Pintu
lif terbuka dan wajah tak semegah Daim menghiasi pandangan matanya. Hana
mengeluh berat. Pagi-pagi lagi dah nampak muka si ungka ni. Bawa nasib malang
betul. Sudahlah Budin betul-betul tak tercongok depan lif dengan hot choc dia,
terserempak pulak dengan PA anak bos ni. Aduhai. Apalah nasib..
Hana masuk
ke dalam lif dengan langkah yang berat. Mata lelaki itu menjamah segenap
wajahnya. Hana menggigit bibir sebelum melepaskan lagi satu keluhan. Nak marah
pun, nanti buat spoil mood pagi yang indah ni je.
“Kalau
takda semangat nak datang kerja, tak payah datang.”
Zup! Satu ayat laju menggegarkan gegendang telinga
Hana. Terasa tegang urat kat leher. Terus kepala dipaling menghadap wajah
ungka, eh silap, Daim.
Jari
telunjuk Hana sudah diangkat ke langit namun diturunkan semula. Daim memeluk
tubuh, sebelah kening dijungkit, mencabar gadis itu. Hana memejamkan mata. “Orang
gila memang macam ni.Jangan ambil kisah pasal dia Na, jangan ambil kisah.”Diulang
ayat ni banyak kali.
“Kau ingat
aku kisah sangat ke pasal kau?”
Daim
ketawa besar. Masalah betul perempuan ni. Dipandang Hana atas bawah. Blouse pic
dan seluar jeans biru. Sneakers kuning. Berselendang merah. Naik berpinar biji
matanya. Banyaknya warna kat
badan perempuan ni!
“Kalau
tak kisah pasal saya, buat apa pandang-pandang saya?” Jerkah Hana geram. Tak
kisah konon. Dok pandang orang macam seminggu tak tengok perempuan tu apa
cerita?
Daim
berdeham. “Siapa pandang kau? Jangan perasan boleh tak? Eh perempuan, kau ni memang buta warna ke apa?” Tanya Daim sambil
menyandar pada dinding lif.Tangannya masih lagi memeluk tubuh. Hana menggigit
bibir.
“Nama
saya Hana. Berapa kali nak cakap?” Giliran Hana pulak memeluk tubuh. Tension
melayan mamat ni.
“Buta
warna ke, Cik Hana?” Daim sengaja menekan pada perkataan ‘Cik Hana’.“Tak.”
Balas Hana sepatah. Masih mengekalkan
posture malas-nak-layan but elegant.
Kening
Daim bercantum. “Oh kalau macam tu, kau ni memang takda sense of fashion
langsung.Merah, pic, biru, kasut kuning. Unbelievable.”
Tangannya diangkat dari kepala Hana dan diturunkan hingga ke kaki gadis itu.
Kemudian, kepala digeleng banyak kali, menunjukkan betapa teruknya fashion si
gadis itu.
Hana
mencekak pinggang.Terus kecundang
posture malas-nak-layan but elegant dia tu.“Hei cawan plastik, sekarang ni memang trend color block la. Kau
apa tahu!” Beriya Hana menegakkan sense of fashionnya.
Daim
ketawa tak ikhlas. Cawan plastik kau
panggil aku? Ciskek punya perempuan!
“Color
block celah kuku aku!”
Hana
berdengus. “Macam la kau tu bagus sangat berfashion!”
Mata
Hana mencerun pada kasut Daim. Kasut sneakerputih. Kemudian, matanya naik ke atas. Seluar jeans. Pandangannya
singgah padaT-shirt navy blue yang gagah tersarung pada tubuh lelaki tu dan dipadankan dengan satu suit leisure putih. Kaca mata hitam aviator tergantung di dada.
Mata Hana mendarat pada wajah Daim.
Rambut panjang dark choconya diikat samurai. Dan, si ungka ni still nampak hensem. Wargh! Serius, mamat ni annoying gila.
“Dah
puas tengok muka aku yang hensem ni?” Kening sebelah dijungkit. Bibir Daim
menarik sengih sinis. Hana menjulingkan mata. Tak pernah aku jumpa spesis suka angkat bakul sendiri
ni.
“Eleh,
fashion dia lebih kurang sama je macam aku.” Ngomel Hana kuat. Aku pakai jeans,
dia pun pakai. Aku pakai sneakers, dia pun pakai. So, apa yang teruknya fashion
aku? Hana tak puas hati.
“Hei.
My combination of colors are not as ugly as yours!” Jari telunjuknya betul di
hujung hidung gadis itu. Hana memalingkan muka. Sakitnya hati.Berasap kepala otak menahan geram.
“Whatever.
Baju saya, bukan baju awak. Eh ni kenapa tak bukak-bukak lif ni?” Hana memandang
butang lif. Terasa merah padam muka. Padanlah tak bergerak-gerak lif ni. Rupa-rupanya
butang lif langsung tidak ditekan.
“Salah
kau la ni!” Marah Daim sambil menekan butang 10.
Mulut
Hana ternganga. Kepala dia ni.. “Eh, apasal pulak salah saya? Awak tu yang
dalam lif ni dulu dari saya.” Hana cuba mempertahankan diri.
