Budin
menghulurkan paper cup Coffee Bean kepada Hana yang sedang tersandar di ruang
menunggu di hadapan bilik Encik Takahashi, big bos company Samurai Group. “Apasal?”
Tanya Budin sambil menjuihkan bibir ke arah pintu bilik bos.
Hana
menjungkit bahu. “Entah. Dari tadi bos mengamuk. Semua bahasa keluar.” Balas
Hana sebelum meneguk hot choc dari paper cup Coffee Bean tu.
“Gaduh
ke? Macam serius je bunyi.” Budin meneguk kopinya.
“Yela
kot. Eh Budin, kau tak balik kampung ke hari ni?” Hana memandang Budin atas bawah. Selalunya mamat ni la manusia pertama sekali menapak keluar dari ofis bila musim cuti. Tapi hari ni ada pulak batang
hidung dia. Pelik.
Budin
menggeleng sambil tersenyum.“Banyak kerja nak kena buat Na. Budin kan dah jadi family member team Hana. Mestilah
busy. Ha lupa pulak. Hari
tu mak Budin pergi Terengganu, mandi laut. Lepas tu mak Budin ada kirimkan
keropok lekor dengan sotong sumbat untuk Hana. Nanti remind Budin bagi kat Hana
eh. Ada Budin letak dalam peti sejuk kt pantry tu.” Budin tersenyum melihat
bibir Hana yang mula membentuk senyuman hingga ke telinga. Barisan gigi putihnya terserlah.
“Apa?
Mak kau bagi aku ‘Budin sumbat’?” Hana buat muka terkejut. Tangan
kanannya menekup mulut. Terus kaki gadis itu disepaknya.
“Gurau
kasarlah Hana ni.” Marah Budin, sedikit keras. Hana tergelak besar. “Tiba-tiba
terkeluar suara macho kau pulakkan,
Budin. Terperanjat aku.”
Tangannya mengusap dada sambil menarik nafas banyak kali, pura-pura terkejut.
“Hana
memang drama queen tau!” Budin menjeling marah.
“Baru
tahu ke? Weh Budin, aku sayang mak kau la.” Hana merapatkan tangan ke dadanya.
Terharu dengan sifat keibuan mak Budin. Memang mak Budin ni kaki berjalan. Jadi
setiap bulan, ada saja benda mak Budin nak kirim. Kain batiklah, kuih bahulu,
sate, kali ni sotong sumbat pulak. Kalah mak mertua!
“Anak
dia Hana tak sayang?” Budin meneka.
Kening dimain-main. Hana ketawa mengekeh. “Kang
aku suruh kau kahwin dengan aku kang, kau reject aku lagi. Malaslah nak sayang
kau Budin. Aku sayang hot choc kau ni je.” Hana menggoyang paper cup Coffee
Bean di depan muka lelaki itu. Budin turut sama ketawa.
“Siapa
suruh demand macam-macam? Memang tak larat la Budin nak melayan Hana. So, macam
mana anak bos? Okey dia?” Budin menyandar pada sofa. Perubahan wajah Hana
dipandang. Hm, macam berita buruk je.
“Anak
bos okey je. Encik Shuichi tu sangat baik, friendly, hensem pulak tu. Cuma yang
buat aku hangin ni, tu si ungka tu. Bajet bagus betul. Gaya macam dia pulak
anak bos. Eh menyampah aku dengan dia!” Hana menggeleng kepala sambil mengurut
dada. Cuba nak menenangkan diri.
Budin
ketawa. “Ungka? Siapa tu?”
“PA
kepada anak bos. Tapi gaya macam anak bos pulak PA dia!” Balas Hana sambil
mengepal penumbuk. Kalaulah ada peluang, memang dah lama aku silat gayungkan
kepala mamat tu.
“Apa
dia buat kat Hana?” Tanya Budin masih berbaki tawanya.
Hana
menjeling. “Si ungka tu berlagak gila kau tau tak? Mula-mula dia buat kecoh,
tak nak tunjuk passport. Lepas tu, yang paling buat aku sakit hati, dia boleh
suruh aku angkat beg dia. Banyak songeh pulak tu! Ya Allah. Berbulu weh aku
dengan dia. Sabar je la.” Panjang lebar Hana meluahkan perasaan.
“Sabar
Na, sabar. At least Encik Shuichi tak banyak songeh kan?” Duga Budin.
“Encik
Shuichi tu cool je. Dia siap tolong aku angkatkan barang si ungka tu lagi. Kau
bayangkan, bos tolong angkat barang PA. Apa punya PA la tu? Kalau aku jadi
Encik Shuichi, dah lama aku pecat serta-merta. Ee geram aku weh, geram.” Hana
dah berdiri sebelum berjalan ke hulu ke hilir. Ikutkan hati, mahu saja dipelangkung
kepala PA Encik Shuichi tu.
Budin
hanya menggeleng. “Sabarlah Na. Seminggu dua ni je Hana kena menghadap muka PA
tu. Lepas tu life’s back to normal. Ni Hana, dah mesej Kak Mida belum cakap dah jemput anak bos ni?”
