Skip to main content

Posts

Projek 3 : H + A = Bahagian 5

Hadi Aku cuba menahan tawa yang dah berkumpul di anak tekak.  Wajah pucat biru kelabu Akira saat aku masuk ke dalam kelas, saat aku memberi salam dan bagi sebab kenapa aku lewat masuk ke dalam kelas betul menggeletek perut. Aku meletakkan telefon di atas meja dan cucuk thumbdrive ke punat USB komputer. Sambil menunggu komputer menghadam segala macam benda; loading, processing, waiting....waiting again , aku mengambil marker dan tulis nama aku sebesar alam di papan putih. HADI IBRAHIM Font saiz 72 aku guna. “Ingat nama ni sampai mati, especially dalam dewan exam, you’ll easily get 5 marks.” Ujar aku serius. Anak mata aku mencuri pandang wajah Akira. Ya, dia masih ternganga dan tak berkedip memandang aku. Aku kembali ke komputer dan membuka slide powerpoint dalam folder BIO111 (kod untuk subjek biomolekular atau singkatannya biomol). “Okay. Bagi yang masih tak tahu, I teach Molecular Biology. And uh, I have only one rule for my course. You follow this rule, you’ll sur...

Projek 3 : H + A = Bahagian 4

Hadi “Akira..” Aku memegang rahang yang terasa lenguh, lenguh kerana tak berhenti sengih sejak tadi. Macam budak sekolah baru akhir baligh, aku tak boleh berhenti senyum. Siapa aku nak bohong? I like her. A lot. Pagi tadi aku terus buka page Facebook dan baca satu post — post terkini. Pukul 7.30 pagi di The Mad’s Lab Kafe: Pertemuan dengan 50 orang calon terpilih. Siapa gadis itu, wajah dia, biodata dia, aku tak mahu baca. Aku tak mahu spoiler. Entah kenapa, aku ada odd instinct tentang gadis ni. A good kind of odd instinct. Aku dapat rasakan aku boleh ngam dengan dia. Perkara pertama yang menarik minat aku ialah, mak dia buat group untuk carikan dia jodoh. Itu dah wow-factor bagi aku. Kedua, macam mana gadis itu boleh setuju dengan modus operandi gila mak dia ni? Oh I gotta meet this girl. Pukul 7 aku tiba. Hannah, pemilik kafe The Mad’s Lab menegur aku ramah. Di sebelahnya, Daim—seorang lelaki tinggi lampai memandang aku sebelum mengangguk sekali. Aku kira itu ca...

Projek 3 : H + A = Bahagian 3

Akira “Umi, Aki tak nak jumpa lelaki ni semua. Kenapa umi paksa Aki? Dah sampai jodoh nanti Aki kahwinlah. Dalam Islam pun haram tahu tak paksa anak kahwin!” Suara aku meninggi. Umi menggeleng kepala. “Umi tak paksa Aki kahwin dengan lelaki ni semua. Umi just minta Aki pergi jumpa diaorang. Then if you’re interested, boleh proceed next steps, kalau tak berminat, tak payah. Itu je. Susah sangat ke permintaan umi ni?” Soal umi kedengaran jauh hati. Aku berjalan mundar-mandir di ruang tamu. Naufal masih diam membeku di atas sofa sambil menonton TV, walaupun suara TV dibisukan. Umi yang duduk di sebelah Naufal memandang aku lama. Aku membaca sekali imbas check list yang diberikan umi pagi-pagi sebelum Subuh tadi. Kriteria yang wajib ada; 1)    Bekerja 2)   Bujang 3)   Taller than you Akira “Are these necessary?” Tanya aku kedengaran letih. Umi mengangguk. “Umi tak nak anak umi yang kena tanggung suami dia. Dan kalau boleh umi tak nak Aki kahwin dengan lela...

Projek 3 : H + A = Bahagian 2

Lebih kurang dua, tiga, empat belas bulan lalu... Akira Hampir terjojol biji mata aku tengok puluhan gambar lelaki pelbagai rupa, warna kulit dan gaya di atas meja. Aku memandang umi yang sudah tersenyum simpul bahagia. Bibirnya mengalun lagu yang aku yakin umi gubah sendiri. “Siapa diaorang ni umi? Skandal umi ke?” Aku melabuhkan punggung di sebelah umi. Kaki aku silang, bersila di atas sofa. Ais krim rainbow dalam cawan aku suap rakus ke dalam mulut sambil sekeping gambar lelaki aku ambil dan belek sekilas. Biasa saja muka. Tak gah mana pun. Hidung macam penyangkut baju. Mata besar macam lampu suluh. Bibir tebal seinci. Unik betul citarasa mak aku ni. Nasib baik muka ayah not bad . Umi menepuk peha aku tanda marah dengan kelancangan lidah aku mengenakan dia. Aku mengambil gambar lelaki lain pula. Okay la. Ada la iras-iras abangla jaga sekolah aku dulu. “Siapa ni umi?” Tanya aku dengan mulut penuh dengan ais krim. “Ada yang Aki berkenan tak?” Umi bermain kening sambil ...

Projek 3: H + A = Bahagian 1

Akira Pagi yang indah. Aku selak langsir. Cahaya suria lembut menyapa retina aku yang baru nak berfungsi. Alunan indah kicauan burung bersahut-sahut seolah-olah memuji keagungan Tuhan yang mengarahkan matahari untuk tunduk patuh. Aku tersenyum melihat Ah Guan, jiran seberang rumah, mencekak pinggang sambil memerhatikan anak anjingnya berlari mengelilingi sebatang pokok kelapa di depan rumah aku. Dah jadi rutin harian Ralph, anak anjing yellow Labrador Retriever kesayangan Ah Guan, untuk bertawaf keliling pokok kelapa tu. Aku syak umi tabur pheromone keliling pokok tu. Tapi Ralph betina, walaupun nama dia jantan.  Aku membiarkan mata aku melekat pada kecomelan Ralph lagi lima saat sebelum nekad untuk melakukan sedikit senaman ringan. Aku membongkok seperti sedang ruku’, berusaha mencecah lantai. Derup bunyi tulang dipatah riuk menandakan betapa tak fleksibelnya aku di pagi hari. “Adeh.” Aku kembali tegak berdiri. Sekali lagi aku cuba sesi regangan badan, bunyi tulang patah ...