“Knock
knock.”
Cermin
kaca makmal bergetar. Hana yang sedang tekun menjalankan eksperimen mendongak. Wajah
ceria Shuichi dipandang untuk beberapa saat. Shuichi membuat gaya ‘Can I come
in?’. Hana mengangguk sambil memberi isyarat kepada Nani, salah seorang team membernya supaya membuka pintu
makmal. Sebelum masuk
makmal, kena lalu satu bilik khas. Sterilization room, untuk bunuh segala macam
kuman, mikroorganisma dan virus. Takut nanti terkena pada sample, tak
pasal-pasal contaminated. Bahaya, bahaya.
“Hai
Hana.”
Sapa
Shuichi gembira. Tangan kanannya dilambai tinggi. Hana membalas. “Hai anak bos.”
Shuichi berjalan ke sebelah kanan gadis itu. “Apa tu? Pensil ke pen?” Tanya Shuichi sambil menunjuk ke arah micropipette yang dipegang Hana.
“Apa
ni? This my friend, is a micropipette.Nak try guna?” Hana bertanya lembut
sambil menarik mask ke bawah dagu, nak
memudahkan sesi berbual kosong.
Laju
kepala Shuichi menggeleng. Kedua tangan diangkat tanda kalah. “Sorry girl, this
is not my toy.”
Hana
tergelak. “Ala senang je nak buat. Kita tekan knob dia ni, tu kita lepaskan
knob perlahan-lahan, nanti tip dia ni akan sedut fluid ni, lepas tu, untuk bubuh fluid tu dalam bekas ni, kita tekan knob
perlahan-lahan. Haa senang je.”
Hana
mengajar dengan penuh semangat.Sengaja
ditinggalkan sebarang perkataan bahasa sains supaya senang Shuichi nak faham. Karang
kalau aku sebut nama saintifik enzyme ni kang, mahu meleleh air liur dia.
Shuichi
terasa berdengung telinga mendengar apa kejadah la minah ni dok ajar. “Takpa
Hana. Awak buatlah sorang-sorang. Saya tak biasa benda-benda berteknologi ni.”
Shuichi menolak lembut. Nama pun major dalam piano. Celah mananya aku nak tahu fluid ke mikro apa jadahnya tu.
Hana
ketawa lagi. Kali pertama dengar orang Jepun tak biasa dengan benda-benda
berteknologi. Shuichi memandang Hana. Sukanya dia. “Macam ni ke kerja awak setiap hari?” Tanya Shuichi. Hana menggeleng. “Setiap hari
lain-lain kerja saya buat.” Balas Hana pendek. Malas nak explain panjang lebar. Macam anak
bos ni faham kalau aku buat satu karangan tentang jadual kerja aku.
“Sokka*.” Shuichi mengangguk.Tak mahu tanya lagi. Nanti keluar bahasa Sains, masak.(*Sokka=Oh
yeke..)
“Mana
belajar Bahasa Melayu Encik Shuichi? Fasih betul.” Hana kembali memakai mask.
Shuichi menarik sengih.
“Panggil
je saya Shuichi.” Balas Shuichi selamba. Hana menggeleng. “Tak boleh. Nanti
Encik Banyak songeh marah.” Balas Hana sambil memimikkan muka, mengajuk gaya Daim.
Tawa Shuichi pecah. “You mean Daim? Ignore je dia. Just call me Shuichi.” Senyuman berbunga di
bibir lelaki tu. “Panggil Shu ok? Pendek sikit.” Hana bertanya. Wajah Shuichi
berubah riak. Shu?
“Kenapa?
Tak boleh ke? Ada maksud tak elok ke dalam Bahasa Jepun?” Hana dah risau. Hei
mulut ni. Sudahlah dia ni anak bos, selamba kodok je kau nak memendekkan nama dia.Gaya macam lidah nidah master bahasa Jepun. Buat
maksud dia tak elok tak ke niaya je.