Hana
menggeleng. “Belum. Nanti aku skype la dengan Kak Mida. Benda macam ni mana
boleh mesej. Mahu kematu jari nak menaip berjela-jela.” Budin tergelak. Hana nak bergosip la tu. Terbatuk-batuklah PA anak bos
tu.
“Budin
pun nak join la korang skype. Kita buat video conference nak?” Budin dan
semangat Mak Jahnya.
“Banyaklah
kau punya conference! Kata kerja banyak. Sampai penuh diari tu kan? Haa settle
kan kerja kau dulu, baru boleh join kitaorang.” Hana menjelirkan lidah. Geram. Tak
pasal-pasal dia yang kena buat kerja baby-sitting ni, gara-gara Budin sibuk. Ceh.
“Eleh
dengki. Tak nak belikan lagi hot choc!” Ugut Budin. Hana gelak besar. “Dah basi
dah weh ugutan maut kau tu.” Balas Hana bosan. “Ingat Budin main-main eh? Esok
takda hot choc untuk Hana!” Gertak Budin.
“I don’t
care.” Hana memimikkan muka.
“Cik
Hana, bos panggil masuk.” Setiausaha Encik Takahashi, Sandra menegur mereka.
Hana mengangguk. Paper cup Coffee Bean dihulur kepada Budin. “Nah, simpan ni. Buat
kenangan.” Budin menjeling, tapi tangannya tetap menyambut paper cup kosong yang dihulur Hana tu.
“Siap
Hana. Esok serius, takda hot choc untuk Hana.” Budin tak nak mengalah. “Apa-apalah
Budin.” Hana melambai sebelum masuk ke dalam pejabat Encik Takahashi.
“Hana,
yes, come in.”
Encik
Takahashi terus bangun dari kerusinya apabila Hana melangkah masuk. “Ya, Encik
Takahashi?” Hana melempar segaris senyuman. Berdetak-detup jantung ketika ni.
Mahu tak gementar bila presiden company panggil masuk ofis. Dua benda je dia
nak kata. Pertama, berita gembira. Kedua, berita tak berapa nak gembira.
“Anak
saya, Shuichi dan PA dia, Daim, akan involve dengan team R&D awak especially
untuk projek Mega A tu. So I want you to assist them as much as you can. Wakarimasu ka?” Satu ayat daripada mulut Encik Takahashi terasa macam satu
gunung himpap ke kepalanya. Hana tak tertelan air liur. Matanya tak berkedip
memandang bos Jepun tu. (*Wakarimasu
ka= Faham tak?)
“Are
you listening Hana?” Encik Takahashi menjungkit kening.
Hana
berdeham. “Yeah. I’m uh.. I’m listening.” Hana terasa dadanya turun naik. Tenang
hati, tenang.
“Okey,
so itu saja la. Daim, listen to her and do not cause any problems. I’m warning
you.” Encik Takahashi berjalan ke arah Daim dan memegang bahunya. Lelaki itu
menjulingkan mata.
“And you, my son, Shuichi, jaga PA kamu
elok-elok.” Pesan Encik Takahashi.
Shuichi
dan Daim angguk serentak. “Get out of my office.” Encik Takahashi kembali
menyambung kerjanya. Daim menoleh memandang gadis berhijab merah jambu itu.
Dikerutkan wajahnya sambil buat gaya sembelih leher.
Hana
menggigit bibir. Aku kena berkerja dengan si ungka tak cukup akal ni?
Argh. What
a day.
-
Maya
dan Hana memotong daging korban yang diagihkan oleh pihak masjid kepada mereka.
“Mak Jah mak jah sekalian, tengah masak lemak cili api daging salai ke?” Wajah Jannah terpacul di sebalik dinding.
“Iya. Mehlah
tolong bang.” Balas Hana ceria. Wajah Jannah terus berubah dari pelangi kepada awan kilat puting
beliung
berpetir bagai. Hana menelan air liur. Rasa macam telan pasir. Marah lagi ke dak Jannah ni?
“Kau!”
Jannah
melangkah selangkah demi selangkah menghampiri Hana yang dah senyum
takut-takut. Kedua tangannya secara automatik diangkat tinggi. “Relax la Jannah, aku anak dara lagi. Tak kahwin lagi
Jannah.” Apa saja la yang keluar dari mulut Hana. Jannah memaksa diri menahan
gelak. Dipasang muka komander, nak menakutkan Hana yang dah mula gelabah.
“Ada aku kisah! Siapa
suruh kau curi Cik Neo aku?”Jerkah Jannah.
“Pinjam
Jannah. Pinjam.” Hana berundur beberapa tapak ke belakang.
Jannah
mencekak pinggang. “Pinjam mung!” Tengking kawannya itu.
“Sori
mas Jannah, aku janji, barangkali aku enggak buat lagi!” Jerit Hana dengan mata
yang terpejam seraya terduduk sambil
memegang kedua pehanya, separuh merayu. Maya kat sebelah sudah gelak menggila. Terkeluar terus ayat sinetron!
“Barangkali? Barangkali
hangguk kau!
Nasib baik takda apa-apa jadi kat Cik Neo aku, kalau tak.. Aku bakar stokin
Angry bird kau!” Marah Jannah beriya.
