arigatou gozaimashita.” Daim bangun
dan menundukkan tubuhnya.
“Iie zen zen, Daim-sama.*”
Pak Chiba segera bangun dan menarik Daim supaya kembali tegak. Terasa segan
bila majikannya berbuat demikian. Satu penghormatan yang dia tak layak terima.(*Iie zen zen= eh tak mengapa, *sama=panggilan
terhormat untuk seseorang yang berpangkat tinggi)
“Hontou no?
Sono hito wa boku no haha da?”
Daim mengeluarkan sekeping gambar lama dari
dompetnya dan diletakkan bersebelahan dengan gambar-gambar yang diambil Pak
Chiba. Perlahan bibirnya mengukir senyum. Ada persamaan yang jelas walaupun
wanita itu kelihatan lebih berusia berbanding dengan gambar sewaktu dia muda
dulu. Daim memandang Pak Chiba. Hatinya penuh berharap. Pak Chiba mengangguk.(*Honto no?
Sono hito wa boku no haha da= Betul ke dia mak saya?)
“Finally, I’m gonna
meet her.” Daim angguk tersenyum.
-
Hana memandang Daim
buat kali yang ke sembilan puluh tujuh. Ee geramnya aku dengan mamat ungka ni.
Suka guna modus operandi kotor lagi menjijikkan tau. Boleh pulak dia paksa aku
teman dia pergi shopping. Dahlah dia halau Shuichi macam tu je.Tak sedar diri
betul. Dasar PA lupa daratan. Lepas tu, bila aku reject dia mentah-mentah, dia
ugut nak beritahu kat Akid yang aku dengan dia bercinta dan akan kahwin minggu
depan. Siap nak jemput dia jadi best man lagi.
Kepala lutut dia! Wargh
stress betul la!
“Hana, aku faham kau
admire gila muka aku yang terlampau hensem ni, tapi agak-agaklah nak tenung
pun. Ramai orang ni kan. Tak malu ke orang tengok? Nanti apa kata orang? Hana
perempuan kaki skodeng. Nak?” Daim menjungkit sebelah kening.
Oh my God! Serius si
ungka ni dah nyanyuk agaknya.
“Daim, ni first time
dalam hidup saya, saya jumpa orang yang terlalu obses dengan diri sendiri macam
awak ni tau.” Herdik Hana dengan nada yang masih terkawal. Daim ketawa besar.
Obses? Hm nice word. I like it.
Hana berkerut. Aku
kutuk kau kot. Hello.
“Kalau kau cantik pun
kau akan obses dengan diri kau sendiri jugak.” Dush. Terasa macam anak panah
beracun merobek jantung hati hempedu limpa aku ni. Berasap je telinga ni
dengar. Pahit tau.
Daim menahan tawa. Saja
dia lancarkan kata-kata kurang enak didengar tu. Gila namanya kalau ada orang
kata perempuan gila ni tak cantik. Mungkin skru dalam kepala dia ada missing
somewhere but she’s definitely a beaut. A real one.
Orangnya takdalah
rendah sangat seperti mana yang digembar-gemburkan. Her height is pretty
average. Cuma jika dibandingkan dengan ketinggian aku ni, memanglah si Hana ni
rendang dan comel. Badan dia tak gemuk tapi tak kurus. Just nice dan curvy. Selama
ni Daim saja je sakat mengata dia terlebih muatan. Suka tengok muka dia
blushing marah.
Kulit dia pulak cerah
kemerahan, bersih tanpa jerawat. Flawless, dan nampak macam lembut je bila
dipegang. Tak pernah cuba, tapi rasa macam nak cuba. Dah banyak kali dah tangan
ni sikit je lagi nak sentuh pipi dia. Nak rasa, selembut yang dilihat atau tak.
Astaghfirullahal’azim.Setan
setan.Biadap betul kau ni.
Next. Kening. Kening
dia tebal. Takdalah setebal keturunan Elfira Loi ke apa nama dia tu, tapi boleh
tahan jugak tebalnya. Mata dia paling Daim suka. She has the most beautiful
eyes ever. Besar. Bulat dan coklat. Dark choco. Macam warna rambut aku ni.
Bulu mata dia pulak,
lebat betul. Tapi tak lentik. Panjang ke bawah. Bila marah, mata dia akan dibesarkan.