“Dah,dah,diamlah. Bising je.” Daim mengangkat tangan kanannya, menyuruh Hana
diam. Serius, mamat ungka ni....wargh stress!
Sebaik
saja pintu lif terbuka, Hana dan Daim berlumba nak mendapatkan pintu masuk ke
department Research and Development. Masing-masing memegang tombol pintu kaca
itu, berebut nak halakan kad pada sensor.
“Awak
boleh tak jadi gentleman sikit? Kasi ladies first la!” Marah Hana, masih tak
mahu melepaskan tombol pintu.Gara-gara
thumb print scanner rosak, terpaksalah departmentnya guna kaedah tradisional. Kad
pekerja yang tergantung pada tali yang melilit leher cuba dirapatkan pada
sensor. Tapi tak berjaya. Gara-gara Daim mengasak tak henti daripada tadi.Ditutup
sensor dengan tangannya.
Babun betul la mamat
ungka ni!
“First
of all, mana ada ladies kat sini. Second of all, buang masa je aku jadi
gentleman dengan kau, perempuan buta warna!” Herdik Daim, juga berdegil tak
mahu mengalah.
Hana
mengetip gigi. “Hei, ni color block la gila!”
“Peduli
apa aku! Block tak block. Sekarang ni kau dah block jalan aku. So, tepilah! Aku
nak masuk!” Daim membuntangkan mata sambil menolak Hana. Mahu saja diheret
perempuan ni campak masuk dalam lif balik. Senang hidup.
Sekali
lagi rahang Hana jatuh. Berani dia pegang aku. “Weh penyapu, kau apahal pegang-pegang aku ni?” Nafasnya turun naik. Dadanya
berombak laju. Hidungnya kempas-kempis. Marah betul ni.
“Apasal?
Kau ada air sembahyang?” Perli Daim dengan muka sepuluh sen.
Sebelah
tangannya mencekak pinggang, manakala sebelah tangan lagi kekal memegang tombol
pintu. “Oh kau ingat ada air sembahyang je la tak boleh pegang, takda air
sembahyang boleh pegang?” Tegas Hana. Matanya keras memandang wajah Daim.
Lelaki
itu terkedu mendengar ayat yang keluar dari mulut Hana. Tak terkata. Matanya
bertemu dengan pandangan tajam gadis itu. Hana terus swipe kad pekerja pada sensor sebelum menarik tombol pintu dan masuk ke dalam
department R & D meninggalkan Daim yang masih terpukul dengan kata-katanya
tadi. Biarlah mamat tu muhasabah diri sikit sekali-sekala.
Hana
meletakkan begnya ke dalam almari sebelum mengambil kot makmal yang sedia
tergantung. Wajah terkedu Daim terbayang di mata. “Lantaklah si ungka tu. Padan
muka dia. Kurang adab lagi.” Hana memalingkan tubuh sambil memakai kot makmal. Matanya
mendarat pada paper cup Coffee Bean yang terletak elok di atas meja. Sekeping
note pad tertampal pada paper cup tu.
“Budin.”
Hana mengoyak senyum. Mamat Budin ni memang sweet walaupun tulisan si Budin
ni...cantik sikit je dari cakar ayam. Nota Budin berbunyi,
Sori tak
dapat tunggu Hana kat lif. Tak tahan nak buang air besar tadi.
Nah hot choc Hana.
P.S Budin tak lupa pun :P
Hana
tergelak. “Thanks Budin!” Jerit Hana sambil menjengah kepala ke luar bilik,
mencari kelibat Budin di dalam makmal, dengan harapan Budin boleh dengar ucapan
tulus ikhlas dia ni.
“Sama-sama.”
Muka Budin betul-betul terpacul depan mata.
“Maaakk!”
Terus terduduk Hana sambil menjerit sekuat hati. Budin yang dah kalut terus
menutup kepala Hana dengan kot makmalnya.
“Budin!
Aku lempang kau karang!”
Jerkah
Hana geram. Kot makmal Budin di kepalanya dicampak jauh-jauh.Kalau aku ada
sakit jantung, tak ke niaya je. Budin, Budin. Sudahlah si ungka tu carik pasal
dengan aku, ni kau pulak gurau kasar pagi-pagi ni. Sekali aku lepuk karang.
Budin
tergaru-garu kepala. “Sori, sengaja.”
Hana
menjeling. Nasib baik kau bawakkan hot choc, kalau tak.... “Dahlah, pergi buat
kerja. Encik Takahashi dah remind kita pasal dead line untuk first trial sample
kita tu.” Hana bangun dan mengibas-ngibas kot makmalnya. Tak pasal-pasal kena
sterile balik kot makmal ni.
“Yes
bos!” Budin membuat tabik hormat. “Yes bos yes bos. Kerja tak jalan jugak!”
Bebel Hana sambil berjalan laju menuju ke makmal. “Budin buat kerjalaaa Hana!” Balas Budin cuba mengejar langkah pantas bos merangkap
kawan baiknya itu.
---

budin lembut tapi sweet...suka suka <3 <3
ReplyDelete