Muka tak makan saman Hana dipandang lama.
Hana
menggaru lengan. Nasib baik si ungka tu tak pecahkan cermin kereta ke side mirror ke atau buat apa saja pada Cik Neo Jannah
tadi. Kalau tak, sampaikan salam je la kat stokin Angry bird aku tu..
“Lain
kali jangan buat lagi!” Jannah menjeling.
Hana
mengangguk comel. “So kita cool? Kosong-kosong?” Tanya Hana,
memanjakan suaranya sambil menayang muka comel.
“Aku
nak jatuhkan hukuman kat kau. Selama 3 hari, aku tak nak gosok gigi sama-sama
dengan kau. Keputusan ini adalah muktamad. Sebarang usul dan bantahan ditolak mentah-mentah!” Jannah memeluk tubuh, berlagak ala lawyer.
Hana
ketawa. Ah hukuman itu bisa diatur. “Yes ma’am!” Tangan kanannya dipusing dua kali, melayang tabik hormat. Jannah akhirnya pun tergelak sama. Bahu kawan baiknya itu dipaut.
“Dah habiskan
sesi bermaaf-maafan korang tu kan? Haa, cepat. Meh sini cepat hulurkan bantuan.” Maya
akhirnya bersuara setelah agak lama menjadi penonton setia.
“Baiklah
bang. Kejap, mas tukar baju dulu.” Jannah menepuk punggung Hana sebelum berlari-lari anak ke dalam bilik. Hana ketawa. “Cepat sikit bang, daging dah nak hangus
ni bang oi!” Jerit Hana sengaja nak menambah panik. Maya memandang Hana sekilas dengan ekor matanya sambil menggumam kuat.
‘Macam mana nak ada boyfriend.’
“Kenapa
pulak?” Hana bertanya sambil menjungkit sebelah kening. Tiba-tiba je petik isu sensitif ni. Seramlah pulak. “Dok berabang-abang, bermas-mas dengan si Jannah tu. Tak ke boleh buat orang salah
faham?” Maya yang sedikit tua daripada Hana dan Jannah menghadapi kesukaran
untuk memahami mereka berdua. Entah apa saja ada dalam kepala budak dua orang
ni.
Senyuman
Hana meleret. “Kau nak aku panggil kau abang jugakkan sebenarnya Maya?” Hana
menggoyang jari telunjuk sambil memimikkan wajah. Seronok
menyakat si Maya The Bengis Girl ni.
Maya
menjulingkan mata. “Banyaklah kau! Jangan kau nak heret aku ke kancah keabangan
korang tu he.” Maya memberi amaran. Hana ketawa mengekeh. “Nak cakap nak. Jual
mahal pulak. Eleh, kura-kura dalam
perahu, pura-pura tak mahu.”
“Kura-kura mung!”
“Amboi
meriahnya mak cik mak cik
kampung, Cik Jah Cik Peah ni. Mereban je kerja.” Jannah masuk ke dapur sambil mengising
lengan baju. Hana menyengetkan bibirnya sambil menyiku lengan Maya yang dah
tergelak kecil.
“Maya,
kau rasa siapa yang makcik kampung sekarang?”
“Tu,
tu.” Maya memuncungkan bibir ke arah Jannah. Bert-shirt lengan panjang jingga lusuh dan koyak di
ketiak dan berkain batik. Rambut disanggul tinggi.
“Kau dalam pantang ke
Jannah?” Sakat Hana.
“Kurang
asam. Eh Hana, apasal kau awal balik? Kata kena baby-sit anak boss?” Jannah
mencuit pinggang Hana. Dah hilang dah rasa marah kat kawan baiknya itu. Hana punyalah terkejut bila kena cucuk, sampai berjela-jela bahasa tak elok
didengar kanak-kanak keluar dari bibirnya. Dasar hantu melatah.
“Kau
ni Jannah, nasib tak dicucuknya kau dengan pisau ni. Hana, kasi pisau kat
Jannah. Kau pergi sediakan daun pisang. Nak salai daging ni.” Maya menepis
tangan Hana, melarangnya memegang pisau. Kalau kena cuit lagi, mahu ada yang berkampung kat ICU nanti.
“Weh apa cerita anak
bos kau tu? Hensem tak?”
Jannah mengambil pisau
dari tangan Hana. Wajah kawannya itu dipandang penuh minat. Gosip menggosip ni
memang dah diprogram dalam DNA makhluk bernama perempuan. Buat dosa je kerja.
Huhu.
“Anak bos aku tu
hensem Jannah. Macam Takeshi Kaneshiro muka dia. Muka stok Jepun, mata sepet,
tapi still hensem.” Hujung matanya ditarik hingga ke pelipis. Jannah tergelak sakan.
“Huduh la Na!”
“Tapi kau mesti suka punya.
Aku tahu taste kau Jannah. Gerenti kau suka muka macam anak bos aku tu.” Angguk
Hana sambil membayangkan muka Shuichi. Hensem. Memang hensem Shuichi tu.