Bila dia rasa sangsi penuh syak wasangka, mata dia akan dikecilkan. Hai betul
buat aku tak boleh tidur malam...
Hidung dia pulak just
nice. Comel je kat tengah-tengah tu. Kemudian bibir dia. Daim menelan air liur.
Ikutkan hati, setiap kali matanya menjamah wajah gadis itu, mahu saja dia
tenung je bibir munggil tu lama-lama. Tapi disebabkan masih ada iman walaupun
senipis bulu kucing, dipaksa matanya merenung dahi ke hidung ke, mana-manalah
asalkan bukan bibir dia.
Kalau nak samakan
dengan artis, rasanya bibir Hana lebih kurang sama dengan bibir seorang pelakon
Korea drama kat tv9 tu. Apa ya tajuk drama tu? Daim menggaru kepala. Memang ke
lautlah kan aku nak mengingat nama-nama Korea ni.
“Awak ni kenapa?” Hana
berkerut menyampah. Dahlah tengok muka aku macam tak pernah tengok perempuan,
lepas tu dok tergaru-garu macam mawas. Ee seram je mamat ni.
Daim tersedar. “Kau
layan drama Korea tak?” Tanya Daim tiba-tiba. Hai dah sampai Korea dah? Jauh tu.
Hana mengangguk. Siapa dalam dunia ni tak layan drama Korea?Sekarang kan tengah
musim Korea. Dulu Sepanyol. Lepas tu Indon. Sekarang Korea.
“Apa nama drama Korea
kat tv9 tu? Yang perempuan rambut panjang bibir seksi tu.” Daim memegang
bibirnya sambil memberi diskripsi pelakon Korea yang mempunyai bibir mirip
dengan bibir Hana.
Hana terdiam.
Perempuan rambut panjang bibir seksi. Angelina Jolie? Tapi cerita Korea, tv9.Celah
bila pulak Angelina Jolie berlakon cerita Korea?“Yang kat Chamsarang tu ke?”
Tanya Hana. Daim mengangguk laju. Seboleh-boleh nak tahu nama pelakon tu.
“Oh! Cerita tu. Apa
ni? Hm, ha, ha, I’m missing you! Kan?” Hana memetik jari. Daim mengangguk lagi.
Macam betul. Betul la kot. “Apa nama heroin dia?”
“Nama dia dalam cerita
tu ke nama sebenar dia?” Tanya Hana.
Daim rasa macam nak
ketuk je kepala perempuan ni. Apa ke bebal perempuan gila ni? Aduhai. “Nama
sebenar dialah!” Marah Daim. Sakit pulak hati dengan soalan tak
berperikemanusiaan gadis tu.
“Yoon Eun Hye. Hero
dia Mickey Yoochun. JYJ. Tapi dia dulu dalam Dong Bang Shin Ki. Suara dia tak
sedap sangat pun nyanyitapi dia hensem Ya Allah.Waaa..Dialah yang berlakon
cerita Rooftop prince. Sweet sangat drama tu.” Cerita Hana panjang lebar tanpa
dipinta. Daim berdengus. Aku tanya sepatah, dia jawab berpatah-patah. Semaklah.
“Ha! Eun apa nama dia
tadi?”
“Yoon. Eun. Hye!”
Sebut Hana satu per satu. Daim mengangguk.
Betullah. Itulah
pelakon tu. Daim tersenyum senang hati. Macam itulah bibir Hana, sama dengan
bibir Yoon Eun Hye tu. “Kenapa tanya?” Hana memandang lelaki tu. Daim diam
untuk beberapa ketika. “Nak google dia.” Kening Hana bercantum.
Google? Ee stalker
gila mamat ni.
Daim berdengus. “Kau
jangan nak fikir aku ni stalker ke apa he. Belasah kau kang.” Hana menjeling
sakit hati. Sikit-sikit nak belasah orang. Besar sangat mandat kau. Aku ni
Princess Hana tau! Tapi tertakluk pada terma dan syarat la. Hehe.
“Nak google kenapa? Tengok
je la cerita tu.”Ngomel Hana.
Lelaki itu menggeleng
kepala. Menyesal aku bagi alasan nak Google. Karang kalau aku kata sebab bibir
kau sama macam si Yoon Eun Hye tu kang, kau jugak yang merah menyala tak sudah.
