Hana membuka tutup
laci di biliknya satu demi satu. Habis semua benda dalam laci diselongkar. Fail-fail
yang sebelum ni elok tersusun di rak-rak habis bersepah di atas lantai. Isi beg
tangannya turut dikeluarkan, memenuhi ruang meja. Tapi benda yang dicari masih
tak jumpa-jumpa.
Hana menggaru kepala.
“Mana aku letak ni?”
Lab kot yang
tergantung dalam almari dipandang lama. Laju diatur langkah ke arah almari. Poket
lab kot diseluk. Terasa ada sesuatu. Hana memejamkan mata. Bibirnya mengukir
senyum lega.
“Alhamdulillah!”
“Ya Allah Ya Tuhanku!
Hei, apa dah jadi dengan bilik kau ni Hana?” Kak Mida tak jadi nak menapak
masuk ke dalam bilik Hana. Punyalah bersepah, sampai dah takda ruang dah nak
berjalan.
Hana melompat-lompat
hingga ke pintu bilik.“Kau main teng teng ke apa ni Hana?” Tanya Kak Mida. Matanya
tajam memerhatikan si gadis itu. Hana menarik sengih. Bahu Kak Mida
ditepuk-tepuk.
“Kak, kalau tak tahan
tengok bilik Hana ni, apalagi kak, jadi Cinderella kejap. He?”
Kak Mida berkerut. “Banyak
kau punya Cinderella! Ni nak pergi mana ni? Akak baru je masuk kerja, kau dah
nak pergi? Tak rindu akak ke?” Kak Mida memandang Hana atas bawah. Laju semacam
je. Ada apa?
“Rindu, tapi akak je
kot. Alaa lepas ni Hana jumpa akak setiap hari jugak. So tak berapa nak rindu
sangatlah. Ok laa kak. Hana kena gerak ni. Akak lepak-lepaklah dulu dalam bilik
Hana eh. Alang-alang tu, tolonglah susun apa yang patut. Ok bye!” Perut
memboyot Kak Mida diusap lembut sebelum dia cepat-cepat pergi meninggalkan Kak
Mida yang sudah terlopong.
“Celah mananya aku nak
duduk? Bilik dah macam tongkang pecah dah. Tikus nak masuk pun fikir dua tiga
kali. Tak sanggup nak beranak pinak kat sini!” Bebel Kak Mida sambil menolak
tepi barang-barang Hana yang bersepah atas lantai dengan kakinya.
-
Daim memandang
pantulan susuk tubuhnya di cermin. Dadanya sedikit merah. Nasib baik tak
melecur mana. Setakat pedih sikit je. Kalau tak...sampai tiga keturunan
perempuan tu aku hancurkan.
Cakap pasal perempuan
gila tu. Pagi tadi, muka dia macam pucat je. Sakit ke? Agaknya sebab tu dia
menggila sampai siram aku dengan hot choc kesayangan dia tu. Cis. Tak
pasal-pasal dapat hot choc free.
Tangannya meraup
rambutnya yang terjuntai di dahi. Teringat pertanyaan Shuichi. Kenapa aku benci
dia sangat?
“Daim, ni saya ada—”
Daim menoleh dan
ketika itu jugak botol spray ALLANO terjatuh dari tangan Hana. Mulut terlopong
habis. Ni kali pertama dia berdepan dengan situasi macam ni. Rasa berasap satu
kepala. Terasa darah berliter-liter menyerbu ke muka. Gerenti merah menyala
muka aku ni. Adoi, dalam banyak-banyak hari, hari ni jugak la si ungka ni pilih
nak tayang body dia yang gagah tu.
Tangan Hana
terketar-ketar. Mata terkebil-kebil, hilang arah. Tak tahu nak pandang ke mana.
Kakinya tiba-tiba jadi statik. Tak mampu nak bergerak, dah melekat kat lantai. Macam
ada magnet.
“T-Takda tempat lain
ke nak b-bogel ha!”
Marah Hana setelah
kewarasan mula menyerap dalam kepala. Berpinar sekejap bila tertengok tubuh
badan si ungka ni. Langsung tak macam ungka. Sikit pun tak. In fact, badan
dia....Wow, amazing!
Hana menepuk-nepuk pipinya. Setan tu, setan. Jangan
dengar. Astaghfirullahal’azim!
Kening Daim bertemu.
Bogel? Pandangannya ditala ke bawah. Elok je lagi seluar jeans ni tersarung.
Matanya kembali menjilat muka gelabah Hana. “Ingatkan buta warna je. Rupanya
buta hati sekali. Eh, dalam kepala tu penuh dengan kuning kuning he!” Daim
berjalan selangkah demi selangkah menghampiri Hana yang tak berdaya nak
bergerak.
Hana menepuk dada
banyak kali. Jantung ni, time macam ni jugaklah dia nak bermarathon. “Eh mana
ada. Awak tu, p-pakailah baju!” Hana memalingkan wajahnya. Tak sanggup dah nak
menatap six pack si ungka tu. Macam coklat Cadburry. Cantik tersusun 6 kotak
tu. Eh apa aku merepek ni! Pipi ditampar lagi.
Daim berkerut. Apa
kena dengan perempuan gila ni? “Oi, kau ni kenapa? Bayang bukan-bukan la tu.”
Dia serkap jarang. Mengena pulak tu. Hana tergaru-garu telinga. Apa nak buat
ni? Itulah, selama ni bukan main marah lagi kalau orang main terjah je. Ni kau
pulak terjah orang, kan dah kalut. Tak pasal-pasal dapat cuci mata.