Rambutnya hitam dan pendek, tak macam si ungka tu. Rambut sudahlah dark choco, panjang
sampai nak mencecah bahu pulak tu. Lepas tu suka nak ikat rambut ala Samurai. Kalau
aku buat tocang baru tahu. Lepas tu sepitkan kat rambut dia dengan sepit Hello
Kitty.
Huh, padan muka! Wajah
Daim dengan rambut bertocang dan disepitkan dengan sepit Hello Kitty
terbayang-bayang. Omei angat. Hana tergelak. Huduh sungguh.
Hm.. Lagi.. Shuichi ni
orangnya tinggi lampai, lebih kurang sama macam si ungka tu. Seperti yang sedia
maklum, mata Shuichi sepet tapi pandangan mata Shuichi tak setajam si ungka tu.
Mata si ungka tu, tajam macam pisau sayur. Boleh tertoreh-toreh hati dibuatnya,
macam hati aku ni la.
Eh.
Hana berkerut. Matanya
terkelip-kelip. Baru tersedar. “Apahal aku bayangkan si ungka tu pulak ni!” Kepala
ditepuk banyak kali. Kerja gila, kerja gila. Si ungka tu tak berbaloi
difikirkan, apatah lagi dibayangkan!
“Eh kau ni kenapa Na?”
Jannah dan Maya tak jadi menyambung kerja melihat Hana memukul kepala dengan
daun pisang sambil bercakap seorang diri. Gilo ke apo budak ni.
“Semua salah si ungka
tu la!” Hana berdengus.
“Ungka?”
Maya menggeleng. Dulu
Joy, Rin dan Pinat dapat gelaran geng Powerpuff Girls sebab mulut si kepoh
sorang ni la. Melekat pulak tu sampai ke hari ni. Lepas tu Budin pulak jadi
mangsa seterusnya. Lelaki malang tu dipanggilnya Busot, shortform untuk Budin Sotong.
Tapi bila si Hana ni makin rapat dengan Budin, barulah dia berhenti panggil
Budin, Busot. Brotherhood katanya. Kali ni ada mangsa baru pulak, si Ungka. Siapalah
agaknya si makhluk malang tu?
“Malaslah aku nak
cerita. Buat naik darah tinggi je!” Balas Hana geram sambil mengatur langkah ke
belakang rumah. Dibawa sekali daun-daun pisang dan disusun elok daging yang dah
siap dikunyit di atas daun pisang tu. Daging yang dah dibalut daun pisang tu
diletakkan atas bara api. Kerja menyalai bermula.
“Eh malam ni kita
jemput makcik Mia makan malam sama nak?” Hana tiba-tiba teringatkan mak cik
yang jual donat kat depan jalan tu, Mak cik Mia. Segera dia bangun dan berjalan
mendekati Jannah yang sedang mencari-cari cili api dalam peti sejuk.
“Ha nak nak. Dah lama
kita tak makan sama dengan mak cik Mia.” Maya mengangguk. Dihulur kipas kepada
Hana, menyuruhnya mengipas daging yang sedang disalai.
Mak cik Mia ni bukan
takat jual donat, goreng pisang dia jual, cekodok pun dia jual, betul dekat
simpan jalan nak masuk ke kawasan rumah mereka. Dia punya donat punyalah sedap
sampai terpaksa order donat in advance. Semedang habis. Sudahlah pandai buat
kuih, baik pulak tu orangnya. Peramah dan sangat keibuan. Lembut je. Selalu
bagi mereka donut dengan cekodok free pulak tu.
“Kan? Mak cik Mia tu
selalu je belanja kita. Weh kita kena masak sedap-sedap weh. Mana tahu, makcik
Mia tu ada anak-anak bujang. Boleh kasi kita sorang satu.” Jannah bermain
kening. 19 biji cili api dibasuh sebersih mungkin.
Makcik Mia tak pernah pun
cerita tentang anak-anak dia. Yang mereka tahu, makcik Mia ni dah berkahwin. Tapi
tak pernah pulak nampak suami dia ke. Tak tahulah apa kesudahan kisah hidup
orang tua tu.
“Anak dia yang doktor
aku punya. Kau Jannah, ambil yang engineer sebab kau lecturer. Baru serasi. Si
Maya ni pulak kena dapat yang accountant.” Hana menambah cerita. Bangku ditarik
menghampiri kawasan menyalai daging. Kipas di tangan dipusing laju.
Maya berkerut tak puas
hati. “Apasal aku dapat accountant pulak?”
“Yelah, dah kau
lawyer. Mana boleh sama-sama lawyer. Nanti baru dua minit kahwin dah gaduh. I
saman you, you saman I, see you in court!” Hana mengajuk suara nyaring Maya.
Jannah dah pecah perut gelak.
“Kurang gula betul la
kau Na! Hm, mana kau tahu anak-anak makcik Mia tu doktor, engineer, accountant
ni? Kau stalker he? Ni mesti kau usha facebook dia ni, kan?” Maya mengecilkan
matanya, merenung Hana tajam.
“Laa, mak cik Mia ada
facebook ke? Gila cool!”
“Kau tak tahu ke? Weh
dah beribu orang like tau. Apa nama page dia Jannah?” Maya merenjis tangannya
ke singki sebelum mengambil towel good morning yang tersangkut pada dinding dan
mengeringkan tangannya.