“Eh
takdalah. Boleh je nak panggil Shu.” Shuichi tersenyum
sambil mengangguk. Hana menghela lega. Kalau tersalah cakap, mahu kena potong
gaji aku seminggu.
“Shu-chan*,
sila jawab, mana belajar cakap Melayu dengan fasihnya ni?” Hana bertanya sambil
tangannya ligat menjalankan eksperimen dengan penuh hati-hati.Satu lagi petri dish yang dipenuhi gel diletak cermat
di atas susunan berpuluh petri dish di dalam peti sejuk. (*Chan atau San adalah kata panggil nama
seperti Encik/Puan/Cik. Selalunya Chan digunakan untuk perbualan tak formal
atau ketika berbual dengan kanak-kanak.)
“Tak
tahu ke?” Tanya Shuichi.Matanya
melekat pada wajah gadis tu.“Tak, tak tahu.” Hana menggeleng kepala. Mukanya serius.
“Hana
ni tak syoklaa. Orang nak gurau-gurau, dia serius pulak.” Shuichi menjeling
sambil melompat duduk di atas meja. Hana sekadar gelak tak ikhlas. Orang tanya
betul-betul dia nak main-main pulak. Takda
maknanya nak bergurau senda dalam lab ni. Karang, kalau salah langkah, tak
pasal-pasal meletup lab ni, siapa nak tanggung?
“Haa kat sini rupanya! Merata aku carik! Shuichi, cepatlah!”
Suara
annoying tu lagi. Telinga Hana dah terlalu kenal dengan suara garau yang sangat
membingitkan telinga ni. Terus kepalanya berpusing, memandang punca suara tu.
Daim sedang berkerut sambil mencekak pinggang. Matanya tajam merenung Hana
untuk sesaat dua sebelum kembali pada Shuichi.
“Cepatlah!”
Sekali lagi suara Daim memecahkan suasana tegang yang tiba-tiba meruap ke
segenap makmal.
Hana
berjalan setapak. Tak berani nak dekat-dekat sangat dengan Daim. “Helo brader,
cakap elok-elok tak boleh? Encik Shuichi ni bos awak. Bukannya anak bapak
sedara awak.” Tegur Hana direct. Dengan si ungka ni, tak perlu nak
bermukadimah. Bagi je setepek.
Daim
menggigit bibir. Perempuan ni memang suka carik pasal la. “Aku tak cakap
dengan kau kan? So shut up. Shuichi, cepatlah. Kita dah lambat ni!” Jam
ditangan diketuk-ketuk. Dahinya masih berkerut seribu.
Eh
mamat ni. Lagi aku tegur, lagi dia buat! Dahlah
masuk tak bagi salam, terus terjah je. Tak bertamadun punya ungka. Hana dah mencekak pinggang. Mask di muka
ditanggalkan. Jari telunjuk diangkat.
“Awak ni pergi masuk kelas Kemahiran Hidup laa! Tak bertamadun!” Tengking Hana dengan rasa marah yang meluap-luap.Aku hantar kau masuk kelas Cikgu Sapiah aku dulu
nanti, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Gerenti si ungka ni jadi sopan
santun punya! Cikgu Sapiah kot. Singa betina-panggilan untuk Cikgu Sapiah turun
temurun.
Shuichi
tergelak kecil. “Rileks Hana. Hal kecil je. PA saya memang macam ni.
Ok Daim, kau keluar dulu. Kejap lagi aku datang.” Shuichi melangkah menghampiri
Daim, menolaknya keluar dari makmal.
“Aku
sebat kepala kau kang perempuan!”
Balas
Daim dengan oktaf yang terlebih-lebih. “Sebatlah! Tak fikir aku hentak kepala kau balik!” Hana membuntangkan mata sambil menayang-nayang penumbuknya
. Daim menggigit bibir. Melawan
pulak tu.
“Siap
kau!” Wajah menyinga Hana direnung keras.