“Daim, kita nak
shopping apa ni?” Thankfully, Hana menukar topik. “Kau tahu apa yang mak mak
kita suka tak?” Tanya Daim. Hana menggigit bibir. Bibir lagi. Allahuakbar.
Pandangan matanya ditala ke kedai-kedai dalam mall ni.
Mak mak he? “Ais krim
kot.” Balas Hana sebaik saja matanya menangkap tulisan Stick House. Tak
semena-mena satu sekehan hinggap di kepalanya. Adoi. “Kau cakap ais krim sebab
kau nampak kedai ais krim Stick House tu kan?” Daim memang ada instict yang
menakutkan.
Hana menelan air liur.
Nampak macam sedap la pulak gelato tu. Wajah Daim dipandang dengan pandangan
Puss in Boots. “Daim oh Daim.” Panggil Hana ala-ala Upin dan Ipin panggil kakak
mereka, kak Ros.
Lelaki itu memandang
Hana sambil berkerut. Ni apahal tiba-tiba gedik semacam ni? Allah, mata Puss in
Boots pulak dah.“Kau nak ke?” Gadis itu mengangguk laju. “Nak. Lapar.” Daim
berdengus sebelum berjalan ke Stick House dan membeli sebatang ais krim
untuknya dan sebatang lagi untuk Hana.
“Thanks Daim. You’re
the best. Untuk hari ni je la.” Ucap Hana ikhlas. Lelaki itu menggeleng kepala
sambil mengikut Hana yang dah duduk atas kerusi sambil menggoyang kaki. Gembira
tak terhingga. Macam budak kecik je. Dapat ais krim happy. Tak dapat muncung
sedepa.
Setelah lima minit,
Daim bangun dan terus buang batang ais krim ke dalam tong sampah berdekatan. Hana
menarik senyum. Bagus, menjaga alam sekitar. At least si ungka ni ada la rasa
tanggungjawab.
“Weh, aku rasa, mak
mak ni suka baju. Kau perempuan, mesti kau tahu taste orang perempuan kan? Jom
carik kedai baju perempuan.” Ujar Daim sambil terus mengatur langkah, langsung
tak menunggu Hana yang dah termengah-mengah mengejarnya. Entah apa si ungka ni
nak kejarkan sangat.
Dari satu kedai ke
satu kedai baju mereka masuk, tapi takda satu pun yang berkenan di hati lelaki
tu. Adui, banyak pulak songeh dia. Siapa yang nak pakai? Dia ke mak mak? Tadi
kata nakkan taste aku, tapi bila aku kasi cadangan, masuk telinga kanan, patah
balik keluar lubang yang sama. Sabar je la!
“Daim, saya nak cakap
sikit.”Hana akhirnya berjaya mendahului langkah pantas lelaki itu. Dia ingat
kita ni tengah marathon browsing baju agaknya. Beli tak nak. Saja window
shopping, penatkan kaki.
Lelaki itu berkerut. “Apa
dia?”
“Awak boleh tak tolong
dengar opinion saya? Kalau awak nak saya ikut awak, awak at least listen to my
opinion. Kalau tak saya balik. Buat penat kaki saya je.” Bebel Hana dengan
penuh perasaan dan keikhlasan.
Wajah Hana dipandang
lama. “Ok, I’m sorry. I’ll listen. Ok? I promise. Teman aku he?” Hana hampir
tersembab jatuh mencium lantai sebaik saja mendengar kelembutan pada tutur kata
lelaki bergelar ungka tu.
Wow. Tak sangka dia
boleh bercakap dengan penuh sopan santun.
“If you insist. But I’ll
lead.” Hana sempat menghadiahkan satu jelingan separuh manja kepada lelaki itu,
sebagai hadiah bersikap sopan santun. Terasa menggeletar satu badan. Serius
perempuan ni, dalam dia tolak aku, dia tarik aku.
Daim mengangguk. “Kau
jangan nak bawak aku pergi tempat bukan-bukan pulak he!” Kembali kasar. Menyirap
je. Tak sampai 30 saat kesopanan dan kesusilaan dia tu.
Sekurang-kurangnya dia
dengar pendapat aku. 3 kedai diborongnya. Blouse, baju kurung, selendang,
brooch dan kasut. Semuanya beratus-ratus ringgit harga. Rasanya lebih seribu
ringgit mamat ni dah belanja. Tinggi sangat ke gaji seorang PA ni?
