Skip to main content

Aku bukan Hana Tajima 1

‘Takpa. Baru bunyi. Kejap lagi bangun la tu.’

Lagu Flight of the bumblebee memekakkan telinga. Maya pejam mata. Nafas ditarik panjang. Setiap pagi, dugaan yang sama inilah yang terpaksa dia redah. Dipaksa lidahnya menyambung kembali bacaan ayat suci surah Al-Baqarah.


Baru saja lidahnya membaca Au’dzubillah’, deringan Flight of the bumblebee memekak lagi. Maya mencium Al-Quran dan diletakkan di atas almari sebelah katil. Sekali. Dua kali. Aku boleh bersabar lagi. Tapi.. Tujuh kali. Tak boleh jadi ni!

Dengan telekung masih tersarung, Maya berjalan laju ke bilik seberang. Langkahnya bagai nak pergi berperang. Kaki menghentak lantai kayu dengan gagahnya. Pintu bilik Hana diketuk kuat.“Hana! Bangun!”

 Tapi, masih tiada respon. Minah ni telinga cap kereta kebal ke apa?

“Weh Hana! Bangun la! Solat Subuh!”

Maya menjerit lagi sambil tangannya menggandakan tenaga yang dipalu ke pintu bilik Hana. Kali ni dinding rumah pun terasa gegarannya. Maya menghentak lagi kuat. Harapan, pintu Hana nak terbukak. Sebaliknya pintu bilik sebelah pulak yang terkuak. Muka serabut Jannah terpacul. Maya menjamah wajah housemate seorang ni.

“Pukul berapa sekarang?” Tanya Jannah masih separuh sedar. Mulutnya menguap besar. Sebelah mata terpisat-pisat menahan panahan cahaya lampu.

“6.35 pagi dah! Kejut si Hana ni. Takkan hari-hari nak subuh gajah!”

Nada suaranya sarkastik. Peduli apa. Pintu bilik Hana ditendang kuat. Ilmu taekwando dipraktik sepenuhnya. Nasib tak tercabut skru pintu. Maya senyum puas. Confirm, mesti minah ni celik punya.

“Dendam asam pedas aku yang kau rembat semalam tak habis lagi he Na, ni tambah pulak dengan perangai liat nak bangun Subuh kau! Apa nak jadi ni?” Bebel Maya kuat.

Tiga saat kemudian, Hana keluar dari bilik dengan mata yang masih terpejam. Macam kena glu! Hidungnya kembang-kempis. Sniffing udara pagi subuh hari. Pandangan mata mereka berdua melekat padanya. Rasa loya membuak-buak. Maya berkerut seribu.

Serius, perempuan ni...Jannah geleng kepala.

Tahi mata berkati kat mata dan stokin Angry Bird tersarung di tangan. Rambut macam sarang burung. Sepit rambut terjuntai di hujung rambut.Tisu terjulur keluar dari lubang hidung kanannya.

What a view.

Jannah menjilat jari dan merapikan rambut Hana dengan jarinya. Rutin harian mereka. Sesi merapikan rambut selepas bangun tidur. Hana menarik senyum. Setakat air liur Jannah, apalah sangat. Baru air liur, belum lagi hingus ke.

“Thank you,” Balas Hana. Matanya masih terpejam. Hanya bibirnya mengukir senyum segaris.

“Sama-sama,” Angguk. Jannah mengenggam tangan Hana dan mereka bergerak bersama-sama ke tandas. Jannah mengambil ubat gigi dan dihulur kepada Hana.

“Thanks lagi sekali,” Ucap Hana, mengumam.

“Hmm,” Jannah mengangguk sekali.

Maya yang dari tadi menjadi pemerhati tercengang melihat upacara membersihkan diri budak dua orang itu. Nafasnya turun-naik. Mendadak naik suhu badannya.

Ni kalau biarkan sampai masuk waktu Zohor pun tak habis lagi sesi ‘ber-thank you’ diaorang ni.

Pintu bilik air digendang kuat.

“Kau ingat Subuh nak tunggu kau sampai besok pagi ke!” Satu ayat daripada Maya memaksa mereka berdua bergerak sepantas kilat. Akhirnya solat Subuh secara berjemaah sempat dilaksanakan. Syukur, alhamdulillah.


---

Rosebud: Percubaan pertama. :)

Comments

  1. Hahaha... Lawaknya dorang ni.Tapi sis, boleh tak tolong labelkan entry ni? ngee... kasi senang sikit nak cari. susah la kena klik satu2 mcm ni utk cari bab...