Botol spray ALLANO
yang tergolek mengenai kaki Daim. Lelaki tu membongkok dan mengambil botol
spray berwarna putih tersebut. “Hand and body lotion?” Kening sebelah
dijungkit. Bibirnya menarik senyum nakal.
“Kau nak sapukan
sunscreen kat badan aku ke?”
Terus Hana melayang
pandangan penuh jijik. Hilang dah rasa tersipu-sipu tadi. “Eh si ungka ni, over
pulak. Hei, tu bukan sunscreen la. Buta huruf ke apa?Tak reti baca?” Sindir
Hana, pulangkan balik paku buah keras.
Daim berdesis. “Aku
cubit mulut kau tu nak!”
Hana menjulingkan
mata. “Kalau nak merasa 3 tahun tak basuh punya sneaker masuk dalam mulut awak,
try la.” Senyuman mesra alam ditayang. Daim tergelak. Lama tu tak
berbasuh. Mahu berbakul bakteria ada kat
sneaker perempuan tu agaknya.
“Takpalah, tunggu lagi
2 tahun, baru aku nak try. Ha, apasal kau datang bilik aku ni?” Tanya Daim
sambil melangkah ke mejanya. Hana memimikkan muka. Bilik kau kejadahnya. Ni
bilik bos kau la ungka!
“Oh bilik awak ke? Tapi
kat pintu tu tulis bilik Encik Shuichi Takahashi. Macam mana tu?” Hana menarik
kerusi dan terus duduk. Kaki disilang selamba.
“Bilik Shuichi bilik
aku jugak. Aku PA dia kan. Ha, cepatlah, apa masalah kau sampai kena jejak kaki
kat sini jumpa aku? Aku takda masa untuk kau ni!” Daim memeluk tubuh, merenung
gadis itu atas bawah. Gaya perempuan gila ni, tak boleh blah betul. Confidence
level dia melampau-lampau tingginya.
“Saya tak nak pun
ambil masa precious awak tu. Tu spray tu. Saya nak bagi awak tu.” Nak tak nak,
tangannya kejap diangkat kemudian diturunkan semula. Kalut.
Daim memandang botol
spray ALLANO yang diletakkannya tadi di atas meja. “For what?” Sebelah kening
dijungkit.
Hana menggaru telinga.
Untuk apa?
“Nak buat sambal
belacan!” Balas Hana selamba. Daim berkerut. Loyar buruk pulak perempuan ni. Aku
tepuk mulut tu nanti, baru tahu. Wajah Hana direnung macam nak beri penampar.
Hana menelan air liur. Eleh, macam dia sorang je boleh tenung-tenung.
“Aku tanya elok-elok
kan?” Suaranya dikeraskan sedikit.
“Sapu kat dada awak
yang merah tu.” Ujar Hana perlahan. Kepalanya tunduk merenung kaki sendiri.
Daim terdiam seketika. Apahal tiba-tiba berhati mulia pulak si perempuan gila
ni?
“Kau ni..Ok ke tak? Nak
aku suruh si Budinah tu hantar kau pergi klinik?”
Hana ternganga. Budinah?
Siapa? Oh.. Budin. Kurang asam betul la ungka ni. Sabar Hana, sabar. Mamat
ungka ni saja nak test keimanan kau. Chill, chill.
“Awak ni kan, memang
taik kucing betul la!”
Botol spray ALLANO
diambil dan dicampak ke arah Daim. Nasib baik lelaki tu mampu menyambutnya.Dengan
penuh gaya pulak tu. Ingat apa? Oppa Gangnam style ke?
Hana mengeluh kecewa. Apasal
la tak landing atas kepala si ungka tu! Biar kembali waras sedikit. Hana
menepuk dahi. Baru tersedar. Apasal la aku ni suka bertindak melulu? Kalau
pecah kepala si ungka ni, tak ke niaya?
“Kau memang suka
baling baling barang, tumpah tumpahkan air ni he?” Daim meletakkan botol spray
kembali ke atas meja. Hana rasa macam nak lari menyorok dalam pantry.
“Dengan awak je.
Dahlah, sapu lotion tu, lepas tu pakai baju. Tu je. Bye!” Pintu bilik
Daim/Shuichi dihempas kuat. Daim berdesis. Tangan kanan diangkat tinggi.
“Pecah pintu tu kau
nak ganti? Kalau aku tangankan nanti!”
Berapi betul hati
dengan perangai Hana. Ada je cara dia nak buat Daim bengang. Matanya mendarat
pada botol spray ALLANO. Perlahan, bibirnya mengukir segaris senyuman. Gaya je nak
ganas perempuan gila tu.
---
Rosebud says: thanks for reading this humble story. hope you guys enjoy reading it. and please, do not 'control-c and control-v' this story ait. ^^
happy reading <3
p.s lotion ALLANO tu betul2 mujarab for inflammation or any (?) skin disorders insya Allah.
p.s lotion ALLANO tu betul2 mujarab for inflammation or any (?) skin disorders insya Allah.

Hhaha.. adoyai, rase mcm memang dpt imagine six pack daim tu.. kekeke
ReplyDeletehahaha. gile hebat imagination! ^^
ReplyDeleteHee-
ReplyDeleteakak! bestlaaa
ReplyDelete,cpt smbung ye!
Insya Allah, dalam pembikinan. hehe. ^^
ReplyDelete