“Auntie Mia’s
donut-licious”
“Amboi! Glamernya nama.”
Kipas ditangan kanan
dipusing ke kiri dan ke kanan. Sebelah lagi tangannya mengelap peluh yang dah
mula berjurai di dahi. Penatnya menyalai daging ni! Apasal la tak guna je oven?
Suka sangat guna kaedah tradisional.
“Serius! Ramai like. Sekali
mak cik Mia buat status, beratus like. Ada hari tu mak cik Mia letak status, ‘panaslah.’
Dah 56 likes few seconds ago. Tak boleh blah weh mak cik Mia ni.” Cerita Jannah
beriya. Tangannya laju menghiris cili api, bawang besar dan serai.
“Gilalah. Aku nak like
la page dia.” Hana terus bangun. Kipas diletak atas meja.
“Eh kau nak pergi
mana?” Maya berkerut. Jari telunjuk ditarik-tarik, menyuruh Hana berundur
kembali ke dapur. “Nak like page mak cik Mia jap.” Balas Hana selamba. Kakinya
sebelah sudah keluar dari dapur sebelah lagi masih dalam kawasan dapur.
“Banyak cekadak kau.
Kau pergi salai daging tu dulu. Kang aku salaikan kau karang baru tahu!” Marah
Maya. Ditarik telinga Hana dan memaksanya kembali menyalai daging.
“Lama laaa Maya. Kenapa
tak guna oven je?” Keluh Hana. Tangannya malas mengipas daging.
“Banyak songeh la
budak ni. Oven keluarkan radiation tau. Kalau makan daging yang masuk oven,
boleh dapat banyak penyakit tau tak!”
Hana menjungkit
kening. Ni siapa budak Sains sebenarnya ni? Dasar lawyer. Kerja nak menang aje!
“Err Maya, sebenarnya kan, semua benda dalam rumah ni keluarkan radiation.
Henset kau, tv, peti sejuk, stove tu, even diri kau sendiri emit radiation Maya.
Bukan oven je.” Ujar Hana dengan nada suara yang dibuat-buat lembut. Pandangan
simpati ditala pada wajah Maya.
Maya menjeling. “Alaa
sama jela. Dah jangan banyak mulut. Salai je daging tu.”
“Lamalah Maya. Sampai
Subuh esok pun tak habis! Oven je laa eh? Eh? Eh?” Rayu Hana sambil menayang
muka Puss in Boots. “Entah Maya ni. Teknologi ada tak nak guna. Apa daaa!”
Jannah berdiri di sebelah Hana, mempertahankan kawan baiknya itu.
Maya menjulingkan
mata. Subuh konon. Dia sendiri Subuh entah pukul berapa ada hati nak cakap
pasal Subuh esok. “Ishh! Yelah! Yelah! Mengada betul korang ni. Ha! Daging tu
kau balut dengan aluminium foil dulu baru kau masuk dalam oven. Faham?”
Akhirnya Maya kalah. Dah tak kuasa nak melayan budak-budak mengada ni.
Angguk. Hana ketawa
besar sambil diikuti Jannah selaku best buddy. Mereka saling bertukar
high-five. Maya menggeleng. Ditolak muka Hana dan Jannah sebelum berjalan
keluar dari dapur. Tak kuasa dah nak melayan dua orang minah kurang waras ni.
“Merajuk ke marah tu
Maya?” Tanya Jannah dari dapur.
“Buang masa je aku nak
merajuk ke marah dengan kanak-kanak ribena macam korang. Ni aku nak pergi
menjemput Makcik Mia kejap. Korang sambung masak. Jangan nak main je!” Balas
Maya sempat menjengahkan kepalanya ke dapur.
“Baik bang!” Jawab
mereka serentak sebelum tergelak lagi.
-
Mak cik
Mia tersenyum melihat kesungguhan tiga anak dara menyediakan makan malam. Bukan
main banyak lagi lauk. Masak lemak cili api daging salai, telur dadar megi,
ayam goreng sambal, sayur kailan masak ikan masin dan sup cendawan. Naik juling
biji mata mak cik Mia tengok lauk pauk yang penuh atas meja.
“Amboi,
meriahnya. Banyak betul lauk!” Puji mak cik Mia kagum. Jannah dan Hana keluar
dari dapur dengan senyuman berbunga. Apron Upin dan Ipin masih tersarung pada
tubuh masing-masing.
“Budak dua
ekor ni semangat masak bila kata nak ajak Mak cik makan sama. Itu yang penuh
meja tu.” Maya menjelirkan lidah bila Hana dan Jannah sudah mengerutkan muka
sambil memberi gaya potong leher kepadanya.
“Iya?
Untung Mak cik dapat anak-anak dara rajin macam ni.” Ujar mak cik Mia sambil
memeluk erat Hana dan kemudian Jannah. “Mak cik sebenarnya, ni semua Hana yang
masak. Jannah tolong je. Tolong tengok.” Bisik Hana ke telinga wanita separuh
abad itu.
Jannah dan
Maya bersatu memukul lengan kiri dan kanan Hana. “Makcik, si Hana ni kaki
temberang mak cik.” Maya mencubit pinggang Hana, geram masih berbaki.