“Kau nak apa? Aku
belikan kau sebab sudi tolong aku, teman aku.” Daim bertanya tanpa memandang
gadis itu. Hana tersenyum lebar. “Apa-apa je?” Tanya Hana teruja. Daim
mengangguk. “Name it.”
“Serius?”
“Iya, serius.”
“Betul ni?”
Daim menggigit bibir.
Dipandang Hana dengan satu pandangan. Bak kata orang putih, cold stare gitu. Ya
Allah minah ni...ada makan penampar aku kang.
“Ok, ok, awak serius
serius.”
Hana ketawa
takut-takut sebelum berfikir sejenak. Nak mintak mahal-mahal la. Bila lagi
dapat ketuk si ungka ni. Tapi... bila fikirkan dia dah belanja lebih seribu
ringgit, tak sampai hati la pulak. Mata Hana singgah pada sebuah kedai emas.Datang
idea nakal. Nak test ke-gentleman-an mamat ungka ni.
“Nak tu.” Hana
menunjuk ke arah kedai tu. Mata Daim mengikut arah yang ditunjuk jari gadis
itu. Kedai emas Tomei. Nafas ditarik dalam-dalam. Wajah ceria Hana dipandang.
Daim memeluk tubuh. “You’re
joking right?”Seumur hidup dia, tak pernah sekalipun dia jejak kaki ke kedai
emas semata-mata nak belikan perempuan emas berlian bagai. Kirim salamlah. Not
my thing.
Gadis itu geleng kepala. “Tak gurau pun. Serius
ni. Nak emas putih. Yang ada kepala Pooh tu. Omei angat.” Hana membuat gaya
rantai di lehernya, memberi signal. Suara keanak-anakkan dibuat-buat.
“Kau kahwin dengan aku
dulu baru aku hadiahkan kau kepala Pooh tu.”
Kata-kata Daim seolah
menjerut tangkai hati jiwa raganya. Gulp. Sensitif betul bila cakap soal kahwin
dengan mamat ni. Teringat moment dia melamar aku masa beratur nak beli tiket
wayang dulu. Sampai hari ni, bilamana moment tu muncul dalam kepala, mesti
tegak bulu roma aku ni. Hana menggosok lengannya. Goosebumps.
“So nak tak kepala
Pooh tu? Kalau nak, jom kita pergi pejabat kadi. Kita kahwin sekarang jugak.”
Daim dah sedia nak gerak. Langkahnya laju.
Eh kepala hangguk dia.
Tak kelakar kot. Hana cepat-cepat menjerit menyuruh lelaki tu patah balik. “Awak
ni gila ke apa? Jangan main-main boleh tak?” Marah Hana. Si ungka ni ingat soal
kahwin macam main ceper ke?Senang-senang je nak decide. Dalam ceper pun fikir
dua tiga kali tau, bila nak jentik, angle mana nak ambil. Ish si ungka ni!
Daim merenung gadis
itu. “Siapa cakap aku main-main? Aku serius ni. Aku nak belikan kau something,
kau mintak emas putih kepala Pooh tu kan? My only condition is if you want it,
marry me. Itu je.”
Hana mengurut pelipis.
Haru-biru neuron dalam kepala aku. Betullah si ungka ni. Suka buat aku serabut.
“I was just kidding ok.” Bentak Hana sambil menjeling lelaki itu.
“So kau tak nak kahwin
dengan aku?” Tanya Daim merenungnya tajam. Hello, ada ke orang dalam dunia ni
nak kahwin dengan ungka hati kering macam kau? Kalau ada, mari sini aku
sekolahkan dia, kasi basuh habis-habis! Hana melepaskan satu keluhan berat.
Wajah serius Daim
dipandang sekilas. “Awak, suka hati awaklah nak belikan saya apa. Tak belipun
takpa. Saya tolong awak ni pun sebab awak memang tak tahu apa-apa pasal
perempuan.” Ujar Hana. Matanya tak berani melawan pandangan tajam lelaki itu.
Kedengaran deru nafas
Daim betul di pipinya. Hana menggigit bibir sambil berundur setapak. Mamat ni
suka tau rapat-rapat. Tak tahu ke iman kita ni rapuh bak biskut Merry?