    ReplyDelete
  2. Dah label da. Thanks kak sofia ^^
    happy reading (",)

    ReplyDelete
  3. hahahaiiiiiii... Permulaan Cerita yg Lucu,.. Like Like Like Very Much... (^o^) Nak Tanye, Novel "AKU BUKAN HANA TAJIWA" Nie Karya Tuan Punye Blog Ke?? Kalau Ye, It's A Good Karya, Harap2x cepat di Bukukan Novel Nya... Huhuh. . .

    ReplyDelete
  4. Yep it's my own karya. Insya Allah, harap2 ada rezeki utk dibukukan. ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku bukan Hana Tajima! 50

Hana mengucup pipi gebu bayi perempuan yang diberi nama Lulu Jinan. “Comelnya dia kak. Memang sebiji ikut muka Hana. Comel menawan memukau jiwa.” Usik gadis itu. Matanya masih setia menjamah setiap inci wajah comel anak kak Mida, mengagumi keindahan ciptaan agung Tuhan Yang Maha Mulia. “Itulah.. Kesian anak aku... Apa laa nasib dia..” Rintih kak Mida sambil mengusap ubun-ubun anaknya itu. Hana menarik muka. “Eh kak, muka macam Hana ni muka bawa tuah tau tak?” Dijeling kak Mida habis-habisan. “Kau ni datang seorang je ke?” Kak Mida mengalihkan pandangannya pada wajah lembut Hana pula. Gadis itu mengerutkan dahi. “Laa kan datang bertiga ni.” Jawab Hana nakal. Kak Mida menepuk lengannya. “Tak pernah nak jawab elok-elok kalau akak tanya kan!” Bebel kak Mida. Hana tergelak besar. “Kak, kenapa Lulu Jinan? Akak ambil dari Cartoon Network ke? Kenapa tak bubuh Hana Jelita ke Hana Indah ke. Baru la glamorous.” Pipi Lulu Jinan dikucup lagi. Subhanallah, bahagianya hati ni dapa...

Aku bukan Hana Tajima! 52

Shuichi mengurut pelipisnya yang dah rasa macam kena ketuk dengan penukul. Kepalanya kusut. Sungguh dia tak faham dengan tindakan terburu-buru sepupunya itu. Mula-mula katanya tak sanggup nak biarkan Hana bersama mana-mana lelaki terutama sekali teman baiknya ketika belajar di Scotland dulu yakni Khasyi. Tapi beberapa minit kemudian, setelah Hana mengetahui perkara sebenar tentang hubungan mereka berdua, Daim terus mengubah fikiran. Dia merelakan Hana bersama Khasyi. Malah dia nekad tak mahu jumpa gadis itu lagi. Daim mahu pergi. Jauh. “Daim, shinai de. Please don’t do this mate.” Pujuk Shuichi dengan penuh mengharap. Dipandang wajah tegang sepupunya itu lama. Daim menggeleng kepala. “I have to.” Balasnya dingin. (*Shinai de=Jangan buat macam ni ya?) “Kau tak kesian ke kat Hana? Kau tahukan betapa terseksanya dia sekarang? Kau bayangkan kalau kau tak jumpa dia lagi lepas ni, apa akan jadi kat dia? Tolong Daim, jangan ikutkan hati sangat. Please. Kalau kau pergi, takkan s...

Aku bukan Hana Tajima! 53

Bawang yang telah dipotong dadu bersama lobak merah, cili dan asparagus digaul bersama telur yang sudah dipukul sebelum labu yang telah direbus dan nasi dimasukkan ke dalam campuran sayur-sayuran dan telur tersebut. Sesudu madu kemudian digaul sebati bersama dengan secubit garam sesedap rasa. Akhir sekali, campuran itu diletakkan ke dalam bekas plastik cupcake sebelum dimasukkan ke dalam microwave selama lima minit. Hana mengoyak segaris senyuman. Resipi kek nasi ni dia peroleh daripada salah seorang pelanggan tetap kedainya, Jinhee. Gadis yang sebaya dengannya itu berasal dari Korea. Masa kali pertama Jinhee menjejak kaki ke kedainya, Hana dah mula rasa lain macam. Yelah, sekarangkan tengah gelombang Kpop, Running Man bagai. Haruslah teruja sikit bila jumpa geng kpop ni. Masa tu Hana tatap muka dia habis-habis. Mata dia sepet tapi muka tak macam orang Cina kita. Muka Jepun pun tak. Sah Korea! Terus Hana bergerak ke kaunter dan menolak bahu pekerjanya, Adibah, ke tepi sambi...