Mak cik
Mia ketawa sambil menepuk lembut pipi Hana. “Diaorang jeles Hana pandai masak.
Kan? Kan? Dah, dah jom makan. Mak cik, baca doa.”
Hana menarik kerusi, mempersilakan mak cik Mia
duduk sebelum cepat-cepatmengambil tempat di sebelah mak cik Mia. Tiba-tiba,
entah dari mana Jannah datang dan terus menolaknya sebelum segera duduk. Wajah
kemenangan ditampal. Rahang Hana jatuh. Tak percaya.Kurang asam betul.Matanya
dikecilkan, merenung Jannah tajam.
“Jannah,
aku tak kira, anak dia yang doktor tu aku dah cop dulu!” Bisik Hana keras.
Jannah ketawa meleret. “Lantaklah..Siapa cepat dia dapat..”
Hana menarik
hujung rambut Jannah sebelum melangkah berat ke kerusi berhadapan dengan mak
cik Mia. Jauhnya.. macam mana nak ambil hati orang tua tu?
“Hm,
sedapnya! Pandai Hana masak!” Puji mak cik Mia sejurus merasa suapan pertama.
Wajah Hana merona merah. Bukan selalu kena puji macam ni. Terasa macam nak mandi
bunga je.
“Eh yeke?
Hm, Hana masak sepenuh hati jiwa dan raga tu mak cik.Jemputlah mak cik, tambah,
tambah.” Hana bangun dan tersipu-sipu menghulurkan lauk kepada mak cik Mia.
Jannah dan
Maya menekup mulut menahan muntah. Menyampah betul tengok Hana berlagak sopan
dan ayu macam tu. “Mak cik, kitaorang pun nak kredit jugak.” Ujar Jannah,
pura-pura merajuk. Hana mencebik. Suka nak curik spot light aku. Mak cik Mia
tergelak.
“Yelah,
yelah, pandai Jannah dan Maya masak. Boleh buat menantu.”
Terus
bersinar wajah Jannah dan Maya. Mereka saling berpandangan. Wah! Mak cik Mia
dah sebut. Ada chance ni. Masing-masing mencuri pandang wajah Hana.Nak tengok
reaksinya bila dengar green light dari mulut mak cik Mia sendiri.
“Ya Allah!”
Tangan Jannah terus menutup mulut, sebelah tangan lagi memegang dada. Sungguh,
terkejut.
Hana
dilihatnya terkesima. Mulutnya ternganga. Bibir terketar-ketar. Tangan kanannya
separuh jalan nak suap nasi ke mulut. Mata terbuntang besar,dan sudah bergenang.
“Mak
cik...”
Suara halus Hana terkeluar. Jannah dan Maya
sudah ketawa sakan. Adoi, dasar drama queen betul la. Mak cik Mia memandang
Hana. “Laa pedas ke Hana? Tak tahan pedas rupanya anak dara sorang ni. Nah,
minum, minum.” Segelas air masak dihulur kepada Hana.
Respon mak
cik Mia seolah-olah menggeletek perut Jannah dan Maya. Punyalah si Hana tu
bersedih hati, tapi mak cik Mia selamba je hulur air, sedikit pun tak memahami
isi hati budak tu.
“Ha’ah mak
cik, dia memang tak tahan pedas cik. Nampak cili pun dia dah kepedasan.” Angguk
Maya sambil menepuk-nepuk belakang Hana. Terus berkerut dahi Hana. Aku tak
tahan pedas? Yang selama ni tukang giling cili dan tukang habiskan seperiuk
sambal cili padi tu siapa? Hana menyepak kaki Maya di bawah meja.
“Laa yeke?
Susahlah macam tu. Mak cik suka pedas-pedas ni. Tak bolehlah jadi menantu mak
cik ye Hana.” Mak cik Mia mengenyitkan mata. Lagi jatuh rahang Hana. Terasa
kemarau ribut taufan beliung semua dah bernaung atas kepala.
Maya di
sebelah terbahak-bahak ketawa. Jannah cuba menutup mulut, menahan gelak, nak
menjaga hati kawan. Tapi dua saat kemudian, tawa akhirnya pecah jugak dari
mulutnya.
Nasib kau
laa Hana.
---
Mangkuk kaca berisi ais krim vanilla, krim putar dan bittersweet
chocolate tersedia di atas kaunter. Mata Hana bersinar-sinar. Larva Niche.
“Saya suka saya suka!”
Sudu di sebelah kanannya diambil dan tanpa membuang masa, satu
skup sudu besar ais krim disuap ke dalam mulut. “Ya Allah! Sedap gilaaa!”
Dengan mata yang terpejam, ais krim, coklat dan krim putar cair dalam mulutnya.
Satu perasaan yang indah, tak terkata.
Alex tersengih melihat reaksi kawannya itu. “Sedap?”
“Gila! Sedap gila! Alex, jadi pastry chef kat rumah aku. Aku bayar
kau tiga kali ganda.” Hana menjilat licin sudu ais krimnya.