“Kau tunggu sini. Jaga
barang.”
Hana memerhatikan Daim
yang dah berlari membelok ke kanan. Dia pergi mana tu? Jangan cakap dia tinggalkan
aku terkontang-kanting kat sini? Tak kelakar weh...
-
Betul rasa nak menitik
air mata bila Daim muncul dengan sejambak bunga Lily of the valley. Kedua
tangannya menutup mulut. Ya Allah, mana dia tahu aku suka bunga ni?
“Thanks teman aku.”
Lily of the valley dihulur pada gadis itu.
Hana mengambilnya
dengan hati yang terbuka. “Suka?” Tanya Daim. Bukan main lebar lagi senyuman
perempuan ni. Tadi bukan main marah. Hm.. betul la. Dia memang gembira.Bukan
dibuat-buat. Fuh. Tak pernah-pernah dia gembira macam ni bila dengan aku.Selalu
muka tu tak ikhlas je jumpa aku. Hmfirst time ni.
Gadis itu mengangguk. Tiba-tiba rasa macam
sweet gila si ungka ni. Kalaulah dia ni teddy bear, memang dah lama aku peluk
cium gigit bagai. Nasib baiklah kau lelaki yang hensem tapi sangat
menjengkelkan. So takdalah aku rasa macam nak peluk cium kau. Rasa nak lempang
ada la. Hehe. Tapi serius, sweet. Kasi bunga. Lily of the valley pulak tu.Ngee..
Alamak, tersentuh hati la pulak. Cis, macam mana si ungka perangai busuk ni
boleh kasi hati aku berdebar-debar ni.
Dup dap. Dup dap. Ya
Allah, apa perasaan ni oh Tuhan?
“Lily of the valley. Favorite
kau ke?”
Daim bertanya sambil menala pandangan ke wajah
gembira gadis itu. Walaupun dia rasa pelik tengok keriangan Hana tapi
fikirannya masih menumpu pada wanita dalam gambar yang diberi Pak Chiba tadi.
Terasa gemuruh jiwa bila membayangkan macam mana dia nak hadap wanita itu. Nak
kata apa? Nak react macam mana? Takkan terus nak panggil mak? Kepalanya
serabut. Nasib baik vitamin ni ada. Wajah Hana dipandang lebih lama.
My personal vitamin.
Hana mengangguk. “Actually
awak orang kedua bagi saya bunga ni. Orang first yang bagi saya bunga ni awak
tahu siapa?” Muka blank Daim dipandang. Lelaki itu menjungkit bahu, tanda tak
tahu.
“Tak.” Balas Daim.
Hana geleng kepala. “Ish ish ish. Itupun tak tahu! Apa daa! Ha! Nak tahu siapa?”
Daim memeluk tubuh. Sakit pulak hati aku tengok muka berlagak perempuan gila
ni. Penuh drama je.
“Siapa?” Tanya Diam
bosan.
Hana menampal sengih
separuh. “Entah! Saya pun tak tahu! Puhahahaha.” Terus pecah tawanya sambil
kedua-dua tangan memegang perut. Kononnya lawak sangatlah tu. Daim menjulingkan
mata. Menyesal aku belikan dia bunga ni.
“Dahlah. Aku balik
dulu. Kau balik sendiri!” Dan, Daim terus berjalan tanpa toleh ke belakang.
Hana tercengang. Serius rasa nak cekik-cekik si ungka ni.
“Fine! Saya boleh
jalan kakilah! Memang dekat pun ofis dengan sini!” Jerit Hana sambil
menjelirkan lidah. Dekat? Dekat mung. 30 minit perjalanan naik kereta tau. Kau
nak jalan kaki. Hana menepuk-nepuk dahi. Berlagak tak kena tempat betul la kau
ni Hana.
Daim tergelak kecil.
Seronok dapat sakat perempuan gila tu. Muka dia dah sama warna dengan bendera
Jepun. Merah menyala. Sebaik saja keluar dari mall, kelibat Hana di bus stand
mencuri perhatiannya. Terus keretanya dipecut ke situ. Hon dibunyi sekali.
Gadis itu mendongak.
