Hana menyumbat pop
corn ke dalam mulut. Walaupun matanya melekat pada muka
bengis-tapi-masih-hensem Aaron Aziz di skrin lap top, tapi kepalanya ligat
membayangkan muka Daim apabila dia tahu siapa ungka sebenarnya.
“Puhahahahhaaa!!”
Akhirnya tawanya
pecah. Hana ketawa sakan. Balang pop corn sudah terlepas dari tangan dan pop
corn jatuh bersepah atas tilam. Jannah yang terbaring di sebelahnya terus
memukul badannya banyak kali.
“Ee selekeh laa kau ni
Na!” Marah Jannah geram. Suka buat sepah tau perempuan ni.
“Sori, sori. Lawak
gila kot!” Tawanya masih berbaki. Tangan kanannya memegang perut yang mula
terasa tegang dek gelak menggila.
Jannah dan Maya
berkerut. Lawak?
“Celah mananya lawak?Sedih
gila kot part si Haris maki si Izzah tu perempuan murah.” Maya mengambil tisu
dan mengesat air mata yang dah beranak sungai mengalir di pipi.
Senyuman Hana meleret.
Hekeleh, Maya menangis. Sungguh, tak macho. Muka je nak legend si Maya ni, tapi
hati jambu.
“Sedih, siapa cakap
tak sedih?”
“Dah tu, yang kau
gelak beriya tu kenapa?” Jannah pulak bertanya.
“Aku memang macam ni. Bila
part sedih, aku tak boleh nangis. Aku gelak. Kalau part lawak, aku nangis. Aku
terbalik sikit.” Ujar Hana dengan muka selamba. Jannah dan Maya menjulingkan
mata. Poyonya ayat kau.
“Ohhh.. Yang selama ni
kau meleleh tengok Khabi khushi khabi gham tu maksudnya kelakar la tu. Baru aku
tahu, kelakar rupanya cerita tu.” Perli Jannah straight kena batang hidung
Hana.
Dia menjeling. “Alaa. Korang
ni, geram dengan si Haris tu, lepaskan kat aku pulak. Apa dosa aku kat Izzah? Aku
tak salah!” Balas Hana sambil menepuk dada. Kepala digeleng-geleng.
Laju saja tangan
Jannah dan Maya menunjal dahinya. Loyar buruk lagi. Kan dah kena. Hana ketawa
mengekeh. “Oloo oloo sedihnya. Cian dia..” Air mata di pipi Jannah dan Maya
disapu dengan tapak tangan sebelum dikesat tangannya ke baju mereka berdua.
“Barbiturate betul la
budak ni!”
Jannah menekan butang ‘pause’
pada key board dan terus mengambil bantal dan berganding bahu dengan Maya
memukul Hana sepuas hati. Pillow fight sampai pengsan. Hana tak terkata. Dia
cuba merangkak keluar dari bilik. Namun, Jannah yang lebih pantas terus menarik
kakinya dan terus membuat smack down. Terbaik. Nasib tak patah pinggang aku.
Maya melakukan
headlock pada Hana. “Nak cerita ke tak apasal kau gelak time orang tengah
sedih?”
Hana ketawa menggila.
Tak tahan bila Jannah melancarkan misi terakhirnya yakni misi menggeletek kaki.
Ini paling tragik sekali. “Nak cerita ke tak?” Gertak Maya.
“Ok, ok aku cerita,
aku cerita!” Hana mengibar bendera putih. Haru betul la dua ekor ni. Gurau
takda maknanya nak bersopan-sopan. Maya dan Jannah melepaskan Hana. Masing-masing
menunggu jawapan dari mulutnya.
“Ha, apasal kau gelak?”
“Sebab muka korang
macam besi buruk bila nangis!” Dan Hana terus memecut ke biliknya dan
menguncikan diri.
‘Goooood night uglies!’
dimesej ke handphone Jannah dan Maya. Gerenti panas je hati diaorang. Kekekeke..
---
Rosebud says: thanks soo much guys for the inspiring comments, constant motivation on facebook n shoutbox (which I've accidentally removed.T_T) sila enjoy reading my humble story ni. ^^ moga dapat pengajaran di sebaliknya.insya Allah. <3

Terbaikkkk, Best Bace. . .
ReplyDelete