“30 ribu times 3. Hmm, okay boleh saja.” Alex terangguk-angguk
sambil tangannya laju menyediakan ais krim untuk pelanggan lain. Rahang Hana
jatuh ke lantai. Tiga puluh ribu?Sudu dihala ke muka Alex.
“Kau untung tiga puluh ribu sebulan?”
Alex memandangnya sekilas bersama sengihan di bibir. Sudu Hana ditepis
lembut. Hana menyuap lagi satu sudu Larva Niche ke dalam mulut. Matanya bulat
merenung wajah selamba lelaki berbangsa Cina itu.
“At least.” Balas Alex tanpa riak. Sekelip mata ais krim Larva
Niche, signature Ice ‘N’ Cream , kedai milik Alex, sudah siap dan sedia
dihidang untuk pelanggan lain.
“Wah, kiranya kau ni millionaire la eh Alex? Jutawan fakir?Ke
billionarie? Fuyoo! Alex, kahwin dengan aku je la Alex. Masa kat universiti
dulu aku pernah belajar finance Lex. So, aku boleh jaga akaun Ice ‘N’ Cream ni.
Amacam?” Tanpa segan silu Hana menawar diri.Yakin boleh tangannya menepuk dada.
“You want to marry me because of my money or because you’d get to
eat Larva Niche for free everyday?” Tanya Alex sambil tersenyum. Wajahnya yang
putih bersih sedikit memerah.
“Kau gila? Mestilah..Both!” Hana menepuk meja kaunter. Penuh
semangat!
Tawa besar terlepas dari mulut lelaki itu. Tuala putih yang
tersangkut di bahu kanannya diambil dan dibaling ke arah Hana. “Gila kau ni
Hana!” Alex menggeleng kepala.
“Mana tak gila? Your Larva Niche is driving me crazy!” Habis satu
mangkuk ais krim. Licin. Hana baru saja nak order satu lagi
bila Alex bertanya.
“Hana, spit it out. Now. Apa masalah kau?Apa yang dah bikin hati kau susah ni? Talk
to me.” Alex
membongkokkan sedikit tubuhnya, merenung wajah putih kemerahan Hana. Gadis itu menarik senyum
nipis. Alex
memang kawan sejati.
“Macam mana kau boleh baca aku macam baca buku ha?”
“It’s all written on your face. Pergi tengok cermin. Dah macam
karangan dah kat muka kau tu. Banyak sangat problem.” Alex dan sifat
prihatinnya. Hana ni,
kalau datang melepak kat kedainya selepas tengah malam, maknanya dia ada
masalah negara la tu.
“Oh... I totally forgot! You’re a shrink. My personal shrink.”
Kepalanya dihentak pada kaunter. Alex ketawa. Dah biasa dengan drama gadis itu.
“So, apa cerita?”Fokus Alex sekarang ni hanya pada Hana.
“Aku kena babysit seekor ungka.” Balas Hana sambil mengeluh. Alex
terdiam untuk sesaat dua. Diimbal balik ayat Hana tadi. Babysit seekor ungka. Serius?
“Bukan kau kerja kilang Samurai Group ke?Buat sabun kan? Korang guna ungka sebagai bahan
eksperimen ke? Oh God.” Alex tegak berdiri. Mulutnya ternganga. Hampir saja
tangannya nak mendail nombor WWF bila Hana membaling semula tuala putih ke muka Alex.
“Ungka ni bukan ungka kat zoo tu la gila.” Hana merehatkan dagu ke atas
meja.
“Dah tu ungka kat mana?” Alex menongkat kepala. Matanya mendarat
pada hidung Hana yang kembang-kempis. Selalunya kalau hidung dia dah ada rentak
macam ni, maksudnya, dia tengah marah betul la tu. Uih, besar problem ni.
“Ungka kat kilang aku ni la. Kau nak bela dia tak Alex? Aku kasi
free.” Hana mendongak, memandang wajah tak semegah Alex. Lelaki itu menggeleng
sekali sambil mengangkat kedua-dua tangannya. “Sorry, no pets or animals
allowed. Policy kedai.”
“Alaa, kau jugak yang buat polisi tu. Pinda je polisi baru Lex. Please.
Ungka ni muka dia boleh tahan, cuma perangai je busuk. Jadikan dia maskot kedai
kau ni. Mana tahu makin laku Larva Niche, kan? Boleh eh Lex? Pleaseeee..” Hana merapatkan kedua tangannya
ke atas kepala, separuh merayu kepada Alex.
“Dia? Hei Hana, ungka ni binatang ke...manusia?” Tanya Alex sambil
menjungkit kening. Gaya Sherlock Holmes habis.Cuma takda buku nota kecil kat tangan je.
“Campur. Kacukan. Hybrid.” Balas Hana laju. Dah serabut kepala dia
memikirkan pasal si ungka tu.
“Oh really?” Alex mengelap mangkuk-mangkuk yang sudah dibasuh
sambil terangguk-angguk, melayan Hana.
“Really. Sumpah.” Tangan kanan diangkat tinggi. Alex melopongkan
mulutnya, membentuk huruf ‘O’.
“Drama queen.” Balas Alex.
Hana ketawa sebelum kembali melentukkan kepala di atas meja
kaunter. Muka sedih kembali ditayang.“Alex, what do I do? Tolonglaaa aku...”