“Tak
nampak ke? Memang aku dah siap pun!” Hana menjelirkan lidah sambil menggoyang-goyangkan lab kotnya.
“Buta warna!” Balas
Daim tak nak kalah.
“Ni colour block la
gila!” Jerit Hana geram. Rasa nak sumbat je micropipette ni ke dalam lubang
hidung si ungka tu.
Shuichi
menepuk dahi sambil
menggeleng-geleng kepala. Apa nak jadi dengan budak dua orang ni..
“Kau ni nak gerak bila? Tahun depan?” Herdik Daim sambil menolak kasar
bahu sepupunya itu sebaik saja mereka keluar dari makmal. Wajah tenang Shuichi dipandang tajam. Membara hatinya
tengok kemesraan Shuichi dengan Hana. Terasa dikhianati. Perlu ke bermesra
dengan perempuan gila tu?
“Kau
ni Daim, datang bulan ke apa? Asyik nak marah je.Cuba bawak bertenang sikit.”
Kepala digeleng banyak kali. Kecewa dengan baran mamat ni.
“Kau
tak payah nak sekolahkan aku. Dah tahu kita datang Malaysia ni sebab apa, kau
lagi nak berjimba dengan perempuan gila tu.” Daim memeluk tubuh. Sakit hatinya
melihat Hana yang masih memandang mereka dengan penuh sangsi sambil menampal
senyuman sinis. Rasa nak baling je kasut kat cermin makmal ni, dengan harapan
boleh tembus,dush, straight kena muka perempuan gila tu.
“Wakatta,
wakatta.Ikuzo*. Let’s go.”
Sambil
menepuk-nepuk bahu Daim, Shuichi sempat berpaling ke belakang dan melempar
segaris senyuman terlebih gula kepada Hana. Gadis itu membalas sambil membuat
tanda peace.(*wakatta=
I get it. *ikuzo= jom)
Budin
terangguk-angguk. “Betul la cakap Hana. Budin faham kenapa Hana panggil PA
Encik Shuichi tu ungka. Perangai tak semegah.”Hana memandang Budin. Sejak bila
mamat ni tercongok sebelahnya pun Hana kurang pasti.
“Terima
kasih kerana memahami. Busukkan perangai ungka tu. Haii...Tabiklah kat
Shu-chan, dia boleh bersabar dengan kekurang-ajaran si ungka tak sekolah tu.
Kalau aku jadi Shu-chan, dah lama aku pecat si ungka. Dengan jiran-jiran dia
sekali aku pecat!” Ujar Hana masih sakit kepala teringatkan Daim dan sifat anti-sopannya
tu.
Budin
menjungkit sebelah kening. “Amboi, Shu-chan? Mesranya. Teman main guli sejak kecik ke?” Perli Budin dengan muka-muka sekali. Hana
ketawa. “Jeles ke? Haaa kau mampu berchan-chan dengan anak bos? Takkan? Hebat
tak aku Budin?”
Budin
ketawa tak ikhlas. “Setakat berchan, itu pun nak bangga ke? Lainlah kalau Hana
kahwin dengan anak bos, itu ya. Itu memang Budin tabik spring dua tiga kali kat
Hana.”
Hana
menjeling. Nak kahwin dengan Shuichi tu? Entah sunat ke tak anak Jepun tu. Baik
aku kahwin dengan kau je Budin. At least dah sunat. “Dahlah Budin,
asyik nak berjoyah je kau ni. Pergi buat kerjalah!” Ditolak bahu Budin
jauh-jauh dengan mikropipet.
“Eleh,
dia yang start dulu, Budin pulak yang kena. Ceh.”
Hana
pura-pura pekak. Malas nak melayan si kepoh ci sorang ni. Kerja kaji mengkaji
perlu disambung semula. Mode saintis kembali berfungsi, mengerah sistem neuron dalam kepalanya.
---
*boleh juga baca di penulisan2u.my.

Comments
Post a Comment