Daim memberi isyarat, menyuruhnya masuk ke dalam kereta. Sebaik saja Hana
melihat Bentley perak Daim, terus dia melayang satu jelingan penuh rasa benci
sambil memeluk tubuh. Eh mak aih, berlagak lagi tu. Daim menekan honnya sekuat
mungkin tanpa henti. Terus terlompat gadis itu. Hana memandang beberapa orang
di kiri dan kanannya yang dah pasang muka sakit hati.
Ah sudah. Ee geramnya
aku dengan mamat ni!
Akhirnya Hana mengalah.
Langkah berat diatur ke arah Bentley itu. Daim mengoyak senyum saat Hana
melabuhkan punggung di seat sebelah. “Masamnya muka. Guna bedak cap cuka ke?”
Perli Daim selamba. Gadis itu menarik sengih sinis. “Tak. Cap pelempang, nak
try?” Hana menjegilkan mata.
Daim ketawa besar.
Hana, Hana. Macam manalah aku nak hidup kalau kau takda? My vitamin. Kereta terus
dipacu laju menuju ke ofis.
---
Rosebud says: cepatkan saya upload bab baru? hehe. penuh smgt membara tulis tau. so baca jgn xbaca! entry kali ni banyak bahasa jepun, saja saya bykkan sbb saya suka bahasa ni. so hrp2 readers pun suka jugak. klu tak suka takpa, baca je. hehe.
ok, kat sini saya nak amek kesempatan nk ucapkan zillion billion trillion terima kasih kpd ATHIRAH AMIN @ sensei bhs jepun saya yg skg ni tgh stadi kat jepun krn sudi mentranslate dialog bhs melayu ke bhs jepun thru FB dan Twitter tu. hebat kan kan kan. al maklumlaa my japanese daa karat habis daa. so si athirah ni laa yg sudi membantu. maceh ati. saranghae <3
disebabkan ramai sgt dah jatuh cintan cintut kat Daim, dlm entry kali ni saya bubuh up close scene pasal Daim. hope korang enjoy baca okey?
p.s saya dpt ilham reka watak Daim daripada watak Shuichi Akai dalam Detective Conan. bagi siapa yg minat komik/anime ni tahu laa siapa Shuichi Akai ni. super cool. mata Diam exactly mcm mata si Shuichi Akai ni. kalau korang imagine si Daim ni lain drpd Shuichi Akai ni, cth macam Daniel Henney ke apa. dun wori. I lagi suka. Daniel henney pun hensem gile kot.
(mesti korang google sape mamat Shuichi Akai & Daniel henney ni kan. hehe. prasan prasan) :P
to those yg tatau menatang apa Lily of the valley tu, it's actually a very very very pretty flower mcm bunga Rose ><
to those yg tatau menatang apa Lily of the valley tu, it's actually a very very very pretty flower mcm bunga Rose ><
HAPPY ReaDing darlings~ jangan lupa KOMEN/beri NASIHAT yep. dan sila klik di sini la mana lagi ...hehe. thanks guys sbb sudi baca my humble story ni.. ^^


Yesssss.....dh abih bc till tis chapter.sgt2 bes cite ni.dh folo u dr 1st chapter lg.rugi klu xpublish jd novel.congrates!cpt2 smbung next chapter k...*shida80*
ReplyDeleteBEST.....
ReplyDeleteSenyum+gelak+geram+suka
ReplyDeletesenyum sorang2, gelak thap tak ingat, geram dgn daim, suka kat hana&daim. how sweet.^^ bmcm2 perasaan bcmpur dah ne kak rose. serius suka sgt2, dr awl smpai akhir xkering gusi d buat nye. thnks kak sebab updte entry ne selaju unifi.ehehe arigato, syukran, kamsahamnida eonni.^^
terima kasih korang. ^^ insya Allah, akan dihantar kpd publisher any time soon. insya Allah. doa-doakan yep.
ReplyDeleteBest
ReplyDeletehoho..bab28 pulak plis :)
ReplyDeleteperrggghhhh. . . terbaiklah Bab 27 Nie. So Sweetttttttt. . . Huhay. . . :D
ReplyDeletep.s,,, Btul Lah, Abis Je Baca. . . Trus Google Yoon Eun Hye. . . hahah. . . :p
1st time jmpa cite nih xleh nk stop.. Tersangat lah best.. Siap imagine emma ma'embong n aiman hakim redza hero n heroinnya... Bru jer pas google Daniel henney.. Makk aii handsome gilee... :D
ReplyDelete