“Kalau kau nak aku tolong kau, tell me, ungka tu apa ke siapa?”
Alex meletakkan mangkuk yang sudah dilap di atas rak yang sedia tergantung di
dinding.
“Yelah, yelah. Ungka tu orang sebenarnya. PA kepada anak bos aku. Tapi
berlagak macam dia anak bos!”Ayat yang sama diulang dekat 44 kali. Memang berasap je kepala bila dok
fikir pasal mamat tu. Membayangkan muka Daim dah cukup membuat darahnya mendidih. Hui, berapi.
Alex mengangguk faham. “In other words, kau kena jaga anak bos kau,
so secara tak langsung kau kena jaga PA dia jugak. Right? So what’s the problem? Jaga je la.” Alex
mendepakan tangannya di atas meja kaunter. Berlagak macam kaunselor sekolah.
Hana mengeluh. “Kau rasa kenapa aku panggil dia ungka?”
Alex ketawa. Tak terfikir pulak. “Sebab muka dia macam ungka.”
Jawab Alex. “Muka dia lagi hensem daripada kau Lex, tapi perangai dia tu, lagi
huduh dari ungka!” Meja kaunter dihentak lagi.
“Nanti, nanti, dia lagi hensem dari aku? So ungka tu jantan la?
Hana, orang tua-tua cakap, jangan benci sangat, nanti suka.” Tawa Alex pecah
lagi bila Hana buat-buat muntah. Ha mulalah tu kerja part time dia sebagai matchmaker. Suka je nak
mengkenengkan orang.
“Siapa nak suka kat ungka, kau cakap dengan aku sekarang.” Hana
menepuk-nepuk dadanya. Alex menunjuk ke arah wajah Hana.
“Kau.”
“Kau pernah merasa penumbuk aku dalam mulut kau tak?” Tanya Hana
serius. Alex menggeleng. “Nak try?” Hana menjegilkan mata sambil mengetip gigi.
Alex laju menggeleng kepala. Tak sanggup jadi mangsa silat minah
ni.
“Anyway, Jannah apa cerita?” Teringat pulak mesej Hana pasal nak
pinjam kereta Jannah tu. “Oh Jannah. Hm.. dia tak nak bangun pagi dan gosok gigi
sama-sama dengan aku untuk 3
hari. Lepas
tu, dia dah tukar tempat dia sorokkan kunci kereta dia.” Balas Hana sambil
tergelak.
“Kau ni nakal la Hana. Kesian Jannah.” Alex menghulurkan segelas
air kepada kawannya tu. “Alaa bukan aku saja-saja nak ambil kereta dia. Urusan rasmi negara tu.” Balas Hana sambil
memandang jam yang tergantung di dinding. Alex mengikut anak mata gadis itu.
Senyuman meleret dibibir Alex.
“Banyaklah kau punya urusan rasmi negara.Setakat anak bos dengan PA dia je. Urusan negara la
sangat.” Alex tergelak.
Hana tergelak sebelum menutup wajahnya dengan tangan.“Alex... say
I’m doomed.”
“You’re doomed.” Selamba Alex balas.
Hana menjeling geram sambil mengetip gigi. “Kau ni, tak membantu
langsung!” Mangkuk ais krim yang dah habis ditolak ke arah Alex. Lelaki itu
hanya tergelak sambil menyambutnya. Hana akhirnya memaksa dirinya untuk bangun
dan bersedia untuk membayar.Dah dekat pukul 1 pagi. Takut pulak nak tunggang motor seorang diri
malam-malam ni. Lagipun, konfem kena bebel dengan Maya. Habislah berasap
telinga aku. Langkah kakinya
diatur
malas.
“Nah, it’s on the house.” Alex menggoyangkan tangan kanannya.
“Alex, aku memang suka benda-benda free ni, tapi tolonglah,untuk
julung-julung kalinya Lex, tolonglah bagi aku bayar.” Hana separuh merayu. Dua
helai not sepuluh ringgit dihulur.
Alex menggeleng. “No, it’s okay, I mean it Hana. Larva Niche
sentiasa free untuk kau.You’re always welcomed here.” Alex dan senyuman ais
krim dia.So sweet.Hana menjeling.
“I hate you.”
“I know. Dah pergi cepat. Nanti lari ungka kau tu.” Alex
tersenyum.
“Alex, serius, ambil la ungka tu. Aku kasi free.” Rayu Hana
mencuba nasib.
“Cuba la berkawan dengan ungka tu. Mana tahu, rupanya ungka tu
jinak ke kan.”
Hana ketawa. “Takpa la Alex, daripada aku berkawan dengan ungka
tu, baik aku balik rumah tidur, lagi best. Ok Lex, see ya.”
“Hei babe,
nak aku hantar kau balik. It’s mid night girl. Bahaya.” Alex sekali lagi dengan
sifat penuh prihatinnya. Hana mengoyak senyum simpul.
“Naa, S’okay.
Jumpa nanti Lex. Bye.” Tangan kanan diangkat tinggi.
“Alright
girl. Bye!”
Alex melambai.
---

Comments
Post a Comment