‘Takpa. Baru bunyi. Kejap lagi bangun la tu.’
Baru saja lidahnya membaca ‘Au’dzubillah’,
deringan Flight of the bumblebee memekak lagi. Maya mencium Al-Quran dan
diletakkan di atas almari sebelah katil. Sekali. Dua kali. Aku boleh bersabar
lagi. Tapi.. Tujuh kali. Tak boleh jadi ni!
Dengan telekung masih tersarung, Maya berjalan laju ke bilik
seberang. Langkahnya bagai nak pergi berperang. Kaki menghentak lantai kayu
dengan gagahnya. Pintu bilik Hana diketuk kuat.“Hana! Bangun!”
Tapi, masih tiada respon. Minah
ni telinga cap kereta kebal ke apa?
“Weh Hana! Bangun la! Solat Subuh!”
Maya menjerit lagi sambil tangannya menggandakan tenaga yang
dipalu ke pintu bilik Hana. Kali ni dinding rumah pun terasa gegarannya. Maya
menghentak lagi kuat. Harapan, pintu Hana nak terbukak. Sebaliknya pintu bilik
sebelah pulak yang terkuak. Muka serabut Jannah terpacul. Maya menjamah wajah
housemate seorang ni.
“Pukul berapa sekarang?” Tanya Jannah masih separuh sedar. Mulutnya
menguap besar. Sebelah mata terpisat-pisat menahan panahan cahaya lampu.
“6.35 pagi dah! Kejut si Hana ni. Takkan hari-hari nak subuh
gajah!”
Nada suaranya sarkastik. Peduli apa. Pintu bilik Hana ditendang
kuat. Ilmu taekwando dipraktik sepenuhnya. Nasib tak tercabut skru pintu. Maya
senyum puas. Confirm, mesti minah ni celik punya.
“Dendam asam pedas aku yang kau rembat semalam tak habis lagi he Na,
ni tambah pulak dengan perangai liat nak bangun Subuh kau! Apa nak jadi ni?” Bebel
Maya kuat.
Tiga saat kemudian, Hana keluar dari bilik dengan mata yang masih terpejam.
Macam kena glu! Hidungnya kembang-kempis. Sniffing udara pagi subuh hari. Pandangan
mata mereka berdua melekat padanya. Rasa loya membuak-buak. Maya berkerut
seribu.
Serius, perempuan ni...Jannah
geleng kepala.
Tahi mata berkati kat mata dan stokin Angry Bird tersarung di
tangan. Rambut macam sarang burung. Sepit rambut terjuntai di hujung rambut.Tisu
terjulur keluar dari lubang hidung kanannya.
What a view.
Jannah menjilat jari dan merapikan rambut Hana dengan jarinya.
Rutin harian mereka. Sesi merapikan rambut selepas bangun tidur. Hana menarik
senyum. Setakat air liur Jannah, apalah sangat. Baru air liur, belum lagi
hingus ke.
“Thank you,” Balas Hana. Matanya masih terpejam. Hanya bibirnya
mengukir senyum segaris.
“Sama-sama,” Angguk. Jannah mengenggam tangan Hana dan mereka
bergerak bersama-sama ke tandas. Jannah mengambil ubat gigi dan dihulur kepada
Hana.
“Thanks lagi sekali,” Ucap Hana, mengumam.
“Hmm,” Jannah mengangguk sekali.
Maya yang dari tadi menjadi pemerhati tercengang melihat upacara membersihkan
diri budak dua orang itu. Nafasnya turun-naik. Mendadak naik suhu badannya.
Ni kalau biarkan sampai masuk waktu Zohor pun tak habis lagi sesi
‘ber-thank you’ diaorang ni.
Pintu bilik air digendang kuat.
“Kau ingat Subuh nak tunggu kau sampai besok pagi ke!” Satu ayat
daripada Maya memaksa mereka berdua bergerak sepantas kilat. Akhirnya solat
Subuh secara berjemaah sempat dilaksanakan. Syukur, alhamdulillah.
---
Rosebud: Percubaan pertama. :)

Hahaha... Lawaknya dorang ni.Tapi sis, boleh tak tolong labelkan entry ni? ngee... kasi senang sikit nak cari. susah la kena klik satu2 mcm ni utk cari bab...
ReplyDeleteDah label da. Thanks kak sofia ^^
ReplyDeletehappy reading (",)
hahahaiiiiiii... Permulaan Cerita yg Lucu,.. Like Like Like Very Much... (^o^) Nak Tanye, Novel "AKU BUKAN HANA TAJIWA" Nie Karya Tuan Punye Blog Ke?? Kalau Ye, It's A Good Karya, Harap2x cepat di Bukukan Novel Nya... Huhuh. . .
ReplyDeleteYep it's my own karya. Insya Allah, harap2 ada rezeki utk dibukukan. ^^
ReplyDelete